View
279
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
1/23
BAB7 MAHKAMAH ATASAN DAN MAHKAMAH
RENDAH
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
1) Keanggotaan Mahkamah Persekutuan :
(a)Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Ketua Hakim
Negara (Pengerusi)
(b) Presiden Mahkamah Rayuan(c) Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
(d) Lapan orang hakim lain
(e) Beberapa orang hakim tambahan yang dilantik oleh
YDPA mengikut keperluan
2) Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan
Perbicaraan kes hendaklah didengar oleh tidak kurang daripada
tiga orang hakim atau lebih yang ditentukan oleh Ketua Hakim
Negara (ganjil).
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
2/23
3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah seperti yang
berikut:
(a) menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan negara dan berkuasa untuk menolak undang-undang
yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan
(b) menyelesaikan kekeliruan dan persoalan yang timbul daripada
tafsiran undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan
Persekutuan
(c) menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang penguatkuasaan
mana-mana peruntukan undang-undang
d) mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri atau antara Kerajaan Negeri
(e) mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes sivil dan kes
jenayah daripada Mahkamah Rayuan
(f) mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya daripada Mahkamah
Tinggi
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
3/23
PERBICARAAN KES RAYUAN DI MAHKAMAH
PERSEKUTUAN
1 . Kes Mahkamah Rayuan boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
2 . Bagi kes jenayah, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada
Mahkamah Persekutuan dalam masa tujuh hari daripada tarikh
keputusan Mahkamah Rayuan.
3 Bagi kes sivil, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada
Mahkamah Persekutuan dalam masa 14 hari daripada tarikhkeputusan Mahkamah Rayuan.
4 Rayuan tidak dibenarkan jika:
(a) kes tersebut melibatkan melibatkan nilai tuntutan yang kurang
daripada RM250 000 kecuali dengan keizinan khas
(b) kes sivil atau kes jenayah itu belum dibicarakan di Mahkamah
Rayuan
(c) keputusan Mahkamah Rayuan dianggap sebagai muktamad
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
4/23
RAYUAN UNTUK PENGAMPUNAN KEPADA LEMBAGA
PENGAMPUNAN
1. Mahkamah Persekutuan ialah mahkamah rayuan yang terakhir.
2. Jika kes rayuan pesalah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, dia
akan menjalani hukuman yang dikenakan terhadapnya.
3. Setelah pesalah sudah menjalani hukuman untuk suatu tempoh
tertentu, dia boleh membuat rayuan untuk pengampunan kepada
Lembaga Pengampunan.
4. Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di negeri-negeri
yang beraja atau yang mempunyai Yang di-Pertua Negeri, rayuan
untuk pengampunan dibuat kepada Lembaga Pengampunan negeri-
negeri yang berkenaan.5 Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, rayuan untuk
pengampunan dibuat kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-
wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan, dan Putrajaya.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
5/23
MAHKAMAH RAYUAN
1. Keanggotaan Mahkamah Rayuan terdiri daripada:
(a) seorang pengerusi yang digelar Presiden Mahkamah Rayuan
(b) 10 orang hakim yang lain
PERLANTIKAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN
1 Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim lain MahkamahRayuan dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
2 Sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri
hendaklah meminta :(a) pandangan Ketua Hakim Negara bagi pelantikan Presiden
Mahkamah Rayuan
(b) pandangan Presiden Mahkamah Rayuan bagi pelantikan hakim-
hakim lain Mahkamah Rayuan
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
6/23
PENAMATAN JAWATAN HAKIM MAHKAMAH
RAYUAN
1. Boleh ditamatkan dengan cara hakim itu
(a) meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatannya
2. Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan
mengutus surat yang ditandatanganinya kepada YDPA
3 Boleh dipecat daripada jawatannya oleh YDPA atas syor
tribunal.
4 Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Rayuan bermula
dgn Perdana Menteri membuat rayuan (presentasi) kpd YDPA
utk memecat hakim itu kerana mana-mana drpd alasan yang
berikut:
(a) Melanggar mana-mana peruntukan kod etika
(b) Tidak berupaya menyempunakan tugas jawatan beliau dgn
sepatutnya kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempuna
akalnya
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
7/23
5. Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan
Agong akan melantik sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu
kepada tribunal itu.
6. Anggota-anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong dan harus terdiri daripada tidak kurang daripada lima
orang hakim atau bekas hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi, atau hakim
yang memegang jawatan yang setarafnya di mana-mananegara anggota Komanwel.
7 . Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-
Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri,
menggantung jawatan hakim Mahkamah Rayuan itu.8. Berdasarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh
memecat hakim Mahkamah Rayuan itu daripada jawatannya.
9. Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
8/23
PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN
1. Notis rayuan sesuatu kes ke Mahkamah Rayuan mesti difailkan
kepada Ketua Pendaftar Mahkamah dalam tempoh 14 hari selepas
keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.
2 Rayuan kes di Mahkamah Rayuan hendaklah didengar oleh tidak
kurang daripada tiga orang hakim atau lebih.
3 Mahkamah Rayuan mendengar rayuan bagi kes jenayah atau kes
sivil yang melibatkan nilai tidak kurang daripada RM250 000daripada Mahkamah Tinggi.
4 Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kes jenayah tertentu
daripada Mahkamah Sesyen.
5 Mahkamah Rayuan juga berkuasa untuk mendengar rayuan kesdaripada Mahkamah Majistret yang berkaitan dengan tafsiran
undang-undang sahaja.
6 Mahkamah Rayuan berkuasa untuk meminda keputusan
Mahkamah Tinggi.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
9/23
MAHKAMAH TINGGI
1. Mahkamah Tinggi ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (1)
Perlembagaan Persekutuan dan dibahagikan kepada:
(a) Mahkamah Tinggi Malaya
(b) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
2. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada
seorang Hakim Besar dan 46 orang hakim yang lain.
3. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terdiri
daripada seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim yang lain.
PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI
1. Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain
Mahkamah Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana
Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
10/23
2. Sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri
hendaklah meminta:
(a) pandangan Hakim-hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi bagi
pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi.(b) pandangan Ketua Menteri setiap negeri yang berkenaan bagi
pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
(c) pandangan Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan
Sarawak bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi.
PENAMATAN JAWATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI
1. Jawatan seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh ditamatkan
dengan cara hakim itu
(a) meletakkan jawatan, atau
(b) dipecat daripada jawatannya
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
11/23
2. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh meletakan jawatannya
pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang
ditandatanganinya kepada YDPA.
3. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi hanya boleh dipecatdaripada jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor
tribunal.
4. Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Tinggi bermula
dengan Perdana Menteri membuat rayuan (presentasi) kepadaYang di-Pertuan Agong untuk memecat hakim itu kerana mana-
mana daripada alasan yang berikut:
(a) hakim itu melanggar mana-mana peruntukan kod etika
(b) hakim itu tidak berupaya menyempunakan tugas jawatan beliaudengan sepatutnya kerana lemah anggota tubuh atau tidak
sempuna akalnya
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
12/23
5. Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan
Agong akan melantik sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu
kepada tribunal itu.
6. Anggota-anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong dan harus terdiri daripada tidak kurang daripada lima
orang hakim atau bekas hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi, atau hakim
yang memegang jawatan yang setarafnya di mana-mana negaraanggota Komanwel.
7. Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-Pertuan
Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, menggantung
jawatan hakim Mahkamah Tinggi itu.8. Berdasarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh
memecat hakim Mahkamah Tinggi itu daripada jawatannya.
9 Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
13/23
PERSIDANGAN MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Tinggi diadili oleh seorang hakim sahaja.
Kes-kes jenayah yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi
ialah:(a) kes yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia (termasuk
rakyat asing) yang terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi
(b) kes yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berada dalam
kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia(c) kes yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di kawasan perairan
Malaysia
(d) kes kesalahan pelanunan di bawah undang-undang antarabangsa
(e) kes kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Kanun ProsedurJenayah, Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan,
Akta Rahsia Rasmi dan Akta Penerbitan
(f) semua kes yang boleh dikenakan hukuman mati
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
14/23
Kes-kes sivil yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi
termasuklah:
(a) kes-kes perkahwinan dan perceraian (orang bukan Islam)
(b) kes muflis(c) penjagaan atau rebutan anak dan harta
(d) berkaitan dengan wasiat
(e) pengeluaran sesuatu perintah atau perisytiharaan yang dikenali
sebagai writ mahkamah.
BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI
1. Meminta mahkamah rendah mengadakan suatu siasatan
kehakiman untuk Mahkamah Tinggi
2 . Mengarahkan sesuatu pembayaran atau penyerahan dibuat oleh
pihak tertentu. (contoh: wang dan rebutan anak)
3. Membicarakan kes sivil yang mclibatkan nilai tuntutan melebihi
RM250 000
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
15/23
4. Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk hukuman mati dan
penjara seumur hidup
5. Mendengar kes rayuan daripada mahkamah rendah dan
menyemak rekod-rekod mahkamah rendah6. Mengeluarkan writ, waran, dan sebagainya (seperti perintah
lelongan dan waran tangkap)
7. Membicarakan kes pembunuhan
8. Mengarahkan mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen danMahkamah Majistret) mengadakan ulang bicara setelah
mendengar kes-kes rayuan daripada mahkamah rendah
9 . Mengarahkan kes-kes didengar di mahkamah secara terbuka
10. Merekodkan bahagian tertentu keterangan mangsa dalam kesrogol secara kamar tertutup sebagai bukti dalam perbicaraan
11. Meminta permohonan writ yang belum dicabar atau writ kes
sivil dibuat dalam kamar hakim
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
16/23
12 . Membicarakan kes-kes yang boleh membawa hukuman mati,
iaitu di bawah:
(a) Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) 1960
(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39B(c) Akta Penculikan 1961
(d) Akta Senjata Api 1971
13. Membicarakan kes pembunuhan dengan sengaja
14 . Mendengar petisyen pilihan raya
PERBICARAAN KES RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI
1. Bagi kes jenayah, pihak pendakwa atau tertuduh mestimenyerahkan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi dalam masa
10 hari daripada tarikh keputusan dibuat oleh mahkamah rendah.
2. Rayuan bagi kes sivil pula mesti dibuat dalam masa 14 hari
daripada tarikh keputusan dibuat oleh mahkamah rendah.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
17/23
3. Kes-kes jenayah yang dirayu mesti melibatkan denda lebih
daripada RM25.
4 . Kes-kes rayuan sivil hendaklah melibatkan tuntutan nilai tidak
kurang daripada RM 10 000 kecuali bagi isu-isu pentafsiran
undang-undang, penjagaan anak atau penceraian, dan sebagainya
5 . Rayuan biasanya dibuat kerana sebab-sebab yang berikut:
(a) ingin mencari kesahihan tentang hukuman yang telah
dijatuhkan
(b) yakin bahawa hukuman disalahjatuhkan di sisi undang-undang
(c) percaya bahawa terdapat kesalahan fakta
(d) hukuman yang dijatuhkan terlalu tinggi atau ringan Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa ataupun tertuduh
dalam kes jenayah.
Rayuan boleh dibuat oleh pihak plaintif ataupun defendan dalam
kes sivil.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
18/23
MAHKAMAH SEKSYEN
PERLANTIKAN HAKIM MAHKAMAH SEKSYEN
1. Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi.
2. Yang di-Pertuan Agong tidak perlu meminta nasihat Perdana
Menteri dan Majlis Raja-raja.
BIDANG KUASA MAHKAMAH SEKSYEN
1. Mengeluarkan saman, waran, dan perintah mahkamah
2. Memeriksa rekod kes-kes sivil yang berlangsung di Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Penghulu
3. Mengendalikan semua kes jenayah kecuali yang melibatkan
hukuman mati
4. Mengendalikan kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi
RM250 000
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
19/23
RAYUAN KES MAHKAMAH SEKSYEN
1. Kes-kes jenayah boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dengan
mengemukakan notis rayuan dalam masa 10 hari daripada tarikh
keputusan Mahkamah Sesyen.2 . Kes-kes sivil yang melibatkan nilai tidak kurang daripada RM
10 000 boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dengan
mengemukakan notis rayuan dalam masa 14 hari daripada tarikh
keputusan Mahkamah Sesyen.
PERSIDANGAN MAHKAMAH SEKSYEN
Mahkamah Sesyen diadili oleh seorang hakim sahaja.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
20/23
MAHKAMAH MAJISTRET
PERLANTIKAN MAJISTRET
1. Yang di-Pertuan Agong melantik majistret di Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya atas nasihatHakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.
2. Ketua Negeri melantik majistret di negeri-negeri yang lain atas
nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi yang berkenaan.
BIDANG KUASA MAJISTRET
1. Majistret mempunyai kuasa untuk membicarakan:
(a) kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara,
atau
(b) kesalahan yang hukumannya denda sahaja, atau
(c) kes rompakan dan kes pecah rumah pada waktu malam.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
21/23
2. Majistret boleh mengenakan sebarang hukuman yang dibenarkan
oleh undang- undang tetapi tidak melebihi:
(a) lima tahun penjara, atau
(b) denda sehingga RM10 000, atau
(c) sebatan rotan sehingga 12 kali, atau
(d) kombinasi mana-mana hukuman di atas.
3. Namun begitu, bagi sesetengah kes, seperti di bawah Akta
Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Kastam 1967, majistret boleh
mengenakan denda melebihi RM 10 000.
4. Bagi kes sivil, majistret mempunyai kuasa untuk membicarakankes yang perkara yang dipertikaikan atau nilai barang yang
dipertikaikan tidak melebihi RM25 000.
5. Majistret juga berkuasa untuk mendengar kes rayuan daripada
Mahkamah Penghulu.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
22/23
RAYUAN KES MAHKAMAH MAJISTRET
1. Sebarang kes rayuan daripada Mahkamah Majistret akan
didengar di Mahkamah Tinggi.
2. Tempoh rayuan bagi kes sivil ialah 14 hari daripada tarikhkeputusan Mahkamah Majistret.
3 Tempoh rayuan bagi kes jenayah ialah 10 hari daripada tarikh
keputusan Mahkamah Majistret.
7/27/2019 Bab 7- Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.ppt
23/23
MAHKAMAH PENGHULU
1. Mahkamah Penghulu hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
2. Mahkamah Penghulu diadili oleh seorang Penghulu yang
dilantik bagi sesuatu mukim oleh Ketua Negeri.
3. Mahkamah Penghulu membicarakan orang Asia yang boleh
bertutur memahami Bahasa Melayu.
4. Mahkamah Penghulu mengadili kes sivil yang tuntutannya tidak
melebihi RM50.
5. Mahkamah Penghulu mengadili kes jenayah yang hukuman
dendanya tidak melebihi RM25.
6. Tertuduh berhak untuk membuat permohonan supaya
dibicarakan di Mahkamah Majistret.
7. Rayuan kes Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah
Majistret
Recommended