View
76
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
mmmmmmmMmmmmmmmmm mmmmmmmmmmmmmpppppepapppppMMMMM
p
mmmmmmmmmmmmm
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 VISI, MISI DAN FALSAFAH UiTM 3.0 PROFIL JABATAN 4.0 HALA TUJU STRATEGIK 5.0 KERANGKA STRATEGIK 6.0 PEMEGANG TARUH 7.0 3 FASA TRANSFORMASI 8.0 TERAS STRATEGIK 9.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA 10.0 PEMETAAN TERAS, AGENDA UTAMA UiTM DENGAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA JABATAN (MODEL STRATEGIK) 11.0 INISIATIF PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 12.0 IMPLIKASI KEWANGAN 13.0 KESIMPULAN APENDIKS
PERANCANGAN STRATEGIK
PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UiTM SHAH ALAM
2016 -2020
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 VISI, MISI DAN FALSAFAH UiTM 2 3.0 PROFIL JABATAN 3 4.0 HALA TUJU STRATEGIK 5 5.0 KERANGKA STRATEGIK 7 6.0 PEMEGANG TARUH 8 7.0 3 FASA TRANSFORMASI 8 8.0 TERAS STRATEGIK 9 9.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA 10 10.0 PEMETAAN TERAS, AGENDA UTAMA UiTM DENGAN 12 PETUNJUK PRESTASI UTAMA JABATAN (MODEL STRATEGIK) 11.0 INISIATIF PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 16 12.0 KESIMPULAN 17
PRAKATA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur, Alhamdulillah kerana dokumen Perancangan Strategik Pusat Kerjaya dan Kaunseling 2016 -2020 dapat dihasilkan setelah melalui beberapa bengkel Perancangan Strategik Bahagiah Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dokumen ini. Dokumen Perancangan Strategik Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar 2016 -2020 ini disediakan bagi menjelaskan hala tuju dan rangka kerja Pusat Kerjaya dan Kaunseling bagi tempoh 5 tahun akan datang. Perancangan strategik ini dibentuk berdasarkan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM –PT) 2015-2025 yang menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar serta dokumen Rancangan Malayasia Ke-11 UiTM 2016-2020 yang menggariskan 8 KPI untuk direaliasikan. Sasaran strategik RMKe-11 UiTM yang pertama iaitu Graduan Dinamik melibatkan 3 KPI yang ada hubungkait dengan peranan Pusat Kerjaya dan Kaunseling dalam penyampaian perkhidmatan dan program pembangunan kendiri pelajar, iaitu peratus siswazah UiTM yang mendapat pekerjaan semasa konvokesyen (KPI 1), peratus siswazah UiTM yang bekerja sendiri semasa konvokesyen (KPI 2) dan peratus pelajar bergraduat dalam tempoh (KPI 3). Bagi membantu universiti mencapai KPI yang ditetapkan, Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam dan Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Negeri melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), telah merangka beberapa pelan strategi dan inisiatif jangka pendek dan panjang untuk dilaksanakan. PKK juga telah menyediakan 5 Petunjuk Prestasi (PI) berkaitan dengan kebolehpasaran graduan yang disenaraikan dalam sistem CSPI melalui Bahagian HEP. Disamping itu 3 petunjuk prestasi (PI) yang berkaitan dengan objektif kualiti PKK juga disenaraikan bagi mengukur kualiti perkhidmatan PKK. Dokumen ini diharap dapat dijadikan panduan bagi Seksyen Kerjaya , Seksyen Kaunseling PKK dan Unit-Unit di bawahnya serta Unit Kerjaya dan Kaunseling Kampus Negeri merancang dan melaksanakan perkhidmatan dan program-program kerjaya dan kaunseling yang berimpak tinggi bagi mencapai aspirasi universiti dan kerajaan. Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati segala perancangan strategik ini bagi membantu universiti melahirkan graduan yang mantap kerohaniannya, profesional, beretika serta diidami majikan dan boleh menjadi majikan. MOHAMED SODER RAHMAD Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling
1
2.0 VISI, MISI DAN FALSAFAH UiTM
2
VISI UiTM
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui
dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing global dan
beretika.
MISI UiTM
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional,
penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
FALSAFAH UiTM
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta enerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan
membangunkan diri , masyarakat dan negara.
3.0 PROFIL PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING Latar belakang Pusat Kerjaya dan Kaunseling (PKK) Universiti teknologi MARA telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1969. Tujuan utama ia ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya kepada pelajar sejajar dengan hasrat UiTM melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak industri. PKK terbahagi kepada dua seksyen iaitu Seksyen Kerjaya dan Seksyen Kaunseling. Seksyen Kerjaya terbahagi pula kepada dua unit, iaitu Unit Penempatan Pekerjaan dan Perhubungah Majikan dan Unit Pembangunan Kerjaya. Seksyen Kaunseling pula terbahagi kepada Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dan Unit Pembangunan Kaunseling dan Komuniti. Objektif Utama Pusat Kerjaya dan Kaunseling
Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi bagi membantu pelajar mencapai kesejahteraan emosi dan psikologikal.
Meyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya bagi meningkatkan perkembangan kerjaya dan kebolehpasaran graduan.
Carta Fungsi Pusat Kerjaya dan Kaunseling
Lokasi Pusat Kerjaya dan Kaunseling terletak di Aras 5, Bangunan Budisiswa, UiTM Shah Alam dan kini mempunyai 18 orang Pegawai Psikologi dan 9 orang staf pentadbiran. Bagi seluruh sistem UiTM terdapat 70 orang Pegawai Psikologi di mana 58 adalah kaunselor berdaftar dan 12 orang masih belum berdaftar. Dari segi kelayakan akademik, 44 orang mempunyai Sarjana Muda dalam bidang kaunseling/Psikologi dan 26 orang memiliki Sarjana Kaunseling/Psikologi.
3
Temu duga pekerjaan
Penyaluran nama graduan kepada majikan
Iklan jawatan kosong
Perkhidmatan e-kerjaya
Program Dialog Majikan
Data penempatan pekerjaan
Penilaian dan maklum balas majikan
Unit Penempatan Pekerjaan dan Perhubungah Majikan
Unit Pembangunan Kerjaya
Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
Unit Pembangunan Kaunseling dan Komuniti
Program Karnival Kerjaya
Program Kerjasama Industri
Program Career Outreach
Ujian Psikologi Kerjaya
Pceramah/Klinik Kerjaya
Penerbitan Bahan Panduan Kerjaya
Pembangunan Modul Finishing School
Khidmat Kaunseling dan Psikologi
Khidmat Konsultasi
Khidmat e-Counseling
Pentadbiran Ujian Psikologi
Penerbitan Risalan dan bahan Kaunseling
Program Kenakli Diri
Konferensi Kes Kaunseling
Klinik Terapi Kaunseling
Program Pembangunan Kendiri
Program Counseling Outreach
Klinik Kaunseling
Pembangunan Peers
Program Counseling For Academic Success ( C4AS)
Khidmat Kaunseling Komuniti
University Motivator Competition (UMAC)
1
2
3
4
Lakaran Pencapaian dan Kejayaan Pusat Kerjaya dan Kaunseling telah berjaya membangunkan beberapa modul latihan yang digunapakai di seluruh sistem UiTM iaitu Modul Pembimbing Rakan Sebaya, Modul Finishing School dan Modul Psikologi Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Beberapa buah buku juga telah berjaya diterbitkan iaitu Buku Manual Kemahiran Kaunseling (UPENA), Buku Manual Pembangunan Diri (UPENA), Buku My GPS Career, Buku Panduan Penggunaan Alat Ujian Psikologi, Manual Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling, Manual XPDCareer Games dan Video Panduan Temu Duga. Bagi meluaskan capaian perkhidmataan, PKK juga telah membangunkan Jobshop.UiTM, sistem e-Daftar dan yang terbaharu Sistem Counseling2u yang membolehkan pelajar membuat tamu janji secara on-line dan mendapatkan khidmat kaunseling maya daripada kaunselor. Pusat Kerjaya dan Kaunseling juga telah dikunjungi oleh beberapa universiti untuk penandaarasan khidmat kaunseling dan kerjaya oleh UIAM, UKM, UPM, UTM, UPSI, UPNM, UMK, UTHM, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA.
Punca Kuasa
4
Usaha gigih para kauselor dalam memberikan khidmat kaunseling dan penganjuran program-program kerjaya dan kaunseling secara berterusan akhirnya mendapat pengiktirafan di peringkat nasional apabila pada tahun 2014, Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM dianugerahkan “The Most Resourceful Career Centre ( Public University)” di Malaysia oleh Gradmalaysia Sdn Bhd. Pada tahun 2016 sekali lagi PKK dianugerahkan FINALIST Best Career Development Centre.
Akta Kaunselor Malaysia 1998
(Akta 580)
Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999
Skim Pegawai Kaunseling/Kaunselor
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor
Malaysia ) 2011
Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2002
Lampiran B6 : Skim Perkhidmatan
Kaunselor
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun
2007 : Skim Perkhidmatan Pegawai
Psikologi
Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2016
Lampiran B3: Skim Perkhidmatan
Pegawai Psikologi
4.0 HALA TUJU STRATEGIK UiTM Penyataan hala tuju strategik UiTM bagi RMK -11 adalah seperti berikut; 10 Lonjakan Bagi Mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Pelajar (PPPM-PT)
5
1
Universiti Berteraskan Penyelidikan dan Keusahawanan
Profesor tersohor yang memiliki ciri-ciri kepiminan intelek dalam halk penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran
Penyelidik terkehadapan yang diiktiraf hasil penyelidikannya
Graduan yang mantap kerohaniannya, profesional, beretika serta diidami majikan dan boleh menjadi majikan
Universiti yang mengoptimumkan aksesibiliti, mempelopori ilmu, menjuarai penemuan baru serta menghasilkan teknologi yang berinovatif demi memberi impak kepada masyarakat dan seterusnya kemakmuran negara
2
3
4
5
Kerangka Hala Tuju Strategik Bahagian Hal Ehwal Pelajar ( 2016 -2020 )
Perkara 4 dalam penyataan hala tuju strategik UiTM bagi RMK -11 dan perkara 1 dalam 10 Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) adalah;
Graduan yang mantap kerohaniannya, profesional, beretika serta diidami
majikan dan boleh menjadi majikan
Graduan holistik bercirikan keusahawanan dan seimbang.
Kedua-dua bidang tumpuan ini menjadi sasaran Kementerian pendidikan Tinggi (KPT) dan UiTM kerana masih terdapat kertidakpadanan antara penawaran dan permintaan graduan. Sebahagian majikan melaporkan bahawa sesetengah graduan lemah dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Beberapa inisiatif dan pendekatan telah digariskan oleh KPT dan UiTM bagi mengatasi isu ini. Kerangka hala tuju strategik Bahagian Hal Ehwal Pelajar (2016 -2020 ) juga menggariskan ciri-ciri graduan yang ingin dibangunkan berasaskan 3 dimensi iaitu ilmu, kemahiran dan ciri-ciri peribadi melalui teras fungsi utama HEP iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.
6
Oleh kerana sebahagian dari dua bidang tumpuan di atas berkait rapat dengan peranan perkhidmatan kerjaya dan kaunseling, maka Pusat Kerjaya dan Kaunseling menggariskan 6 penyataan hala tuju strategik 2016-2020 bagi membantu universiti dan kerajaan merealisasikan hasrat tersebut.
Penyataan hala tuju strategik Pusat Kerjaya dan Kaunseling 2016 -2020. 5.0 KERANGKA STRATEGIK Model Pengoperasian RMK 11 UiTM 7
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
UNIVERSITI TERSOHOR
UNIVERSITI BERTERASKAN PENYELIDIKAN DAN
KEUSAHAWANAN
PENDIDIKAN TINGGI
BERKUALITI AKSESIBILITI
GRADUAN
DINAMIK
Mempelbagai pendekatan dan kaedah baharu dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan
1
Memperkasa inovasi dan kreativiti dalam penganjuran program perkembangan kerjaya dan pembangunan psikologi
Memperluaskan penggunaan teknologi ICT dalam perkhidmatan dan jaringan maklumat kerjaya dan kaunseling
Meningkatkan profesionalisme dalam pelaksanaan dan aksesibiliti khidmat kaunseling dan psikologi
Memperluas rangkaian rakan strategik industri dan agensi kerajaan dalam penawaran perkhidmatan kerjaya dan kaunseling
Menghasilkan penulisan dan penerbitan bahan kaunseling dan kerjaya yang berkualiti dan menarik.
2
3
4
5
6
6.0 PEMEGANG TARUH PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING 7.0 FASA TRANSFORMASI
8
FASA 1: PENINGKATAN
2016 -2017
FASA 2 : PEMERKASAAN
2017 -2018
FASA 3 : KECEMERLANGAN
2019 -2020
PELAJAR IBU BAPA
INDUSTRI AGENSI KERAJAAN
Pembangunan sistem /Aplikasi /Modul : 1. Sistem c2u 2. Sistem JS v3 3. My Career GPS 4. Counselor Handy
Book 5. C4AS+
Pembangunan dan Ujilari: 1. Sistem JS v3 2. Laman Web i-PKK 3. My Profile 4. Mobile Apps C++ 5. My Screening Pelaksanaan Aplikasi 1. Sistem c2u 2. C4AS+ 3. V-CaIREx
Pelaksanaan sepenuhnya sistem c2u, Jobshop V3, Laman Web i-PKK, My Profile, My Screening, Mobile Apps Counseling, V-CaIREx, C4AS+, My Career GPS, Counselor Handy Book.
8.0 TERAS STRATEGIK Teras strategik UiTM
Teras strategik Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Teras Strategik Pusat Kerjaya dan Kaunseling
9
Teras
RMK-11 UiTM
1. Pengajaran dan Pembelajaran
2. Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan
3. Akademia, Industri dan Masyarakat
4. Kepimpinan
5. Keusahawanan
Teras Utama
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
1. Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
2. Perkhidmatan dan Kemudahan Pelajar
Teras Perkhidmatan
Pusat kerjaya dan Kaunseling
1. Perkhidmatan Kaunseling dan Konsultasi
2. Pembangunan dan Penempatan Kerjaya
3. Pembangunan Kaunseling dan Psikologi
4. Penyebaran Maklumat Kerjaya dan Kaunseling
5. Etika dan Amalan Profesionalisme
9.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA
KPI RMK-11 UiTM
Sasaran Strategik RMKe-11
KPI RMKe -11 UiTM
Graduan Dinamik (Output)
KPI 1: Peratus siswazah UiTM yang telah mendapat pekerjaan semasa konvokesyen. KPI 2: Peratus siswazah UiTM yang telah bekerja sendiri semasa Konvokesyen. KPI 3: Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh.
- Sarjana Muda dan Diploma - Sarjana - PhD
Pendidikan
Tinggi Berkualiti (Proses)
KPI 4: Indeks Pendidikan Tinggi Berkualiti.(i-UiTM ) KPI 5: Skor MyRA bagi fakulti di UiTM Selangor.
Jumlah penerbitan dalam jurnal berindeks per pensyarah
Bilangan sitasi per pensyarah secara kumulatif dalam tempoh 5 tahun ke belakang
Enrolmen pelajar antarabangsa peringkat pascasiswazah KPI 6: Peratus belanja mengurus yang dibiayai oleh pendapatan Dalaman yang dijana oleh universiti.
Aksesibiliti
(Input)
KPI 7: Enrolmen pelajar.
Sepenuh masa
Separuh masa
KPI 8: Kadar keciciran pelajar
Rancangan Malaysia Ke-11 UiTM menggariskan 3 sasaran strategik iaitu Graduan Dinamik, Pendidikan Tinggi Berkualiti dan Aksesibiliti. Lapan petunjuk prestasi utama (KPI) disenaraikan bagi memenuhi 3 sasaran tersebut. KPI yang boleh dikaitkan dengan perkhidmatan kerjaya dan kaunseling ialah;
KPI 1 : Peratus siswazah UiTM yang telah mendpat pekerjaan semasa konvokesyen.(GE)
KPI 3 : Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh (GOT)
Berdasarkan KPI 1, Pusat Kerjaya dan Kaunseling telah membentuk 5 Petunjuk Prestasi (PI) bagi memenuhi Outcome 2 iaitu peningkatan kebolehpasaran bumiputera dan Output, kebolehpasaran graduan. Disamping itu 3 lagi PI disenaraikan bagi mengukur kualiti perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang secara tidak langsung membantu meningkatkan KPI 3 universiti.
10
PETUNJUK PRESTASI PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING ( Sasaran,pencapaian, outcome,output, dan PI PKK ) Petunjuk Prestasi (PI) Pusat Kerjaya dan Kaunseling – ( Daftar dalam Sistem CSPI.)
Outcome
Output
PI
Definisi Operasi
2016
2017
2018
2019
2020
Outcome 2
Peningkatan Kebolehpasaran Graduan Bumiputera
Kebolehpasaran Graduan
PI 1: Bilangan iklan jawatan kosong yang dihebahkan kepada pelajar dan graduan
Iklan jawatan kosong yang dihebahkan melalui Jobshop, FaceBook PKK, email dan student portal
650
660
670
680
700
PI 2: Bilangan majikan yang terlibat dalam aktiviti penempatan pekerjaan.
Majikan yang terlibat dalam program CaIREx, Career Attack, TDK, Senarai nama graduan, dan iklan jawatan kosong
330
350
360
380
400
PI 3: Bilangan pelajar yang menghadiri program pembangunan kerjaya dan kendiri.
Pelajar yang terlibat dalam program kerjaya dan kaunseling
16800 17000 17500 18000 18500
PI 4: Bilangan sesi temu duga pekerjaan yang telah diadakan
Temu duga pekerjaan yang dijalankan dalam program CaIREx, Career Attack dan Temu duga dalam Kampus (TDK)
2000 2050 2100 2150 2200
Outcome 5
Peningkatan imej dan reputasi
Peningkatan kolaborasi dengan industri/universiti
PI 6: Bilangan industri yang terlibat dalam aktiviti kerjaya
Industri yang berkolaborasi dalam program kerjaya PKK
370 380 390 400 410
11
Petunjuk Prestasi (PI) Pusat Kerjaya dan Kaunseling bagi memenuhi objektif kualiti jabatan.
No.
Petunjuk Prestasi (PI) Kualiti
2016
2017
2018
2019
2020
PI 1
Peratus kepuasan hati majikan terhadap prestasi calon temu duga pekerjaan.
90
91
92
93
95
PI 2
Peratus pelajar bersetuju bahawa Program Pembangunan Diri menyumbang kepada kemahiran insaniah. ( Career Outreach / Counseling Outreach / Klinik Kaunseling )
90
91
92
93
95
PI 3
Peratus kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling individu
90
91
93
95
97
Lapan petunjuk prestasi (PI) Pusat Kerjaya dan Kaunseling ini menjadi sasaran bagi menentukan keberhasilan atau impak inisiatif-inisiatif baharu yang dirancang bagi tempoh 2016 – 2020 dan pelaksanaan program-program tahunan. 10.0 PEMETAAN TERAS, AGENDA UTAMA UiTM DENGAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING ( Model Strategik )
TERAS AGENDA UTAMA
ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2.Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Transformasi Penyampaian Universiti Pemantapan Tadbir Urus
Kemahiran Berfikir
Menghasilkan graduan Bumiputera yang diterima bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara
Memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling
1 sistem kaunseling atas talian.
PKK High Impact Project
Counseling2U
TERAS AGENDA UTAMA
ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
1.Pengajaran & Pembelajaran
Kecemerlangan Bakat Transformasi Penyampaian Universiti Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran Berfikir Etika & Rohani Pengetahuan
Bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan (GOT)
Meningkatkan tahap pencapaian akademik dan kesejahteraan pelajar agar bergaduat dalam tempoh yang ditetapkan
Peratus (%) peningkatan GPA pelajar (peserta)
PKK High Impact Programme In Collaboration with Faculties & ACIS
Counseling For Academic Success (C4AS)
12
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2. Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Pemantapan Tadbir Urus Kecemerlangan Bakat Transformasi Penyampaian Universiti
Kemahiran Berfikir Etika & Rohani Pengetahuan
Meningkatkan tahap profesionalisme bersepadu & bijaksana
Meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan kaunseling melalui saringan awal pelajar
10 Senarai semak saringan masalah
PKK In-House Project
My Screening
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2. Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Pemantapan Tadbir Urus Kecemerlangan Bakat Transformasi Penyampaian Universiti
Kemahiran Berfikir Pengetahuan
Meningkatkan tahap kecekapan kaunselor dalam menghasilkan harta intelek
Menghasilkan harta intelek PKK yang bermutu
1 buah buku panduan kaunselor
PKK In-House Project
Counselor Handy Book
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2. Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Pemantapan Tadbir Urus Kecemerlangan Bakat Transformasi Penyampaian Universiti
Kemahiran Berfikir Pengetahuan
Melebarkan jaringan maklumat dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan PKK
Menghasilkan Mobile Apps sebagai harta intelek PKK yang bermutu
1 Mobile Apps Counseling
PKK In-House Project
Mobile Apps Counseling
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
1.Pengajaran & Pembelajaran 2. Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Kecemerlangan Bakat
Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran Berfikir Kemahiran kepimpinan Pengetahuan
Meningkatkan tahap kemahiran kebolehpasaran pelajar
Menghasilkan modul latihan
1 Profile kerjaya dan personaliti
PKK Self Development Program
MyProfile
13
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
1.Pengajaran & Pembelajaran
Kecemerlangan Bakat
Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran Berfikir Kemahiran kepimpinan Pengetahuan
Meningkatkan tahap kemahiran kebolehpasaran pelajar
Menghasilkan buku / e-book panduan kerjaya
1 buah buku/ e-book panduan kerjaya
PKK Self Development Program
My Career GPS
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2.Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Transformasi Penyampaian Universiti Pemantapan Tadbir Urus
Kemahiran Berfikir
Menghasilkan graduan Bumiputera yang diterima bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara
Memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kerjaya
1 sistem pengurusan kerjaya bersepadu dan 1 laman web baharu PKK
PKK High Impact Project
e-Kerjaya (Jobshop V3)
TERAS AGENDA UTAMA ATRIBUT PELAJAR
PPPM(PT) OUTCOME OUTPUT
PETUNJUK PRESTASI
INSIATIF STRATEGIK
PROGRAM PROJEK
2.Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan
Transformasi Penyampaian Universiti Pemantapan Tadbir Urus
Kemahiran Berfikir
Menghasilkan graduan Bumiputera yang diterima bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara
Memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kerjaya
Satu kaedah baharu penempatan pekerjaan dan capaian maklumat kerjaya.
PKK High Impact Project
V-CaIREx
14
11.0 INISIATIF PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING ( Inisiatif yang digarikan bagi mencapai PI ) Bagi mencapai PI yang ditetapkan, Pusat Kerjaya dan Kaunseling telah merancang 9 inisiatif baharu sebagai projek jangka panjang yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2016 – 2020. Disamping itu program-program sedia ada akan terus dimantapkan dan diperkasakan melalui usaha dan pendekatan yang inovatif, kreatif, dinamik dan mesra teknologi.
BIL
STRATEGI
NAMA PROJEK
KETERANGAN PROJEK
1
Memperluaskan penggunaan teknologi ICT dalam perkhidmatan dan jaringan maklumat kerjaya dan kaunseling
Counselling2u
Counselling2u merupakan satu sistem e-counseling yang membolehkan pelajar membuat temu janji dan kaunseling maya secara on-line. Semua rekod, penilaian dan laporan sesi dan program disimpan secara maya.
2 Mempelbagai pendekatan dan kaedah baharu dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan
Jobshop V3 Membangunkan satu platform berasaskan web bagi tujuan pendaftaran syarikat, pelajar,promosi iklan jawatan kosong dan program, pendaftaran peserta program, pelaporan dan penyebaran maklumat kerjaya secara maya.
3 Memperluaskan rangkaian rakan strategik industri dan agensi kerajaan dalam penawaran perkhidmatan kerjaya dan kaunseling
V-CaIREx Penganjuran karnival kerjaya secara maya dan temu duga pekerjaan syarikat secara atas talian.
4 Memperkasa inovasi dan kreativiti dalam penganjuran program perkembangan kerjaya dan kaunseling
C4AS Program kaunseling akademik melalui sesi kaunseling individu dan kelompok secara berstruktur dan holistik.
5 Menghasilkan penulisan dan penerbitan bahan kaunseling dan kerjaya yang berkualiti dan menarik
My Career GPS
Satu projek penulisan buku /e-book kerjaya bagi memberi panduan kepada pelajar tentang berbagai aspek dunia kerjaya.
6 Meningkatkan profesionalisme dalam pelaksanaan dan aksesibiliti khidmat kaunseling dan psikologi
My Profile Satu projek yang melibatkan penggunaan Alat Ujian Psikologi dan Kerjaya bagi menghasilkan profil pelajar yang holistik bagi tujuan intervensi kaunseling, latihan dan kebolehpasaran graduan.
7 Memperkasa inovasi dan kreativiti dalam penganjuran program perkembangan kerjaya dan kaunseling
Mobile Apps Counseling
Membangunkan satu aplikasi berasaskan internet bagi mempromosi aktiviti kaunseling dan kerjaya secara lebih meluas. Dan pencapaian maklumat terkini jabatan.
8 Menghasilkan penulisan dan penerbitan bahan kaunseling dan kerjaya yang berkualiti dan menarik
Counselor Handy Book
Satu projek penulisan buku/manual sebagai rujukan bagi mempertingkatkan kompetensi dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling.
9 Meningkatkan profesionalisme dalam pelaksanaan dan aksesibiliti khidmat kaunseling dan psikologi
My Screening Membangunkan satu kit senarai semak masalah bagi tujuan saringan latar belakang psikososial dan simptom masalah klien.
16
13.0 KESIMPULAN Lima teras utama perkhidmatan Pusat Kerjaya dan Kaunseling ialah Perkhidmatan Kaunseling dan Konsultasi, Pembangunan dan Penempatan Kerjaya, Pembangunan Kaunseling dan Psikologi, Penyebaran Maklumat Kaunseling dan Kerjaya dan Etika dan Profesionalisme. Bagi memastikan teras perkhidmatan ini selari dengan fungsi dan aspirasi Bahagian HEP, Sasaran Strategik, Agenda Utama UiTM dan Teras RMKe-11 UiTM, maka beberapa strategi jangka pendek dan panjang telah digariskan. Melalui strategi-strategi ini beberapa inisiatif telah dibentuk bagi mencapai petunjuk prestasi (PI) yang ditetapkan. Inisiatif-inisiatif yang digariskan dalam perancangan strategik ini ialah projek counselling2u, jobshop versi 3, projek V-CaIREx, projek C4AS, My Career GPS, My Profile, Mobile Apps Counseling, Counselor Handy Book dan My Screening. Adalah diharapkan projek-projek yang dirancang ini akan dapat direalisasikan melalui sokongan dan dokongan berterusan daripada pengurusan Bahagian Hal Pelajar dan Universiti serta komitmen seluruh warga kerja Pusat Kerjaya dan Kaunseling.
17
Recommended