View
68
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 2
TARIKH : 13 hb. Oktober, 2010
HARI : Rabu
MASA : 60 minit
KELAS : 2 Bestari
BILANGAN MURID : 40 orang
TEMA PERTANIAN
TAJUK Buah - buahan
Standard Kandungan
4.1
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
FOKUS UTAMA
Standard Pembelajaran
4.1.2
Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
Standard Kandungan
3.3
Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
FOKUS SAMPINGAN
Standard Pembelajaran
3.3.3
Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.
OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat: i. menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur, ii. membaca ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. iii. menulis 2 dari 4 jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu: Sains, Pendidikan Kesihatan Nilai: menjaga kesihatan diri KBT: Kecerdasan Pelbagai- kinestetik, visual ruang, verbal linguistik
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: kata Tanya. Kosa Kata :
MEDIA
seni kata lagu , kad gambar.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Elemen Keusahawanan:- - mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang. - mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Set Induksi 1. Murid dipilih secara rawak dengan mata yang tertutup . 2. Merasai rasa buah – buhan dan meneka nama buah – buahan tersebut. ( menamakan )
Teknik Soal Jawab
Buah durian, anggur, rambutan, tembikai, mangga.
Langkah 1 1. Guru memaparkan lirik lagu 2. Murid dibimbing menyebut senikata lagu tersebut.( latih tubi – sebut berulang kali ) 3. Murid dibimbing menyebut senikata secara berirama.( latih tubi – sebut berulang kali)
KP: Verbal linguistik
Lirik lagu :-
Langkah 2 1. guru memilih murid secara rawak untuk main peranan sebagai pembeli, penjual dan pemegang watak buah- buahan 2. Murid menyanyi sambil main peranan.
KP: Kinestetik
Senikata lagu , kad gambar, topeng muka. Contoh arahan :- Pembeli nyanyikan rangkap bewarna biru, penjual nyanyikan rangkap bewarna merah dan hitam adalah watak buah – buahan.
Langkah 3 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang buah – buahan berdasarkan PSA murid. 3. Guru dan murid sekali lagi bersoal – jawab tentang :- a. ciri – ciri gerai yang baik. b. cara menarik pelanggan. C. nilai baik yang mesti diamalkan oleh seorang peniaga buah – buahan.
KP: Kinestetik, visual ruang
Contoh soalan : 1. Di manakah kamu selalunya membeli buah – buahan ? 2. Mengapakah kita perlu makan banyak buah – buahan ? Contoh soalan :- Apakah yang kamu akan lakukan untuk menarik pelanggan? :- memberikan harga yang berpatutan,
Langkah 4 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk latihan menulis jawapan berdasarkan soalan. 2. Murid memilih dan menulis jawapan berdasarkan lima soalan
KP: Kinestetik, visual ruang
lembaran kerjaScrap (2).shs
Penutup 1. Murid menyanyi semula lagu dengan membuat gerakan yang sesuai.
Rumusan isi pelajaran
Senikata lagu
Lampiran 1 :- Senikata lagu.
Mana manggis ?, Mana manggis ?
Di sini, di sini,
Kulit hitam manis, Kulit hitam manis,
Isi saya putih, isi saya putih.
Mana durian?, mana durian?
Di sini, di sini
Saya raja buah, saya raja buah,
Enak rasanya, enak rasanya.
Mana rambutan? , mana rambutan?
Di sini, di sini,
Merah kuning ada, merah kuning ada,
Manis rasanya, manis rasanya.
Mari beli, mari beli,
Kami semua, kami semua,
Murah harganya, murah harganya,
Banyak khasiatnya, banyak khasiatnya.
Contoh Lembaran Kerja
Nama :__________________ Tahun : __________
A. Pilih dan tulis jawapan yang betul berdasarkan soalan di
bawah.
* Ya , buah – buahan mengandungi banyak khasiat.
* Buah durian diberi gelaran “ Raja Buah”.
* Kita boleh membeli buah – buahan di gerai atau di kedai.
* Kita perlu makan buah – buahan kerana banyak khasiat.
1. Di manakah kita boleh membeli buah – buahan?
____________________________________________.
2. Mengapakah kita perlu makan buah – buahan?
____________________________________________.
3. Adakah buah – buahan baik untuk kesihatan?
____________________________________________.
4. Apakah buah yang diberi gelaran “ Raja Buah ”?
____________________________________________.
Recommended