View
5
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
September - Disember Bilangan 3/2016
Bu
leti
n
JKAS
Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur
Sidang Editor :
Penasihat
Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
Pn. Shahrom Md. Zain
Ketua Editor
Dr. Muhamad Nazri Borhan
Editor
Nor Azura Abdullah@Ghazali
Editor Bersekutu
Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar
Dr. Mohd Yazmil Md. Yatim
En. Zawawi Samba Mohamad
Jurufoto
En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad
Kandungan :
03 Kenaikan Pangkat dan Lantikan
04 Anugerah Bitara UKM
07 Mesyuarat Panel Penasihat Industri
05
Pertandingan PRESTIGE
09 Lawatan daripada ITB Bandung, Indonesia
11 Persaraan Kakitangan JKAS
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjZ1ty37ojNAhVDuo8KHY46BUQQFgg0MAM&url=http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fupak%2Findex.php%2Fms%2Fsubjek-pengajaran%2F13-jkas-ms&usg=AFQjCNHv5smvjXgUYqO5BYPwggMp7Bpprg
2
Antara yang menarik !!!
JKAS
3
KENAIKAN PANGKAT DAN LANTIKAN DI JKAS
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai ahli
Jawatankuasa Teknologi Maklumat Lembaga Jurutera Malaysia
bagi sesi 2016-2017.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – lanjutan pelantikan sebagai
ahli Jawatankuasa Permohonan Lembaga Jurutera Malaysia bagi
sesi 2016-2017
Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri – lanjutan pelantikan sebagai ahli
Jawatankuasa Permohonan Lembaga Jurutera Malaysia bagi sesi
2016-2017
Sr. Dr. Khairul Nizam bin Maulud – penerima watikah pelantikan
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan
Kolenel Bersekutu Pertahanan Awam pada 27 November 2016
oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Ir. Dr. Anuar Kasa – penerima watikah pelantikan Pegawai
Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan Kolenel
Bersekutu Pertahanan Awam pada 27 November 2016 oleh
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Prof. Dr. Amiruddin Ismail – sambungan lantikan sebagai Profesor
Kontrak bagi tempoh 2 tahun mulai 21 Disember 2016 hingga 20
Disember 2018.
Su
kacit
a J
ab
ata
n K
eju
rute
raan
Aw
am
dan
Str
uktu
r m
en
gu
cap
kan
tah
nia
h k
ep
ad
a :
JKAS
4
Anugerah Bitara UKM 2016 (bagi Penilaian Tahun 2015) adalah satu pengiktirafan dan
penghargaan kepada warga UKM yang telah menunjukan kecemerlangan menyeluruh dalam
semua atau sebahagian besar dari keberhasilan strategik UKM. Penyampaian hadiah bagi
Anugerah Bitara UKM 2016 ini telah berlangsung pada 2 Disember 2016 dan hadiah telah
disampaikan oleh Naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.
Dua orang pensyarah dari JKAS iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud telah tersenarai sebagai pemenang anugerah Bitara UKM 2016. Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat telah memenangi hadiah utama Anugerah Bitara Penerbitan bagi kategori buku dengan penulisan buku beliau yang bertajuk Perancangan Pengangkutan Bandar dan ini melayakkan Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 1500 beserta sijil. Manakala Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud pula telah memenangi hadiah saguhati bagi kategori Anugerah Bitara Sarjana kategori PTJ/Kumpulan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 1000 dan juga sijil.
Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud (kiri) dan Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
(dua dari kiri) bergambar bersama Naib Canselor UKM di Anugerah Bitara UKM 2016.
ANUGERAH BITARA UKM 2016
JKAS
5
Tiga orang pelajar Tahun 3 JKAS telah menyertai pertandingan PRESTIGE 2016 anjuran Malaysian Gas Association pada 7 - 9 Oktober 2016, bertempat di Hotel Saujana, Shah Alam. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) dalam penggunaan, pengangkutan dan aplikasi produk berasaskan gas, serta memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan isu Pembangunan Lestari dalam industri gas asli pada masa kini. Peluang pekerjaan dan pembangunan karier dalam industri tenaga juga didedahkan kepada para peserta. Pertandingan ini melibatkan beberapa universiti di Malaysia dan para peserta dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada ahli dari universiti-universiti lain. Pelajar yang menyertai pertandingan ini ialah:
Muhammad Razali mohd Azaman
Wan Amirul Syahmi Wan Mazlan
Nur Syaqeera Misman
Kumpulan pelajar yang disertai oleh Muhammad Razali telah berjaya merangkul tempat Pertama, manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan yang disertai oleh Wan Amirul Syahmi. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya mengharumkan nama JKAS. Tahniah!
(PR
ES
TIG
E)
20
16
PERTANDINGAN ‘PRACTICAL ENVIRONMENTAL, SAFETY AND INDUSTRY GUIDANCE FOR STUDENT ENGINEERS
(PRESTIGE) 2016’
JKAS
6
Tiga pelajar JKAS yang telah mengharumkan nama JKAS dalam pertandingan
PRESTIGE 2016 anjuran Malaysian Gas Association
(PRESTIGE) 2016
JKAS
7
Ahli JKAS
bergambar
bersama
Profesor Adjung
dan Panel
Penasihat
Industri
MESYUARAT PANEL PENASIHAT INDUSTRI
Pada 23 November 2016, satu menyuarat bersama Profesor Adjung dan Panel Penasihat Industri (IAP) telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat utama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk pembentangan kurikulum baru bagi program Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Awam dan mendapatkan maklumbalas dari ahli panel terhadap struktur program tersebut. Selain itu, perbincangan mengenai semakan semula program Sarjana Kerja Kursus turut diadakan. Perkara-perkara lain juga turut dibincang dalam mesyuarat tersebut seperti menjawab komen-komen dari penilai luar JKAS dan beberapa perkara yang berkaitan dengan JKAS.
Seramai enam orang panel IAP yang telah hadir dan Profesor Adjung pada mesyuarat kali ini. Panel IAP terdiri daripada mereka yang pakar dari pelbagai bidang seperti bidang kejuruteraan struktur, kejuruteraan pengangkutan, kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan
geoteknik dan kejuruteraan marin. Berikut adalah senarai ahli panel IAP dan Profesor Adjung bagi JKAS.
Nama Tempoh Perlantikan
Dato’ Ir. Ahmad Fuad Embi (Profesor Adjung) 23/11/2016 — 22/11/2018
YBhg. Dato‘ Ir. Aziz Mustafa 01/01/2016 — 31/12/2017
Dr. Ir. Mohd Sabri Abdullah 01/01/2016 — 31/12/2017
Ir. Wan Ismail Wan Hassan 01/01/2016 — 31/12/2017
Puan Sarifah Yaacob 01/01/2016 — 31/12/2017
Ir. Abdullah Isnin 01/04/2015 — 31/03/2017
Datuk Nik Airina Nik Jaafar 01/01/2017 — 31/12/2018
Ir. Dr. Azuhan Mohamed 01/01/2017 — 31/12/2018
Prof. Dr. Ahmad Khairi Abd. Wahab 01/04/2015 — 31/03/2017
Dr. Rosli Nekmat 01/09/2015 — 31/08/2017
JKAS
8
JKAS
MESYUARAT IAP 2016
9
JKAS
LAWATAN DARIPADA ITB BANDUNG, INDONESIA
JKAS berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Institut Teknologi Bandung (ITB) pada 15 Disember 2016. Rombongan ITB terdiri dari sekumpulan pelajar sarjana di bawah kumpulan penyelidikan kejuruteraan air dan diketuai oleh Dr Edy Anto Soentoro, sebagai pensyarah pengiring. Lawatan mereka ke UKM adalah salah satu siri lawatan universiti di Malaysia dan Singapura sebagai langkah pendedahan ITB kepada universiti terkemuka di Asia Tenggara.
Dr. Wan Hanna sebagai ketua bidang Kejuruteraan Air dan Sekitaran, JKAS bertindak sebagai hos dan turut dihadiri oleh Dr. Suraya Sharil. Kunjungan dimulakan dengan penerangan mengenai potensi pengajian sarjana dan doktor falsafah di JKAS, di mana setiap pensyarah di dalam kumpulan Air dan Sekitaran diperkenalkan. Bidang kepakaran setiap ahli ditekankan untuk memberi gambaran kepada delegasi ITB kekuatan penyelidikan kumpulan Air dan Sekitaran di UKM.
Kesuntukan masa tidak membenarkan perbincangan lebih lanjut kerana delegasi ITB harus berburu ke Universiti Malaya. Namun begitu, mereka masih sempat melihat makmal hidrologi dan makmal kejuruteraan sumber air dan pantai. Secara kebetulan, eksperimen sedang dijalankan dan delegasi ITB dapat melihat secara langsung penyelidikan yang dilakukan di UKM.
Lawatan sebegini mengeratkan hubungan UKM-ITB yang telah lama terjalin dan diharapkan jabatan juga dapat memberikan kunjungan balas ke ITB di masa hadapan untuk memperkukuhkan lagi jaringan penyelidikan di rantau ASEAN.
Delegasi dari Institut Teknologi Bandung (ITB) bergambar bersama pensyarah,
kakitangan teknikal dan pelajar siswazah Kejuruteraan Air dan Sekitaran JKAS
10
JKAS
LAWATAN ITB BANDUNG
11
__ JKAS
Pada tahun 2016 seramai empat orang kakitangan JKAS yang bersara dan tamat kontrak. Satu jamuan penghargaan kepada kakitangan yang bersara dan tamat kontrak telah diadakan. Kakitangan yang diraikan adalah:
Prof. Dr. Amiruddin Ismail—Bersara dan disambung kontrak sebagai Profesor Kontrak.
Prof. Ir. Dr. Zamri Chik—Tamat kontrak sebagai Sarjana Tamu di JKAS.
En. Khairul Anuar Nayan—Bersara.
Ir. Ishak Arshad—Tamat kontrak.
Jabatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala bakti dan sumbangan pensyarah-pensyarah di atas di sepanjang perkhidmatan di UKM/JKAS ini. Selamat maju jaya kepada semua dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang dan semoga dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang hayat.
Pada kesempatan ini juga, JKAS turut mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Amiruddin kerana telah diperbaharui perkhidmatan beliau sebagai Profesor (Kontrak) bagi tempoh 2 tahun lagi bermula 21 Disember 2016.
Dari kiri: En. Khairul Anuar Nayan; Prof. Ir. Dr. Zamri Chik; Prof. Dr. Noor Ezlin
(Ketua JKAS); Prof. Dr. Amiruddin Ismail; Ir. Ishak Arshad.
PERSARAAN KAKITANGAN JKAS
Recommended