View
247
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 2 ~ eBook ini Percuma
Judul eBook
Adab dan Ibadah pada 1 Syawal
Penyusun
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari
Design
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari
HAKCIPTA TERPELIHARA
©2016 Muhammad Hosnee
Ramadhan 1437H / Jun 2016
Tidak dibenarkan dicetak mana-mana bahagian artikel atau isi
kandungan eBook ini dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun,
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit
mahupun penulis. Anda dibenarkan menyimpan eBook ini di
dalam computer atau gadjet anda. Anda dibenarkan membuat
satu cetakan hardcopy daripada eBook ini untuk kegunaan
peribadi anda.
EBOOK ini UNTUK SEBARAN PERCUMA DAN SEBARANG JUAL
BELI ATASNYA ADALAH TIDAK SAH.
Diterbitkan oleh
Dunia Luas Enterprise
Usahasama
PERTUBUHAN WACANA DAN DAKWAH ISLAM MALAYSIA
(WAHDAH)
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 3 ~ eBook ini Percuma
KANDUNGAN
MUKADDIMAH ................................................................... 5
ADAB DAN IBADAH DI MALAM 1 SYAWAL .......................... 7
Perasaan di malam 1 Syawal ............................................... 8
Menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah .............. 9
� Solat Fardhu Isyak dan Fardhu Subuh berjemaah .. 10
� BerTakbir ................................................................ 11
ADAB DAN IBADAH SIANG 1 SYAWAL ............................... 12
Mandi sunat ...................................................................... 13
Memakai baju baru dan Berwangi-wangian ..................... 14
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar bersolat ...... 15
� Hikmah perbuatan makan terlebih dahulu sebelum
keluar solat ................................................................... 16
� Hikmah digalakkan makan tamar di pagi hari raya
tersebut ........................................................................ 16
Keluar awal ke masjid ....................................................... 18
Memperbanyakkan takbir di sehingga Imam bangun untuk
solat .................................................................................. 18
Keluar menuju tempat solat dengan berjalan kaki ........... 19
Menuju ke masjid mengikut jalan lain, dan pulang dari
masjid mengikut jalan lain ................................................ 20
Bermuka Manis dan Mengucapkan tahniah sesama
saudara muslim ................................................................. 23
Bersolat sunat Hari Raya ................................................... 24
� Hukum solat Sunat Hari Raya ................................. 24
� Waktu dilaksanakannya.......................................... 24
� Melewatkan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri ........... 24
� Solat Sunat Hari Raya dilaksanakan di ruang yang
besar ............................................................................. 24
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 4 ~ eBook ini Percuma
� Solat Sunat Hari Raya tidak ada Azan mahupun
Iqamah .......................................................................... 26
� Surah yang dibaca ketika menunaikan Solat Sunat
Hari Raya ....................................................................... 28
� Solat dahulu, Khutbah kemudian ........................... 29
Seluruh lapisan masyarakat keluar untuk mendengar
khutbah ............................................................................. 31
� Perempuan juga digalakkan hadir ke tempat Solat 31
� Perempuan haid berada di luar masjid .................. 32
Doa di hari Raya ................................................................ 33
BEBERAPA PERBAHASAN SEKITAR 1 SYAWAL (SITUASI DI
TANAH AIR KITA) .............................................................. 38
Saling bersalaman dan bermaafan serta Ziarah menziarahi
sesama saudara dan jiran ................................................. 39
Menziarahi Kubur pada pagi 1 Syawal .............................. 41
� Perempuan menziarahi tanah perkuburan ............ 42
� Menjirus air di kubur .............................................. 42
� Menabur bunga di atas kubur ................................ 43
Memberi duit raya kepada anak kecil ............................... 44
Rujukan ............................................................................ 45
Latar belakang Penyusun .................................................. 47
DARIPADA MEJA PENULIS ................................................. 49
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 5 ~ eBook ini Percuma
MUKADDIMAH
������ ���� � ��� �� ������ ��� � ������ ������ ,������ �� ����
�� ��� !��� �� "# �$% "� &$� "� ��'( )*+,� )�- ;��� �/(
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi
segala nikmat buat hambaNya dan kemudian mengekal
nikmat-nikmat tersebut walaupun hamba itu lalai dan leka di
hadapanNya.
Al-faqir sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah
mengilhamkan penulisan eBook ini dan memberi izin serta
bantuan kekuatan kepada al-faqir untuk menyiapkannya.
eBook ini sebagaimana tajuknya, memfokuskan adab
dan ibadah pada 1 Syawal. Sesuai buat umat yang ingin
belajar cara menghidupkan 1 Syawal mengikut panduan
ulama. Al-faqir memang menyusunnya dengan tujuan untuk
ia dijadikan rujukan dan buku “manual” kecil buat
masyarakat Islam di Negara ini.
Ia terbahagi kepada 3 bahagian besar : Adab dan Ibadah
di malam 1 Syawal, Adab dan ibadah di siang 1 Syawal, dan
Beberapa Perbahasan sekitar 1 Syawal (situasi di tanah air
kita).
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 6 ~ eBook ini Percuma
Semoga eBook ini memberi manfaat buat para
pembacanya dan juga moga ia terhitung sebagai amalan
kebaikan buat al-faqir dan keluarga di hari hisab kelak. Aminn
al-Faqir ila Rabbihi al-Jalil
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari
Sg Ramal Dalam, Kajang Ramadhan 1437H / Jun 2016
A’malahullahu bi Lutfihi al-Khafiy
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 7 ~ eBook ini Percuma
ADAB DAN IBADAH
MALAM
1 SYAWAL
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 8 ~ eBook ini Percuma
ADAB DAN IBADAH DI MALAM 1 SYAWAL
Perasaan di malam 1 Syawal
Para ulama mengatakan, ketika masuk malam 1 Syawal, umat
Islam mesti berasa sedih dengan perginya Ramadhan. Kerana
tidak tahu apakah ada peluang dan kesempatan untuk
bertemu dengannya pada tahun hadapan.
Dan mesti juga ada perasaan gembira dan perbanyakan
kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadah yang
diperintahkan oleh Allah SWT.
Juga berharap semoga Allah mengampunkan segala dosa dan
kesalahan yang lalu serta menerima ibadah-ibadah ketaatan
yang diusahakan sepanjang Ramadhan.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 9 ~ eBook ini Percuma
Menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah
Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam kitab al-Azkar :
0+1�2 )3( ���� ������ 4��5 � �67� �2����� 81��� 9���#:���;�� �/ �<=>�?
Maksudnya : Ketahuilah, bahawasanya sangat dituntut
menghidupkan malam 2 hari raya dengan berzikir kepada
Allah SWT, bersolat, dan lain-lain ibadah ketaatan.
Imam an-Nawawi meriwayatkan dua hadith berkaitan
perkara ini iaitu :
�$2 )*�% @�2 A ����� 81��� ���( �/ �$�B�� :$C Maksudnya : Barangsiapa menghidupkan dua malam hari
raya, tidak akan mati hatinya di hari sekian banyak hati-hati
dimatikan.
�$�B�� :$C �� )*�% @�2 A �*�1D �2����� 81��� ��% �/ Maksudnya : Barangsiapa mendirikan 2 malam hari raya
kerana Allah dalam keadaan penuh muhasabah (terhadap
dirinya), tidak akan mati hatinya ketika sekian banyak hati-
hati dimatikan.1
1 Imam Nawawi menyebutkan : Ini riwayat daripada asy-Syafie dan Ibn Majah. Hadith ini dhoif. Kami
riwayatkan daripada Abu Umamah secara marfu’ dan mauquf. Kedua-dua hadith ini dhoif tetapi oleh kerana
keduanya tergolong dalam hadith fadhoil, diberi kelonggaran untuk ia diriwayatkan sebagaimana yang kami
ceritakan di awak kitab ini (al-Azkar)
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 10 ~ eBook ini Percuma
Ulama ada berbeza pendapat tentang “kadar” menghidupkan
malam hari raya. Pendapat yang Azhar (yang diberatkan),
mesti dihidupkan dikebanyakan malam tersebut. Namun
pendapat lain mengatakan memadai walau kadar sebentar
sahaja.
� Solat Fardhu Isyak dan Fardhu Subuh berjemaah
Memadai untuk termasuk dalam golongan yang
menghidupkan malam 1 Syawal dengan bersolat Isyak secara
berjemaah dan bersolat subuh secara berjemaah.
Di dalam kitab Ghayatul Muna disebutkan satu riwayat
daripada Baginda SAW :
�$�B�� :$C �$2 )*�% � ���( ����� 81��� ���( �/ Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan 2 malam hari
raya, maka Allah SWT akan menghidupkan hatinya di hari
sekian banyaknya hati-hati dimatikan.
Maksud hati yang mati adalah hati yang sibuk dengan dunia
dan terfitnah dengannya. Maksud hati yang hidup adalah hati
yang tidak disibukkan dengan dunia.2
2 Ghayatul Muna Syarh Safinatun Naja.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 11 ~ eBook ini Percuma
� BerTakbir
Di antara cara menghidupkan malam adalah dengan
memperbanyakkan takbir.
Lafaz takbir yang diajarkan seperti berikut
E( � F6G EH E( � , F6G EHI� , E( F6G EH E" , J# E� E) J# K"I� � E( F6 EH, I� E( F6 EH E� J F��G E+ I��?
I� E( F6 EH E6 J* L= E� � F��G E+ I�� J E6G JMG L= E� ,� I� E+* EN� J� I�G E�O L� E� E( J, L�� E" , J# E� E) J# K" I� E� E" E3 I*� I� J# K" J# K2 IP� I/G FQ J� J� E� E� I) R��� E� �2 E� F$ E6 J� EP EO�� JS� I� EN� ,
E" J# E� E) J# K" E� � E�� E, ,P E� ET E� F� E� E� ,P E3 E EU E� F* E� E� ,P E( E� KV IW E�X IP E� EY EV E� E FZ� F� EV E�� E� E�� E" ,P J# E� E) J# K" E� � I� E( F6 EH?
Disunatkan setelah itu untuk berselawat ke atas Nabi SAW
dengan lafaz berikut :
I[��� K� E, R\ E� E E� R� J� E3 I/ �G E+ K� E� ,� E� E J�- J) E� R� J� E3 I/ �G E+ K� E� ,� E� E E( E+, J�� E� R� J� E3 I/ �G E+ K� E� ,� E� E E( E�3 J�� E� R� J� E3 I/ �G E+ K� E� ,� E� E E( E�] J �
E� R� J� E3 I/ �G E+ K� E� ,� E� E I_ R� K2 J E� R� J� E3 E ID � K� E� ,� E� R� F� E5 J����LG E6 � JMG L=�?
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 12 ~ eBook ini Percuma
ADAB DAN IBADAH
SIANG
1 SYAWAL
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 13 ~ eBook ini Percuma
ADAB DAN IBADAH SIANG 1 SYAWAL
Mandi sunat
Di dalam kitab Ghayatul Muna Syarah Safinatun Naja :
Disunatkan mandi sunat sama ada bagi mereka yang ingin
keluar menuju tempat solat atau mereka yang tidak ingin
keluar. Kerana hari Raya adalah hari bercantik-cantik dan
berhias.
Disebutkan di dalamnya juga : Waktu terbaik untuk mandi
sunat hari Raya adalah selepas fajar. Dan tidak disunatkan
lagi setelah tenggelam matahari 1 Syawal.
Di dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah menyebutkan : Boleh
mula mandi sunat, bermula di pertengahan malam 1 syawal.
Syeikhna Mahmud Saied Mamduh, muhaddith Qaherah
menyebutkan : Disunatkan mandi sunat kerana ingin keluar
ke tempat orang Islam berkumpul. Supaya bau badan kita
tidak menyakiti orang lain.
Syeikhna Musnid Syarqi Asia Muhammad Husni GInting al-
Langkati al-Azhari menyebutkan : Mandi sunat itu atas dua
tujuan. Pertama, kerana menuju tempat berkumpul umat
Islam. Kedua, kerana kemuliaan hari tersebut.
Di dalam kitab Marhaban Ya Ramadhan disebutkan:
Disunatkan juga mandi hari Raya bagi perempuan yang masih
dalam keadaan haid dan nifas.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 14 ~ eBook ini Percuma
Memakai baju baru dan Berwangi-wangian
Di dalam kitab Ghayatul Muna ada disebutkan :
Disunatkan bercantik-cantik bagi semua umat Islam. Sama
ada yang berada di rumah, atau yang keluar bersolat. Sama
ada yang dewasa mahupun yang kecil.
Sebaik-baik pakaian yang bagus dipakai adalah pakaian
yang berwarna putih. Jika ada yang lebih cantik daripada
putih tadi, maka yang lebih cantik itu lebih bagus dipakai.
Disebutkan juga : Disunatkan bagi golongan lelaki untuk
memakai minyak wangi yang terbaik di sisi mereka.
Pada hari Raya, dizahirkan kecantikan dan perhiasan
dengan niat menzahirkan nikmat kurniaan Allah SWT.
Syeikhna Muhammad Husni Ginting al-Azhari
hafizahullah menyebutkan : Disunatkan pada hari Raya untuk
memakai pakaian baru. Jika tidak ada pakaian baru, memadai
memakai pakaian yang paling cantik yang ada di sisi kita.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 15 ~ eBook ini Percuma
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk bersolat
Daripada Anas bin Malik RA :
a1� �;b�� �$2 ��c2 " ���� )�-� )��� � , � &$�� N�6 \6d2:��C3
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW tidak keluar
pada hari Raya Aidil Fitri sehinggalah Baginda SAW
memakan terlebih dahulu beberapa biji tamar.
Ditambah dalam riwayat Marja’ bin Raja’, telah
meriwayatkan kepadaku oleh Ubaidillah, bahawa Anas
menyampaikan kepadaku, tentang Nabi SAW :
��5� �[�6d2� Maksudnya : Nabi SAW memakannya (tamar-tamar) itu
dalam kiraan ganjil.
Al-Hakim meriwayatkan melalui U’tbah bin Hamid
dengan lafaznya :
\%( �( ��*� �( ��f �( �g�g ,:��C \6d2 a1� �;S �$2 ^�h �/�/ ��5� �M6( �( i�_
Maksudnya : Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya
Aidil Fitri sehinggalah Baginda SAW makan terlebih dahulu
3 Riwayat al-Bukhari
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 16 ~ eBook ini Percuma
beberapa biji kurma dalam kiraan tiga atau lima atau tujuh
atau lebih sedikit daripada itu, atau lebih banyak daripada itu
secara ganjil.
Daripada at-Tabrani dan ad-Daruqutni meriwayatkan
hadith Ibn Abbas RAhuma dengan kata beliau :
�j�k ��;2� `%���� ^�l a1� �;b�� �$2 ^�l " N( `X��� �/^�l N( \*% ?
Maksudnya : Daripada perbuatan sunnah – tidak keluar di
hari Raya Aidil Fitri sehinggalah terlebih dahulu
mengeluarkan sedekah dan memakan sesuatu sebelum
keluar.
� Hikmah perbuatan makan terlebih dahulu sebelum
keluar solat
Berkata al-Mahlab : Daripada hikmah makan sebelum
solat tersebut – untuk mengelakkan adanya sangkaan
sebahagian orang tentang meneruskan puasa sehingga
menunaikan solat sunat. 4
� Hikmah digalakkan makan tamar di pagi hari raya
tersebut
4 Al-Mawahib al-Laduniyyah
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 17 ~ eBook ini Percuma
Imam al-Qastalani menyebutkan : Kerana pada tamar
itu rasa manis yang mampu beri kekuatan kepada pandangan
mata yang telah dilemahkan oleh puasa. Dan rasa manis itu
merupakan simbolik kepada iman. Rasa manis itu juga
mampu melembutkan hati. Ini sebagaimana yang disebutkan
oleh Ibn Abi Syaibah daripada Muawiyyah bin Qurrah dan Ibn
Sirin dan selain mereka berdua.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 18 ~ eBook ini Percuma
Keluar awal ke masjid
Disebutkan di dalam kitab Ghayatul Muna : Sunat hadir awal
ke tempat solat setelah solat subuh. Kecuali Imam.
Tujuannya untuk mengambil tempat dalam sof. Adapun
Imam hadir ketika waktu menunaikan solat.
Memperbanyakkan takbir di sehingga Imam bangun untuk
solat
Imam an-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Azkar:
disunatkan memperbanyakkan takbir bermula daripada
tenggelam matahari 30 Ramadhan sehingga Imam bangun
bertakbiratul ihram untuk menunaikan solat hari raya (1
syawal).
Dilaungkan takbir ketika manusia berkumpul, sama ada
dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring. Sama di rumah, di
jalan atau di masjid.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 19 ~ eBook ini Percuma
Keluar menuju tempat solat dengan berjalan kaki
Imam asy-Syafie menyebutkan di dalam kitab al-Umm :
&�% m�YV�� �� �Xc�� : )�-� )��� � , � &$�� 06� �/o% �]�XW "� ��� p ����
Maksudnya : Telah sampai kepada kami riwayat daripada az-
Zuhri dengan kata beliau : “Tidak pernah sekalipun Nabi SAW
menaiki tunggangan pada hari Raya dan juga ketika
mengiringi jenazah.”
Daripada at-Tirmizi beliau meriwayatkan daripada Ali :
��k�/ ����� 4# ^�l N( `X��� �/ Maksudnya : Daripada perbuatan sunnah – untuk keluar
menuju tempat solat Sunat Hari Raya dalam keadaan
berjalan kaki.
Daripada Ibn Majah, daripada Saad al-Qurtzi
menyebutkan :
��k�/ ����� 4# ^�l N�6 ���� )�-� )��� � , )3( Maksudnya : Bahawasanya Nabi SAW pernah keluar menuju
tempat solat Hari Raya dalam keadaan berjalan kaki.
Imam al-Qastalani menyebutkan : Sanad bagi ketiga-
tiga riwayat ini doif.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 20 ~ eBook ini Percuma
Menuju ke masjid mengikut jalan lain, dan pulang dari
masjid mengikut jalan lain
Daripada Abu Hurairah RA, beliau mengatakan :
p ����� �$2 ^�h �_# ���� )�-� )��� � , � &$�� N�6P=> p qW� r2�s?5
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW jika keluar
untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya, akan keluar
mengikut satu jalan dan ketika pulang akan melalui jalan
yang lain.
Al-Hafiz Ibn Hajr mengatakan: Aku telah mengumpulkan
lebih daripada 20 pendapat tentang perbuatan Nabi SAW
dalam hadith ini dan aku simpulkan seperti demikian.
Di antara sebab Nabi SAW melakukan yang demikian kerana :
� Agar dua jalan itu menjadi saksi di hari akhirat.
� Penghuni yang tinggal di dua jalan ini terdiri daripada jin
dan manusia yang berbeza
� Untuk menjelaskan bahawa kelebihan bagi melalui apa-
apa jalan menuju ke tempat solat itu sama sahaja
ganjarannya.
� Untuk bertabarruk
5 Riwayat at-Tirmizi
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 21 ~ eBook ini Percuma
� Agar dicium bau wangian Rasulullah SAW di jalan-jalan
tersebut
� Untuk menzahirkan Syiar Islam pada kedua-duanya.
� Untuk menzahirkan Zikrullah
� Untuk membuatkan orang munafiq dan yahudi berasa
cemburu
� Untuk menggembirakan penduduk di negeri tersebut
dengan Baginda melalui kedua-dua jalan tersebut.
Dengan itu mereka dapat bertabarruk dengan kesan
Nabi SAW.
� Dengan melakukan demikian, ramai orang dapat
mengambil manfaat dengan berjumpa Nabi lalu
bertanya, meminta fatwa, mengikuti perbuatan Nabi
dan memohon agar diselesaikan masalah mereka.
� Nabi SAW dapat memberi salam kepada penghuni dua
jalan ini
� Nabi SAW ingin menziarahi keluarga dan sahabatnya
yang berada di jalan-jalan ini daripada kalangan mereka
yang hidup dan telah meninggal dunia
� Nabi SAW ingin sebarkan rahmat.
� Nabi SAW ingin kehadiran Baginda SAW di jalan-jalan
tersebut dapat menimbulkan kemaafan dan keredhaan
dalam hati penghuninya.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 22 ~ eBook ini Percuma
� Nabi SAW ingin mengurangkan kesibukan jalan yang
dilalui sebelumnya (pendapat ini ditarjih oleh Syeikh
Abu Hamid)
� Nabi SAW mengikuti jalan jauh ketika menuju ke tempat
solat dengan tujuan memperbanyakkan langkah untuk
memperbanyakkan ganjaran. Dan ketika pulang, Nabi
SAW melalui jalan pintas dengan tujuan segera sampai
ke rumah. (pendapat ini dipilih oleh Imam ar-Rafie)
� Para malaikat yang berada di jalan pergi dan jalan
pulang itu daripada kumpulan yang berbeza, Nabi SAW
ingin bertemu dengan dua kumpulan tersebut.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 23 ~ eBook ini Percuma
Bermuka Manis dan Mengucapkan tahniah sesama saudara
muslim
Dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah ada menyebutkan :
Disunatkan untuk saling mengucapkan tahniah dengan
kehadiran Hari Raya. Bermula ucapan tersebut apabila
tenggelamnya matahari sepenuhnya di sebelah malam
(selepas isyak)
Di dalam kitab Marhaban Ya Ramadhan pula menyebutkan :
Disunatkan untuk mengucapkan tahinat sambil berjabat
tangan jika satu jantina. Antara lafaznya adalah :
J/ E� F�� E� Ju� J� E�2 E� F��G Eb Ju� JV E�2 Maksudnya : Semoga Allah menemukakan kita dengan Aidil
Fitri seterusnya dan menjadikan kita daripada golongan yang
berjaya.
Pada yang mendengar ucapan ini, maka dianjurkan untuk
membalasnya dengan lafaz :
E5 EB K* E\ I� J/ KX E� � J/ FX IO F� v E( F� E� I6� I� E JZ � EM/ J�� J) v I6 w\ E� x�� E� E( F3 I1 J� � EQ x= Maksudnya : Semoga Allah SWT menerima kita / Semoga
Allah SWT menghidupkanmu pada hari raya seterusnya /
Semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 24 ~ eBook ini Percuma
Bersolat sunat Hari Raya
� Hukum solat Sunat Hari Raya
Hukumnya Sunat. Bahkan disebutkan di dalam kitab at-
Taqrirat as-Sadidah ini adalah sebaik-baik solat sunat
(nawafil).
Disunatkan melakukannya secara berjemaah. Namun
dibolehkan juga untuk solat bersendirian.
� Waktu dilaksanakannya
Waktunya bermula terbit matahari sehingga gelincir matahari
pada hari 1 Syawal.
� Melewatkan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Disebutkan di dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah: Dilewatkan
solat sunat Aidil Fitri sehingga naik matahari dalam kadar 2
lembing. Tujuannya, memperluaskan waktu untuk
mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat dilaksanakan.
� Solat Sunat Hari Raya dilaksanakan di ruang yang besar
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Saeid
al-Khudri RA :
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 25 ~ eBook ini Percuma
4# a+yZ�� �;b�� �$2 ^�l ���� )�-� )��� � , 8*X�� N�6 ���6
Maksudnya : Adalah Nabi SAW keluar pada hari Raya Aidil
Fitri dan Adha, menuju ke tempat solat (untuk menunaikan
solat sunat hari Raya).
Dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah disebutkan :
Hadith ini menjadi dalil atas SUNAT hukumnya keluar ke
tempat solat untuk menunaikan solat sunat Hari Raya.
Sebaik-baik tempat solat adalah Masjid. Berdasarkan
perbuatan Rasulullah SAW dalam melaksanakannya. Bahkan
tidak ternafi kelebihan masjid yang banyak.
Bagi Ashab Syafieyyah, ada dua pendapat berkaitan
tempat solat hari Raya.
� Pendapat pertama : Daripada hadith ini, Sahra’ (padang
pasir)7 lebih baik.
� Pendapat kedua : Dan ini yang lebih Asoh ({,Z�) di sisi
kebanyakan mereka, Masjid yang lebih utama kecuali
jika masjid tersebut kecil dan sempit untuk menampung
kehadiran jemaah.
Hujah mereka, Hadith di atas menceritakan Nabi keluar
menuju tempat solat yang lain daripada masjid Nabi
6 Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
7 Padang luas boleh dimaksudkan dalam kategori ini.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 26 ~ eBook ini Percuma
kerana keadaan masjid itu sempit. Jika masjid itu besar,
nescaya solat di situ lebih baik.
Ibn al-Qayyim menceritakan : Ketika zaman Nabi SAW,
solat sunat hari Raya ditunaikan di dalam masjid pada sekali
peristiwa sahaja. Iaitu ketika hujan turun pada hari tersebut.
Lalu Rasulullah SAW menunaikan solat sunat Hari Raya di
dalam masjid bersama para sahabat.
� Solat Sunat Hari Raya tidak ada Azan mahupun Iqamah
Daripada Jabir bin Samurah, beliau meriwayatkan :
��/ => �2����� ���� )�-� )��� � , � &$�� q/ @��,`/�%# "� N�_( =c� �5�/ "�8
Maksudnya : Aku telah solat bersama Rasulullah SAW
menunaikan solat Sunat Hari Raya (AidilFitri dan AidilAdha)
bukanlah sekali dua tanpa (disertai) dengan azan dan
iqamah.
Dan daripada Ibn Abbas RAhuma meriwayatkan :
"� N�_( �� ����� , ���� )�-� )��� � , � &$�� N(`/�%#?9
8 Riwayat Muslim, Abi Daud dan at-Tirmizi.
9 Riwayat Abu Daud.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 27 ~ eBook ini Percuma
Maksudnya : Bahawasanya Rasulullah SAW menunaikan
Solat Sunat Hari Raya tanpa didahului azan mahupun
iqamah.
� Cara Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya10
Solat sunat Hari Raya AidilFitri tidak jauh beza dengan solat
sunat Qabliyyah Subuh 2 Rakaat. Cuma ada sedikit
penambahan.
Kaedah yang sempurnanya seperti berikut :
Niat di dalam hati :
I( E, R! I� KXG E E� F� J� F�� Jb F; J� E� F6 E� E1 J� E5 E� E4� Maksudnya : Sahaja aku solat sunat aidil fitri (hari raya
aidilfitri) dua rakaat kerana Allah Taala.
Dalam rakaat yang pertama :
� Memulakan dengan takbiratul ihram
� Kemudian membaca doa iftitah
� Seterusnya Bertakbir sebanyak 7 kali. Setiap kali selesai
takbir, disunatkan membaca al-Baqiyatus Solihat :
� N�+*H6( �� � "# )�# "� ����� �
10
Bab ini merujuk kepada kitab Marhaban Ya Ramadhan
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 28 ~ eBook ini Percuma
Dan mengangkat tangan pada setiap kali bertakbir. Dan
memperkuatkan suara setiap kali melafazkan lafaz
takbir.
� Seterusnya membaca taa’awwuz (�� _$�() � Membaca surat al-Fatihah. Dan surah lain.
� Meneruskan rukun solat yang lain.
Dalam rakaat kedua :
� Bertakbir sebanyak 5 kali. Sebagai yang dilakukan dalam
rakaat pertama.
� Seterusnya membaca surah al-Fatihah dan surah lain.
� Meneruskan rukun solat yang lain. Sehingga selesai.
� Surah yang dibaca ketika menunaikan Solat Sunat Hari
Raya
Daripada Abi Waqid al-Laithi beliau meriwayatkan :
�;b��� a+yZ� p (�B2 ���� )�-� )��� � , � &$�� N�6 G� ~ ����� N-�B��� T � � ~ ��B�� r�3�� `����� @��%� �11
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW ketika
menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri dan Adha, Nabi SAW akan
11
Riwayat Muslim, Malik, Abu Daud dan at-Tirmizi.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 29 ~ eBook ini Percuma
membaca di dalamnya dengan Surah ~ ����� N-�B��� T� dan
surah ~ ��B�� r�3�� `����� @��%�� .
Dan daripada Nu’man bin Basyir beliau berkata :
p� �2����� p (�B2 ���� )�-� )��� � , 8*X�� N�6 G� `���� ~ �Z� i�� ��� {*� � � ~ `�k�c�� �2�� ��5( \Y?�12
Maksudnya : Adalah keadaan Nabi SAW menunaikan solat
Sunat Hari Raya dan juga Solat Jumaat dengan membaca
surah ~ �Z� i�� ��� {*�� dan ~ `�k�c�� �2�� ��5( \Y� .
� Solat dahulu, Khutbah kemudian
Daripada Ibn Umar RAhuma :
N$��2 ���� �O� $�(� ���� )�-� )��� � , � &$�� N�6`*;�� \*% �2�����?13
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW, Abu Bakr, dan
Umar, mereka bersolat hari Raya terlebih dahulu sebelum
bangun berkhutbah.
12
Riwayat Muslim, Malik, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasaie 13
Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaie
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 30 ~ eBook ini Percuma
Daripada Jabir, beliau meriwayatkan :
\*% ������ (�*S ,�;b�� �$2 ^�h ���� )�-� )��� � , )3(`*;��?
Maksudnya : Bahawasanya Rasulullah SAW keluar pada hari
Raya Aidil Fitri, kemudian memulakan dengan solat sunat
terlebih dahulu sebelum bangun berkhutbah.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 31 ~ eBook ini Percuma
Seluruh lapisan masyarakat keluar untuk mendengar
khutbah
� Perempuan juga digalakkan hadir ke tempat Solat
Disunatkan seluruh lapisan masyarakat keluar untuk
mendengarkan khutbah hari Raya.
Di dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah menyebutkan
: Nabi SAW menyuruh anak-anak dara, para isteri, termasuk
mereka yang ketika itu dalam keadaan didatangi haid untuk
sama-sama keluar menuju ke tempat didirikan solat Hari
Raya. Adapun golongan perempuan yang didatangi haid,
mereka diasingkan daripada tempat solat itu.
Daripada kalangan perempuan itu, ada yang berkata
kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah, ada di kalangan
kami yang tidak mempunyai jilbab (pakaian meliputi seluruh
tubuh).
Maka jawab Baginda SAW : Pinjamlah daripada
kalangan saudaramu yang mempunyai jilbab lebih. 14
Daripada riwayat di atas, tidaklah bermaksud wajib ke
atas mereka untuk sama-sama menunaikan solat, cumanya
digalakkan mereka sama-sama hadir. Tujuannya untuk
menzahirkan Syiar Islam dengan ramai-ramai berkumpul
14
Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 32 ~ eBook ini Percuma
bersama. Dengan yang demikian, keberkatan yang ada ketika
itu meliputi seluruh yang hadir.
Perempuan yang disuruh keluar tersebut adalah
daripada kalangan perempuan yang mempunyai pakaian
yang meliputi tubuh mereka. Jika mereka tidak memiliki
pakaian tersebut, maka mereka tidak digalakkan untuk keluar
berkumpul.
� Perempuan haid berada di luar masjid
Disebutkan dalam kitab Taqrirat as-Sadidah: Kalau
didirikan solat sunat di Masjid, maka perempuan haid yang
hadir ketika itu untuk mendengar khutbah, hendaklah berdiri
sekadar di pintu masjid sahaja dan tidak masuk ke dalam
masjid.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 33 ~ eBook ini Percuma
Doa di hari Raya
Doa ini disusun oleh al-Imam Ali Zainal Abidin bin Husin bin
Ali bin Abi Tholib RA
I��E* J� F�� I) I�G E� F� E2 E" F� E/ I� E� F� E2 � E/ � E2 * I)I�E* FB E5 E" F� E/ I\GEG* FB E2 F� E/ � E2 E� E�J* F�� I� * J)� E�J# J EW� E+G F�� E\ FYE( I� JBE1 F+EG2 E" F� E/ � E2 E� * I0R�G EQIG2 E" F� E/ � E2 E�
J)� E� E� E� R+J� I�G�� * E� E2 E/ � E" � E2 G F� E* I) J� K��� R� E( E\Y K��� K�� J E� E� J)� * E� E2 E/ � F� E2G F� E1 J* E, 8 Jc E= E/ I2 � E+1 I� J� J) * E� E2 F� IOG I� E2 J� E= E/ I2 � F� E� I\ E� I) * E� E2 E/ � � E2 IO� I� E� E F�� EB J� J\� * E�2IG E� J]� Fm J���G E� J� J\� * E� E2 E/ � E2 � F� I3 J# $ E4 E� E3 E� � E2 � E/ F� E2 F� I� J# $ E4 E3 Fb J� J) E/ F� E( F��GEG E� E� FX I) * E� E2 E/ � F� E" I2 Ec�GGRGG I� RX�� F� E� E * E� E" I2 E* J�� I� J�X��GRG FB E� J * E� E2 E/ � F� I2 FM J� I� ��G E+ E� EX E E� K1 I2 a FX J� E�G E[ � * E� E2 E1 E� E�� I] E� J� K����GRG EjGG J E� K1 I2 aG E�G RbG E�G E[ � *
F3� E EU ES J@ F�� E/ I&� I� EN� E/ E� E6 � E� J/ Ei J� F��G E+ EW� J:� E� F/� E1 E� F: J� Eb J�� IW J�$ E� E( F� J� E�G I F�� E; E�G E* J:� * E� E5 Eb K� EQ F@ I� EN� I� I� J�$ E3 F� J1 Ei R��� Eb I:� ,
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 34 ~ eBook ini Percuma
ES E� Ei F�� I� I� w$ E FZ� F� E ES ET$ I6 R\ E� x&� * E� F��G E� E� I& EZ� F/G E� I� ES ET$ I6 R\ EW E� x& * I6 w\ EW J� x\� J� FX E� E� E, Jc �= * E� I6 w\ J E� x�2 Jp EW FX J0 E E� JS Ei E� JB �= * Eh E�� F�� E$ JS� I� EN� E� E E> J= E� * E� Eh E J� F��G I� E1 E� R� Iy EN$ J# K" E� Ei
* E� Ey E�� F��G I� J� w� EN$ J# K" J� Ei * E� E( FW E� E� ��G I� FXG E1G J� I� EN$ J# K" E/ J� F3� E1 E� Eq ES E�� Ei *
E� I�� Ei E/ Fb I1 ��$ J� K�� J>� J* E� * E� IW I�$ E� I/*EG ��� J� K�� Ju� J� E� * E� J# E> Eg�GGG I1 Ii E% J� F2G E*GGG � J/ E� F��G I� E1� Jc�GG JM E� * E" E2 G JQ I0� J/ EiX F�� J/ I� EN$ * E� E" E2 Ed� I� J/ F� E� E; Ju� Ei F��G I� E1 E� R� Iy EN$ * E� E" E2 EB� J� a JX FB E� J1G Ei
F��G I� E1� Fc Jb I� EN� * J� F] I% Ei E/ I�* ��$ J�G E� F� E� E� E�� * E� J� F� I� Ei I/ F� J E� �� J�G E� F� E3 E�� E�� * E� E�� I5 Ei J F�� E�� IN� J# E4 F�� G I� J��GG Jj E� * E� I� KX1IGG Ei
J F�� F� EB I9� E� E F�� G I� F� E1 J� E�2 E� K1 E� a EB F� I> K� F5G I[ E( �3GEG I5� Ei E� J� w��� IW J�$ * E� E, K� IY F� J# E[/ I�� Ei E� J� wX��G IV J�� * E� J# K3�EG E5 � Ed3GKG F� E@ J�G J[ F� J�G E� JbG Ij� J# �$ E4 E( F/ J� E� * E� E( E[/ F� E1G I[ F� Jg EB L J� E� E� J�� I/ F� JO Ei *
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 35 ~ eBook ini Percuma
E( F� J/ EN� E6 F� E�ES �E J� I) E� E@ F�E1 Eh J� E�� E� K��� J\ FY * J\YE( F� J/ EN� E6 F� E/ E� � E[G E� I)E1 F� E7 Eh J� E�� EB K��� * `E�Ju- F� IY I�$ I/I( E� Ei J� FO I� E4J# EN� I�Ju� E, F� I[w� I6
E� J�/E( E4J# * J� F E�J� F� E� F�E2 F EA E� EiI3�E;F� I� � J[GJ5 K� I/ J&$Is E E� F� J[G E2 F EA J1 E� EW� E� I/ EiI3� EY�I� F� J[ * I� E��I5 E" � E�Ju� E% EiI1 K� I� * �@J�� Eg EiI3�E;� I� E�
I&� IV E2 E" * EiFX E� E{EX EW � E�GJ� I�Ju� K��� I\ F2 E$�� ES * I G E�J_� EQGF�� I GE*� EQG F�� E� EiFX J/ E�� Eh F� E�GJ� * EiJ� K E� F>� J� E�GJ� a EB FkE FZ� I9� EB K��� E� * E�EM F6E( � E/
I) ES w EUE5 EiJ�� E7 E� Jp * E� E/ E( � E$s E& E5 E� w� E� IP Jp J� EB J�� Ei * E� E/ E( � E�� E� E> E2� E1G I) J/ E� F�� Eb E� J * E� E/ E( � F%G EX E; I) J/ F� I� I[ E�$ J F��G E� FQ E� J E� L"� J/ F� E% E� Ju� Ei E" E5G I� I]$ JS J)� * E� J# E�3 LS� J/ � I� � FO J� Ei E" E5 G J+ I�� E� E� J)� *
ES EB F� E� EY� F� E: ��G I+ E� E� * E� E( F� E� E@� E FZ� F� E7 E�� * E� E% F� E5 EB K� F/ E@ J� F�� E$ J� J�� E� E5 E� K; Fb E@ Jp K��� J> J0� * E� E E� F� E@ E FZ� EM/ E&� * E� E( Es F� E@ J F�� F/ E[ E&� * E� E( Kh F� E: E� E( E@3 I/ F� E1 J;G �q� J� F� I� E� EW� E� J * E� E5 Ed3KG�FG E@ E� E( E@3 E/ J! �9 J� F��G I� E* E�� E� J� * F EA E5 IO F� E(3GEG I5� Ei E� F� LV � * E� E" J# F/ E[ I�� Ei E� FY LX � * E� E"
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 36 ~ eBook ini Percuma
J# F/ E� I6� Ei E> Fb E� L E� , E" F3� J1 E I�� E� I/ E� E�� L�� E� , F\ J� E1G IO EN$ I� K� I1 Ei E(�GFG E� E� * E� E6 E� I/ Ei E( F6 E� E\ * E� J# F� E� I3� Ei E( E�� E� J3 F� E� I1 Ei E(5GEG K� *
F EA E� EN� E6 EiJ� E_ w\ I6 I&� EV E5 E" E� ��Ju� E6 E$ IY E� , F& EVE5 * FNE( F� J/ w\ EWE( EiGI1 K� I� � E[R� IOJ� I� E,$I5 * EiI1 E� F�J3 E� , J) J[FX IOI� K� E+GI5 NE( F� J/ IqES F�E( E� I� F�EG/ E�
I5 NE( � J/ I�GEM F6E(G F+ E J� Ed J¡ EY � * E� J# E�� I3� Ei E( F6 EMG I� J/ F� E( FN E5 F� IO E� E� E E( E% R� J) * E� E% E% � E KU J¢ w��� IO I:$ E� F� E5G J�+ J�� E� * E� ES K[ E[ JXG J F�� 8 F/ E� I��
E� F� E5G F� J� J�� E� * E� I% E� E�� Em� E FZ� F% E� I�� J���G I+ I� J�$ E" E� F> E* L – E2 J# � E�G J[ 8– E� F\ E� F� LV � * ES E[ E( � E3 E_ � E( � I£ w/ Ei J� F�� J$ ES E�� J� * E� E( F� Ed I� Ei I� E�� R��� ES E�� J� *
ES Em� E$ F�E3 Fq E� F�� E� J)J�- E� � K� E+IG/ E E� R\ E� * 8Ju� E� I� F0 J�E1�� E� * E" E� 8GJ1GE*GF� EQJ� 8 J/$E2 F�J1 FQEG5 * 8GJ1 E�Ed F� E/ Jp R� K���J� 8EX F[GE* F�EG5 E" E� *
8J*E� EBX I/ Ei�E�J# E� Jp E EUFX I/ E� J�FX J� F� J/ F� J� F6E( E� * �EG�J� xrJu� Ey I= E> EiK3J#
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 37 ~ eBook ini Percuma
I5 I�2 J� * I&Ed F�I5 �KG� E� xV JW� E� E" E� * ��2 J� E% x9 F E¤ R\ I6 E E� E@F3E( E� * E" E� J��GJ E� F�� R J! E� F�� J�J� K"J# E� K$ I% E" E� E&$ E�*
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 38 ~ eBook ini Percuma
BEBERAPA PERBAHASAN
SEKITAR
1 SYAWAL
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 39 ~ eBook ini Percuma
BEBERAPA PERBAHASAN SEKITAR 1 SYAWAL (SITUASI DI
TANAH AIR KITA)
Saling bersalaman dan bermaafan serta Ziarah menziarahi
sesama saudara dan jiran
Sebagaimana yang dibahaskan dalam bab “Menuju ke masjid
mengikut jalan lain, dan pulang dari masjid mengikut jalan
lain” sebelum ini, sudah terbukti bahawa amalan ziarah
menziarahi, bersalaman sesama saudara dan saling
mendoakan adalah daripada amalan yang Rasulullah SAW
lakukan pada 1 Syawal.
Namun begitu, perlulah kita mendalami tentang adab
menziarahi saudara, dan adab bersalaman yang diajarkan
oleh ulama agar perbuatan kita itu tidak bercanggah dengan
syara’.
Di antara adab bertamu yang disebutkan di dalam Kitab al-
Adab karangan Syeikhna Sayyid Muhammad Amin :
� Menutup aurat dengan sempurna ketika berziarah.
� Tidak mengungkap ucapan dan kata-kata yang buruk
ketika berkata-kata.
� Tidak menjamu atau makan makanan yang haram
� Tidak bersentuhan dengan sengaja dengan ajnabi.
� Tuan rumah dan tetamu sama-sama bermanis muka.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 40 ~ eBook ini Percuma
� Tuan rumah tidak bersangka buruk dengan kehadiran
tetamu.
� Tetamu memberi salam terlebih dahulu sebelum
masuk.
� Tetamu duduk di tempat yang disediakan tuan rumah
dan tidak pergi ke bahagian rumah yang lain tanpa
izin.
� Tetamu tidak memandang-mandang dan menjenguk
bilik perempuan Tuan Rumah dan tidak juga melihat-
lihat ke arah tempat keluar makanan (dapur
contohnya).
� Tetamu meminta izin ketika ingin pulang.
� Tetamu mendoakan tuan rumah.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 41 ~ eBook ini Percuma
Menziarahi Kubur pada pagi 1 Syawal
Di dalam kitab Khilafiyyah : Persoalan dan Penjelasan
karangan Guru kami, al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll
membahaskan secara panjang lebar mengenai persoalan
kubur.
Antaranya adalah bab yang berkaitan dengan
Menziarahi kubur pada bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Ustaz Muhadir menyebutkan :
“Menziarahi kubur Muslimin itu dibolehkan pada bila-
bila masa kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian
lalu beramal menghadapinya.
Ziarah kubur pada bulan suci Ramadhan ataupun di hari
Raya, tidak ada perintah dan tidak ada larangan tentangnya
secara khusus. Oleh kerana tiada larangan, orang mengambil
peluang untuk menziarahi kubur dan mengirim bacaan dan
doa pada hari-hari yang penuh rahmat dan keampunan (hari-
hari bulan Ramadhan) dan hari yang bahagia (Aidilfitri).
Bagi sesiapa yang sudah kematian orang tua misalnya,
akan berasa lebih tenteram jika terlebih dahulu mengunjungi
kubur orang tuanya yang sudah meninggal dunia,
menghadiakan pahala bacaan kepada mereka dan meminta
maaf sebelum meminta maaf kepada orang lain.”
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 42 ~ eBook ini Percuma
� Perempuan menziarahi tanah perkuburan
Di dalam kitab ini juga, Ustaz Muhadir menyebutkan:
“Lelaki dan perempuan sunat untuk menziarahi kubur.
Namun, perempuan yang cenderung melakukan perkara-
perkara yang dilarang syarak – menangis menjerit-jerit,
meraung sambil menampar pipi, berputus asa dan lain-lain –
mereka ini dilarang untuk hadir ke kuburan.
Jika mereka tidak melakukan sedemikian, maka dibolehkan
untuk hadir.” 15
� Menjirus air di kubur
Di dalam kitab yang sama, Ustaz Muhadir menyebutkan:
“Imam Syafie meriwayatkan daripada Ibrahim bin
Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada
ayahandanya bahawasanya Nabi SAW telah menyiram (air) di
atas kubur anakanda Baginda SAW, Ibrahim dan melatakkan
atasnya batu-batu kerikil.
Ulama Syafi’iyyah mengatakan sunat amalan menjirus air
mutlak ke kubur berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW ini.
15
Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam
Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 560.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 43 ~ eBook ini Percuma
Walau bagaimanapun, menjirus air dengan air mawar adalah
makruh kerana dianggap sebagai satu pembaziran.”16
� Menabur bunga di atas kubur
Berkaitan perkara ini, Ustaz Muhadir menyebutkan di
dalam kitab beliau tersebut :
“Ia dibolehkan, malah selain bunga, pelepah atau ranting-
ranting yang basah dan segar pun boleh digunakan. Ini
kerana semua makhluk, termasuk haiwan dan tumbuhan
bertasbih kepada Allah SWT.
Dengan menaburkan bunga di atas kuburan, adalah
diharapkan agar ia boleh memberi manfaat kepada mayat
yang ada dalam kubur dengan berkat tasbih oleh bunga-
bunga tersebut kepada Allah.17
16
Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam
Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 536 17
Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam
Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 534.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 44 ~ eBook ini Percuma
Memberi duit raya kepada anak kecil
Di antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
pada hari 1 Syawal bahkan sepanjang Ramadhan adalah
menggembirakan anak kecil terutamanya anak yatim. Ini
kerana hari tersebut adalah hari kegembiraan buat semua.
Termasuk daripada perbuatan yang menggembirakan
mereka adalah dengan memberi hadiah pada hari tersebut.
Di nusantara terkenal dengan amalan memberi “duit
raya”.
Namun, tidak menjadi kesalahan jika tidak memberi duit
raya dan boleh juga menggantikannya dengan yang lain.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 45 ~ eBook ini Percuma
Rujukan
Kitab al-Adab, Sayyid Muhammad Amin bin Idrus bin
Abdullah bin Umar, bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Ba’alawi
al-Husanini, tahun 2015, terbitan Pustaka Syeikh Abu Bakar
bin Salim, Jawa Timur Indonesia.
Marhaban Ya Ramadhan, Sayyid Muhammad Amin bin Idrus
bin Abdullah bin Umar, bin Syeikh Abu Bakar bin Salim
Ba’alawi al-Husanini, tahun 2015, terbitan Pustaka Syeikh
Abu Bakar bin Salim, Jawa Timur Indonesia.
Al-Azkar, Imam an-Nawawi, tahun 2003, terbitan Dar al-
Hadith, Kaherah, Mesir.
Al-Azkar an-Nawawi, terjemahan Sayyid Ahmad Semait,
tahun 1999, terbitan Pustaka Nasional, Singapura.
Khilafiyyah : Persoalan dan Penjelasan, Muhadir bin Haji Joll,
Tahun 2013, terbitan Inteam Publishing, Kuala Lumpur.
At-Taqrirat as-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, Hasan bin
Ahmad bin Muhammad al-Kaf, Tahun 2003, terbitan Dar al-
Mirath an-Nabawi, Riyadh dan Dar al-I’lm wa ad-Da’wah,
Tarim.
Ghayah al-Muna Syarah Safinah an-Naja (PDF), Muhammad
bin Ali bin Muhammad ba A’thiyyah ad-Dua’ni, tahun 2008,
Pengedar Maktabah Tarim al-Hadithah, Hadramaut, Tarim.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 46 ~ eBook ini Percuma
Al-Mawahib al-Laduniyyah bil Minah al-Muhammadiyyah,
al-Allamah Ahmad bin Muhammad al-Qastalani, tahqiq Soleh
Ahmad asy-Syami, tahun 2004, terbitan al-Maktab al-Islami
Al-Fiqh al-Manhaji, Musthafa al-Khin, Musthafa al-Bugha, Ali
asy-Syarbaji, tahun 2008, terbitan Dar al-Salam, Kaherah.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 47 ~ eBook ini Percuma
Latar belakang Penulis
Nama penuh penulis Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin bin Mohd
Zain. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1986. Membesar di
Teluk Intan, Perak. Kini, menetap di Bandar Baru Bangi.
Ketika ini, penulis sedang berkhidmat di Maktabah al-Ihya, Bandar
Seri Putra dan Markas Dar al-Hasani Bangi.
Pendidikan
Bermula di SK Sultan Abdul Aziz kemudian ke SMK Seri Perak. Kedua-
duanya di Teluk Intan Perak. Seterusnya ke Kolej Ugama Sultan Zainal
Abidin (KUSZA) pada tahun 2004-2007. Pada tahun 2007 ke al-Azhar
Mesir cawangan Zaqaziq dalam bidang Sarjanamuda Bahasa Arab
sehingga tahun 2009. Setelah itu meneruskan pengajian Sarjana
Pengajian Islam di UKM Bangi sehingga tahun 2013.
Pengajian
Sempat mengikuti Pengajian Ulama di Malaysia dan Mesir. Di antara
ulama yang daripada mulut mereka yang mulia, penulis menimba
ilmu :
Al-Arif Billah Murabbina Syeikh Yusof Riq al-Bakhour al-Hasani, al-Arif
Billah Murabbina Syeikh Rahimuddin Nawawi al-Banteni, al-
Muhaddith Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati, al-
Muhaddith Syeikh Usamah Syed al-Azhari, al-Musnid Syeikh
Muhammad Awadh al-Manqush, al-Habib Zein bin Sumait, dll.
Daripada dalam negara antaranya : al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad
Mukhlis al-Azhari, al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, al-Habib
Najmuddin al-Khered, al-Fadhil Ust Muhadir Haji Joll, al-Fadhil Ustaz
Aiman al-Akiti, dan ramai lagi.
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 48 ~ eBook ini Percuma
Sedikit Sumbangan dalam Penulisan
• Terjemahan 40 Hadith berkaitan Susuk Tubuh Nabi SAW
(Terbitan Dunia Luas Enterprise)
• Terjemahan 40 Hadith Akhlak Mulia Rasulullah SAW karya
Syeikh Yusof an-Nabhani (Terbitan Dunia Luas Enterprise)
• Mutiara Berharga pada Menceritakan Sirah Ringkas Insan Yang
Dicinta (Terbitan Dunia Luas Enterprise)
• Lum’atul Lu’lu’ Pada Menceritakan Sunat-Sunat Wudhu’
• Ajarkan Anak Kecil Anda – Doa dan Zikir (eBook)
• Cahaya Yang Menyinari Pada Menyatakan Cara Rasulullah SAW
Mengenakan Cincin Di Jari
• Jangan Ulangi Kesilapan Ini – 19 Kesalahan Dalam Mendidik
Anak. (eBook)
• Jangan Kamu Tinggalkan : Terjemahan “La Tatruk” Pesanan
Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki (Terbitan Dunia Luas
Enterprise)
• 7 Keistimewaan Air Zamzam
• Berhiaslah Apabila Berhadapan Dengan al-Quran
• Persiapan menuju Perkahwinan
• Risalah “Luahan Pengharapan pada sebahagian Doa-doa yang
dianjurkan sepanjang Ramadhan”
• Risalah “Jangan tinggalkan Sahurmu…”
• Risalah “40 Soalan Tentang Puasa dan Ramadhan”
• Terjemahan Matan Safinah as-Solah (terbitan Maktabah al-
Ihya)
• Terjemahan ar-Risalah al-Jami’ah
• Terjemahan Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani (Bab Akidah)
• Terjemahan Matan Zubad (Bab Akidah)
• Terjemahan Matan al-Ajrumiyyah (Nahu)
• Ism Musanna dan Bagaimana Memahaminya (Nahu)
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 49 ~ eBook ini Percuma
DARIPADA MEJA PENULIS
Buat Anda yang telah membaca dan menghargai penulisan “Risalah
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal” ini.
Ribuan Terima kasih diucapkan atas kesudian anda yang telah
membacanya sehingga habis. Saya harap ia bermanfaat buat
anda.
Sekiranya anda menghargai usaha kecil daripada penulis ini
dan berhajat untuk menzahirkan penghargaan atas usaha ini,
saya, sangat suka mencadangkan anda membuat sumbangan
kepada PERTUBUHAN WACANA DAN DAKWAH ISLAM
MALAYSIA (WAHDAH).
Bank : Maybank
No Akaun : 5628 3461 8912
WAHDAH beroperasi di Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor. Di
bawah pengurusan pertubuhan ini ada dua institusi ilmu dan
tarbiah iaitu Maktabah al-Ihya dan Markas Dar al-Hasani
(Bangi).
Kedua-dua institusi ini giat menjalankan aktiviti pengajian
kitab – mingguan dan bulanan – dan sering diziarahi oleh
ulama dalam dan luar negara.
Jika anda menyumbang kepada pertubuhan ini, setiap
sumbangan anda akan dimanfaatkan sama ada untuk
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
~ 50 ~ eBook ini Percuma
pengurusan kos premis, penerbitan kitab, saguhati pengajar,
pengurusan logistic ulama dll.
Untuk maklumat lanjut tentang dua institusi ini, anda boleh
melawat facebook “Maktabah Ihya” dan “Darul Hasani
Selangor”.
Atau hubungi saya sendiri di 011-12208980 atau emel di
kalghari07@gmail.com
Semoga Allah memberkati anda dan memberi rezeki yang
melimpah ruah.
al-faqir ila Rabbihi al-Jalil
Muhammad Hosnee al-Azhari A’malahullahu bi Lutfihi al-Khafiy
Recommended