View
6
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
SATU KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PUSAT SUMBER TERHADAP PRESTASI
PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SEKSYEN 2 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
OLEH
FAUZIANA MOHAMMAD
(2000212307 )
FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT
UNIVERSITITEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR
MEI2003
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan i
Abstrak ii
Abstract iii
BAB 1(PENGENALAN)
1.0 Pengenalan 1
1.1 Pernyataan Masalah 3
1.2 Objektif Kajian 4
1.3 Definisi 5
1.4 Kepentingan Penyelidikan 7
1.5 Batasan/ Sempadan Kajian 8
BAB 2 ( ULASAN KARYA DAN TINJAUAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 9
BAB 3 ( KERANGKA TEORI DAN KONSEP )
3.0 Kerangka Teori Dan Konsep 14
BAB 4 ( METADOLOGI KAJIAN )
4.0 Pengenalan 15
4.1 Lokasi Kajian 15
4.2 Reka Bentuk Penyelidikan 16
4.3 Populasi Dan Persampelan 16
4.4 Alat Penyelidikan 17
4.5 Prosedur Kajian 19
4.6 Prosedur Menganalisi Data 19
BAB 5 ( ANALISIS DAN PENEMUAN )
5.0 Pengenalan 20
5.1 Analisis borang soal selidik untuk pelajar 21
Bahagian I : Ciri-ciri Demografi 21
Bahagiab II: Penggunaan Pusat Sumber 27
Bahagian III: Keberkesanan Pusat Sumber 36
5.2 Analisis borang soal selidik untuk guru 45
Bahagian I : Ciri-ciri Demografi 45
Bahagian II: Penggunaan Pusat Sumber 49
Bahagian III: Keberkesanan Pusat Sumber 59
BAB 6 ( RUMUSAN DAN CADANGAN )
6.0 Pengenalan 73
6.1 Rumusan 73
6.2 Cadangan 76
6.3 Kesimpulan 78
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN
SMM 651 ( PENYELIDIKAN AKADEMIK ) MEI2003
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA akhimya
dapat juga saya menyempumakan penyelidikan akademik yang bertajuk "Satu kajian
tentang keberkesanan pusat sumber terhadap prestasi pelajar di Sek. Men. Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah" di seksyen 2 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Pertama sekali jutaan terima kasih saya ini ditujukan khas untuk Puan Dang
Merdu Wati selaku penyelia saya. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan akan
saya jadikan panduan untuk saya meneruskan perjuangan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah di atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama 3 tahun saya
menuntut di Universiti Teknologi Mara. Segala ilmu yang saya perolehi sepanjang
pembelajaran saya ini Insya-Allah akan saya aplikasikan ketika saya menjejakkan kaki ke
alam pekerjaan kelak.
Istimewa buat Ayah, Ibu dan seluruh ahli keluarga saya yang tersayang yang
selalu memberi semangant dan peransang untuk saya meneruskan perjuangan saya ini.
Segala doa dan restu kalian merestui kejayaan yang akan saya capai kelak. Tidak lupa.
juga ucapan terima kasih ini saya tujukan khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberikan tunjuk ajar dan pertolongan selama saya berada di Universiti
Teknologi Mara. Akhirul kalam terima kasih untuk segalanya
Fauziana Mohammad (IS 223-Mei 2003)
DISEDIAKAN OLEH FAUZIANA MOHAMMAD
SMM 651 ( PENYELD3IKAN AKADEMIK ) MEI 2003
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang keberkesanan pusat sumber sekolah terhadap prestasi pelajar di Sek Men. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sebanyak 180 borang soal selidik telah diedarkan iaitu 150 borang soal selidik untuk pelajar dan 30 borang soal selidik untuk guru. Namun hanya 162 borang soal selidik sahaja yang diproses dan dianalisis iaitu 134 borang dari pelajar dan 28 borang dari guru. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah manual untuk mendapatkan peratusan dan bilangan jawapan dari responden bagi setiap soalan. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan pusat sumber tidak berkesan sepenuhnya dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar tetapi koleksi bahan/ rujukan yang terdapat di PSS masil lagi mampu membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sungguhpun tidak berkesan sepenuhnya tetapi koleksi bahan/ rujukan yang terdapat di PSS juga dapat membantu pengguna meluaskan pengetahuan, meningkatkan budaya pemikiran dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mencari dan mengumpul maklumat.
DISEDIAKAN OLEH FAUZIANA MOHAMMAD
Recommended