View
254
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
47
1. PENDAHULUAN
Pengauditan Prestasi merupakan penilaian yang komprehensif terhadap kecekapan
dan keberkesanan dalam penggunaan sumber KKM. Melalui kajian audit prestasi
masalah dalam operasi dapat dikenal pasti dan syor yang sesuai dicadangkan. Pada
tahun 2015, CAD telah melaksanakan empat (4) pengauditan prestasi yang berkaitan
pengurusan program/aktiviti perubatan (tidak termasuk pengauditan prestasi terhadap
program/aktiviti berkaitan perolehan dan ICT). Penemuan dan syor Audit Dalam bagi
semua kajian prestasi telah dikemukakan kepada PTJ terlibat untuk makluman dan
tindakan penambahbaikan.
Senarai pengauditan prestasi tahun 2015 adalah seperti berikut:
BIL. TAJUK
A Pengauditan Prestasi Cawangan Audit Dalam
1. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Kenderaan di Pejabat
Kesihatan Daerah
2. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Pemberian Bantuan Di Bawah
Tabung Bantuan Perubatan
3. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Emolumen Pakar Dan
Pegawai Perubatan Di Hospital
B Pra - Pengauditan Prestasi Jabatan Audit Negara
1. Pra - Audit : Kajian Terhadap Aktiviti Ortopedik
BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
48
1. LATAR BELAKANG
Kenderaan merupakan satu aset yang amat berharga bagi sesebuah fasiliti kesihatan
bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat umum. Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang digunakan dalam
melaksanakan amanah yang diberi.
Selain daripada ambulans, pacuan empat roda dan van, KKM khususnya Pejabat
Kesihatan turut memiliki kenderaan air seperti sampan dan bot serta kenderaan darat
lain seperti bas, kenderaan pelbagai guna, motosikal dan basikal. Semakan dalam
Sistem Pengurusan Aset mendapati sebanyak 2,562 kenderaan bernilai RM261 juta
yang didaftarkan di Pejabat Kesihatan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda
mempunyai sebanyak 37 kenderaan bernilai RM4.49 juta manakala PKD Kuantan
sebanyak 59 kenderaan bernilai RM4.72 juta.
Pengurusan kenderaan di Pejabat Kesihatan dipantau oleh Cawangan Kesihatan
Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Penyenggaraan kenderaan di
klinik kesihatan dibuat oleh pihak pentadbiran Pejabat Kesihatan masing-masing.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan kenderaan telah dibuat
berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan
berhemah selaras dengan objektif yang ditetapkan.
3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan telah dijalankan di PKD Kuantan, Pahang dan PKD Kuala Muda, Kedah.
Skop pengauditan merangkumi aspek semakan, kajian serta analisis buku log, data,
dokumen, laporan, minit mesyuarat dan fail berkaitan dengan pengurusan kenderaan
bagi tahun 2014 hingga Julai 2015. Sampel pengauditan yang dijalankan meliputi
96 kenderaan bernilai RM9.21 juta.
4. PENEMUAN AUDIT DALAM
Semakan Audit Dalam mendapati secara keseluruhannya, masih terdapat kelemahan
dalam pengurusan kenderaan di PKD Kuantan dan PKD Kuala Muda seperti berikut:
A1 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN KENDERAAN
DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
49
4.1 Pengurusan Penyelenggaraan Rekod Kenderaan
Berikut adalah kelemahan yang ditemui di dalam pengurusan rekod kenderaan di
PKD Kuantan dan PKD Kuala Muda:
Bil. Isu
Bilangan Sampel
PKD Kuantan (59 Sampel)
PKD Kuala Muda (37 Sampel)
1. Fail Kenderaan Tidak Lengkap 24 -
2. Ceraian Buku Log Kenderaan Tidak Dikemukakan 10 15
3. Buku Log Kenderaan Tidak Diselenggara Dengan Lengkap/Kemas Kini
25 13
4. Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak Dilantik - 4
5. Bacaan Odometer Berbeza Dengan Buku Log Kenderaan
1 1
6. Notis Saman Tidak Dicatatkan Dalam Buku Log Kenderaan
4 5
7. Rekod Penyelenggaraan Harta Modal Tidak Disediakan 7 -
8. Rekod Penyelenggaraan Harta Modal Tidak Kemas Kini
21 -
9. Pembelian Minyak Tidak Direkodkan 9 -
10. Daftar Kad Inden Kenderaan Tidak Disediakan 56 -
11. Kad Inden Kenderaan Dipegang Oleh Pemandu 59 -
12. Semakan Pembelian Minyak Tidak Dilaksanakan 59 3
13. Analisis Kadar Penggunaan Bahan Api Tidak Dilaksanakan
59 37
14. Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit Tidak Disemak 59 -
15. Pemeriksaan Mengejut Tidak Dilaksanakan Oleh Ketua Jabatan
59 37
Nota: “-“ : Tiada Isu
Maklum balas:
Tindakan penambahbaikan telah diambil bagi memastikan penyelenggaraan rekod
kenderaan mengikut peraturan.
Pendapat Audit Dalam:
Kawalan dalaman pengurusan kenderaan hendaklah ditingkatkan dan
pemantauan berterusan hendaklah dilakukan bagi memastikan semua peraturan
dipatuhi. Kawalan dalaman yang baik adalah penting bagi memastikan tiada
penyelewengan berlaku dan aset Kerajaan dipelihara.
4.2 Pengurusan Kenderaan
Semakan Audit Dalam terhadap pengurusan kenderaan di PKD Kuantan mendapati
perkara berikut:
4.2.1 Kenderaan Terbiar Dan Tidak Digunakan
Dua (2) kenderaan di PKD Kuantan didapati tidak lagi digunakan sejak tahun
2014 seperti di Gambar 1 dan 2.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
50
Gambar 1 Gambar 2
Odometer (digital) kenderaan CBB 1530
tidak dapat disemak kerana enjin kenderaan tersebut tidak dapat
dihidupkan
Kenderaan WGB 782 yang didapati tidak digunakan semenjak ditinggalkan pada
tahun 2014
Maklum balas:
Rancangan asal kenderaan tersebut adalah untuk dibaiki dan digunakan ketika
banjir. Namun demikian, kerana kos pembaikan yang tinggi kenderaan tersebut
akan dilupuskan.
4.2.2 Kebersihan Kenderaan Tidak Dijaga
Kebersihan kenderaan Unit Vektor tidak dijaga di PKD Kuantan seperti di
Gambar 3 dan 4.
Gambar 3 Gambar 4
Kenderaan yang digunakan oleh Unit Vektor yang kelihatan kotor sehingga nombor pendaftaran kenderaan tidak kelihatan dengan jelas
Maklum balas:
Unit Vektor telah diarahkan untuk memastikan jadual pencucian kenderaan
disediakan mengikut kesesuaian bagi memastikan kenderaan jabatan berada
dalam keadaan bersih.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
51
Pendapat Audit Dalam:
Semua kenderaan Kerajaan hendaklah disenggara dan dijaga
kebersihannya bagi memastikan jangka hayat penggunaan dapat mencapai
tempoh yang maksimum serta untuk menjaga imej Kementerian.
4.2.3 Penggunaan Motosikal Di PKD Kuantan
Perolehan bahan api dan penyelenggaraan kecil motosikal ditanggung sendiri
oleh Jururawat di Klinik Desa Bukit Sagu. Penyelenggaraan kecil motosikal di
Klinik Desa Paya Bungor juga ditanggung oleh Jururawat namun pembelian
bahan api menggunakan Kad Inden Minyak.
Maklum balas:
Bengkel yang berhampiran dengan klinik berkenaan tidak menerima Pesanan
Kerajaan oleh itu, segala penyelenggaraan akan dibayar melalui Panjar Wang
Runcit. Bagi pembelian bahan api Klinik Desa Bukit Sagu, perolehannya akan
dilakukan oleh Klinik Kesihatan Bukit Goh setiap minggu mengikut keperluan
dengan menggunakan Kad Inden Minyak motosikal berkenaan kerana jarak
stesen minyak yang jauh (23 kilometer).
4.2.4 Penggunaan Motosikal Di PKD Kuala Muda
Didapati dua (2) daripada empat (4) motosikal yang disediakan tidak digunakan
seperti di Gambar 5 dan 6. Bagi dua (2) motosikal yang digunakan, hanya
sebuah motosikal diselenggara rekod penggunaannya.
Gambar 5 Gambar 6
Dua (2) motosikal KDR 2667 dan KBW 7284 tidak digunakan
Maklum balas:
Rekod bagi motosikal yang digunakan telah diselenggara dengan kemas kini.
Dua motosikal yang tidak digunakan didapati telah mengalami masalah
kerosakan enjin. Penggunaan motosikal adalah rendah kerana faktor cuaca yang
sering hujan akan merosakkan dokumen kompaun yang perlu dihantar oleh
pemandu.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
52
Pendapat Audit Dalam:
Kajian semula keperluan penggunaan motosikal hendaklah dibuat.
Motosikal yang tidak digunakan boleh diagihkan kepada fasiliti lain yang
lebih memerlukan.
5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM
Bagi memastikan pengurusan kenderaan lebih cekap dan teratur serta tidak berulang
pada masa hadapan tindakan berikut perlu diambil:
a) Fail Sejarah bagi setiap kenderaan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti
Kad Pendaftaran Kenderaan, Sijil Pemeriksaan oleh Jabatan Kerja Raya
(semasa penerimaan kenderaan), rekod pendaftaran aset, rekod
penyelenggaraan kenderaan, maklumat kemalangan dan saman;
b) Buku Log kenderaan diuruskan dengan lebih teratur bagi semua kenderaan
dengan memastikan maklumat dalam Buku Log adalah lengkap dan kemas kini
serta ceraian diserahkan kepada Pegawai Kenderaan untuk semakan dan
simpanan;
c) semua rekod kad sistem bayaran tol tanpa resit dan kad inden minyak
menggunakan format yang ditetapkan serta disemak dan disahkan;
d) semua kenderaan digunakan dan berada dengan selamat serta bersih;
e) pemantauan berkala dan pemeriksaan mengejut dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan; dan
f) Pegawai Kenderaan dan semua wakil yang dilantik serta pemandu diberi latihan
dalam menguruskan kenderaan jabatan.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
53
1. LATAR BELAKANG
Tabung Bantuan Perubatan (TBP) telah ditubuhkan pada 15 September 2005 di bawah
Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhan TBP adalah
membantu membiayai kos rawatan perubatan kepada warga Malaysia yang miskin atau
yang tidak berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan,
peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang kemudahan tersebut
tidak disediakan di hospital kerajaan.
Permohonan oleh pesakit dibuat melalui Jabatan/Unit Kerja Sosial di setiap hospital dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan selaku urusetia TBP. Permohonan ini
kemudiannya akan dikemukakan kepada urusetia di peringkat Jawatankuasa Teknikal
Perubatan (JKTP) untuk diperakukan dan dipertimbangkan oleh Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TBP.
Peruntukan TBP telah disalurkan ke dalam akaun amanah Kod 85700 manakala
perbelanjaan diperakaunkan di bawah kod 85701. Jumlah geran di bawah OA 42000
yang telah disalurkan pada tahun 2013 sehingga tahun 2015 adalah sebagaimana
Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Jumlah Peruntukan Dan Perbelanjaan TBP
Bagi Tahun 2013 Hingga 2015
Sumber: Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan 2013 & 2014 dan Laporan C350
2. OBJEKTIF AUDIT
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aspek pengurusan dan pemberian
bantuan di bawah TBP dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi
mencapai objektifnya.
Tahun
Akaun Kod 857700
(Terimaan)
Akaun Kod 857701
(Perbelanjaan Dan Pelaburan)
Baki bersih
pada 31
Disember
(RM)
Terimaan
Terkumpul 1
Januari
(RM)
Terimaan
Tahun
Semasa
(RM)
Terimaan
Terkumpul
Sehingga 31
Disember
(RM)
Perbelanjaan
Terkumpul
Sehingga
Pada 1
Januari
(RM)
Perbelanjaan
Tahun
Semasa
(RM)
Perbelanjaan bersih
terkumpul sehingga
31 Disember
(RM)
(a) (b) (c )=(a) + (b) (d) (e ) (f)=(d)+(e ) (g)=(c )- (f)
2013
147,000,000.00
30,000,000.00
177,000,000.00
129,165,668.73
32,303,863.76
161,469,532.49
15,530,467.51
2014
177,000,000.00
40,000,000.00
217,000,000.00
161,469,532.49
25,266,217.56
186,735,750.05
30,264,249.95
2015
217,000,000.00
40,000,000.00
257,000,000.00
186,735,750.05
25,062,986.78
211,798,736.83
45,201,263.17
A2 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN PEMBERIAN
BANTUAN DI BAWAH TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
54
3. SKOP DAN METODOLOGI
Skop pengauditan meliputi pengurusan, pemberian bantuan dan pelaksanaan TBP yang
disalurkan bagi tempoh tahun 2014 hingga tarikh auditan. Kaedah pengauditan adalah
melalui penyemakan dan analisis data, pemeriksaan rekod kewangan dan dokumen
pengurusan yang berkaitan dengan pengurusan TBP. Lawatan ke hospital yang dipilih
telah dilaksanakan bersama Pegawai Sosial Kerja Perubatan (PSKP) di hospital yang
terlibat. Pemeriksaan dan lawatan meliputi permohonan yang telah diproses, diterima
dan/atau dibayar melalui TBP. Lawatan audit telah dilaksanakan di tiga (3) buah hospital
negeri seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2
Hospital Yang Dilawati Dan Bilangan Permohonan
Bagi Tahun 2014 Dan Sehingga Julai 2015*
Negeri Hospital
Bilangan
Permohonan Jumlah Tarikh Pengauditan
2014 2015*
Perak Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB)
503 173 676 3 – 7 Ogos 2015
Sarawak Miri (HM) 115 40 155 24 – 28 Ogos 2015
Kedah Sultanah Bahiyah (HSB) 383 267 650 6 – 10 Sept 2015
Jumlah Keseluruhan 1,481 -
Sumber: Rekod dan fail permohonan di Unit Kerja Sosial
4. PENEMUAN AUDIT DALAM
4.1 Tuntutan Oleh Pembekal
Tuntutan bayaran balik bagi peralatan oleh pembekal akan dibuat selepas rawatan
selesai dilaksanakan. Berdasarkan carta alir proses tuntutan bayaran TBP, Pegawai
Kerja Sosial Perubatan (PSKP) akan mengemukakan tuntutan lengkap ke Kementerian
dalam tempoh 2 hari dari tarikh terima delivery oder (DO) dan invois.
Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan di Hospital Miri, Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati 49 kes
berjumlah RM450,604 iaitu masing-masing RM373,004 (38 kes) di HRPB dan
RM77,600 (11 kes) di HSB yang telah menerima rawatan dan peralatan perubatan tetapi
masih belum dituntut oleh pihak pembekal dari tahun 2014 sehingga Julai 2015.
Manakala bagi Hospital Miri tiada tunggakan tuntutan bil oleh pembekal. Butiran lanjut
seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3
Bekalan Peralatan Perubatan Yang Telah Dibuat Rawatan Tahun
2014-Julai 2015 Masih Belum Dituntut Oleh Pihak Pembekal
Bil. Hospital Bil. Sampel Pesakit
Yang Menerima Rawatan
Bil. Belum Dituntut
Jumlah (RM)
1. Raja Permaisuri Bainun 110 38 373,004.00
2. Sultanah Bahiyah 90 11 77,600.00
3. Miri 50 - -
Jumlah 250 49 450,604.00
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
55
Maklum balas Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultanah Bahiyah dan
Hospital Miri:
1) Mewujudkan jawatankuasa untuk penyelarasan status rawatan dan tuntutan
daripada pembekal dan mengeluarkan surat peringatan kepada pembekal.
2) Memaklumkan garis panduan berkaitan peraturan tuntutan bayaran TBP kepada
pembekal.
Maklum balas Bahagian Kewangan:
1) Tempoh mengemukakan tuntutan ditetapkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh
rawatan.
2) Dinyatakan tempoh tuntutan dalam surat kelulusan dan dibuat susulan.
3) Penyata kewangan oleh Bahagian Kewangan ada menunjukkan baki
tanggungan bayaran yang belum dijelaskan dan dimaklumkan kepada JKTP bagi
tujuan pertimbangan proses permohonan.
Pendapat Audit Dalam:
Pihak hospital perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi pembekal
yang terlibat bagi menyelesaikan pembayaran. Selain itu, Standard Operating
Procedure mengenai tuntutan bayaran di peringkat hospital hendaklah
diperkemaskan. Pihak Audit Dalam mengesyorkan baki semasa TBP dapat
dinyatakan dengan jelas sebelum pihak JKTP mempertimbangkan kelulusan
jumlah kos rawatan yang dipohon.
4.2 Tempoh Proses Kelulusan Permohonan TBP
4.2.1 Permohonan TBP Di Peringkat Hospital Melebihi 14 hari
Permohonan TBP dikemukakan oleh pesakit kepada Unit Kerja Sosial hospital
untuk penilaian dan intervensi yang dilaksanakan melalui proses temuduga,
lawatan ke rumah dan melengkapkan borang yang berkaitan. Permohonan yang
lengkap dikemukakan kepada Bahagian Kewangan untuk disemak dan
dikemukakan kepada urusetia JKTP untuk pertimbangan dan kelulusan.
Berdasarkan carta alir proses permohonan TBP di peringkat hospital,
permohonan lengkap yang diterima dari pesakit akan diproses dalam tempoh 14
hari untuk dihantar ke Bahagian Kewangan. Ringkasan proses permohonan di
peringkat hospital seperti di Carta 1.
Carta 1
Carta Aliran Kerja Proses Permohonan TBP Diperingkat Hospital
Sumber: Manual Prosedur Kerja
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
56
Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan bagi tahun 2014 dan
sehingga Julai 2015 yang telah diproses di peringkat hospital mendapati 134
(54%) permohonan mengambil masa 14 hari dan ke bawah manakala 116 (46%)
permohonan yang diproses melebihi 14 hari. Butiran lanjut seperti dalam
Jadual 4 dan Carta 2.
Jadual 4
Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Hospital
Bil. Hospital Bil.
Sampel
Tempoh Permohonan
(Tahun 2014 & 2015)
<14 Hari 15-30 Hari 31-60 Hari 61-90 Hari >91 Hari
1. Raja Permaisuri
Bainun 110 31 10 37 26 6
2. Sultanah Bahiyah 90 82 4 4 - -
3. Miri 50 21 20 9 - -
Jumlah 250 134 34 50 26 6
Sumber: Fail Peribadi Permohonan Pesakit
Carta 2
Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Hospital
Menurut pihak hospital kelewatan adalah disebabkan antaranya dokumen
sokongan pemohonan yang tidak lengkap, pemohon gagal untuk hadir sesi
temuduga sebagaimana temujanji dan pemohon sukar dihubungi.
Maklum balas Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultanah Bahiyah
dan Hospital Miri:
1) Melantik penyelaras TBP bagi setiap jabatan sebagai liaison officer.
2) Mewujudkan pangkalan data secara manual dan berkomputer berkaitan
proses permohonan TBP untuk tujuan pemantauan.
3) Mengemaskini, melengkapkan dan mewujudkan daftar yang berkaitan
permohonan TBP.
54%
14%
20%
10%2%
<14HARI
15-30 HARI
31-60 HARI
61-90 HARI
>91 HARI
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
57
4.2.2 Permohonan TBP Di Peringkat Kementerian
Permohonan TBP yang telah lengkap dikemukakan oleh pihak hospital kepada
Bahagian Kewangan untuk disemak. Permohonan yang lengkap dan menepati
kriteria sebagaimana Garis Panduan Pemberian Bantuan Di Bawah TBP akan
dikemukakan kepada urusetia Jawatan Kuasa Teknikal Perubatan (JKTP) untuk
perakuan. Permohonan ini kemudiannya akan dikemukakan kepada Pengerusi
TBP untuk pertimbangan. Berdasarkan carta alir proses tuntutan bayaran TBP di
peringkat Kementerian, permohonan yang telah lengkap diterima dari hospital
akan diproses dalam tempoh 14 hari untuk pengeluaran surat makluman
keputusan kepada setiap permohonan. Ringkasan proses permohonan di
peringkat hospital adalah sebagaimana Carta 3 berikut.
Carta 3
Carta Aliran Kerja Proses Permohonan TBP Diperingkat Kementerian
Sumber: Manual Prosedur Kerja
Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan bagi tahun 2014 dan
sehingga Julai 2015 yang telah diproses di peringkat kementerian mendapati 13
(5%) permohonan mengambil masa 14 hari dan ke bawah manakala 237 (95%)
permohonan yang diproses melebihi 14 hari. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 5 dan Carta 4 berikut:
Jadual 5
Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian
Bil. Hospital Bil.
Sampel
Tempoh Permohonan
(Tahun 2014 & 2015)
<14 Hari 15-30 Hari 31-60 Hari 61-90 Hari >91 Hari
1. Raja Permaisuri
Bainun 110 5 65 33 3 4
2. Sultanah Bahiyah 90 4 30 41 12 3
3. Miri 50 4 23 18 4 1
Jumlah 250 13 118 92 19 8
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
58
Carta 4 Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian
Perincian kelewatan tempoh proses di setiap peringkat di Kementerian adalah
sebagaimana Jadual 6 berikut:
Jadual 6
Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian
Bil. Peringkat Bil.
Sampel
Tempoh Permohonan
(Tahun 2014 & 2015)
<2hari 3-7 Hari 8-10 Hari 11-14 Hari >15 Hari
1. Bahagian Kewangan 250 88 75 31 21 35
2. Jawatan Kuasa
Teknikal Perubatan 250 - 17 20 47 166
3. Kelulusan Pengerusi
TBP 250 54 134 34 16 12
Sumber: Fail Peribadi Permohonan Pesakit
Berdasarkan jadual dan carta di atas proses mengemukakan permohonan untuk
pertimbangan Pengerusi TBP mengambil masa melebihi tempoh yang ditetapkan
di setiap peringkat. Sebanyak 162 (64%) permohonan di Bahagian Kewangan
diproses melebihi tempoh 2 hari dan 233 (93%) permohonan di JKTP diproses
melebihi 7 hari. Ini menunjukkan proses sebenar untuk semakan di peringkat
Kementerian mengambil masa lebih panjang daripada tempoh yang ditetapkan
iaitu 14 hari.
Maklum balas Bahagian Kewangan:
1) Laporan Pengauditan Pengurusan Rawatan Ortopedik di Hospital KKM
yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara telah mencadangkan agar
dikaji satu tempoh masa yang sesuai bagi menguruskan kes-kes tersebut.
2) Kelewatan melebihi tempoh 14 hari adalah melibatkan kes-kes yang
memerlukan rujuk pakar.
3) Bagi kes kecemasan, kelulusan secara lisan akan diberikan terlebih dahulu.
4) Daftar TBP yang menyeluruh dalam Microsoft Excel telah diselenggara
sejak 2012.
5) Data permohonan dan kelulusan sentiasa dikemaskini setiap bulan untuk
tujuan analisis, pemantauan dan laporan.
6) Sistem TBP sedang dibangunkan secara in-house oleh BPM.
5%
47%37%
8% 3%
<14HARI
15-30 HARI
31-60 HARI
61-90 HARI
>91 HARI
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
59
Pendapat Audit Dalam:
Pada pendapat Audit Dalam, tempoh yang ditetapkan bagi proses semakan
dan pertimbangan permohonan TBP di semua peringkat perlu dikaji semula
dengan mengambil kira semua faktor dan kekangan di setiap peringkat
serta tempoh yang diperlukan untuk semakan dan pertimbangan
Pengerusi TBP.
4.3 Kelulusan Permohonan Yang Masih Belum Diterima Oleh Hospital
Permohonan yang telah lengkap akan diperakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Teknikal Perubatan, disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan diluluskan oleh
Pengerusi TBP. Satu surat makluman berkaitan keputusan permohonan akan
dikeluarkan dan dihantar kepada pihak hospital untuk dimaklumkan kepada pemohon
bagi tindakan selanjutnya.
Semakan Audit Dalam terhadap 250 permohonan mendapati surat keputusan bagi 24
permohonan berjumlah RM217,947 yang dibuat pada tahun 2014 dan sehingga bulan
Julai 2015 iaitu masing-masing 7 daripada Hospital Miri dan 17 daripada HSB yang telah
diluluskan oleh Pengerusi TBP, masih belum diterima oleh pihak hospital sehingga
tarikh lawatan Audit Dalam. Manakala di HRPB, surat keputusan permohonan bagi
semua sampel yang disemak telah diterima oleh pihak hospital. Butiran lanjut seperti
dalam Jadual 7.
Jadual 7
Keputusan Permohonan Yang Masih Belum Diterima Oleh Hospital
Bil. Hospital
Tahun
Bilangan
Permohonan
Keputusan
Belum
Diterima Oleh
Hospital
Jumlah
(RM)
1. Raja Permaisuri
Bainun
2014 103 - -
2015 7 - -
2. Sultanah Bahiyah 2014 60 5 49,725.00
2015 30 2 22,334.00
3. Miri 2014 42 2 21,228.00
2015 8 15 124,660.00
Jumlah 250 24 217,947.00
Maklum balas Hospital Sultanah Bahiyah:
1) Telah mengemukakan emel kepada urusetia TBP dan telah menerima
status permohonan TBP tahun 2014 dan 2015 pada 9 April 2015.
2) Membuat susulan secara berkala kepada pihak urusetia TBP bagi
permohonan yang dikemukakan.
Pendapat Audit Dalam:
Pihak hospital perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi
pihak TBP bagi mendapatkan status bagi semua permohonan yang telah
dikemukakan kepada kementerian selepas satu tempoh tertentu yang
munasabah. Kelewatan penerimaan surat kelulusan perlanjutan boleh
menyebabkan pesakit gagal untuk mendapat rawatan sebagaimana yang
diperlukan.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
60
4.4 Tarikh Tamat Kelulusan Perlanjutan Tempoh Tidak Praktikal
Tempoh sah kelulusan yang diberikan oleh TBP adalah setahun bagi setiap
permohonan rawatan. Bagi kes rawatan yang telah ditetapkan melebihi tarikh tempoh
sah laku kelulusan, pihak hospital boleh memohon untuk tempoh perlanjutan. Tempoh
perlanjutan yang diberikan adalah berdasarkan keputusan dan pertimbangan dari pihak
urusetia TBP di peringkat Kementerian.
Semakan Audit Dalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati lima (5) surat
kelulusan perlanjutan tempoh yang dikeluarkan oleh TBP tamat sah laku lebih awal
daripada tarikh tamat kelulusan terdahulu yang dikeluarkan oleh TBP. Semakan Audit
Dalam juga mendapati tarikh kelulusan perlanjutan yang diluluskan tamat sebelum
penetapan tarikh rawatan yang akan dilaksanakan. Sehingga tarikh lawatan audit
didapati tiada sebarang surat pembatalan kepada semua surat berkenaan bagi
membolehkan permohonan tarikh perlanjutan yang baru dikeluarkan kepada pesakit
untuk mendapatkan rawatan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.
Jadual 8
Tarikh Kelulusan Perlanjutan Yang Diluluskan Tamat Sebelum Tarikh Rawatan Di HRPB
Bil. Nama
Pemohon
Kelulusan Asal Kelulusan Perlanjutan Tarikh
Rawatan Tarikh
Kelulusan
Tarikh Tamat
Tempoh
Tarikh
Permohonan
Tarikh
Lanjutan
1. Lee Sow Woon 29.09.14 28.09.15 15.01.15 30.06.15 28.04.16
2. Shum Tai Thye 10.10.14 09.10.15 16.01.15 30.06.15 12.11.15
3. Chin Chow Moi 10.11.14 09.10.15 14.01.15 30.06.15 12.05.16
4. Lee Mee Foon 23.09.14 22.09.15 16.01.15 30.06.15 19.05.16
5. Ng Ah Ngoh 10.11.14 09.11.15 16.01.15 30.06.15 02.06.16
Pendapat Audit Dalam:
Pihak HRPB perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi pihak
urusetia TBP bagi memaklumkan perkara yang berkaitan. Satu surat kelulusan
yang baru berkaitan penyelarasan semula tempoh perlanjutan perlu dibuat supaya
pesakit yang telah diluluskan permohonan TBP mendapat rawatan sewajarnya.
5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM
Secara keseluruhannya, proses pemberian Kemudahan Tabung Bantuan Perubatan
telah dilaksanakan dengan baik. Bagaimanapun, proses kelulusan dan pengumpulan
dokumen untuk proses pembayaran didapati mengambil tempoh yang lama. Bagi
memastikan pengurusan pemberian TBP lebih cekap, Audit Dalam mengesyorkan
tindakan seperti berikut:
a) satu sistem yang mampu memudahkan proses, perekodan dan pelaporan TBP
wajar dibangunkan bagi membantu pihak pengurusan mengendalikan serta
membuat pelaporan berkaitan TBP dengan lebih cepat dan cekap;
b) mewujudkan koordinasi antara Unit Kerja Sosial dengan pihak jabatan di
hospital bagi menyelaraskan setiap proses permohonan;
c) pihak Kementerian/Hospital perlu membuat susulan dan pemantauan secara
berkala terhadap bil-bil yang masih tidak dituntut oleh pembekal;
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
61
d) surat peringatan dan mekanisma tindakan terhadap pembekal yang lewat
mengemukakan bil perlu diwujudkan bagi melancarkan pengurusan aliran tunai
TBP; dan
e) pihak Kementerian/Hospital perlu membuat penilaian semula dan
penambahbaikan terhadap peringkat-peringkat proses permohonan yang sedia
ada bagi memastikan tempoh proses TBP dapat dilaksanakan selaras dengan
tempoh yang ditetapkan.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
62
1. LATAR BELAKANG
Emolumen merangkumi gaji pokok, bayaran elaun dan imbuhan seperti yang telah
ditetapkan dalam Pekeliling atau Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam. Jabatan
bertanggungjawab menyelenggarakan rekod emolumen serta kadar yang ditetapkan.
Pakar dan Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di negara ini. Sehingga Mac 2015, terdapat 2,048 orang Pakar
dan Pegawai Perubatan yang bertugas di empat (4) hospital yang dilawati seperti dalam
Jadual 1.
Jadual 1
Kedudukan Perjawatan Pakar dan Pegawai Perubatan
Sehingga Mac 2015
Butiran Hospital
Labuan Pulau Pinang Sultan Ismail Putrajaya
Pengisian 32 935 490 430
Kekosongan 5 170 (46) 32
Jumlah Perjawatan 37 1,105 444 462
Sumber: Hospital
Pelbagai elaun dan insentif telah diwujudkan oleh Kerajaan untuk Pakar dan Pegawai
Perubatan bagi menghargai sumbangan dari segi kepakaran dan kemahiran pegawai
yang amat diperlukan oleh negara. Elaun dan insentif ini dibayar mengikut kadar yang
telah ditetapkan oleh Kerajaan berdasarkan kelayakan pegawai tersebut. Antara elaun
dan insentif yang diterima oleh pakar dan pegawai perubatan adalah bayaran insentif
perkhidmatan kritikal, bayaran insentif pakar, elaun kerja luar waktu bekerja biasa,
bayaran insentif perudara, elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan serta
pelbagai elaun lain.
Perbelanjaan emolumen bagi tempoh tahun 2012 hingga 2014 di hospital yang dilawati
seperti dalam Jadual 2.
A3 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN EMOLUMEN
PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN DI HOSPITAL
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
63
Jadual 2
Perbelanjaan Emolumen Bagi Tahun 2012 Hingga 2014
Bil. Hospital Jumlah Perbelanjaan Emolumen (RM)
Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014
1. Labuan 17,769,927.41 21,016,671.44 23,355,946.98
2. Pulau Pinang 230,333,225.25 250,519,330.32 263,358,216.23
3. Sultan Ismail 99,883,381.87 107,384,118.40 124,759,517.46
4. Putrajaya 86,252,650.34 99,395,485.26 112,438,981.91
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah bagi menentukan sistem pembayaran dan
penyelenggaraan rekod-rekod emolumen di Peringkat Pusat Gaji dan Pusat Pembayar
(Pusat Tanggungjawab) mematuhi undang-undang dan peraturan.
3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop kajian ini adalah rekod dan data bayaran gaji yang dibuat melalui sistem gaji dan
juga baucar bayaran. Ia merangkumi gaji dan upah; elaun tetap; serta sumbangan
berkanun yang diluluskan oleh Kerajaan berdasarkan pekeliling, surat pekeliling dan
surat edaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi tempoh tiga tahun iaitu dari
tahun 2012 hingga 2014. Kajian ini juga dijalankan untuk memastikan emolumen dibayar
mengikut kadar serta dalam tempoh yang ditetapkan. Semakan Audit Dalam telah
dijalankan di empat (4) hospital yang dipilih seperti berikut:
(i) Hospital Labuan (HL);
(ii) Hospital Sultan Ismail, Johor (HSI);
(iii) Hospital Pulau Pinang (HPP); dan
(iv) Hospital Putrajaya (HPJ).
Pengauditan dilaksanakan dengan memeriksa dan menganalisa dokumen-dokumen
seperti Perubahan Gaji (Kew. 320 / SG20), Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan
Seseorang Pegawai (Kew. 8), Penyata Gaji serta laporan yang dikeluarkan oleh Unit
Gaji di hospital. Selain itu, temu bual dengan pegawai terlibat turut dilakukan.
4. PENEMUAN AUDIT DALAM
4.1 Perjawatan Dan Penempatan Pegawai Perubatan
4.1.1 Pengisian Melebihi Perjawatan Yang Diluluskan
Semakan Audit Dalam mendapati lapan (8) pegawai perubatan yang
ditempatkan di HPP tiada dalam senarai perjawatan yang diluluskan. Maklumat
lanjut seperti dalam Jadual 3.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
64
Jadual 3
Bilangan Pegawai Perubatan Melebihi Perjawatan Yang Diluluskan
Bil. Gred Jawatan Bilangan Perjawatan Bilangan Pengisian Perbezaan
1. JUSA C 2 6 4
2. UD54 9 12 3
3. UD52 3 4 1
Maklum balas HPP:
Semakan dan pemantauan secara berkala akan dibuat oleh pihak HPP bersama
JKN dan IPKKM
4.1.2 Penempatan Secara Pentadbiran
Semakan Audit Dalam mendapati penempatan secara pentadbiran melibatkan
pegawai perubatan berlaku di HL, HSI, HPP dan HPJ. Maklumat lanjut seperti
dalam Jadual 4.
Jadual 4
Pakar/Pegawai Perubatan Yang Ditempatkan Secara Pentadbiran
Bil. Hospital
Bil. Pegawai / Pakar Hospital
Berkenaan Yang Ditempatkan
Ke Hospital Lain
Bil. Pegawai / Pakar
Hospital Lain Yang
Ditempatkan Di Hospital
Berkenaan
1. Labuan 1 2
2. Sultan Ismail 2 8
3. Pulau Pinang 11 12
4. Putrajaya 1 6
Maklum balas:
Semakan dan pemantauan secara berkala akan dibuat oleh pihak hospital, JKN
dan IPKKM. Pelarasan perjawatan di HPP dan HL telah selesai dilaksanakan.
4.2 Gaji Dan Upah
4.2.1 Gaji Kenaikan Pangkat Terlebih/Terkurang Bayar
(i) Pelarasan Terhadap Gaji Pokok Berdasarkan Sijil Gaji Akhir
(Pelarasan) Bagi Pegawai Yang Bertukar Masuk Tidak Diambil
Tindakan
Semakan Audit Dalam di HL mendapati Gaji Pokok seorang pegawai
perubatan yang bertukar masuk telah terkurang bayar berjumlah
RM3,167.64 disebabkan pelarasan pada Sijil Gaji Akhir tidak diambil
tindakan. Selain itu, Pergerakan Gaji Tahun 2014 dan kenaikan pangkat
juga belum dibuat. Ini menyebabkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dan
Imbuhan Tahunan turut terkurang dibayar masing-masing sejumlah
RM701.13 dan RM350.00.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
65
Maklum balas HL: Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.
(ii) Kesilapan Dalam Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat
Berdasarkan perenggan 5.3, Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2007,
semakan Audit Dalam di HL mendapati kesilapan dalam penetapan gaji
permulaan kenaikan pangkat bagi empat (4) pegawai menyebabkan gaji
pokok, Bayaran Insentif Wilayah dan Imbuhan Tahunan 2014 telah
terlebih dibayar berjumlah RM7,946.58. Manakala di HSI pula, kesilapan
sama yang melibatkan tiga (3) pegawai telah menyebabkan gaji pokok
dan imbuhan tahunan terkurang dibayar masing-masing berjumlah
RM13,996.50 dan RM255.60.
Maklum balas HL dan HSI:
Pelarasan dan kutipan balik gaji telah dibuat kepada pegawai berkenaan.
(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan Gaji Pokok Kenaikan Pangkat
Kesilapan pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat di HPP
menyebabkan gaji seorang pegawai telah terlebih dibayar berjumlah
RM431.13.
Maklum balas HPP:
Tindakan pembetulan telah dibuat oleh pihak HPP.
4.2.2 Imbuhan Tahunan Terkurang Bayar
Semakan Audit Dalam mendapati Imbuhan Tahunan tiga (3) pegawai di HL telah
terkurang dibayar berjumlah RM495.00 disebabkan kelewatan dalam
pembayaran PGT. Manakala, imbuhan tahunan seorang pegawai di HPJ telah
terkurang dibayar berjumlah RM213.29 disebabkan bayaran dibuat berdasarkan
gaji sebelum kenaikan pangkat.
Maklum balas HL:
Pelarasan Imbuhan Tahunan kepada dua (2) pegawai telah diambil tindakan.
Manakala seorang lagi pegawai tidak diberi pergerakan gaji bagi tahun 2014
kerana tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan/gagal mengemukakan LNPT 2013.
Maklum balas HPJ:
Pelarasan Imbuhan Tahunan 2014 telah dibuat kepada pegawai yang
berkenaan.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
66
4.2.3 Emolumen Yang Diterima Semasa Cuti Tanpa Gaji dan Separuh Gaji
Belum Dikutip Balik
(i) Tindakan Untuk Mengutip Balik Emolumen Pegawai Yang Bercuti
Tanpa Gaji/Cuti Separuh Gaji Belum Dibuat
Semakan Audit Dalam di HSI mendapati emolumen yang telah dibayar
kepada tujuh (7) pegawai yang mengambil Cuti Tanpa Gaji berjumlah
RM80,673.77 dan seorang pegawai yang mengambil Cuti Separuh Gaji
berjumlah RM5,993.97, masih belum dikutip balik.
Maklum balas HSI:
Kutipan balik melalui potongan gaji secara berperingkat telah dibuat oleh
pihak hospital.
(ii) Bayaran Balik Emolumen Terkurang Kutip
Bayaran balik emolumen yang dibayar oleh seorang pegawai di HSI yang
mengambil cuti tanpa gaji telah terkurang dikutip berjumlah RM491.94.
Maklum balas HSI:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.
4.2.4 Emolumen Terlebih Dibayar Kerana Gaji Lewat Diberhentikan
Emolumen seorang pegawai di HPP yang sedang cuti belajar tanpa gaji dari 1
Februari 2013 hingga 31 Januari 2016, lewat diberhentikan menyebabkan
emolumen telah terlebih dibayar berjumlah RM32,343.93 (10,781.31 x 3 bulan).
Maklum balas HPP:
Tindakan kutip balik hanya dapat dilakukan apabila pegawai melaporkan diri
semula selepas tamat pengajian.
4.2.5 Gaji Terlebih Bayar Kerana Cuti Rehat dan Cuti Sakit Melebihi
Kelayakan
Kesilapan dalam pengiraan kelayakan Cuti Rehat dan Cuti Sakit seorang
pegawai kontrak di HPJ telah menyebabkan pegawai tersebut mengambil cuti
melebihi kelayakan manakala gajinya pula telah terlebih dibayar berjumlah
RM3,497.33.
Maklum balas HPJ:
Surat pemakluman dan tindakan mengutip balik jumlah emolumen yang tidak
layak telah dihantar ke PTJ baru.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
67
4.3 Elaun Dan Imbuhan
4.3.1 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Terlebih/Terkurang/Tidak Layak
Dibayar
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2004 dan Bil. 16 Tahun
2007, kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah seperti
dalam Jadual 5. Bagi pegawai di Wilayah Persekutuan Labuan yang menduduki
kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) ITP yang layak diterima adalah separuh
daripada kelayakan ITP.
Jadual 5
Kadar Imbuhan Tetap Perumahan
Gred Sistem Saraan Malaysia
Kadar Sebulan (RM)
53 dan 54 900.00
51 dan 52 700.00
46 hingga 50
43 dan 44 400.00
41 dan 42 250.00
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) Bayaran ITP Tidak Mengikut Kadar Yang Ditetapkan
Dua (2) pegawai di HL tidak dibayar ITP mengikut kadar sepatutnya
menyebabkan ITP telah terkurang dibayar berjumlah RM3,880.65.
Manakala di HSI, ITP berjumlah RM7,701.61 tidak layak dibayar kerana
pegawai turut dibayar EPW.
Maklum balas HL dan HSI:
Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan oleh pihak HL
dan kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI.
(ii) ITP Dan BSH Bagi Pegawai Yang Menduduki Kuarters Belum Dikutip
Di HSI, ITP dan Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada tarikh pegawai
menduduki kuarters sehingga potongan bayaran tersebut mula dibuat
melalui payroll bagi lima (5) orang pegawai yang berjumlah RM24,047.80
masih belum dikutip semula.
Maklum balas HSI:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI.
(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan ITP, Bayaran Perumahan Khas (BPK)
& BSH Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat
Kesilapan semasa membuat pelarasan kenaikan pangkat bagi dua (2)
pegawai HSI yang menduduki Rumah Khas Jabatan menyebabkan ITP,
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
68
BPK dan BSH masing-masing telah terlebih dibayar berjumlah
RM11,603.23 dan RM377.42.
Maklum balas HSI:
Proses kutipan balik sedang dibuat oleh pihak HSI.
(iv) Kesilapan Pengiraan Kutipan Balik ITP & BSH Pegawai Yang
Menduduki Kuarters
Bayaran balik ITP dan BSH oleh seorang pegawai HPP yang menduduki
kuarters telah terlebih dikutip sebanyak RM850.00. Manakala di HSI, ITP
dan BSH dua (2) pegawai yang menduduki kuarters telah terkurang
dikutip berjumlah RM9,938.42.
Maklum balas HPP dan HSI:
Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HPP.
Manakala di HSI, kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.
(v) Kesilapan Pengiraan Pelarasan ITP Keluar Kuarters
Kesilapan dalam pengiraan pelarasan kerana keluar kuarters
mengakibatkan ITP seorang pegawai HPJ telah terkurang dibayar
sebanyak RM694.82.
Maklum balas HPJ:
Bayaran balik telah dibuat kepada pegawai berkenaan oleh pihak HPJ.
4.3.2 Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Terlebih/Terkurang Bayar
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 adalah seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6
Kadar Imbuhan Tetap Keraian
Gred 53 – 54 51 – 52 47 – 50 43 – 44
Kadar Sebulan (RM) 800 600 550 400
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang
Telah Ditetapkan
ITK tidak dibayar mengikut kadar yang ditetapkan di HL, HSI dan HPP
menyebabkan tiga (3) orang pegawai menerima ITK kurang daripada
kadar yang sepatutnya. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
69
Jadual 7 ITK Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang Ditetapkan
Bil. PTJ Bilangan Pegawai ITK Terkurang Bayar
(RM)
1. HL 1 4,800.00
2. HSI 1 1,647.00
3. HPP 1 1,814.52
Maklum balas HL, HSI dan HPP:
Tindakan telah diambil oleh pihak HL, HSI dan HPP.
(ii) ITK Pegawai Gred Khas Terkurang Kutip
ITK bagi dua (2) Pakar Perubatan Gred Khas di HPJ telah terkurang
dikutip berjumlah RM942.97.
Maklum balas HPJ:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPJ.
4.3.3 Bayaran Insentif Penempatan Di Sabah, Sarawak atau Wilayah
Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara Terlebih
Bayar
Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di
Sabah, Sarawak atau Labuan layak menerima Bayaran Insentif Penempatan di
Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (BIPWL). Kadar yang telah
ditetapkan adalah seperti dalam Jadual 8.
Jadual 8
Bayaran Insentif Penempatan di Sabah, Sarawak atau
Wilayah Persekutuan Labuan
Lingkungan Gaji (Termasuk Elaun Memangku)
(RM)
Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima
(%)
6,289.14 dan ke atas 12.5
4,029.64 – 6,298.13 15
2,015.74 – 4,029.63 17.5
1,329.74 – 2,015.74 20
951.35 – 1,329.74 22.5
951.35 ke bawah 25
Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2012
Semakan Audit Dalam mendapati bayaran Insentif Penempatan Di Sabah,
Sarawak Atau Wilayah Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara
kepada seorang Pegawai Kontrak melebihi kadar sepatutnya menyebabkan
lebihan bayaran berjumlah RM1,351.02.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
70
Maklum balas HL: Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada JKN
Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah tamat kontrak.
4.3.4 Bayaran Insentif Pakar (BIP) Terkurang Bayar
Kadar Bayaran Insentif Pakar (BIP) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2011 adalah seperti dalam Jadual 9.
Jadual 9
Kadar BIP Bagi Pegawai Perubatan Pakar
Gred Kadar Sebulan
(RM) Syarat Kelayakan
Utama/Khas dan ke atas 3,100
i. Ijazah Lanjutan dalam bidang kepakaran klinikal atau kesihatan awam yang diiktiraf.
ii.
iii. Diwartakan sebagai pakar oleh KPK atau Jawatankuasa Khas Perubatan/ Jawatankuasa Khas setaraf dengannya yang ditubuhkan oleh Kerajaan.
53 dan 54 2,800
51 dan 52 2,500
47 dan 48 2,200
45 2,000
43 dan 44 1,900
41 1,600
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) BIP Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan
BIP bagi seorang pegawai perubatan kontrak di HL dibayar kurang dari
kadar sepatutnya menyebabkan BIP telah terkurang dibayar berjumlah
RM7,200.00.
Maklum balas HL:
Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.
(ii) Kesilapan Semasa Penyediaan Borang Perubahan Gaji (SG.20) Bagi
Pelarasan Emolumen Kenaikan Pangkat
BIP bagi seorang Pakar Perubatan di HPJ telah terkurang dibayar
berjumlah RM145.16 disebabkan kesilapan semasa penyediaan SG.20
bagi pelarasan emolumen kenaikan pangkat.
Maklum balas HPJ:
Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HPJ.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
71
4.3.5 Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Terlebih/Terkurang Bayar
Kadar EPW adalah seperti dalam Jadual 10.
Jadual 10 Kadar Elaun Perumahan Wilayah
Gred Kadar Sebulan
(RM)
Utama/Khas A 2,000
Utama/Khas B 1,600
Utama/Khas C 1,500
53 – 54 1,300
45 – 52 1,130
41 – 44 930
27 – 40 830
1 – 26 730
Sumber: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) Kesilapan Semasa Menyediakan Borang Perubahan Gaji (SG.20)
Kesilapan semasa menyediakan SG.20 menyebabkan EPW seorang
pegawai di HL telah terkurang dibayar berjumlah RM2,790.00.
Maklum balas HL:
Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.
(ii) EPW Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan
EPW bagi dua (2) Pegawai Perubatan di HL dan HSI tidak dibayar
mengikut kadar yang telah ditetapkan menyebabkan EPW telah terlebih
dibayar masing-masing berjumlah RM690.97 dan RM2,840.00. Manakala
di HPP, kesilapan yang sama telah menyebabkan EPW seorang pegawai
terkurang dibayar berjumlah RM2,900.00.
Maklum balas HL, HSI dan HPP:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HL. Proses kutipan balik sedang
dibuat oleh pihak HSI. Manakala di HPP, bayaran balik telah dibuat
kepada pegawai berkenaan.
(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan Emolumen Kenaikan Pangkat
Kesilapan dalam pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat telah
menyebabkan EPW seorang pegawai di HPP terlebih dibayar berjumlah
RM73.65.
Maklum balas HPP:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
72
4.3.6 Bayaran Insentif Wilayah Terlebih Bayar
Pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang bertugas di
Semenanjung layak menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Selain itu,
pegawai yang bertugas di Sabah, Sarawak dan Labuan (terpakai kepada
pegawai yang berasal dari Semenanjung; dan pegawai yang berasal dari
Sabah/Sarawak/Labuan) juga layak menerima BIW. Kadar yang telah ditetapkan
seperti dalam Jadual 11.
Jadual 11
Bayaran Insentif Wilayah
Lingkungan Gaji (Termasuk Elaun Memangku)
(RM)
Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima
(%)
6,289.14 dan ke atas 12.5
4,029.64 – 6,289.13 15.0
2,015.74 – 4,029.63 17.5
1,329.74 – 2,015.73 20.0
2,015.74 – 4,029.63 17.5
951.35 – 1,329.73 22.5
951.34 ke bawah 25.0
Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
Semakan Audit Dalam mendapati pelarasan BIW bagi seorang Pegawai
Perubatan di HSI yang dinaikkan pangkat tidak dibuat menyebabkan BIW beliau
telah terkurang dibayar berjumlah RM2,156.71. Manakala di HPP, kesilapan
pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat menyebabkan BIW telah
terlebih dibayar berjumlah RM64.67.
Maklum balas HSI dan HPP:
Tindakan pelarasan dan kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI dan HPP.
4.3.7 Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Wilayah
Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara
Terlebih/Terkurang Bayar
Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan diberi kepada
pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di
Sabah, Sarawak atau Labuan. Kadar yang telah ditetapkan adalah seperti dalam
Jadual 12. Bagi pegawai di Wilayah Persekutuan Labuan yang menduduki
kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) ITP yang layak diterima adalah separuh
daripada kelayakan ITP.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
73
Jadual 12
Kadar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan
Gred Kadar Sebulan
(RM)
Utama/Khas A 2,000
Utama/Khas B 1,600
Utama/Khas C 1,500
53 – 54 1,300
45 – 52 1,130
41 – 44 930
27 – 40 830
1 – 26 730
Sumber: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010
Semakan Audit Dalam mendapati bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak
Atau Labuan bagi dua (2) Pegawai Bukan Warganegara di Hospital Labuan yang
menduduki Rumah Kerajaan telah terlebih dibayar berjumlah RM7,227.00 kerana
Sijil Akuan Menduduki Rumah tidak disediakan/lewat dikemukakan kepada Unit
Kewangan, HL.
Maklum balas HL:
Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada JKN
Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah tamat kontrak.
4.3.8 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Terlebih/Terkurang
Bayar
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dibayar kepada perkhidmatan tertentu
yang telah dikelaskan sebagai perkhidmatan kritikal berasaskan berikut:
• Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara
• Persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih
• Kelayakan serta kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut
• Keadaan persekitaran tempat kerja
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007, kadar BIPK bagi
seorang pegawai perubatan adalah RM750.00 sebulan
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) Pegawai Yang Tidak Layak Menjalankan Tugasan Dibayar BIPK
Pihak HL telah terlebih bayar BIPK bagi seorang Pegawai Perubatan
Kontrak yang ditamatkan perkhidmatannya berjumlah RM5,389.29.
Maklum balas HL:
Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada
JKN Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah
tamat kontrak.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
74
(ii) Tindakan Untuk Mengutip Balik BIPK Pegawai Yang Cuti Bersalin
Belum Dibuat
BIPK yang telah dibayar kepada pegawai cuti bersalin belum dikutip di
HL, HSI dan HPJ. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.
Jadual 13
Bayaran BIPK Kepada Pegawai Yang Cuti Bersalin
Belum Dikutip Balik
Bil. PTJ Bilangan Pegawai BIPK Belum Kutip
(RM)
1. HL 1 2,204.03
2. HSI 6 13,427.85
3. HPJ 1 2,208.87
Maklum balas HL, HSI dan HPJ:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HL, HSI dan HPJ.
4.3.9 Bayaran Insentif Pentadbir Hospital (BIPH) Terlebih Bayar
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.19 Tahun 2009, BIPH dibayar kepada
pegawai yang memiliki kelulusan lepasan ijazah dalam bidang Pentadbiran
Hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Semakan Audit Dalam mendapati BIPH berjumlah RM5,275.00 tidak layak
dibayar kepada mantan Pengarah HL disebabkan perlantikan beliau sebagai
Pengarah HL dibuat selepas 1 Ogos 2009 dan beliau juga tidak mempunyai
kelulusan lepasan ijazah dalam bidang Pentadbiran Hospital yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
Maklum balas HL:
Penyata Perubahan Kutipan Bayaran Balik telah disediakan dan dimajukan ke
JKN Selangor untuk tindakan lanjut kerana pegawai telah bertukar keluar dari
Hospital Labuan.
4.3.10 Bantuan Sara Hidup (BSH) Terlebih/Terkurang Bayar
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) BSH Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan
BSH bagi tujuh (7) pegawai di HSI telah dibayar kurang daripada kadar
yang sepatutnya menyebabkan BSH terkurang dibayar berjumlah
RM5,608.93.
Maklum balas HSI:
Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HSI
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
75
(ii) BSH Dibayar Kepada Pegawai Yang Tidak Layak
Bayaran BSH berjumlah RM5,854.84 kepada seorang Pakar Perubatan
Gred UD54 yang memangku jawatan Gred Khas C di HSI belum dikutip
semula. Manakala kesilapan dalam pengiraan pelarasan bagi BSH
seorang pegawai yang mengambil Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan
Hadiah Latihan Perkhidmatan di HPP telah menyebabkan BSH terlebih
dibayar berjumlah RM301.93.
Maklum balas HSI dan HPP:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP. Proses kutipan balik sedang
dibuat oleh pihak HSI.
4.3.11 Imbuhan Tetap Khidmat Awam Terlebih Bayar
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2005 menyatakan kadar baru ITKA
bagi Gred 41 dan 42 adalah sebanyak RM300 sebulan.
Semakan Audit Dalam mendapati pelarasan tidak dibuat terhadap ITKA seorang
pegawai di HSI yang dinaikkan pangkat ke Gred 44 yang menyebabkan ITKA
telah terlebih dibayar berjumlah RM4,640.00.
Maklum balas HSI:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.
4.3.12 Elaun Memangku Terkurang Bayar
(i) Bayaran Elaun Memangku Tidak Mengikut Kadar Yang Ditetapkan
Seorang Pakar Perubatan Memangku Gred Khas B di HSI dibayar Elaun
Memangku Gred Khas C menyebabkan Elaun Memangku telah terkurang
dibayar berjumlah RM1,007.00.
Maklum balas HSI:
Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.
4.3.13 Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar
(i) Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar Kepada Pegawai Yang
Layak
Seorang pakar perubatan memangku Gred Khas B di HSI yang
ditempatkan secara pentadbiran di HRPZ II tidak dibayar Bantuan
Menyenggara Rumah bagi tahun 2013 berjumlah RM2,000.00.
Maklum balas HSI:
Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
76
(ii) Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang
Ditetapkan
Di HSI, Bantuan Menyenggara Rumah bagi seorang pakar perubatan
memangku Gred Khas C bagi tahun 2012 telah terkurang dibayar
berjumlah RM719.37.
Maklum balas HSI:
Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.
4.3.14 Elaun Tanggung Kerja (ETK) Terlebih Bayar
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007, tempoh penanggungan
kerja hendaklah tidak melebihi enam bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua
Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan
untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus. Selain itu,
penanggungan kerja jawatan yang mempunyai gred fleksi, Elaun Tanggung
Kerja dikira berdasarkan gred gaji terendah.
Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:
(i) ETK Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan
ETK bagi jawatan fleksi dibayar berdasarkan 25 peratus daripada gaji
minimum gred hakiki yang ditanggung bukan gred minimum jawatan fleksi
menyebabkan ETK telah terlebih dibayar di HPP dan HPJ. Maklumat
lanjut adalah seperti dalam Jadual 14.
Jadual 14
Elaun Tanggung Kerja Terlebih Bayar
Bil. PTJ Bilangan Pegawai ETK Terlebih Bayar
(RM)
1. HPP 2 1,785.14
2. HPJ 1 1,382.10
Maklum balas HPP dan HPJ:
Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP dan HPJ.
(ii) ETK Tidak Dihentikan Selepas Tempoh Menanggung Kerja Tamat
Seorang pegawai di HPP yang telah diluluskan untuk menanggung kerja
hanya sehingga 26 Ogos 2008 telah dibayar ETK sebanyak RM757.23
sebulan sehingga bulan April 2014 yang menyebabkan ETK telah terlebih
dibayar berjumlah RM51,613.77.
Maklum balas HPP:
Permohonan pendahuluan diri telah diluluskan dan potongan gaji telah
dibuat mulai Februari 2016.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
77
4.3.15 Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta Dibayar
Kepada Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan
Seramai 11 pakar dan pegawai perubatan di HPP telah dibayar Elaun Tugas
Khas berjumlah RM60 sebulan sejak tahun 2006. Elaun yang tidak layak dibayar
berjumlah RM42,341.10 kerana bukan pegawai sokongan.
Maklum balas HPP:
Kutipan balik telah dibuat oleh HPP.
4.3.16 Elaun Pembantu Rumah Terkurang Bayar
Kesilapan semasa penyediaan SG.20 menyebabkan Elaun Pembantu Rumah
bagi seorang Pakar Perubatan Gred Khas C (KUP) di HPJ telah terkurang
dibayar sebanyak RM241.94.
Maklum balas HPJ:
Bayaran telah dibuat kepada pegawai berkenaan.
4.3.17 Bayaran Insentif Khas Pegawai Profesional Terkurang Bayar
Kesilapan semasa penyediaan SG.20 menyebabkan Bayaran Insentif Khas
Pegawai Profesional bagi seorang Pakar Perubatan Gred Khas C (KUP) di HPJ
terkurang dibayar sebanyak RM241.94.
Maklum balas HPJ:
Bayaran telah dibuat kepada pegawai berkenaan.
5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM
Berdasarkan persampelan yang dibuat, secara keseluruhannya pengurusan emolumen
pakar dan pegawai perubatan perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira syor Audit
Dalam seperti berikut:
a) Pemantauan berterusan oleh penyelia bagi memastikan pematuhan terhadap
peraturan yang sedia ada;
b) Mewujudkan sistem kawalan dalaman yang berkesan dan prosedur kerja yang
komprehensif untuk mengelakkan emolumen terkurang/terlebih bayar;
c) Memberi latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai
terlibat dalam urusan emolumen;
d) Memastikan pemantauan dibuat terhadap pegawai yang ditempatkan secara
pentadbiran supaya bilangan perjawatan adalah yang sebenar; dan
e) Memastikan pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran mendapat elaun
dan kemudahan yang layak diterima.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
78
1. LATAR BELAKANG
Terdapat dua jenis perkhidmatan ortopedik yang ditawarkan di hospital Kementerian
Kesihatan Malaysia iaitu Perkhidmatan Ortopedik Berkepakaran dan Perkhidmatan
Ortopedik Tanpa Pakar. Di hospital yang menawarkan Perkhidmatan Ortopedik
Berkepakaran, terdapat lapan (8) jenis sub-kepakaran ortopedik yang merangkumi
pediatric orthopedics, spine orthopedics, joint arthroplasty, oncology, advanced trauma,
upper limb and hand, foot and ankle dan sport orthopedics. Manakala bagi hospital yang
menawarkan Perkhidmatan Ortopedik Tanpa Pakar pula, lawatan oleh pakar dilakukan
mengikut jadual lawatan pakar di klinik pakar hospital berkenaan.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti ortopedik telah
dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan dilaksanakan dengan teratur, cekap
dan berkesan.
3. SKOP DAN METADOLOGI PENGAUDITAN
Skop pengauditan merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
terhadap pengurusan aktiviti ortopedik di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) serta
Hospital Pakar Wanita Dan Kanak-kanak, Sabah dan Hospital Melaka (HMLK) bagi
tempoh tahun 2013 hingga Februari 2015.
4. PENEMUAN AUDIT DALAM
4.1 Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset
Pembelian peralatan perubatan ortopedik (Harta Modal) yang menggunakan kod 35502
pada tahun 2013 dan 2014 tidak didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA). Ia
meliputi 10 peralatan bernilai RM230,570.00 yang ditempatkan di HQE II (Jadual 1);
sebanyak 16 peralatan bernilai RM369,345.10 yang ditempatkan di Hospital Pakar
Wanita Dan Kanak-kanak, Sabah (Jadual 2); dan 22 peralatan bernilai RM1,527,057.42
yang ditempatkan di HMLK (Jadual 3).
B1 PRA – AUDIT : KAJIAN TERHADAP AKTIVITI ORTOPEDIK
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
79
Jadual 1 Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset
Di Hospital Queen Elizabeth II
Bil. Nama Peralatan No.
Baucar/LPO Tarikh Terima
Barang Kuantiti
Amaun (RM)
1. Fine Ortho Set B4308/ L40959 12.06.2014 1 15,000.00
2. Hand Ortho Set Instruments
B9195/ L33233 26.12.2013 1 28,000.00
3. Minor Ortho Set B9220/ L33213 26.12.2013 2 26,000.00
4. Large External Fixator In Vario Case
B7926/ L32516 18.12.2013 1 27,933.00
5. Wiring Set B9077/ L33430 26.12.2013 2 24,000.00
6. Minor Set B9076/ L33429 26.12.2013 3 44,985.00
7. Small Osteome Capner With Tufner Handle
TM / L40959 12.06.2014 1 3,060.00
8. Mini Fragment Set TM / L42912 02.12.2014 1 29,000.00
9. Radius Alna Plating Set TM / L42911 03.12.2014 1 29,500.00
10. Wire Cutter B9095/ L33214 11.12.2013 1 3,092.00
Jumlah 230,570.00
Jadual 2
Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset Di Hospital Pakar Wanita Dan Kanak-Kanak, Sabah
Bil. Nama Peralatan No. LPO/Tarikh Kuantiti Amaun
(RM)
1. Small Fragment Set L2885/ 16.10.14 1 22,655.00
2. 4.5mm Plating Set L2886/ 16.10.14 1 30,990.00
3. Major Ortho Set L2895/ 17.10.24 1 17,489.00
4. Intermediate Plating Set L2896/ 16.10.14 1 22,045.00
5. Minor Ortho Set L3208/ 11.11.14 1 15,980.00
6. Ortho Curettage Set L2978/ 24.10.14 1 16,550.00
7. Ortho Hand Sets L3013/ 24.10.14 1 13,235.00
8. Fine Ortho Set L3061/ 29.10.14 1 17,340.00
9. Micro Ortho Set L2888/ 16.10.14 1 35,500.00
10. Amputation Set L2887/ 16.10.14 1 23,995.00
11. Wiring Set L2902/ 17.10.14 1 15,450.00
12. Broken Screw Removal Set L2891/ 17.10.14 1 17,980.00
13. External Fixator Set L2872/ 16.10.14 1 35,486.10
14. Titanum Elastic Nail Set L2970/ 23.10.14 1 20,115.00
15. Illzarov Set L3001/ 23.10.14 1 46,535.00
16. Pop Cutter With Vacuum L3207/ 11.11.14 1 18,000.00
Jumlah 369,345.10
Jadual 3
Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset Di Hospital Melaka
Bil. Nama Peralatan No. Baucar/
Tarikh
Tarikh Terima
Barang (eP) Kuantiti
Amaun (RM)
1. Universal Extraction Set 1315B/ 14.11.14 12.11.14 2 38,660.00
2. Hand Ortho Set 1701B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,916.00
3. Ortho Major Set 1702B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,896.06
4. Ortho Minor Set 1703B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,816.14
5. Amputation Set 1846B/ 28.11.14 25.11.14 2 39,860.10
6. Large Femoral Distractor 2676B/ 17.12.14 15.12.14 2 35,900.00
7. Broken Screw Removal Set
3054B/ 23.12.14 18.12.14 2 29,930.04
8. Basic Reaming Instrumentation Set
3055B/ 23.12.14 18.12.14 2 49,886.06
9. DHS Set 3061B/ 23.12.14 18.12.14 2 39,836.12
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
80
Bil. Nama Peralatan No. Baucar/
Tarikh
Tarikh Terima
Barang (eP) Kuantiti
Amaun (RM)
10. Lumber Laminectomy Set
3062B/ 23.12.14 18.12.14
2 169,616.22
11. Cervical Laminectomy Set
2 159,216.62
12. Femur Bone Instrument Set
3064B/ 23.12.14 18.12.14 2 59,896.04
13. Mini External Fixator Set 3066B/ 23.12.14 18.12.14 2 39,702.24
14. Ortho Supplementary Set
3067B/ 23.12.14 18.12.14 2 149,626.22
15. Small Fragment Set 3068B/ 22.12.14 18.12.14 2 59,700.24
16. Wire Instrument Set 3085B/ 23.12.14 19.12.14 2 39,736.22
17. Mini Fragment Set 3088B/ 23.12.14 19.12.14 2 59,300.64
18. Radius Ulna Bone Instrument
3090B/ 23.12.14 19.12.14 2 49,726.22
19. Small External Fixator Set
3126B/ 24.12.14 18.12.14 2 79,890.00
20. Basic Reaming Instrumentation
3501B/ 24.12.14 23.12.14 2 78,210.00
21. Large External Fixator Set
3924B/ 24.12.14 23.12.14 2 159,046.00
22. Large Fragment Set 3065B/ 24.12.14 23.12.14 2 69,690.24
Jumlah 1,527,057.42
Maklum balas:
Bahagian Perolehan dan Penswastaan sedang berurusan dengan Bahagian
Perkembangan Perubatan dan Bahagian Kesihatan Pergigian untuk mengkaji setiap
peralatan yang dikunci masuk ke dalam Sistem Pengurusan Aset sama ada perlu
dikekalkan sebagai aset atau dikategorikan sebagai barang guna habis.
Pendapat Audit Dalam:
Bahagian Perolehan Dan Penswastaan hendaklah menetapkan sama ada
peralatan perubatan ortopedik diklasifikasikan sebagai harta modal atau barang
guna habis.
4.2 Peralatan Perubatan Ortopedik Yang Dibeli Belum Digunakan
Setiap peralatan perubatan yang diterima perlu digunakan mengikut fungsi dan tujuan
sebenar peralatan tersebut dibeli. Semakan Audit terhadap 26 jenis peralatan perubatan
di Dewan Bedah HMLK yang diterima pada bulan Disember 2014 mendapati 6 jenis
peralatan berjumlah RM418,167 masih belum digunakan sepenuhnya bagi tujuan ia
dibeli. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 4 serta Gambar 1 dan 2.
[B
ah
. I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
81
Jadual 4 Peralatan Perubatan Ortopedik Yang Dibeli Belum Digunakan
Bil. Jenis Peralatan Tarikh Terima Barang (eP)
Tarikh Semakan
Kuantiti Amaun
(RM) Bilangan
Hari
1. Femur Bone Instrument Set 18.12.14 18.03.15 1 29,948.02 90
2. Ortho Supplementary Set 18.12.14 18.03.15 2 149,626.22 90
3. Small Fragment Set 18.12.14 18.03.15 2 59,700.24 90
4. Mini Fragment Set 19.12.14 18.03.15 2 59,300.64 89
5. Small External Fixator Set 18.12.14 18.03.15 2 79,890.00 90
6. Mini External Fixator Set 18.12.14 18.03.15 2 39,702.24 90
Jumlah 11 418,167.36 -
Gambar 1 Gambar 2
Set peralatan perubatan ortopedik belum digunakan dan didaftarkan
Satu contoh set peralatan perubatan (Femur Bone Instrument Set) belum
digunakan dan didaftarkan
Maklum balas: Setiap peralatan perubatan ortopedik perlu dilabel dengan kod warna bagi membezakan
setiap set supaya memudahkan pengenalpastian set selepas proses suci hama
(sterilize). Hospital Melaka telah membatalkan Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan
pada 27 Februari 2015 kerana pembekal tidak dapat membekalkan kod warna seperti
dikehendaki. Satu Pesanan baru dikeluarkan pada 30 Mac 2015 dan peralatan
digunakan selepas kod warna diterima dan dipasang pada peralatan.
4.3 Sistem Pengurusan Maklumat Dewan Bedah
Semakan Audit Dalam mendapati satu sistem aplikasi diguna pakai oleh HQE II dan
HMLK bagi merekodkan pesakit yang masuk ke dewan bedah sehingga tahun 2012
yang dipanggil Computerised Operating Theatre Documentation System (COTDS).
Pada tahun 2013 dan seterusnya sehingga tarikh pengauditan, sistem berkenaan tidak
lagi digunakan.
Maklum balas:
Sistem COTDS diberhentikan sepenuhnya melalui surat bertarikh 31 Mac 2012 dari
Bahagian Perkembangan Perubatan yang mana sistem registry pesakit telah
dipindahkan dari Clinical Research Centre kepada Health Informatic Centre. Pada masa
ini, pesakit direkod menggunakan Buku Pendaftaran Pembedahan Pesakit.
[B
ah
.I
V-
Pe
ng
au
di
ta
n P
re
st
as
i]
82
5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM
Secara keseluruhannya pengurusan aktiviti ortopedik telah diuruskan dengan baik.
Bagaimanapun, pihak hospital/KKM hendaklah mengambil tindakan penambahbaikan
seperti berikut:
a) peralatan yang diperoleh hendaklah didaftarkan mengikut peraturan serta
digunakan mengikut tujuan ianya dibeli;
b) pembangunan sistem pengkalan data pembedahan ortopedik hendaklah
disegerakan bagi memastikan rekod-rekod yang berkaitan dapat
diselenggarakan dengan baik dan berkesan; dan
c) menetapkan sama ada peralatan perubatan ortopedik diklasifikasikan sebagai
harta modal atau barang guna habis.
Recommended