View
82
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
zaman sejarah
Citation preview
Zaman LogamZaman Logam
Merujuk kepada zaman di mana alat-alat logam digunakan.
Boleh dibahagikan kepada 2 tahap;
Zaman Gangsa Zaman Besi
Walau bagaimanapun bagi keseluruhan Asia Tenggara pembahagian zaman ini seakan tidak jelas.
Di kebanyakan tempat kedua-dua jenis alat muncul dalam zaman yang sama.
Pada Zaman Logam tersebut masyarakatnya sudah dapat membuat beberapa jenis peralatan yang diperbuat dari logam, yang ternyata lebih kuat dan lebih mudah dikerjakan berbanding dengan artifak yang diperbuat daripada batu.
Oleh kerana logam harus dileburkan terlebih dahulu sebelum dapat dihasilkan atau digunakan sebagai peralatan, maka pada zaman tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakatnya sudah jauh lebih maju kebudayaannya berbanding masyarakat yang hidup di Zaman Batu.
Perkembangan Zaman Logam berlaku adalah hasil daripada kemajuan teknologi Zaman Neolitik yang telah membolehkan manusia meningkatkan suhu pembakaran (melebihi 1200 ºC).
Mereka mulai mencipta tembikar yang boleh digunakan dalam industri gangsa dan memanipulasi segala pengalaman berkaitan dengan reaksi bahan-bahan terhadap suhu pembakaran.
Sungguhpun period perkembangan Zaman Logam amat singkat dari aspek tempoh masa jika dibandingkan dengan lain-lain period atau kebudayaan sama ada Paleolitik, Mesolitik/Hoabinh atau Neolitik, namun jika ditinjau dari segi impaknya kepada manusia ternyata ia membawa satu perubahan yang ketara di dalam kehidupan sosialnya.
Kebudayaan Zaman Logam
Zaman Gangsa
Zaman Besi
Zaman Gangsa adalah berasaskan penemuan beberapa alat yang diperbuat daripada gangsa seperti gendang, loceng dan mangkuk gangsa. Artifak gangsa yang paling popular di zaman ini ialah gendang gangsa.
Komposisi artifak gangsa yang dihasilkan adalah terdiri daripada beberapa komponen logam seperti Kuprum (Cu), timah (Sn) dan Plumbum (Pb).
Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil dari beberapa penyelidikan didapati logam kuprum merupakan unsur utama yang terdapat pada alat-alat ciptaan pada tahap Kebudayaan Gangsa.
Tahap Zaman Gangsa terbahagi kepada dua iaitu Zaman Gangsa Awal dan Zaman Gangsa Akhir.
Zaman Gangsa
Zaman Gangsa Awal
Kriteria objek gangsa yang dihasilkan adalah
bersaiz kecil di antaranya mata beliung,
belati, mata lembing dan kapak gangsa
Zaman Gangsa Akhir
Kriteria objek gangsa yang dihasilkan adalah bersaiz besar sifatnya seperti gendang dan
loceng gangsa
Zaman Gangsa Awal
Zaman Gangsa Awal dikatakan wujud sebelum terdapatnya pengetahuan berkaitan dengan pertukangan besi. Secara umumnya, majoriti ahli arkeologi berpendapat bahawa pada peringkat permulaan Zaman Gangsa (zaman awal) yang bermula kira-kira 2500 tahun dahulu, didapati hanya alat-alat kecil sahaja yang dihasilkan kerana logam gangsa ketika itu sukar diperolehi (Leong Sau Heng (1989).
Objek yang dihasilkan pada peringkat awal ini biasanya terdiri daripada peralatan yang tajam seperti mata beliong, mata kapak dan mata lembing serta barang-barang perhiasan diri seperti gelang.
Zaman Gangsa Akhir pula merujuk kepada fenomena yang wujud setelah melihat kepada pencapaian hasil kreativiti dan metafizika masyarakat yang kian maju.
Pada peringkat ini juga dikenali sebagai penghujung Zaman Gangsa didapati objek yang dihasilkan adalah bersaiz besar jika dibandingkan dengan di zaman awal gangsa.
Di antara hasil kreativiti yang utama ialah penciptaan gendang dan loceng gangsa yang kemudiannya banyak ditemui di beberapa tapak arkeologi Zaman Logam di serata Asia Tenggara, Vietnam, China dan sebagainya.
Zaman Gangsa Akhir
Zaman Besi pula adalah merujuk kepada kewujudan objek-objek yang diperbuat daripada besi seperti beliung dan cangkul. Pada zaman ini, masyarakatnya telah dapat melebur besi dari bijihnya untuk dituang menjadi alat-alat yang diperlukan.
Proses melebur besi memerlukan suhu yang sangat tinggi (lebih kurang 3500 Celsius) berbanding takat suhu bagi melebur gangsa. Ini menunjukkan bahawa gaya hidup masyarakat Zaman Besi pula dikatakan lebih maju jika dibandingkan dengan Zaman Gangsa di mana mereka mempunyai kemahiran di dalam mengolah atau mengadun beberapa sebatian logam sehingga menjadikannya lebih kukuh dan kuat.
Zaman Besi
Di antara komposisi logam yang penting dan digunakan di dalam penghasilan alat-alat pada tahap kebudayaan ini ialah Ferum (Fe) dan Manganese (Mn).
Kemajuan diperolehi adalah hasil daripada eksperimen dan interaksi di antara masyarakat tempatan dengan dunia luar yang wujud ketika itu.
Dari segi sejarah penggunaan besi bermula sekitar 3,000 SM dan digunakan secara meluas pada 2,000 SM.
Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik adalah jelas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai peralatan yang telah dihasilkan bagi mewakili Zaman Besi seperti kapak bersoket yang berbagai saiz, pisau dan tulang mawas.
Di samping itu, sejenis artifak yang ditemui juga dikatakan mewakili Zaman Besi ialah ‘Pisau Tembeling’ iaitu satu-satunya jenis artifak yang ditemui di rantau ini. Di antara tapak kebudayaan Besi di Malaysia ialah di kawasan Hulu Tembeling, Pahang (Kampung Bantal, Jeram Koi dan Bukit Komil).
Alat-alat besi ialah Gua Harimau di mana alat-alat besi ditemui berada di atas lapisan alat-alat gangsa. Lain-lain tapak ialah Gua Agop Atas (Sabah), Gua Sireh dan Lobang Angin (Sarawak) di mana alat-alat besi yang berasosiasi dengan kepingan tembikar, sisa rangka manusia, manik dan sisa fauna.
Ciri-ciri Zaman Logam
Sama dengan ciri-ciri Zaman Neolitik, cuma dari segi jenis alat yang digunakan adalah lebih maju
Dari segi saiz perusahaan lebih besar
• Cth: Pertanian, peternakan, perdagangan, pelayaran, pengkhususan dalam pekerjaan, petempatan yang kekal, masyarakat berstruktur dan berorganisasi
Petempatan di kawasan terbuka.
Recommended