View
4
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI TERENGGANU
Kerajaan Terengganu menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Terengganu
dan juga penduduk tetap di Terengganu. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi
meringankan beban penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan
rendah dan juga warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang
meliputi pelbagai aspek ialah :
Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)
Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-Hati)
Program Bantuan di bawah Yayasan Terengganu
Program Zakat Terengganu oleh MAIDAM
Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM)
Program Walimatulurus Perdana
Skim Permata Sejahtera
Bantuan Dana Raya Terengganu
Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera
Tabung Darul Iman
1. Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)
Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan Industri Asas Tani tempatan
memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini adalah berasaskan kepada
prinsip Al-Qardh Al-Hasan.
KRITERIA PEMOHON
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.
Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan
perniagaan di Negeri Terengganu.
Pemohon dan Peminjam mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya
Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
Mempunyai premis perniagaan tetap dan jenis perniagaan yang khusus.
Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan
atau persekutuan.
Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM
yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan.
Terlibat secara langsung dalam perniagaan (Owner Operating) serta beroperasi
sepenuh masa.
Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah
mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang
dianjurkan oleh YPU.
AKTIVITI PERNIAGAAN
i. Sektor Pertanian
ii. Sektor Penternakan
iii. Sektor Akuakultur
Aktiviti Melibatkan:-
* Pemprosesan
* Hiliran
* Huluan
* Sokongan
CIRI-CIRI PEMBIAYAAN
Jumlah pembiayaan: RM5,000.00 – RM30,000.00
Jangkamasa Bayaran Balik: Sehingga 48 bulan / 4 tahun
Tiada Cagaran dikenakan.
Tiada Kadar Caj Keuntungan dikenakan.
Penjamin: Kakitangan Kerajaan / Swasta (Had Pinjaman tertakluk kepada Had Gaji
Penjamin).
HAD GAJI MINIMA PENJAMIN HAD PINJAMAN
RM2,000 RM5,000 – RM10,000
RM2,500 RM10,001 – RM20,000
RM3,000 RM 20,001 – RM30,000
Mempunyai premis perniagaan TETAP.
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Borang permohonan yang lengkap diisi.
Salinan MyKad Pemohon dan Penjamin.
Gambar pemohon berukuran passport.
Salinan Lesen Pendaftaran Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis
perniagaan, permit perniagaan dan Borang A & D (jika berkaitan).
Gambar produk & premis perniagaan.
Salinan penyata bank selama 3 bulan terkini.
Salinan slip gaji penjamin.
Surat tawaran perniagaan / surat sokongan.
Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.
Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima)
CARA MEMOHON
Peniaga yang ingin memohon Skim Dana Asas Tani ini boleh lah malayari laman web
https://www.ypu.com.my/download/brosur-skim-pembiayaan-dana-usahawan-asas-tani-dunia/ ini
untuk memuat turun borang permohonan.
2. DANA PRIHATIN TERENGGANU – OKU (D-HATI)
Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan oku tempatan memperkembangkan lagi
perniagaannya.
KRITERIA PEMOHON
1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 60 tahun dan mestilah bumiputera. 2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di
Negeri Terengganu. 3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di
Negeri Terengganu. 4. Pemegang Kad OKU Sahaja. 5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) atau Persekutuan. 6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM)
yang masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan. 7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa. 8. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat
khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.
AKTIVITI/PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN GERAN
1. Semua sektor perniagaan yang TIDAK bercanggah dengan undang-undang Malaysia.
TUJUAN GERAN
1. Pembelian mesin dan peralatan serta bahan mentah sahaja.
CIRI-CIRI GERAN
1. Jumlah Geran: Sehingga RM5,000.00 2. Konsep Geran: 80% YPU – 20% Usahawan
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Borang permohonan yang lengkap diisi. 2. Gambar berukuran passport. 3. Salinan MyKad Pemohon. 4. Salinan Kad OKU Pemohon. 5. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan
dan borang A & D (jika berkaitan). 6. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.
7. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima)
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
1. Dapatkan borang permohonan geran daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my/download/brosur-skim-dana-prihatin-terengganu-oku-d-hati/) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.
3. Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20% kepada pembekal.
3. PROGRAM BANTUAN DI BAWAH YAYASAN TERENGGANU
1. PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG
Program ini untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Peruntukan pada tahun
2020 dinaikkan kepada RM10 juta untuk membiayai seramai 250 orang mahasiswa.
2. BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta untuk 125 orang siswazah dalam
negara.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
a) Bapa atau ibu pemohon/pelajar lahir di Negeri Terengganu ; ATAU
b) Ibu bapa pemohon/pelajar bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus
tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di
Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN.
c) Ibu dan bapa pemohon/pelajar mestilah daftar mengundi dan mengundi di negeri
Terengganu
d) Pemohon/pelajar mestilah mendapat kepujian Kelas Pertama dengan PNGK 3.75 ke atas
atau memperolehi markah 80% ke atas sahaja.
e) Mod pembelajaran adalah SEPENUH MASA.
PERHATIAN :
a) SILA ISI BORANG MENGGUNAKAN HURUF BESAR
b) SILA SERTAKAN SALINAN-SALINAN DOKUMEN BERIKUT BERSAMA PERMOHONAN INI :-
Kad Pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang DISAHKAN.
Ijazah dan Transkrip Akademik (DISAHKAN Oleh Pusat Pengajian)
Dua (2) keping gambar berukuran passport. (catatkan nama & No. KP di belakang
gambar)
Surat pengesahan bermastautin sekiranya bapa dan ibu Bukan Rakyat Terengganu.
SILA HANTAR BORANG INI DI ALAMAT BERIKUT :-
Pengarah,
Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail,
200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
(U.P : BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN)
3. BANTUAN PERSEDIAN IPT
Pemberian one-off persediaan kepada anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di
pelbagai peringkat pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Tujuan bantuan ini
adalah untuk meringankan bebanan persiapan pengajian anak-anak.
Kadar Bantuan Persediaan
Doktor Falsafah (sepenuh masa) – RM1,000.00
Sarjana (sepenuh masa) – RM1,000.00
Ijazah Sarjana Muda – RM1,000.00
Diploma/Integrasi – RM750.00
International Baccalaureat – RM500.00
Foundation. – RM500.00
Matrikulasi/A Level. – RM500.00
Sijil (Program dua tahun ke atas) – RM500.00
Sekolah Menengah Berasrama Penuh – RM500.00
* Tambahan RM300.00 untuk IPT di Sabah dan Sarawak
4. BIASISWA PROGRAM ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)
Pada tahun 2020 kerajaan negeri peruntukan sebanyak RM1.26 juta yang akan melibatkan
pembiayaan kepada 30 orang anak Negeri Terengganu dalam bidang ini.
5. TABUNG SISWA PELAJAR
Tabung ini bertujuan untuk menyediakan pinjaman pembiayaan yuran pengajian untuk
ijazah pertama dalam dan luar negara. Kerajaan negeri sangat prihatin dan menitikberatkan
pendidikan anak-anak Terengganu.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat melalui web Yayasan Terengganu
https://www.yt.gov.my/index.php/en/ . Borang permohonan yang telah lengkap di isi
hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu(Bahagian Tajaan &
Transformasi Pendidikan) berserta dengan semua salinan dokumen yang diperlukan dan
disahkan.
4. Program Zakat Terengganu oleh MAIDAM
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-
syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat dapat diagihkan
kepada:
Golongan Fakir miskin
Amil
Muallaf
Ghorimin
Ibnu Sabil
Fisabillah
Ar-Riqab
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. OBJEKTIF :
a. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat
pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
b . Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.
c. Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam
menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
2. ASNAF : Fisabililllah
3. SYARAT-SYARAT UMUM DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN :
a. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau
pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum
melanjutkan pelajaran.
b . Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
c. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu
tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua
Kampung / Penghulu / Y.B.
d. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan
oleh MAIDAM secara online.
e. Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang
mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama
dalam permohonan tersebut.
f. Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari
semasa ke semasa.
g. Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi
pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
h. Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan
penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
i. Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
j. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
k. Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran kepada pelajar
dalam dan luar negara seperti berikut :-
Bil Tahap Tempoh Catatan
1 Sijil 2 tahun Ma’ahad Bu’uth dan Pusat bahasa
2 Diploma 3 tahun Darul Ifta’ dan lain-lain
3 Ijazah Pertama (BA) 4 tahun Pelajar biasa
4 Ijazah Pertama (BA) 2 tahun Khusus untuk pelajar mu’adalah
5 Ijazah Pertama (BA) 6 tahun Khusus untuk pengajian perubatan
6 Ijazah Pertama (BA) 3 tahun Pengajian qiraat di Mesir
7 Master (MA) 2 tahun Pelajar biasa
8 Doktor Falsafah (Phd) 4 tahun Pelajar biasa
l. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu
dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
4. SYARAT KHUSUS DERMASISWA :
a. Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang
tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau
sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa,
dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan
yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
b. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang
melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan
luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.
5. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN :
a. Setiap peringkat pengajian sama ada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak
dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama
sahaja ( Bukan Double Degree).
b. Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan
kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-
i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA
ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
iv. Pinjaman pelajaran disekat kerana keputusan peperiksaan yang rendah
v. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
vi. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji
penuh atau sebahagian.
6. KADAR BANTUAN SEPERTIMANA BERIKUT :
a. Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi
pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point
Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat
Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:
Bil Tahap Pengajian
Dalam Negara RM
1 Diploma 800.00
2 Ijazah Pertama 1,000.00
b. Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.
7. KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN :
a. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat
MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara) beserta dokumen berikut:
Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut
Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia tahun semasa tentang status terkini pelajar luar
Negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang
mengandungi maklumat berikut:
- Bidang Pengajian.
- Tahun Pengajian.
- Pinjaman/ Pembiayaan semasa.
- Keputusan peperiksaan
- Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penambahan semester.
Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik-beradik bawah
tanggungan.
Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.
Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar
Negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.
Pengesahan bermastautin di Terengganu
Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).
Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.
b. Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar berkenaan.
8. KEMUDAHAN LANJUTAN PERMOHONAN
a. Kemudahan “LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang pernah
menerima bantuan Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran sahaja.
b. Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta perlu
mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap.
c. Menghantar borang tersebut beserta dokumen -dokumen berkaitan seperti di atas (
dokumen permohonan biasa) ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara).
9. CARA BAYARAN :
a. EFT / cek / Cara lain yang bersesuaian.
10. CARA MEMOHON
Pelajar yang ingin memohon bantuan ini boleh lah melayari laman web
http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Permohonan.aspx untuk memuat turun borang
permohonan.
5. PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU
MILIK (RMM) . Projek ini dilaksanakan di Tajin, Hulu Terengganu dan Tok Jembal.Di Kuala Nerus
yang dilancarkan pada bulan Julai 2019 melibatkan 410 unit rumah diteruskan pada tahun 2020
dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.
Projek perumahan ini juga diteruskan di Tempinis, Besut yang dibangunkan oleh Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melibatkan 100 unit rumah.
Manakala projek perumahan di Gong Chengal, Kemaman melibatkan 200 unit rumah. Kedua-
dua projek perumahan ini akan mendapat peruntukan sebanyak RM15.5 juta dan dijangka siap
dalam tempoh dua tahun.
SYARAT KELAYAKAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri
Terengganu.
21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh
dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga.
(Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan
tidak melebihi RM 2,500.
Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada
pihak kerajaan.
Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500
sebulan.
Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22
sahaja layak memohon
Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai
pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah
tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat
permohonan kedua dan seterusnya.Segala urusan atau pertanyaan hendaklah merujuk
terus kepada :
Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09 6267 999 / 09 6317 999
Faks : 09 6262 999
Emel : perumahan@terengganu.gov.my
CARA MEMOHON
Penduduk Terengganu yang ingin memohon bantuan ini boleh lah melayari laman web ini
http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan2/
6. PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA .
Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diteruskan dengan peruntukan
sebanyak RM1.5 juta.
Syarat-syarat permohonan program Walimatul Urus
Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.
Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan
mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
Perkahwinan kali pertama
Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau
penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah
kepada pasangan
Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
Pendapatan pasangan RM3,000 ke bawah.
Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada
MAIDAM
Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
anjuran JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik
dan keputusan adalah muktamad.
Keutamaan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau
malayari laman web ini untuk memuat turun borang permohonan
https://www.ypkt.gov.my/pengumuman.html
7. SKIM PERMATA SEJAHTERA
Kerajaan Terengganu 2020 juga menyediakan bantuan SKIM PERMATA SEJAHTERA. Skim ini
akan disumbangkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan peruntukan
berjumlah RM1 juta.Skim ini sebagai sagu hati atas setiap kelahiran anak Terengganu.
BENTUK SUMBANGAN
Anak Pertama hingga Ke-6 – RM 100
Anak Ke-7 – RM 200
Anak Ke-8 – RM 300
Anak Ke-9 – RM 400
Anak Ke-10 – RM 50
SYARAT PERMOHONAN
1. Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2020
sehingga 31.12.2020
2. Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan
dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan
bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan
oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
3. Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah
menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan
anak dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada satu perkahwinan sahaja dan
bukan keluarga berpoligami”.
5. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan ini (BP-SKAT2019) bersama dengan
Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
6. Permohanan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen sebagaimana
berikut :
Borang Permohonan Skim Permata Sejahtera (BP-SKAT 2019) yang lengkap
diisi dan ditandatangani
Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional
yang lengkap diisi dan ditandatangan.
Senarai Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi (Jika ada)
Salinan MyKAD Ibu dan Bapa Salinan
Sijil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam
Malaysia Dokumen
Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan
kelahiran anak ke – 7 dan keatas
7. Permohanan yang LENGKAP hendaklah DIKEMBALIKAN kepada Pejabat
Pembangunan Keluarga.
Borang permohonan boleh di dapati dengan memuat turun borang tersebut di laman web ini
http://www.ypkt.gov.my/images/Media/muatturun/2019/borang_skim_permata_sejahtera_2019.pdf
8. BANTUAN DANA RAYA TERENGGANU
Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri akan diberikan kepada golongan yang layak di bawah
kategori ibu tunggal, OKU, warga emas dan golongan miskin. Permohonan akan dibuka
secara online kepada rakyat negeri Terengganu sama ada pemohon baru atau lama di
laman web iDANA. Pengagihan bantuan duit raya dijangka di buat bermula awal Ramadhan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI
CARA MEMOHON
Pemohon boleh lah melayari laman web ini untuk mengisi borang Dana Raya Aidilfitri
http://idana.terengganu.gov.my/
9. PROGRAM LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA
Mengambil kira sambutan yang sangat baik daripada para remaja dan belia terhadap program
ini, kerajaan negeri akan meneruskan program ini pada tahun 2020.Tujuan inisiatif ini dapat
membantu urusan kehidupan seharian mereka.
CIRI-CIRI PERMOHONAN
Program Lesen Motosikal B2.
Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau ‘online’ atau menggunakan borang
secara manual.
Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
Bujang atau sudah berkahwin.
Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.
Permohonan pertama kali pertama sahaja.
Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan
masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.
Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK
bersama dokumen diperlukan;
Kad Pengenalan
Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian
Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan
Penghulu atau MPKK
Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad
OKU11. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja
Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau
PDRM.12.Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak
termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.
CARA MEMOHON
Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman
sesawang http://idana.terengganu.gov.my
10. TABUNG DARUL IMAN
Tabung ini adalah untuk bantuan-bantuan berkaitan penyakit kronik dan kebajikan
sosial. Pada tahun 2020, tabung ini akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM5
juta.
Tabung Darul Iman merupakan satu tabung yang diwujudkan untuk membantu
meringan bebanan rakyat yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan
membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian. Sejarah penubuhannya tercetus dengan
penggabungan tiga tabung sediada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit
Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan.
Bantuan Musibah
Setiap permohonan bagi bantuan musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat
Sekretariat Tabung Darul Iman.
Makluman bagi Permohonan Bantuan Sara Diri dan Susu/Lampin Pakai Buang
Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bagi Bantuan Sara Diri Tahunan dan Bantuan Susu
Dan Lampin Pakai Buang dibuka bermula pada tarikh 01.01.2020.
CARA MEMOHON
Isi Borang Permohonan
1. Permohonan secara online boleh dilakukan di laman web Portal Sekretariat Tabung
Darul Iman. Pemohon perlulah mengisi borang permohonan secara online dan
mencetak borang tersebut.
2. Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan
di Portal Sekretariat Tabung Darul Iman atau mengambil borang di pejabat Sekretariat
Tabung Darul Iman / Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Pemohon perlulah mengisi
borang tersebut secara manual.
Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan :
-salinan kad pengenalan
-laporan polis/JKM
-Laporan Bomba/Perubatan
-Surat Kerakyatan negeri Terengganu
Hantar Borang Permohonan dan Dokumen Sokongan
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau
pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman untuk diproses.
Semakan Permohonan
Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui Portal Sekretariat
Tabung Darul Iman di laman sesawang http://stdi.terengganu.gov.my/
Recommended