View
298
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/22/2019 Awek Skuter
1/52
Ilya Abdullah
1
ADLLEA BINTI ABD RASHID.Itu nama penuh aku yang tertera
pada kad pengenalan atau lebih
dikenali sebagai MyKad. Warna MyKad aku adalah warna
biru maka, aku adalah warganegara Malaysia. Teman-teman
sekerja aku memanggil aku Lea. L-E-A! Aku bekerja sebagai
budak penghantar piza. Al-maklumlah aku hanya ada SPM
sahaja dan tiada diploma, degree, mastermahupun PhD. Akululus cukup-cukup makan. Saiz badan aku pun cukup-cukup
makanlah juga. Aku dilahirkan pada tahun 1988. Kalau ikut
kalendar Cina tahun apa ya? Entah, aku sudah lupa. Pada
penghujung bulan Januari 2010 ini umur aku genap dua
puluh dua tahun. Alhamdulillah dua puluh dua tahun aku
sudah bernaas di atas muka bumi ini. Aku hidup sebatang
kara. Aku tidak punya ibu dan tidak punya bapa. Aku hanya
ada seorang pak cik dan anaknya, Tuty yang bermata duitan
tetapi baik hati. Itulah serba sedikit tentang latar belakang
aku.
Bab
1
8/22/2019 Awek Skuter
2/52
Awek Skuter
2
Aku bukan tidak teringin bekerja sebagai seorang
eksekuti di pejabat. Namun, permohonan aku sering kali
ditolak sebab aku tidak berkelayakan sama sekali. He he
he orang ada SPM macam aku berangan hendak menjawat
jawatan sebagai eksekuti? Kau bermimpi di siang harilah
Adllea. Bahasa Inggeris pun GAGAL!
Aku pergi kerja naik skuter. Aku hantar piza pun
naik skuter lalu teman-teman aku menggelarkan aku, Awek
Skuter. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan gelaranAwek Skuter. Lainlah kalau dapat gelaran Datin Adllea Abd.
Rashid, boleh juga dibanggakan. Hari-hari kembang-kempis
hidung aku dibuatnya.Supervisoraku, Kak Mona pun gerenti
tidak berani angkat muka dengan aku lagi. Karang tak pasal-
pasal kenapenampordengan Datin Adllea, kan.
Kenapa kau tersengih macam kerang busuk tu Lea?
Entah bila Kak Mona tercongok di depan matanya.Terkejut beruk Adllea.Popcorn di tangan habis berterabur di
atas lantai.
Makan ajelah kerja kau ni, Lea. Patutlah badan kau
takslim macam aku, sambung Kak Mona lagi.
Tersembur popcorn dalam mulut Adllea mendengar
kata-kata perah santan (perasan) daripada bibir gigitan
tebuan Kak Mona itu. Serius, bibir Kak Mona tebalmengalahkan bibir seksi Angelina Jolie!
Adllea ketawa besar dalam hati. Adllea mengaku yang
dia tidaklah lawa seperti Angelina Jolie tetapi dia ada juga
rupa yang boleh tahan ayunya. Adllea kenalah puji diri sendiri.
Kalau Adllea nak mengharapkan Kak Mona nak ke Kak
Mona tu puji dia? Rasa-rasanya sampai musang berjanggut
pun belum tentu Kak Mona nak puji dia.
Ala Kak Mona, berat badan saya baru naik lima kilo
semalam. Doktor cakap kena naikkan lagi sepuluh kilo. Berat
dengan tinggi saya ni tak seimbang. Kurus kering sangat!
balasnya.
8/22/2019 Awek Skuter
3/52
3
Aku pergi kerja
naik skuter. Akuhantar piza pun
naik skuter lalu
teman-teman aku
menggelarkan aku,
Awek Skuter.
Tiada apa yang
boleh dibanggakan
dengan gelaran
Awek Skuter.
Lainlah kalau
dapat gelaran
Datin Adllea Abd.
Rashid, boleh juga
dibanggakan.
8/22/2019 Awek Skuter
4/52
Awek Skuter
4
Orang tidak cukup makan macam dia memang kurus
kering macam papan. Tiada bentuk badan langsung. Sekeping!
Lainlah dengan pak cik dia dan Tuty. Badan mengalahkan
tong dram!
Kau tu tak cukup vitaminlah, Lea. Tapi, aku heran
tengok kau larat bekerja dua puluh empat jam. Semedang
muka kau yang ambil overtime. Kau makan ubat kuatye?
Saya minum kacip Fatimah.
Adllea siap buat gaya Linda Onn dalam iklan ditelevisyen itu.
Elok sangatlah minum kacip Fatimah. Lea aku ada
kerja untuk kau.Last orderuntuk kau malam ini. Kata Kak
Mona sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Adllea.
Berkelip-kelip mata Adllea melihat alamat yang tertera
di situ. Ala, ini yang malas hantar piza ke kawasan black area
di Wangsa Maju. Kalau nak bagi tugas akhir untuk malam inibagilah kawasansafe area!
Saya nak buat talian hayat boleh tak? Adllea sengaja
menjeling Hidayat yang duduk tidak jauh darinya. Mamat
seorang itu sedang melantak bekalan mi segera dalam
cawan.
Kak Mona laju menggelengkan kepalanya. Tiada
talian hayat dibenarkan. Apa kau ingat ini rancangan WhoWants To Be A Millionaire?
Kak Mona sudah bercekak pinggang, gaya mak tiri
dalam cerita Cinderella.
Hamba menurut perintah. Adllea malas mahu
memanjangkan cerita yang sudah semakin panjang maka, dia
menurut sahaja arahan Kak Mona.
Adllea mencapai topi keledar dan menanti piza yang
akan dia hantar malam ini dengan skuternya yang berwarna
pink itu.
8/22/2019 Awek Skuter
5/52
5
ADLLEAmeneliti nombor rumah berkenaan dengan nombor
yang tercatat pada kertas di tangannya. Sudah tidak syak
lagi. Nombor rumah 702! Inilah rumahnya! Adllea segera
mengetuk pintu dan seperti biasa dia memberikan salam.
Assalamualaikum! Ada orang ke takde orang? Saya
datang nak hantar piza.
Senyap!Adllea mengetap bibirnya. Masakan tuan rumahnya
sudah tidur? Adllea mengetuk pintu rumah itu sekali lagi
dengan memberikan salam.
Takde orang saya baliklah! gerutu Adllea.
Pintu rumah itu terbuka. Seorang lelaki yang hanya
memakai T-shirt dan seluar pendek paras lutut berdiri di
hadapannya. Tingginya lebih kurang macam dia, salahnya
lelaki itu tinggi lebih sikit saja. Lelaki itu melurut rambutnya
yang serabai. Rupa dia macam orang baru bangun tidur.
Pandang orang macam hendak menelan dia hidup-hidup!
Assalamualaikum!
Ada orang ke takde
orang? Saya datang
nak hantar piza.
8/22/2019 Awek Skuter
6/52
Awek Skuter
6
Pizza Hut encik.
Saya takorderpiza pun? balas lelaki itu dengan raut
wajahnya yang keruh. Dia membulatkan anak matanya. Awak
mengganggu ketenteraman saya tengah tidur tahu tak!
Adllea menelan air liur.
Kalau bukan encik yang ordermaka, hantulah yang
order? Encik boleh tengok alamat dan nombor teleon encik
di sini, desis Adllea seraya menghulurkan kertas pesanan itu
kepada lelaki tadi.Wajah lelaki itu semakin berkerut.
Abang Rith! Suaranya memetir.
Kus semangat! Adllea mengurut perlahan dadanya.
Nasib baik dia tidak melatah. Jatuh reputasi dia sebagai
seorang gadis ayu. Ceh! Ayulah konon. Dia ni boleh tahan
juga melatahnya.
Seorang lagi lelaki dilihat terpacak di depan pintu.Zup! Ada anak panah menembusi hati Adllea. Ya Allah!
Kacaknya makhluk Tuhan yang dipanggil lelaki ini. Dia
memandang Adllea dengan segaris senyuman yang hampir
membuatkan awek skuter ini jatuh pitam. Senyuman sepekat
susu lemak manis cap Teko!
Maa maa saya yang order piza ni. Berapa
semuanya dik? ujarnya lembut.Adllea sudah terpaku. Mulut Adllea sudah tidak bisa
mengaturkan bicara.
Berapa semuanya dik?
Dia mengulang semula soalannya. Senyuman sepekat
susu lemak manis cap Teko itu masih tidak lekang dari
bibir basahnya. Lelaki yang tidak merokok. Bibirnya merah
kebasahan. Adllea suka lelaki jenis ini.
Errr... errr... errr. Adllea sudah menjadi gagap.
RM36.50! Lelaki yang berkaca mata putih itu
menjawab bagi pihaknya. Dia merenung tajam ke arah Adllea.
8/22/2019 Awek Skuter
7/52
7
702
Ding
..
Dong
!!
Pizza hut
encik
Saya tak
order piza
pun?
Muka
sombong
Kalau bukan
encik yang order
maka, hantulah
yang order?
Encik bolehtengok alamat
dan nombor
telefon encik
di sini
8/22/2019 Awek Skuter
8/52
Awek Skuter
8
Tengok daripada cara renungan matanya tu, nampak macam
dia tidak sukakan Adllea.
Ini mesti dalam hati dia kata yang gadis seperti aku
tidak boleh tengok lelaki kacak! Ada mata pandang, kan?
Lagipun teman serumah kau memang kacak! Bisik hati kecil
Adllea.
Terima kasih encik. Ucap Adllea setelah menerima
wang pembayaran.
Sama-sama. Lelaki itu membalas.Adllea mencebik. Pintu rumah itu dihempas dengan
kuat. Adllea kaget seketika. Sahlah lelaki itu ada masalah
hormon dalam badan. Agaknya datang bulan kut! Tugas Adllea
tamat di sini untuk malam ini.
ADLLEA pulang ke rumah dengan tubuh yang keletihan.
Tempat pertama yang dituju adalah meja makan. Sebaik
sahaja dia membuka tudung saji yang berbentuk tiga segi
itu langsung tidak ada sebarang lauk-pauk. Pak cik dan Tuty
langsung tidak meninggalkan sisa makanan untuknya. Adllea
paling malas hendak memasak mi segera di dalam kabinet
dapur itu. Kalau tidak memikirkan perut yang berkeroncongirama rock kapak ini, memang dia mahu terus mandi dan
buat tahi mata.
Adllea membuka peti sejuk satu pintu itu. Kalau
makan mi segera celup dengan air panas, tak sedap. Adllea
suka menambah rencah dalam mi segeranya. Dia tersenyum
melihat sayur sawi yang masih tersimpan di dalam peti sejuk.
Dia ambil sebiji telur gred B dan sayur sawi yang masih
tampak segar. Adllea menunjukkan kepakaran menyediakan
mi segera untuk makan malamnya ini.
Bau masakan yang cukup menyelerakan tekak sendiri.
8/22/2019 Awek Skuter
9/52
Ilya Abdullah
9
Adllea sudah tidak sabar menghadap mangkuk yang sudah
berisi mi segera bercampur dengan telur dan sayur sawi.
Sebaik sahaja dia menyuap mi segeranya ke dalam mulut
emmm sedapnya! Aku memang pandai memasak. Pujian
ikhlas untuk diri sendiri.
Licin satu mangkuk dia bedal, dia tambah lagi satu
mangkuk. Adllea memang berada dalam tahap kelaparan. Dia
jenis manusia yang suka ikat perut. Dia bukannya berdiet
tetapi masalah kewangan sedang berada di tahap yang bolehdikatakan di ambang maut. Stok mi segera adalah penyelamat
Adllea. Itu pun dia terpaksa sembunyikan stok mi segeranya.
Kalau dijumpai oleh pak cik dan Tuty, memang selamat
masuk ke dalam mulut mereka.
Alhamdulillah perut sudah kenyang, hati pun
berlagu riang. Bukan kenyang sampai tidak larat untuk
bangun. Kalau sudah sampai ke tahap itu memang dia tidakakan solat isyak jawabnya. Solat itu tiang agama maka, dia
kena menjaganya. Dia tidak akan lupa pesanan ustazah ketika
di sekolah dulu. Ini pun dia sudah melengah-lengahkan solat.
Apa-apa hal kena mandi dulu. Bau badan sudah semacam.
Bernyanyi-nyanyi Adllea di dalam bilik air.
Aku dah bosan aku dah bosan.
Teleon bimbit cikai yang Adllea beli daripada
Minaci sudah berlagu. Adllea merengus kecil ketika melipat
sejadahnya. Dia melihat nama pemanggil pada skrin teleon.
Apa yang Mohd Hidayat nak sampai teleon aku tengah
malam ini? Masakan Mohd Hidayat nak meluahkan perasaan
pada aku pula! Mampus aku dikerjakan oleh Nana, kekasih
awal dan akhir Mohd Hidayat.
Assalamualaikum. Adllea memberikan salam.
Waalaikumussalam. Lea aku nak minta tolong kau.
Esok aku EL. Cemas semacam suara Hidayat.
8/22/2019 Awek Skuter
10/52
Awek Skuter
10
Apa itu EL? Adllea menyoal. Dia mana tahu ayat-ayat
singkatan ini.
EL ituemergency leave. Kalau dalam bahasa Melayu
cuti kecemasanlah ngok.
Amboi! Dahlah nak minta pertolongan aku. Dia boleh
cakap akungok! Aku tahulah kau nak ambil cuti kecemasan
sebab kau nak berdating dengan Nana kau itu. Hati teman
baik kau tak nak jaga. Hati Nana juga yang kau jaga. Aku ini
teman baik kau dunia dan akhirat tahu! Adllea merungut-rungut dalam hati.
Kalau tidak memikirkan Hidayat teman baik dia dunia
dan akhirat, memang dia tidak beri muka. Adllea saja asyik
kena berkorban demi teman baiknya ini! Bilalah Hidayat akan
berkorban untuk dia pula?
Nenek kau sakit ke Dayat?
Nenek aku dah meninggal tiga tahun yang lepas.Allah, aku terlupa! Adllea menepuk dahi.
Kau banyak sangat makan mi segera. Rambut belum
gugur dah jadi pelupa.
Kau pun sama Dayat!
Kau boleh tolong aku tak?
Adllea mengusap dagunya. Kau tahu tak esok aku
cuti?Aku tahu. Tolonglah aku, Lea. Suara Hidayat separuh
merayu.
Inilah yang susah kalau bercinta dengan perempuan
cerewet dan kuat merajuk macam Nana. Dia juga yang
menjadi mangsa keadaan.
Syaratnya cuti kau yang minggu depan itu kau kena
bagi kat aku sebagai pertukaran. Kau setuju?
Buah ikiran bernas muncul dalam otak Adllea.
Sesekali tidak boleh bagi orang pijak kepala kita walaupun dia
itu teman baik kita.
8/22/2019 Awek Skuter
11/52
Ilya Abdullah
11
Okey! Apa yang penting kau tolong aku.
Sah-sah Hidayat memang terdesak.
Adllea mengorak senyuman. Akhirnya dia merasa juga
bercuti pada hari Ahad. Hari minggu untuk dia bersuka ria
di luar menghirup udara segar. Kuala Lumpur ini udaranya
segar ke? Tak kisahlah, janji dia bercuti. Dia akan tuntut janji
Hidayat!
Maka dengan itu, Adllea kena buat perjanjian hitam
putih dengan Hidayat. Hidayat kalau pasal Nana sanggupbertukar ikiran. Itu yang dia tidak suka dengan Nana.
Perempuan seorang itu suka main psikologi. Adllea sendiri
tidak aham mengapa Hidayat boleh bertahan dengan Nana.
Perempuan secantik Nana itu masih berlambak-lambak di
luar sana. Hidayat boleh pilih yang mana dia suka. Kalau
Hidayat tidak tahu memilih, dia boleh tolong pilihkan calon
teman wanita yang sesuai buat Hidayat.Tamat saja sesi perbualan dengan Hidayat, Adllea
meloncat ke atas katil bujangnya. Tilamnya tidak seempuk
mana. Tilam murahlah katakan. Dia tidak mampu beli tilam
ada spring. Dia tidak berani berhutang di Court Mammoth.
Kalau lambat bayar macam mana? Semestinya bunga akan
bertambah. Biarlah dia berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senangkemudian. Betul tak?
8/22/2019 Awek Skuter
12/52
Awek Skuter
12
Ini mesti dalam
hati dia kata
yang gadis seperti
aku tidak bolehtengok lelaki
kacak! Ada mata
pandang, kan?
Lagipun teman
serumah kau
memang kacak!
Bisik hati kecil
Adllea.
8/22/2019 Awek Skuter
13/52
Ilya Abdullah
13
OPOCOT!!! Mak kau tayarmeletup!
Adllea terasa
belakang skuter pinknya dilanggar. Tubuh Adllea hilang
imbangan, lalu jatuh dari skuter yang ditungganginya. Sekali
dia jatuh macam nangka busuk. Pedih lengan kirinya.
Patutlah! Dia alami sedikit kecederaan. Kalau berat mesti
masuk hospital ni. Hospital? Oh, tidak! Pantang betul kalau
kena duduk hospital yang berbau ubat! Mahu sebulan dia tak
makan nasi. Loya anak tekak.
Adllea bingkas bangun. Dia mengetap bibir
kegeraman. Dengan helmet yang masih terlekat di kepala dia
mengatur langkah besar ke arah kereta yang melanggar
punggung skuterpinknya tadi.Cis!
Naik sudah urat-urat warna ungu pada muka dia
yang tegang ini. Muka dia tegang tak pakai botox tahu!
Bab
2
8/22/2019 Awek Skuter
14/52
Awek Skuter
14
Adllea merenung tajam kereta mewah Porche 996
Turbo berwarna silver itu! Fuyooo! Porche 996 Turbo tu!
Memang bukan calang-calang orang yang boleh
memandunya. Punggung pemandu kereta mewah itu melekat
di kerusi pemandu. Dia ingat dia bawa kereta besar boleh
sesuka hati mak bapak dia nak langgar orang. Angin betul
Adllea dibuatnya. Dia tendang tayar kereta mahal itu berkali-
kali, melepaskan kemarahan yang sedang membahang di hati.
Adllea sudah tidak kisah lagi dengan kesakitan dan sengal-sengal di tubuhnya.
Woi! Mata kau letak kat mana hah! tengking
Adllea.
Gerun tak tengok awek skuter macam dia
meninggikan suara? Kaki dia masih dok lagi menendang
tayar kereta. Biar rosak tayar kereta tu!
Pintu kereta tersebut terbuka. Pemandunya
melangkah keluar. Seorang lelaki yang bertubuh agak sasa
berkaca mata hitam berdiri tegak di depan matanya! Bulat
mata Adllea melihat tuan yang empunya kereta. Lelaki itu
menanggalkan kaca mata hitamnya sambil merengus kecil.
Hei, awek skuter! Berani kau tendang kereta aku!
Kau tahu berapa harga kereta ini? Kau gadai skuter cabukkau itu pun belum cukup nak beli kereta ni, tahu! Lelaki itu
bukan nak meminta maa sebaliknya dia meninggikan suara
kepada Adllea.
Dah lebih ni!
Aku tak tahu! Yang aku tahu kereta mahal kau
langgar punggung skuter cabuk aku! Adllea membalas.Dia menjeling lelaki itu dengan tajam. Muka saja
hensem tapi berlagak nak mampus! Tengok gaya macam
anak orang berada. Memang anak orang berada pun!
8/22/2019 Awek Skuter
15/52
Ilya Abdullah
15
Setakat skuter cabuk kau apalah sangat! Siapa
suruh kau bawa skuter lembab macam kura-kura! Patutlah
lembab sebab skuter kau dah uzur! Lelaki itu melirik pada
skuter Adllea yang masih terbaring di atas jalan raya.
Adllea mencebik. Sedapnya mulut dia kutuk aku
dan skuter aku! Buruk-buruk pun skuter aku! Kau peduli
apa!
Sekurang-kurangnya, aku kura-kura yangmematuhi peraturan jalan raya. Macam manalah orang
macam kau boleh pass lesen memandu! Lampu merah
dengan lampu hijau pun kau tak boleh bezakan! Itulah
jadinya kalau mata letak dekat kepala lutut! bidas Adllea.
Kau. Lelaki itu membeliakkan biji matanya.
Adllea berlagak selamba. Kau ingat aku takutdengan kau!
Adllea memang berani melawan. Tidak kisahlah
siapa lelaki depan matanya ini. Lelaki itu tidak mungkin akan
8/22/2019 Awek Skuter
16/52
Awek Skuter
16
mengapa-apakan dia. Ceh! Tunjuk berani. Kut karang kena
betul-betul, macam mana? Dalam surat khabar sudah
berlambak cerita bunuh sana, bunuh sini. Mangsanya adalah
kaum wanita yang lemah macam dia. Memang jenis tak kir
dulu sebelum berkata-kata.
Kau kena bayar ganti rugi pada aku! Kotor tayar
kereta aku ni sebab kena tendang dengan kaki kau yang
busuk ni! Aku baru hantar carwash pagi tadi! ujar lelaki itu
setelah memeriksa keretanya.Terjegil biji mata Adllea. Dia yang salah aku
pulak yang kena bayar ganti rugi pada dia! Terbalikpulak! Ini
tak boleh jadi!
Kau yang buat salah!Apesalpulak aku kena bayar
ganti rugi kat kau? Bukannya ada cedera apa-apa kereta kau
itu! Tak reti-reti nak minta maa! Adllea bertambah berangapabila melihat lelaki itu berlagakpoyo di hadapannya. Ingat
dia bagus sangat!
Adllea mengangkat muka dan merenung wajah
lelaki itu. Matanya membulat besar.
Mereka saling bertentangan mata, lawan mata.
Bukan main-main mata, okey!
Seminit berlalu. Wajah lelaki itu berubah. Matanya
berkelip. Dia tewas!
Adllea meleret senyuman sinis. Berani kau nak
berlawan mata dengan aku! Tiada sesiapa yang berani
berlawan tenung mata dengan aku tahu!
Kau dah kalah! Jadi, kau kena minta maa dengan
aku! Puas hati Adllea dengan kekalahan lelaki itu. Ada hati
mahu lawan mata dengan Adllea Abd. Rashid. Cepat minta
maa!
8/22/2019 Awek Skuter
17/52
Ilya Abdullah
17
Aku tak nak! Lagipun kau tendang tayar kereta
aku! Kotor tahu tak! Lelaki itu membalas dengan tegas.
Wei setakat tendang tayar kereta kau itu
takdenya kau tu cedera! Kau yang langgar aku! Aku ini
sebetulnya mangsa eksiden, bukannya kau! Kau kena minta
maa dengan aku! Adllea bersuara keras. Degil betulmamat
ini!
Aku tak nak! Lelaki itu tetap tidak mahu
mengalah.
Ke kau nak aku report polis? Adllea
menjongketkan keningnya.
Lelaki itu mendengus marah.
Berapa kerosakan yang perlu aku bayar pada kau?
Setakat dua, tiga ratus ringgit aku boleh bayarlah! Dia
membuka dompet duitnya. Beberapa keping not RM100.00dikeluarkan.
Adllea menggigit bibir. Banyak tu! Bulat mata dia
melihat lelaki itu mengira duit yang dikeluarkan dari
dompetnya tadi. Kalau ada pisau mahu saja dia merompak
lelaki itu. Siapa suruh tayang duit depan mata dia. Sudahlah
sekarang ini dia memang tengah sesak. Duit kutu pun masih
tak dapat lagi. Seksalah main kutu dengan orang yang liat
nak membayar ni. Menyesal sungguh termakan pujukan rayu
Dina, si burung hantu budak satu tempat kerja dengannya
itu.
Cukup tak?
Rasa-rasanya ada dekat RM1,000.00 lelaki itu
hulurkan kepada dia. Berkelip-kelip mata Adllea tengok duit.
Kalauambik, boleh lepas duit poket bulan ini.
Nak ke tak nak? Soal lelaki itu lagi.
8/22/2019 Awek Skuter
18/52
Awek Skuter
18
Dia bengang agaknya tengok muka blur Adllea.
Adllea mana pernah dapat duit sebanyak ini dalam masa satu
hari.
Tentulah nak. Ligat tangan Adllea merampas duit
daripada tangan lelaki itu. Dia segera masukkan ke dalam
kocek seluarnya.
Tak padan dengan awek skuter. Materialistikjugak
kau ni! Lelaki itu tersenyum sumbing.
Bolehlah tahan senyuman dia. Tak seksi sangat
macam lelaki yang pesan piza malam tu. Lemak berkrim
disukai ramai.
Huh! Duit. Sapa yang tak nak, kan? Chow dulu.
Selamba derk aje Adllea menjawab.
Dia bingkas mengatur langkah merapati skuter
pinknya. Adllea gagahkan diri mengangkat skuter cabuk itu.Sekilas dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu
masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebelum dia
diapa-apakan, lebih baik diastart skuter kemudian cabut!
FARITH!!!
Macam biasalah. Perempuan-perempuan akan
menjerit bagaikan histeria bila nampak muka Farith di dalam
restoran Pizza Hut itu. Mereka sanggup tunggu berjam-jam
di restoran itu semata-mata nak tengok muka Farith yang
dikatakan hensem bangat itu. Dia memang sentiasadikerumuni oleh peminat-peminat yang hendak meminta
autogranya.
Teman wanita Farith yang tak tahu apa namanya itu
8/22/2019 Awek Skuter
19/52
Ilya Abdullah
19
buat muka. Tanda tidak senang hati. Siapa yang tak makan
hati, kan kalau hari-hari buah hati dikelilingi oleh gadis lain.
Lumrah orang yang digilai ramai. Jadi, kena tabahkan hatilah
ya.
Adllea pun naik jeles jugak. Bilalah pulak dia nak
merasa berdiri di sebelah Farith sambil menendang
perempuan cantik yang sering berada di sisi Farith itu.
Kalaulah dia berada di sisi Farith, jangan haraplah kuman-
kuman itu dapat mendekati Farith dengan mudah. Sembursikit dengan antibiotik. Mintak dijauhkan dari jangkitan.
He he he. Jadi, kenalah cepat-cepat dia menyingkirkan
semua perempuan yang menggilai Farith termasuk
perempuan yang seorang itu. Adllea mengerling tajam ke
arah perempuan itu. Kenapalah dia tidak punya bentuk badan
yang seksi macam perempuan itu? Punggung pun montok.
Tertonggek naik gitu.
Dia sebenarnya peminat tegar kepada pelakon yang
sedang melonjak naik itu. Siapa yang tidak kenal dengan
Farith Zehr? Satu drama lakonan Farith pun, dia tak pernah
miss!
Adllea baru saja tahu lelaki yang buat dia jatuh
cinta pandang pertama malam itu adalah Farith Zehr, pelakondrama popular kegemaran dia. Malam kelmarin wajah dia
lain sikit maka, tidaklah dia perasan itu Farith Zehr. Adllea
memang tidak sangka dia hantar piza ke kondominium milik
Farith Zehr. Kalau dia tahu lelaki itu Farith Zehr memang
dah sah-sah dia minta autogra dekat uniorm Pizza Hut ini.
Bulan takkan jatuh ke riba, Lea tegur Kak
Mona yang Adllea gelarkan andartu terlampau itu.
Adllea menoleh. Segarang-garang Kak Mona ini,
adakalanya dia ni baik jugak orangnya. Kenapa dia gelar Kak
8/22/2019 Awek Skuter
20/52
Awek Skuter
20
Mona andartu terlampau? Umur Kak Mona hampir masuk
empat puluh tahun tapi masih solo. Kak Mona memilih
sangat jodoh dia. Dia mahukan lelaki educated! Gaji mesti
besar punya! Kak Mona demandtinggi sangat. Adllea minta
dijauhkan anasir seperti Kak Mona. Dia nak bersuami. Dia tak
mahulah jadi andartu terlampau macam Kak Mona.
Apa salahnya tunggu bulan jatuh atas riba saya,
kak?
Kau pun nampak, kan? Farith tu tak pernah layankau. Akak tengok dah pelbagai cara kau buat untuk tarik
perhatian dia sampai tumpahkan air atas baju dia. Yang itu
akakrespect, kau memang berani.
Ooo akak tahulah. Adllea mengangkat kening
tebalnya. Kening semula jadi tebal, tak perlu cukuran. Asli
gitu.Tahu balas Kak Mona bersahaja.
Salah ke saya nak mengorat pelakon kegilaan
ramai tu? Adllea memuncung ke arah Farith.
Tak salah. Tapi, kau dah betul-betul tengok muka
kau kat cermin tak? Kalau takde cermin, akak boleh kasi kau
satu.
Kata-kata Kak Mona berbaur sindiran nampak. Ini
yang bikin hati Adllea panas.Hu hu hu.
Adllea tahulah dia tak cantik mana pun. Kurus
kering macam papan orang buat rumah itu. Orang biasa
macam dia manalah sesuai dipadankan dengan orang popular
macam Farith. Tapi dalam mimpi dia berkahwin dengan
Farith, tahu. Siap jatuh dari katil lagi.
Akak ni saja tau. Nak saya join kelab andartu
terlampau akak ke? Adllea kerling Kak Mona sekilas.
8/22/2019 Awek Skuter
21/52
Ilya Abdullah
21
Apa yang dia tahu sekarang, Kak Mona tengah
mengopakkan duit untuk kuruskan badan di salah sebuah
pusat pelangsingan badan yang terkenal di kaca televisyen.
Kak Mona kalau kurus sangat pun tak cun juga. Contohnya
sudah ada di depan mata.
Takde pekdahnya akak nak heret kau jadi andartu
macam akak. Lagi satu, boleh tak buang perkataan terlampau
di belakang tu? Memandai aje letak.
Adllea ketawa kecil. Dia dan Hidayat yangmeletakkan perkataan terlampau itu sebab nak bagi lebih
hot pada Kak Mona. Uit! Tak padan bibir gigitan tebuan
tetapi boleh tahan seksinya Kak Mona ini, tahu! Ada juga
yang tergoda tapi Kak Mona jual mahal.Haiya.
Saya sanggup merentasi Laut China Selatan untuk
mendapatkan Farith. Tak kisahlah rintangan apa sekalipun.Saya sanggup kak! Lawan naga berapi pun saya sanggup!
Ayat Adllea bukan main power lagi. Macam benda
yang hendak dibuat itu kecik bebenor. Tidak perasan dugaan
depan mata yang berliku-liku dan bengkang-bengkok.
Kak Mona geleng kepala tengok Adllea. Cakap
memanglah senang, kan? Siap nak lawan naga berapi tu.
Ingat ceritaDungeons and Dragon ke lawan-lawan naga ni?
Kau ingat nak berenang dalam laut tu boleh sehari
sampai ke pantai? Akak rasa baru setengah jam berenang, kau
dah kiok. Tak pun kena telan dengan ikan jerung. Meleret
senyum sumbing Kak Mona.
Orang just ibaratkan ajelah. Memanglah kojol
kalau nak berenang dalam lautan China Selatan tu. Berenangdalam kolam renang pun dah tenggelam timbul.
Sajalah Kak Mona ni. Sama sahaja dengan Mohd
Hidayat, teman baik baik dunia dan akhirat dia itu. Tahunya
8/22/2019 Awek Skuter
22/52
Awek Skuter
22
hendak melemahkan semangat orang! Bagilah kata-kata
semangat sikit! Macam ini. Jika kau kirkan kau boleh. Kau
pasti boleh melakukan.
Just! Bila belajar BI (Bahasa Inggeris)? Ceciter
sikit.
Adllea tersengih. Tengok cerita omputih kat TV.
Adllea layan DVD Twilight kepunyaan Tuty beberapa
minggu lepas. Dia tengok cerita itu bukan aham apa benda
pun yang watak-watak dalam cerita itu cakap. Dia buat-buat
aham saja. Sari katanya pun dalam bahasa Inggeris. Ada
perkataan yang dia salin dan dia selak kamus. Rutin kerja dia
waktu lapang. Dia kena belajar bahasa Inggeris sebab dia, kan
berangan hendak menjadi eksekuti di pejabat kelak.
Eksekuti naik skuter ke pejabat. Class gitu!He he he. Hidup
awek skuterbeb
!
Adllea tengok ada sesetengah pelanggan Melayu
pun cakap dalam bahasa Inggeris. Dia orang ingat semua
orang pandai berbahasa Inggeris kut? Apa salahnya cakap
bahasa Melayu dengan kaum serumpun? Ini, hendak berlagak
cakap bahasa Inggeris juga. Kalau berbahasa Inggeris dengan
pelancong asing itu taklah dia kisah sangat. Tapi, dia tabik
kepada pelancong asing yang belajar berbahasa Melayu.Macam ada satu kisah dia dengan seorang pelancong lelaki
asing ini.
Adik boleh tunjuk jalan ke Masjid Jamek?
Slang orang putihnya tetap ada. Baguslah
pelancong asing ini. Muka pun boleh tahan.
Kalau ada pelanggan cakap bahasa Inggeris denganaku maka, aku bantai cakap bahasa Melayu. Esok-esok aku
dah pandai cakap omputih tahulah mereka yang berlagak
cakap speakingni.
8/22/2019 Awek Skuter
23/52
Ilya Abdullah
23
Apa lagi kau dok tersengih tu, Lea? Buat kerja!
Sergah Kak Mona dari belakang.
Kelam-kabut Adllea jadinya bila kena sergah. Siap
dia melatah buat pencak silat.
Kak Mona ketawa sakan.
Hantu punya Kak Mona! Jatuhlah saham dia depan
Farith.
8/22/2019 Awek Skuter
24/52
Awek Skuter
24
CERMIN MATANYAmemang asyik
melekat di batang hidung. Muka
seriusnya itu menakutkan orang
sekeliling untuk memandang, terutamanya perempuan. Sekali
pandang macam Louis Koo tapi dia bukanlah pelakon Hong
Kong yang berkulit hitam manis itu. Nama dia, Shaz Ariel.
Bukan Ariel penyanyi kumpulan Peter Pan itu ya. Dalam novel
ni kita panggil dia Shaz. Rekod dia bersih. Dia tidak suka
bersosial dan lebih tertumpu dengan kerja. Dia memandu
kereta Perodua Kancil.
Selamat pagi, Encik Shaz. Nak minum kopi atau
teh? Mak cik pembancuh teh itu menegur.Pagi. Saya nak minum Milo tapi saya nak gula
lebih ya.
Mak cik itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia
Bab
3
8/22/2019 Awek Skuter
25/52
Ilya Abdullah
25
ari benar dengan sikap Shaz yang suka manis itu. Nasib baik
tak kena kencing manis, kan?
Shaz adalah seorang pereka dalaman yang bekerja
di syarikat yang menyediakan perkhidmatan interior design.
Dia seorang yang gemar bekerja sendirian daripada
berkumpulan. Seorang yang mudah mencari pasal dengan
pelanggannya. Dia suka menentukan rekaan dalaman untuk
pelanggannya, bukan pelanggan yang menentukan sendiri.Acap kali jua Shaz bertukar tempat kerja kerana hal
sedemikian.
Shaz, Puan Kamila panggil! laung teman
sekerjanya.
Okey.
Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik kayu
yang tertera nama Puan Kamila itu. Pintu bilik itu diketuk
perlahan.
Masuk!
Shaz memulas tombol pintu. Puan nak berjumpa
dengan saya?
Silakan duduk Shaz. Arah Puan Kamila.
Wanita itu menarik naas panjang. Anak muda di
hadapannya ini memang seorang yang berbakat namun, sikap
pentingkan diri mencalar kredibiliti Shaz. Dia baru menerima
aduan daripada seorang pelanggan tetapnya tentang Shaz.
Shaz menukar warna bilik tidur pelanggan terbabit tanpa
persetujuan.
Aduan dari pelanggan lagi ke? Shaz sudah dapatmengagak.
Shaz awak ni designer yang bagus. Saya suka
kerja awak tapi awak kena ingat. Kerja kita kena ikut kata
8/22/2019 Awek Skuter
26/52
Awek Skuter
26
pelanggan, bukan pelanggan kena ikut kata kita kecuali awak
berikansuggestion pada mereka.
So, puan nak pecat saya?
Bukan begitu. Saya nak awak ubah sikap awak
sikit. Satu lagi. Awak ni susah sangat nak bagi senyuman
pada pelanggan. Cuba belajar senyum sikit.
Saya tak suka jadi hipokrit.
Hipokrit sikit untuk pelanggan tak salah, Shaz.Moga Shaz mendengar nasihatnya kali ini. Rugi
kalau dia hilang seorang pekerja yang rajin dan bagus seperti
Shaz.
Saya cuba, tapi saya tak boleh berjanji. Itu sahaja
yang boleh Shaz katakan kepada Puan Kamila.
Awak kena mencuba juga Shaz, sebab ini bukankali pertama awak katakan pada saya. Puan Kamila betul-
betul inginkan jaminan daripada Shaz.
Saya tak suka berjanji.
Tak perlu janjijust mencuba, okey.
Shaz membisu seketika.
Baiklah, saya akan mencuba. Shaz memberikanpersetujuan.
Puan Kamila tersenyum. Sesekali awak kena
bukakan hati untuk berkawan dengan teman sekerja awak.
Puan ada apa-apa lagi perkara yang ingin
disampaikan pada saya?
Kata-kata akhir Puan Kamila itu tidak diendahkan.Takde. Awak boleh keluar.
Shaz bingkas bangun dan berlalu.
8/22/2019 Awek Skuter
27/52
Ilya Abdullah
27
Puan Kamila menggelengkan kepala.
Shaz kembali ke meja kerjanya. Dia perlumenyambung kerja yang tergendala. Teleon bimbit yang
berlagu riang telah mengganggu tumpuan Shaz. Itu yang
cukup dia tidak berkenan. Kalau bukan kirkan yang
meneleon itu adalah abangnya, memang dia matikan teleon
terus.
Shaz teman abang lunch hari ini?
Ajakgirlfriendabanglah.
Dia tak makan di Restoran Mak Jah Udanglah.
Itu masalah abang.
Shaz.
Shaz banyak kerja.
Pleaselah Shaz.Tengoklah nanti. Shaz mematikan talian
teleonnya.
Farith tersentak. Cepat betul adiknya itu matikan
talian. Tapi adiknya itu boleh diharapkan daripada yang lagi
seorang itu. Dia yakin Shaz akan datang. Farith tersenyum
sendiri.
BANYAK duit? Gaji belum lagi, kan? Mana dapat? Hidayat
bertanya.
Hari ini Adllea dengan baik hatinya belanja Hidayatmakan malam bersama. Makan di restoran mamak saja. Kalau
Nana tahu, memang dia kena pancung. Macamlah dia ada
selera dengan teman baik dia ini. Dia rogol Hidayat karang
baru Nana menangis tak berlagu.Ha ha ha!
8/22/2019 Awek Skuter
28/52
Awek Skuter
28
Biasalah aku pun ada buat kerjapart-time jugak.
Kau ni banyak tanyalah Dayat, balas Adllea.
Adllea menjuihkan bibirnya. Buat apa Hidayat
hendak takut? Dia bukan dapat duit ini dengan main tikam
nombor ekor atau buat ngangkung tengah malam. Haram,
tahu!
Hidayat buat muka tidak puas hati.
Ini yang buat Adllea getik nak menengoknya. Ingat
maco sangat ke buat muka macam itu? Dia pun buat aksi
kibas rambut ke belakang ala-ala iklan rambut dalam
televisyen. Perasan ayu gitu. Biasalah dia memang sentiasa
menjaga rapi rambutnya ini. Syampu yang dia gunakan tentu
saja Sunsilk untuk rambut berkilat. Kalau dia punya muka
macam Erra Fazira, tak pun macam Lisa Surihani pasti dia
punya teman lelaki keliling pinggang! Hidayat pun akantersangkut dengan dia.
Masalahnya, tiada siapa pun yang terpikat dengan
muka dia ini. Mata dia sepet sikit, bibir dia nipis dan hidung
dia kecil. Badan dia tak payahlah cerita. Kalau orang lain
mengatakan badan dia papan tetapi Hidayat pula mengatakan
badan dia macam hantu jerangkung! Dia ada juga berangan
untuk membuat pembedahan hidung bagi mancung sikitmacam artis Korea tu. Dia tidak melakukannya kerana itu
serupa macam mengubah kejadian Tuhan. Bersyukurlah
dengan rupa yang ada sekarang tanpa ada cacat celanya.
Kalau macam ini bolehlah aku pinjam duit kau
sikit.
Adllea terhenti menyuap nasi goreng kampung.Inilah yang dia malas nak dengar. Bila dia ada duit sikit mesti
Hidayat mahu pinjam. Dia ini dah macam ceti pula. Salahnya,
dia tidak letak bunga. Kalau letak bunga, rasanya ada beribu
8/22/2019 Awek Skuter
29/52
Ilya Abdullah
29
hutang Hidayat pada dia. Kawan punya pasal sampai ada
masanya dia yang kena ikat perut. Adakalanya baik hati Adllea
ni tidak kena pada tempatnya!
Kau bagi lagi duit pada Nana, kan? Apa alasan
Nana kali ini? Mak dia sakit? Bapa dia sakit? Aku rasa dah
berapa kali mak bapak dia sakit. Sengaja Adllea memerli
Hidayat. Sepanjang bulan ini asyik sakit saja tak ke pelik?
Lea kau baik, kan.
Mula dah ayat untuk menggoda hati dia.
Aku memang baik, balas Adllea dengan bersahaja.
Aku sayang sama kau. Kau kawan baik aku dunia
dan akhirat.
Aku pun sama. Tapi kau lagi sayang pada Nana.
Adllea Abd. Rashid sudikah kauAku tak sudi!
Tolonglah Lea aku ada RM5.50 aje dalam dompet
aku ini. Hidayat tunjuk muka seposen dia. Dia buat muka
minta simpati.
Adllea buat-buat garu hidung.
Hidayat diam sejenak. Dia sedang menunggu Adlleamenyebut perkatan O-K-E-Y.
Kalaulah kau pilih aku jadi teman wanita kau,
semestinya aku akan bagi pinjam duit pada kau. Tapi kau
pilih Nana.Hu hu hu.Ceh! Adllea emosionalpulak.
Kau nak pinjam berapahinggit?
Adllea memang jenis cepat kesian. Dia lihat berseri-seri muka Hidayat. Hidayat memang tahu Adllea mudah cair
dengan kata-katanya.
Aku pinjam RM200.00 boleh?
8/22/2019 Awek Skuter
30/52
Awek Skuter
30
Okey, balas Adllea pendek.
Kau memang kawan baik aku dunia dan akhirat.Itu saja ayat kau untuk aku. Ayat dah muak aku
dengar. Bila kau senang, kawan baik dunia dan akhirat kau
ini dilupakan. Rengus Adllea.
Hidayat tersengih, tayang gigi.
8/22/2019 Awek Skuter
31/52
Ilya Abdullah
31
SEPERTI biasa, Adllea
melaksanakan tugas
penghantaran dengan penuh
dedikasi. Dia yakin selepas ini dia akan dicalonkan sebagai
pekerja cemerlang dan seterusnya akan dinaikkan pangkat.
Adllea teringin menendang keluar Kak Mona daripada jawatan
yang buat dia berkuasa itu. Jahat juga niat dalam hati Adllea
ini.
Habis waktu kerja, Hidayat ajak Adllea melepak di
kae adik dia bekerja. Adllea dengan Ummi tidak berapa ngam
sangat. Ummi ini agak sensiti sikit kalau tergores
perasaannya. Gadis air mata. Ala Adllea pun lebih kurang
sama juga macam Ummi. Macam Hidayat cakap pada Adllea,perempuan ini makhluk yang lemah dan mudah mengalirkan
air mata. Adllea tahulah dia lemah dan tidak kuat. Dia tiada
ilmu mempertahankan diri.
Bab
4
8/22/2019 Awek Skuter
32/52
Awek Skuter
32
Awal hari ini habis kerja Kak Lea?
Hari ini Kak Lea tak ambil overtime. Hidayatmenjawab bagi pihak Adllea.
Sekejap ya. Ummi hantarkan kopi pada pelanggan
tu. Ummi memuncungkan bibirnya ke arah pelanggan yang
sedang khusyuk membaca buku di meja penjuru hujung kae
itu.
Adllea turut melirik ke arah pelanggan terbabit.
Muka macam pernah nampak?
Hidayat kerut muka tengok gelagat Adllea. Kau
kenal ke?
Entah? Tapi macam pernah tengok.
Ex-boyfriendkau ke?
Tolong sikit! Aku mana ada pakwe. Aku nak kau
jadi pakwe aku tapi kau tolak, getus Adllea.
Bila masa kau luah perasaan pada aku?
Kau ni tak pandai berguraulah. Adllea melintasi
Hidayat. Hidayat tidak akan jadikan dia sebagai kekasih. Dia
pilih gadis yang lawa saja. Kaki sudah lenguh maka, kena cari
tempat untuk duduk.
Hidayat mengikut langkah Adllea.
Dari jauh mereka lihat riak muka Ummi berubah.
Mereka lihat pula tuan punya kae menghampiri. Ummi
dimarahi di hadapan pelanggan terbabit. Apa yang berlaku
agaknya? Adllea dan Hidayat tidak dapat mengagak.
Ummi menangis teresak-esak lalu berlari masuk ke
belakang.
Tuan punya kae seperti sedang meminta maa
kepada pelanggan tadi.
8/22/2019 Awek Skuter
33/52
Ilya Abdullah
33
Adllea rasa ada yang tidak kena. Dia pandang
Hidayat.
Hidayat menjongketkan bahunya.
Adllea memanggil tuan punya kae sebaik sahaja dia
lalu di hadapan meja tempat duduk mereka.
Puan kenapa tu? Adllea sengaja menyoal.
Ummi tersalah bagi kopi, balasnya dan segera
berlalu.Masakan tersalah bagi kopi, sampai Ummi menangis
dibuatnya. Adllea rasa tidak puas hati dengan lelaki itu. Dia
bangun. Hidayat turut bangun. Mereka mengatur langkah ke
meja pelanggan terbabit.
Assalamualaikum. Lemah lembut Adllea bagi
salam.
Pelanggan itu angkat kepala. Adllea pandang dia.
Dia pandang Adllea.
Eh! Dia ini lelaki yang duduk serumah dengan
Farith itu. Mula-mula aku tengok muka dia pun, aku rasa dia
ini jenis tak mesra alam. Sempat Adllea komen dalam hati.
Adllea pegang gelas yang air kopinya masih tidak
terusik itu. Dia simbah air kopi ais itu ke muka lelaki
tersebut.
Hidayat terlopong melihat perbuatan Adllea. Tekup
mulut gitu.
Adllea memang sengaja simbah air kopi ais itu ke
muka lelaki itu. Geram sangat! Ops! Sorry ya. Tak sengaja
tadi.Semua pengunjung di kae itu ketawa melihat aksi
Adllea yang dramatik ini.
8/22/2019 Awek Skuter
34/52
Awek Skuter
34
Lelaki itu meletakkan buku yang dibaca itu di atas
meja lalu bingkas bangun berhadapan dengan Adllea.
Adllea menelan air liur. Jelas amarah di wajah
hitam manis itu.
Lelaki itu tanggalkan kaca mata yang terlekat pada
batang hidungnya yang mancung itu. Mata yang berwarna
coklat itu merenung Adllea. Tajam sekali! Sungguh, mata dia
berwarna coklat tanpa memakai kanta lekap berwarna.
Adllea ingatkan lelaki itu akan maki hamunnya
tetapi sebaliknya dia melintasi Adllea lalu menuju ke tandas.
Adllea menarik naas lega.
Hidayat juga menarik naas lega.
Ummi yang melihat aksi berani mati Adllea juga
mengurut dada.
Dia itu ulat buku dan pendiam. Ke mana aje dia
pergi mesti ada buku di tangannya. Kalau nak dengar dia
bersuara, payah betul! Macam ada emas dalam mulut dia,
jelas Ummi setelah keadaan reda.
Mereka duduk agak tersorok daripada pengunjung
lain.
Lelaki tadi juga sudah tiada di mejanya. Barangkalisudah berlalu pergi.
Adllea dan Hidayat anggukkan kepala.
Tapi. Ummi menarik naas dua tiga kali. Macam
susah pula Ummi hendak menyambung kata.
Ada tapipulak? celah Adllea.
Dia itu cerewetnya mengalahkan perempuan.Kalau minum kopi di sini, gelasnya mesti kena betul-betul
bersih. Kopinya pula mesti yang standard dan mesti lebih
gula. Dia ni hantu manis! Tempat dia melepak ini, orang lain
8/22/2019 Awek Skuter
35/52
Ilya Abdullah
35
Ops!
sori ya
Tak
sengaja
tadi
Hmmm..
Dia pandang aku dengan
renungan mata yang tajam tu
8/22/2019 Awek Skuter
36/52
Awek Skuter
36
tidak boleh duduk. Bos Ummi memang dah sedia maklum
dengan perkara ini. Bos Ummi kena ikut aje. Kalau tak, Mama
Zara serang kami. Mama Zara tu kepoh dan cerewet macam
anak saudaranya itu juga.
Setelah mendengar cerita Ummi, Adllea merasakan
lelaki itu adalah lelaki yang amat menjengkelkan. Apa dia
ingat kedai kae ini mak bapak dia yang punya? Dan siapa
pula Mama Zara tu? Orang ternama ke?
Ada lagi.
Ingatkan dah habis. Adllea tersengih.
Dia adik kepada Farith, pelakon terkenal itu.
Tersembur terus Milo ais yang berada dalam mulut
Adllea. Hidayat yang duduk berhadapan dengan dia memang
sudah sah-sah kena tempiasnya.
Minta maafah Hidayat. Aku bukan sengaja nak
sembur kau.
Apa kau kata tadi Ummi? Cuba Ummi ulang balik.
Telinga Kak Lea dah tiga hari tidak berkorek. Adllea suakan
telinganya kepada Ummi.
Ummi cakap dia adik kepada Farith, pelakon
popular itu, ulang Ummi.
Mulut Adllea ternganga luas. Dia ingatkan lelaki itu
teman serumah Farith, rupa-rupanya adik Farith. Chop-chop!
Ada kemusykilan di sini. Adllea mengusap dagu. Kalau betul
dia adik kepada Farith, mengapa Farith putih melepak tetapi
dia ini hitam manis pula? Muka pun tak sama.
Kak Lea tak percaya katak mata empat itu adikFarith.
Katak mata empat? Dahi Ummi berkerut.
Adllea memberikan senyuman manis kepada Ummi.
8/22/2019 Awek Skuter
37/52
Ilya Abdullah
37
Kak Lea kena percayalah. Ummi tak tipu yang dia
itu adik Farith. Perempuan mana berani dekat Farith kalau
dia ada. Ummi pernah dengar cerita yang dia tampar seorang
gadis itu sebab mahu berkenalan dengan Farith depan orang
ramai, sambung Ummi.
Tampar? Uit! Biar betul ni! Lelaki berani tampar
perempuan?
Nampaknya sebelum kau mendekati Farith, kau
kena menghadap katak mata empat itu dulu. SahutHidayat. Hidayat memang tahu yang Adllea ada hati dengan
Farith.
Adllea sudah agak rintangan yang bakal dilaluinya
memang hebat.
Tapi aku, Adllea Abd. Rashid tidak gentar mahupun
takut. Alangkan Lautan China Selatan pun dia sangguprenangi. Buaya dalam sungai pun sanggup dia hadapi maka,
katak empat mata ini tidak menjadi masalah padanya.
Kau rasa aku kena belajarMuay Thaitak?
Apa kena-mengena kau nak ngorat Farith dengan
Muay Thaipulak?
Takde kena-mengena.Habis tu?
Adllea menongkat dagu. Dia sudah membuat
masalah dengan adik Farith. Maka, dia sudah terkeluar dari
senarai calon kakak iparnya. Tapi, ada dia kisah? Dia tidak
kisah pun.
Kak Lea suka Farith ke?Adllea mengangguk laju. Dia sudah lama suka
Farith. Perasaan cinta ini saja yang tidak mampu terluah
dengan kata-kata. Chewah! Dia pernah juga hantar surat
kepada Farith. Surat sebagai peminat misteri.
8/22/2019 Awek Skuter
38/52
Awek Skuter
38
Kak Lea kena ngorat katak mata empat itu dulu
kalau Kak Lea nak dekat dengan Farith. Jalan berliku ni, Kak
Lea. Tambahanpulak Farith dah adagirlfriend.
Muka Ummi macam tidak yakin dengan
kemampuan dia. Abang dengan adik sama saja.
Adllea terlupa pula pasalgirlfriendFarith. Jahat ke
kalau dia merampas kekasih orang? Dia rasa dia tidak jahat
sebab Farith masih belum bertunang mahupun berkahwin
dengan perempuan itu. Kiranya dia masih ada peluang.Jangan pandang rendah pada awek skuter macam dia.
Kak Lea lupa nak tanya Ummi. Siapa nama katak
mata empat itu?
Ouch!Nama penuh dia Shaz Ariel.
Ooo... nama dia Shaz Ariel, adik Farithye.
Adllea mengorak segaris senyuman. Oh! Itu nama
katak mata empat tu.
HEY, awek skuter!
Lengan Adllea dipegang sebelum Adllea sempat
menghidupkan skuternya. Tersentak Adllea.Mamat tadi tu?!
Apa hal pegang-pegang tangan anak dara orang
ni? Adllea menarik lengannya.
Ingatkan lelaki itu sudah hilang entah ke mana.
Rupa-rupanya menyorok untuk mengambil kesempatan pada
dia.
Berani ya awak simbah air kopi pada saya?!
Saya memang berani.
8/22/2019 Awek Skuter
39/52
Ilya Abdullah
39
oo...
nama dia Shaz Ariel
adik Farith ye
Aku tak kisah
dia adik Farith,
ingat dia bagus
sangatkah?
Tapi dalam hati ada rasa takut, mana tahu
dia nak balas dendam pada aku nanti
8/22/2019 Awek Skuter
40/52
Awek Skuter
40
Esh! Kau ni Adllea suka sangat tunjuk berani. Dia
tu lelaki, kau tu perempuan. Hidayat tiada pula sekarang.
Awak sorang aje ni. Mana boyfriendawak tadi?
Sibuklah! Awak jangan buat tak senonoh pada
saya, saya jerit kuat-kuat nanti!
Lelaki itu ketawa mengekek. Lucu agaknya
mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Adllea itu.
Adllea semakin panas hati.Saya tak buat lawak, okey! getusnya.
Awak ingat saya kebulur sangat ke nak apa-apakan
awek skuter macam awak ni?Not my taste okey.
Mak aih! Ayat dia menyakitkan hati. Dia ingat dia
kacak bangat sampai perempuan tergila-gilakan dia? Kulit
pun hitam!Youre not my taste too! Adllea bantai cakap
omputih. Lantaklah kalau bahasa Inggeris dia tunggang-
langgang.
Lelaki itu berhenti ketawa. Kalau kita jumpa lagi,
tahulah nasib awak nanti.
Eleh saya pun tak hengen nak jumpa awak lagi.
Tapi kalau saya terjumpa awak, saya dah siap sedia masa tu!
Gadis yang berani.
Kita tunggu dan lihat. Kata lelaki itu sebelum
berlalu pergi.
Adllea menghela naas lega.
8/22/2019 Awek Skuter
41/52
Ilya Abdullah
41
SEUMURhidup dia, ini kali pertama mukanya disimbah air
oleh seorang gadis, di khalayak ramai pula tu. Jatuh
reputasinya. Shaz mengetap bibirnya. Habis kotor T-shirt
kesayangannya itu. Kekotoran daripada kesan kopi ini bukan
mudah untuk dibersihkan biarpun menggunakan serbuk
pencuci Breeze. Tidak mengapa, Mama Zara boleh tolong
sentalkan kotoran degil itu.
Shaz parkirkan keretanya di halaman banglo dua
tingkat milik Mama Zara, mak ciknya itu. Mama Zara ada halpenting mahu berjumpa dengannya. Jangan hal perempuan,
sudah! Dia tidak suka main cari-cari calon menantu ini. Hal
perempuan selalu memeningkan kepala. Lainlah dengan dua
abangnya itu. Mereka dikelilingi oleh perempuan cantik.
Mama Zara macam tahu-tahu dia sudah sampai.
Wanita itu sudah sedia menanti di depan pintu. Senyum
simpul sahaja Mama Zara. Adalah tu agenda dalam kepala dia.
Kalau agenda nak suruh dia pilihkan calon isteri buat dua
abangnya itu, memang dia akan tolak. Biarlah mereka pilih
calon isteri mereka sendiri. Baik dan buruk terserah pada
mereka. Mereka sudah besar panjang.
Anak saudara auntie yang disayangi dah sampai.
Mama Zara memaut lengan Shaz.Auntie jangan tunjuk senyuman palsuauntie pada
saya.
Auntie punya senyuman ikhlaslah, Shaz.
Ikhlas sangatlah tu.
Mama Zara ketawa. Dia mengheret Shaz masuk.
Ada beberapa orang tetamu di dalam banglo
tersebut. Tetamu yang tidak dikenali oleh Shaz. Perempuan-
perempuan muda dan cantik-cantik belaka. Apa moti Mama
Zara agaknya?
8/22/2019 Awek Skuter
42/52
Awek Skuter
42
Berani betulperempuan ni
simbah muka aku
dengan air
8/22/2019 Awek Skuter
43/52
Ilya Abdullah
43
Please dear jangan buat muka dengan auntie.
Auntie bukan nak kenalkan mereka ni dengan Shaz. Shaz tu
tak berperasaan, komen Mama Zara.
Fuh! Lega. Dia memang tidak suka sesi suai kenal
begini. Nampak gayanya hanya dia seorang yang dipanggil
oleh Mama Zara. Kedua abangnya, Farith dan Izmi tidak
dijemput sekali ke?
Mama Zara memegang bahu Shaz.
Mama Zara
Auntie nak Shaz pilih dua orang gadis yang sesuai
buat Farith dan Izmi.Auntie tak berkenanlah dengan kekasih
Farith tu. Izmi pula jenis hidung tinggi.
Dah agak dah. Ini yang Shaz tak senang hati. Dia
tak mahu dipersalahkan oleh Farith dan Izmi nanti.
Auntielah buat pilihan sendiri.
Auntie tak pandailah nak pilih calon ikut mata
auntie ni. Shaz tolonglahauntie ya. Mama Zara memujuk.
Shaz gelengkan kepala. Auntie pandai kumpulkan
calon,auntie kena pilih sendiri.
Gadis-gadis itu berbisik sesama mereka. Ada yang
melemparkan senyuman buat Shaz namun, Shaz tidakmembalasnya.
Assalamualaikum auntie. Wajah Farith terpacul
di muka pintu.
Farith. Mama Zara meluru mendapatkan
Farith. Lengan sasa Farith ditarik. Farith dibawa ke arah
gadis-gadis tersebut.Tercengang-cengang Farith dibuatnya. Gadis-gadis
itu mula menunjukkan reaksi sebaik sahaja melihat Farith.
Pelakon popular siapa yang tak kenal.
8/22/2019 Awek Skuter
44/52
Awek Skuter
44
Shaz hanya berpeluk tubuh. Dia sudah agak wajah
Farith akan menjadi keruh.
Mama Zara.
Farith auntie bersusah payah carikan calon
isteri buat Farith tau. Semuanya dari lulusan universiti dan
anak-anak Datuk.
Farith merenung Shaz. Adiknya itu buat tidak
peduli malah, memijak naik anak tangga untuk ke tingkat
atas.
Shaz memang begitu bukan jenis suka bercampur
sangat. Dunianya hanyalah kerja dan buku.
Mahu atau tidak, Farith terpaksa berhadapan
dengan semua calon gadis pilihan hati Mama Zara itu.
8/22/2019 Awek Skuter
45/52
Ilya Abdullah
45
SKUTER oh skuter! Kenapa kau
buat perangai mengejut hari
ini? Kau tahu tak aku nak cepat
hantar piza pada Farith. Sejuklah piza ni nanti. Farith tentu
tak nak makan piza yang sejuk.Hu hu hu. Aku cuma pandai
bawa skuter tetapi tak pandai menjadi mekanik pada skuter
aku. Bateri teleon pula dahkong! Kalau tak aku boleh mintatolong Hidayat. Apalah malang nasibku ini?
Adllea membelek setiap inci tubuh skuter
kesayangannya. Selama dia tunggang skuter ini dia mana
pernah belek isi dalamannya. Dia sekadar mandikan dan
membelai manja skuternya ini. Minyak penuh, tapi apesal
skuter dia semput? Ada yang sabotaj skuter kesayangan dia
ke?
Adllea menggaru kepalanya. Apa lagi, dia mula
menahan kereta yang lalu-lalang di situ tapi, tak ada satu pun
Bab
5
8/22/2019 Awek Skuter
46/52
Awek Skuter
46
yang berhenti. Agaknya mereka takut kena rompak kut?
Sekarang ini macam-macam kes rompakan tepi jalan. Tapi
dia bukan perompak. Masakan perompak bermuka comel
macam dia. Lagi-lagi dengan baju seragam PHD (Pizza Hut
Delivery) tersarung pada tubuh dia ni.
Macam-macam aksi yang Adllea buat namun,
menghampakan. Karang dia baring kat atas jalan karang! Dia
sudah memikirkan idea yang cukup berisiko ini. Tak boleh
tak boleh! Adllea menggeleng kepala. Apa yang dia harus buatni? Masakan dia perlu duduk menongkat dagu di sini
menunggu bantuan sampai? Dia ni macam duduk di pulau
terbiar pula.
Kata orang, harapan itu tetap ada kalau kita
bersabar. Sebuah kereta Kancil berhenti di tepi jalan.
Adllea menarik naas lega dan bersyukur.Alhamdulillah ada juga orang yang sudi menghulurkan
bantuan kepada insan yang lemah ini. Namun, sebaik sahaja
melihat wajah insan yang baik hati itu, senyuman di bibir
Adllea terus mati. Katak mata empat!
Skuter buruk rosak ke? Shaz melemparkan
senyuman sinisnya kepada Adllea.
Apa, ingat Adllea Abd. Rashid kebulur sangat minta
pertolongan dia. Adllea semakin sakit hati dengan Shaz yang
selamba mengesat tapak kasutnya yang kotor itu pada skuter
kesayangan Adllea. Kalau setakat nak menindas dia dan
skuternya di sini, rasa ada baiknya Shaz tidak payah berhenti
untuk menghulurkan bantuan langsung.
Kalau nak balas dendam pada saya, baik awak takpayah berhenti, rengus Adllea.
Shaz ketawa kecil. Namun, tawanya itu tidak cukup
manis pada Adllea. Tawa orang yang tak tahu nak ketawa.
8/22/2019 Awek Skuter
47/52
Ilya Abdullah
47
Awak menghala ke kondo abang saya. Piza ini
mesti untuk abang saya, kan?
Adllea malas mahu menjawab. Dia buat tidak peduli.
Biarkanmamat itu panas hati dengan dia. Namun, lain pula
jadinya.
Shaz merapati skuter Adllea dan tanpa izin dia
menyelongkar piza yang Adllea bawa. Tidak beradab sopan
punya manusia.
Aku dah agak piza ni untuk abang aku,
gumamnya.
Dia mengambil piza tersebut lalu mengeluarkan
sejumlah wang dari kocek seluar jeannya. Not RM50.00 itu
dihulurkan kepada Adllea. Keep the change.
Kurang asam punya lelaki. Dia boleh blah begitu
sahaja selepas dia ambil piza untuk abangnya itu. Adlleamemang cukup berang! Kalau ada pistol dalam tangan,
memang dia tembak terus katak mata empat itu.
Sinar matahari semakin terik di atas kepala. Adllea
mula berpeluh-peluh. Adllea mengibas mukanya dengan
tangan. Hati Adllea bertambah panas dengan gelagat katak
mata empat tadi. Tak guna! Dia menyebabkan aku tak dapatjumpa Farith.
Setengah jam kemudian ada sebuah motosikal
berhenti berdekatan Adllea. Dua orang lelaki merapati Adllea.
Orang jahat ke? Mintak-mintak bukanlah. Adllea sudah
mampu tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Hidayat
bersama lelaki yang tidak dia kenali itu. Hidayat tampak
cemas sekali.
Lea aku dapat panggilan teleon tadi. Ada orang
lelaki call, cakap kau punya skuter rosak tepi jalan.
8/22/2019 Awek Skuter
48/52
Awek Skuter
48
Ada orang buat panggilan teleon ke tempat kerja
dia? Katak mata empat itukah? Adllea musykil. Masakan
katak mata empat itu? Tak logiklah. Mungkin Farith kut?
Farith, kan tahu dia yang hantarkan piza itu untuknya.
Katak mata empat itu mesti bercerita dengan Farith.
Aku haus dan penatlah, Dayat. Kau ada bawa air
tak? Adllea malas nak ambil tahu pasal lelaki yang meneleon
itu. Dia keletihan sekarang ini. Karang dia pengsan, susahlah
pulak.Ada. Hidayat menghulurkan botol berisi 500ml
air mineral kepada Adllea.
Lelaki yang dibawa oleh Hidayat itu seorang
mekanik. Dia memeriksa skuter Adllea.
Adllea rasa jangka hayat skuternya itu masih belum
sampai ke tahap layak untuk dijadikan besi buruk.Nampak gayanya kau kena buat panggilan dengan
pelakon kegemaran kau itu. Piza dia mesti dah sejuk.
Hidayat menghulurkan teleon bimbitnya kepada Adllea.
Tak payah balasnya pendek.
Kenapa? Dia itu pelanggan kita tau.
Adik dia dah ambil piza tu.
Wajah Hidayat berubah.
Kau kata bateri kau kong! Macam mana pula kau
calldia? Hidayat kehairanan.
Kebetulan dia lalu jalan ni. Dia berhenti tapi bukan
nak tolong aku. Dia ambil piza untuk abang dia. Jelas Adllea.
Macam tahu-tahu aje piza tu abang dia punya.Pelik pulak aku. Entah-entah dia ekori kau. Hidayat
membuat spekulasi sendiri.
8/22/2019 Awek Skuter
49/52
Ilya Abdullah
49
Agaknya kut. Adllea pun terpengaruh dengan
spekulasi Hidayat itu.
Tapi, apesal pulak katak mata empat tu nak
mengekori aku? Aku bukannya anak orang kaya pun kalau dia
nak merompak. Mungkin juga pasal aku malukan dia di kae
kelmarin.
KAK MONA membebel hingga naik pedih telinga Adllea
mendengarnya. Apa tidaknya. Tiga pelanggan buat aduan
kepada Kak Mona piza mereka lambat sampai. Dan salah
seorang pelanggan tersebut adalah katak mata empat itu.
Bukan salah dia pun. Skuter dia rosak, nak buat macam
mana?
Kata orang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Adllea malas mahu melayan kerenah Kak Mona. Dia cuma
tahu membebel sahaja. Lain kali dia suruh Kak Mona hantar
piza pula. Baru Kak Mona tahu macam mana susahnya jadi
penghantar piza ni.
Hidayat dan yang lain-lain hanya menyabarkanAdllea. Biasalah kalau Kak Mona datang bulan, angin
kus-kusnya pun datang sekali. Itu komen kawan-kawannya.
Adllea hanya tersengih.
Bawa bertenanglah, Lea. Kau, kan tahan sabar
dengan kakak kita tu. Hidayat memujuklah kononnya.
Aku rasa nak bagi pelempang kat bibir gigitan
tebuan dia tu. Adllea siap buat gaya mulut Kak Mona yang
suka memuncung bila bercakap.
Hidayat dan yang lain-lain ketawa melihat aksi
selamba Adllea itu.
8/22/2019 Awek Skuter
50/52
Awek Skuter
50
Cakap tu pandang-pandang belakang. Ujar Zazali
yang duduk bersebelahan dengan Hidayat.
Aku tak kisah kalau dia dengar pun. Ingat aku
takut dengan dia? Adllea berkata dengan megahnya. Tapi
dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Kecut perut juga kalau Kak
Mona naik anginkus-kus.
He he he berani cakap belakang saja. Depan Kak
Mona, lidah kelu seribu bahasa.
Dayat.
Ya?
Siapa mamat yang beritahu kau aku tersadai kat
tepi jalan tu? Adllea baru bertanya. Harap-harap Farithlah
orangnya.
Ehem! Katak mata empat kau tu la. Hidayat
menjawab laju.
Mulut Adllea terlopong besar. Apa moti katak
mata empat itu agaknya? Adllea mengusap dagunya. Dia
mesti ada agenda tersendiri. Ada katak di sebalik batu ni.
8/22/2019 Awek Skuter
51/52
No. ISBN:- 978-967-0448-36-7Jumlah muka surat:- 282
Harga Runcit:- S/M: RM14, S/S: RM17
Harga Ahli:- S/M: RM10, S/S: RM13
Sinopsis:-
Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai
penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain
skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak
nai, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah
Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Teman-
temanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan.
Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adikFarith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang
menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat
yang sukar untuk diahami perangai sebenarnya itu secara
8/22/2019 Awek Skuter
52/52
tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin
mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan
berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan
perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan.
Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan
itu?
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan
nomik yang pertama seumpamanya... AWEK SKUTER di
rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku
berhampiran anda.
Anda juga boleh membeli secara pos atau online
dengan kami.
Untuk pembelian secara online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat
lengkap, no. teleon, tajuk novel yang ingin dilanggan,
jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan
dengan wang pos atau money order (atas nama:-
PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:-
Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12,
DWangsa,
53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.
Tel:- 03-4149 5337/6337
Recommended