View
249
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
1/17
2
SULIT 011
JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK
PRA UPSR 2012
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
011
Julai
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40soalan.
1. Jawab semua soalan.
2. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
1. Jika kamu hend ak menuk ar jawa pan , pa damkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkanjawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah]
Soalan 1 hingga Soalan 17
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
2/17
3
SULIT 011
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yangpaling sesuai.
1. ________ akan mencemar duli sebagai tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan
_________ nanti, kata Puteri Najihah Batrisya kepada wartawan.
A Bagindaaku
B Bagindasaya
C Tuankuhamba
D Tuankupatik
2. ________ betul teh ubat ini, kata May Fong kepada emaknya.
A Payau
B Masin
C Kelat
D Tawar
3. Soalan 3berdasarkan gambar 1.
Gambar 1
3. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak
dikenalinya.
A tergamam
B tersentak
C terdiam
D terpukau
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
3/17
4
SULIT 011
Soalan 4berdasarkan gambar 2.
Gambar 2
4. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?
A ringan tulang
B berat mulut
C habis akal
D rambang mata
5. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu ____________oleh sorakan penonton.
A mundar-mandir
B hiruk-pikuk
C lintang-pukang
D simpang-siur
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
4/17
5
SULIT 011
Soalan 6
Pilih peribahasayang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
6. Kecantikan Mahsuri yang itu menjadi bualan penduduk Langkawi.
A bagai pinang dibelah dua
B bagai bulan dipagari bintang
C bagai cincin dengan permata
D bagai bertih digoreng
7. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan laporan kegiatan itu ____________ lewat petang.
A hingga
B bahawa
C jika
D sejak
Soalan 8berdasarkan Gambar 3.
Gambar 3
8. Gadis itu menyelitkan bunga mawar pada sanggulnya.
A sejambak
B seikat
C seuntai
D sekuntum
Soalan 9 berdasarkan gambar 4
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
5/17
6
SULIT 011
Gambar 4
9. Wah, enak __________ kek coklat yang kamu buat ini! kata Suraya kepada Anis.
A paling
B sungguh
C nian
D sangat
Soalan 10berdasarkan gambar 5
Gambar 5
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
6/17
7
SULIT 011
10. ________beratur mengikut kelas masing-masing, kata Cikgu Mustazza kepada murid-
murid Tahun Enam itu.
A Sila
B Harap
C Usah
D Jemput
Soalan 11berdasarkan gambar 6
Gambar 6
11. Di ________ rumah nenek terdapat pokok rambutan dan pokok durian.
A belakang
B bawah
C luar
D atas
12. Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini ________ jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi tadi,
kata Azmir kepada Baharum.
A daripada
B seperti
C antara
D pada
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
7/17
8
SULIT 011
13. Hampir ________ daripada pembinaan bangunan dua puluh tingkat itu telah siap.
A setiap
B seluruh
C sepuluh
D separuh
14. Mereka dikehendaki menjawab soalan kuiz Matematik itu ________ masa satu minit saja
bagi ____________ soalan yang dikemukakan.
Apadasebahagian
B dalamsetiap
C disemua
D dalamsesetengah
15. Wahida rajin mengemas rumah. ___________, dia merupakan anak sulung dalam
keluarganya.
A Lantaran itu
B Namun demikian
C Tambahan pula
D Selain itu
Pilih kata yang seertibagi kata yangbergaris.
16. Kanak-kanak yang petah berkata-kata itu memenangi hadiah pertama pertandingan
bercerita.
A fasih
B cekap
C arif
D kencang
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
8/17
9
SULIT 011
17. Pilih lawan kata bagi kata yangbergaris.
Wahid terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana masalah
kewangan.
A menarik
B menyerahkan
C menerima
D mengambil
Soalan 18 hingga 22
Pilih ayat yang betul
18. A Oh, panasnya cuaca pada hari ini!
B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu!
C Wah, tergamak engkau mencuri notaku!
DNah, tingginya lelaki dari Scotland itu!
19. A Lambat amat sekali kura-kura itu berjalan.
B Tutur kata anak Puan Maimon benar sopan.
C Paling cantik nian lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu.
D Hasil kraf tangan golongan istimewa itu sungguh unik.
20. A Fazli lebih bijak dari abangnya.
B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.
C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah.
D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.
21. A Sudah satu setengah jam saya menunggu Kamil di perhentian bas.
B Semua orang pekerja tidak dibenarkan meninggalkan bangunan itu.
CNazir menabung separuh daripada gaji bulanannya.
D Tiap malam, William mengikuti kelas muzik.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
9/17
10
SULIT 011
22. Soalan 22berdasarkan dialog dalam Gambar 7
Gambar 7
Liza : ____________________________________________________
Mak cik : Rumah mak cik bersebelahan dengan restoran makanan laut.
A Di manakah rumah mak cik?
B Sejak bilakah mak cik berpindah ke rumah di sebelah restoran makanan laut?
C Itukah rumah mak cik?
D Bagaimanakah saya dapat ke rumah mak cik?
Soalan 23 dan Soalan 24
Pilih ayat yangsama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
23. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada
Jamil.
A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah
berasrama penuh.
C Jamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah
berasrama penuh.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
10/17
11
SULIT 011
24. Kenaikan tambang bas akan membebankan golongan berpendapatan rendah.
A Golongan berpendapatan rendah akan terbeban oleh kenaikan tambang bas.
B Bebanan golongan berpendapatan rendah bertambah jika tambang bas dinaikkan.
C Kenaikan tambang bas mungkin akan menjejaskan pendapatan golongan
berpendapatan rendah.
D Tambang bas akan dinaikkan jika tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.
Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.
25.I Bas itu padat dengan penumpang yang hendak ke tempat kerja.
II Bahasa yang digunakan dalam cerpen itu sungguh padat.
III Pak Samad padat tanah di dalam pasu bunga itu.
IV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai padat penduduk yang paling tinggi
di Malaysia.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja.
D II, III, dan IV saja
26.I Terdapat batu karang yang cantik-cantik di dasar laut di sekitar pulau ini.
II Rakyat Iraq menderita kerana dasar kuku besi yang diamalkan oleh pemerintahnya.
III Dasar kain langsir yang dibelinya itu berwarna hijau muda.
IV Dasar kasut sukan abang yang lama itu telah haus.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
11/17
12
SULIT 011
A I dan II saja
B III dan IV saja
C I, II, dan III saja
D II, III, dan IV saja
Pilihjawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
27. Di manakah kamu meletakkan buku latihan Matematik saya tadi?
A Bukan saya yang mengambil buku latihan Matematik kamu.
B Saya nampak Halim yang mengambil buku latihan Matematik kamu tadi.
C Sudah saya letakkan latihan Matematik di atas dalam meja kamu.
D Saya akan meletakkan buku latihan Matematik itu di atas meja kamu.
Pilih soalan yang paling sesuai bagijawapan yang diberikan.
28. Mungkin budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini.
A Adakah budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini?
B Mengapakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?
C Siapakah agaknya yang merosakkan telefon awam ini?
D Apakah yang dirosakkan oleh budak-budak nakal itu?
Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yangbetul.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
12/17
13
SULIT 011
29. I Kamu yang mesti meminta maaf pada Hezry.
II Sampah sarap itu dibakar oleh mereka.
III Kamala sedang menggulung kertas pembalut hadiah itu.
IV Surinder tidak boleh berjalan oleh kerana kakinya lumpuh.
A I dan IVsaja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D II, III, dan IV saja
30.I Semua pelajar diminta berkumpul di tempat letak kereta.
II Beg sekolah itu dihempaskannya ke lantai.
III Beliau akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Bahaya Merokok.
IV Pemilihan Jasni sebagai ketua murid adalah berdasarkan sifat kepemimpinannya.
A I, II, dan III saja
B I, III, dan IV saja
C II, III, dan IV saja
D I, II, III, dan IV
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
13/17
14
SULIT 011
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
4824, Kg. Lumadan,
P/S 394, 91000,
Beaufort, Sabah.
12 April 2007.
Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan
sihat sejahtera hendaknya.
Saudara,
Surat saudara yang bertarikh 4 April 2007 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat
saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak
seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya
memakainya.
Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang
lepas. Saya telah mengikut kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung
yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya berasa gerun untuk mendaki gunung itu,
tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
14/17
15
SULIT 011
Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh
pelbagai rintangan dan cabaran. Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh
pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami hanya sampai ke hotel pada pukul
2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.
Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami
memulakan pendakian. Kami terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta
curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh penat. Tekanan udara pula rendah. Kami
dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan keletihan. Saya
kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami
sampai ke puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati
pemandangan yang sukar saya lupakan, iaitu melihat matahari terbit.
Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan
datang, saya akan ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu.
Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga.
Sahabatmu,
Rosmadi Raffendy
31 Rosmadi mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana....
A menghantar surat kepadanya.
B membawanya melawat negeri Melaka.
C menghadiahkannya sehelai kemeja-T.
D menceritakan keindahan Kota AFamosa.
32 Apakah yang dimaksudkan dengan kata terpegun dalam petikan?
A bangga
B hairan
C pelik
D kagum
33 Yang manakah antara yang berikut bukan isi kandungan surat Rosmadi?
A lukisan Kota A Famosa pada kemeja-T amat menarik.
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
15/17
16
SULIT 011
B kegiatan yang dilakukannya pada cuti sekolah yang lalu.
C pengalaman menuruni puncak Gunung Kinabalu.
D keindahan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.
34 Yang berikut ialah pengalaman Rosmadi ketika mendaki Gunung Kinabalu,
kecuali
A keadaan cuacanya buruk dan sejuk.
B terdapat bahagian gunung yang licin serta curam.
C tekanan udara di puncak Gunung Kinabalu tinggi.
D dia terpaksa bernafas dengan menggunakan hidung.
35 Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Rosmadi mengikut ibu bapanya mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
B Rosmadi terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan.
C Rosmadi sampai ke hotel penginapan pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaancuaca yang buruk.
D Rosmadi memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada pukul 2.00 petang.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur.Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di
Kuala Lumpur pada tahun 2002.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di
kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini
disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan
orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-
jarang ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang
ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
16/17
17
SULIT 011
membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang
betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap
tahun.Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan,
China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di
Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud
A keunikan.
B kebesaran.
C kelebihan.
D keindahan.
37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah, kecuali
A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.
B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.
C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.
D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.
38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa
empat tahun itu?
A 500 orangB 25 000 orang
C 50 000 orang
D 100 000 orang
39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian
orang ramai?
A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu
B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
7/31/2019 Baram Bm Pemahaman
17/17
18
SULIT 011
C bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk
setempat
D pengunjung sering menaiki menara tinjau
40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?
A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru
B untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur
C untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita
D untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid
011 2012 Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SULIT
Recommended