View
167
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1.0 Gambar Alfred Adler
Rajah 1.1: Gambar Alfred Adler
1
1.0 Latar Belakang Alfred Adler
Alfred Adler dilahirkan pada 7 Febuari 1870 di Vienna. Dia merupakan anak ketiga dalam
keluarganya yang terdiri daripada lima orang lelaki dan dua orang perempuan. Sejak dari kecil dia tidak
pernah berasa bahagia kerana sentiasa sakit dan mengetahui akan kematiannya. Semasa berusia empat
tahun, dia hampir-hampir meninggal kerana disebabkan penyakit Pneumonia. Oleh sebab kejadian itu,
dia berazam untuk menjadi seorang doktor. Selain itu, Alfred selalu sakit sejak kecil dan selalu
dimanjakan oleh ibunya. Selepas itu, ibunya telah melahirkan adiknya dan tumpuan ibunya beralih
kepada adik bongsunya. Sehubungan itu, hubungan Alfred Adler dengan ibunya berubah dan dia lebih
rapat dengan ayahnya. Di usia muda, Alfred telah berjaya menyelesaikan kelemahan dan perasaan
rendah.
Oleh itu, pengalaman tersebut telah menjadi teladan serta merancang perjalanan hidupnya sendiri
dan bukannya ditentukan oleh keadaan. Alfred Adler juga seorang pelajar miskin dan semasa disekolah,
gurunya selalu mengatakan bahawa dia hanya sesuai untuk menjadi seorang pembuat kasut. Dengan
keazaman yang tinggi, dia berusaha dan akhirnya menjadi murid yang terbaik di dalam kelasnya. Dia
meneruskan pengajiannya di Universiti of Vienna dalam bidang perubatan, dan tamat dalam tahun 1895.
Kemudian, beliau menjadi pakar dalam bidang Neurology dan Psychiatry dan dia juga berminat merawat
kanak-kanak yang penyakitnya sukar dirawat. Selain itu, Adler mempunyai minat terhadap perkara-
perkara mengenai reformasi sekolah dan juga cara-cara mendidik kanak-kanak. Dia selalu bercakap dan
menulis dengan menggunakan bahasa mudah supaya mudah difahami oleh orang awam. Alfred Adler
dan Sigmund Freud mempunyai hubungan yang rapat tetapi oleh kerana perbezaan pendapat maka
mereka berpisah pada tahun 1911. Alferd Adler berpendapat bahawa motif seseorang adalah sosial dan
bukan seksual seperti mana menurut pendapat Sigmund Freud. Oleh itu, Adler telah menubuhkan dan
memperkembangkan sekolahnya dan hasil jurnalnya sendiri. Dalam tahun 1921 Adler telah mendirikan
pusat pendidikan kanak-kanak di Vienna.
2
Selepas itu, 30 buah sekolah lagi dibuka. Dalam tahun 1926, Adler pergi ke Amerika syarikat
dan menjadi profesor. Di Columbia Universiti di New york pada tahun 1927. Lima tahun Adler
mengikuti Fakulti Long Island College Of Medicine. Adler telah diberi gelaran nama yang baik kerana
ideanya menubuhkan pusat didikan kanak-kanak. Ini menyebabkan ramai ahli profesional berminat untuk
bertugas dan menyelesaikan masalah klien di pusat-pusat sedemikian. Nama-nama seperti , Kurt Adler,
Oscar Christensen, Raymond Corsini, Don Din Kmeyer, Ray Lowe, Harold Mosak, Bill An Mim Pew,
Bob Power, Manford Sonstegard dan Dreikurs mengenai bidang kerja kanak-kanak, ibu bapa dan guru-
guru di Amerika Syarikat. Walaupun Adler mempunyai jadual yang ketat namun dia masih mengambil
masa untuk menikmati muzik dan juga bersama rakan-rakannya. Dia tidak mendengar nasihat rakannya
supaya berehat. Pada 28 Mei 1937 semasa bersiar-siar sebelum memberi ceramah di Alberden, Scotland.
Kemudian dia pengsan dan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.
2.0 Latar Belakang Pendidikan
3
Semasa berusia empat tahun, Alferd Adler tidak dapat berjalan kerana mengidap penyakit rachis.
Manakala semasa Alferd Adler berusia lima tahun, beliau mengalami satu penyakit yang sangat kornik
iaitu penyakit radang paru-paru. Beliau hampir meninggal dunia akibat penyakit yang telah ditanggung
oleh beliau. Menurut doktor, ada masa itu beliau memang tidak ada harapan untuk sembuh. Di masa
kecilnya ia menderita beberapa penyakit dan hampir meninggal akibat pneumonia serta melalui kematian
adik lelakinya. Pengalaman ini berperanan dalam keputusan awal untuk menjadi seorang doktor.Beliau
belajar di sekolah menengah klasik. . Alfred menderita dari mantra yang hampir fatal pneumonia pada
usia empat dan mengatakan bahawa dia ingin menjadi seorang doktor, ini adalah tujuan yang akan
meneruskan kuliah (Biographical sketsa 2005).
Bagi Alfred Adler untuk membangkitkan keyakinan, beliau memegang prinsip berusaha daripada
tahap bawah iaitu tahap tidak mengenali ataupun memahami apa-apa dan dari satu masa ke semasa beliau
bangkit untuk bangun meneruskan perjuangannya dalam pelajaran. Beliau adalah seorang intelektual dan
sangat aktif dalam bidang sosial yang datangnya dari Rusia untuk belajar di Vienna. Alfred Adler juga
salah seorang mahasiswa yang dikenali ramai. Pada tahun 1895, Alfred adler telah berjaya menamatkan
pelajarannya dan telah mendapat gelaran Sarjana Perubatan. Beliau telah lulus dari Universiti Vienna
Medical dan dikenali msebagai seorang ahli penyakit dalaman. Alfred Adler juga turut mempunyai minat
terhadap khusus dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Walaupun beliau mengetahui bidang pendidikan
ini penting dalam pembangunan psikoterapi.
Dalam pendidikan psikologi ianya adalah salah satu pendidikan yang meluas yang terdiri
daripada beberapa perkara penting yang telah berkembang dalam tempoh masa tersebut. Beliau telah
memilih pendidikan kanak-kanak ini kerana beliau mahu membela dan meringangkan penderitaan yang
dihadapai oleh kanak-kanak yang malang itu. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran dan telah menubuhkan
klinik bimbingan anak di Vienna.Pada 1888, beliau memulakan pengajian di University of Vienna
Medical School. Dia mula berlatih perubatan umum tetapi khusus dalam Oftalmologi. Kebanyakan
4
mahasiswa lebih suka membuat aktiviti di luar bilik agar tidak hanya terkurung terkurung di sekolah. Dia
cukup ramah, popular, dan aktif, dan dikenali atas usahanya bersama abangnya, Sigmund. Beliau
menerima ijazah perubatan dari Universiti Vienna pada tahun 1895.Awal karier Adler, beliau bangkit
dengan semangat untuk membuat pembaharuan sosial. Hal ini kerana baliau sering didedahkan dengan
artikel sosialis di akhbar. Penerbitan profesional pertamanya adalah monograf ubat sosial tentang
kesihatan penjahit.
Beliau memulakan kerjaya sebagai doktor pakar mata, namun ia akan beralih kepada amalan
umum, dan mewujudkan pejabat di kelas yang lebih rendah bahagian dari Vienna, di seberang Prater,
kombinasi taman hiburan dan sarkas. Sirkus kliennya termasuk orang-orang, dan telah dicadangkan
(Furtmuller, 1965) bahawa kekuatan dan kelemahan yang luar biasa daripada pemain menyebabkan
wawasannya kepada organ inferiorities dan pampasan. Beliau sangat bijak dalam menyumbang idea-idea
yang bernas dan berkualiti bagi membantu masyarakat yang bermasalah.Manakala, pada tahun 1989,
beliau telah menulis buku pertamanya yang memfokuskan mengenai pendekatan kemanusiaan dan
mengkaji penyakit daripada sudut pandangan peribadi individu bukan sebagai gejala mahupun dorongan.
Pada tahun 1902 Freud Adler diundang untuk bergabung dengan kumpulan perbincangan kecil, yang
menjadi termasyhur Psychoanalytic Vienna Masyarakat. Adler ahli aktif tapi tidak menganggap dirinya
murid atau murid Freud. Kerjayanya mula berkembang selepas daripada itu.
4.0 Sumbangan Alfred Adler
5
Kerjaya awal Adler bermula dengan semangat untuk pembaharuan sosial yang sering dikeluarkan
oleh akhbar sosialis. Penerbitan profesional pertamanya adalah monografi ubat sosial tentang kesihatan
penjahit. Selepas memasuki kumpulan psikoanalisis Sigmund Freíd, Adler adalah merupakan anggota
pertama yang keluar daripada kumpulan tersebut. Adler pergi untuk membina kelompoknya sendiri,
menerbitkan journalnya sendiri dan malah memilih nama untuk teorinya sendiri. Pada tahun 1911, Adler
telah menubuhkan komuniti untuk psikoanalisis bebas dan pada tahun 1912, organisasi ini kemudiannya
menjadi komniti bagi psikologi individu.
Semasa perang dunia pertama (1914-1918), Adler telah berkhidmat sebagai doktor di kawasan
tentera amerika. Semasa tahun 1920s dia telah memperkenalkan satu sistem psikologi sosial dimana
dipanggil sebagai psikologi individu. Teorinya telah berjaya menarik ramai ahli psikologi untuk
mengikutinya. Adler telah mengemukakan beberapa konsep didalam teori psikologi individunya. Konsep
yang telah dikemukakan oleh Adler ialah konsep minat sosial, perasaan rendah diri, cara hidup, daya
kreatif diri dan urutan kelahiran.
Pada tahun 1921, dia kemudiannya telah mengorganisasikan klinik bimbingan kanak-kanak di
Vienna dan telah membina 32 klinik tersebut di sekolah awam vienna. Pada masa yang dia juga menjadi
pensyarah di Institut Pedagogikal. Dia mungkin merupakan psikitris pertama yang menerapkan kesihatan
mental atau mental hygine di sekolah-sekolah. Bermula pada tahun 1926, Adler banyak menghabiskan
masanya memberi kuliah dan mengajar di United States dan kemudiannya dinaikan pangkat sebagai
professor psikologi perubatan di New York’s Long Island College of Medicine. Pada tahun 1937, Adler
menjadi pensyarah universiti di Aberdeen, Scotland.
Antara buku yang diterbitkan oleh Alfred adler ialah The Neurotic Constitution (1912), The
Practice and Theory of Individual Psychology (1927, repr. 1973), Understanding Human Nature (1927,
6
repr. 1978), What Life Could Mean to You (1931), social Interest: A challenge to mankind(1933) dan
semasa perang dunia pertama(1914-1918), Adler telah menerbitkan artikel yang bertajuk “violence and
non-violence: A handbook of active percifism”. Adler telah menerbitkan lebih daripada 300 buku dan
artikel sepanjang hidupnya.
7
5.0 Kejayaan dan Anugerah Alfred Adler
Terdapat beberapa kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh ahli psikoanalisis ini sepanjang
kehidupan beliau, antaranya ialah :
Sebagai seorang Psikoanalisis Sosial Yang Pertama.
Teori beliau banyak membantu dalam penyelidikan.
1898 – penulisan pertama tentang pembentukan prinsip pemikiran baru dalam suasana sekolah-
sekolah .
1902 – menyertai kumpulan Sigmund Freud tetapi keluar setelah beberapa tahun kerana
bercanggah pendapat .
1907 – beliau menulis tentang organ inferioriti dan kelebihannya
1912 – beliau menerbitkan buku “ The Neurotic Character” untuk memperkembangankan konsep
utama yang terdapat dalam teori psikologi individu.
1914 – Beliau bekerjasama bersama Carl Furtmuller membuat Journal Of Individual Psychology.
1927 – Beliau menerbitkan buku “ Understanding Human Nature ” dan “ Practice & Theory of
Individual Psychology” .
1931 - Beliau menulis buku mengenai “ What Life Should Mean To You”.
1934 – beliau berhijrah ke Amerika Syarikat kerana mendapat tawaran mengajar sebagai
Professor Perubatan Psikologi di Long Island College Of Medicine.
8
6.0 Kesimpulan
Secara kesluruhannya boleh dikatakan bahawa Alfred Adler pada awalnya hanya merupakan
seorang pelajar miskin yang pernah dikeji oleh gurunya sendiri, seorang kanak-kanak yang sering sakit
dan mengetahui kematiannya telah bangkit dengan penuh keazaman menggunakan semua pengalaman
yang diperoleh untuk mencapai impiannya. Hasratnya untuk mnjdi seorang doktor tercapai apabila beliau
menamatkan pengajian di “University Of Vienna” dalam bidang perubatan. Beliau memulakan kerjaya
sebagai doktor pakar mata dan pada tahun 1989, beliau telah menulis buku pertamanya yang
memfokuskan mengenai pendekatan kemanusiaan dan mengkaji penyakit daripada sudut pandangan
peribadi individu bukan sebagai gejala mahupun dorongan.
Alfred telah berjaya membuat jurnal dan teorinya sendiri dan Semasa perang dunia pertama,
Adler telah berkhidmat sebagai doktor di kawasan tentera amerika. Antara teorinya yang mendapat
perhatian adalah sistem psikologi sosial yang dipanggil psikologi individu, beberapa konsep dikemukakan
menerusi teori ini seperti konsep minat sosial, perasaan rendah diri dan urutan kelahiran. Beliau
meneruska rentak dengan menjadi pensyarah di Institut Pedagogikal dan Universiti di Aberdeen, Scotlan
serta merupakan psikitris pertama menerapkan tentang kesihatan mental.
Alfred Adler juga banyak menerbitkan buku-buku yang berunsurkan psikologi antaranya adalah
seperti The Neurotic Constitution (1912), dan The Practice and Theory of Individual Psychology (1927,
repr. 1973). Beliau telah menerbitkan lebih dari 300 buah buku sepanjang hidupnya. Hasil daripada
kejayaan dan kemasyhuran yang ditempanya, beliau telah menerima beberapa anugerah yang
membanggakan iaitu antaranya beliau telah diiktiraf sebagai psikoanalisis sosial yang pertama, pada
tahun 1907 beliau menulis tentang organ inferioriti dan kelebihannya serta beberapa kejayaan yang lain.
Beliau mati akibat serangan sakit jantung, namun teori-teori yang beliau kemukakan masih digunakan
sehingga kini. Beliau juga telah meletakkan dirinya sebagai antara nama besar yang berjaya dalam
bidang psikologi.
9
Rujukan
Wayne Viney, D.Brett King (1993). A history of psychology: Ideas and context (3rd
ed). Pearson education,inc. United States Of America.
Duane P.Schultz, Sydney Ellen Schultz (2004). A history of modern psychology (9th
ed). Thomson Wadsworth. United States Of America.
Corey, G. (2005). Theory and practice of counseling and psychoteraphy (7th ed).
Pacific Grove: Brooks/Cole
http://webspace.ship.edu/cgboer/adler.html
http://nndb.net/people/256/000097962/
http://www.alfredadler.org/
http://mythosandlogos.com/Adler.html
http://www.freudfile.org/adler.html
http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Alfred_Adler
http://www.google.com/search?q=alfred+adler&hl=en&client=opera&rls=en&hs=he6&tbs=tl:1&tbo=u&ei=Kt5YS5CtCMGLkAWRxuzvBA&sa=X&oi=timeline_result&ct=title&resnum=14&ved=0CDIQ5wIwDQ
http://psychology.wikia.com/wiki/Alfred_Adler
http://www.google.com/search?q=alfred+adler&hl=en&client=opera&rls=en&sa=X&tbo=p&tbs=tl:1,tl_num:100&ei=euNYS-nKK5WXkQXNxOniBA&oi=timeline_navigation_bar&ct=timeline-navbar&cd=3&ved=0CDcQywEoBA
www.alfred adler.edu/students/job posting.htm
www.e-psikologi.com /epsi/tokoh-detail.asp
Http://theamzingwor/dofpsychiatry.wordpress.com/2009/10/22/book-review-alfred-adler-on-the-education-of-children/.
10
Recommended