View
234
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Fakulti Sains Dan Teknologi
HHHC9301: KemahiranPengurusanMaklumat Dan PembelajaranSepanjang Hayat
Semester 1: Sesi 2014/2015
Tajuk: GUNA SEMULA
Dihantar kepada: Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad
SET 24
Disediakan oleh :
NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705)
NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)
SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700)
ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737)
NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)
1.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya, kami
sekumpulan berjaya menyiapkan laporan bagi memenuhi tuntutan HHHC 9301 Kemahiran
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Di Kesempatan ini, kami juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Wan Nur’Ashiqin Binti Wan Mohamad,
selaku penyelaras atas segala tunjur ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang
menyempurnakan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga,kepada kedua-dua ibubapa kami yang tidak henti-henti memberi
sokongan moral bagi membangkitkan lagi semangat kami untuk menyempurnakan segala
tuntutan pembelajaran yang terdapat dalam subjek ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
sumbangan dari segi idea, moral dan lain-lain. Tidak dilupakan juga, terima kasih kami
ucapkan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
menyiapkan akitiviti dan laporan.
2.0 LOKASI AKTIVITI GUNA SEMULA
Kumpulan kami telah menyenaraikan beberapa lokasi yang sesuai untuk aktiviti guna semula.
Oleh itu, satu lokasi telah dipilih kerana terdapat sumber ataupun bahan yang boleh dijadikan
bahan untuk guna semula seperti botol, surat khabar, buku dan air kotak minuman.Bahan-
bahan tersebut sangat diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ataupun tugasan kursus ini.
Tempat yang kami pilih ialah sekitar tong kitar semula di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR).
Kami membuat keputusan untuk memilih DECTAR sebagai lokasi aktiviti kerana DECTAR
merupakan salah satu dewan yang terbesar di UKM dan merupakan dewan terpenting dan
tempat tumpuan untuk majlis rasmi UKM seperti majlis Konvekesyen. Disebabkan sikap
tidak bertanggungjawab segelintir warga UKM, terdapat longgokan sampah di sekitar tong
kitar semula yang tidak sepatutnya dibuang merata-rata. Selain itu, kami juga memilih tempat
tersebut kerana lokasinya yang tidak jauh daripada kolej kediaman kami dan tidak
memerlukan kos pengangkutan. Akhir sekali, kami memilih kawasan tersebut kerana kami
ingin menyumbang tenaga kepada universiti untuk memastikan kawasan di UKM sentiasa
bersih dan tidak tercemar.
Figura 1 : Lokasi sekitar tong kitar semula di DECTA
Figura 2 : Tong Kitar Semula di DECTAR
Tong Kitar Semula ini terletak di sebelah DECTAR. Buku-buku terpakai, botol dan tin yang
tidak digunakan lagi akan ditempatkan disini.Barang-barang ini boleh dijual di pusat kitar
semula yang berdekatan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan barang-barang tersebut
untuk digunakan semula seperti membuat bekas pensil dan sebagainya. Kumpulan kami telah
memilih projek guna semula bagi melengkapkan kursus ini. Tambahan lagi, kami juga boleh
berbakti pada alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran.
Figura 3 : Pembuktian kerja pembersihan Lokasi Aktiviti dan Pemilihan Bahan Guna Semula
Figura 4 : Gambar Kawasan Selepas dibersihkan
Figura 5 : Hasil
kutipan barangan
guna semula
dari lokasi aktiviti
Figura 6 : Pelaksanaan aktiviti oleh setiap ahli kumpulan
3.0 AKTIVITI GUNA SEMULA
Barang-barang yang telah kami jumpa di lokasi aktiviti ternyata banyak kegunaannya yang
mampu menjimatkan wang dan masih boleh diguna semula.Sebagai contoh daripada air kotak
minuman kami mampu hasilkan bekas untuk letak telefon bimbit.Selain itu, kami juga
menghasilkan tabung daripada botol air mineral 1.5 liter.
Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga telah menghasilkan laci keronsang dan aksesori
daripada kotak tisu.Selain itu,kami juga menghasilkan bekas pensil daripada botol air mineral
500ml yang kami jumpai di lokasi sekitar tong kitar semula di DECTAR.
Setelah berfikir secara kreatif, kami ingin menghasilkan beberapa lagi produk guna semula
daripada barang terpakai yang kami jumpa. Kami telah membuat keputusan untuk mengguna
kotak kertas A4 untuk membuat bingkai gambar dan kami juga membuat bekas untuk letak
kertas memo menggunakan surat khabar.
Penyapu BotolHiasan
Dari kiri: Asdayanti, Sa’idah, Amira, Ana
Hadapan: Farahin
4.0 KEPENTINGAN AKTIVITI GUNA SEMULA
Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan semula bahan
terpakai,samaada untuk tujuan yang sama atau yang lain manakala kitar semula ialah proses
mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672), kitar semula bermaksud
memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa, wang, tenaga dan
sumber. Hal ini kerana guna semula dan kitar semula mengurangkan sisa buangan dan sisa
industri, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),
Dan pencemaran air (dari tapak pelupusan) serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan jangka hayat tapak
pelupusan.Selain itu juga, kebanyakan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai
untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
Tambahan pula, amalan guna semula dan kitar semula membantu memelihara sumber alam
semula jadi untuk generasi akan datang.
Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari
tepi jalan dan disusun, dibersihkan, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi
pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan
bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi
menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi
menghasilkan polystyrene lain.
Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat
mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.
Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai
contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastic dan bijih
aluminium bagimembuat tin minuman.Dengan mengamalkan 3R kitadapat menjimat sumber-
sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran
sekaligus dapat menjaga alam sekitar.
5.0 KEPENTINGAN ISU PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR YANG BERKAITAN
DENGAN GUNA SEMULA DENGAN MERUJUK KEPADA BAHAN BUANGAN.
Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula?
Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah
proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan
yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana
penghasilan barang baru daripada bahan mentah.
Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi
kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi
pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce
Kepentingan kitar semula
Mengurangkan bahan buangan
Mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru
mengurangkan tenaga
mengurangkan pencemaran
mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau
(Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa
pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.
Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastic dan surat
khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta,
aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium
ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat
aluminium.Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika
dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula
semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah
dahulu seperti tin minuman ringan.
Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya
meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang
terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan
plastic daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.
Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini.Contohnya seperti surat
khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat
memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan
pelupusan sampah.
Oleh hal yang demikian,sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif
dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165
syarikat kitar semula di Malaysia.Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat
pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.
6.0 KECEKAPAN KOS TERHADAP PENGGUNAAN SEMULA BAHAN BUANGAN
Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu,
sebelum membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan
semula.
Guna semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antaranya ialah penjimatan dan
kecekapan kos. Bukan hanya dapat menjimatkan wang, sumber dan tenaga dapat juga dapat
dijimatkan sekiranya bahan buangan digunakan semula. Contoh mudah ialah plastik yang
didapati semasa membeli belah di pusat membeli belah boleh digunakan semula sebagai
plastik sampah. Selain itu, kotak kasut juga boleh digunakan semula untuk menyimpan
barang-barang. Individu tidak perlu mengeluarkan wang di samping tidak perlu membazir
tenaga untuk ke kedai lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh
dari kedai.
Bahan buangan juga boleh diubah suai membentuk sesuatu yang baru bergantung kepada
kebijaksanaan individu mereka cipta dan kreativiti. Kreativiti guna semula ini
memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang diguna semula menjadi
barangan lain yang berbeza rupa dan fungsiatau perhiasan. Produk baru yang dihasilkan
daripada bahan buangan tersebut boleh dijual dan dipasarkan kepada orang ramai.
Contohnya, surat khabar dapat menghasilkan bakul yang cantik. Bakul tersebut boleh dijual
kepada rakan-rakan dan seterusnya berpeluang mendapat tempahan yang banyak dari kedai
atau syarikat-syarikat. Hasilnya sangat menguntungkan memandangkan ianya hanya
menggunakan bahan terbuang dan tidak memerlukan modal yang banyak.
Hampir 60% daribada bahan buangan didalam tong sampah boleh diguna semula sekiranya
kita prihatin terhadap alam sekitar. Guna semula juga dapat mengurangkan kuantiti sampah
dan pihak majlis atau pihak swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan
sampah. Selain itu, ia juga memelihara ruang kehidupan kita. Sekiranya sampah tidak
diuruskan dengan baik, manakala persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak
pelupusan sampah. Ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana sampah akan menjadi
tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Guna semula juga akan
mengurangkan pencemaran, maka kesihatan kita akan lebih terjamin.
Bahan terbuang merupakan sesuatu yang amat berharga. Sekiranya kita bijak dalam menilai
sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang
berlainan fungsi dan pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif. Barangan yang dihasilkan
dapat digunakan dan sekaligus dapat menjimatkan kos. Selain itu, ia juga boleh dijual dan
dipasarkan sekaligus menambah pendapatan. Hal ini terbukti yang mengguna semula bahan
terbuang membantu kecekapan kos khususnya dalam pengurusan wang dan perbelanjaan.
Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat
hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan
barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu
darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Bahan terbuang juga boleh
dikumpulkan dan dijual ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan
asas semula. Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara.
6.0 RUMUSAN
Isu pemuliharaan alam sekitar dengan konsep 3R(‘REUSE,REDUCE,RECYCLE’) telah lama
diperkatakan sejak pertama kali ianya di lancarkan di Malaysia.Bagi maksud yang lebih tepat
konsep 3R ini merupakan proses mengolah semula bahan buangan untuk menjadikan
barangan yang baru.Konsep 3R ini merupakan langkah yang terbaik bagi mendapatkan kesan
yang positif kepada dunia yang didiami manusia.Dalam gaya hidup sekarang,kita perlu
mengimbangi apa yang kita gunakan sekarang dengan mengamalkan konsep 3R bagi
menjamin masa depan kehidupan generasi akan datang.Setiap dikalangan kita perlu sedar
akan tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kehidupan sama ada dalam keluarga,di
tempat kerja,universiti dan komuniti.Kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-
sumber di dunia dengan mengamalkan konsep 3R(pengurangan,guna semula,dan kitar
semula).
Salah satu konsep 3R adalah pengurangan.Konsep ini membawa maksud mengurangkan
jumlah apa yang digunakan setiap hari dan di hadkan kepada apa yang perlu
sahaja.Seterusnya,konsep guna semula.Konsep ini amat mudah untuk di amalkan.Sebagai
contoh,tin minuman boleh digunakan semula dengan membuat bekas meletak alat tulis
manakala bekas kaca boleh dijadikan bekas untuk meletakkan barang keperluan dapur seperti
gula dan garam.Akhir sekali,konsep kitar semula yang sememangnya telah lama di
mulakan.Kini,terdapat banyak pusat kitar semula dibuka di kawasan orang ramai.Di mana
mereka perlu mengasingkan dan mengagihkan barangan yang hendak di kitar semula
memgikut tong sampah yang terbahagi kepada kertas,kaca dan plastic.
Masyarakat perlu sedar akan kepentingan dan tanggungjawab dalam mengamalkan konsep
3R ini.Peranan ibubapa sangat penting dalam menerapkan kedalam diri anak-anak akan
kepentingan kitar semula.Sememangnya untuk menerapkan sifat cinta akan alam sekitar perlu
di semai sejak dari kecil.Oleh itu,ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.Selain itu ,di tempat kerja mahupun di
tempat belajar seperti sekolah dan universiti pihak atasan atau pihak yang berkaitan perlu
mengambilberat akan isu ini terlebih dahulu bagi memastikan pekerja dan pelajar mempunyai
nilai-nilai positif terhadap isu pemuliharaan alam sekitar.Sememangnya konsep 3R ini sangat
relevan dan mempunya rasionalnya untuk dipraktikan di sekitar tempat kerja dan tempat
belajar.Akhir sekali,komuti merupakan salah satu medan yang sangat menarik untuk
menjadikan konsep 3R ini Berjaya di amalkan terutamanya di kawasan perumahan.Sekiranya
setiap komuniti mempunyai kesedaran untuk memahami seterusnya mengamalkan konsep 3R
ini sedikit sebanyak isu pemuliharaan alam sekitar dapat di atasi sekaligus dapat
menyelamatkan bumi dari terus menjadi mangsa akibat tangan manusia
7.0 RUJUKAN
Muhammad (2013) , Idea Kreatif Bahan
Terbuang .http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/idea-kreatif-barang-terbuang-
kitar.html#ixzz3Lns4TXcx [13 November 2013]
Kevin Yew Tuck Hoong (2010) Kitar Semula
http://ceritatentangalam.blogspot.com/2010/08/kitar-semula.html [31 Ogos 2010]
Recommended