View
1.277
Download
44
Category
Preview:
DESCRIPTION
penyamanan udara jenis pisah
Citation preview
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 1/6
47
BAB 5: UNIT PENYAMAN UDARA JENIS PISAH
5.1 Pengenalan
Unit pisah terdiri daripada 2 unit iaitu luar dan dalam. Secara saitifiknya unit
ini juga dikenali sebagai ‘split unit’ . Bahagian unit dalam dilengkapi dengan kipas
blower, penyejat, dan beberapa komponen-komponen tambahan seperti timer, suis,
dan lain-lain. Bahagian unit luar pula terdiri daripada motor pemampat, pemeluwap
dan kipas pemeluwap. Lokasi bagi unit dalam adalah di tempat yang hendak
dinyamankan di dalam bilik dan unit luar atau motor pemampat diletakkan di luar
upaya penyejatan haba dapat dilepaskan tanpa sebarang halangan atau gangguan.
Alat penyaman udara jenis ini mempunyai banyak kebaikan kerana ia mudah
dipasang, dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan juga cara kendaliannya yang
mudah. Ia juga kurang mengeluarkan bunyi yang bising.
Penggunaan alat penyaman udara jenias ini telah meluas, ia digunakan di
rumah-rumah, pejabat, dan bangunan sekolah seperti makmal komputer,
perpustakaan dan lain-lain. Terdapat tiga jenis penyaman udara jeni pisah :-
1) Lekapan siling
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 2/6
48
2) Lekapan dinding
3) Lekapan lantai
5.2 Prinsip Kerja Bagi Unit Pisah
1. Prinsip kerja bagi unit ini adalah sama seperti prisip kerja bagi unit tingkap kerana
kedua-dua mengunakan prinsip pengembagan terus.
2. Unit dalam akan menyerap haba dari ruang yang hendak didinginkan
3. Proses sjatan berlaku di penyejat, bahan pendingin akan bertukar bentuk dari cecair
ke wap dan mengalir ke pemampat
4. Unit luar akan menyingkirkan haba yang panas dari proses mampatan dan proses
pemeluwapan
5. Bilah kipas digunakan untuk mempercepatkan proses penyingkiran haba
Gambar rajah 5.2: Contoh Penyaman Udara Jenis Unit Pisah
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 3/6
49
5.3 Menservis Unit Pisah
Di dalam penyamanan udara proses menservis merupakan proses penting bagi
mendapatkan keupayaan dan kecekapan yang tinggi. Unit yang tidak diservis akan
mengakibatkan kejatuhan keupayaan dan kecekapan dan ianya menyebabkan ruang
yang hendak didinginkan tidak cukup sejuk kerana sirip penyejuk dipenuhi dengan
kotoran dan habuk.
Terdapat dua cara menservis unit pisah :-
1) Menservis penapis udara. Penapis bertujuan untuk menghalang kotoran
daripada memasuki penyejat. Oleh itu, penapis udara ini haruslah diservis
dalam tempoh waktu tertentu bagi memastikan ianya sentiasa bersih.
Bagi unit pisah, menservis penapis ini tidaklah susah, hanya membuka
bahagian luar pelindung penapis dan keluarkan penapis dan cuci dengan
menggunakan semburan air. Selepas itu keringkan dan pasang semula
seperti asal.
2) Menservis menggunakan ‘chemical’. Menservis cara ini diperlukan
apabila sirip penyejuk berada dalam keadaan yang sangat kotor.
Langkah-langkah menservis adalah seperti berikut.
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 4/6
50
5.4 Langkah-Langkah Menservis Unit Pisah
1) Pastikan punca bekalan diputuskan sebelum kerja-kerja menservis diljalankan.
2) Turunkan unit dalam atau luar dari tempatnya.
3) Buka castiang kedua-dua unit.
4) Tanggalkan semua pendawaian dan balutkan komponen-komponen elektronik
dengan plastik bagi mengelakkan terkena air atau pun chemical.
5) Dengan menggunakan semburan air, bersihkan permukaan sirip penyejuk.
Bancuh ‘chemical’ dengan air dalam kadar tertentu. Lebihkan sedikit air bagi
tujuan penyingkiran kotoran yang miudah.
6) Semburkan ‘chemical’ pada permukaan sirip penyekjuk dan pada bahagian
pemeluwap sehingga rata.
7) Biarkan seketika sehingga berbuih. Kemudian cuci semula dengan semburan air.
8) Lakukan sehingga ia benar-benar bersih.
9) Kemudian keringkan sirip dengan menggunakan angin (Air Pump).
10) Pasang semula pendawaian dan pasangkan kerangka unit ini.
11) Dan akhir sekali pasangkan semula unit di tempat asal.
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 5/6
51
5.5 Peralatan-Peralatan Yang Digunakan Semasa Melakukan Servis
Menggunakan “Chemical”
1) Pemutar jenis ‘Philip’.
2) Tolok pancarongga (Pressure pump).
3) Penyembur ‘chemical’.
4) Hos air
5) ‘Allen key’.
6) ‘Chemical’.
7) Tangga.
8) Sikap sirip.
9) Pembalut hitam (black tape).
10) ‘Swagging tools’.
11) Spanar boleh laras.
Gambarajah 5.5: Menservis Menggunakan ‘Chemical’
7/15/2019 Bab 5 Unit Penyaman Udara Jenis Pisah
http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-unit-penyaman-udara-jenis-pisah 6/6
52
Gambarajah 5.6 : Juruteknik Sedang Memasang ‘Cover Split Unit’
Recommended