View
231
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
8/22/2019 banggunan bersejarah
1/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
2/21
TAJUK MUKA SURAT
Senarai Kandungan
Penghargaan
Kaedah Kajian
Objektif Kajian
Hasil Kajian
Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
8/22/2019 banggunan bersejarah
3/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
4/21
Syukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan untuk saya menyiapkan folio ini.Namun
demikian,saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama
dariapada beberapa pihak.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Hira,Seksyen 27,Shah Alam,Tuan Abdul Rahim Lakasauk yang telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Eliyah Binti Ali, guru
Sejarah Tingkatan 3 Ibnu Sina, Sekolah Menengah HiraSeksyen 27,Shah
Alam,Selangor.Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya.Terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan galakan
kepada saya semasa menjalankan kajian ini.
Akhir sekali,ucapan terima kasih kepada semua rakan sekumpulan Aiman Ahnaf,
Ahmad Fidak dan Muhd.Amirul Zikri yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.
8/22/2019 banggunan bersejarah
5/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
6/21
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperolehi maklumat
yang diperlukan dalam kajian ini. Di antaranya adalah seperti berikut:
TEMU BUAL
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan
menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang
sememangnya pakar tentang Masjid Sultan Sulaiman ini. Saya mendapat pelbagai
perkara yang saya dapat masukkan ke dalam kerja kursus ini.
MENGANALISIS LAMAN WEB
Kaedah yang saya gunakan ialah dengan melayari laman web untuk menambahkan lagi
maklumat tentang bangunan ini. Banyak laman web yang telah saya layari tetapi hanya
beberapa laman web saja yang mempunyai maklumat yang sah. Laman web tersebut saya
muatkan dalam rujukan.
8/22/2019 banggunan bersejarah
7/21
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji
tentang Masjid Sultan Sulaiman dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat
memenuhi objektif berikut:
8/22/2019 banggunan bersejarah
8/21
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah
yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan
bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan
mempertahankan bangsa serta memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
Malaysia.
c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.Misalnya seperti bangunan Kota A
Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan
amanah amat penting pada diri setiap individu.
d) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga
dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.
8/22/2019 banggunan bersejarah
9/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
10/21
1.NAMA BANGUNAN
Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor ke 5
yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada tahun
1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.
2.LATAR BELAKANG
Asal-usul Masjid DiRaja Sultan Suleiman
Masjid DiRaja Sultan Suleiman telah dibina pada tahun 1932, sempena
pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu
pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan
Selangor yang ke 5.
Lokasi Masjid DiRaja Sultan Suleiman
Masjid DiRaja ini terletak di Kampung Jawa, Klang. Hanya 3km dari bandar
Klang. Berdekatan dengan Bukit Istana Dan Hospital Tungku Ampuan Rahimah.
Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.
Perasmian Masjid DiRaja Sultan Suleiman
Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934
dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.
8/22/2019 banggunan bersejarah
11/21
3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Seni Bina
Konsep rekabentuk Masjid Sultan Suleiman di Bandar DiRaja Klang agak
berlainan dari mana-mana masjid yang ada di negeri Selangor mahupun di Malaysia.
Daripada hasil bacaan buku-buku sejarah Malaysia, ada yang mengatakan Masjid
Sultan Suleiman mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina
Inggeris. Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
Ada pula yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman berkonsepkan Art Deco kerana
elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah
pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.
Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang,
namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk
separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur
(tidak keemasan). Kubah besar ruang solat utama dikelilingi
oleh beberapa kubah yang lebih kecil.
Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara
besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung
utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di
puncaknya.
http://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html#Art_Decohttp://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html#Art_Decohttp://www.my-rummy.com/Klang_Masjd_diraja_Sultan_Suleiman.html#Art_Deco8/22/2019 banggunan bersejarah
12/21
Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1000 jemaah
dalam satu masa. Lihat senibina bangunan di sebelah
(Kansas City Power and Light Building di USA) yang dibina
pada tahun 1931, mempunyai persamaan senibina Art
Deco dengan menara Masjid Sultan Suleiman yang dibina pada
tahun yang sama.
Pengubahsuaian
Masjid Sultan Suleiman yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses
pengubahsuaian dalaman dan di kawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk
asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-
gereja di Eropah. Namun sekarang bentuk Masjid Sultan Suleiman sudah kelihatan
seperti segi empat.
Hiasan dalaman
Ruang solat utama Masjid Sultan Suleiman berbentuk oktagon (segi lapan) di
bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam
kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras
keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif
dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'.
8/22/2019 banggunan bersejarah
13/21
Gambar di bawah menunjukkan bahagian kubah dari pandangan dalam ruang solat
Masjid Sultan Suleiman.
Di puncak kubah utama kaca-kaca gelas berwarna-
warni. Adanya gelas-gelas kaca ini memberikan sinar ke
dalam ruang dalaman masjid. Apabila cahaya matahari
menembusi kubah terutamanya ketika waktu tengahari,
kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang
solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
Lantai asal Masjid Sultan Suleiman disudahi dengan marmar putih dengan kambi
(skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru
Mihrab Masjid Sultan Suleiman telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan
marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti
semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama Masjid Sultan Suleiman sehingga ke
mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum
dekoratif . Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
Rekabentuk dalaman Masjid
Sultan Suleiman. Gelas-gelas berwarna
yang terdapat di bahagian atas dinding ruang
solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-
ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
8/22/2019 banggunan bersejarah
14/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
15/21
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat
pada masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan
kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada Masjid DiRaja Sultan
Suleiman ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Kehadiran, keunikan dan identiti
seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan.
Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Klang.
Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi
masjid Negeri Selangor ketika dahulu dan Masjid DiRaja sekarang.
Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan
berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi
warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai
bangunan-bangunan bersejarah ini.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama
antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan
sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu
untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
8/22/2019 banggunan bersejarah
16/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
17/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
18/21
Sumber-sumber yang telah menjadi rujukan saya ialah :
INTERNET
http://kunadzri.fotopages.com/
ORANG SUMBER
Encik Hassan bin Ali
Encik Nadzri
http://kunadzri.fotopages.com/http://kunadzri.fotopages.com/8/22/2019 banggunan bersejarah
19/21
8/22/2019 banggunan bersejarah
20/21
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat
cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat
menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu, kerajaan
telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia.Sebagai contoh, bangunan yang dibina oleh British di Klamg iaitu
Masjid DiRaja Sultan Suleiman.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah
negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk
mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.
Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih
untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama,bangsa
dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi
Aktiviti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta
mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
8/22/2019 banggunan bersejarah
21/21
Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara. Secara tidak langsung,
Perlembagaan Negara dijunjung dan dipertahankan .
Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan
akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah
mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah
air Malaysia yang kita duduki sekarang.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat
menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk.
Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini
juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat.
Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan
melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan
negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara
berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut.
Recommended