View
248
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGENALAN
Isu haiwan liar yang berkeliaran disekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
menjadi suatu fenomena yang kerap kali terjadi. Seperti yang sedia maklum,
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kampus yang mengekalkan
persekitarannya demi menjaga kelestarian lingkungan, Universiti Kebangsaan juga
memiliki hutan simpan yang disebut sebagai hutan simpan bangi. Luasnya kira-kira
100 hektar, hal ini juga menyebabkan kawasan di Universiti Kebangsaan Malaysia
turut dihuni oleh beberapa spesies haiwan, diantaranya ialah seperti anjing, babi, ular
dan kera.
Kera merupakan salah satu penghuni hutan simpan bangi, kera tergolong dalam
kumpulan mamalia, dan cenderung hidup secara berkumpulan (Wikipedia, 2014).
Kera merupakan salah satu haiwan liar yang begitu banyak ditemukan dan kerap
sekali mengganggu pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Akhir-akhir ini kera
semakin berani dan bergerak aktif dikawasan daripada luar habitatnya, seperti kolej
kediaman dan fakulti pengajian.
Kehadiran kera selama ini merupakan suatu hal yang biasa terjadi, namun kehadiran
kera yang tidak terkawal berpotensi untuk untuk menyumbang kepada kejadian yang
tidak diingini. Salah satu yang menyebabkan kehadiran kera ialah kerana faktor
makanan. Makanan menjadi tujuan utama bagi haiwan ini datang ke kolej-kolej
kediaman. Dimulai dari kes mencuri makanan kedalam bilik pelajar hingga
menyelongkar tong sampah.
Oleh itu, peneliti tertatik untuk mengkaji punca sebenar yang menyebabkan isu
kehadiran kera yang tidak terkawal ini wujud dan memberikan cadangan yang rasional
demi mengawal kehadiran kera-kera di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
PERMASALAHAN KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan permasalahan yang telah timbul dalam
kalangan mahasiswa dan mahasiswi berkaitan dengan masalah kera yang semakin
menjadi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui senario yang dapat kami lihat di
sini pengkaji telah menyenaraikan beberapa permasalahan kajian yang perlu diteliti.
Antaranya ialah:
1. Kehadiran kera yang sering kali mengganggu pelajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia kampus Bangi.
2. Sering kali berlaku kejadian di mana bilik-bilik kediaman yang dimasuki oleh
kera-kera.
3. Sampah-sampah berselerak atau bertaburan akibat diselongkar oleh kera-kera
yang menyebabkan kebersihan tidak dapat dijaga.
4. Langkah-langkah yang telah diambil tidak begitu efektif dalam menangani
masalah ini.
SKOP KAJIAN
Pengkaji telah menjalankan kajian kami di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia
kampus Bangi. Ini kerana Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi adalah
kawasan yang berdekatan dengan pengkaji dan senario kera yang semakin serius
berlaku di sini. Kami memfokuskan kajian pengkaji kepada golongan mahasiswa
mahasiswi di Universiti Kebangsaan kerana mereka lebih dekat dengan senario ini.
Malahan ada dalam kalangan mereka yang telah menjadi mangsa kera-kera ini.
Pengkaji telah mengumpul sebanyak lima puluh orang mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Kebangsaan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Responden yang
disasarkan juga berasal atau tinggal di kolej yang berlainan.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan huraian-huraian di atas maka persoalan kajian yang dijelaskan dalam
penelitian ini adalah sebagai berikut:
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang yang menyebabkan kewujudan kera yang
tidak terkawal di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Mengenalpasti cadangan-cadangan rasional demi megawal kehadiran kera-
kera di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang hendak dicapai dalam penelitian ini adalah untuk:
1. Untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan kewujudan kera yang
tidak terkawal di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Untuk mengetahui cadangan-cadangan rasional demi mengawal kehadiran
kera-kera di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan dalam satu-satu kajian. Dalam
metodologi, termasuklah pemilihan teknik-teknik penyelidikan bagi pengumpulan
data, menentukan sampling, menentukan data yang relevan yang mahu dipungut dan
seterusnya mengaitkan data-data ini dengan teori-teori yang menjadi panduannya.
Dengan kata yang lebih mudah, metodologi ini adalah cara kajian yang logikal
digunakan dari awal sehingga akhir bagi memenuhi tujuan sesuatu kajian. Penyelidik
akan memilih sesuatu metode penyelidikan kerana ia memikirkan bahawa metode itu
sesuai dengan tujuan dan objektif kajian (Abdullah Taib, 1981; 94). Bagi
mendapatkan maklumat untuk kajian ini, beberapa metodologi pengumpulan data
telah digunakan.
Data Primer
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu kaedah pendekatan bagi mendapatkan
data-data berkaitan tajuk kajian yang dipilih. Oleh itu, kaedah yang digunakan ialah
kaedah soal selidik
Kaedah Soal Selidik
Penggunaan kaedah ini adalah penting bagi pengkaji untuk memungut data yang
bersifat lebih terkini dan tepat. Hal ini demikian kerana terdapat maklumat atau fakta
yang telah berubah iaitu berlainan dari hasil kajian pengkaji-pengkaji lepas. Melalui
kaedah ini, sebanyak 50 set borang soal selidik diagihkan kepada para pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia secara rawak dalam talian. Dalam memenuhi kaedah
ini seterusnya data yang diperoleh akan dianalisis mengikut urutan berdasarkan
pemboleh ubah yang dikaji. Data yang diperoleh akan diinterpretasikan dalam bentuk
analisis statistik deskriptif. Statistik deskriptif merupakan organisasi dan ringkasan
data dalam bentuk graf, carta pai, bar, dan sebagainya. Ringkasan data yang
dimaksudkan adalah proses mendapatkan nilai peratusan, dan sebagainya.
Data Sekunder
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang digunakan dalam kajian ini bagi
mendapatkan maklumat tentang tajuk yang dikaji. Kaedah ini digunakan dengan
pengumpulan data dan maklumat daripada sumber sekunder seperti buku teks, buku
rujukan, jurnal, majalah, jabatan kerajaan, jabatan perangkaan, dan laporan. Melalui
penggunaan kaedah ini, pengkaji dapat menganalisis kajian-kajian yang pernah
dilakukan oleh para penyelidik iaitu kajian tentang.
Teknik Persampelan
Persampelan adalah suatu proses yang mana terdapat sebilangan kecil daripada
keseluruhan populasi dipilih dan dikaji bagi membolehkan pengkaji membuat
penilaian ke atas kajian yang diselidik. Persampelan adalah langkah yang penting
dalam memulakan sesuatu penyelidikan. Hal ini demikian kerana persampelan
merupakan suatu konsep yang penting dan ia perlu dirangka dengan baik bagi tujuan
memungut data (Rohana Yusof, 2004).
Dalam kajian ini, persampelan menggunakan kaedah persampelan secara
rawak, hal ini dilakukan demi mendapatkan populasi sampel mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih. Dalam prosedur ini, pengkaji tidak memilih subjek
berdasarkan kategori-kategori tertentu. Persampelan secara rawak dilakukan ke atas
kumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji hanya memilih seramai
50 orang pelajar.
Analisis Data
Oleh sebab kajian yang dihasilkan ini merupakan kajian statistik deskriptif,
jadi kesemua data dan maklumat hanya akan diambil dari dua sumber iaitu data
primer yang diambil daripada hasil kajian soal selidik. Kesemua borang set soal
selidik diberikan secara terus kepada responden melalui talian kepada pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, data yang diperoleh selepas selesai
dijawab dan diisi oleh para responden akan dianalisis mengikut urutan berdasarkan
pemboleh ubah yang dikaji. Oleh sebab data tersebut diambil daripada soal selidik
dalam bentuk data ordinal, analisa deskriptif dan statistik akan digunakan bagi
menganalisis data. Frekuensi/Kekerapan dan peratusan (begitu juga kumulatif
frekuensi dan kumulatif peratusan yang mana berkaitan) akan digunakan bagi
menerangkan ciri-ciri sampel yang berkaitan dengan pemboleh ubah demografi.
Keputusan daripada kajian yang dilaksanakan akan digunakan bagi menjawab objektif
kajian seperti yang telah dibincangkan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 50 orang
responden yang terdiri daripada mahasiswa UKM, penyelidik telah memperolehi
maklumat yang diperlukan dalam meneliti keadaan sebenar situasi ini di kampus ini.
Rajah 1
Seramai 33 orang responden perempuan (66%) dan 17 orang responden lelaki (34%)
yang telah mengisi borang soal selidik yang telah kami edarkan menggunakan aplikasi
Google Docs. Angka ini menunjukkan bahawa kaum wanita lebih berminat menjawab
borang soal selidik penyelidik di bawah isu fenomena kera di UKM. Kaedah ini
digunakan bagi menjimatkan masa dan tenaga akibat daripada kekangan waktu
penyelidik.
Rajah 2
Rajah 2 mempamerkan indikator bagi tahun pengajian responden. Secara majoriti, 39
orang atau 80% merupakan pelajar tahun 2, manakala 6 responden (12%) daripada
tahun 1. Pelajar tahun 3 pula adalah seramai 4 orang sahaja (8%), tanpa penyertaan
daripada pelajar tahun 4. Hal ini sedemikian kerana soalan penyelidik diedarkan
secara atas talian di dalam grup laman sosial yang sebahagian besarnya terdiri
daripada kumpulan mahasiswa tahun 2.
KPZ10%
KIY4%
KUO32%
KBH6%
KDO8%
KIZ6%
KTHO10%
KRK2%
KKM 16%
KAB6%
BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT KOLEJ
Rajah 3
Kolej Ungku Omar menunjukkan angka yang paling tinggi dalam menjawab borang
kajian ini, iaitu sebanyak 32% atau 16 orang responden. Paling sedikit pula dicatat
daripada kolej Rahim Kajai, iaitu hanya seorang responden (2%) sahaja. Berdasarkan
keputusan ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan masalah gangguan kera
berlaku di kolej ini. Hal ini disokong oleh rajah yang berikutnya,
Rajah 4
Responden secara majoriti bersetuju bahawa kolej-kolej mereka sering didatangi oleh
dan menganggu kawasan ini. Responden 36 berpendapat bahawa, “kolej Ungku Omar
menjadi tumpuan kera terutamanya di kawasan flatlet kolej ini kerana aktiviti
penerokaan hutan di UKM dijalankan secara giat”.
Rajah 5
Seterusnya, data yang kami perolehi dalam rajah di atas menjelaskan bahawa,
sememangnya, kehadiran hidupan liar ini, iaitu kera, mendatangkan rasa tidak selesa
dalam kalangan reponden. Pelbagai masalah yang dibawa oleh spesis ini apabila
mereka bergerak ke kawasan berkenaan. Responden bernombor 9 daripada soal
selidik menyatakan bahawa, “lari dan selamatkan diri apabila melihat kera kerana
khuatir akan diserang”.
Penero
kaan hutan
Sistem
pengu
rusan
sampah
yang ti
dak sis
temati
k
kekuran
gan su
mber maka
n
peningka
tan populas
i
lain-la
in05
1015202530
Punca kewujudan kera di kampus Ukm
Rajah 6
28 orang responden (56%) bersetuju bahawa punca sebenar kehadiran kera ke kampus
ini adalah disebabkan oleh penerokaan hutan. Sebab-sebab lain juga menjadi pilihan
responden-responden penyelidik. Menurut responden bernombor 20, “….elakkan
penerokaan hutan yang berleluasa di UKM terutama di kawasan Permata Pintar
dimana merupakan habitat@biotope mereka yang semula jadi”. Pendapat ini
menyokong punca kepada masalah ini dan hujah ini tidak boleh dipertikaikan kerana
universiti ini melakukan penerokaan hutan bagi tujuan peluasan kawasan pendidikan
dan penyelidikan.
20%
73%
7%
Masalah yang dibawa oleh spesis kera
mencuri makanan atau pakaian
menyelongkar tong sampah
penyakit bawaan haiwan (hama, rabis)
pencemaran persekitaran (najis haiwan)
Rajah 7
Data di dalam rajah 7 menunjukkan bilangan responden yang mengakui bahawa
kedatangan hidupan liar ini membawa masalah seperti mencuri makanan dan pakaian
(barangan pelajar), menyelongkar tong sampah, dan pencemaran persekitaran (najis
haiwan). Masih belum ada masalah berkaitan penyakit bawaan haiwan daripada spesis
ini. Responden bersetuju bahawa tong sampah menjadi tumpuan kera apabila
memasuki kawasan-kawasan berkenaan dengan 73% responden daripada
keseluruhannya. Hal ini turut disokong oleh pendapat salah seorang responden iaitu,
“….kami hanya boleh memastikan cara pembuangan sampah lebih sistematik agar
monyet tidak menyelongkar tong sampah”.
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan tindak balas responden terhadap ketidak-prihatinan pihak
pentadbiran ukm dalam menyelesaikan masalah hidupan liar yang berkeliaran, iaitu
kera, khususnya. Seramai 24 orang atau 48% responden mengakui kelemahan pihak
pentadbiran universiti dalam menangani isu ini. Akan tetapi sejumlah 22 orang tidak
pasti akan kebenaran penyataan ini dan menunjukkan responden-responden ini tidak
mengetahui peranan pentadbir dalam menyelesaikan isu ini. Berdasarkan kepada
maklumat terbaru, bahagian keselamatan ukm telah mengadakan tangkapan keatas
hidupan liar ini (kera) bagi memastikan keselamatan pelajar dan komuniti di
universiti ini terjamin. Hal ini juga menjelaskan bahawa mahasiswa kurang peka
terhadap perubahan dan pembaikan yang dilakukan oleh pihak universiti. Berdasarkan
rajah berikut pula,
Rajah 9
tahap keberhasilan langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran dan
keselamatan UKM dinilai oleh responden-responden. Kebanyakkan responden atau 28
daripada 50 orang (56%) masih meragui atau tidak pasti terhadap tahap kemampuan
langkah keselamatan yang digunakan oleh pihak atasan dalam menangani masalah ini.
Hujah yang dikemukan oleh responden penyelidik ialah “…kami hanya mampu
menyuarakan ketidakpuasan hati dan membuat aduan tetapi sekiranya pihak
pentadbiran tetap mengambil tindakan, isu ini tidak akan dapat dibendung”. Mungkin
langkah pencegahan yang baru dilakukan oleh pihak universiti belum menunjukkan
apa-apa impak yang besar dan mungkin kerana populasi kera terlalu ramai, sedangkan
langkah yang digunakan tidak efisyen.
Rajah 10
Rajah 11
Dua rajah diatas menunjukkan waktu haiwan ini, kera, paling aktif, mengikut
pendapat responden (rajah 10) dan kecenderungan haiwan ini untuk menganggu
mahasiswi berbanding mahasiswa (rajah 11).
Berdasarkan rajah 10, majoriti bersetuju bahawa waktu petang merupakan masa kera
ini aktif atau bergerak di sekitar kawasan kolej atau fakulti. Jika sedemikian,
berpandukan rajah berikutnya, seramai 30 orang responden (60%) meyakini bahawa
kera-kera ini lebih cenderung menganggu mahasiswi, dan boleh penyelidik simpulkan
bahawa mahasiswi di UKM perlu lebih berhati-hati ketika waktu petang jika mereka
ingin mengelakkan diri daripada gangguan haiwan ini.
Rajah 12
Berikutnya, penyelidik juga mengajukan persoalan terhadap mahasiswa, sama ada
mahasiswa di ukm prihatin dan ambil tahu terhadap isu ini atau sekadar lepas tangan,
seterusnya memburukkan lagi keadaan ini. Rajah 12 menunjukkan bahawa hampir
separuh daripada responden tidak pasti atau tidak yakin dalam persoalan ini. Jika
menurut maklum balas responden, “Sebenarnya, kami mahasiswa/i tidak mungkin
pergi tangkap ataupun menyelesaikan masalah ini sememangnya. Oleh itu, kami
mengadu dengan mengharap pihak atasan yang berpelajaran tinggi boleh berfikirkan
cara untuk membantu kami”. Hujah ini menunjukkan responden ini hanya melepaskan
tanggungjawabnya dengan memberikan autoriti sepenuhnya kepada pihak atasan
(pentadbiran) dalam menangani isu ini. Apa yang lebih utama mengikut pendapat
pengkaji ialah, wujudnya kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk mengeluarkan
idea dalam menangani isu ini secara bersama dan menyeluruh dengan piha
pentadbiran universiti.
Rajah 13
Responden-responden telah mengemukakan beberapa cadangan bagi memastikan
fenomena kera di Ukm dapat diselesaikan secara total. 28 orang atau 56%,
berpendapat bahawa perlunya kaedah penangkapan dan petempatan semula haiwan
ini. Kaedah ini mungkin memerlukan kerjasama antara pihak pentadbiran universiti
dan agensi luar. Memasang jeriji pada tingkap juga boleh dijadikan satu alternatif
dalam menyelesaikan masalah pencerobohan haiwan liar di dalam kolej kediaman
pelajar.
Rajah 14
Seterusnya, rajah 14 merupakan persoalan penyelidik iaitu pendapat responden
terhadap inovasi “tong sampah anti-kera” yang diwujudkan di kolej Ibu Zain dan
pengaplikasiannya ke atas kampus ini. Hasilnya, majoriti responden sangat bersetuju
dengan cadangan ini kerana, alternatif ini dilihat sebagai paling berkesan berbanding
teknik lain. Responden 5 berpendapat bahawa, “Pelaksanaan seperti Tong Sampah
Anti Kera antara salah satu inisiatif yang terbaik setakat ini”. Jika cadangan ini
dipraktikkan oleh pihak universiti, hasilnya mungkin menjadi lebih baik sebagaimana
langkah yang telah diambil oleh kolej Ibu Zain dalam mengurangkan masalah
gangguan kera di kolej.
Rajah 15
Penelidik juga meminta pandangan responden dalam memahami keperluan
pembangunan tanah di Ukm. Berdasarkan rajah 15, 34 orang responden (68%)
berharap agar pihak universiti menghentikan aktiviti pembangunan dan penerokaan
hutan agar habitat kera tidak lagi terganggu dan semakin mengecil. Hal ini demikian
kerana, penerokaan hutan atau alam semula jadi secara tidak langsung, menganggu
habtat dan kitaran hidup spesis lain, sepertimana kera, di dalam isu ini.
Rajah 16
Petempatan semula juga menjadi cadangan oleh penyelidik kepada responden dalam
menyelesaikan isu kehadiran kera di kampus. Seramai 41 orang responden atau 82%,
menerima baik cadangan ini kerana, haiwan ini juga merupakan makhluk ciptaan
tuhan, dan perlu diberikan hak untuk mendiami sesebuah kawasan. Salah seorang
responden berpendapat bahawa,” Saya berpendapat, tidak mustahil bagi kita untuk
mewujudkan suasana seperti safari di universiti ini supaya wujud situasi menang-
menang sesama makhluk tuhan.” Cadangan ini juga boleh dikaji dalam menyelesaikan
isu ini secara kreatif dan inovatif, dengan menggalakkan situasi menang-menang
antara penghuni asal tanah ukm, dan manusia yang mengambil alih tanah ini untuk
tujaun hidup yang berlainan.
Oleh yang demikian, perlunya tindakan oleh semua pihak, tidak kira mahasiswa,
mahupun pihak pentadbiran universiti, dalam memastikan isu kera di ukm dapat
diselesaikan sepenuhnya, dan memastikan hak semua pihak terjamin.
Rajah 17
Tangkapan haiwan liar yang dilakukan wisma aman sepanjang tempoh 2014.
CADANGAN KAJIAN
Permasalahan mengenai kehadiran monyet di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan perspektif negatif para
mahasiswa dan mahasiswi terutamanya mereka yang pernah bertembung ataupun
berkonflik dengan haiwan primat ini. Keadaan ini menjadikan mahasiswa dan
mahasiswi takut dan berang dengan kehadiran monyet yang sering menanggu
kehidupan seharian mereka. Monyet-monyet ini banyak mendatangkan masalah
kepada mahasiswa terutamanya apabila kumpulan-kumpulan ini bertindak agresif
dengan bertindak masuk ke dalam bilik-bilik mereka. Keadaan ini menyebabkan
mahasiswi menanam rasa benci terhadap haiwan primat ini. Terdapat juga kes di mana
mahasiswa UKM tercedera apabila monyet-monyet ini menyerang mereka kerana
ingin mendapatkan makanan yang dijinjing mereka. Hal ini sememangnya
menimbulkan kegusaran kepada mahasiswa terutamanya mahasiswi yang rata-ratanya
akan takut dan panik apabila berhadapan dengan monyet ini. Keselamatan mahasiswa
sebenarnya terancam dengan kehadiran monyet-monyet ini kerana mereka akan
menyerang dalam keadaan berkumpulan dan umum mengetahui bahawa gigitan
monyet amat berbisa dan dikhuatiri membawa penyakit rabies atau penyakit anjing
gila. Namun pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang menghantui
kehidupan mahasiswa UKM. Kajian ini akan memberi cadangan solusi bagi
menghalang perkara ini daripada terus menerus berlaku dan akan membahayakan
mahasiswa yang menuntut di UKM.
Antara cadangan yang disyorkan untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan
menguruskan sisa sampah dengan cara yang lebih sistematik. Umum mengetahui yang
sistem pengurusan sampah di UKM agak sedikit tidak sistemetik. Hal ini boleh di lihat
di kolej-kolej kediamaan pelajar di mana sampah-sampah akan dibiarkan bermalam
selama beberapa hari oleh pihak kontraktor yang telah diberi kepercayaan oleh pihak
pentadbiran untuk menjalankan tugsa pengutipatan sampah ini. Ada pernah terjadi
dimana sampah-sampah ini hanya dikutip oleh pihak kontraktor selepas dua minggu.
Keadaan ini telah menyebabkan ketidak selesaan pihak mahasiswa yang mendiami
kolej berkenaan kerana sampah-sampah yang bercampur sisa makanan ini
mengeluarkan bauan dan pemandangan yang kurang menyenangkan. Selain itu,
sampah-sampah yang tidak diuruskan secara sistematik ini telah mengundang tetamu
yang tidak diingini iaitu monyet-monyet liar yang lapar akan berpusu-pusu datang
untuk menyelongkar sampah yang ada. Monyet-monyet ini menambahkan lagi
masalah apabila sampah yang diselongkar berselerak dan ada juga yang menyelongkar
tong sampah di tempat kediaman blok pelajar. Hal ini menyebabkan rungutan berlaku
dalam kalangan pelajar yang terbabit. Oleh itu cadangan di mana pengurusan sampah
yang lebih sistematik dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik dengan
pemantauan pihak pentadbiran. Mereka seharusnya lebih peka dalam mengendalikan
isu pungutan sampah ini kerana keadaan yang berlarutan akan membiasakan monyet-
monyet ini untuk bertindak dengan lebih berani lagi. Pihak kontraktor yang dilantik
haruslah melakukan kutipan sampah secara harian dan lebih efektif di mana mereka
bekerjasama dengan pihak kantin untuk mengasingkan sampah-sampah basah dan
kering di dalam bekas berlainan untuk mengelakkan sisa-sisa makanan bercampur
dengan bahan-bahan kering yang boleh dikitar semula oleh pihak kontraktor.
Pengwujudan sistem insinerator di kolej-kolej kediaman juga boleh diambil untuk
membakar sampah-sampah kering yang telah dikumpul oleh pihak pekerja. Jika
keadaan ini dilakukan, kemungkinan isu monyet dan sampah yang tidak di kutip akan
berkurangan dan masalah serangan monyet ke atas kolej-kolej kediaman dapat di
elakkan.
Selain itu cadangan penggunaan tong' sampah anti-kera' yang dilakukan oleh kolej
Ibu Zain haruslah diperkuatkuasakan penggunaannya di Kampus Utama UKM Bangi.
Tong sampah seperti ini dapat menghalangkan daripada monyet-monyet ini
menyelongkar sampah yang terdapat di dalamnya jika pihak kontraktor lambat untuk
menguruskan sampah-sampah yang ada. Penggunaan tong sampah seperti ini seakan
efektif bagi menghalang haiwan primat ini bertindak menyelongkar untuk mencari
makanan. Pihak pentadbiran seharusnya menguatkuasakan penggunaannya di kolej-
kolej kediaman ataupun di kawasan fakulti-fakulti yang terdapat di kampus utama ini.
Jika penggunaan sistem ini dilaksanakan secara menyeluruh, keadaan gangguan
monyet akan berkurangan kerana tiada terdapat sumber makanan yang di perolehi di
kawasan kediaman para pelajar. Hal ini kerana, monyet-monyet ini seakannya bijak
memerhati persekitaran sekeliling mereka. Monyet akan lebih cenderung untuk pergi
ke tempat yang mereka rasakan selamat dan mudah untuk mendapatkan bekalan
makanan dan tanpa gangguan yang mengganggu kehadirannya. Sistem tong sampah
anti-kera ini akan sedikit sebanyak akan menghalang monyet-monyet ini daripada
menyelongkar sampah yang masih berbaki. Jika keadaan ini berterusan
berkemungkinan monyet-monyet ini akan berasa jemu dan tidak lagi bertindak
menyelongkar tong sampah yang telah dinaik taraf oleh pihak pentadbiran. Selain itu,
penempatan sampah secara berpusat juga boleh dilakukan. Sistem ini memerlukan
kerjasama pihak pentadbiran dengan pihak kontraktor di mana pihak pentadbiran
mestilah membina sebuah kawasan di mana semua sampah-sampah di letakkan di
tempat berkenaan. Tempat sampah berpusat ini akan dibina di semua kolej kediaman
untuk memastikan monyet-monyet hanya akan datang ke tempat tersebut untuk
mencari makanan. Pembuangan secara berpusat ini juga memudahkan pihak
kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pungutan agar sampah dapat dikutip secara
lebih sistematik.
Cadangan bagi penempatan semula monyet-monyet liar juga merupakan salah satu
cara bagi mengatasi permasalahan gangguan monyet di kampus utama ini. Umum
mengetahui bahawa UKM mempunyai hutan simpan kekal yang besar dan luas.
Penempatan semula ini merupakan satu inisiatif yang sangat sesuai dilakukan oleh
pihak pentadbiran bagi memastikan kelestarian hidupan liar ini terjaga. Hal ini
merupakan satu tanggungjawab bersama yang akan memastikan hidupan liar di
kampus ini terus terjaga untuk menyeimbangi ekosistem alam sekitar di UKM. Pihak
pentadbiran boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menguruskan projek
penempatan semula ini. Manakala pembinaan kawasan penempatan tersebut boleh
dilakukan dengan kerjasama Pihak Perhilitan bagi memastikan keberjayaan strategi
penempatan ini berjaya dengan baiknya. Selain itu, monyet-monyet liar ini akan
ditangkap secara berperingkat-peringkat. Bantuan dari pihak mahasiswa juga boleh
digunakan untuk melakukan proses penangkapan ini dengan pemantauan pihak
perhilitan. Monyet-monyet yang telah ditangkap ini akan di hantar ke kawasan baru
yang dipantau oleh pihak yang ditugaskan dengan bantuan pihak perhilitan. Sekiranya
rancangan penempatan semula monyet-monyet ini dijalankan di kampus utama ini,
kebarangkalian gangguan monyet liar terhadap para mahasiswa dapat dikurangkan
dari semasa ke semasa dan sekiranya rancangan ini berjaya sepenuhnya, monyet-
monyet ini akan mempunyai kawasan baru yang jauh dari penempatan para
mahasiswa dan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka. Selain itu,
penempatan semula monyet ini sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada pihak
pentadbiran secara khususnya kerana dengan penempatan semula ini, pihak-pihak luar
yang mempunyai minat terhadap primat-primat ini semestinya akan pergi melakukan
kajian (R&R) di kawasan yang menempatkan haiwan ini. Hal ini akan menjadikan
UKM juga sebagai pusat bagi pihak-pihak yang berkepentingan untuk melakukan
kajian terhadap haiwan primat ini bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian
hidupan ini dapat di teruskan pada masa yang akan datang khsusnya spesis yang
terancam yang juga terdapat di UKM iaitu monyet spesis Monyet Tangan Panjang
atau pun Spider Monkey terus terjaga.
Selain itu, keperihatinan pihak pentadbiran juga boleh mengawal
permasalahan ini dari terus berlaku. Permasalahan ini akan dapat di banteras jika
pihak pentadbiran universiti memainkan peranan yang besar bagi menghalang
fenomena ini dari terus menjadi viral dan menyebabkan para mahasiswa hidup dalam
ketakutan dan tertekan dengan masalah yang mereka hadapi. Hal ini disebabkan
monyet liar mampu membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia. Penyakit
bawaan haiwan primat ini boleh berjangkit dengan manusia dan hidupan lain, dalam
konteks ini para mahasiswa yang lebih kerap terdedah dengan kehadiran monyet-
monyet liar. Seperti mana yang diketahui bahawa terdapat kes yang merekodkan
haiwan primat ini merupakan agen pembawa penyakit berjangkit seperti malaria, tibi
dan denggi. Keadaan ini merupakan ancaman yang besar kepada kesihatan mahasiswa
yang tinggal di kolej-kolej yang sering di datangi oleh monyet-monyet liar. Selain itu
gigitan monyet juga dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan Rabies kepada mangsa
yang digigitnya. Oleh itu keperihatinan pihak pentadbiran yang lebih kepada isu ini
mungkin dapat mengurangkan fenomena gangguan ini. Tindakan seperti
penguatkuasaan penggunaan tong sampah anti-kera boleh dijalankan diseluruh
kawasan kampus dan sistem sampah berpusat juga boleh dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bagi memastikan ancaman ini dapat di atasi dengan
berjayanya.
Tindakan terakhir yang boleh dilakukan untuk mengatasi permasalahan ini
adalah dengan pengurangan populasi secara terancang boleh juga dilakukan jika
keadaan semakin tidak terkawal. Hal ini kerana seekor monyet betina mampu
melahirkan seekor ataupun dua ekor anak dalam satu kitaran pembiakkannya.
Keadaan ini akan menyebabkan populasi primat ini semakin meningkat dari tahun ke
tahun jika tindakan yang proaktif diambil bagi mengurangkan populasi mereka.
Tindakan ini sememangnya agak agresif namun untuk menjaga keselamatan dan
ketenteraman para mahasiswa UKM, cara ini merupakan tindakan terakhir yang boleh
dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti. Monyet-monyet ini akan dikurangkan
sedikit jumlahnya dengan cara mematikan mereka. Cara ini sememangnya agak kejam
dan akan menimbulkan kemarahan aktivis-aktivis hidupan liar, namun berbalik
dengan tujuan utama iaitu untuk mempastikan kesejahteraan mahasiswa dapat dijaga.
Selain itu tindakan mengurangkan populasi monyet betina juga dapat dilakukan
dengan cara menangkap atau mematikan monyet-monyet betina ini. Monyet-monyet
jantan juga boleh dikasi atau dimandulkan bagi mengelak pertambahan populasi
monyet ini semakin bertambah. Tindakan ini merupakan langkah pencegahan yang
terakhir boleh dilakukan sekiranya keadaan ini semakin tidak terkawal dan
mengganggu mahasiswa secara totalnya.
KESIMPULAN
Kehadiran kera yang tidak terkawal di Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menunjukkan pelbagai perspektif yang berbeza mengikut tahap analisis pemikiran
pelajar terhadap isu ini. Isu ini sememangnya semakin hari semakin hangat
diperdebatkan kerana pelajar telah banyak kali membuat laporan tentang gangguan
kera di kolej kediaman mereka. Walaupun ramai yang mengambil isu ini sebagai isu
remeh temeh, jika ianya berterusan, kemungkinan untuk berlaku sebarang kecederaan
kepada mahasiswa di universiti ini adalah tinggi.
Habitat kera yang
diganggu mungkin menjadi salah satu faktor dalam isu ini. Masing-masing menunding
jari ke atas kesalahan yang tidak diakui oleh setiap warga di institusi pengajian ini.
Penerokaan hutan yang tidak terkawal bagi membina fakulti-fakulti baharu mungkin
menyebabkan haiwan ini mula rasa terancam. Saban hari, mahasiswa kerap melihat
haiwan ini mencari dan menyelongkar tong sampah sambil mengendong anaknya
yang baru lahir. Gejala ini berlaku dan perlu diatasi agar populasi kera terkawal. Pihak
terbabit perlu melakukan satu tindakan drastik yang dapat mengawal populasi kera ini
disamping tidak melakukan sebarang tindakan yang mendatangkan kecederaan kepada
haiwan ini.
RUJUKAN
Rohana Yusof. 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Pub. & Dis
Abdullah Taib, 1985. Azas-azas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Wikipedia
LAMPIRAN
Recommended