View
309
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Patient transfer device direka khas untuk memindahkan pesakit dari katil ke
kerusi roda, kereta dan sebaliknya. Patient transfer device yang sedia ada di pasaran
menggunakan konsep hidraulik tetapi penggunaanya terhad kerana kos harga mahal.
Tidak hairanlah jika alat ini kurang diketahui umum oleh kerana harganya yang mahal
dan penggunaanya yang leceh.
Keadaan ini menyebabkan hanya hospital swasta sahaja mampu menggunakan
alat tersebut. Bagi hospital kerajaan, kebanyakannya hanya mampu menggunakan cara
manual tanpa dibantu oleh apa apa alat iaitu secara mengangkat pesakit mrnggunakan
kudrat.
Kebiasaannya, patient transfer device yang sedia ada menggunakan konsep
hidraulik tidak begitu mudah untuk kerja penyelenggaraan jika rosak. Selain itu, jika
berlaku kebocoran pada komponen hidraulik, minyak akan tertumpah dan ini akan
menyebabkan risiko kemalangan kepada pesakit dan pengendali. Oleh itu, patient
transfer device secara manual yang dibantu oleh alat mekanikal seperti pelaras tali dan
kacing seatbelt amat penting bagi hospital kerajaan oleh kerana kosnya yang
sederhana.
2
1.2 Latar Belakang Kajian
Pada masa kini, rakyat Malaysia menikmati kemudahan penjagaan kesihatan
dan perkhidmatan perubatan yang tinggi. Terdapat beberapa proses pemindahan
pesakit dari katil klinikal untuk kerusi roda atau sebaliknya merupakan salah satu
perkhidmatan yang diberi keutamaan kepada orang-orang yang sakit dan lumpuh.
Ini akan melibatkan sejumlah besar tenaga kerja hanya untuk melengkapkan
proses pemindahan dari katil klinikal untuk kerusi roda atau sebaliknya. Projek ini
akan melibatkan reka bentuk yang familiar seperti kerusi roda yang sedia ada untuk
memudahkan pengendalian oleh jururawat bagi keselesaan pesakit.
Di samping itu, selain daripada memindahkan pesakit dari katil, reka bentuk
projek ini boleh digunakan untuk memindahkan pesakit dari medium lain termasuk
mandian tandas, kereta, kerusi dan lain-lain. Walaubagaimanapun, alat ini boleh
digunakan bukan sahaja untuk jururawat di hospital malah kegunaan pesakit di rumah
turut digalakkan.
Patient transfer device adalah projek yang dibuat penambah baikkan daripada
kerusi roda yang sedia ada kepada yang lebih mudah. Alat ini merupakan cetusan idea
oleh kumpulan ini sendiri berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh daripada
internet dan buku-buku. Patient transfer device ini memudahkan proses pemindahan
pesakit dari katil untuk ke kerusi roda atau sebaliknya.
3
1.3 Penyataan Masalah
Penyata masalah ialah jururawat menggunakan tenaga yang kuat untuk
memindahkan pesakit yang berat. Selain itu, bukan sahaja memerlukan tenaga yang
kuat, ia juga menyebabkan pesakit merasa tidak selesa semasa proses pemindahan
dijalankan. Seterusnya, alat pemindahan pesakit yang sedia ada yang digunakan
adalah mahal.
1.4 Objektif
Secara amnya kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:
i. Merekabentuk bentuk alat yang mampu memudahkan pengendali.
ii. Membina alat yang mampu mengurangkan risiko kecederaan.
iii. Menguji alat supaya mampu menampung berat badan pesakit sehingga 200kg.
4
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah alat pemindah pesakit ini mampu menampung pesakit yang berbadan
besar?
2. Adakah kaedah penyelenggaraan alat pemindah pesakit ini memerlukan kos
yang tinggi?
3. Adakah alat ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik?
4. Adakah kos pembinaan bagi alat ini sederhana?
1.6 Skop Kajian
Dari hasil kajian yang dibuat, dapat menyenaraikan beberapa skop utama sebagai
langkah rujukan untuk mencipta alat pemindahan pesakit diantaranya ialah:
i. Saiz patient transfer device yang digunakan adalah sama dengan patient
transfer device yang sedia ada.
ii. Boleh menampung berat badan pesakit sehingga ≤ 200kg.
iii. Alat ini boleh dikendalikan dari had umur ≥15 tahun.
5
1.7 Kepentingan Kajian
Salah satu isu utama di kemudahan kejururawatan di hospital ialah kerap
memindahkan pesakit dari katil hospital ke kerusi roda atau sebaliknya, mengangkat
dan menyusun semula pesakit dan pesakit-pesakit ini biasa nya lebih berat daripada
jururawat itu sendiri dan juga melebihi kapasiti mengangkat bagi jururawat. Banyak
kajian telah dijalankan dalam membangunkan prosedur yang betul untuk proses
memindahkan dan menyusun semula tetapi tiada mana-mana prosedur akhirnya boleh
mengurangkan risiko sakit belakang dan leher untuk jururawat.
Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kesukaran untuk
memindahkan pesakit dari katil ke kerusi roda adalah saiz dan berat badan pesakit,
pesakit melemahkan badan, pesakit tidak memberikan bantuan dan juga
kebarangkalian jatuh atau hilang keseimbangan. Selain itu, apabila jururawat
memindahkan pesakit dari katil ke kerusi roda atau sebaliknya, katil umumnya
menghalang jururawat untuk membengkokkan lututnya atau mengambil alih postur
yang betul untuk mengangkat.
Walaupun mengangkat pada kedudukan yang ideal dan di bawah kapasiti,
90peratus daripada mereka adalah jururawat wanita. Dengan peningkatan jumlah
pesakit di hospital, peralatan yang betul mesti bersedia untuk mengurus dan memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Untuk memindahkan pesakit masuk dan
keluar dari katil klinikal menggunakan kerusi roda untuk sebarang tujuan adalah satu
proses yang sangat meletihkan untuk jururawat jika proses yang dilakukan secara
manual. Prosedur manual untuk proses pemindahan ini adalah panjang.
Seterusnya, pengalihan pesakit ke kerusi roda atau sebaliknya juga memberi
kesan kepada pengguna. Antaranya, keseimbangan pesakit ketika mengalihkan ke
tempat lain yang mengakibatkan sakit pada bahagian kaki dan pinggan pengguna.
6
1.8 Definisi Istilah
1) Patient transfer device – kerusi pemindahan pesakit yang mudah alih dan boleh
ditanggalkan. Kerusi ini direka khas untuk pesakit bagi memudahkan proses
pemindahan pesakit dari katil ke kerusi roda atau sebaliknya.
2) Peranti – projek alat tersebut. Sebagai contoh, patient transfer device (PTD)
merupakan salah satu peranti.
3) Familiar – sesuatu yang biasa dilihat. Reka bentuk PTD adalah merujuk reka
bentuk kerusi pemindahan pesakit yang sedia ada.
1.9 Rumusan Bab
Antara perkara yang dapat dirumuskan dari bab ini adalah dapat mengenal
pasti masalah yang dilalui jika ingin memindahkan pesakit dari katil ke kerusi roda.
Selain itu, objektif projek ini adalah merekabentuk alat yang mampu memudahkan
pengendali. Skop projek ini adalah saiz patient transfer device yang digunakan adalah
sama dengan saiz patient transfer device yang sedia ada dan boleh menampung berat
badan pesakit sehingga ≤ 200kg serta alat ini boleh dikendalikan dari had umur ≥
15tahun.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan penyelidikan yang dijalankan terhadap kajian
terdahulu yang telah dijalankan di mana perkara ini akan digunakan untuk
memperbaiki sistem dan mendapatkan perbezaan di antara satu sama lain.
Kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah berkisarkan tentang tajuk projek yang
dibuat. Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan mengenai cara dan teknologi yang
digunakan dan juga proses yang digunakan serta kendalian projek yang dijalankan.
8
2.2 Konsep
Kajian dan penyelidikan tentang patient transfer device
Patient transfer device direka bentuk untuk mengangkat dan memindahkan
pesakit dari satu tempat ke tempat lain contohnya dari katil ke tandas, kerusi, kerusi
roda atau sebaliknya. Alat ini boleh dikendalikan secara manual mahupun automatik.
Walaupun reka bentuk alat yang sedia ada berbeza, namun komponen asas seperti
tiang, tali dan beberapa komponen yang lain menjalankan fungsi yang sama. Patient
transfer device memberi banyak manfaat seperti dapat mengurangkan risiko
kecederaan kepada pesakit dan jururawat di wad hospital. Mengangkat dan
mengerakkan orang yang hilang upaya dari katil adalah satu proses yang meletihkan
dan leceh. Kesukaran banyak dan kadang-kadang sukar untuk diatasi. Oleh itu,
keputusan telah dibuat untuk membina sebuah patient transfer device (PTD) dengan
cara paling mudah untuk mengangkat, mengangkut dan menempatkan semula orang.
Ia meyediakan penyelesaian untuk pesakit dan jururawat untuk bertindak balas dengan
keperluan harian seperti mengangkat, mengangkut dan menempatkan semula. Dengan
ini, kerja-kerja pengasuh lebih selesa, mudah dan tidak perlu menggunakan tenaga
kudrat yang kuat untuk mengalihkan pesakit.
Rajah 1.1 : Patient transfer device yang sedia ada
9
2.2.1 Ergonomik
Ergonomik membantu menyelaraskan perkara-perkara yang berinteraksi
dengan orang dari segi keperluan rakyat, kebolehan dan batasan.
Dalam Project Design System, Ergonomik adalah benar-benar penting kepada
pelanggan berpuas hati supaya pesakit dan jururawat di Hospital Sultan Ismail berasa
selesa apabila menggunakan peranti pemulihan ini. Kriteria yang perlu mengambil
perhatian dalam proses membina Patient Transfer Device yang sudah diputuskan oleh
kumpulan ini adalah antropometri, katil hospital dimensi, dimensi kerusi roda dan
mangkuk tandas.
2.2.2 Antropometri
Antropometri merupakan cabang sains yang berurusan dengan saiz badan
manusia: saiz badan, bentuk, kekuatan dan keupayaan untuk bekerja. Ia berkaitan
dengan ciri-ciri fizikal seseorang, terutama dengan variasi individu, pembangunan
ontogenesis dan generik. Data antropometri pada penduduk umum adalah penting
dalam ergonomik untuk menentukan dimensi fizikal ruang kerja, peralatan, perabot
dan pakaian untuk memenuhi pengguna dan untuk mengelakkan tidak sepadan fizikal
antara produk dan dimensi peralatan dan dimensi pengguna sepadan. Dalam
antropologi, ergonomik, seseorang adalah unit asas sistem manusia-mesin. Garis
panduan utama reka bentuk ergonomik adalah untuk mereka bentuk tempat kerja
untuk menampung majoriti individu dengan mengambil kira saiz struktur tubuh
manusia. Kepelbagaian manusia seperti jantina, umur, etnik, status sosial, kesihatan
dan pekerjaan juga perlu dipertimbangkan dalam menentukan populasi sasaran bagi
maksud antropometri. Ini jelas mempunyai implikasi untuk bagaimana produk dan
alat direka bentuk. Aplikasi penyelidikan ergonomik di kawasan-kawasan ini akan
menghasilkan keadaan optimum untuk berfungsi dengan sistem manusia-mesin. Ini
seterusnya, membawa kepada maklumat yang mencukupi untuk mereka bentuk dan
penilaian ergonomik sistem ini.
10
2.2.3 Rajah antropometri manusia
Rajah di bawah menunjukkan data antropometri untuk pelajar universiti lelaki.
Semua dimensi adalah berdasarkan kepada nilai-nilai persentil ke-95. Purata umur,
berat dan kedudukan peserta lelaki adalah 22:55 ± 5:09 tahun, 67.28 ± 13:52 ± 5:40
kg dan 170,49 cm, masing-masing [2].
Rajah 1.2 : Dimensi antropometrik manusia
11
1 = stature; 1790mm
2 = interscye breadth; 360mm
3 = back waist length; 535mm
4 = shoulder breadth; 470mm
5 = hip breadth, sitting; 400mm
6 = arm reach forward; 950mm
7 = forearm–hand length; 490mm
8 = buttock– knee length; 600mm
9 = buttock–popliteal length; 500mm
10 = sitting height; 960mm
11 = sitting eye height; 850mm
12 = sitting shoulder height; 670mm
13 = sitting elbow height; 210mm
14 = shoulder–elbow length; 390mm
15 = knee height; 570mm
16 = popliteal height; 470mm
17 = thigh clearance; 160mm
18 = elbow span; 980mm
19 = span; 1855mm
12
2.2.4 Katil pesakit hospital
Sumber-sumber untuk dimensi katil hospital diambil dari Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA). Pasukan kami telah melawat hospital untuk mendapatkan
dimensi sebenar katil pesakit.
Rajah 1.3 : Katil Hospital
Soalan yang sering ditanya sekitar dimensi dan saiz katil.
(i) Berapa tinggi bahagian ‘backrest’ platform katil pesakit di hospital?
(ii) Berapa tinggi katil boleh dinaikkan?
(iii) Adakah katil cukup tinggi bagi seseorang yang tinggi?
13
Katil hospital dari pandangan sisi
Katil hospital dari pandangan hadapan
Rajah 1.4 : Dimensi Ukuran Katil Hospital
Dimensi yang ditunjukkan adalah dimensi keseluruhan katil di wad Hospital Tengku
Ampuan Afzan. Pengukuran adalah seperti berikut :
Lebar : 1000 mm
Tinggi : 640 mm
Tinggi katil diukur apabila katil berada dalam kedudukan yang terendah.
Ukuran lebar katil adalah penting untuk memuatkan patient transfer device muat
melalui katil. Ketinggian katil diambil untuk memastikan pengukuran kerusi dan
permukaan katil adalah selaras.
14
2.2.5 Kereta
Seterusya, menyasarkan untuk mereka bentuk mengangkat pesakit berdasarkan
kereta Perodua seperti Myvi. Dimensi Produa Myvi diambil dari katalog di internet
seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Rajah 1.5 : Dimensi kereta
15
2.2.6 Dimensi kerusi roda
Rajah 1.6 : Dimensi kerusi roda
Salah satu fungsi projek ini adalah untuk memindahkan pesakit dari katil ke
kerusi roda. Terdapat beberapa dimensi kerusi roda yang perlu dipertimbangkan.
Dimensi yang pertama adalah lebar kerusi roda. Kumpulan ini telah melawat Hospital
Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan dimensi kerusi roda. Dimensi ini diukur
untuk menentukan lebar di bahagian bawah patient transfer device. Dimensi kedua
yang perlu dipertimbangkan ialah ketinggian kerusi roda. Jika ketinggian PTD tidak
sesuai, ia mungkin akan menyebabkan ketidak selesaan kepada pesakit semasa
pemindahan ke kerusi roda.
16
2.2.7 Mangkuk tandas
Selain daripada kerusi roda, Patient Transfe Device (PTD) juga merupakan
sebahagian penting dalam memindahkan dan mengalihkan pesakit melalui keutamaan
aktiviti dan gaya hidup. Adalah penting bagi orang-orang yang mengambil berat untuk
mengalihkan dan memindahkan pesakit dengan mudah dengan PTD, yang termasuk
proses menolak atau mengangkat, melipat, menetapkan, pembersihan atau melaraskan
PTD. Oleh itu, banyak faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan PTD yang
tepat dan berkualiti untuk keselamatan dan keselesaan pesakit. Ketinggian dan berat
badan adalah aspek penting. Dimensi mangkuk tandas mesti dipertimbangkan untuk
mewujudkan PTD.
Oleh itu, beberapa ukuran perlu dilakukan pada mangkuk tandas supaya PTD
boleh digunakan dengan mudah dengan pelbagai fungsi. Rajah dibawah menunjukkan
mangkuk tandas mempunyai dimensi purata.
Rajah 1.7 : Tandas
17
Rajah 1.8 : Dimensi ukuran mangkuk tandas
Dimensi ukuran pada mangkuk tandas perlu diambil kira kerana patient
transfer device juga berfungsi untuk memudahkan pesakit membuang air tanpa perlu
berpindah dari kerusi roda ke mangkuk tandas.
18
2.3 Kajian Terdahulu
Berikut adalah contoh patient transfer device yang terdahulu antaranya ialah:
2.3.1 Patient transfer device yang menggunakan hidraulik
Patient transfer device yang hidraulik menggunakan bendalir tidak mampat
yang ditekan ke dalam silinder oleh pam pelocok. Minyak digunakan kerana sifatnya
yang stabil dan melincir.
Rajah 2.1: Patient transfer device yang hidraulik
19
2.3.2 Patient transfer device yang mudah alih
Patient transfer device yang mudah alih ialah alat mekanikal dimana kegunaan
utamanya adalah membawa pesakit yang beratnya ≤ 250kg. Penggunaan roda yang
besar dapat menampung berat pesakit. Walaubagaimanapun, pemindahan yang mudah
seperti patient transfer device tidak dapat dijalankan.
Rajah 2.2: Patient transfer device mudah alih
20
2.3.3 Antara isu yang dihadapi oleh jururawat dan pesakit
Antara isu yang paling besar yang terpaksa dilalui oleh jururawat di wad
Hospital Tengku Ampuan Afzan di Unit Perkhidmatan Pesakit ialah kerap
memindahkan pesakit dari katil hospital ke kerusi roda atau sebaliknya dan
mengangkat pesakit. Kebiasaannya pesakit-pesakit ini lebih berat daripada jururawat
itu sendiri malah melebihi kapasiti mengangkat bagi jururawat tersebut. Banyak kajian
telah dijalankan dalam usaha membangunkan prosedur yang betul untuk proses
memindahkan dan menyusun semula pesakit tetapi tiada mana-mana prosedur yang
dapat mengurangkan risiko sakit belakang dan leher jururawat. Antara faktor utama
yang menyumbang kepada kesukaran untuk memindahkan pesakit adalah saiz dan
berat badan pesakit, pesakit yang melemahkan badan dan pesakit yang tidak
memberikan bantuan dan ini boleh menyebabkan pesakit jatuh atau hilang
keseimbangan. Isu ini dibangkitkan dalam sesi temu bual bersama para jururawat
kerana 90 peratus daripada mereka adalah golongan wanita.
Justeru, dengan peningkatan jumlah pesakit di Hospital Tengku Ampuan
Afzan, peralatan yang lebih maju mesti disediakan untuk membantu memudahkan
urusan mengurus dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Untuk
memindahkan pesakit dalam dan keluar dari katil klinikal menggunakan kerusi roda
untuk sebarang tujuan adalah satu proses yang sangat meletihkan untuk jururawat.
Proses manual untuk pemindahan adalah panjang dan leceh.
21
BIL PROSEDUR SEBAB
1. Memberi salam, menerangkan
prosedur dan meminta izin
Mendapatkan kerjasama dari
pesakit
Mengurangkan kebimbangan
pesakit
2. Membasuh tangan Membasmi kuman
3. Memastikan persekitaran yang selamat Mengelakkan kecederaan
4. Memberi privasi Menghormati hak pesakit
5. Rapatkan kerusi roda dengan katil
pesakit dan membuka alas kaki
Memastikan keselematan
6. Memaklumkan kepada pesakit untuk
bergerak ke bahagian sisi katil
Untuk memudahkan prosedur
7. Berdiri menghadap pesakit dan
membantu pesakit untuk duduk:
- Sebelah tangan memegang ketiak
pesakit
- Sebelah tangan menolak tengkuk
pesakit
8. Memegang pangkal lengan pesakit dan
sebelah tangan memegang bahagian
belakang pesakit
9. Letakkan tangan di bahagian bawah
peha pesakit
10. Bengkokkan kedua dua lutut pesakit
dan kembangkan bahagian sokongan
Stabilkan kaki pesakit
11. Alihkan pesakit ke bahagian tepi katil
dan luruskan kaki pesakit
Mengurangkan kecederaan
Memudahkan prosedur
12. Letakkan sebelah tangan pada
bahagian ketiak pesakit dan sebelah
lagi memegang erat bahagian
pinggang pesakit
Memudahkan prosedur
13. Letakkan kedua dua tangan pesakit
pada bahagian bahu
jururawat/pengendali alat
14. Bengkokkan bahagian lutut pesakit
22
dan luruskan bahagian belakang
15. Julurkan kaki pesakit ke bahagian
bawah katil
Mencegah kecederaan
16. Mengarahkan pesakit untuk berjalan
secara perlahan pada kerusi roda
17. Dudukkan pesakit ke atas kerusi roda
18. Selesakan kedudukan pesakit di atas
kerusi roda
Memastikan keselesaan
pesakit
19. Basuh tangan dengan menggunakan
sabun
Mengurangkan kadar
penyebaran kuman
Jadual 2.1 : Isu jururawat dan pesakit
23
2.4 Rumusan Bab
Melalui kajian terdahulu yang dilakukan oleh kami, terdapat dua jenis alat
pemindahan pesakit iaitu alat pemindahan pesakit yang hidraulik dan alat pemindahan
pesakit yang mudah alih. Dengan isu-isu yang dihadapi yang telah kami lampirkan,
jelaslah bahawa alat pemindahan pesakit yang sedia ada boleh mendatangkan
kemalangan dan pengendalian yang leceh.
24
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Merekabentuk adalah satu kaedah yang diguna bagi menghasilkan sesebuah
projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dan menginovasikan
sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk
mencapai objektif projek. Patient transfer device ini dicipta sendiri dari hasil sedia
ada untuk diinovasikan. Reka bentuk dan kendalian yang dihasilkan tidak terlalu
merumitkan seperti alat yang sedia ada dipasaran. Apa yang ditekankan dalam projek
ini adalah operasi alat ini yang telah diubah suai menjadi satu sistem yang lebih baik
tanpa mengubah tujuan alat tersebut.
25
3.2 Carta Alir
Proses rekabentuk yang dilakukan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya
dilakukan mengikut turutan agar tidak berlaku pesongan di mana terdapatnya jalan
kerja yang tertinggal atau tidak dilaksanakan. Proses ini disusun dalam bentuk
gambarajah seperti berikut:
Tidak
Ya
Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi
Mula
Permasalahan
Pengujian
Penyelidikan
Idea
Tamat
Lakaran awal reka bentuk
Pemilihan bahan
Penghasilan projek
26
3.3 Rekabentuk Kajian Patient Transfer Device
3.3.1 Konsep 1
Konsep 1 seperti yang ditunjukkan dalam (Rajah 3.2) menggunakan
mekanisme hidraulik untuk melaraskan ketinggian pesakit. Apabila pesakit sudah
dalam kedudukan bersedia untuk diangkat, mesin hidraulik yang diletakkan di kaki
akan digerakkan ke atas. Kemudian, pesakit akan bergerak ke atas sehingga
ketinggian tertentu di mana pesakit selesa. Struktur reka bentuk konsep ini adalah
sama seperti yang sedia ada.
Rajah 3.2 : Konsep 1
27
3.3.2 Kelebihan konsep 1
Kelebihan hidraulik ialah sesuai digunakan dalam mengangkat beban yang
berat dan cekap. Sistem hidraulik yang fleksibel dari segi penempatan transmisi
tenaga. Daya yang sikit cukup bagi mengangkat beban yang berat.
3.3.3 Kelemahan konsep 1
Kelemahan hidraulik pula ialah harganya yang mahal kerana menggunakan
minyak khas hidraulik. Jika berlaku kebocoran pada silinder mahupun pada pengedap
minyak, akan berlaku pengurangan kecekapan dan tidak boleh digunakan atau
beroperasi bila berlaku kebocoran yang ketara.
28
3.3.4 Konsep 2
Bagi konsep 2 seperti yang ditunjukkan dalam (Rajah 3.3) menggunakan besi
yang telah dibengkokkan pada bahagian tiang alat ini. Untuk memberi keselesaan
kepada pesakit, ketinggian tempat duduk perlu dikendalikan secara manual dengan
melaraskan pelaras tali. Konsep ini tidak memakan kos yang besar semasa pembinaan
dan ia mudah untuk digunakan.
Rajah 3.3 : Konsep rekaan 2
29
3.3.5 Kelebihan konsep 2
Kelebihan bagi konsep 2 ialah, reka bentuk yang sistematik. Tiada penggunaan
hidraulik dan dapat menselesakan pesakit kerana menggunakan pelaras tali untuk
melaraskan ketinggian pesakit semasa menggunakan alat ini. Tali Seatbelt digunakan
kerana tali tersebut mampu menampung berat sehinnga 1000kg.
3.3.6 Kelemahan konsep 2
Kelemahan pada konsep rekaan 2 ialah, beban yang terlalu berat tidak
digalakkan menggunakan konsep ini kerana kadar pembengkokkan pada tiang patient
transfer device tersebut akan melendur dan kemungkinan akan patah.
30
3.3.7 Konsep 3
Akhir sekali, untuk konsep 3 pada (Rajah 3.4) konsep ini telah diubahsuai iaitu
menggunakan tiang penyokong . Ia adalah lebih stabil dan kuat untuk digunakan.
Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan jenis produk memerlukan banyak bajet
dan proses membina konsep ini leceh dan mengambil masa.
Rajah 3.4 : Konsep rekaan 3
31
3.3.8 Kelebihan konsep 3
Kelebihan bagi konsep 3 ialah, penggunaan besi tiang pada bahagian belakang
dapat mengukuhkan lagi alat ini. Konsep ini juga dapat menstabilkan pesakit dengan
alat tersebut.
3.3.9 Kelemahan konsep 3
Kelemahan konsep 3 ialah, proses pembinaan yang leceh.
32
3.4 Konsep Evaluasi Dan Pemilihan
Evaluasi dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep rekaan
tersebut. Cara ini dilakukan dengan memberi mata kepada setiap konsep didalam
memilih konsep yang terbaik. Cara ini dipanggil Matrix Evaluation Method ( Jalil,
M.K.A, 2000 ) seperti yang ditunjukkan didalam jadual. Keputusan adalah
berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Jika Terdapat kelemahan didalam konsep yang
dipilih ianya boleh diperbaiki.
Jadual 3.1 : Perbandingan antara konsep 1, 2 dan 3
Bil Criteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3
1 Masa pembinaan 3 5 4
2 Kos projek 3 4 4
3 Keselamatan 4 4 4
4 Bahan projek 3 4 4
5 Mudah untuk dikendali 4 5 5
6 Mudah untuk disimpan 3 4 4
7 Berat projek 3 4 4
8 Nilai 4 5 4
9 Kecekapan 4 4 4
10 Keselesaan pengguna 4 4 4
Jadual. Perbandingan antara konsep 1, 2 dan 3 dengan konsep rujukan.
Terdapat perbezaan skala iaitu skala (1)-sangat tidak berpuas hati sehingga skala (5)-
sangat berpuas hati.
33
3.4.1 Pemilihan bahan
Berikut adalah pemilihan bahan bagi projek ini ialah:
3.4.2 Jenis bahan
(a) Besi hollow segi empat sama
Rajah 3.5 : Besi hollow jenis segi empat sama
Besi jenis ini berperanan sebagai rangka pada bahagian bawah alat ini. Besi ini
bersaiz 50mm pada bahagian lebar dan 50mm pada bahagian tinggi. Ketebalan besi
yang digunakan pada alat ini ialah 2mm.
(b) Besi hollow jenis bulat
Rajah 3.6 : Besi hollow jenis bulat
34
Besi jenis ini disambungkan pada rangka bawah dengan menggunakan angle
bar. Besi ini mempunyai diameter 50mm dan ketebalan 2mm.
(c) Bar bersudut ( angle bar )
Rajah 3.7 : Bar bersudut ( angle bar )
Bar bersudut ( angle bar ) digunakan pada bahagian bawah untuk
menghubungkan besi hollow bulat dengan besi hollow segi empat sama.
(d) Plat besi
Rajah 3.8 : Plat besi
Plat besi ini dipotong pada ukuran yang ditetapkan. Roda akan
dikimpal pada plat besi yang telah dipotong dan plat besi ini akan dikimpal
pada bahagian bawah besi hollow segi empat sama.
35
(e) Pengapit seatbelt
Rajah 3.9 : Pengapit seatbelt
Pengapit seatbelt ini disambungkan dengan tali seatbelt. Pengapit yang
menyambung dipasang pada bahagian tempat duduk dan pengapit yang
disambung dipasang pada bahagian pelaras tali.
(f) Tali seatbelt
Rajah 3.10 : Tali seatbelt
Tali seatbelt ini digunakan pada bahagian pengapit. Tali ini juga merupakan
fungsi utama alat ini kerana digunakan pada bahagian tempat duduk dan tempat
penyandar. Tali ini sangat sesuai digunakan kerana mampu untuk menampung berat
sehingga 1000kg.
36
(g) Roda
Rajah 3.11 : Roda
Roda ini mempunyai dua jenis putaran iaitu putaran 180 ֯ dan 360 ֯ . roda
yang putarannya 180 ֯ ini diletakkan pada bahagian depan manakala roda yang
putarannya 360 ֯ diletakkan pada bahagian belakang.
(h) Rod besi
Rajah 3.12 : Rod besi
Rod besi ini digunakan pada bahagian tempat penyandar. Rod besi ini
menyambungkan antara besi hollow dengan tempat penyandar. Besi hollow
tersebut telah digerudi untuk meletakkan rod besi ini.
37
(i) Aluminium
Rajah 3.13 : aluminium
Aluminium ini berfungsi sebagai penutup rangka. Ia dipasang pada
bahagian bawah untuk menutupi semua bahagian penyambungan.
3.4.3 Jenis peralatan dan mesin
(a) Pen marker
Rajah 3.14 : Pen marker
Pen marker digunakan untuk membuat garisan pada permukaan yang
hendak dipotong/digerudi.
38
(b) Pembaris Besi
Rajah 3.15 : Pembaris besi
Pembaris besi digunakan untuk mengukur dan membuat garisan.
(c) Sesiku L
Rajah 3.16 : Sesiku L
Sesiku L digunakan untuk mendapatkan garisan tegak 90 ֯.
39
(d) Pita pengukur
Rajah 3.17 : Pita pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mendapatkan ukuran panjang, lebar ,
tinggi sesuatu objek.
(e) Apit G
Rajah 3.18 : Apit G
Apit G digunakan untuk mengapit sesuatu objek.
40
(f) Tukul Besi
Rajah 3.19 : Tukul besi
Tukul besi digunakan untuk mengetuk sesuatu objek.
(g) Tin spray
Rajah 3.20 : Tin spray
Tin spray digunakan untuk menyembur warna pada projek setelah siap.
Spray yang digunakan adalah warna hitam bagi bahagian rangka bawah dan
warna kelabu pada bahagian tiang.
41
(h) Mesin pemotong besi
Rajah 3.21 : Mesin pemotong besi
Mesin ini digunakan untuk memotong besi setelah proses mengukur
dilakukan.
(i) Mesin canai mudah alih ( grinder )
Rajah 3.22 : Mesin canai mudah alih ( grinder )
Mesin canai mudah alih ini digunakan untuk meratakan permukaan
besi yang tidak rata serta mencantikkan permukaan kumai.
42
(j) Mesin gerudi lantai
Rajah 3.23 : Mesin gerudi lantai
Mesin gerudi lantai digunakan untuk membuat lubang pada objek yang
telah ditanda.
(k) Mesin kimpalan MIG
Rajah 3.24 : Mesin kimpalan MIG
Mesin kimpalan jenis metal inert gas ( MIG ) digunakan untuk tujuan
menyambungkan besi.
43
(l) Mesin milling
Rajah 3.25 : Mesin gerudi lantai
Mesin ini digunakan untuk membuat lubang dengan melakukan
pemotongan berpaksi-x.
44
3.5 Proses Penghasilan
Berikut adalah proses yang dilalui bagi menyiapkan projek ini
3.5.1 Rangka projek
Proses pertama dalam menyiapkan projek ini ialah merekabentuk rangka asal
projek. Berikut adalah rangka besi yang telah dipotong dengan mengikut ukuran yang
telah ditetapkan seperti rajah dibawah
Rajah 3.26 : Proses merangka
45
3.5.2 Proses mengimpal
Mesin kimpal digunakan bagi mengimpal mana-mana bahagian projek yang
perlu dikimpal. Projek ini menggunakan kimpalan metal inert gas ( MIG ) untuk
proses percantuman projek.
Rajah 3.27 : Membuat kimpalan
46
3.5.3 Proses menebuk lubang
Proses yang seterusnya adalah menebuk lubang pada bahagian besi di tempat
penyandar.
Rajah 3.28 : Proses menebuk lubang
47
3.5.4 Proses milling
Proses milling dilakukan pada pengapit tali seatbelt untuk menyambungkan
tali pada pelaras tali.
Rajah 3.29 : Kerja milling
3.5.5 Proses mencanai
Proses yang terakhir sebelum membuat kemasan ialah mencanai. Tujuan
melakukan proses mencanai ialah untuk meratakan permukaan yang tidak rata dan
mencantikkan kumai pada projek.
Rajah 3.30 : Kerja mencanai
48
3.5.6 Membuat kemasan
Tujuan membuat kemasan adalah bagi memperkemaskan serta menambah
daya tarikan projek.
Rajah 3.31 : Kerja kemasan
3.5.7 Memasang projek
Memasang tali dan seatbelt pada bahagian tempat duduk dan penyandar pada
projek yang telah siap melalui proses kemasan.
Rajah 3.32 : Tali dan seatbelt dipasang
49
3.6 BOM (Bill Of Material)
Berikut adalah anggaran kos projek yang telah dihasilkan bagi menyiapkan
projek.
Jadual 3.2 : Kos alat pemindahan pesakit
No Bahagian Bahan Unit Harga
seunit (RM)
Jumlah
(RM)
1 Tempat duduk Tali (seatbelt) 1 20 20
2 Tempat sandar Tali (seatbelt) 1 20 20
3 Kacing (seatbelt) Besi & plastik 4 5 20
4 Pemegang Besi berkarbon 2 8 16
5 Tempat letak kaki Besi berkarbon 2 10 20
6 Roda Besi & getah 4 5 20
7 Alas tempat letak
tangan
Gabus & kain 2 8 16
8 Rangka Besi berkarbon 10 15 150
9 Semua Spray cat 3 8 24
10 Jumlah
keseluruhan
306
50
3.7 Lukisan Berbantu Komputer
Berikut adalah gambaran lukisan berbantu computer. Kami menggunakan
perisian Autodesk Inventor Profesional 2016.
Rajah 3.33 : Pandangan atas
Rajah 3.34 : Pandangan hadapan
52
3.8 Kaedah Pengumpulan Data
Beberapa lawatan telah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di unit
perkhidmatan pemulihan untuk melihat latihan yang dilakukan dan memahami
keperluan dan jangkaan ketidakupayaan pesakit, orang awam dan jururawat.
i. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat untuk projek patient
transfer device. Temu bual telah dilakukan untuk mendapatkan
maklumat daripada jururawat dan orang awam. Antara soalan yang
ditanya dalam sesi temubual ialah:
Adakah proses pemindahan pesakit dibawah jagaan anda sukar?
Bagaimanakah pengalaman anda menguruskan pesakit?
Adakah mereka perlu alat untuk memudahkan proses pemindahan
pesakit dari katil ke kerusi roda atau sebaliknya?
ii. Daripada sesi temu bual terdapat beberapa kesukaran semasa proses
pemindahan pesakit. Antaranya ialah:
Pesakit mengadu tentang tidak keselesaan semasa proses
pemindahan.
Pesakit tidak memberi kerjasama yang sepatutnya semasa proses
pemindahan.
Pesakit mengalami kecederaan akibat proses pemindahan.
Jururawat mengalami sakit belakang akibat proses pemindahan.
Pesakit terlalu berat.
Kesukaran mendapatkan cara terbaik untuk proses pemindahan.
53
iii. Daripada sesi temu bual, masalah yang akan cuba kami selesaikan
antaranya ialah:
Alat ini dapat mengurangkan risiko sakit belakang terhadap
jururawat dan pelawat.
Memudahkan proses pemindahan pesakit.
Boleh membantu pesakit menstabilkan badan pesakit sendiri.
Mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit.
3.9 Instrumen Kajian
Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu sebelum kajian sebenar
dijalankan. Oleh itu, beberapa instrumen dipilih melalui kesesuaian berdasarkan
permasalahan dan berdasarkan sampel yang dipilih .
Kami memilih tiga instrumen untuk cadangan kajian ini . Instrumen yang
dipilih ialah pemerhatian , dokumentasi dan temubual yang mana pemilihan instrumen
ini adalah bersesuaian dengan rekabentuk kajian kami iaitu Patient Transfer Devics .
54
3.10 Kaedah Analisis Data
Pemilihan bahan
Keluli karbon boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori bergantung kepada
komposisi karbon. Terdapat keluli berkarbon rendah, keluli berkarbon sederhana dan
keluli berkarbon tinggi. Berdasarkan jadual di bawah, keluli berkarbon rendah adalah
lebih sesuai berbanding dengan keluli berkarbon sederhana dan keluli berkarbon
tinggi. Keluli berkarbon rendah biasanya digunakan dalam pembinaan bangunan atau
badan kereta. Keluli karbon sederhana digunakan untuk menghubungkan rod,
crankshaft dan tukul.
Peratus karbon dalam keluli Kegunaan
Karbon rendah 0.05-0.30 Badan kereta,bangunan,paip,rivet
Karbon sederhana 0.30-0.60 Rod penghubung,skru,tukul besi
Karbon tinggi 0.60-1.20 Pisau,pahat,pusat mesin larik
Jadual 3.3 : Peratus karbon dalam keluli dan kegunannya
55
3.11 Rumusan Bab
Rumusan yang dapat dibuat adalah dimana kumpulan ini telah menerangkan
proses yang perlu diambil bagi menjayakan projek ini. Selain itu, kaedah pemilihan
bahan, pembuatan rangka, menjalankan kerja kemasan serta pemasangan projek telah
diterangkan. Proses ujilari akan dijalankan terhadap tiga berat pesakit seperti yang
telah dilampirkan dalam jadual diatas.
56
BAB 4
HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan
Daripada kajian yang telah dijalankan, projek yang dihasilkan bermanfaat
kepada industri perubatan akan datang. Projek yang dihasilkan adalah mengikut
spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan dan ketahanan supaya tiada sebarang masalah
apabila digunakan. Setelah kajian dibuat keatas projek ini, ia telah menjadi sesuatu
yang baharu didalam industri perubatan diantara institusi Pengajian Tinggi.
Projek ini harus menjalani proses pengujian bagi menentukan keberkesanan
projek tersebut. Hasil setelah diuji tersebut, dapat mengetahui samada projek ini
mampu menampung beban pesakit yang telah ditetapkan bagi menepati objektif.
Begitu juga dengan kos yang telah dikeluarkan bagi menyiapkan projek ini, adakah ia
akan menguntungkan jika dibandingkan dengan hasil yang diterima. Semua ini
merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaan sebuah projek.
57
4.2 Spesifikasi Projek Yang Dijalankan
Patient Transfer Device merupakan sebuah projek yang menggunakan 75%
bahan logam iaitu besi dan 25% bahan selain besi iaitu tali. Patient transfer device ini
mempunyai ketinggian 1.14m dan mempunyai lebar 0.8m seperti di bawah :
Rajah 4.1 : Lakaran dan ukuran sebenar
58
4.3 Pemilihan Bahan
Bahan yang sesuai amat mempengaruhi keseluruhan projek ini, oleh sebab itu
perbincangan amat diperlukan pada peringkat ini. Projek ini memerlukan bahan yang
kukuh dan berkualiti. Bahan seperti besi bulat yang telah dibengkokkan merupakan
bahan yang kukuh dan sesuai untuk membina projek ini.
Rectangle hollow steel merupakan satu bahan gentian yang diperbuat daripada
besi. Besi jenis ini dipilih kerana sifatnya yang ringan dan mudah dipotong.
Pengguaan besi ini sebagai tapak. Angle bar juga digunakan, sebagai fungsinya ialah
untuk menghubungkan besi bulat dan juga rectangle hollow steel.
Angle bar tersebut akan dikimpal pada besi-besi tersebut dengan menggunakan
kimpalan jenis Metal Inert Gas (MIG). Selain itu roda jenis ‘heavy duty’ juga
digunakan sebagai alat untuk menggerakkan Patient Transfer Device. Roda jenis ini
dipilih kerana ianya sesuai dan mampu menampung beban yang berat.
59
4.4 Perbincangan Langkah-langkah Kerja
Dalam pembinaan projek ini, perbincangan awal adalah amat perlu untuk
dilakukan bagi mendapatkan zero defect pada projek ini. Perbincangan bermula
dengan kaedah dan bahan seperti besi untuk membina Patient Transfer Device. Tali
yang kuat dan roda jenis ‘heavy duty’ sesuai untuk dijadikan sebuah alat menampung
untuk menyempurnakan projek ini.
Bagi membuat tapak berbentuk segi empat, perbincangan bermula dengan
membina tapak dari menggunakan square hollow bar bersaiz 50 x 50 untuk diletakkan
pada bahagian bawah projek ini. Oleh sebab itu, inisiatif digunakan untuk memotong
besi angle yang bersaiz nipis supaya mudah lakukan kerja kimpal.
Dalam perbincangan untuk membina tiang dan penyangkut tali serta
penyandar pada awalnya lebih kompleks iaitu menggunakan besi daripada stainless
steel dan memikirkan kaedah pemasangan yang rumit, kos yang mahal dan memakan
masa yang lama, persetujuan dicari dengan menggunakan besi hollow yang mudah
didapati di pasaran mahupun di bengkel projek. Besi hollow lebih ringan dan murah
berbanding stainless steel serta pemasangnya lebih mudah.
60
4.5 Dapatan Kajian
Setelah ujilari dijalankan terhadap 3 berat pesakit, hasil yang ditunjukkan
seperti didalam jadual 3.4 amat memberangsangkan dimana projek ini diuji untuk
menampung 3 pesakit dengan berat yang berbeza iaitu antara 180 – 220kg.
Jadual 3.4 : Hasil ujilari yang telah dilakukan
Bil. Pesakit Berat Pesakit Hasil
1 180kg Berjaya
2 200kg Kurang berjaya
3 220kg Tidak berjaya
4.6 Analisa Projek
Pengujian terhadap projek ini perlu dijalankan setelah selesai kerja-kerja
pembinaan dan kemasan yang dilakukan pada projek. Projek yang telah siap mestilah
memenuhi segala objektif penambahbaikan yang dinyatakan sebelum ini. Sebarang
proses pengubahsuaian bakal dilakukan jika projek tidak memenuhi kepuasan.
Ujian kedua akan dijalankan jika sebarang pengubahsuaian dilakukan terhadap
projek tersebut. Ini bertujuan untuk membandingkan prestasi projek sebelum dan
selepas pengubahsuaian dijalankan. Projek akan dianggap berjaya sekiranya projek
tidak mengalami sebarang masalah didalam mengendalikanya dan memenuhi objektif.
Menggunakan tiga rumus kejuruteraan bagi menjayakan lagi projek ini. Antara
rumus kejuruteraan yang digunakan ialah :
61
1) Daya untuk menolak
F = force (N)
M = mass (kg)
a = acceleration (m/s2)
𝐹 = 𝑀𝑎
2) Daya untuk menampung:
𝑤 = weight (N)
F = force (N)
A = area (m2)
w = Fa
3) Tegasan pembengkokkan
𝜎 = sigma (N/m)
M = bending moment (Nm)
c = distance (m)
I = moment inertia (Nm)
𝜎 = 𝑀𝑐/𝐼
62
4.7 Rumusan Bab
Menggunakan 3 rumus kejuruteraan bagi menjawab objektif. Membincangkan
hasil dapatan projek secara krisis dengan mengaitkan pencapaian objektif projek.
Menyenaraikan masalah yang dihadapi semasa projek dijalankan beserta cara untuk
mengatasi masalah tersebut dengan sebaiknya. Membincangkan kerja-kerja yang telah
dilakukan semasa projek ini dijalankan dan rekabentuk yang telah dipilih untuk
menyiapkannya.
63
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Patient transfer device merupakan satu alat yang memenuhi kehendak
pengguna masa kini, Ini kerana alat ini mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dari segi
keselamatan dan pengendalian. Dengan ciri-ciri penambahbaikan pada alat ini dari
yang sebelumnya akan memudahkan jururawat mengalihkan pesakit.
Melalui reka bentuk yang telah direka secara tidak langsung dapat
memudahkan proses memindahkan pesakit. Proses pembinaan alat ini tidak
menggunakan sebarang alatan mekanikal menjadikan ia satu alat yang mudah tetapi
efektif. Harapan agar alat ini dapat mencapai objektif kajian dan seterusnya berpotensi
untuk berdaya saing di pasaran tempatan.
64
5.2 Perbincangan
Daripada hasil perbincangan, Patient transfer device yang direka tidak
memerlukan penyelenggaraan yang rumit dan hanya perlu memastikan ianya didalam
keadaan yang baik. Selain itu, alat ini dapat membantu dalam mengurangkan tenaga
pengendali bagi melakukan pemindahan pesakit dari katil ke kerusi roda, ke tandas
mahupun ke tempat-tempat yang tertentu. Pada masa kini, alat ini hanya dapat
digunakan pada pesakit yang beratnya tidak melebihi 180kg hingga 220kg.
Hasil rekaan projek ini telah melalui beberapa lakaran sebelum lakaran yang
terbaik dipilih bagi meneruskan proses melengkapkan projek. Beberapa konsep telah
dikemukakan dari perbincangan Antara 3 kelebihan dan kelemahan telah disenaraikan.
Konsep 2 telah dipilih kerana ianya merupakan konsep rekaan yang terbaik.
65
5.3 Kesimpulan
Kesimpulan bagi projek yang telah dilakukan bagi menjawab objektif yang
pertama ialah, 3 konsep rekaan telah dihasilkan dan dinilai melalui penilaian
bermatrik. Konsep rekabentuk yang ke-2 telah dipilih sebagai rekabentuk yang
terbaik. Seterusnya, bagi menjawab objektif yang kedua, proses fabrikasi dan
pemilihan bahan serta kemasan telah dilampirkan.
Rumus kejuruteraan telah digunakan bagi mendapatkan nilai yang boleh
ditampung oleh pesakit dengan beban yang tidak melebihi 200kg. Objektif ketiga
telah selesai dijawab.
66
5.4 Cadangan
Projek ini masih didalam prototaip dan masih boleh dilakukan
penambahbaikkan. Projek ini akan lebih berjaya jika penambahbaikkan dilakukan
seperti menggunakan besi yang lebih tebal bagi merangka dan mampu menampung
berat pesakit sehingga 250kg. Selain itu, alat ini perlu menggunakan roda jenis heavy
duty bagi kegunaan di atas permukaan jalan raya. Seterusnya, jika ditambah
penyokong dikedua-dua belah bahagian tiang PTD ini, ianya boleh digunakan pada
pesakit yang lebih berat.
Cadangan telah dibuat iaitu menggunakan besi jenis tahan karat stainless steel
lebih berkualiti kerana alat ini dapat mengelak daripada berkarat disebabkan oleh
terkena air di dalam tandas. Selain itu, pemilihan roda yang mudah beroperasi di atas
jalan raya perlu ditekankan.
67
5.5 Rumusan Bab
Rumusan yang dapat dibuat didalam bab ini adalah kesimpulan telah dibuat
keatas projek ini. Perbincangan dan cadangan telah dijalankan bersama ahli kumpulan
sepertimana dilampirkan diatas.
68
6.0 Rujukan
Kami menggunakan rujukan dari laman sesawang bagi mendapatkan
maklumat untuk melaksanakan projek kami dengan sempurna. Antara yang menjadi
bahan rujukan kami ialah:
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan
Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Buku Panduan Projek Pelajar (Program
Diploma) Politeknik Malaysia Edisi 2016 daripada BP PROJEK 2016_17062016.pdf
– Adobe Reader
Richard C. Simpson, (2005) "Smart Wheelchairs: A Literature Review" J.
Rehabilitation Res. & Dev. 42 (4), pp. 423-438 from
https://en.wikipedia.org/wiki/Wheelchair
Langbein, W Edwin; Fehr, Linda (1993). "Research Device to Preproduction
Prototype: A Chronology" JRRD. 30 (4):436–42. ISSN 0748-7711 from
https://www.universalmedicalinc.com/all-products/patient-transfer.html
Ferguson-Pell, M., Cardi, M. D. Prototype Development and Comparative
Evaluation of Wheelchair Pressure Mapping System.Assistive Technology. Vol. 5,
No. 2. pp.78-91 from https://size-wise-rental-tn.hub.biz/
Uli, Kozok (10 March 2012). "How size car ". University of Hawaii at Manoa.
Retrieved 20 October 2012. James T. Collins from https://kereta.info/car-battery-type-
size-price-output-n-ns-din-harga-dan-jenis-bateri-kereta/
69
LAMPIRAN
LAMPIRAN A Carta Gantt Projek
LAMPIRAN B Template Poster Pertandingan Inovasi
Projek Pelajar
LAMPIRAN C Gambar Patient Transfer Device
70
LAMPIRAN A
CARTA GANTT PROJEK
SESI : JUN 2017
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL KURSUS/ KOD : DJJ6143 PROJECT 2
Nota:
R : tarikh rancang
L : tarikh laksana
MINGGU / AKTIVITI
PROJEK
Sta
tus MINGGU PELAKSANAAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 2
0
2
1
2
2
Minggu Pendaftaran
R
CU
TI
KH
AS
SE
ME
ST
ER
1
CU
TI
PE
RT
EN
GA
HA
N S
EM
ES
TE
R
CU
TI
KH
AS
SE
ME
ST
ER
2
PE
PE
RIK
SA
AN
AK
HIR
PE
PE
RIK
SA
AN
AK
HIR
L
Sesi Taklimat DJJ6143 Projek 2 Perancangan Projek
R
L
Perancangan Projek R
L
Pelaksanaan Projek R
L
Pengujian Projek R
L
Penyemakan Draf Laporan Akhir
oleh Penyelia
R
L
Penyemakan Draf Laporan Akhir
oleh Penilai 1/2/3
R
L
Penyediaan Pembentangan Akhir R
L
Pembentangan Akhir R
L
Pengesahan Laporan Akhir oleh
Penyelia/ Penilai/ Penyelaras/ KP/ KJ
R
L
Penulisan Laporan Akhir R
L
Penyerahan Laporan Akhir R
L
Recommended