View
2.621
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
MODUL KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA (MBM) 201345 JAM
Citation preview
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
PRO FORMA
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOMSAS
1 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAMDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Kredit Topik 1. Tatabahasa Bahasa Melayu
Jam Interaksi 10 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran:
i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya bukan kreatif dan karya kreatif;
iii. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang pemikiran dan kritikan dalam Kesusasteraan Melayu yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah;
iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
2 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
.
Tajuk Kandungan Jam
Tatabahasa Bahasa Melayu
Sistem Bahasa BM 11
PENILAIAN
RUJUKAN
BACAAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota :
Rujuk Mohamad Musip
4 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUTDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas
Kredit Topik 2. Estetika Bahasa Dalam Sastera Komsas
Jam Interaksi 5 ½ jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran: i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu
terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
i. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif;
ii. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran dan kritikan dalam Kesusasteraan Melayu untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif;
iii. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan sastera untuk dilaksanakan di sekolah; dan
iv. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik Estetika Bahasa dalam Karya Sastera Komsas . Topik-topik yang terkandung dalam topik ini adalah Estetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM / KSSR dengan sub topik Bidang Estetik (KBSM) dan Didik Hibur/ Seni Bahasa (KSSR),Gaya bahasa dan laras bahasa, Bahasa Puitis/ Penulisan Kreatif serta Peribahasa dalam karya sastera Komsas.
5 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tajuk Kandungan Jam
Estetika Bahasa Karya Sastera Komsas
Estetika dalam Kurikulum (SP) B.Melayu KBSM / KSSR;
o Bidang Estetik (KBSM)o Didik Hibur/ Seni Bahasa (KSSR)o Gaya bahasa dan laras bahasa
Bahasa Puitis/ Penulisan Kreatif Peribahasa
3
2 ½
Jumlah 5 ½ jam
Tajuk Kandungan Jam
PENILAIAN
RUJUKAN
BACAAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
6 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tajuk Kandungan Jam
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota :
ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM
BAHASA MELAYU (SM / SR)
Memahami Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SM/ SR)
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh
semua rakyat dalam satu wawasan.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa
secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada
7 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran
berfikir.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang
penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang
Estetik.
Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat
memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta
penghayatan terhadap bahan sastera.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai
gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai
sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid.
8 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan
urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah
menengah murid dapat:
i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,
dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai
sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan
maklumat;
iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam
bentuk lisan dan tulisan;
iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada
pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara
kreatif dan berkesan; dan
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
9 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaian
dengan bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa
berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami
bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk
Hasil Pembelajaran.
Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkan
dengan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemen
Pengisian Kurikulum.
Pernyataan Hasil Pembelajaran adalah dalam bentuk
fungsian yang mencerminkan amalan harian dalam kehidupan sebenar
masyarakat Malaysia.
Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Penggunaan
Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah.
Penggunaan Bahasa
Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal,
Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang terdapat Hasil
Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai
oleh murid.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehan
murid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan serta
perhubungan dengan orang lain.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat
merujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan
maklumat serta ilmu.
10 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik merujuk
kepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea serta
perasaan secara kreatif.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar
dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara
lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan
perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
11 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
ilmu dan imaginatif.
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang
jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid.
Oleh itu, hasil pembelajaran
memerlukan pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran murid.
Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,
kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selain
itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan
penilaian pencapaian murid.
Terdapat dua hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu,
iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil
Pembelajaran Utama dapat dicapai dengan menguasai Hasil Pembelajaran
Khusus.
Sistem Bahasa
Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan,
serta sebutan dan intonasi. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan
mengamalkan bahasa Melayu baku.
Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan
perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek pengetahuan,
12 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran
berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat
diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan
nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan
matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.
Hasil Pembelajaran Bidang Estetik
Bidang Estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek
kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa.
Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah,
pelahiran
perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan.
Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai
oleh murid dalam Bidang Estetik ialah memahami, menguasai, dan
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang
karya sastera (ESTETIKA STRUKTURAL TEKS)
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara
keseluruhan.
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.
10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran,
nilai, dan pengajaran.
10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi
dalam puisi.
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan
perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut
13 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
pandangan.
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya
penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA BAHASA TEKS)
11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan
sastera serta menggunakannya dalam penulisan
bukan kreatif.
11.2 Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam
karya sastera serta menggunakannya dalam
penulisan kreatif.
11.3 Membandingkan penggunaan laras bahasa dalam
pelbagai genre.
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (ESTETIKA
PENGHASILAN / PERSEMBAHAN TEKS)
12.1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib,
dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat,
indah, dan menarik.
12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina
kerangka penulisan.
12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina
perenggan yang kohesif.
12.4 Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana
untuk menghasilkan perenggan yang koheren.
12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah.
12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah
dihasilkan.
Nota:
Senarai karya komponen kesusasteraan Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5 adalah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000
bertarikh 23 Februari 2000. Senarai karya mungkin akan bertukar dari masa ke
14 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
masa.
ESTETIKA BAHASA DALAM KURIKULUM SR (KBSR/ KSSR)
o DIDIK HIBUR –rujuk power point
o SENI BERBAHASA- rujuk power point
o PENGGUNAAN BAHAN SASTERA- rujuk SP KBSR (SR)
ESTETIKA GAYA BAHASA/ UNSUR BAHASA DAN LARAS BAHASA
DALAM TEKS KOMSAS (Rujuk Modul Komsas/ Apresiasi Puisi)
ESTETIKA BAHASA DALAM UNGKAPAN PUITIS/ PENGHASILAN
KARYA KREATIF (rujuk puisi/ cerpen terpilih / cipta puisi)
5.0 PERIBAHASA
Peribahasa merangkumi ;
simpulan bahasa,
perumpamaan,
pepatah,
bidalan,
perbilangan, dan
kata hikmat
yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan;
falsafah,
keperibadian dan
nilai murni
masyarakat Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
15 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
ESTETIKA PUISI : MENGENALI ASPEK DASAR PUISI
Untuk menghayati sesebuah karya puisi, sama ada puisi tradisional atau puisi moden, kita haru memahami beberapa istilah yang menjadi dasar kepada penghasilan sesebuah puisi itu. Isitilah tersebut termasuklah:
(i) Medan Makna(ii) Medan Kata(iii) Medan Rasa
(i) Medan Makna (Estetika Isi)
Medan makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi. Medan makna dapat diperincikan seperti yang berikut:
(a) Maksud (isi) : Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.(b) Tema : Inti atau isi pokok (persoalan pokok) yang hendak disampaikan oleh
penyair.(c) Peroalan: Isi-isi sampingan yang membentuk inti atau isi pokok.(d) Perutusan / amanat / pengajaran / mesej: Gagasan nilai dalam idea puisi.(e) Sikap dan perasan: penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan
kesan emosi dan pemikiran penyair sewaktu menghasilkan puisi.(f) Unsur nilai murni: Memahami nilai dan norma kehidupan untuk dteladani
dan digunakan secara bijaksana.(g) Sejarah genre: Memahami latar belakang perkembangan puisi.(h) Biodata penyair: Pengetahuan tentang penyair, sejarah hidup, pengalaman,
sumbangan dan himpunan karya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat terhdap sastera.
(i) Penghasilan karya: Menghasilkan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.
(ii) Medan Kata (Estetika Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuah puisi. Ruang lingkup medan kata adalah seperti yang berikut:
(a) Diksi : Pemilihan dan penggunaan kata khusus secara puitis yang ditulis secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai daripada aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan.
16 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Contohnya: berkerlipan bintang kejora(b) Imej / citra alam: Gambaran atau tiruan bentuk atau objek alam yang
tergambar dalam fikiran, dicipta atau digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan kesan rasa dan makna.
Contoh: bulan, laut, bunga mawar, selasih, rama-rama, undan
(c) Kiasan: Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan atau membandingkan sifanya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa bandingan.
Contoh: pahit bagai hempedu; tinggi menggunung
(d) Rima: Persamaan gugus kata daripada segi vokal atau konsonan yang timbul pada awal, tengah, dan hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali rima dalaman.
Contoh: sekuntum bunga biru
Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada hujung baris puisi dikenal sebagai rima luaran.
Contoh:Sekuntum bunga biruYang luruh di penjuru ituAdalah seorang akuYang merinduimu
(e) Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Kelam menyelubugi malam
(f) Asonansi: Pengulangi bunyi vokal dalam baris. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Melangkah gadis menahan denyutan
(g) Rentak: Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi dan memberikan kesan perasaan terhadap suara pembaca.
17 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(h) Jeda: Titik perhentian seketika, perlaihan atas nafas sewaktu melafazkan puisi, berguna untuk menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata; ditandai dengan (,) atau (;).
Contoh:Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa si ranting pauh;Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan terkenang orang yang jauh.
(i) Simili: Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung, menggunakan perkataan bandingan. Contoh:
Berburu ke padang datar,Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
(j) Metafora: Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara kedua-duanya terdapat kesamaan tanpa menggunakan kata bandingan.
Contoh: lautan kasih, gunung harapan, api kemarahan
(k) Personifikasi: Bandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda, objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.
Contoh:- Bulan tersenyum rawan- Damai melambai senja- Beburung bersiul girang
(l) Hiperbola: Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan, digunakan bagi menguatkan makna.
Contoh: - perahu lilin layar kertas- menyeberangi lautan api- menggapai gunung nan tinggi-
18 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(m) Sinkof: Singkatan kata untuk mempercepat rentak bahasa atau merendahkan perasaan / emosi. Contoh: ku, mu, tak, dah
(n) Inversi: Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap sesuatu.
Contoh:
Akan kupintal buih-buih, Menjadi tali mengikatmuAkan kuanyam gelombang-gelombang,Menjadi hamparan ranjang tidurmu.
(o) Anafora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada awal baris dalam dua baris atau lebih. Contoh:
Aku cinta padamu lautAku sayang padamu camarAku rindu padamu kedamaian
(p) Epifora: Ulangan perkataan atau frasa yang sama pada akhir baris bagi dua baris atau lebih. Contoh:
Sekuntun bunga biruSehampar laut biru
(q) Imejan: Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan penyair. Contoh:
Segar angin lautMengembalikan rindunya pada kolekBagi buih kecil
(angin, laut, kolek, buih kecil – imej kepada kehidupan nelayan yang miskin)
(r) Nada: Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya, mungkin bercorak romantis, melakolis, patriotis, sinis, dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan yang Hilang (Kerusi halaman 15) bernada sedih dan melankolis.
(iii) Medan Rasa (Estetika Bentuk)
19 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
(a) Bentuk (form): susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skima rima dan pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).
(b) Struktur / binaan (structure): susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud pantun, perkaitan antara anak kalimat dan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.
(c) Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skima rima): ciri dan sifat yang menentukan keharmonian pengucapan kata atau bahasa puisi.
(d) Ciri dan sifat: Aspek-aspek khusus yang menjelaskan puisi-puisi berlainan. Biasanya dilihat daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
(e) Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi berlainan daripada aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
Sesungguhnya puisi (sama ada tradisional mahupun moden) merupakan pancaran akal budi masyarakat pada sepanjang zaman. Penghayatan puisi membolehkan kita mencungkil rahsia peribadi manusia, bangsa dan ketamadunan wilayah yang melahirkannya.
Sekian, Terima kasih.
20 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUTDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pdp Komsas
Kredit Topik 3. Apresiasi Teks Sastera Komsas
Jam Interaksi 10 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran:
i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya sastera Komsas;
iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsas dengan tepat dan betul;
iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiran apresiatif karya sastera Komsas dengan betul;
v. Mengakses dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang pemikiran dakam teks sastera Komsas yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah;
21 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
vi. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik pemahaman teks karya sastera Komsas terdiri daripada genre prosa tradisional, cerpen, drama, puisi tradisional pantun, syair, gurindam, seloka, dan sajak. Apresiasi berasaskan pemahaman, penghayatan dan penikmatan karya dari aspek pemikiran, nilai , pengajaran, mesej, amanat karya.
Tajuk Kandungan Jam
Apresiasi Teks Sastera Komsas
Pemahaman Teks Komsas dari aspek; Pemikiran Nilai Pengajaran/ mesej/ amanat
Penghayatan teks Prosa; Prosa tradisional Cerpen Drama
Penghayatan teks Puisi; Pantun Syair Gurindam Seloka, Sajak
4 ½
5 ½
Tajuk Kandungan Jam
PENILAIAN
RUJUKAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
22 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tajuk Kandungan Jam
BACAAN
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota :
UNIT 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikat ini, pada 22 Jun 1999, Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran sastera, sains, teknik, vokasional dan agama diwajibkan mempelajari sama ada kesusasteraan Melayu atau kesusasteraan Inggeris.
Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas tidak terkecuali, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam
23 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Komsas dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dari bulan Mac 2000 untuk Tingkatan 1 dan 4, kemudian diperluaskan pada tahun 2001 untuk Tingkatan 1, 2, 4, dan 5. Pada tahun 2002, Komsas diajarkan kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Hasilnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai pada tahun 2001 manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinilai pada tahun 2002.
Enam waktu seminggu diperuntukkan kepada pelajar bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Komsas. Bagi memenuhi keperluan guru, beberapa kursus dalam perkhidmatan dan kursus pendedahan telah diadakan. Antaranya, Kursus Sijil Perguruan Khas (satu tahun), Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu), serta pelbagai kursus pendek kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/ Bahagian di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (semakan semula) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2002, Komsas tergolong dalam Hasil Pembelajaran Bidang Estetik. Bidang ini berfokus pada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama (fokus utama) dan Hasil Pembelajaran Khusus (fokus sampingan) yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah memahami dan memberi respons peribadi tentang karya sastera; menguasai gaya dan laras bahasa dalam karya kreatif dan bukan kreatif; serta menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif.
1.2 Objektif
Komsas diajarkan untuk memenuhi objektif yang berikut:
Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar; Meningkatkan kemahiran berbahasa; Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera; dan Memupuk semangat mandiri.
1.3 Komsas
24 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu atau Komsas bermaksud mengajarkan unsur ilmu Kesusasteraan Melayu seperti struktur karya, tema, watak, plot, gaya bahasa, amanat, bentuk, teknik, nilai, keindahan, unsur budaya dan sebagainya dalam waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mata pelajaran Bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. Kedua-duanya boleh berdiri sendiri dan saling berkaitan. Bagi mencapai tahap keberkesanan pengajaran Komsas, seseorang guru Bahasa Melayu seharusnya memahami kaedah pengajaran bahasa dan kaedah pengajaran Kesusasteraan Melayu secara serentak. Hakikatnya, komponen ini tidak boleh diajarkan secara berasingan, umpamanya seorang guru mengajarkan Bahasa Melayu dan seorang lagi mengajarkan Kesusasteraan Melayu.
Di samping mengajarkan komponen sastera, guru hendaklah menggabungjalinkan elemen pengisian kurikulum yang lain yang merentasi semua bidang ilmu, serta memberi kemahiran bernilai tambah iaitu;
Kemahiran berfikir Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi Kemahiran belajar cara belajar Kajian masa depan Kecerdasan pelbagai Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran kontekstual
Guru juga harus menerapkan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas dengan mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri kuat, menghargai khazanah bangsa, serta meningkatkan kecintaan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi aspek-aspek kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa. Unsur-unsur ini dapat dipelajari melalui penggunaan bahan-bahan sastera (Komsas) yang dicadangkan. Peraturan sosiobudaya ini diharapkan dapat memperkukuh citra pelajar khususnya dan jati diri masyarakat Malaysia umumnya.
25 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
1.4 SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
1.4.1 MATLAMAT
Melengkapkan murid dengan;
keterampilan berbahasa
keterampilan berkomunikasi
Memenuhi keperluan diri dalam;
pendidikan
pekerjaan
urusan harian
1.4.2 OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah, murid
dapat;
interaksi sosial
memproses maklumat
menyelesai masalah
(iv) mendengar, membaca, menonton, memberi respon kepada bahan
sastera
(v) melahirkan idea dan pendapat secara kreatif
(vi) menghayati, mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, perasaan cinta negara (melalui bahan karya)
1.4.3 HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan;
Penggunaan bahasa
Kemahiran bahasa
Sistem bahasa
26 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Komsas
Pengisian kurikulum (ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya,
kemahiran bernilai tambah)
1.5 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1
1.5.1 OBJEKTIF
Pada akhir tingkatan 1, pelajar dapat;
Berbicara bersama rakan
Berurusan dengan ungkapan betul
Berbincang sesuatu perkara
Membaca bahan ilmu
Menyatakan dan membezakan idea
Melakar, membuat nota ringkas
(vii) Membaca karya sastera untuk keseronokan, beri pandangan tentang
karya
(viii) Membaca karya sastera dengan pelbagai teknik
(ix) Menghasilkan karya dengan bahasa gramatis
(x) Menghayati dan mengamalkan nili murni (melalui bahan karya)
1.5.2 ORGANISASI KURIKULUM
1.5.2.1 PENGGUNAAN BAHASA
Bidang Interpersonal ( Hasil Pembelajaran 1.0 – 6.0 )
Bidang Maklumat (Hasil Pembelajaran 7.0 – 9.0 )
Bidang Estetika ( Hasil Pembelajaran 10.0 – 12.0 )
1.5.2.2KEMAHIRAN BAHASA
Membaca
27 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Menulis
Mendengar
Bertutur
1.5.3 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA
Berfokus pada keupayaan murid menguasai;
Sistem bahasa
Keindahan bahasa
Kehalusan bahasa
Mementingkan;
Penikmatan karya
Pelahiran perasaan berdasarkan / melalui karya
Apresiasi dan penghayatan karya
1.5.4 HPU & HPK perlu dicapai murid;
Memahami karya kreatif
Menguasai karya kreatif
Menghasilkan karya kreatif
1.6 HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA (KOMSAS) TINGKATAN 1
1.6.1 Puisi (tradisional dan sajak);
i. Maksud keseluruhan/ ikut rangkap
ii. Tema
iii. Persoalan
28 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
iv. Perkara menarik dalam karya
v. Jenis
vi. Ciri
vii. Bentuk
viii. Gaya/ unsur bahasa
ix. Laras bahasa
x. Unsur bunyi
xi. Nada
xii. Nilai
xiii. Pengajaran
xiv. Penghasilan karya puisi
xv. Mengedit karya puisi
( Bagi Puisi naratif;
xvi. Pemikiran/ Idea keseluruhan/ urutan peristiwa
xvii. Watak dan perwatakan
xviii. Latar
xix. Plot
xx. Sudut pandangan)
1.6.2 Prosa (prosa tradisional, cerpen, novel, drama)
i. Jenis
ii. Ciri
iii. Perkara menarik dalam karya
29 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
iv. Idea keseluruhan, urutan peristiwa
v. Tema, Pemikiran
vi. Persoalan
vii. Watak dan perwatakan
viii. Latar
ix. Plot
x. Sudut pandangan
xi. Gaya/ unsur bahasa
xii. Laras bahasa
xiii. Nilai
xiv. Pengajaran
xv. Penghasilan karya prosa dan skrip drama
xvi. Mengedit karya prosa dan skrip drama
UNIT 2 PUISI TRADISIONAL
2.1 Objektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut :
Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaran puisi
tradisional yang lebih mantap dan berkesan.
Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Komsas agar mata pelajaran ini dianggap penting untuk
membina jati diri dan negara bangsa.
30 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi tradisional yang sesuai (dalam
bentuk model dan modul) untuk kegunaan guru dan pelajar.
2.2 Definisi
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap
(Za’ba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding
dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta
bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah,
1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh
masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan
yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti
mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.
2.3 Ciri-ciri
Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut :
(i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
(ii) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.
(iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa,
rentak, irama dan keharmonian bunyi.
(iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi
jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.
31 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap
atau beberapa baris seuntai.
(vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif
kehidupan masyarakat tradisional.
(vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.
(viii) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan,
keramaian, ritual, keagamaan, dan sebagainya.
(ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan
adat istiadat, misalnya adat perpatih.
(x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan
perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan
perasaan hati.
2.4 Jenis-jenis
Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair gurindam, dan seloka.
2.4.1 PantunPantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian
(Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56), asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen,
tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai
bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa
yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan
bertatasusila’. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai
dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada
32 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
perbandingan atau kiasan. Contohnya, ‘tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak
juga’.
Ciri-ciri Pantun
Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :
(i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.
(ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua
kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang
popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
(iii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.
(iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.
(v) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab.
Ada juga skema rima yang sama, iaitu aa;aa .
(vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan
maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud
ialah gambaran sifat dan sikap manusia.
(vii) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.
(viii) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai, dan tanggapan masyarakat
setempat.
(ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang
dengan unit maksud.
Jenis-jenis Pantun
33 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk, isi, fungsi dan
penyebarannya. Berdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada pantun dua kerat,
empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan dua belas kerat.
Contoh pantun dua kerat :
Emas perak tembaga suasa,Malas bergerak tiada merasa. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 5)
Contoh pantun empat kerat :
Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah;
Ilmu yang tidak diamalkanBagai pohon tiada berbuah. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)
Contoh pantun enam kerat :
Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, hlm. 3)
Contoh pantun lapan kerat :
Sarang merbah di celah dahan,Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;Bersyukur aku kepada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang. (Kerusi, hlm. 4)
Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada pantun budi, kanak-
kanak, perpisahan, hiburan, teka-teki, nasib, peribahasa, kiasan, agama dan berjhimat
cermat.
34 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Contoh pantun budi :
Anak ikan berlima-limaMati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,Sebagai hutang seribu tahun.
(Harga Remaja, hlm. 5)
Contoh pantun kanak-kanak :
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat;Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)
Contoh pantun perpisahan :
Hari ini menugal jagung,Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)
Contoh pantun hiburan :
Dari Melaka pergi ke Pahang,Singgah di Johor beli berangan;
Kami mengucap selamat datang,Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)
Contoh pantun teka teki :
Burung nuri burung dara,Terbang ke sis taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,Makin diisi makin ringan. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 9)
Contoh pantun nasib :
35 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Seri Mersing lagu Melayu,Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)
Contoh pantun peribahasa :
Buat bangsal di Pulau Daik,Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)
Contoh pantun kiasan :
Tebang gelam tebang kenanga,Batang tumbuh menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut,
hlm. 4)
Contoh pantun agama:
Pohon di kebun habis berbuah,Disambut masak buah rembege;
Mohonkan ampun dosa yang sudah,Hendak masuk dalam syurga. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)
Contoh pantun berjimat cermat:
Pergi ke belukar memasang pikat,Pulangnya lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,Rezeki secupak terasa segantang. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 7)
2.4.2 Syair
36 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang
bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang, atau penyajak. Istilah ini
berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair.
Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan
oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan
tujuan mengajarkan agama Islam.
Ciri-ciri Syair
Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Empat baris serangkap.
(ii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.
Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku.
(iii) Tergolong dalam jenis puisi kata.
(iv) Skema rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.
(v) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap
berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.
(vi) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.
(vii) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan
yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.
(viii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada
mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.
Contoh syair :
37 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Ada kepada suatau hari,Sakit saudagar laki isteri;Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,Hampirlah mati kepada rasanya,Lalulah memanggil akan anaknya,Dicium kepala dengan tangisnya. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 10)
Jenis-jenis Syair
Pada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej
yang hendak disampaikan. Contohnya seperti yang berikut:
Syair cerita : Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah Lela Putera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, dan Syair Dandan Setia Intan Terpilih
Syair nasihat : Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji, dan Syair
Pesanan Ibu
Syair semangat patriotik : Syair Tenaga Pemuda
Syair alam sekitar : Syair Cintai Alam Sekitar
Syair kiasan : Syair Jong Pecah
Syair ilmu : Syair Kelebihan Ilmu
2.4.3 Gurindam
38 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a; a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Ciri-ciri Gurindam Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku
kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.
(ii) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.
(iii) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.
(iv) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.
(v) Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan.
(vi) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair.
(vii) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan
jawab atau anak kalimat (baris kedua).
(viii) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi
pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
Jenis-jenis gurindam
Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu
gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat.
Contoh gurindam berbentuk bebas :
Awak tua bandar terbuka,Emas habis, dagangan mudah,Kerbau kambing sesak di padang,
39 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Itik angsa tenang di kuala,Merpati lindungan langit,Rengkiang tujuh sejanjar;Taman dengan sekerat kota,Emas perak penuh di rumah,Tangga rumah emas bertuang,Ibu tangga emas bertitik,Batuan sawa mengulur;Penuh sesak hamba sahaya,Ada yang empat senama,Ada yang lima senama,Dilaung di rumah di tanah menyahut,Dilaung di tanah di rumah menyahut. (Hikayat Malim Deman, hlm. 2)
Contoh gurindam berbentuk terikat :
Cahari olehmu akan sahabat,Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,Yang boleh tahukan tipa seteru.
Cahari olehmu akan isteri,Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawa.Pilih segala orang setiawan. (Harga Remaja, hlm. 11)
2.4.4 Seloka
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka
bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam
kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana
merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan
pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya
40 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka
Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun
atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi
seloka berkenaan.
Ciri-ciri Seloka
Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
(ii) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).
(iii) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
(iv) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
(v) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
Jenis-jenis Seloka
Seloka dijeniskan berdasarkan bentuknya, iaitu seloka bebas dan seloka terikat.
Contoh seloka bebas :
Seloka Emak Si Randang
Baik budi emak si randang,Dagang lalu ditanakkan,Tiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak dipangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutan,Beras habis padi tak jadi. (Harga Remaja, hlm. 12)
Contoh seloka terikat (bentuk pantun/ syair) :
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga;Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm. 67)
41 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair,
gurindam dan seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional.
Selain itu, terdapat juga jenis-jenis puisi tradisional seperti Ruba’i, teromba, mantera,
nazam, ghazal, dan masnawi yang turut berperanan memancarkan nilai estetika dan
pemikiran masyarakat melayu. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam
konteks zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar masyarakat Melayu
atau Malaysia hari ini.
2.5 Aspek Asas Puisi Tradisional
Puisi sama ada puisi tradisional atau moden (sajak) terbina daripada kesatuan kata, makna,
dan rasa sesuatu objek hasil pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap
objek, perlakuan manusia dan alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair
mencipta kata (yang disaring dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan
erti yang bermakna dengan kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut
untuk berdialog dengan teks dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosis
dan semiotik, justeru akhirnya dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar
puisi tradisional dan moden (sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa)
dan medan rasa (teknik).
2.5.1 Medan Makna (Isi)
Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.
Maksud (Isi):
Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.
Tema:
Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair.
42 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Persoalan:
Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi.
Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:
Gagasan nilai dalam idea puisi.
Sikap dan perasaan:
Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran
penyair sewaktu menghasilkan puisi.
Unsur/ nilai murni:
Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana.
Sejarah genre:
Pemahaman latar belakang perkembangan puisi
Biodata penyair:
Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan
karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat
terhadap sastera.
Penghasilan karya:
Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.
2.5.2 Medan Kata (Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah
puisi (lihat juga Lampiran 2.22).
Diksi:
Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara
sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari
43 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: “berkelipan bintang
kejora”.
Imej/citra alam:
Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau
digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit
kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan
kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan
undan.
Kiasan:
Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan
atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih
jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa
bandingan.
Contoh: pahit bagai hempedu, tinggi menggalah.
Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda):
Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.
Rima:
Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujung baris
puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali sebagai
rima dalaman. Contoh, “sekuntum bunga biru”. (rima dalaman u : asonansi).
44 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rima luaran. Contoh:
Sekuntum bunga biru
yang luruh di penjuru itu
adalah seorang aku
yang merinduimu.
(rima luaran sama : a;a;a;a)
Aliterasi:
Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulangan perkataan
atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu-satu baris
puisi. Contoh :
Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli
(pengulangan bunyi konsonan k dan b).
Asonansi:
Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih
suku kata yang ditekankan. Contoh: Melangkah gadis menahan denyutan
(pengulangan bunyi vokal e dan a).
45 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rentak:
Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak
dipengaruhi oleh susunan kata dan susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap
suara pembaca.
Jeda:
Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk
menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai
dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa, si ranting pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang, orang yang jauh.
Simile:
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara
langsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya ‘seperti, bagai, laksana , bak’. Contoh:
berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
Metafora:
46 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya
terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakan kata ‘adalah’.
Contoh:
laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.
Personifikasi:
Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang, idea
atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.
Hiperbola:
Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup
seberangi lautan api.
Singkof:
Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau
emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.
Inversi:
Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan
(sepatutnya di awan hitam).
Anafora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan.
Contoh:
aku cinta padamu laut
47 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
aku sayang padamu camar
Epifora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan.
Contoh:
sekuntum bunga biru
sehampar laut biru
Imejan:
Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan
yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan
penyair. Contoh:
segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek / bagai buih
kecil terapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/
(angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang
melambangkan kemiskinan).
Nada:
Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis,
patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur
diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan Yang
Hilang” (Kerusi, hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.
2.5.3 Medan Rasa (Teknik)
Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
48 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Bentuk:
Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan
pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).
Struktur atau binaan:
Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun,
serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.
Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):
Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.
Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari
aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan
puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
UNIT 3PUISI MODEN (SAJAK)
3.1 Objektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut: Menyediakan dan membincangkan kerangka pengajaran dan pembelajaran
puisi moden yang lebih mantap dan berkesan; Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran puisi moden; dan Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi moden yang sesuai untuk
diterbitkan sebagai panduan bagi kegunaan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran puisi moden.
3.2 Definisi
Tiada definisi umum tentang puisi, walau bagaimanapun beberapa penyair, pemikir dan ahli cendekiawan mentafsirkan puisi seperti yang berikut: Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara tersebut akan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya.
(Za’ba 1962: 218)
49 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
…sajak itu satu bentuk (puisi) moden yang lebih bebas dan seterusnya rangkapannya tidak terikat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional seperti pantun atau syair dan membawa suasana serta pandangan hidup lebih moden.
(Muhammad Hj. Salleh 1988: 1-4)
…bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisional. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. Bukan puisi namanya andainya ia tidak berupaya membijaksanakan pembaca.
(Muhammad Hj. Salleh 1988: 10)
…pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan, dalam suasana tenang.
(William Wordsworth 1988: 4)
…the best words in their best order/perkataan terbaik dalam susunan terbaik.
(Samuel Taylor Coleridge 1988: 4)
...it begins in delight and ends in wisdom/bermula dengan hiburan/ keseronokan dan berakhir dengan kebijaksanaan.
(Robert Frost 1988: 54)
Tiga peringkat sfera fungsional:
(i) Sfera mengharmonikan kekacauan kesan-kesan psikik/perubatan psikik/ psikoterapi jiwa/hiburan.
(ii) Sfera faedah/manfaat/alat penghayatan intelektual/cerminan didaktik.
(iii) Sfera kesempurnaan rohani/kamal/penghayatan intuitif berhubungan dengan Allah S.W.T.
(Braginsky 1994: 2)
…prinsip puisi adalah membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata sedikit mungkin.
(Ralph Waldo Emerson 1988: 6)
…bentuk pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari.
(Harun Mat Piah 1989: 1)
Sajak tergolong dalam puisi baru (moden), memiliki sifat-sifat yang tidak begitu terikat dengan bentuk puisi lama, yakni, bebas daripada ikatan puisi lama (tradisional). Isi sajak disampaikan melalui penggunaan kata-kata indah, ringkas dan padat serta bebas daripada sebarang konvensi dan syarat.
50 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Sajak terdiri daripada beberapa tema, antaranya tema masyarakat, cinta, alam, diri, Tuhan dan ketuhanan serta semangat perjuangan.
Secara umumnya, puisi merupakan manipulasi bahasa yang terjelma daripada kesepaduan medan kata, medan makna dan medan rasa hasil daripada proses kreatif-imaginatif seorang pujangga. Puisi mengandungi amanat budi rasa dan budi fikir masyarakat yang digarap secara misterius-religius.
3.3 Ciri-ciri
Ciri-ciri umum puisi moden (sajak) dapat dinyatakan seperti yang berikut: Puisi moden Melayu. Sajak mengandungi pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek
kehidupan. Bebas/tidak terikat bentuknya namun ada juga sajak yang terikat bentuknya. Jumlah perkataan dan sukatannya tidak seimbang.Perkara ini akan dihuraikan dalam para 3.4.1 dan 3.4.2.
Sajak biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis atau berimej, dan ia dapat dihayati, dilihat atau didengar. Sajak dapat membina imej mengikut fahaman penulis dan audiens. Oleh itu, sajak boleh dikenali imejnya secara luaran (bentuk) atau aspek dalaman (isi dan mesej).
3.4 BentukBentuk merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Sajak terdiri daripada dua bentuk, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.
3.4.1 Sajak TerikatSajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait, dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan atau pola tertentu, ia disebut sajak bentuk terikat. Bentuk sajak juga dianggap terikat, sekiranya dipengaruhi oleh pola berbentuk puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka.
Contoh sajak bentuk terikat boleh dilihat dalam sajak ‘Seuntai Kata untuk Dirasa” karya A. Samad Said.
Seuntai Kata untuk Dirasa
Panas usah membakar dadaSuara usah menggegar sahajaKalau benar membawa cintaDi dalam segenap kumpulkan tenaga.
51 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Ayam bertelur sekampung tahuMengapa mesti kita begituFalsafah ubi diam berisiMengapa tidak kita turuti.
Sekarang singkirkan semua bicaraSekarang kumpulkan tenaga raksasaTiba saat berbunga merahSerentak mara kita bersama.
Sajak di atas dibina dengan jumlah empat baris serangkap, skema rima hujung aa,aa, aa,bb, empat perkataan sebaris. Binaan seperti ini dipengaruhi bentuk pantun atau syair.
Selain itu, sajak bentuk terikat juga terdapat dalam sajak ‘Mata Ayah’ oleh Usman Awang (Seuntai Kata untuk Dirasa, hlm. 19), ‘Cinta’ oleh Awang Abdullah dan ‘Pesan Tangan kepada Jari’ oleh Hilmi Rindu.
3.4.2 Sajak Bebas
Teknik penulisan yang tidak mengikut pola tertentu sama ada dari segi jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap dan skema rimanya. Kebanyakan sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas ialah sajak bentuk bebas. Contoh: sajak bebas terdapat dalam sajak “Lebah dan Madu” karya Siti Zaleha M. Hashim.
Lebah dan Madu
Di pohon sanapada dahan pohon taualanglihatlah lebah-lebahSudah membuat sarangSerangga yang cergasSentiasa hidup sepakatSikap yang terpuji.
Ada ratu ada pekerjaberkumpul dan bekerjasamamadu manisnyapenawar penyakit manusia.
Lebah-lebah itupada dahan pohon tualangkau membuat aku sedarharus selalu berusahadan meninggalkan jasa
52 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
seperti madumu yang istimewa.
Puisi Tunas Bangsa, 2008K. Publishing Sdn Bhd.
Rujukan: Antologi Harga Remaja, halaman 20.
3.5 Komponen Sajak terbahagi kepada beberapa komponen, seperti dalam rajah di bawah:
3.5.1 Tema
Tema ialah persoalan pokok karya, idea utama atau idea pusat. Pemikiran penyajak dapat dilihat dalam tema, persoalan, mesej, nada dan sikapnya melalui bahasa yang digunakan.
Ada beberapa tema dalam sajak, iaitu tema perjuangan, alam, ketuhanan, falsafah, dan kemanusiaan.
Tema Perjuangan
Tema ini menggambarkan semangat kecintaan dan perjuangan untuk memajukan masyarakat dan negara bagi membentuk jati diri bangsa. Antara sajak bertemakan perjuangan ialah ‘Sejarah’ oleh Muhammad Hj. Salleh, ‘Di Ruang Gemanya’ oleh Dharmawijaya, ‘Bahasa” oleh Rahman Shaari, ‘Rumah Baru’ oleh Haron A.H, ‘Wanita Zaman Ini’ oleh Aladin Mohamad dan ‘Seuntai Kata untuk Dirasa’ oleh A.Samad Said, “Diari Lama” oleh S.Mahadzir dan “Tiba Waktunya” oleh Ghazali Lateh.
Tema Alam
53 |
Tema Persoalan
Komponen Sajak
Gaya bahasaMesej
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Isi sajak yang memaparkan perasaan gembira terhadap keindahan alam atau dukacita akibat kemusnahannya. Contohnya sajak ‘Keindahan yang Hilang’ oleh Shamsuddin Jaafar, ‘Cinta’ oleh Awang Abdullah dan ”Asap” oleh Maya Isa Azizan.
Tema KetuhananSajak yang mengajak pembaca untuk merenungi hakikat kejadian diri sambil mengingati dan mengagungkan kekuasaan Ilahi. Contohnya, sajak ‘Usia’ oleh Siti Zainon Ismail, “Kian Kita Lupa” oleh Zulfazlan Jumrah dan “Mengintai Ruang Insaf” oleh Shukri Abdullah.
Tema FalsafahSajak yang membongkar makna kemanusiaan dan kehidupan insan hasil daripada penelitian gerak alam dan tingkah laku manusia seharian. Misalnya, sajak ‘Burung Tempua’ oleh Abdul Hadi Yusuff , ‘Duhai Penafsir’ oleh Zurinah Hassan dan “Lebah dan Madu” oleh Siti Zaleha M. Hashim.
Tema KemanusiaanSajak yang membawa mesej nilai murni kehidupan seperti ‘Ketika Kami Bercerita Tentangnya’ oleh Lim Swee Tin, ‘Bicara buat Guru’ oleh Ridzuan Harun, ‘Pesan Tangan kepada Jari’ oleh Hilmi Rindu, ‘Tukang Gunting’ oleh T.Alias Taib, ‘Di Kota Kecilku’ oleh Baha Zain dan ‘Jangan’ oleh Sulastrui Abadi.
3.5.2 Persoalan
Perkara atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan maksud tema dalam sesebuah karya.
3.5.3 Mesej
Pemikiran atau gagasan yang menjadi sesebuah karya, iaitu perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Mesej boleh disampaikan secara tersurat atau tersirat.
3.5.4 Gaya Bahasa
Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek, iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi.
Unsur bahasa:
(a) Metafora: perahu hidup, di lumpur sungai manusia (Tukang Gunting).(b) Simile: seperti semarak api begitu bersemarak hatinya (Tukang Gunting).(c) Personafikasi: Sungai marah (Sejarah).(d) Hiperbola: Malam hiba dadanya ungu luka (Keindahan yang Hilang).(e) Simbolik : Lebah, madu (Lebah dan Madu)(f) Anafora: Sebuah cermin sompek, sebuah sisir (Tukang Gunting).
54 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(g) Epifora: Menyikat remajanya dan merapikan tuanya (Tukang Gunting).(h) Paradok: Keakraban teman dan pergelutan (Di Kota Kecilku).
Unsur bunyi(a) Aliterasi: lembar-lembar menjadi semakin kuning.(b) Asonansi: rumpai-rumpai yang hidup.
3.5.5 Aspek Dasar Sajak
Aspek dasar sajak merangkumi Medan Makna, Medan Kata, dan Medan Rasa. Secara amnya aspek dasar puisi adalah sama, tidak kira puisi tradisional atau puisi moden
(sajak). Dasar puisi terbina daripada kesatuan kata, makna, dan rasa sesuatu objek hasil
pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap objek, perlakuan manusia dan
alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair mencipta kata (yang disaring
dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan erti yang bermakna dengan
kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut untuk berdialog dengan teks
dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosis dan semiotik, justeru akhirnya
dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar puisi tradisional dan moden
(sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik).
Medan Makna (Isi)
Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.
Maksud (Isi):
Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.
Tema:
Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair.
Persoalan:
Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi.
Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:
Gagasan nilai dalam idea puisi.
55 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Sikap dan perasaan:
Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran
penyair sewaktu menghasilkan puisi.
Unsur/ nilai murni:
Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana.
Sejarah genre:
Pemahaman latar belakang perkembangan puisi
Biodata penyair:
Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan
karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat
terhadap sastera.
Penghasilan karya:
Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.
3.5.5.2 Medan Kata (Bahasa)
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah
puisi.
Diksi:
Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara
sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari
aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: “berkelipan bintang
kejora”.
56 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Imej/citra alam:
Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau
digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit
kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan
kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan
undan.
Kiasan:
Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan
atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih
jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa
bandingan.
Contoh: pahit bagai hempedu, tinggi menggalah.
Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda):
Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.
Rima:
Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali sebagai rima dalaman. Contoh, “sekuntum bunga biru”. (rima dalaman u : asonansi).
Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rima luaran. Contoh:
Sekuntum bunga biru
yang luruh di penjuru itu
adalah seorang aku
yang merinduimu.
57 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(rima luaran sama : a;a;a;a)
Aliterasi:
Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulangan perkataan atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu-satu baris puisi. Contoh :
Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli
(pengulangan bunyi konsonan k dan b).
Asonansi:
Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih suku
kata yang ditekankan. Contoh: Melangkah gadis menahan denyutan
(pengulangan bunyi vokal e dan a).
Rentak:
Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak
dipengaruhi oleh susunan kata dan susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap
suara pembaca.
Jeda:
Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk
menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai
dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:
58 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa, si ranting pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang, orang yang jauh.
Simile:
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya ‘seperti, bagai, laksana , bak’. Contoh:
berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
Metafora:
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakan kata ‘adalah’. Contoh:
laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.
Personifikasi:
Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.
Hiperbola:
Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup
seberangi lautan api.
Singkof:
Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau
emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.
Inversi:
Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan
(sepatutnya di awan hitam).
59 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Anafora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan.
Contoh:
aku cinta padamu laut
aku sayang padamu camar
Epifora:
Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan.
Contoh:
sekuntum bunga biru
sehampar laut biru
Imejan:
Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan
yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan
penyair. Contoh:
segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek / bagai buih
kecil terapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/
(angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang
melambangkan kemiskinan).
Nada:
60 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis,
patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur
diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan Yang
Hilang” (Kerusi, hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.
3.5.5.3 Medan Rasa (Teknik)
Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
Bentuk:
Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan
pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).
Struktur atau binaan:
Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun,
serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.
Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):
Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.
Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari
aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.
Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan
puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.
UNIT 4: PROSA TRADISIONAL4.1 Objektif Unit ini disediakan untuk memenuhi objektif pengajaran utama seperti yang berikut :
Melengkapkan dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Komsas. Menerapkan minat membaca prosa tradisional. Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa dalam
prosa tradisional.
61 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Mendapat pengetahuan menilai dan mengulas karya-karya prosa tradisional yang terpilih.
Meningkatkan kefahaman tentang laras bahasa. Menghuraikan latar budaya masyarakat lama, khususnya masyarakat Melayu.
4.2 Definisi
Prosa tradisional merujuk kepada karangan atau hasil karya masyarakat Melayu lama dalam semua bentuk pernyataan biasa yang ditulis atau diucap secara lisan. Biasanya karya ini tidak terikat oleh bentuk-bentuk tertentu. Genre prosa tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas merangkumi sastera yang berbentuk naratif lisan, naratif tulisan dan prosa bukan naratif. Bentuk naratif lisan mengandungi tiga jenis cerita, iaitu cerita mitos, legenda dan cerita rakyat. Sastera yang tergolong dalam naratif tulisan ialah sastera agama, sastera sejarah, sastera panji, dan sastera hikayat. Manakala prosa bukan naratif pula terbahagi kepada tiga, iaitu sastera kitab, sastera undang-undang dan sastera ketatanegaraan. Lihat Rajah 4.1.
4.3 Ciri- ciri
Ciri-ciri umum prosa tradisional dapat diklasifikasikan seperti yang berikut :
Sastera yang diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.
Disebarkan secara lisan dan tulisan. Hasil karya prosa tradisional menjadi milik bersama kerana nama penulis atau
pengarang tidak dinyatakan. Prosa tradisional dihasilkan untuk tujuan hiburan dan didaktik. Lazimnya prosa tradisional berkembang dalam satu kelompok kecil masyarakat
seperti petani dan nelayan. Karyanya bersifat statik. Isi ceritanya bersifat universal atau sejagat mengikut jenis karya. Pengulangan kata serta penggunaan atau pengaruh kata-kata asing seperti Arab
dan Sanskrit kerap ditemui dalam karya prosa tradisional. Banyak menggunakan laras bahasa istana. Ayatnya panjang dan kompleks. Banyak menggunakan ayat songsang. Mengandungi unsur mitos dan legenda. Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya, maka,
sebermula, al-kisah dan sebagainya.
PROSA TRADISIONAL
62 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
NARATIF LISAN
NARATIF TULISAN PROSA BUKAN NARATIF
MITOS SASTERA AGAMA SASTERA KITAB
Contoh: Cerita Puteri Buluh
Betung
Contoh: Hikayat Bulan Berbelah
Contoh: Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-
Rayahin
LEGENDA SASTERA SEJARAH
SASTERA UNDANG-UNDANG
Contoh: Hang Tuah
Mengalahkan Taming Sari
Contoh: Raja Bersiung
Contoh: Hukum Kanun Melaka
CERITA RAKYAT
SASTERA PANJI SASTERA KETATANEGARAAN
Contoh: Budi Seorang Bapa
Angkat
Contoh: Hikayat Panji Semirang
Contoh: Kitab Nasihat Segala Raja-raja
SASTERA HIKAYAT
Contoh: Hikayat Marakarma
Rajah 4.1 Prosa Tradisional
4.4 Komponen Prosa Tradisional terbahagi kepada beberapa komponen seperti dalam rajah di
bawah.
63 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tema dan Persoalan
Watak dan Perwatakan
Plot
Komponen
Latar Gaya Bahasa Pengajaran
Nilai
Rajah 4.2: Komponen Prosa Tradisional
4.4.1 Tema dan Persoalan
Tema cerita prosa tradisional mempunyai banyak persamaan dan berbentuk stereotaip. Cerita-ceritanya bertemakan pengembaraan putera raja, kepahlawanan, perjuangan, sejarah, pengajaran atau nasihat, kemanusiaan, percintaan, kasih sayang dan keagamaan.
Walau bagaimanapun, jika diteliti tema cerita prosa tradisional mengikut jenis ‘Naratif Lisan’, setiap ceritanya mempunyai tema yang tertentu. Contohnya, cerita mitos lazimnya bertemakan kepercayaan kepada unsur-unsur ghaib, seperti yang terdapat dalam cerita “Puteri Buluh Betung”. Cerita legenda bertemakan kepahlawanan, contohnya “Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari” yang mengisahkan tentang kepahlawanan Hang Tuah. Manakala cerita rakyat pula bertemakan pengembaraan putera-putera raja, percintaan, perjuangan, kasih sayang dan nasihat. Contohnya, cerita “Putera Besar Lahir ke dunia’ daripada Hikayat Raja Muda dan “Budi Seorang Bapa Angkat” petikan cerita daripada Hikayat Aw2ang Sulung Merah Muda.
Kumpulan cerita daripada jenis naratif tulisan biasanya bertemakan keagamaan, sejarah, percintaan, kasih sayang, dan nasihat. Contohnya, sastera agama bertemakan keagamaan, sastera sejarah bertemakan sejarah, sastera panji bertemakan percintaan dan sastera hikayat pula bertemakan kasih sayang, keagamaan dan nasihat. Cerita daripada sastera kitab, sastera undang-undang, dan sastera ketatanegaraan yang dikategorikan sebagai prosa bukan naratif, temanya bergantung kepada jenis sasteranya. Tema yang dikemukakan dalam Sastera Kitab ialah tema keagamaan. Sastera undang-undang dan sastera ketatanegaraan pula membawa tema siasah. Cerita daripada kedua-dua jenis sastera ini banyak mengisahkan tentang kerajaan, pemerintahan dan banyak
64 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
memberi panduan tentang cara-cara seseorang raja itu memerintah sesebuah negeri dengan baik.
Persoalan bagi cerita prosa tradisional ini pula berkait rapat dengan tema yang dikemukakan oleh cerita tersebut. Persoalan seperti keburukan fitnah, kecurangan wanita, bermuka-muka dan suratan takdir, boleh dikesan melalui tema keagamaan. Contohnya, cerita “Sabor” yang dipetik daripada Hikayat Bayan Budiman yang tergolong dalam sastera hikayat.
4.4.2 Watak dan Perwatakan
Pada umumnya, watak-watak dalam cerita prosa tradisional terdiri daripada golongan pemerintah, pembesar-pembesar istana, saudagar, rakyat biasa seperti petani dan nelayan, dewa-dewa, binatang dan manusia. Contohnya seperti yang berikut :
JENIS CERITA WATAK
1. Cerita Binatang Binatang atau tumbuh-tumbuhan
2. Cerita Mitos Tuhan, dewa, dan manusia agung
3. Cerita Legenda Tokoh atau manusia agung
4. Cerita Jenaka Lebai malang, Pak kadok, Pak Pandir dan Si Luncai
5. Cerita Lipur Lara Putera-puteri raja, jin, mambang, sultan dan pembesar istana.
6. Cerita Epik Tokoh-tokoh yang bersifat luar biasa
7. Cerita Berbingkai Manusia dan binatang yang bersifat manusia
Perwatakan dalam cerita prosa tradisional boleh dirujuk kepada jenis ceritanya. Contohnya seperti berikut:
JENIS CERITA PERWATAKAN
1. Cerita Binatang Binatang kecil dan lemah tetapi bijaksana
2. Cerita Mitos Agung, suci dan mulia
3. Cerita Legenda Bersifat luar biasa dan agung
4. Cerita Jenaka Bodoh, bodoh sombong dan pintar.
5. Cerita Lipur Lara Cantik, tampan dan kacak serta gagah perkasa
6. Cerita epik Agung, berani dan perkasa
7. Cerita Berbingkai Bijaksana, jujur, sabar dan penasihat
4.4.3 Plot
65 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Plot cerita prosa tradisional mudah difahami serta mengikut kronologi. Urutan ceritanya dapat dikatakan bersifat setereotaip. Pola jalan ceritanya memperlihatkan ada kesamaan antara satu cerita dengan cerita yang lain. Contohnya pola plot cerita lipur lara terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian pendahuluan, pertengahan dan penyelesaian (peleraian cerita). Dalam cerita Putera Besar Lahir ke Dunia yang dipetik daripada Hikayat Raja Muda, hanya mengisahkan bahagian pendahuluan cerita, jika ditinjau daripada keseluruhan cerita Hikayat Raja Muda . Ceritanya mengisahkan Tuan Puteri Nur Lela melahirkan seorang putera yang membawa sebilah parang puting di tangannya. Walau bagaimanapun, petikan cerita ini masih boleh dianalisa plotnya berdasarkan permulaan, perkembangan, puncak, dan peleraian cerita kerana cerita ini boleh berdiri sebagai sebuah cerita yang lengkap.
Bagi cerita jenaka, plotnya mudah. Urutan peristiwa dalam cerita jenaka mengikut kronologi. Cerita berkembang dari satu peristiwa kepada peristiwa lain tanpa ada kerumitan dan permasalahan yang kompleks. Contohnya, dalam cerita “Pak Kaduk”, ceritanya bermula dengan mengisahkan negeri Chempaka Sari, berkembang kepada kisah Pak Kaduk bersabung ayam sehingga memuncak kepada kisah ayam Pak Kaduk yang menjadi milik raja menang bersabung. Sebaliknya, ayam Pak Kaduk yang ditukarnya dengan ayam raja kalah bersabung. Cerita dileraikan apabila Pak Kaduk yang malu kerana bertelanjang bulat semasa di tempat persabungan lari balik ke rumahnya. Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa pola plot bagi cerita prosa tradisional memperlihatkan satu bentuk yang agak sama antara satu dengan yang lain.
4.4.4 Latar
Latar cerita prosa tradisional dapat dilihat dari segi latar tempat, masa dan masyarakat atau budaya. Dari segi latar tempat, lazimnya latarnya berlaku di alam nyata, alam kayangan dan alam antah-berantah. Pada umumnya, peristiwa berlaku di istana raja, di sebuah negeri, di kampung, di hutan, di lautan serta di udara. Contohnya, latar tempat bagi cerita Sabor berlaku di rumah Jibor dan di masjid. Manakala dalam cerita “Kezaliman Membawa Padah” yang dipetik daripada Sejarah Melayu, latar tempat berlaku di istana raja, taman istana, tepi pantai, berhampiran kedai bikang, pintu kota Singapura dan di Muar.
Latar masa pula sudah ditentukan zamannya dan ada juga yang melibatkan zaman sebenar yang berlaku dalam sejarah. Dalam cerita prosa tradisional, kerap dikatakan masa berlaku sesuatu cerita adalah pada zaman dahulu kala dan memakan masa yang lama. Contohnya, cerita Asal Usul Raja Kecil” yang dipetik daripada Hikayat Siak, latar masanya berlaku pada zaman selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka yang sememangnya berlaku dalam sejarah sebenarnya. Mengambil contoh cerita “Putera Besar Lahir ke Dunia” dan cerita “Puteri Buluh Betung”, latar masa ceritanya hanya dapat dikesan berlaku pada zaman dahulu kala ketika ada sistem pemerintahan beraja.
Latar masyarakat atau budaya terdiri daripada kalangan masyarakat Melayu tradisional yang tergolong dalam zaman feudal. Mereka terdiri daripada golongan bangsawan, golongan pembesar dan golongan rakyat jelata. Dalam cerita sejarah, terdapat satu lagi golongan yang dikisahkan, iaitu golongan pendatang yang terdiri daripada saudagar dan bangsa asing. Contohnya, petikan cerita “Kezaliman Membawa Padah” menggambarkan masyarakat yang terdiri daripada golongan raja
66 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
seperti Raja Iskandar Shah yang memerintah kerajaan Singapura, golongan pembesar seperti Sang Rajuna Tapa merupakan bendahari kerajaan Singapura, golongan asing seperti orang-orang Jawa, dan golongan rakyat biasa.
4.4.5 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa dalam cerita prosa tradisional mengekalkan sifat tradisionalnya, iaitu banyak menggunakan ungkapan atau frasa bahasa Melayu lama. Contohnya seperti mustaid, mengoja-oja, bercabiran, ceritera, bikang dan sebagainya. Penggunaan bahasa pertuturan harian terdapat dalam cerita- cerita prosa tradisional. Contohnya, bangat, diamat-amati, terkosel-kosel, membulang dan lain-lain lagi. Bahasa Arab juga turut digunakan dalam kumpulan cerita prosa tradisional, contohnya syariat, nahu, mantik, lafaz, sahibul hikayat, kadam jambiah dan sebagainya. Bahasa Istana banyak terdapat dalam cerita rakyat dan hikayat. Contohnya, gering, bertitah, baginda, mangkat, menitahkan, tuanku dan sebagainya.
Pengaruh bahasa asing seperti Jawa dan Sanskrit turut ditemui dalam cerita prosa tradisional. Contohnya, betara daripada bahasa Jawa dan keti daripada bahasa Sanskrit. Selain itu, terdapat juga kata pangkal ayat, yang biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan . Contohnya, hatta, maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.
Gaya bahasa prosa tradisional diperindahkan lagi dengan penggunaan bahasa berirama, perumpamaan dan unsur-unsur bahasa seperti simile, paradoks, sarkasme dan enfemesme. Contohnya, “seperti batu menimpa ke atasnya” (simile); ”rendah gunung tinggi harapan” (paradoks); “engkau ini gatal rela sangat, perempuan celaka yang kena la’natullah” ( sarkasme ) dan “sudah hamba buang air seni” (enfemesme). Penggunaan ayat dalam prosa tradisional adalah relatif panjang dan berbelit-belit. Walau bagaimanapun, masih terdapat penggunaan ayat-ayat yang pendek . Ayat-ayat yang terdapat dalam prosa tradisional juga menggunakan unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.
4.4.6 Pengajaran/nilai
Cerita prosa tradisional banyak memberikan pengajaran kepada masyarakat Melayu lama. Cerita yang disampaikan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis, penuh dengan kias ibarat yang perlu dihalusi oleh setiap orang yang mendengar atau membacanya. Tujuan cerita prosa tradisional disampaikan kepada masyarakat Melayu tradisional khususnya, adalah untuk memberi pengajaran. Terdapat banyak unsur-unsur didaktik dalam cerita prosa tradisional yang disampaikan dalam bentuk mesej atau amanat secara tersirat. Contohnya, melalui cerita “Sabor”, pengajaran yang hendak disampaikan ialah setiap insan hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah, beriman dan bertaqwa serta berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.
Cerita “Kezaliman Membawa Padah” yang dipetik daripada Sejarah Melayu, banyak membawa pengajaran terutamanya kepada pemerintah. Contohnya, keadilan dalam pemerintahan sangat dituntut daripada raja atau sultan supaya negeri aman dan damai. Pengajaran lain yang disampaikan adalah apabila membuat sesuatu perkara hendaklah disiasat terlebih dahulu dan jangan sampai terburu-buru
67 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
mengambil tindakan. Kesetiaan kepada negara sangat dituntut dan hidup hendaklah bersifat jujur dan ikhlas.
Pengajaran yang disampaikan dalam bentuk kias ibarat dapat dihalusi daripada cerita “Peminangan Puteri Gunung Ledang”. Dalam cerita “Peminangan Puteri Gunung Ledang”, unsur mitos yang disisipkan dalam cerita ini membawa pengajaran jika terlalu menurut kehendak emosi akan membawa keruntuhan sebuah organisasi seperti kerajaan Melayu Melaka.
UNIT 5
PROSA MODEN (CERPEN)
5.1 Objektif Unit ini disediakan untuk memenuhi empat objektif pengajaran utama seperti yang berikut: Merangsang minda pelajar secara bertahap dalam penerokaan karya cerpen; Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran teks cerpen agar menarik
minat pelajar supaya terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
Menghubungkaitkan kemahiran sastera dan kemahiran bahasa dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran; dan
Meningkatkan kemahiran pelajar terhadap penguasaan aspek sastera dalam cerpen.
5.2 Definisi
Cerpen atau singkatannya “cerita pendek” dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000 patah perkataan.
5.3 Ciri-ciri
Pada umumnya, cerpen mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
Panjang cerpen antara 500 hingga 15,000 patah perkataan. Namun, cerpen yang baik ialah cerpen yang panjangnya antara 2000 hingga 5000 patah perkataan.
Kisah tertumpu pada satu persoalan atau fenomena hidup. Hanya ada satu plot dan dikembangkan dengan rapi. Bilangan watak cerpen tidak banyak. Latar masa dalam cerpen relatif singkat dan latar tempat terhad. Peristiwa yang
berlaku tidak mengambil masa yang agak lama. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai dengan tema, latar dan teknik
penceritaan meninggalkan kesan atau mesej yang bermakna kepada pembaca.
68 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
5.4 Kategori
Cerpen terbahagi kepada dua kategori berdasarkan ukuran panjang pendeknya, iaitu :
Cerpen panjang yang disiarkan secara bersiri dalam majalah atau akhbar. Panjangnya antara 25- 40 halaman. Contohnya, cerpen “Riak” dan “Teks” oleh Shahnon Ahmad.
Cerpen pendek atau cerpen mini. Panjangnya antara 8-12 halaman. Contohnya, cerpen “Kucing dan Tikus” oleh Anwar Ridwan dan “Tiga Sketsa” oleh Ali Majod.
5.5 Komponen
Cerpen terbahagi kepada beberapa komponen seperti dalam rajah di bawah:
Rajah 5.1: Komponen Cerpen
5.5.1 Tema
Tema ialah idea utama atau pokok persoalan yang mengawal sesebuah cerita sama ada disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan dasar dalam ceritanya. Tema yang ditulis dalam cerita akan menjadi panduan bagi pengarang memilih bahan-bahan dan menyusunnya bagi memantapkan cerita itu. Tema dalam sesebuah cerita tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca. Jadi pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema. Punca lahirnya tema ialah melalui pengalaman, konflik dan ilham.
5.5.2 Persoalan
Persoalan ialah perkara sampingan atau perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya. Contohnya, ‘Ibu dan Ceper’ karya Shahnon Ahmad. Temanya tentang ketbahan, iaitu seorang ibu yang berdepan dengan alam sekitar untuk meneruskan kehidupan. ‘Ibu dan Ceper; juga membicarakan tentang persoalan kasih dan sayang, seperti Rajah 5.2 yang berikut:
69 |
Komponen
Cerpen
Tema Latar
SudutPandangan
Persoalan
Watak dan Perwatakan
TeknikGaya Bahasa
Plot
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 5.2: Contoh Persoalan Kasih Sayang
5.5.3 Latar
Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cereka, iaitu sesuatu ruang, masa, dan ketika sesuatu peristiwa itu berlaku. Latar boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu latar tempat, masa dan waktu.
Latar tempatTempat peristiwa berlaku, contohnya dalam cerpen Ibu dan Ceper’, peristiwa berlaku di sungai dan di sawah.
Latar masaWaktu atau tempoh masa peristiwa atau zaman berlaku, contohnya dalam cerpen ‘Memori Seorang Tua’ karya Zahari Affendi. Waktu berlaku ialah pagi, senja, malam, jam 12 malam, zaman darurat, zaman Jepun, zaman kemajuan teknologi, zaman merdeka dan zaman moden.
Latar masyarakat Keadaan masyarakat di tempat sesuatu peristiwa berlaku, contohnya dalam cerpen ‘Memori Seorang Tua’ karya Zahari Affendi digambarkan keadaan (masyarakat) zaman menjelang merdeka, masyarakat zaman penjajah Inggeris, masyarakat zaman darurat, masyarakat bandar dan masyarakat seni/penulis.
5.5.4 Sudut Pandangan
70 |
Kawan /sahabatAlam/ tumbuhan
Persoalan kasih sayang
Allah
Ibu bapa
Keluarga
Anggota masyarakat
Anak
Kerjaya
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Sudut pandangan ialah cara pengarang menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, yakni yang menjadi pusat pengisahan. Oleh sebab cereka merupakan cerita tentang seseorang, maka sudut pandangan berhubung rapat dengan watak. Dengan kata lain, sudut pandangan dapat menjelaskan kedudukan pengarang dalam mempersembahkan ceritanya.
Carta sudut pandangan adalah seperti yang berikut:
Sudut Pandangan
Rajah 5.3: Carta Sudut Pandangan
Ada dua jenis sudut pandangan, iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama dan Sudut Pandangan Orang Ketiga.
Sudut Pandangan Orang Pertama
Cerita dikemukakan oleh salah seorang watak atau pengarang. Pengarang mungkin turut terlibat dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita. Pengarang berselindung di sebalik watak tersebut. Kata ganti nama yang lazim digunakan ialah “saya” atau “aku”. Penceritaannya mungkin terdiri daripada watak utama, watak sampingan, atau watak pemerhati.
Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang pertama boleh dilihat dalam cerpen “Aku, Kris dan Kristal” karya Dima Mazlina Abu Bakar. Pengarang terlibat dalam lingkungan cerita dengan menggunakan kata ganti nama diri pertama ‘aku’. Pengarang akan memegang watak utama atau watak sampingan. Dengan menggunakan sudut pandangan ini, pengarang dapat menyampaikan cerita dengan lebih berkesan kerana pengarang bebas meluahkan idea dan pemikiran mereka.
71 |
Orang Pertama(aku, saya)
Orang Ketiga(dia, mereka)
Pencerita Serba Tahu
Pencerita Terbatas
Pencerita Objektif
Pencerita WatakUtama(aku)
PenceritaWatak
Sampingan
PenceritaWatak
Pemerhati
(A)(B)
(C)
Catatan: Pencerita (P) ialah watak yang terlibat. (A) mungkin watak utama, watak sampingan atau watak pemerhati. Pencerita berada dalam lingkungan cerita, dapat menceritakan fikiran dan perasaan dirinya sahaja, tetapi tidak boleh watak-watak lain, (B dan C).
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 5.4: Sudut Pandangan Orang Pertama
Sudut Pandangan Orang Ketiga Pencerita mengisahkan cerita daripada karyanya dan menggunakan ganti nama “dia” dan “mereka” atau “beliau”. Pencerita mungkin bersifat sebagai serba tahu, terbatas, atau objektif.
(a) Pencerita serba tahu (tidak terbatas)Pengarang sebagai pencerita menggunakan sudut pandangan orang ketiga pencerita serba tahu, dapat melihat dan mengetahui segala-galanya tentang apa yang difikirkan dan dilakukan oleh setiap watak.
Rajah 5.5: Pencerita Serba Tahu (tidak terbatas)
(b) Pencerita terbatas
72 |
P
C
B
APencerita (P) mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak (A, B, C).
Pencerita
Watak
P
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Pengarang dapat menggambarkan keadaan fizikal, perasaan dan fikiran watak utama dalam cerpen. Gambaran watak ini ditonjolkan agak terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak-watak lain.
Rajah 5.6: Pencerita Terbatas
(c) Pencerita objektif
Pencerita berada di luar cerita. Menggunakan kata ganti nama orang ketiga. Menggambarkan apa yang dilihat dan didengarkan sahaja.
Rajah 5.7: Pencerita Objektif
5.5.5 Plot
Plot ialah jalinan peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot terdiri daripada plot kronologi dan tidak mengikut kronologi. Plot terbina daripada
73 |
P
A
B
C
Pencerita (P) berada di luar cerita, tetapi memilih satu-satu watak tertentu (A) sebagai pusat mengisahkan cerita. Segala perbuatan, fikiran dan perasaan dapat digambarkan hanya bagi watak yang terpilih.
P
C
B
A
Pencerita objektif disebut juga sebagai “laporan”, “dramatis” atau “pencerita hilang”. Pencerita (P) berada di luar cerita. Menggunakan ganti nama orang ketiga. Menggambarkan apa yang dilihat dan didengar sahaja.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
beberapa peringkat, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.
Binaan plot adalah seperti yang berikut:
(suspens,
konflik)
(teknik)
(watak, latar)
Rajah 5.8: Binaan Plot Cerpen
Permulaan Pengarang memperkenalkan perkara utama yang akan diceritakan dalam cerpennya seperti watak atau latar sesuatu peristiwa berlaku.
Perkembangan Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik untuk mempersembahkan cerita.
PerumitanPengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dalam cerita dan unsur suspens (perasaan tertanya-tanya) bagi menghidupkan cerita serta menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.
Puncak Bahagian ini merupakan saat ketegangan bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda tanya kepada pembaca akan terjawab.
Peleraian
74 |
Puncak
Perumitan
Perkembangan
Permulaan
Peleraian
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Bahagian pengarang menyudahkan ceritanya. Segala kekusutan dalam cerita akan terlerai.
5.5.6 Teknik Plot
Teknik plot ialah cara plot dibina untuk mewujudkan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Antara teknik yang digunakan adalah seperti yang berikut:
Teknik Penerangan
Imbas kembali Cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas semula melalui khayalan, dialog, manolog atau monolog dalaman watak.
Imbas muka Unsur yang terdapat dalam karya yang membolehkan pembaca meramal atau menjangkakan tentang sesuatu yang akan berlaku dalam plot.
Pemerian Pengarang menulis cerita dengan cara penceritaan menggunakan pelbagai jenis ayat.
Suspens Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Kejutan Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
Dialog Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih. Pengarang biasanya memasukkan dialog untuk menjadikan penceritaan lebih segar. Dialog menjadikan plot cerita lebih pantas berkembang dan lebih realistik. Melalui dialog antara watak dengan watak yang lain biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema, peristiwa, latar dan watak lain dalam ceritanya.
Monolog Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.
Interior Monolog (monolog dalaman)
Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog dan wujud dalam aliran bawah sedar watak.
5.5.7 Watak dan Perwatakan
75 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Watak ialah pelaku, pelakon, atau pemain peranan dalam sesebuah cereka. Watak tidak semestinya manusia, tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan atau unsur alam. Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) watak yang positif dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak, peranan dan fizikal (sifat luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti cantik, dan berkulit putih). Pelukisan watak boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang, iaitu melalui aksi, tutur kata atau pemikiran watak-watak berkenaan.
Watak terbahagi kepada dua, iaitu watak utama dan watak sampingan.
Watak Utama Watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesuatu cerita.
Watak Sampingan Watak yang menyokong atau membantu tindak tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak ini lebih kecil daripada watak utama dalam cerita berkenaan.
Peranan watak dalam cerita terbahagi kepada dua, iaitu watak protagonis dan watak antagonis.
Watak Protagonis Watak yang berperanan penting dalam sesebuah cerita.
Watak Antagonis Watak yang menghalang peranan penting watak protagonis.
Watak terbahagi kepada empat jenis, iaitu watak statik, bulat, pipih dan dinamik. Carta jenis-jenis watak adalah seperti yang berikut:
Rajah 5.9: Jenis-jenis Watak
76 |
JENIS-JENIS WATAK
Bulat Tidak sepenuhnya
jahat/baik. Sifat kerap berubah. Tindakannya sukar
diramal.
Statik Tidak mengalami
perubahan.
Dinamik Sentiasa mengalami
perubahan sama ada dari segi psikologi atau aksi yang berlaku dalam plot.
Pipih Dibentuk atas
dasar baik / jahat sahaja.
Watak sampingan.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
5.5.8 Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah cara seseorang pengarang menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu karya mereka. Dalam penulisan karya kreatif, pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri untuk menyampaikan tema, persoalan, watak perwatakan, plot, latar serta sudut pandangan dalam sesebuah ceritanya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa yang pelbagai akan memancarkan keindahan estetika dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadian penulis.
Gaya bahasa yang perlu diberi perhatian ialah diksi dan pembinaan ayat.
Diksi Pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema dan persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Diksi juga meliputi bahasa daerah atau dialek, bahasa istana dan pengaruh bahasa asing yang digunakan dalam karya. Contoh:
Bahasa daerah atau dialek: Cengkuih, randuk (‘Ibu dan Ceper’, hlm. 102)Bahasa asing: “Happy Birthday to You” (‘Memori Seorang Tua, hlm. 111) Pembinaan ayat Melibatkan penyusunan ayat, iaitu bagaimana pengarang menyusun ayat-ayat dalam cereka sama ada ayat pendek, panjang, mudah atau kompleks. Penyusunan ayat termasuk juga aspek pengulangan sama ada frasa, perkataan atau ayat yang diulang.
Contoh: Ayat pendek – “Siapa?”
“Mei! Ada telefon” “Okey. Saya datang” (Cerpen ‘Melissa’, halaman 166)
Ayat panjang – ....“cinta yang paling tinggi ialah cinta kepada Allah, cinta kepada rasul-Nya, kemudian baru turun kepada cintakan bangsa dan tanh air. Hanya cinta-cinta itu yang boleh membawa kita kepada sesuatu yang positif.
(Cerpen ‘Melissa’, halaman 157)
Unsur-unsur yang terdapat dalam gaya bahasa adalah seperti yang berikut:
Bahasa PerbandinganDalam Bahasa Perbandingan, terdapat unsur metafora, simile, personifikasi, hiperbola dan simbolik.
77 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
(a) Metafora Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara perbandingan terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan yang bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh:
“Abang terlalu mengikut hati, atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri dan sebagainya, termmasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!”
(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, hlm 134)
(b) SimileBahasa yang membandingkan dua benda yang berbeza terapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan dengan menggunakan kata-kata seperti, bagai, macam, bak, umpama, laksana dan ibarat. Contoh:
Rasa-rasanya seperti semua tumbuhan sedang berpesta-pora menyambut kedatangan hujan.
(Cerpen ‘Melissa’, Antologi Harga Remaja, hlm. 166)
(c) Personifikasi Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan). Contoh:
Daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak (Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, hlm. 139)
....surat-surat liar yang bertebaran... (Cerpen ‘Melissa’, Antologi Harga Remaja, hlm. 162)
(d) Hiperbola Pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu atau gaya bahasa
perbandingan yang melampau atau membesar-besarkan sesuatu.
(e) Simbolik Memindahkan sifat seseorang atau benda pada yang lain atau menggambarkan sesuatu menggunakan benda lain (unsur alam, warna dan waktu) sebagai lambang. Contoh:
...lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah.
Bahasa SindiranDalam bahasa Sindiran, terdapat unsur sinis, iaitu sindiran atau ejekan. Contoh:
Bukankah abang satu-satunya pasangan berlatih terbaik buat Um pilih? (Cerpen ‘Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 144) Bahasa PenegasanDalam bahasa penegasan, terdapat unsur repitisi, anafora, dan inversi.(a) Repitisi
78 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Pengulangan kata-kata dalam ayat. Contoh:Makan tidak, minum tidak.
(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 142) (b) Anafora
Pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Contoh:”...Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar berapa saja bil disuakan.”
(Cerpen Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 144)
(c)Inversi
Kebalikan susunan kata dalam ayat. Contoh: “Di India, pada kurun ke-15 Masihi permainan ini disebut chaturanga.”
(Cerpen Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 145) Bahasa Pertentangan(a) Sinkof
Penyingkatan perkataan, seperti tak (tidak), sapa (siapa) dan sorang (seorang). Contoh:
“Pak, cantik tak?”(Cerpen ‘Memori Seorang Tua’, Antologi Harga Remaja, hlm. 145)
(b) Peribahasa Ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contoh:
Sudah terhantuk baru terngadah (Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 134)
Paha kana tercubit, paha kiri turut berasa
(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 137)
79 |
PemilihanKata / diksi
PenyusunanAyat Unsur
Imejan / citra
Dialog Dialek
Perbandingan
Bahasa asing /Kata pinjaman
Peribahasa
Gaya Bahasa
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 5.10: Carta Pemakaian Bahasa Dalam Cerpen
UNIT 6
PROSA MODEN (NOVEL)
6.1. Objektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi empat objektif pengajaran utama seperti yang
berikut:
Merangsang minda pelajar secara bertahap dalam penerokaan karya novel; Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran teks novel supaya
menarik minat pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
Menghubungkaitkan kemahiran sastera dan kemahiran bahasa dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran; dan
Meningkatkan kemahiran pelajar terhadap penguasaan aspek sastera dalam novel.
6.2 Definisi
Dalam pengertiannya yang umum, istilah ini bermaksud kisah atau cerita rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Pada hari ini, novel merupakan salah satu genre kesusasteraan Melayu yang popular. Menurut Ian Watt (1972), novel ialah suatu laporan yang lengkap lagi tulen tentang pengalaman manusia. Oleh itu, novel mempunyai tanggungjawab untuk memuaskan pembacanya dengan memberikan perincian ceritanya seperti mengenai individualiti pelakunya, waktu, dan tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Definisi novel oleh David Daiches (1968), iaitu novel sebagai bentuk cereka adalah pengisahan peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang imaginatif apabila peristiwa dan watak disusun dalam suatu pola, dalam hubungan antara satu sama lain dan dengan karya itu sendiri secara keseluruhan. Sebagai kesimpulannya, novel ialah cerita rekaan yang mengisahkan kehidupan manusia pada sesuatu tempat dan masa. Biasanya novel dijadikan sebagai media untuk menyampaikan konsep, falsafah atau pendirian terhadap sesuatu kehidupan
80 |
Pertentangan
SindiranPenegasan
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
manusia yang sebenar tetapi ada kalanya diceritakan melalui watak binatang atau objek lain.
Novel sebagai sebuah cerita rekaan atau cereka mengisahkan peristiwa dan tindakan, iaitu hal-hal yang dialami dan dilakukan oleh manusia, ditulis secara kreatif dan imaginatif seperti yang berikut: kejadian yang berlaku dan akan dialami oleh manusia; dialog yang dituturkan antara manusia dengan manusia yang lain (watak-watak)
yang terbabit; segala kejadian yang digambarkan berlaku pada satu-satu tempat dan masa
tertentu; dan mengemukakan satu-satu pandangan atau persoalan tentang kehidupan.
6.3 Ciri-ciri
Ciri-ciri novel terbahagi kepada dua, iaitu ciri luaran dan ciri dalaman. Ciri luaran Sifat luaran yang dapat dilihat secara terus, iaitu jumlah perkataan antara 15,000 hingga 50,000 patah perkataan, mengandungi beberapa bab dan melebihi 50 halaman.
Ciri dalamanAspek yang membina sesebuah novel, iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot dan teknik, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.
6.4 Jenis-jenis
Novel terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan cerita, iaitu novel sejarah, novel pengembaraan, novel satira, novel sosial, novel biografi, novel kekeluargaan, novel resaman, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel psikologi, dan novel politik. Jenis novel yang digunakan dalam teks Komsas Tingkatan 4 dan 5 adalah seperti yang berikut:
81 |
Jenis-JenisNovel
Satira(Perlumbaan
Kedua)
Kekeluargaan(Konserto Terakhir)
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 6.1: Jenis-jenis Novel
6.5 Komponen
Novel terbahagi beberapa komponen, seperti dalam rajah di bawah:
Rajah 6.2: Komponen Novel
6.5.1 Tema
Tema ialah idea utama atau pokok persoalan yang mengawal sesebuah cerita sama ada disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan dasar dalam ceritanya. Tema yang ditulis dalam cereka akan menjadi panduan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam cerita itu, dan menyusunnya bagi memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah cerita tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca. Jadi pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema. Punca lahirnya tema ialah melalui pengalaman, konflik dan ilham.
82 |
Sosial(Julia)
Sejarah(Bukit
Kepong)
Komponen Novel
TemaLatar
SudutPandangan
Persoalan
Watak & Perwatakan
Plot GayaBahasaTeknik
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
6.5.2 Persoalan
Persoalan ialah perkara sampingan atau perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya. Contohnya, novel kekeluargaan Konserto Terakhir. Temanya tentang kegigihan anak muda kampung yang berhijrah ke bandar dan dia berusaha keras bagi mencapai cita-citanya menjadi pemuzik terkenal di tanah air.
Selain pokok persoalan tentang kegigihan, dalam Konserto Terakhir juga ada dibicarakan mengenai persoalan kasih sayang seperti dalam rajah di bawah.
Rajah 6.3: Persoalan Kasih Sayang
6.5.3 Latar
Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cereka, iaitu ruang, masa dan ketika sesuatu peristiwa itu berlaku. Latar boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu latar tempat, masa, dan masyarakat.
Latar tempat Tempat peristiwa berlaku, contohnya di tepi sungai, dalam rumah, dan di Kuala
Lumpur. Latar masaWaktu atau tempoh masa peristiwa atau zaman berlaku. Contohnya pagi, senja, hari Ahad, tahun 2000, jam 4.00 petang, zaman darurat, dan zaman moden.Latar masyarakat
83 |
KawanAlam dan tumbuhan
Persoalan kasih sayang Hilmi terhadap ….
Allah
Ibu bapa
Keluarga
Adik, Abangdan Kakak
Datuk & Nenek
Kekasih
Binatang Peliharaan
Kerjaya
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Keadaan masyarakat di tempat sesuatu peristiwa berlaku, contohnya dalam novel Konserto Terakhir digambarkan keadaan masyarakat dan cara hidup orang Kuala Lumpur, khususnya masyarakat Melayu kelas pertengahan.
6.5.4 Sudut Pandangan
Sudut pandangan ialah cara pengarang menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, yakni yang menjadi pusat pengisahan. Oleh sebab cereka merupakan cerita tentang seseorang, maka sudut pandangan berhubung rapat dengan watak. Dengan kata lain, sudut pandangan dapat menjelaskan kedudukan pengarang dalam mempersembahkan ceritanya.
Carta sudut pandangan adalah seperti yang berikut.
Sudut Pandangan
Rajah 6.4: Carta Sudut Pandangan
Ada dua jenis sudut pandangan, iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama dan Sudut Pandangan Orang Ketiga.
Sudut Pandangan Orang Pertama Cerita dikemukakan oleh salah seorang watak atau pengarang. Pengarang mungkin turut terlibat dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita. Pengarang berselindung di sebalik watak tersebut. Kata ganti nama yang lazim digunakan ialah “saya” atau “aku”. Penceritaannya mungkin terdiri daripada watak utama, watak sampingan, atau watak pemerhati.
84 |
Orang Pertama(aku, saya)
Orang Ketiga(dia, mereka)
Pencerita Serba Tahu
Pencerita Terbatas Pencerita
Objektif
Pencerita WatakUtama(aku)
PenceritaWatak
Sampingan
PenceritaWatak
Pemerhati
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang pertama boleh dilihat dalam novel Aku Anak Timur (karya Siti Aminah Haji Yusuf), iaitu sebuah autobiografi perjalanan. Kisah perjalanan watak diceritakan oleh watak itu sendiri yang menggunakan kata ganti diri orang pertama, iaitu aku (kadang-kadang menggunakan nama Za atau Zarina, nama panggilan oleh watak-watak lain). Cerita pengembaraan yang dipaparkan seolah-olah benar. Penggunaan kata “aku” membabitkan fikiran dan perasaan pembaca.
Rajah 6.5: Sudut Pandangan Orang Pertama
Sudut Pandangan Orang Ketiga
Pencerita mengisahkan cerita daripada karyanya dan menggunakan ganti nama “dia” dan “mereka” atau “beliau”. Pencerita mungkin bersifat sebagai serba tahu, terbatas, atau objektif.
(a) Pencerita serba tahu (tidak terbatas)
Pencerita serba tahu boleh dilihat dalam novel Konserto Terakhir (karya Abdullah Husain). Pengarang sebagai pencerita menggunakan sudut pandangan orang ketiga pencerita serba tahu, dapat melihat dan mengetahui segala-galanya tentang apa yang difikirkan dan dilakukan oleh watak-watak seperti contoh petikan yang berikut:
85 |
P
AB
C
* Pencerita (P) ialah watak yang terlibat. (A) mungkin watak utama, watak sampingan atau watak pemerhati. Pencerita berada dalam lingkungan cerita, dapat menceritakan fikiran dan perasaan dirinya sahaja, tetapi tidak boleh watak-watak lain, (B dan C).
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
…Di muka pintu tertegak seorang anak muda, lima kaki lima inci tingginya. Rambutnya sedikit ikal, anak matanya agak liar. Pakaiannya agak miskin dibuat daripada bahan kain yang murah. Seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asal. Dia tidak berkasut. Kasut getahnya telah ditanggalkan di muka pintu. Sebuah beg perjalanan yang sudah tidak bertali, di bawah ketiak kanannya. Berdetak hati guru itu dengan sangkaan bahawa anak muda itu orang jahat (hlm. 2).
Menerusi petikan di atas, jelaslah pengarang bebas menceritakan tentang perwatakan Hilmi. Pengarang menyelami perasaan atau fikiran guru muzik terhadap Hilmi, watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Selain watak Hilmi, pengarang juga menyelami perasaan dan fikiran watak-watak lain seperti Dr. Nathan, Datuk Johari, Datin Salmah, Encik Bakar, Mohsin, dan Mak Minah. Pengarang juga dapat menggambarkan keadaan latar tempat dan suasana di rumah Datuk Johari secara jelas (hlm. 9).
Rajah 6.6: Pencerita Serba Tahu
(b) Pencerita terbatas
Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas boleh dilihat dalam novel Bukit Kepong karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengarang dapat menggambarkan keadaan fizikal, perasaan dan fikiran Othman Yusof sebagai watak utama dalam novel ini. Gambaran watak ini ditonjolkan agak terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak-watak lain seperti Sarjan Jamil, Limah, Penghulu Ali Mustapha, OCPD J.J. Raj Jr, anggota polis yang lain dan pemimpin pengganas komunis yang digambarkan secara ringkas.
86 |
P
C
B
A* Pencerita (P) mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak (A, B, C).
* Pencerita (P) berada di luar cerita, tetapi memilih satu-satu watak tertentu (A) sebagai pusat mengisahkan cerita. Segala perbuatan, fikiran dan perasaan dapat digambarkan hanya bagi watak yang terpilih.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 6.7: Pencerita Terbatas
(c) Pencerita objektif
Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang ketiga objektif boleh dilihat dalam novel Bukit Kepong karya Mohd. Ismail Sarbini. Sudut pandangan ini digunakan pada bahagian awal cerita, iaitu menceritakan keadaan di Tanah Melayu ketika pengganas komunis mula melancarkan pelbagai serangan terhadap penduduk negara ini. Selain itu, pengarang turut menunjukkan aksi pengganas komunis yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.
Rajah 6.8: Pencerita Objektif
6.5.5 Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot mengemukakan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Dalam hal ini, aksi yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan
87 |
P
C
B
A
* Pencerita objektif disebut juga sebagai “laporan”, “dramatis” atau “pencerita hilang”. Pencerita (P) berada di luar cerita. Menggunakan ganti nama orang ketiga. Menggambarkan apa yang dilihat dan didengarkan sahaja.
P
A
B
C
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
antara satu sama lain. Peristiwa dalam plot mungkin disusun secara kronologi (mengikut urutan) atau tidak kronologi (tidak mengikut urutan). Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Plot tidak kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan. Contoh binaan plot adalah seperti dalam rajah yang berikut:
(suspens,
konflik)
(teknik)
(watak, latar)
Rajah 6.10: Binaan Plot Novel
PermulaanPengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti watak atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.
PerkembanganCerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik untuk mempersembahkan cerita.
Perumitan Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dalam cerita dan unsur suspens (perasaan tertanya-tanya) bagi menghidupkan cerita serta menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.
PuncakBahagian ini merupakan saat ketegangan bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda tanya kepada pembaca akan terjawab.
Peleraian
88 |
Puncak
Perumitan
Perkembangan
Permulaan Peleraian
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Bahagian pengarang menyudahkan ceritanya. Segala kekusutan dalam cerita akan terlerai.
6.5.6 Teknik Plot
Teknik plot ialah cara plot dibina untuk mewujudkan cerita yang lebih menarik dan tidak membosankan. Antara teknik yang digunakan ialah:
Imbas kembali Cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas semula melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman watak.
Imbas muka Unsur yang terdapat dalam karya yang membolehkan pembaca meramal atau menjangkakan tentang sesuatu yang akan berlaku dalam plot.
Pemerian Pengarang menulis cerita dengan cara penceritaan dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.
Suspens Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Kejutan Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
Dialog Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih. Pengarang biasanya memasukkan dialog untuk menjadikan penceritaan lebih segar. Dialog menjadikan plot cerita lebih pantas berkembang dan lebih realistik. Melalui dialog antara watak dengan watak yang lain biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema, peristiwa, latar dan watak lain dalam ceritanya.
Monolog Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.
Interior Monolog (monolog dalaman) Kata hati atau pengucapan batin seseorang watak. Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam
89 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
bentuk dialog atau monolog. Interior monolog biasanya wujud dalam aliran bawah sedar watak.
6.5.7 Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau pelakon atau pemain peranan dalam sesebuah cereka. Watak tidak semestinya manusia, tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan atau unsur alam. Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) watak yang positif dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak, peranan dan fizikal (sifat luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti cantik, dan berkulit putih). Pelukisan watak boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang, iaitu melalui aksi, tutur kata, atau pemikiran watak berkenaan.
Pembahagian watak terbahagi kepada dua, iaitu watak utama dan watak sampingan.
Watak utama Watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesuatu cerita.
Watak sampingan Watak yang menyokong atau membantu tindak tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak ini lebih kecil daripada watak utama dalam cerita berkenaan.
Peranan watak dalam cerita terbahagi kepada dua, iaitu watak protagonis dan watak antagonis:
Watak Protagonis Watak yang berperanan penting dalam sesebuah cerita.
Watak Antagonis Watak yang menghalang (menentang) peranan penting watak protagonis.
Watak terbahagi kepada empat jenis, iaitu watak statik, bulat, pipih dan dinamik.
90 |
JENIS-JENIS WATAK
BulatTidak sepenuhnya jahat/baik.Sifat kerap berubah.Tindakannya sukar diramal.
StatikTidak mengalami perubahan.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 6.11: Jenis-jenis Watak
6.5.8 Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah cara seseorang pengarang menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu karya mereka. Dalam penulisan karya kreatif, pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri untuk menyampaikan tema, persoalan, watak perwatakan, plot, latar serta sudut pandangan dalam sesebuah ceritanya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa yang pelbagai akan memancarkan keindahan estetika dalam sesebuah karya di samping menonjolkan keperibadian penulis.
Gaya bahasa yang perlu diberi perhatian ialah diksi dan pembinaan ayat.
Diksi Pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema dan persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Diksi juga merupakan bahasa daerah atau dialek, bahasa istana dan pengaruh bahasa asing yang digunakan dalam karya. Contoh:
Bahasa daerah atau dialek: “Sekali-sekalo jadi tauke bappa kedianya. Ore tok ke nak kena. Tauke ite, drebar pong ite” – (Konserto Terakhir, hlm. 71).
Bahasa istana: perkataan pacal, patik, tuanku dan baginda (Konserto Terakhir, hlm. 7).
Bahasa asing (bahasa Inggeris): “…These mere ever quick in emulation in good works; they used to call on Us in love and reverence, and humble themselves before Us.” (Al-Anbiyaa:90) (Julia, hlm. 27).
Pembinaan ayat Melibatkan penyusunan ayat, iaitu bagaimana pengarang menyusun ayat-ayat dalam cereka, sama ada ayat-ayat itu pendek, panjang, mudah atau kompleks.
91 |
DinamikSentiasa mengalami perubahan sama ada dari segi psikologi atau aksi yang berlaku dalam plot.
PipihDibentuk atas dasar baik/jahat sahaja.Watak sampingan.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Penyusunan ayat termasuk juga aspek pengulangan sama ada frasa, perkataan atau ayat yang diulang. Contoh:
Ayat pendek – “Ada Hayati belikan.”“Oleh-oleh apa?”“Boneka menari.”“Tapi itu kata kau untuk Mohsin?”“Untuk Mohsin ada juga.” (Konserto Terakhir, hlm. 111).
Ayat panjang – Muhamad Jaafar menitiskan air mata bukan kerana kesakitan dan kecederaan yang dialaminya tetapi kerana dia tidak berupaya melindungi keluarganya dan tidak berdaya membantu pertahanan polis di samping tidak berupaya memujuk anak-anaknya yang sedang meratap ketakutan. (Bukit Kepong, hlm. 216 ).
Unsur-unsur yang terdapat dalam gaya bahasa adalah seperti berikut:
Bahasa Perbandingan
(a) Metafora Dalam bahasa perbandingan, terdapat rumusan metafora, simile, personifikasi, hiperbola dan simbolik. Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara perbandingan terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan yang bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh:
…Bunga kemarahannya mulai menguntum lalu digoyang-goyangkan paip getahnya itu agak kuat. (Konserto Terakhir, hlm. 23).
(b) Simile – Bahasa yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan dengan menggunakan kata-kata seperti, bagai, macam, bak, umpama, laksana dan ibarat. Contoh:
…Dia bersiap-siap hendak mengambil wuduk untuk solat Subuh apabila mendengar bunyi tembakan awal yang bersahut-sahutan seperti bertih digoreng itu. (Bukit Kepong, hlm. 197)
(c) Personifikasi Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan). Contoh:
92 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Berek itu dicucuh dengan api. Api marak menjilat minyak tanah tadi dan terus memamah dinding dan lantai serta bumbung berek yang usang itu (“Bukit Kepong”, hlm. 283 ).
(d) Hiperbola pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu atau gaya bahasa perbandingan yang melampau atau membesar-besarkan sesuatu. Contoh:
Badan dan kepala bergoncang pada nisan itu. (“Di Hadapan Pulau”, hlm. 77).
(e) Simbolik Memindahkan sifat seseorang atau benda pada yang lain atau menggambarkan sesuatu menggunakan benda lain (unsur alam, warna dan waktu) sebagai lambang.
Laut melambangkan kehidupan Putih melambangkan kesucian
Pagi melambangkan kehidupan baruKubur masih merah, baru sahaja meninggal dunia. (Julia, hlm. 85).
Bahasa SindiranDalam bahasa sindiran, terdapat unsur sinis, iaitu sindiran atau ejekan. Contoh:
Dunia hipokrit yang dangkal. (“Julia”, hlm. 7).
Bahasa PenegasanDalam bahasa penegasan, terdapat unsur repitisi, anafora, dan inversi.(a)
Repitisi Pengulangan kata-kata dalam ayat. Contoh:
“Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnya miskin, miskin ilmu, miskin iman dan miskin segala-galanya.” (“Julia”, hlm. 47 )
(b) Anafora Pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Contoh:
Aku belum bersedia berpisah dengan adik-adikku. Aku belum bersedia meninggalkan kawan-kawanku.
93 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Aku belum bersedia menerima perubahan yang mendadak begini. (“Julia”, hlm. 1).
(c) Inversi
Kebalikan susunan kata dalam ayat. Contoh:
…Di muka pintu berdiri tertegak seorang anak muda… (Konserto Terakhir, hlm..2)
Jika ayat ini dianalisis dari segi tatabahasanya:Subjek Predikat
Seorang anak muda berdiri (kata kerja) / tertegak / di muka pintu (adverba) (keterangan)
Ayat ini sepatutnya “Seorang anak muda berdiri tertegak di muka pintu …”
Bahasa PertentanganDalam bahasa pertentangan, terdapat unsur paradoks, sinkof, dan peribahasa.
(a) Paradoks Gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat. Satu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contoh:
Hayati tersipu-sipu. Dia mulai tertarik dengan dua pupunya itu. Gerak gerinya kelihatan janggal, tetapi ada semacam daya penarik. (Konserto Terakhir, hlm. 5).
(b) Sinkof Penyingkatan perkataan, iaitu Kakak (kak), dan tidak (tak). Contoh:
“Kak, kak pernah belajar menembak tak?” (Bukit Kepong, hlm. 53 ).
(c) Peribahasa Ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contoh:
“Mungkin Encik Bakar berasa serik untuk mengajarnya lagi, ataupun Encik Bakar menuduhnya hangat-hangat tahi ayam.” (Konserto Terakhir, hlm. 155).
94 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 6.12: Pemakaian Bahasa Dalam CerekaUNIT 7DRAMAObjektif
Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut: Memberikan pendedahan kepada peserta kursus Komsas tentang drama
(definisi, ciri dan elemen drama); Menjelaskan beberapa aspek dalam pengajaran dan pembelajaran teks drama
sebagai satu komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu; Memberikan beberapa saranan teknik dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran drama dalam Komsas (khususnya dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, sinopsis dan gaya bahasa) dan perkaitannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kurikulum baru (semakan).
7.2 Definisi
Drama berasal daripada perkataan “dran” (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud, “melakukan” atau “melakonkan” . Drama juga didefinisikan sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi, yang menampilkan persoalan kehidupan dengan gerak. Drama boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.
Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Baginya, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa.
Berbeza dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk dibaca, tetapi akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan. Kita boleh melihat drama daripada dua perspektif seperti gambar rajah yang berikut;
95 |
Gaya Bahasa
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
seni individu
(Perlu digarap)
pembaca untuk
dibaca
drama
untuk penon-
ditonton ton kolek-
tif
seni kolektif (sedia di-
pentaskan)
Rajah 7.1: Drama sebagai naskhah bacaan, dan teater sebagai hasil pementasan.
(diubah suai daripada Guntur Tarigan 1989)
Berdasarkan Rajah 7.1, dapat dijelaskan bahawa drama sebagai sebuah naskhah manuskrip (hasil karya sastera) yang boleh dinikmati oleh individu secara bacaan untuk digarap dan dipentaskan. Skrip drama tersebut menjadi hasil seni penulis. Sebuah skrip drama berbeza dengan novel dan cerpen. Dalam novel dan cerpen, seorang pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang secara terperinci, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu situasi atau latar melalui dialog yang disampaikan.
Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama adalah ia digerakkan oleh dialog. Pengarang menyampaikan pemikiran atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Pembaca harus membayangkan situasi yang diceritakan dalam imaginasi mereka. Sebuah karya drama yang baik dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarangnya melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu dan seumpamanya. Unsur ini juga menjadikan ceritanya lebih “suspens” (ketegangan) dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.
Namun demikian, drama tidak selesai sebagai naskhah bacaan sahaja. Drama boleh menjadi satu hasil seni kolektif
96 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
yang dinikmati bersama oleh sekumpulan penonton apabila dipentaskan. Pementasan inilah yang disebut teater. Sebuah teater yang dipentaskan akan menjadi satu hasil karya bersepadu (bersama) kerana sebuah pementasan perlu mengadunkan pelbagai seni seperti seni lakon, seni bina, seni muzik, seni tari, seni busana dan beberapa seni lain. Sebagai sebuah pementasan teater, sesebuah drama memerlukan ruang atau pentas untuk lakonan, set dan prop sebagai latar dan pelakon.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa drama merupakan sebuah karya sastera dan seni persembahan yang menggabungkan pelbagai unsur seni. Drama boleh dibaca secara individu atau kolektif (beramai-ramai). Sebuah skrip drama yang ditulis dapat dinikmati secara pembacaan dan apabila dipentaskan sebagai teater, dapat dinikmati pula secara penglihatan/penghayatan oleh sekumpulan penonton .
Perbandingan antara drama sebagai naskhah/skrip dengan pementasan/teater dapat dilihat dalam rajah di bawah:
Rajah 7.2: Perbezaan antara Skrip Drama dengan Pementasan Teater
97 |
Naskhah bertulis skrip
Pementasan (teater)
Seni kolektif (gabungan pelbagai unsur seni – seni bina (latar / set), seni muzik (lagu), seni tari dan seni busana (rekaan pakaian/kostum)
Untuk ditonton (Penonton kolektif)
Penggunaan ruang/pentas
Pelakon (pemain peranan)
Seni individu (hasil seorang
pengarang dan dinikmati oleh pembaca secara sendirian)
Untuk dibaca
Tidak memerlukan penggunaan ruang pentas dan ciri lain
Tiada pelakon
Drama sebagai skrip atau naskhah bacaan dinikmati secara individu dan tidak memerlukan ruang, pelakon dan bantuan seni lain, tetapi apabila dipentaskan, drama sebagai teater yang memerlukan ruang pentas, pelakon dan gabungan pelbagai seni lain dan dinikmati bersama atau secara kolektif.
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
7.3Ciri-ciri
Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut: Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah dan lebih bertujuan
untuk dipentaskan. Naskah drama boleh berbentuk prosa atau puisi. Kebiasaannya, drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan
watak yang diwujudkan. Pengarang menyampaikan pemikirannya melalui dialog watak-watak tersebut.
Konflik menjadi unsur penting dalam drama. Konflik juga menggerakkan plot, iaitu ciri penting dalam sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak boleh dianggap sebuah drama, sebaliknya hanya sebuah sketsa sahaja.
Gaya bahasa dalam drama biasanya mengikut latar masa dan latar masyarakat yang diwakilinya. Ini bagi memastikan drama tersebut benar-benar mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
7.4Jenis-jenis
Drama terdiri daripada pelbagai jenis, namun empat jenis yang utama ialah: Tragedi : drama yang memaparkan kisah duka dan tragis. Wira atau pelakon utama
digambarkan mengalami nasib malang dan diakhiri dengan tragedi. Komedi : drama yang bersifat lelucon dan menghiburkan. Drama yang memaparkan
tema yang serius dalam bentuk lucu dan menggembirakan. Drama komedi biasanya bersifat menyindir masyarakat (komedi situasi) dan plotnya diakhiri dengan kepuasan hati penonton.
Melodrama : drama yang bersifat sentimental dan ceritanya sering mendebarkan serta mengharukan. Drama begini biasanya menyentuh emosi penonton.
Frasa: drama yang bersifat komedi murahan atau konyolan. Drama begini hanya mementingkan hiburan ringan dan murahan sahaja. Plot ceritanya longgar dan tidak ada wacana. Drama ini kurang diminati oleh penonton.
7.5Komponen
Enam komponen penting yang dibicarakan dalam teks drama Komsas ialah:
98 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Rajah 7.3: Komponen Drama
7.5.1 Pemikiran (Tema)
Pemikiran atau tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti cerita. Pemikiran atau tema hanya dapat ditentukan apabila sesebuah skrip itu selesai dibaca atau setelah sesebuah pementasan selesai ditonton. Pemikiran juga merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disalurkan melalui dialog dan aksi watak-watak yang memainkan peranan serta konflik yang ditimbulkan dalam cerita. Pemikiran atau tema ini diperjelaskan atau diperkukuhkan dengan persoalan atau isu kecil yang ditimbulkan dalam cerita.
7.5.2 Watak dan Perwatakan
Watak ialah peranan yang ditimbulkan oleh penulis dalam skripnya. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang atau benda yang dihidupkan. Watak merupakan elemen terpenting dalam drama. Biasanya, terdapat ciri-ciri umum dan khusus yang menggambarkan sifat atau sikap tersendiri pada sesuatu watak. Skrip yang baik biasanya memilih watak yang menarik, yang mempunyai kelainan dan keistimewaan. Sebagai contoh, sifat dan sikap watak Badut dalam drama “Jangan
99 |
Pemikiran (tema)WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR
AKSI
GAYA BAHASA
PLOT/STRUKTUR DRAMATIK
Komponen
Drama
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Bunuh Rama-Rama” karya Noordin Hassan. Perwatakan Badut digambarkan berbeza dengan manusia biasa yang terdapat dalam kehidupan seharian. Dialognya juga membayangkan betapa dirinya seorang manusia yang dinamik yang sering berubah dan berkembang. Pada mulanya Badut seorang raja yang berkuasa, akhirnya berubah menjadi Badut yang menghiburkan orang lain. Dia menggembirakan dan membuat orang tertawa dengan lawaknya, tetapi dalam hatinya, dia menangis - tiada siapa yang tahu. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Watak utama ialah watak yang menerajui sesebuah drama dan biasanya menjadi watak protagonis, (watak yang menyokong idea penulis) manakala watak sampingan ialah watak-watak lain, biasanya bertindak sebagai watak antagonis (watak yang menentang idea penulis). Penentangan ini akan menimbulkan konflik dalam cerita.
7.5.3 Aksi
Aksi merupakan elemen penting dalam drama, terutamanya apabila sesebuah drama itu dipentaskan. Dalam skrip drama biasanya aksi ditulis secara minimum, manakala dalam prosa yang lain seperti novel dan cerpen, penjelasan aksinya ditulis secara terperinci. Pembaca biasanya akan membayangkan sendiri aksi atau tindak tanduk watak melalui dialog yang dituturkan. Untuk mementaskan sesebuah drama, pengarah perlu membuat pentafsirannya sendiri dan perlu mengolah skrip menjadi sebuah naskhah yang dihidupkan di pentas. Inilah keistimewaan sesebuah skrip drama kerana ia bukan sahaja dapat dinikmati melalui pembacaan, tetapi juga melalui seni pementasan.
7.5.4 LatarLatar merupakan elemen penting untuk menjelaskan tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan. Sebagaimana karya dalam genre lain, drama juga memberikan penerangan tentang latar sesebuah cerita. Namun demikian, penerangan tentang latar tempat dan masa dalam drama agak terhad. Gambaran yang diberikan oleh penulis skrip drama biasanya tidak terperinci seperti dalam novel dan cerpen. Keadaan ini dipengaruhi oleh tujuan utama drama adalah untuk dipentaskan. Walau bagaimanapun, gambaran yang diberikan memadai untuk difahami oleh pembaca. Dalam sesebuah drama pentas, latar tempat biasanya terbatas. Hal ini demikian kerana terdapatnya kekangan dalam menukarkan set dan prop dari satu babak kepada babak yang lain.
7.5.5 Plot atau Struktur Dramatik
Plot atau struktur dramatik dalam sesebuah drama terbina melalui dialog dan gambaran aksi setiap watak. Bahasa juga menjadi elemen penting dalam menentukan perkembangan cerita atau senario dalam sesebuah drama. Drama dibangunkan dengan konflik, jika tidak ada konflik, sesebuah drama itu akan menjadi hambar dan boleh diumpamakan sebagai satu pengisahan sahaja. Jadi, konflik memainkan peranan utama dalam membangunkan sesebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan, suatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan sehingga kepada peleraiannya. Sebaik-baik peleraian cerita adalah sesuatu yang di luar jangkaan pembaca atau penonton. Dalam drama diwujudkan masalah dan penulis akan memberikan jalan penyelesaian masalah pada akhir ceritanya. Ada juga drama yang membiarkan penyelesaian masalah itu ditentukan oleh pembaca atau penonton. Sebuah drama yang baik akan mengelakkan antiklimaks atau penyelesaian yang boleh diduga oleh pembaca atau penonton. Penulis drama yang bijak akan mengekalkan unsur suspens atau perasaan ingin tahu pembaca atau penonton.
Dalam sesebuah drama, pembahagian peristiwa lazimnya ditulis menggunakan babak, adegan atau episod.
Babak
Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam satu latar tempat dan masa. Jika berlaku pertukaran latar masa dan latar tempat, maka berlakulah perubahan babak.
Adegan
Pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam latar tempat yang sama tetapi masa yang berbeza.
100 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Episod
Peristiwa yang lengkap dan boleh berdiri sendiri, biasanya digunakan dalam drama bersiri televisyen. Istilah episod amat jarang digunakan dalam drama pentas atau teater.
Dalam sesebuah skrip drama juga terdapat prolog dan epilog. Prolog ialah unsur penceritaan naratif (boleh juga dalam bentuk puisi atau dialog yang memperkenalkan watak) yang disediakan pada awal skrip bagi memperkenalkan sesuatu situasi atau watak atau pengenalan cerita. Dalam sesebuah pementasan, prolog boleh berbentuk suara latar dan kadang kala disampaikan sebelum tirai dibuka. Epilog pula disampaikan pada bahagian akhir cerita sebagai penutup drama.
7.5.6 Gaya Bahasa
Gaya bahasa merupakan elemen penting dalam drama. Oleh sebab drama dibina dengan dialog dan pelbagai aksi watak yang diwujudkan oleh penulis, bahasa menjadi wahana kepada pemikiran dan pemangkin tumpuan pembaca. Sebuah drama yang baik biasanya menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan berkesan untuk menyampaikan mesej. Gaya bahasa juga menjadi aspek yang mempengaruhi mood atau menentukan cepat atau lambatnya (tempo) perjalanan skrip. Jika bahasanya meleret dan terlalu sukar difahami, akan menyebabkan pembaca bosan dan hilang tumpuan. Dalam sesebuah pementasan, jika mood drama terlalu lembab, penonton akan menjadi bosan. Drama yang baik biasanya menyediakan gaya bahasa yang menepati latar zaman, masa, masyarakat dan tempatnya, terutama bagi skrip drama beraliran realisme. Pemilihan diksi , ayat dan unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca atau penonton menikmati sesebuah skrip drama.
KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUTDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
101 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam PdP Komsas
Kredit Topik 4. Kaedah KBAT dalam P-P Komsas
Jam Interaksi 10 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam/ 5 hari
Hasil Pembelajaran:
i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya sastera Komsas;
iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsas dengan tepat dan betul;
iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiran apresiasiatif sastera Komsas dengan betul;
v. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran sastera Komsas bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif dengan menggunakan peta pemikiran i-think / kemahiran berfikir aras tinggi;
vi. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan sastera untuk dilaksanakan di sekolah; dan
vii. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.
Sinopsis Kursus ini membincangkan topik berkaitan tunjuk cara dan aplikasi kaedah KBAT menggunakan Peta Pemikiran i-Think dalam memahami karya sastera Komsas dengan menggunakan pelbagai alat kemahiran berfikir seperti Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir, Peta Titian, Bingkai Rujukan.
102 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tajuk Kandungan Jam
Kaedah KBAT dalam P-P Komsas BM
Aplikasi Kaedah KBAT dalam P-P Komsas BM dengan menggunakan pelbagai alatan kemahiran berfikir i-think; Aplikasi dan penghayatan teks Prosa;
o Peta Bulatano Peta Buiho Peta Buih Bergandao Peta Pokok
Aplikasi dan penghayatan teks Puisi;
o Peta Dakapo Peta Aliro Peta Pelbagai Aliro Peta Titiano Bingkai Rujukan
4 ½
5 ½
Jumlah 11 jam
Tajuk Kandungan Jam
PENILAIAN
RUJUKAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
103 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Tajuk Kandungan Jam
BACAAN
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota :
LATAR BELAKANG i-THINK
Memupuk Minda Masa Depan
Agenda Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Malaysia untuk memacukan dan memperkukuh kemajuan Malaysia
dengan mempercepat budaya inovasi.
Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua
merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat
pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam
menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan
dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.
Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat,
selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi
tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan
104 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi
dan teknologi yang bergerak pantas.
Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang
progresif untuk Malaysia dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar
dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui
kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal
kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan
semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di
bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju
dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut
dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.
Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima
perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.
Untuk mencapai matlamat ini, KPM dan AIM telah bersama-sama
memperkenalkan projek i-THINK.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir,
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir di dalam menyelesaikan
masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid sekolah.
i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan
diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Cabaran kita, sistem yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada
murid dalam menghafal dan mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu murid
menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya dan
membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk
membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah.
Penyelesaian kita, ini bukan sahaja menggalakkan murid mempelajari
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bahkan juga belajar bekerja secara
kolaboratif. Dengan alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat
105 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
diterapkan dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Lapan Peta Pemikiran i-THINK (Proses Pemikiran) adalah alat berfikir visual
yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah
dan mencari penyelesaian.
Digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan pelbagai tahap, proses
pemikiran ini akan menjadi satu cara lazim untuk murid, guru dan ibu bapa supaya
menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea-idea baharu bersama-sama. Melalui
penggunaan berterusan, Peta Pemikiran akan menjadi kebiasaan kepada murid
untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
peta bulatan – mendefinisikan mengikut konteks.
peta buih – menerangkan.
peta buih berganda – membanding beza.
peta pokok – membuat pengelasan.
peta dakap – hubungan seluruh bahagian.
peta alir – urutan.
peta pelbagai alir – sebab dan akibat.
peta titi – analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)
1. Peta Bulatan
Mendefinasikan mengikut konteks. Peta Bulatan membantu aktiviti sumbangsaran
dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu
supaya perkara tersebut boleh diteroka. Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea
tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan
bulatan luar.
2. Peta Buih
Menerangkan. Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea
dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang
dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika mahu memahami
tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang
menerangkannya dalam bulatan-bulatan yang berada disekitar.
3. Peta Buih Berganda
106 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Membanding beza. Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan persamaan dan
perbezaan antara dua perkara atau supaya dapat membezakan kedua-duanya
dengan membanding dan membeza. Sebagai contoh, jika mahu membandingkan
kapal terbang dan kereta api, senaraikan antara kedua-dua jenis sistem
pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula
disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
4. Peta Pokok
Membuat pengelasan. Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada
dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam
gambaran besar secara menyeluruh. Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai
makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama
dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.
5. Peta Dakap
Hubungan seluruh bahagian. Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada
ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.
Sebagai contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan semua benua dan
seterusnya negara-negara di setiap benua.
6. Peta Alir
Urutan. Peta Alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam
sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai
sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke
sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang
harus diikuti.
7. Peta Pelbagai Alir
Sebab dan akibat. Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat
sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan
cara untuk mengubahnya. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan
kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang
menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi di sebelah
kanan.
8. Peta Titi
107 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan). Peta Titi membantu
menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama
lainsupaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan
yang serupa (analogi). Sebagai contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara
haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan
anaknya, yang anda tahu, kemudian senaraikan pasangan-pasangan yang lain.
Program i-THINK adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif.
Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
Abjad ‘i’ – bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran
secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.
Setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai. Senario ini
juga berlakudi dalam bilik darjah. PdP memerlukan beberapa pendekatan yang
berlainan untuk disesuaikan dengan tajuk dan tahap murid. Antara alat berfikir yang
boleh digunakan adalah:
1. Edward De Bono Six Thinking Hats
2. Peta Minda (Tony Buzan)
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis SWOT
5. Carta T
6. Carta Y
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran (Program i-THINK)
Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan
proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual
dalam bentuk grafik.
Apa itu peta pemikiran?
Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah
merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran
108 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap
Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran yang tersendiri. Penggunaan peta ini
boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta
Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.
Jadual 1: Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran
1. Peta Bulatan
Proses Pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks.
Sumbang saran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks
2. Peta Buih
Proses Pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan
menggunakan adjektif.
Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau
menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.
3. Peta Buih
Berganda
Proses Pemikiran: Banding beza.
Membanding beza sesuatu
4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat pengelasan.
Mengklasifikasi bahan atau idea
5. Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan bahagian seluruh.
Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada
bahagian kedua ialah bahagian utama.
109 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
6. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan
Membuat urutan
7. Peta Pelbagai
Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat.
Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah
peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah
sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan
pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Peta Titi
Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama,
mencari faktor penghubungan. Mengaplikasi proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan
dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbang saran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber
rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu bahawa ...................?
3. Adakah anda tahu bahawa ......................?
4. Bagaimana mendefinisikan / memperkenalkan idea / topik ini?
5. Apakah yang anda fikir tentang ...............................?
Cadangan penggunaan:
meningkatkan kosa kata
sumbang saran idea dalam penulisan
menguji pengetahuan sedia ada murid
110 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
menguji pemahaman murid selepas pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci:
konteks / senaraikan
jelaskan
tuliskan semua yang anda tahu ....
sumbang saran
kenal pasti
kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
meneroka makna / maklumat
Apakah benda-benda yang terdapat di dapur
BUKU BAPA
TEKO
MANGKUK CAWAN
CEREK DAPUR PINGGAN
SUDU GARPU
GELAS
111 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
KAWAN CIKGU
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
Langkah Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di
dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif /
kata sifat bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan
garis lurus.
4. Senaraikan bebarapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif /
negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif – bertelinga besar, bersisik tebal, berion positif
Soalan-soalan berkaitan
1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda,
idea, konsep, gambar .....?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep / nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
Cadangan penggunaan:
adjektif
fakta
pendapat
Kata kunci:
terangkan
jelaskan
gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan .....
kualiti
112 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
sifat
ciri-ciri
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan dua bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk
menuliskan dua topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan
utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan dua topik utama menggunakan garis
lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara dua topik, gabungkannya
dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang
hanya bersambung dengan satu topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan persamaan sahaja atau
perbezaan sahaja.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah persamaan dan perbezaan antara dua topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?
Cadangan penggunaan:
membanding beza ciri-ciri bentuk 2D dan 3D
membandingkan sifat manusia
membandingkan dua idea
Kata kunci:
bandingkan
bezakan
persamaan
bezakan antara ..... dengan .....
perbezaan
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk / topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
113 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa
kumpulan / kategori.
3. Apakah idea / penjelasan yang menerangkan / menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap kategori ini?
5. Apakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah
dipilih?
6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengelaskan bahan / alatan ini?
Cadangan penggunaan:
mengelaskan kumpulan haiwan
mengelaskan kumpulan alatan muzik
mengelaskan elemen penting cerita
mengkategorikan kosa kata
Kata kunci:
kelaskan
asingkan
kategorikan
kenal pasti antara idea utama dan penjelasannya
Langkah Membina Peta Dakap
1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud.
2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan digariskan.
3. Tuliskan bahagian / pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian / komponen yang utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini?
4. Adakah bahagian / komponen ini merupakan sebahagian daripada ....?
5. Bahagian / komponen manakah yang telah hilang / tiada dalam gambar rajah
ini?
Cadangan penggunaan:
114 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
matematik (nilai tempat nombor)
komponen alatan muzik
analisa struktur objek
Kata kunci:
sebahagian daripada .....
tunjukkan struktur .....
ambil sebahagian daripada .....
kenal pasti struktur
komponen fizikal
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk (peristiwa / tajuk).
2. Lukiskan sebuah kotak disebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah
pertama untuk menghasilkan / membina / membuat .....
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah
langkah utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah tajuk bagi peristiwa ini?
2. Apakah langkah / peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yangperlu ditulis sebelum dan selepas peringkat
yang sedang dibincang?
5. Apakah yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?
Cadangan penggunaan:
sains (proses dan kitaran hidup)
penyelesaian masalah
115 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
peristiwa sejarah dan garis masa
proses menanam sayur
Kata kunci:
susunkan mengikut aturan yang betul
ceritakan / kira semula
kitaran
tunjukkan proses
selesaikan masalah ...
mengkaji corak (trend)
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Gunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut
dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah
kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
8. Cadangan topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah sebab dan kesan peristiwa ini?
2. Mengapakah peristiwa ini berlaku?
3. Apakah pengajaran di sebalik peristiwa ini?
4. Apakah yang akan berlaku jika ..... berlaku?
Cadangan penggunaan:
analisis sejarah
meramalkan kejadian
pengurusan sikap
Kata kunci:
sebab dab kesan
116 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
bincangkan kesan / pengajaran
apakah yang akan berlaku sekiranya ...?
jika ......., maka .........
terangkan perubahan ......................
kenal pasti pengajarannya
kenal pasti keputusan daripada ..............
apa yang berlaku jika ................
Langkah Membina Peta Titi
1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di
bahagian kiri.
2. Faktor penghubung adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan
yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak ( ^ ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah faktor penghubung antara dua contoh ini?
2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?
Cadangan penggunaan:
konsep sains
peristiwa sejarah
perkara matematik
Kata kunci:
kenal pasti perkaitan
meneka peraturan
simbol
117 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
analogi
kesetaraan
Rujukan i-THINK
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Pemikiran Reka Cipta. Bentong: PTS
Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ainon dan Abdullah (1994). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Kuala Lumpur:
Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ainon dan Abdullah (2000). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Kuala Lumpur:
Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
i-THINK: Memupuk Minda Masa Depan (2012). Agensi Inovasi Malaysia. Cyberjaya,
Selangor.
Program i-THINK: Membudayakan Kemahiran Berfikir (2012). Bahagian
Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rosnanaini Sulaiman et.al (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis
& Kreatif. Kuala
Lumpur: Longman
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAMDI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
118 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRO FORMA
Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Kredit Topik 5. Rumusan
Jam Interaksi 4 ½
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Tempoh Kursus 40 jam / 5 hari
Hasil Pembelajaran:
i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;
ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang digunakan dalam karya sastera Komsas;
iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsas dengan tepat dan betul;
iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiran apresiasiatif sastera Komsas dengan betul;
v. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran sastera Komsas bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif dengan menggunakan peta pemikiran i-think / kemahiran berfikir aras tinggi;
vi. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan sastera untuk dilaksanakan di sekolah; dan
vii. Mempersembahkan bahan komsas secara menarik, kreatif, menghiburkan dan berkesan.
Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti
Sinopsis Kursus ini membincangkan kaedah mempersembahkan bahan pengajaran teks komsas secara kreatif, menarik, menghibur dan
119 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
berkesan. Juga memberi ruang kepada peserta untuk membinxangkan impak kursus secara reflektif bagi kegunaan bersama.
Tajuk Kandungan Jam
Rumusan( 4 ½ j)
Persembahan kreatif
Refleksi
2 ½
2
PENILAIAN
RUJUKAN
BACAAN
Kerja Kursus 100%
Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.
Nafie Mat, 2008. Teknik Mengajar Komsas. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 2008. Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK). Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
120 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota :
*Perbincangan kumpulan kecil / tugasan disediakan pensyarah mengajar.
121 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
TUGASAN
Dalam kumpulan kecil (2-4 orang), anda dikehendaki menghasilkan suatu produk pembelajaran Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam PdP Komsas yang mengandungi perkara seperti berikut:
i. Pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk suatu tempoh pengajaran tertentu di sekolah
ii. Bahan-bahan sokongan yang akan digunakan dalam tempoh pengajaran tersebut
iii. Pentaksiran dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran
iv. Bahan-bahan rujukan
v. Persembahan multimedia untuk tujuan pembentangan
Produk pembelajaran tersebut boleh dihasilkan dalam bentuk perisian kursus (CD) atau portfolio pembelajaran.
Kriteria penilaian produk seperti yang dilampirkan.
122 |
KURSUS INTENSIF BAHASA MALAYSIA 40 JAM 2013
PENILAIAN
Penilaian kursus dibuat 100% berdasarkan produk/portfolio pembelajaran yang dihasilkan oleh peserta kursus. Pentaksiran terhadap produk/portfolio berdasarkan kriteria penilaian seperti yang berikut:
BIL Kriteria Skor Maksima
Skor di Peroleh
1 Matlamat Kursus Tema dan tajuk meliputi secara jelas dan selaras
dengan kepeluan sukatan pelajaran Aktiviti pembelajaran menjana daya pemikiran
aras tinggi dan kemahiran belajar secara terarah kendiri
Bahan sokongan yang disediakan menjurus ke arah pencapaian matlamat kursus
2 Kandungan Portfolio Prosedur portfolio dicatat dengan jelas Hubungan antara maklumat yang dikumpul
dengan Hasil Pembelajaran kursus ditunjukkan dalam bahan yang disediakan di dalam portfolio
Komponen-komponen di dalam portfolio merupakan model yang dibina untuk membantu pelaksanaan di peringkat sekolah
3 Integrasi Teknologi Penggunaan teknologi yang menyokong ke arah
mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam
4 Kreativiti dan Inovasi Peserta dapat menghasilkan bahan sumber
pengajaran-pembelajaran yang kreatif dan inovatif
Peserta dapat membina portfolio yang menarik dan boleh diguna pakai oleh guru lain
5 Keseluruhan Portfolio menunjukkan keberkesanan kursus
yang diikuti Bukti keseluruhan boleh dilihat melalui kelicinan
aktivit persembahan/pembentangan Pengurusan portfolio yang kemas dan baik
Jumlah 100%
123 |
Recommended