View
242
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
bil. 1/2012 januari – jun i issn no. : 2229 – 8215
HRMIS
Menarik di dalam:
Mesyuarat JK Pemandu HRMIS Bil. 1/2012 Dialog HRMIS di Melaka KDN – Pertama APC 2012
2 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun3Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
2 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun3Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Syukur Alhamdulillah dipertemukan kita dengan keizinanNya pada edisi pertama Buletin
HRMIS bagi tahun 2012. Edisi pada kali ini akan memaparkan pelbagai berita, peristiwa
dan fakta menarik pada fasa pelaksanaan HRMIS di seluruh negara.
Tahun 2012 merupakan tahun yang membanggakan dalam pelaksanaan HRMIS kerana
tujuh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) dan 21 Kementerian telah mencapai
Signifancantly Exceed Target (ST) bagi pelaksanaan KPI HRMIS Tahun 2011. Sekalung
ucapan tahniah dan semoga pencapaian ini diteruskan dan dipertingkatkan pada masa
yang akan datang.
Disamping itu juga, HRMIS juga telah terbukti dalam membantu pengurusan sumber manusia
yang lebih efektif dengan kejayaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganjurkan Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 pada bulan Januari 2012. Kejayaan ini adalah
hasil pelaksanaan Modul Pengurusan Prestasi sepenuhnya pada tahun 2010 dan 2011.
Edisi Buletin HRMIS kali ini juga akan memaparkan beberapa peristiwa yang telah dilaksanakan
sepanjang fasa pertama tahun 2012. Diantaranya adalah Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
HRMIS Bil. 1/2012, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil. 1/2012 dan Dialog
HRMIS Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2012.
Akhir kata, adalah amat diharapkan edisi Buletin HRMIS ini dapat berkongsi maklumat,
memberi kefahaman dan manfaat kepada semua pembaca dalam menghayati kepentingan
HRMIS dalam membantu meningkatkan penggunaan HRMIS di agensi masing-masing.
“HRMIS: Dari Kita, Untuk Kita”
TUAN HAJI KAMARUDIN BIN TAHIR
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JPA
Sekapur SirihAssAlAmuAlAikum WArAhmAtullAhi WAbArAkAtuh, sAlAm sejAhterA dAn sAlAm 1 mAlAysiA.
I S I K A N D U N G A NSekapur Sirih 2Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil. 1/2012
3
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012
4-5
Dialog HRMIS Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2012 di Melaka
6-7
KDN – Pertama APC 2012 8-9
Lawatan Kerja EPSA INTAN 10Statistik Menarik dari EIS 11Senarai Hospital dan Klinik Untuk Capaian e-GL 12-15Maju Dengan Acuan Sendiri – Love Our Malaysiana 16HRMIS2 - Memenuhi Aspirasi Semua 17Berita Sukan dan Rekreasi 18Anugerah Inovasi JPM 2011 19
2 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun3Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
2 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun3Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
AssAlAmuAlAikum WArAhmAtullAhi WAbArAkAtuh, sAlAm sejAhterA dAn sAlAm 1 mAlAysiA.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan
HRMIS Bi l . 1/2012
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil. 1/2012 telah diadakan pada 31 Mei 2012 bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr.
Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).
Semasa pembukaan mesyuarat, beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada tujuh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) dan 21 Kementerian dan Jabatan di atas kejayaan masing-masing apabila berjaya mencapai rating Significantly Exceed Target (ST) bagi pelaksanaan KPI HRMIS pada tahun 2011. Beliau juga memaklumkan bahawa pelaksanaan KPI HRMIS telah diperkenalkan ke atas 7 PSUK untuk kali pertama pada tahun 2011 yang lalu.
Di sebalik pelaksanaan KPI HRMIS untuk tahun pertama ini, beliau berpuas hati di atas pencapaian semua tujuh PSUK berkenaan apabila masing-masing berjaya mencapai rating ST. Usaha ini diharap akan diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang bagi melengkap dan mengemaskini maklumat sumber manusia sektor awam yang ada di dalam HRMIS agar ia lengkap, tepat dan boleh dipercayai. Pada mesyuarat kali ini juga, dua kertas makluman telah dibentangkan iaitu Status Pengumpulan Maklumat Gaji HRMIS dan Cadangan Pembangunan HRMIS2.
4 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun5Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
4 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun5Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Mesyuarat JawatankuasaPemandu HRMIS Bil. 1/2012
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012 telah diadakan pada 3 April 2012 bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sebagaimana kelazimannya
mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi dari Kementerian/PSUK dan agensi.
Mesyuarat pertama bagi tahun 2012 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia. Dalam ucapan perutusannya semasa merasmikan mesyuarat tersebut, beliau telah mengingatkan ahli mesyuarat bahawa transformasi perkhidmatan awam telah menjadi fokus utama semenjak ia mula diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara.
Beliau menegaskan bahawa ketika ini, semua pihak mahukan perkhidmatan yang selaras dengan wawasan YAB Perdana Menteri iaitu gagasan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Menurut beliau lagi, Gagasan 1Malaysia ini merupakan cabaran paling besar terhadap keseluruhan perkhidmatan awam. Beliau menyeru agar semua pihak menjadikan transformasi dalam perkhidmatan awam satu keutamaan ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
Pada masa sama inovasi juga perlu diberi penekanan bagi membolehkan ia turut menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan. Beliau mengingatkan bahawa pemikiran yang kritis sahaja tidak memadai untuk menambahbaik sesuatu perkhidmatan. Ini adalah kerana pembaharuan juga memerlukan inovasi yang akan memantapkan lagi mutu hasil kerja yang disediakan. Terdapat dua kertas makluman telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini iaitu Pelaksanaan KPI HRMIS Bagi Tahun 2012 dan Pembangunan HRMIS2.
4 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun5Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
4 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun5Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
6 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun7Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
6 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun7Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Program Dialog HRMIS Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2012 diadakan pada 8 dan 9 Mei 2012 bertempat di Hotel Equatorial, Melaka dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha
Kerajaan (PSUK) Negeri Melaka. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Sesi pada kali ini telah dihadiri oleh 200 peserta yang terdiri daripada wakil semua Kementerian dan PSUK termasuk Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dari Negeri Melaka.
Modul yang dibincangkan pada kali ini adalah Modul Data Perjawatan, Modul Penamatan Perkhidmatan dan Submodul Perisytiharan Harta. Di samping itu, para peserta juga turut dipersembahkan dengan pembentangan bertajuk HRMIS2, Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan HRMIS di PSUK Melaka dan Pelaksanaan KPI HRMIS bagi 2012. Penglibatan para peserta dalam sesi dialog adalah amat memberangsangkan dengan pelbagai soalan telah dibangkitkan berkaitan modul-modul yang dibincangkan. Selain itu juga, para
PRoGRAMDIALoG HRMIS
BIL. 1/2012Peringkat Kebangsaan
6 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun7Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
6 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun7Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
peserta turut berkongsi pendapat dan pandangan untuk penambahbaikan HRMIS yang berterusan.
Para peserta Dialog turut diraikan dengan majlis makan malam di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai yang dihadiri oleh tetamu kehormat Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka. Tidak selesai dengan makan malam sahaja, semua peserta juga dibawa menjamu mata dengan menaiki Melaka River Cruise untuk menyusuri dan menikmati keindahan persisiran Sungai Melaka pada waktu malam sebelum pulang ke hotel penginapan.
JPA juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih khususnya kepada YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, serta seluruh warga kerja PSUK Melaka yang terlibat dalam memastikan kejayaan penganjuran bersama Dialog HRMIS Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2012. Semoga kerjasama erat sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
8 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun9Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
8 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun9Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Pada tahun 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya melaksanakan Modul Pengurusan Prestasi menggunakan HRMIS. Sejarah pelaksanaan Modul ini bermula pada 2009 dan dilaksanakan
secara sepenuhnya pada tahun 2010 dan 2011.
Perkara yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan Modul ini terbahagi kepada dua iaitu:-
PelAKSANAAN MoDul PeNguRuSAN PReStASIK e M e N t e R I A N D A l A M N e g e R I
Komitmen Pengurusan Tertinggi dalam mencapai KPI HRMIS • Kementerian Dalam negeri
• PenurunanKPIkepadaKetuaPengarah,Setiausaha Bahagian dan Pengarah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Pemantauan secara berterusan urusetia Prestasi dan unit HRMIS • Kementerian :-
• ‘TaskForce’.
• Emel/Memo.
• Latihanberterusan.
• MesyuaratBerkalabersamaBahagian/Jabatan.
8 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun9Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
8 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun9Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Sokongan padu dari Pengurusan Tertinggi dan anggota KDN telah banyak membantu dalam kejayaan Modul ini. Komitmen yang tinggi dari setiap anggota telah membolehkan KDN mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 16 Januari 2012 yang lalu.
Antara pengalaman menarik yang dihadapi oleh KDN adalah semasa pelaksanaan bagi kakitangan yang berada di kawasan pendalaman di negeri Sabah dan Sarawak di mana tahap penerimaan kakitangan sangat memberangsangkan. Namun begitu, kekangan talian sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk mengemaskini maklumat dengan pantas.
Pihak KDN amat berbangga diatas kejayaan ini dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam kerana memberikan bantuan dan fasilitasi semasa pelaksanaan Pengurusan Prestasi ini dilaksanakan pada tahun 2011.
SeJARAH PelAKSANAAN SKt & lNPtMelAluI HRMIS KDN
2009Pelaksanaan secara rintis di Bahagian Pengurusan Sumber •
Manusia, KDN
Dilaksanakan secara berselari ( Manual dan sistem HRMIS)•
2010
2011
Diperluaskan ke semua Jabatan dan Agensi di bawah •
KDN
Dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem HRMIS•
Dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem HRMIS•
KPI HRMIS KSU 2011•
StRAtegI PelAKSANAAN lNPt 2011 KDN
KoMItMeN KetuA JABAtAN/SetIAuSAHA
BAHAgIAN
PeMANtAuANBeRteRuSAN uRuSetIA
PReStASI
Penurunan KPI Kepada
semua Ketua Jabatan dan
Setiausaha Bahagian
Task Force•Memo•Mesyuarat Berkala Bersama •Jabatan/BahagianEmel•Latihan•
10 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun11Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
10 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun11Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah menerima lawatan kerja dari delegasi Pusat E-Pembelajaran Sektor awam (EPSa), Institut Tadbiran awam negara (InTan) pada 20 Mac 2012. Lawatan kerja seramai 8 pegawai tersebut diketuai oleh YBrs. Dr. Mazlan bin Harun, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian IMaTEC, InTan.
Delegasi EPSA telah diberikan pembentangan berkaitan sejarah pembangunan dan pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), infrastruktur rangkaian dan pusat data HRMIS. Di samping itu, sesi soal jawab dan perkongsian maklumat turut diadakan untuk penambahbaikan dan pembangunan kedua-duasistempadamasaakandatang.Lawatantersebut diakhiri dengan lawatan ke Pusat Data BPM dan Help Desk HRMIS.
LAWATAN E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM KE BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
10 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun11Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
10 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun11Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Status Pengumpulan Data Penjawat Awam Mengikut Kumpulan Perkhidmatan Dan Julat Umur
Julat umur Kumpulan Pengurusan tertinggi
Kumpulan Pengurusan dan
Profesional
Kumpulan Sokongan
tiada Maklumat Kumpulan
PerkhidmatanJumlah
> = 56 Tahun 1,021 8,995 40,308 42 50,366
51-55 Tahun 1,134 25,023 104,511 7 130,675
46-50 Tahun 476 36,993 95,648 7 133,124
41-45 Tahun 102 43,980 89,904 5 133,991
36-40 Tahun 8 48,889 98,354 8 147,259
31-35 Tahun 4 67,929 137,649 16 205,598
26-30 Tahun 1 56,166 157,992 18 214,177
21-25 Tahun 7,655 50,118 10 57,783
<= 20 Tahun 7 579 586
Jumlah 2,746 295,637 775,063 113 1,073,559
Peratus Pengisian Mengikut Negeri Tempat Bertugas Peratus Pengisian Mengikut Negeri Kelahiran
Peratus Pengisian Penjawat Awam Mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan Julat Umur
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Ringkasan Statistik Executive Information System (EIS) melalui Sumber Data HRMIS : Peratus Pengisian Penjawat Awam Pada
Tahun 2012
Sumber Data: Pangkalan Data HRMIS, Jun 2012
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Kumpulan Sokongan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
12 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun13Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
12 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun13Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
senArAi hOsPitAl dAn klinik yAnG melAksAnAkAn eGl
Kemudahan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL) telah dibangunkan melalui HRMIS bagi membolehkan penjawat awam serta tanggungan mereka mendapatkan kemudahan perubatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) tanpa perlu mengemukakan Surat Pengesahan Diri (GL) secara manual dari Jabatan masing-masing
Kemudahan eGL melalui aplikasi HRMIS ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula pada 1 Ogos 2007 sehingga Mei 2012. Ketika ini, ia telah pun dilaksanakan di 136 buah hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 240 buah klinik Kesihatan, 64 buah klinik pergigian, 3 hospital universiti di bawah Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) dan Institut Jantung Negara (IJN).
Sehubungan itu, senarai hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian dan hospital universiti yang melaksanakan kemudahan eGL ini adalah seperti berikut:
NEGERI HOSPITAL
PERLIS HOSPITAL TENGKU FAUZIAH
PULAU PINANG HOSPITAL BALIK PULAU HOSPITAL PULAU PINANG HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
HOSPITAL KEPALA BATAS HOSPITAL SUNGAI BAKAP
PAHANG HOSPITAL BENTONG HOSPITAL JENGKA HOSPITAL JERANTUT
HOSPITAL KUALA LIPIS HOSPITAL MUADZAM SHAH HOSPITAL PEKAN
HOSPITAL RAUB HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH HOSPITAL SULTANAH HAJJAH KALSOM
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
TERENGGANU HOSPITAL BESUT HOSPITAL DUNGUN HOSPITAL HULU TERENGGANU
HOSPITAL KEMAMAN HOSPITAL SETIU HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH
WP KUALA LUMPUR HOSPITAL KUALA LUMPUR
WP PUTRAJAYA HOSPITAL PUTRAJAYA
WP LABUAN HOSPITAL LABUAN
PERAK HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA HOSPITAL BATU GAJAH HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
HOSPITAL GERIK HOSPITAL KAMPAR HOSPITAL KUALA KANGSAR
HOSPITAL PARIT BUNTAR HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN HOSPITAL SELAMA
HOSPITAL SERI MANJUNG HOSPITAL SLIM RIVER HOSPITAL SUNGAI SIPUT
HOSPITAL TAIPING HOSPITAL TAPAH HOSPITAL TELUK INTAN
KELANTAN HOSPITAL GUA MUSANG HOSPITAL JELI HOSPITAL KUALA KRAI
HOSPITAL MACHANG HOSPITAL PASIR MAS HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
HOSPITAL TANAH MERAH HOSPITAL TENGKU ANIS HOSPITAL TUMPAT
SARAWAK HOSPITAL RAJAH CHARLES BROOKE
MEMORIAL (RCBM)
HOSPITAL BAU HOSPITAL BENTONG
HOSPITAL BINTULU HOSPITAL DALAT HOSPITAL DARO
HOSPITAL KANOWIT HOSPITAL KAPIT HOSPITAL LAWAS
HOSPITAL LIMBANG HOSPITAL LUNDU HOSPITAL MARUDI
HOSPITAL MIRI HOSPITAL MUKAH HOSPITAL SARATOK
HOSPITAL SARIKEI HOSPITAL SENTOSA HOSPITAL SERIAN
HOSPITAL SIBU HOSPITAL SIMUNJAN HOSPITAL SRI AMAN
HOSPITAL UMUM SARAWAK
SABAH HOSPITAL BEAUFORT HOSPITAL BELURAN HOSPITAL DUCHESS OF KENT
HOSPITAL KENINGAU HOSPITAL KINABATANGAN HOSPITAL KOTA BELUD
HOSPITAL KOTA MARUDU HOSPITAL KUALA PENYU HOSPITAL KUDAT
HOSPITAL KUNAK HOSPITAL LAHAD DATU HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG
HOSPITAL PAPAR HOSPITAL PITAS HOSPITAL QUEEN ELIZABETH
HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II HOSPITAL RANAU HOSPITAL SEMPORNA
HOSPITAL SIPITANG HOSPITAL TAMBUNAN HOSPITAL TAWAU
HOSPITAL TENOM HOSPITAL TUARAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH
MELAKA HOSPITAL ALOR GAJAH HOSPITAL JASIN HOSPITAL MELAKA
12 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun13Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
12 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun13Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
senArAi hOsPitAl dAn klinik yAnG melAksAnAkAn eGl
SeNARAI KlINIK KeSIHAtAN YANg MelAKSANAKAN egl
NEGERI KLINIK KESIHATAN
JOHOR KLINIK KESIHATAN KEMPAS KLINIK KESIHATAN TG. SEDILI KLINIK KESIHATAN KULAI
KLINIK KESIHATAN BANDAR MAS KLINIK KESIHATAN KUALAI BESAR KLINIK KESIHATAN SENING
KLINIK KESIHATAN LARKIN JABATAN PESAKIT LUAR KOTA TINGGI KLINIK KESIHATAN GELANG PATAH
KLINIK KESIHATAN BANDAR TENGGARA KLINIK KESIHATAN MAJIDEE KLINIK KESIHATAN LOK HENG
KLINIK KESIHATAN PASIR GUDANG KLINIK KESIHATAN BKT. BESAR KLINIK KESIHATAN MASAI
KLINIK KESIHATAN ENDAU KLINIK PESAKIT LUAR MAHMOODIAH KLINIK KESIHATAN JEMALUANG
KLINIK KESIHATAN TAMPOI JABATAN PESAKIT LUAR MERSING KLINIK KESIHATAN TUTA/ TMN. SERI OKID
KLINIK KESIHATAN MERSING KANAN KLINIK KESIHATAN ULU TIRAM KLINIK KESIHATAN TENGGAROH 2
KLINIK KESIHATAN TEBRAU KLINIK KESIHATAN TENGLU KLINIK KESIHATAN AIR TAWAR 2
SELANGOR KLINIK KESIHATAN PUCHONG KLINIK KESIHATAN BATU 9 KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN
KLINIK KESIHATAN BANDAR BARU BANGI KLINIK KESIHATAN SHAH ALAM KLINIK KESIHATAN KAJANG
KLINIK KESIHATAN KELANA JAYA KLINIK KESIHATAN SELAYANG BARU KLINIK KESIHATAN MEDAN MAJU JAYA
KLINIK KESIHATAN SUNGAI BULOH KLINIK KESIHATAN ANEKA KLINIK KESIHATAN TAMAN EHSAN
KLINIK KESIHATAN PANDAMARAN KLINIK KESIHATAN SALAK KLINIK KESIHATAN BUKIT KUDA
PERLIS KLINIK KESIHATAN KANGAR KLINIK KESIHATAN SIMPANG EMPAT KLINIK KESIHATAN BESERI
KLINIK KESIHATAN ARAU
WP KUALA LUMPUR KLINIK KESIHATAN TANGLIN KLINIK KESIHATAN JINJANG KLINIK KESIHATAN BATU
KLINIK KESIHATAN PETALING BAHAGIA KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN RAZAK KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU
KLINIK KESIHATAN SENTUL KLINIK KESIHATAN DATO KERAMAT KLINIK KESIHATAN KG PANDAN
WP PUTRAJAYA KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 9 KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 14 KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 3
KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 11
NEGERI SEMBILAN HOSPITAL JELEBU HOSPITAL JEMPOL HOSPITAL PORT DICKSON
HOSPITAL TAMPIN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH HOSPITAL TUANKU JAAFAR
SELANGOR HOSPITAL AMPANG HOSPITAL BANTING HOSPITAL KAJANG
HOSPITAL KUALA KUBU BHARU HOSPITAL SELAYANG HOSPITAL SERDANG
HOSPITAL SUNGAI BULOH HOSPITAL TANJUNG KARANG HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH
HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH
JOHOR HOSPITAL BATU PAHAT HOSPITAL KLUANG HOSPITAL KOTA TINGGI
HOSPITAL MERSING HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH HOSPITAL PERMAI
HOSPITAL PONTIAN HOSPITAL SEGAMAT HOSPITAL SULTAN ISMAIL
HOSPITAL SULTANAH AMINAH HOSPITAL TANGKAK HOSPITAL TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN
IBRAHIM
KEDAH HOSPITAL BALING HOSPITAL JITRA HOSPITAL KUALA NERANG
HOSPITAL KULIM HOSPITAL LANGKAWI HOSPITAL SIK
HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH HOSPITAL YAN
PERAK KLINIK KESIHATAN LANGKAP KLINIK KESIHATAN TANJUNG PIANDANG KLINIK KESIHATAN CHENDERONG BALAI
KLINIK KESIHATAN ALOR PONGSU KLINIK KESIHATAN SUNGAI SUMUN KLINIK KESIHATAN JALAN BARU
KLINIK KESIHATAN SELEKOH KLINIK KESIHATAN BAGAN SERAI KLINIK KESIHATAN BAGAN DATOH
KLINIK KESIHATAN KUALA KURAU KLINIK KESIHATAN TELUK INTAN KLINIK KESIHATAN GUNONG SEMANGGUL
KLINIK KESIHATAN HUTAN MELINTANG KLINIK KESIHATAN GREENTOWN KLINIK KESIHATAN TELUK MEDAN
KLINIK KESIHATAN CHEMOR KLINIK KESIHATAN KEDAI EMPAT KLINIK KESIHATAN PASIR PINJI
KLINIK KESIHATAN KUALA GULA KLINIK KESIHATAN SIMEE KLINIK KESIHATAN JELAPANG
KLINIK KESIHATAN KAMPAR KLINIK KESIHATAN TRONOH KLINIK KESIHATAN MALIM NAWAR
KLINIK KESIHATAN MENGLEMBU KLINIK KESIHATAN GOPENG KLINIK KESIHATAN MANJOI
KLINIK KESIHATAN KOTA BARU KLINIK KESIHATAN TG. RAMBUTAN KLINIK KESIHATAN SITIAWAN
KLINIK KESIHATAN BIJIH TIMAH KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR KLINIK KESIHATAN GUNUNG RAPAT
KLINIK KESIHATAN PANGKOR KLINIK KESIHATAN BUNTONG KLINIK KESIHATAN PANTAI REMIS
KLINIK KESIHATAN TG. TUALANG KLINIK KESIHATAN CHANGKAT KERUING KLINIK KESIHATAN LEKIR
KLINIK KESIHATAN BERUAS
14 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun15Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
14 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun15Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
PAHANG KLINIK KESIHATAN BENTONG KLINIK KESIHATAN PADANG TENGKU KLINIK KESIHATAN LURAH BILUT
KLINIK KESIHATAN SUNGAI KOYAN KLINIK KESIHATAN MEMPAGA KLINIK KESIHATAN MERAPOH
KLINIK KESIHATAN KARAK KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG KLINIK KESIHATAN SIMPANG PULAI
KLINIK KESIHATAN MELA KLINIK KESIHATAN BENTA KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG
KLINIK KESIHATAN TRIANG KLINIK KESIHATAN KUALA TAHAN KLINIK KESIHATAN KEMAYAN
KLINIK KESIHATAN SG TEKAM UTARA KLINIK KESIHATAN BANDAR 32, BERA KLINIK KESIHATAN PADANG PIOL
KLINIK KESIHATAN PURUN KLINIK KESIHATAN KG BANTAL KLINIK KESIHATAN JERANTUT
KLINIK KESIHATAN CHEROH KLINIK KESIHATAN DAMAK KLINIK KESIHATAN DONG
KLINIK KESIHATAN JENGKA 8 KLINIK KESIHATAN TERSANG KLINIK KESIHATAN KUALA TEMBELING
KLINIK KESIHATAN JERUAS KLINIK KESIHATAN ULU GALI KLINIK KESIHATAN PERWIRA JAYA
KLINIK KESIHATAN LEMBAH KLAU KLINIK KESIHATAN PERANTAU DAMAI KLINIK KESIHATAN BUKIT FRASER
KLINIK KESIHATAN CHANIS KLINIK KESIHATAN TANJUNG GEMOK KLINIK KESIHATAN BATU 1, JLN TRAS
KLINIK KESIHATAN ROMPIN KLINIK KESIHATAN KARAK KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN RAZAK
KLINIK KESIHATAN LURAH BILUT KLINIK KESIHATAN MEMPAGA KLINIK KESIHATAN BENTA
KLINIK KESIHATAN SIMPANG PELANGAI KLINIK KESIHATAN SG KOYAN KLINIK KESIHATAN TANAH RATA
KLINIK KESIHATAN PERAMU JAYA KLINIK KESIHATAN MELA KLINIK KESIHATAN CHINI
KLINIK KESIHATAN MERAPOH KLINIK KESIHATAN PADANG RUMBIA KLINIK KESIHATAN PADANG TENGKU
KLINIK KESIHATAN NENASI
SABAH KLINIK KESIHATAN APAS BALUNG KLINIK KESIHATAN MEROTAI KLINIK KESIHATAN BESERI
KLINIK KESIHATAN SEMPORNA
SARAWAK KLINIK KESIHATAN BWANG ASSAN KLINIK KESIHATAN JULAU KLINIK KESIHATAN LUAR KANOWIT
KLINIK KESIHATAN PAKAN KLINIK KESIHATAN LANANG KLINIK KESIHATAN BELAGA
KLINIK KESIHATAN MACHAN KLINIK KESIHATAN KAPIT KLINIK KESIHATAN SEKUAU
KLINIK KESIHATAN SONG KLINIK KESIHATAN BALINGIAN KLINIK KESIHATAN SENTOSA
KLINIK KESIHATAN BELAWAI KLINIK KESIHATAN TANAH PUTIH KLINIK KESIHATAN DARO
KLINIK KESIHATAN SEMATAN KLINIK KESIHATAN KUALA IGAN KLINIK KESIHATAN KOTA SAMARAHAN
KLINIK KESIHATAN KUALA OYA KLINIK KESIHATAN SADONG JAYA JABATAN PESAKIT LUAR MUKAH
KLINIK KESIHATAN TEBEDU KLINIK KESIHATAN KUALA BALINGIAN KLINIK KESIHATAN TG MANIS
KLINIK KESIHATAN TIAN KLINIK KESIHATAN LADANG SAWIT KLINIK KESIHATAN TEKAJONG
KLINIK KESIHATAN SRI AMAN KLINIK KESIHATAN PALOH
PERLIS KLINIK KESIHATAN ARAU KLINIK KESIHATAN BANDAR TASEK MUTIARA
PULAU PINANG KLINIK KESIHATAN BUKIT PANCHOR KLINIK KESIHATAN BUTTERWORTH KLINIK KESIHATAN NIBONG TEBAL
KLINIK KESIHATAN PENAGA KLINIK KESIHATAN SG ACHEH KLINIK KESIHATAN KEPALA BATAS
KLINIK KESIHATAN SUNGAI DUA KLINIK KESIHATAN BANDAR BARU ITAM KLINIK KESIHATAN SUNGAI TASEK GELUGOR
KLINIK KESIHATAN LEBUH MUNTRI KLINIK KESIHATAN TASEK MAK MANDIN KLINIK KESIHATAN BUKIT JAMBUL
KLINIK KESIHATAN JALAN PERAK KLINIK KESIHATAN SUNGAI DUA KLINIK KESIHATAN TG BUNGAH
KLINIK KESIHATAN AIR ITAM KLINIK KESIHATAN BUKIT BENDERA KLINIK KESIHATAN BANDAR TASEK MUTIARA
PAHANG KLINIK KESIHATAN TRIANG KLINIK KESIHATAN KUALA TAHAN KLINIK KESIHATAN KEMAYAN
KLINIK KESIHATAN SG TEKAM UTARA KLINIK KESIHATAN BUKIT MENDI KLINIK KESIHATAN LEPAR UTARA
KLINIK KESIHATAN BANDAR 32, BERA KLINIK KESIHATAN PADANG PIOL KLINIK KESIHATAN PURUN
KLINIK KESIHATAN KG BANTAL KLINIK KESIHATAN JERANTUT KLINIK KESIHATAN CHEROH
KLINIK KESIHATAN DAMAK KLINIK KESIHATAN DONG KLINIK KESIHATAN JENGKA 8
KLINIK KESIHATAN TERSANG KLINIK KESIHATAN KUALA TEMBELING KLINIK KESIHATAN JERUAS,
KLINIK KESIHATAN ULU GALI KLINIK KESIHATAN PERWIRA JAYA KLINIK KESIHATAN LEMBAH KLAU
KLINIK KESIHATAN PERANTAU DAMAI KLINIK KESIHATAN BUKIR FRASER, KLINIK KESIHATAN CHANIS
KLINIK KESIHATAN TANJUNG GEMOK KLINIK KESIHATAN BATU 1, JLN TRAS KLINIK KESIHATAN ROMPIN
KLINIK KESIHATAN KARAK KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN RAZAK KLINIK KESIHATAN LURAH BILUT
KLINIK KESIHATAN MEMPAGA KLINIK KESIHATAN BENTA KLINIK KESIHATAN SIMPANG PELANGAI
KLINIK KESIHATAN SG KOYAN KLINIK KESIHATAN TANAH RATA KLINIK KESIHATAN PERAMU JAYA
KLINIK KESIHATAN MELA KLINIK KESIHATAN CHINI KLINIK KESIHATAN MERAPOH
KLINIK KESIHATAN PADANG RUMBIA KLINIK KESIHATAN PADANG TENGKU KLINIK KESIHATAN NENASI
KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG
14 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun15Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
14 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun15Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
SeNARAI KlINIK PeRgIgIAN YANg MelAKSANAKAN egl
NEGERI KLINIK PERGIGIAN
JOHOR KLINIK PERGIGIAN BANDAR MAHARANI KLINIK PERGIGIAN JALAN MENGKIBOL KLINIK PERGIGIAN HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH (HPSF)
KLINIK PERGIGIAN RENGGAM KLINIK PERGIGIAN PARIT JAWA KLINIK PERGIGIAN SEGAMAT
KLINIK PERGIGIAN SUNGAI MATI KLINIK PAKAR PERGIGIAN ORTHODONTIK & RESTORATIF, JALAN ABUL SAMAD, JOHOR BHARU
KLINIK PERGIGIAN HOSPITAL KLUANG
KLINIK PAKAR PERGIGIAN PERIODONTIK, JALAN MAHMOODIAH, JOHOR BHARU
SELANGOR KLINIK PERGIGIAN KUALA KUBU BHARU
PULAU PINANG KLINIK PERGIGIAN BUKIT PACHOR KLINIK PAKAR BEDAH MULUT, HOSPITAL SEBERANG JAYA
KLINIK PERGIGIAN HOSPITAL SUNGAI BAKAP
KLINIK PERGIGIAN HOSPITAL BUKIT MERTAJAM, KLINIK PERGIGIAN BANDAR TASEK MUTIARA KLINIK PERGIGIAN SEBERANG JAYA,
KLINIK PERGIGIAN NIBONG TEBAL KLINIK PERGIGIAN JALAN PERAK, KLINIK PERGIGIAN SUNGAI ACHEH
KLINIK PERGIGIAN BANDAR BARU AIR ITAM, KLINIK PERGIGIAN BAYAN BARU UNIT PAKAR PERIONDONTIK, 11600 JLN PERAK, PULAU PINANG.
PAHANG KLINIK PERGIGIAN BENTONG PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN MARAN KLINIK PERGIGIAN KARAK
KLINIK PERGIGIAN JERANTUT KLINIK PERGIGIAN SIMPANG PELANGAI KLINIK PERGIGIAN MENTAKAB
TERENGGANU KLINIK PERGIGIAN KUALA BERANG KLINIK PERGIGIAN DAERAH KUALA TERENGGANU
WP KL KLINIK PERGIGIAN POLIKLINIK KOMUNITI TANGLIN KLINIK PERGIGIAN CAHAYA SURIA KLINIK PERGIGIAN JINJANG
WP LABUAN KLINIK PERGIGIAN LABUAN,
PERAK KLINIK PERGIGIAN PARIT KLINIK PERGIGIAN KG. GAJAH KLINIK PERGIGIAN BOTA KIRI
KLINIK PERGIGIAN PAKAR HOSPITAL TELUK INTAN
KELANTAN KLINIK PERGIGIAN KOTA BHARU KLINIK PERGIGIAN CHIKU TIGA KLINIK PERGIGIAN GUA MUSANG
SARAWAK KLINIK PERGIGIAN MUKAH KLINIK PERGIGIAN BESAR LUNDU PEJABAT PERGIGIAN MIRI
KLINIK PERGIGIAN BETONG KLINIK PERGIGIAN PAKAR HOSP MIRI KLINIK PERGIGIAN BATU KAWA
KLINIK PERGIGIAN LIMBANG KLINIK PERGIGIAN KOTA SENTOSA KLINIK PERGIGIAN LAWAS
KLINIK PERGIGIAN BESAR KLINIK PERGIGIAN SRI AMAN KLINIK PERGIGIAN SARATOK
MELAKA KLINIK PERGIGIAN MELAKA TENGAH KLINIK PERGIGIAN CHENG KLINIK PERGIGIAN PERINGGIT
KLINIK PERGIGIAN TENGKERA KLINIK PERGIGIAN AYER KEROH KLINIK PERGIGIAN TANJUNG KLING
KLINIK PERGIGIAN AYER MOLEK KLINIK PERGIGIAN UJONG PASIR KLINIK PERGIGIAN KLEBANG
PEJ PERKHID. PERGIGIAN DAERAH MELAKA TENGAH
TERENGGANU KLINIK KESIHATAN AJIL KLINIK KESIHATAN KIJAL KLINIK KESIHATAN KUALA TELEMONG
KLINIK KESIHATAN CHUKAI KLINIK KESIHATAN TENGKAWANG KLINIK KESIHATAN CHENEH
KLINIK KESIHATAN SEBERANG TAKIR KLINIK KESIHATAN KERTEH KLINIK KESIHATAN BATU RAKIT
KLINIK KESIHATAN BATU 2 1/2 KLINIK KESIHATAN BUKIT TUNGGAL KLINIK KESIHATAN AIR PUTIH
KLINIK KESIHATAN HILIRAN KLINIK KESIHATAN KUALA KEMAMAN KLINIK KESIHATAN MANIR
KLINIK KESIHATAN SRI BANDI KLINIK KESIHATAN PERMAISURI KLINIK KESIHATAN SERI LANGKAP
KLINIK KESIHATAN RAHMAT KLINIK KESIHATAN KEMASEK
KELANTAN KLINIK KESIHATAN JELI KLINIK KESIHATAN MERANTI KLINIK KESIHATAN AYER LANAS
KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR MAS KLINIK KESIHATAN KUALA BALAH KLINIK KESIHATAN TENDONG
KLINIK KESIHATAN KANGKONG KLINIK KESIHATAN CHEKOK KLINK KESIHATAN TO’ UBAN
KLINIK KESIHATAN CHERANG RUKU KLINIK KESIHATAN RANTAU PANJANG KLINIK KESIHATAN SELISING
NEGERI SEMBILAN KLINIK KESIHATAN PORT DICKSON KLINIK KESIHATAN LUKUT KLINIK KESIHATAN DAERAH REMBAU
SeNARAI HoSPItAl uNIVeRSItI KPt YANg MelAKSANAKAN egl
NEGERI HOSPITAL
WP KUALA LUMPUR PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
KELANTAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
16 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun17Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
16 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun17Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Malaysia semakin menghampiri ambang tahun 2020 dan Wawasan 2020 yang dicetuskan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad iaitu mencapai status Negara Maju. Namun jika diperhatikan di sekeliling kita, minda dan psikologi masyarakat Malaysia masih memerlukan pengukuhan dan suntikan kekuatan ilitizam kendiri yang tinggi. Lebih penting daripada pengiktirafan masyarakat dunia ialah pengiktirafan diri kita sendiri iaitu kita merdeka daripada belenggu perasaan rendah diri. Kita sekarang ini terlalu mengagumi pencapaian negara maju lain seperti Republik Singapura dan Republik Korea Selatan dan kita alpa daripada menilai secara objektif kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita Malaysia sehingga ke tahap ini.
Malaysia berbeza daripada kedua-dua negara maju tersebut dan perbezaan ini wajar disedari dan diiktiraf sebagai defining edge ataupun identiti nasional yang unik yang memberi kelebihan daya-saing. Perbezaan ini adalah sesuatu yang menyumbang kepada Malaysiana (intipati sebuah negara merdeka bernama Malaysia dan yang memberi Malaysia suatu mystique) iaitu Malaysia ialah sebuah negara raja berpelembagaan. Berbeza dengan Republik Singapura dan Republik Korea Selatan, iaitu negara yang hidup tanpa sistem beraja. Ia negara di mana sesiapa sahaja boleh merajai negara-negara tersebut asalkan disokong kuasa politik dan ekonomi yang kukuh.
Kenapa kita mahukan pengukuhan dan suntikan kekuatan ilitizam kendiri yang tinggi? Apa untungnya berpegang kepada identiti Malaysia yang tersendiri, bebas daripada perbandingan dan persamaan dengan negara maju yang lain? Jawapannya ialah kerana kita BUKAN rakyat Singapura, BUKAN rakyat Korea Selatan ataupun mana-mana negara maju yang lain. Seperti mana rumah jiran kita tidak akan seselesa rumah kita sendiri, begitulah juga dalam hal mengejar kemajuan negara kita. Realitinya, kita harus berfikir dan mengkaji dengan lebih mendalam erti kemajuan dengan Acuan Malaysia supaya kita bebas daripada perangkap mentaliti the grass is always greener yonder ataupun mencemburui kemajuan orang lain. Malaysia berbangga mempunyai sektor akademik dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang dinamik dan sewajarnya sekarang ini, dalam abad ke-21 yang penuh cabaran perubahan pesat dan kompleks, sektor akademik diberi lebih perhatian dan ruang untuk menyumbang kepada pembentukan dasar dan halatuju negara dalam membangunkan Malaysia. Seperti yang lazim kita dengar diucapkan oleh kepimpinan politik, kepimpinan masyarakat civil society dan media massa, zaman di mana tanggapan the government knows best telahpun berlalu seraya lahirnya Generasi Z dan perkembangan pesat teknologi elektronik dan internet. Demi membangunkan sebuah negara maju yang berdaya saing dan mapan, sudah tiba masanya suara orang-orang akademik dan teknokrat diberi perhatian di samping suara orang-orang politik, birokrat dan plutokrat sahaja yang sudah biasa diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia yang umum.
Generasi Z adalah generasi yang sedang memulakan persekolahan sekarang dan generasi merekalah yang akan menggariskan betapa pentingnya sumbangan sektor akademik dan menyayangi identiti Malaysiana kepada kemajuan negara
“MAJu DeNgAN ACuAN SeNDIRI - L O V E O U R M A L A Y S I A N A ”
yang mapan dan berdaya saing dalam abad ke-21 ini. Buruk dan baiknya menjadi warga Malaysia, kita mestilah menerima dan berbangga menjadi rakyat Malaysia dan semua Malaysiana yang ada. Kitalah yang mengkaryakan Malaysiana kita tersendiri, bukannya di bawah telunjuk siapa-siapapun, tidak kiralah pengaruh jiran paling jauh ataupun musuh paling dekat.
Sebagai contoh perbandingan, apa kata kita kembali membandingkan Malaysia dengan Korea Selatan, sebuah negara yang mempunyai banyak persamaan geo-politik dengan Malaysia dan baru mencapai status negara maju. Di sebalik banyak persamaan geo-politik tersebut, ramai yang tidak menyedari betapa berbezanya keadaan sosio-ekonomi di Korea Selatan berbanding Malaysia dan betapa beruntungnya masyarakat Malaysia berbanding banyak masyarakat negara maju yang lain. Mungkin daripada perbandingan ini, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri corak kemajuan bagaimana yang kita mahu wariskan kepada anak dan cucu kita.
Tontonlah rancangan dokumentari kehidupan rakyat Korea Selatan di dalam saluran TV KBS World, kita akan lihat walaupun Korea Selatan sebuah negara maju dengan Pendapatan Negara Kasar yang tinggi, tetapi gaji bulanan purata pekerja swasta mahupun kerajaan mereka hanyalah sekitar USD2300. Ini boleh dianggap setara dengan RM2300 iaitu gaji purata yang boleh dicapai kakitangan awam Malaysia di majoriti gred dan skim perkhidmatan. Namun begitu, harus diingat kos sara hidup yang sangat tinggi di Korea Selatan belum diambil kira. Sebagai contoh mudah, menu nasi campur (bibimbap) untuk makan tengahari di Seoul, ibu negara Korea Selatan adalah sekitar USD20 (RM60). Banding-bandingkanlah nasi campur yang dijual di Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia adalah sekitar RM6 sahaja. Itu belum termasuk barangan keperluan lain.
Jika dikaji dengan lebih mendalam, daripada aspek psikologinya, rakyat Korea Selatan, seperti rakyat Singapura dan negara maju yang lain, sebenarnya hidup dalam ketakutan yang berpanjangan dan tidak dapat menikmati hidup mereka walaupun negara mereka dilabel Negara Maju. Ini disebabkan majoriti pekerja di sektor swasta dan kerajaan Korea Selatan berstatus kontrak tahunan; hanya kumpulan pengurusan tertinggi dan yang berstatus elit diberi status pekerja tetap dan berpencen. Betapa beruntungnya penjawat awam Malaysia berbanding di Korea Selatan, cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya kerana tidak dimaklumkan atau diberi kesedaran sedemikian.
Kemajuan mesti diusahakan, bukan kerana status atau label tapi kerana KEBAIKAN yang akan dibawa kepada masyarakat yang disebabkan oleh kemajuan tersebut. Kerajaan Malaysia mesti benar-benar serius dan telus dalam melaksanakan transformasi minda masyarakat Malaysia dengan kepercayaan kepada Tuhanî sebagai teras rukunnya dan ditunjangi iltizam imej serta identiti Malaysiana yang kukuh.
Demi mencapai Wawasan 2020, kita mestilah membangunkan masyarakat Malaysia yang kukuh minda dan psikologinya supaya kita berani jatuh dan bangun dengan kekuatan ilitizam kendiri yang tinggi sebagai rakyat sebuah negara merdeka di rantau Asia Tenggara.
Ayuh kita aspirasikan kemajuan Negara kita yang bernama Malaysia!
Oleh:Megat Mohd.Hisham bin Megat Tajudin
16 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun17Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
16 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun17Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Maklumat (BPM) telah berinisiatif untuk membuat ‘pembetulan secara total’. Langkah yang paling rasional adalah denganmenghilangkan terus ‘sisa dan cerita’ HRMIS yang lama. Maka HRMIS2 datang sebagai satu pakej alternatif yang akan menjadi satu sistem yang ‘penuh dinanti’. HRMIS2 bukan sahaja direkacipta sebagai sistem ‘baru’ tetapi sebagai satu sistem ‘malar segar’ yang bakal merentasi kehendak masa dan tuntutan pelanggan.
HRMIS2 bakal melalui satu proses pembangunan yang terperinci dan dikawal secara berhemah. Bermula dengan Makmal Perekayasaan Proses selama tiga (3) bulan yang menggabungkan hampir kesemua idea dari empat (4) sudut berbeza; pengguna, pemilik proses, pembangun sistem, dan pakar rujuk ICT Negara. Kemudian proses pembangunan HRMIS2 diteruskan dengan proses piawaian kualiti yang dikira berdasarkan masa (dalam saat) pelayan latihan HRMIS sedia ada. Masa untuk sesuatu proses akan menjadi maksima dua (2) saat untuk bilangan pengguna serentak seramai 5000 orang. Persoalan mengenai ‘sistem yang terlambat dalam pasaran’ pasti bertukar menjadi ‘HRMIS2…mengapa lambat tiba?’. Pada masa sekarang HRMIS2 sedang melalui proses rekabentuk aplikasi terperinci untuk modul Cuti, Laporan Penilaian Tahunan (LNPT), Sasaran Kerja Tahunan(SKT), Rekod Peribadi (PR), dan Data Perjawatan (OD). Kesemua rekabentuk ini dijangka akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Pembangunan Teknikal HRMIS2 pada Ogos 2012.
HRMIS2 akan menjadi sistem besar pertama di Malaysia yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam. Lantaransistem ini digunakan oleh penjawat awam, maka HRMIS2 boleh disifatkan sebagai ‘dari penjawat awam, kepada penjawat awam.’ Di atas kertas, HRMIS2 bakal menjadi ‘Juara yang sukar ditentang’ oleh sistem-sistem lain di Malaysia, namun kejayaan sistem ini akan bergantung sepenuhnya kepada komitmen pembangunkan sistem, kolaborasi sumber manusia dalaman, dan doa daripada keseluruhan penjawat awam yang sekian lama telah bersabar untuk mendapatkan satu sistem yang efektif dan efesien. Justeru, HRMIS2 tidak mampu datang secara serentak, sebaliknya HRMIS2 akan datang secara peringkat demi peringkat. Yang penting akan tampil dahulu, yang kurang penting akan menyusul kemudian. Paling awal, HRMIS2 akan datang menemui penjawat awam pada Oktober 2012 melalui modulLNPTdanpalinglewatbertemuandapadaOktober2014melaluimodulPelanLandasanKerjaya(PLK).
HRMIS2 – MEMENUHI ASPIRASI SEMUA
Evolusi perkhidmatan awam di Malaysia telah bermula sebelum zaman merdeka lagi. Pertambahan demi pertambahan bilangan
penjawat awam menuntut satu pewujudan kaedah pengumpulan maklumat penjawat awam yang lebih effektif. Tuntutan kepada sistem penyampaian yang berkesan telah menyebabkan sektor awam memerlukan satu sistem yang bukan sahaja efektif malah efesien dalam mengumpul, menjana, dan mengasimilasikan maklumat dalam sektor awam. Keperluan kepada maklumat ini telah mewujudkan idea HRMIS pada 22 Jun 1999.
Idea untuk mewujudkan HRMIS pada dasarnya adalah satu idea yang amat baik. Idea ini sebenarnya selari dengan visi pengurusan sumber manusia iaitu “Menjadi Pemimpin Dalam Membangun dan Mengurus Sumber Manusia Dalam Mencapai Wawasan Kerajaan.” HRMIS pada dasarnya melibatkan tiga (3) komponen utama iaitu:-
i. Perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (HRMIS) di semua agensi sektor awam yang melibatkan penyediaan data asas dan 52 modul/submodul pengurusan sumber manusia,
ii. Perekayasaan model bisnes pengurusan sumber manusia melalui tiga (3) kaedah yang dianggap berkesan, dan
iii. Mewujudkan pangkalan data sumber manusia perkhidmatan awam melalui empat (4) kaedah terkini.
Sehingga Februari 2012, HRMIS sebenarnya telah berjayadibangunkan sebagai sebuah sistem yang lengkap. Sehingga kini hampir kesemua 52 modul/submodul yang dibina di dalam HRMIS telah hampir 80% menetapi kehendak pengurusan sumber manusia sektor awam. Memandangkan pengurusan sumber manusia itu sendiri adalah sesuatu yang amat dinamik, maka HRMIS perlu sentiasa berubah untuk disesuaikan dengan pola baru model pengurusan modal insan sektor awam. Justeru, HRMIS telah tertinggal dari segi evolusi rekabentuk aplikasi, evolusi rekabentuk pangkalan data, dan evolusi arkitektur infrastruktur. Lantaran ituHRMISmula dilanda satu fenomenayang dikenali sebagai ‘sistem yang terlambat dalam pasaran.’
Rungutan demi rungutan telah menyebabkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pengurusan
Oleh: Zainal Abidin bin Sait
18 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun19Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
18 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun19Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
beRIta Sukan dan RekReaSINuang Challenge 2012
tarikh : 31hb Mac 2012tempat : Gunung Nuang, Hulu Langat, SelangorAnjuran : Kelab Sukan dan Kebajikan BPM
Pertandingan Bowling Antara Bahagian JPA 2012
tarikh : 1hb April 2012tempat : Bangi Bowling Center, Sungai Besi, SelangorPeserta & Pengurus : 8 OrangAnjuran : Kelab JPAPencapaian : Kumpulan(Tempat Ke-6)
Pertandingan Bola tampar Antara Bahagian 2012
tarikh : 14hb April 2012tempat : Gelanggang Bola Tampar SJK(C) DengkilAnjuran : Kelab JPAPencapaian : Lelaki(Tempat Ke-4), Perempuan (Tempat Ke-2)
Pertandingan Catur Antara Bahagian JPA 2012
tarikh : 5hb Mei 2012tempat : Parcel C, PutrajayaAnjuran : Kelab JPAPencapaian : Juara
Pertandingan Bowling Antara Warga BPM 2012
tarikh : 20hb Mei 2012tempat : Ampang Bowl, IOI Mall, Puchong, SelangorPeserta : 88 OrangAnjuran : Kelab Sukan dan Kebajikan BPM
18 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun19Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
18 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – Jun19Buletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
Tahniah diucapkan kepada Encik Sazrol Fadzli bin Bojeng dari Sektor Rangkaian dan Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) yang telah berjaya dinobatkan sebagai Johan anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2011–Kategori ICT pada 8 Mei 2012 lalu.
AnugerAh InovAsI
JAbAtAn PerdAnA MenterI 2011(AIJPM 2011)
P rojek yang telah dipertandingkan oleh beliau dalam AIJPM 2011 bertajuk “Zon Komuniti Maya Rangkaian JPA”. Zon Komuniti Maya Rangkaian
JPA merupakan sebuah projek berasaskan kewujudan laman sosial secara rasmi untuk menyediakan kemudahan interaksi antara ahli komuniti dalam menyelesaikan tugasan seharian terutamanya berkaitan pengurusan rangkaian JPA. AIJPM 2011 telah dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri adalah bertujuan:
• Menggalakkanpenciptaandanpenyuburaninovasidi Jabatan/Agensi JPM;
• Menggalakkan Jabatan/Agensi JPM membudayakan inovasi dalam melaksanakan proses kerja untuk meningkatkan kecekapan; dan
• Memberi pengiktirafan kepada pelaksanaan inovasi di Jabatan/Agensi JPM.
Sebanyak 15 buah Jabatan/Agensi telah mengambil bahagian dalam penganjuran AIJPM 2011 dengan mempertandingkan 31 projek yang dibahagikan kepada empat jenis kategori iaitu:
i. Kategori ICT;
ii. Kategori non–ICT;
iii. Kategori Most Promising; dan
iv. Kategori Most Innovative Depatment/Agency.
Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana berjaya mengharumkan nama Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA!
20 Buletin HRMIS Bil. 1/2012 • JanuaRI – JunPBBuletin HRMISBil. 1/2012 • JanuaRI – Jun
PenaungYBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji AbdullahKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
PenasihatYBhg. Dato’ Dr. Ismail bin AliasTimbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Ketua editorTuan Haji Kamarudin bin TahirPengarahBahagian Pengurusan Maklumat
Pasukan editorialEn. Hairul Rashidan bin Md RashidEn. Shukri bin HamatPn. Putri Noorafedah bt Megat TajudinEn. Najmuddin bin JemainEn. Mohammad Razi bin AzmiPn. Foo Sook FuangPn. Nor’Ashikin bt UjangEn. Khairul Nizar bin KhalidEn. Hanafi bin Mohamed TaibPn. Intan Nazira bt Mohd Idris
JurugambarEn. Hasim bin Zainal AbidinPn. Ayu Salmee bt SalmonPn. Maya Azren bt Nathan
Pengurusan dan edaranPn. Putri Noorafedah bt Megat TajudinEn. Nawal Zakhran bin Mahazir
PenerbitanBahagian Pengurusan MaklumatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
PercetakanPercetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Buletin HRMIS akan menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan penglibatan yang aktif dari para pembaca. Sumbangan anda sangatlah dialu-alukan. Sama ada anda memberikan buah fikiran, pandangan, cadangan atau pertanyaan, penulisan anda hendaklah tidak melebihi 2000 patah perkataan dan ia berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Segala sumbangan hendaklah dialamatkan kepada:
SIDANG REDAKSI
SuMBANgAN DAN MAKluM BAlAS
bahagian Pengurusan MaklumatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysiabangunan MKn-embassy techzone,Aras 3 blok A, no. 3200Jalan teknorat 263000 Cyberjayaselangor darul ehsanemel: buletinhrmis@jpa.gov.my
Recommended