Citation preview
PowerPoint PresentationKONSEP MATA PELAJARAN SEJARAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
Sehubungan itu, pada 16 Oktober 2008, Timbalan Menteri Pelajaran
ketika itu, mencadangkan mata pelajaran Sejarah diajar secara
khusus di Tahap II, sekolah rendah dalam usaha meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan murid selain member kefahaman
kepada mereka terhadap sejarah tanah air. Ini juga bertujuan
menangani isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum di negara
ini di mana sejarah tanah air sering disalah tafsir dan kurang
difahami oleh rakyat.
*
Dalam penggubalan kurikulum sejarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijadikan garis panduan kerana selari dengan hasratnya iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
*
*
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid
memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang
patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
MATLAMAT
OBJEKTIF
ii) Mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah.
iii) Memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam
sejarah.
iv) Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil
iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan
suasana keharmonian.
*
Sambng…..
v) Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan
daripada interpretasi kajian sejarah.
vi) Menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara
dan global.
vii) Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi
kehidupan masyarakat.
*
Sambg
Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum
sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum.
Memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan
negara bagi pembinaan jati diri.
Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai
melahirkan perasaan bangga dan hormat
*
Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah
menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di
samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang
masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran
tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang
pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang
terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman
manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara
individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman
asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan
negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia.
FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan
(kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran),
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat
murid terhadap Sejarah
*
BAGAIMANA PERLAKSANAAN?
*
mencakupi beberapa tajuk berdasarkan tema.
pecahan tema mengikut tahun adalah seperti berikut:
*
BERSEPADU :
PEMETAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
SEJARAH TAHUN 5
TEMA : KEDAULATAN NEGARA
6.1 Institusi Raja 6.2 Agama Islam 6.3 Bahasa Melayu
7.1 Penjajahan Kuasa Luar 7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan 7.3
Kemerdekaan Negara Kita
8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran, Bidang
Kuasa
9.1 Jata Negara 9.2 Bendera Kebangsaan 9.3 Lagu Kebangsaan
9.4 Bahasa Kebangsaan 9.5 Bunga Kebangsaan
*
Bil
Perkongsian Sejarah
Berbangga dengan sejarah asal usul negara. Menghargai
kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional. Mengambil
iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara. Menghayati
peristiwa kemerdekaan negara. Memelihara warisan negara.
2.
Menyanjungi prinsip Rukun Negara. Menghormati kepelbagaian agama
dan budaya. Berbangga dengan lambang dan simbol negara.
3.
Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama. Berbangga
dengan hari kemerdekaan. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Berbangga dengan pencapaian negara.
4.
Menghormati masyarakat pelbagai kaum. Memakmurkan ekonomi negara.
Mengekalkan warisan negara
5.
Kesetiaan
Mentaati Raja dan Negara. Menghormati pemimpin negara. Mematuhi
undang-undang dan peraturan negara.
6.
Mempertahankan identiti negara. Mempertahankan warisan negara.
Menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.
7.
BERSEPADU: ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
*
Panduan Pelaksanaan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai
Sivik
Bentuk soalan:
Mengapakah anda perlu menghargai keindahan alam sekitar?
*
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:
ASAS KEMAHIRAN PEMIKRAN SEJARAH
Susunan Masa
Konversi Masa
Perbandingan Masa Lalu
Kemahiran Pemikiran Sejarah adalah merupakan satu bentuk pemikiran
khusus yang dapat mengembang potensi murid untuk meneroka idea yang
kompleks dan abstrak. Justeru murid dapat memahami secara kritis
dan imaginatif. Semasa mempelajari sejarah, murid perlu diajar
memahami ciri-ciri yang terdapat pada sejarawan bukan untuk
menjadikan murid sebagai sejarawan professional tetapi untuk
meningkatkan pemikiran mereka supaya lebih kritikal dan analitikal.
Kemahiran ini diajar dalam kalangan murid seperti kemahiran
kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi
dan membuat rasionalisasi.
*
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:
ASAS KEMAHIRAN PEMIKRAN SEJARAH
Mengkaji sebab-musabab
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
KBAT
Penerangan
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta.
diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan
projek
*
Bahasa
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pendidikan Pengguna
Keselamatan Jalanraya
*
Sambungan
9.PENILAIAN
Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan
dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan
organisasi luar. Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah
dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran sumatif pula
dilaksana di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialah
pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan
folio, membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian
bertulis.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam standard kandungan dan
standard pembelajaran.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM