View
226
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
KERTAS KERJA
PROGRAM MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN &
KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K 2014)
TARIKH
19 – 24 OKTOBER 2014
TEMPAT
KAMPUNG SRE DAR,
DAERAH SAMAKI MEANCHEY,
WILAYAH KAMPUNG CHNANG,
KEMBOJA
ANJURAN
PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN,
PUSAT PENGAJIAN SAINS DIAGNOSTIK
& KESIHATAN GUNAAN,
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Falsafah, Wawasan, Misi, dan
Matlamat UKM
Falsafah
Paduan antara IMAN kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori
dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti.
Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului
langkah masyarakat dan zamannya bagi merintis pembentukan masyarakat dinamis, berilmu, dan
berakhlak mulia.
Misi
Menjadi universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu
beracuan budaya kebangsaan.
Matlamat
Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang :
Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Membangunkan masyarakat dinamis dan berakhlak mulia
Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat
Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
KERTAS KERJA
MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN &
KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K 2014)
Anjuran:
Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik &
Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM
1.0 PENDAHULUAN
Negara Kemboja terletak bersempadankan Thailand dan Laos. Ibu negara bagi Kemboja adalah
Phnom Penh manakala agama majoriti yang dianuti adalah Buddha dan seterusnya agama Islam
(Cham) dan animisme bagi sesetengah penduduk peribumi. Kemboja sangat unik dengan
kepelbagaian budaya dan tempat bersejarahnya yang mana sehingga kini masih kekal utuh dan
menjadi tarikan utama pelancongan.
Sejarah Kemboja menjadi tumpuan umum bermula daripada pemerintahan Khmer Rouge,
iaitu organisasi komunis yang memerintah Kemboja dari tahun 1975-1979 (hanya 4 tahun,
namun kesannya sangat besar). Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar adalah Pemerintah
Khmer Rouge merangkap Perdana Menteri ketika itu. Regim ini dikenali sebagai regim paling
kejam pada abad ke 20 kerana dianggarkan kematian masyarakat Kemboja di bawah
pemerintahan mereka ialah 3 juta. Mereka telah menghapuskan golongan agama dan
cendiakawan, melakukan penempatan semula dengan menempatkan penduduk Kemboja di
kawasan luar bandar bagi menjadikan Kemboja negara Komunis. Pelbagai keganasan telah
dilakukan oleh regim ini antaranya hukuman mati bagi pemberontak, pembunuhan bayi secara
kejam, kerja paksa, kelaparan dan banyak lagi seksaan kejam yang dilakukan terhadap para
penduduk Kemboja tanpa ada belas kasihan dan perikemanusiaan. Bandar Phnom Penh
dikosongkan selama 3 bulan kerana seluruh penduduknya dihalau keluar secara paksa.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Pada asalnya terdapat 400 000 penduduk Islam di Kemboja, namun berkurangan
sehingga 350 000 pada tahun 1975 akibat terkorban ketika pemberontakan Khmer Rouge.
Sebahagian yang terselamat sempat berhijrah ke sempadan dan tidak kembali lagi. Kesemua
aktiviti keagamaan adalah dilarang, malah pelaksanaan haji juga telah diberhentikan dari 1975-
1979. Kitab agama dan semua yang berkaitan agama adalah dilarang. Masyarakat tidak
mempunyai tempat bergantung kerana semua ahli agama dan intelektual dibunuh tanpa sebarang
kesalahan.
Pemerintahan Khmer Rouge tamat pada tahun 1979, dan pilihan raya umum pertama
diadakan pada tahun 1993 di mana rakyat kembali mendapat kebebasan termasuk masyarakat
Islam di sana. Masyarakat Islam juga telah diberi peluang untuk membangunkan Kemboja dan
pada tahun 1997, tiga orang ahli parlimen dari kalangan umat Islam telah dilantik dan terdapat
lebih dari 200 buah masjid di Kemboja. Penduduk Islam paling ramai di negara ini adalah di
kalangan Melayu Champa atau Cham, iaitu sekitar ke 95%. Kampung yang majoriti penduduk
Islamnya ialah seperti Kampung Cheram Chemerai dan Kampung Pok Bahau berhampiran
dengan bandar Phnom Penh, Kampung Pok Serah, Pok „An dan Pok Cerah.
Kehidupan masyarakat di Kemboja diiktiraf diseluruh dunia sebagai sebuah masyarakat
yang mundur dan sangat daif. Sehubungan dengan itu, Kemboja menjadi pilihan banyak institusi
pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan dan pelbagai agensi lain di Malaysia untuk
mengadakan misi kemanusiaan lantaran kehidupan rakyat Kemboja yang masih mundur dan
umat Islamnya tidak terbela dan pegangan agamanya yang kurang baik.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
2.0 PENGENALAN PROGRAM MISI JARINGAN KEMANUSIAAN, KESIHATAN
& KEMASYARAKATAN KEMBOJA 2014 (J3K)
Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014 (J3K 2014) ke
Kemboja merupakan program yang bakal dianjurkan oleh Program Sains Bioperubatan, Pusat
Pengajian Sains Kesihatan dan Diagnostik Gunaan (PPSDKG). Fakulti Sains Kesihatan (FSK),
UKM. Misi ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Kebudayaan dan Agama Kemboja
dan Persatuan Perubatan Islam Kemboja (IMAC) melalui Timbalan Menterinya yang juga selaku
Presiden IMAC, iaitu Dr Sos Mousine.
Program ini akan melibatkan komponen kemanusiaan, kesihatan dan kemasyarakatan.
Sejajar dengan Fakulti yang berteraskan kesihatan, Program Sains Bioperubatan terpanggil untuk
menganjurkan misi murni ini buat julung kalinya dalam usaha memberi bantuan kemanusiaan
dan kesihatan kepada masyarakat di Kemboja. Selain itu, lawatan ke Fakulti Perubatan,
Universiti Phnom Penh juga akan diatur sebagai salah satu program pengantarabangsaan bagi
Program Sains Bioperubatan.
Misi ini akan melibatkan bantuan perubatan dan kesihatan primari seperti pemberian
vitamin, ubat cacing dan kutu, serta sumbangan kepada anak yatim dan keluarga miskin di
Daerah Kg. Tralarch, Wilayah Kg. Chnang. Sebuah madrasah juga akan dibina di kampong
tersebut dan pembiayaannya ditaja oleh penyumbang yang bermurah hati. Bantuan kemanusiaan
lain adalah sumbangan pam air di mana bilangan dan kosnya ditanggung oleh individu atau
kumpulan yang ingin turut menyumbang. Untuk melancarkan program ini, beberapa aktiviti
untuk mengumpul dana serta kutipan derma akan dijalankan untuk pembiayaan pam air dan
untuk disumbangkan kepada anak yatim, kanak-kanak miskin dan keluarga miskin di Kemboja.
Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, namun, dengan sumbangan yang tidak
seberapa itu diharapkan dapat meringankan beban mereka.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Bioperubatan yang berminat untuk
menjalankan aktiviti kesukarelawanan seperti ini. Program kesukarelawanan seperti ini adalah
amat berguna kepada para pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari mereka dalam
bidang bioperubatan dalam kehidupan yang sebenar. Program seperti ini mampu mengasah
kemahiran para pelajar dalam berkomunikasi dengan komuniti yang berlainan bangsa, bahasa
dan budaya. Hal ini dapat menyiapkan pelajar untuk bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang
memerlukan mereka berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sehubungan itu, program ini
diharapkan dapat menjadi platform yang sangat baik untuk mengasah kemahiran para pelajar.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar
program Sains Bioperubatan untuk melihat sendiri kedaifan masyarakat di Kemboja dan
membuat perbandingan dengan kehidupan yang dimiliki di Malaysia. Diharapkan dengan
menyertai program ini, para pelajar akan lebih menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang
dimiliki oleh mereka sebagai seorang warganegara Malaysia yang aman damai ini. Tambahan
lagi, program ini diharapkan dapat membuka minda para pelajar agar mempunyai ilmu tambahan
tentang dunia luar dan membuat refleksi diri untuk mengembangkan potensi pelajar itu sendiri.
3.0 MATLAMAT
Menjadi sebuah program yang cemerlang, berwawasan dan dinamik :
Menghasilkan graduan yang menguasai lima kemahiran (5K)
Keimanan, Keilmuan, Kepimpinan, Kemasyarakatan & Keusahawanan
Mempromosikan program Sains Bioperubatan yang ditawarkan FSK, UKM
Meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
4.0 OBJEKTIF
i. Untuk memberi sumbangan kemanusiaan antaranya khidmat masyarakat, sumbangan
pam air untuk menyalurkan air bersih serta khidmat nasihat kesihatan.
ii. Untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai misi kemanusiaan
iii. Untuk memupuk nilai kemanusiaan dalam diri kakitangan dan pelajar FSK.
iv. Untuk memperkasakan program pengantarabangsaan Program Sains Bioperubatan,
FSK.
v. Untuk mempelajari sejarah Kemboja yang mempunyai susur galur Tanah Melayu
bagi meningkatkan rasa kecintaan pada negara Malaysia.
5.0 TEMA
MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA
6.0 ANJURAN
Anjuran Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik &
Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM di bawah seliaan Unit
Perkembangan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
7.0 NAMA PROJEK
Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014 (J3K 2014 )
8.0 TEMPAT
Kampung Sre Dar, Daerah Samaki Meanchey , Wilayah Kampung Chnang, Kemboja
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
9.0 TARIKH
19 – 24 Oktober 2014
10.0 PENYERTAAN
- Kakitangan Program Sains Bioperubatan (di beri keutamaan).
- Pelajar Program Sains Bioperubatan
- Kakitangan dan pelajar dari program/ pusat lain di Fakulti Sains Kesihatan
- Kakitangan dari fakulti lain/orang awam juga dialu-alukan.
11.0 PUBLISITI
Program ini akan diiklankan melalui media masa, akhbar tempatan, Facebook, poster,
bena, dan skrin besar UKM.
12.0 PERANCANGAN PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan berkonsepkan 3 dalam 1 di mana, disamping misi kemanusiaan,
kesihatan dan kemasyarakatan program juga akan mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan,
Universiti Phnom Penh dan lawatan tempat-tempat bersejarah di Phnom Penh dan Siem Reap.
Bagi program misi kemanusiaan, kakitangan/individu yang berminat untuk mewakafkan
pam air boleh dilakukan secara individu ataupun berkongsi dengan kakitangan/individu lain
(bilangan tidak dihadkan). Sebuah madrasah akan dibina di Kampong Sre Sar, Daerah Samaki
Meanchey, Wilayah Kampong Chhang yang berharga US$15,900.00. Pembiayaan madrasah ini
adalah hasil sumbangan beberapa individu. Pihak program juga akan memohon sumbangan
kewangan/barangan keperluan asas daripada individu/agensi-agensi ataupun kilang-kilang.
Sumbangan ikhlas daripada kakitangan fakulti amat dialu-alukan.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran 1
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 2
15.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 3
16.0 PERKARA AM
Alamat surat menyurat MISI J3K 2014 :
Urusetia Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan 2014,
Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
E-mail: zackrashid.zr@gmail.com
U/P : Abdul Razak bin Abdul Rashid
( Pengarah Misi J3K 2014 )
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Tel: 0138667808
17.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian pembukaan :
1 ) Dr Nihayah Mohamad
(Pensyarah,Fakulti Sains Kesihatan, UKM)
2) Prof Madya Dr Siti Balkis Budin
(Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM)
Perasmian penutupan :
1 ) Dr Nihayah Mohamad
(Pensyarah,Fakulti Sains Kesihatan, UKM)
2) Prof Madya Dr Siti Balkis Budin
(Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM)
18.0 PENUTUP
Program Program Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan 2014 ini adalah
program yang dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat serta mahasiswa itu sendiri.
Penglibatan semua pihak amat diperlukan agar program yang dianjurkan oleh mahasiswa ini
akan mencapai kejayaan dan seterusnya menaikkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini diharap dapat membantu mahasiswa FSK mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan
menyediakan diri apabila bergelar graduan nanti. Justeru, kami amat berharap mendapat
kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat menjalankan segala perancangan
yang diatur dengan lebih lancar. Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh;
………………………………….
SITI NURFARHANAH BT ZAHARI
Setiausaha I
Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014
Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melalui :
………………………….
ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID
Pengarah,
Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014
Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Disahkan Oleh,
………………………….
DR NIHAYAH MOHAMAD
Pengerusi,
Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014
Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diluluskan Oleh,
...........................................
(PROF. DR. SITI ZAMRATOL-MAI SARAH MUKARI)
Dekan,
Penasihat ,
Misi Jaringan Kemanusiaan, Kesihatan & Kemasyarakatan Kemboja 2014,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
LAMPIRAN 1
STRUKTUR ORGANISASI MISI J3K 2014
Penaung
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Dr Nihayah Mohamad
Pensyarah,
Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Penyelaras
Prof Madya Dr Siti Balkis Budin
Ketua Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Penasihat
Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari
Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Penasihat II
Encik Mohamed Termizi Othman
Ketua Penolong Pendaftar FSK
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
MT & EXCO MISI J3K 2014
Pengarah
ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID
A136664
0138667808
Timbalan Pengarah I
HANOOR SYAHIRAH BT ZAHARI
A140851
0139159359
Timbalan Pengarah II
BALQIS BT MAT RASHID
A140756
0122775186
Timbalan Pengarah III
WAN ZAFIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
A140825
0172602047
Setiausaha I
SITI NURFARHANAH BINTI ZAHARI
A140868
01119442598
Setiausaha II
WARDAH HANNANI BINTI AHMAD NOH
A140069
0173494266
Bendahari I
ANITH ZAWANI BINTI ANNUAR
A140093
0148339306
Bendahari II
ZURAINI BINTI ZULKEPLI
A144496
0134221881
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
PENGARAH SEKRETARIAT
PROGRAM I : SITI NURFARAHIM BINTI MUHAMAD A139558
PROGRAM II : FATEN NADIA BINTI MISNAN A140801
PUBLISITI I : NUR SAKINAH BINTI MD SOM A140805
PUBLISITI II : NURUL WAZNAH ANIS A139918
PUBLISITI III : FATIN NORHAFIZAH BINTI FAZIL A139720
JAMUAN & CENDERAMATA I : NADIRAH BT ZAINAL ABIDIN A138613
JAMUAN & CENDERAMATA II : NUR AMIRA BINTI MOHD SHAMSUDDIN A139793
TEKNIKAL I : SHAFIZI BIN IDRIS A141916
TEKNIKAL II : MOHD ADLI BIN A.RANI A141475
TEKNIKAL III : MUHAMMAD TAUFIQ BIN NORIZAN A140777
LOGISTIK I : NUR LIYANA BINTI ROSLEE A140786
LOGISTIK II : NUR SHAKILA BINTI GEAIN A140373
TUGAS-TUGAS KHAS I : SITI HAJAR BINTI ABDULLAH A140557
TUGAS-TUGAS KHAS II : NUR SHAZLINA BINTI SAIDARI A140617
TUGAS-TUGAS KHAS III : NOR JANNA BINTI YAHYA A144507
TUGAS-TUGAS KHAS IV : NUR SYAKIRAH BNTI MOHD SHAHRANI A144509
MULTIMEDIA I : FATIN RIDZUANA BINTI ABD RAHMAN A140466
MULTIMEDIA II : FAUZAN ADZIMA BT MOHD NASIR A140685
MULTIMEDIA III : NUR ATIKAH BINTI ALI A144518
MULTIMEDIA IV : ESTHER MATHIAS AJIK A144461
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM MISI J3K 2014
TARIKH : 19 – 24 OKTOBER 2014
LOKASI : Kampong Sre Sar, Daerah Samaki Meanchey,
WILAYAH KG. CHNNANG
TEMPOH : 6 HARI 5 MALAM
HARI PERTAMA
MASA AKTIVITI
10:45pagi
(Waktu tempatan)
Tiba di Phnom Penh
12:00 tengahari Makan tengahari di Café Malaya
2:00 petang CHECK-IN HOTEL
- Persediaan Misi Kemanusian
- Pembungkusan barangan yang akan didermakan kepada
penduduk kampong
- Simulasi klinikal
6:30 petang Makan malam di Warung Bali / D‟Nyonya
7.30 malam - Latihan dan persediaan terakhir program ke Universiti
(persembahan kebudayaan)
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
HARI KEDUA
MASA AKTIVITI
6.30 pagi Sarapan
8.00 pagi - Lawatan ke Fakulti Perubatan, Universiti Phnom Penh
- Perbincangan P&P dengan Pentadbir Fakulti
- Pelajar FSK akan bersama dengan pelajar Fak
- Perubatan Phnom Penh melawat sekitar Fakulti
- dan Kampus
- Persembahan kebudayaan oleh pelajar daripada kedua-
dua Universiti
11.00 pagi Bertolak untuk lawatan ke tempat bersejarah
- KILLING FIELD
- Muzium Toul Sleng Genocide
- Makan tengahari di Café Malaya
2:00 petang - Lawatan Ke Rumah Anak Yatim untuk memberikan
sumbangan
- Pek selipar
- Pek makanan
- Sukaneka bersama anak yatim
6:00 petang - Ke Jeti Tasik Tonle Sap untuk menaiki bot dan makan malam
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
HARI KETIGA
MASA AKTIVITI
5:00 pagi Bertolak ke Kampong Sre Sar, Daerah Samaki Meanchey
7:00 pagi Tiba di rumah Ustaz Hacim untuk sarapan pagi
8:15 pagi Bertolak ke lokasi bagi memulakan Misi Kemanusiaan
- Perasmian Madrasah “UKM” dan pam air (wakaf/derma
dari beberapa individu)
- Pemeriksaan kesihatan
- Demonstrasi dan penggunaan ubat kutu
dan ubat cacing
- Pemberian vitamin
- Sukaneka
- Penyampaian sumbangan kepada penduduk kampong
- Pek makanan untuk keluarga miskin
- Pek „lady hygiene” untuk wanita
- Pek selipar untuk kanak-kanak
- Pek makanan untuk anak-anak yatim
7:30 malam Balik ke hotel dan rehat
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
HARI KEEMPAT
MASA AKTIVITI
6:30 pagi Sarapan
7:30 pagi Bertolak ke SIEM REAP
1:00 tengahari Tiba di SIEM REAP dan makan tengahari
2:00 petang Lawatan ke KAMPONG ATAS AIR
- Memberi sumbangan keperluan asas kepada penduduk
kampong
6:30 petang Mendaki BAKENG HILL untuk melihat matahari terbenam
Makan malam & Daftar masuk hotel
HARI KELIMA
MASA AKTIVITI
6:30 pagi Sarapan
7:30 pagi Lawatan ke ANGKOR WAT
1:00 tengahari Makan tengahari
2:00 petang Lawatan ke CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE
6:30 petang Makan malam
HARI KEENAM
MASA AKTIVITI
6:30 pagi Sarapan
7:30 pagi Bertolak ke lapangan terbang & pulang ke MALAYSIA
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Anggaran Kos
1 Pakej 6 hari 5 malam untuk 20 orang
Kos termasuk penginapan (twin sharing, tiket
penerbangan, makan dan lawatan)
RM 1,800 x 50 orang =
RM 90,000.00
SUMBANGAN
2 Pam air ( amat diperlukan) RM 700 x 10 buah =
RM 7,000.00
3 Pek makanan kepada penduduk miskin (5kg beras,
2 kg gula, 2 tin susu, 2 tin sardine, 5 mee segera
dan roti)
RM 35 x 400 pek =
RM14,000.00
5 Pek makanan kepada kanak-kanak miskin (roti,
susu, biskut dan sepasang selipar)
RM 8 x 200 pek =
RM 1,600.00
6 Pek makanan kepada anak-anak yatim (roti, susu,
biskut dan sepasang selipar)
RM 8 x 200 pek =
RM 1,600.00
7 Pek wanita (Pakaian dalam wanita) RM 10 x 250 =
RM2,500.00
8 Pek Bersih Diri yang mengandungi ubat kutu dan
ubat cacing (kanak-kanak kampung dan anak
yatim)
RM 5 x 400 = RM 2,000.00
9 Jamuan bagi penduduk kampung (lembu dan
barang masakan untuk 400 penduduk)
RM 2,500
Kem aktiviti kanak-kanak RM 1,000
10 Aqiqah
Kambing = RM 580 seekor
Lembu = RM 1,500 seekor
11 Lain – lain sumbangan
Sejadah
Telekung
Quran
Jubah
Baju
JUMLAH RM120,200.00
MISI J3K 2014
“MAHASISWA PRIHATIN, MASYARAKAT TERPELIHARA, ASPIRASI NEGARA”
Recommended