View
287
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Â
Citation preview
1
Bil. 1/2015
FIESKOM 2014 KEJOHANAN BOLA TAMPAR & BOLA JARING
JEMPUTAN MTUN KOKURIKULUM UTHM
DELEGASI UNIVERSITAS GADJAH MADA
(UGM) KE UTHM
2
KANDUNGAN:
03 - Bingkisan Tahun Baru (2015).
04 - Dari Meja Pengarah Pusat Kokuriku-
lum UTHM.
05 - Carta Organisasi Pusat Kokurikulum
UTHM & Direktori.
06 - Peratusan Pelajar Kokurikulum Sem I
Sesi 2014/2015
07 - Bilangan Pelajar Kursus Kokurikulum
Mengikut Teras Sem 1 Sesi 2014/2015.
08 - MTUN 2014.
09 - 10 Pelajar UTHM Sertai Program Mo-
biliti Di Universitas Gadjah Mada (UGM)
10 - UTHM Perkukuh Jalinan Kerjasama
Malaysia - Indonesia Melalui Kebudayaan.
11 - Siswa UTHM Bina Rumah Produksi Baja
Organik di Yogyakarta
11 - Penuntut UTHM Ajar Pelajar Sekolah
Asas Pertolongan Cemas.
12 - Pementasan Muzikal Uji Keberanian
Penuntut.
14 - Memeriahkan FIESKOM 2014 UTHM.
15 - Bengkel-Bengkel Yang Dianjurkan Oleh
Pusat Kokurikulum UTHM.
16 - Tangisan Al-Aqsa (FIESKOM 2014).
17 - Night Relay (FIESKOM 2014).
18 - Perhimpunan Pagi & Pertandingan Ka-
wad Kaki Badan Uniform (FIESKOM 2014).
19 - Ekspo & Pameran (FIESKOM 2014)
20 - Kempen Derma Darah & Malam Ke-
budayaan (FIESKOM 2014).
21 - Ceramah Kuliah Kerja Nyata & Bengkel
Angklung Dan Tarian.
22 - Program Lawatan Kerja Delegasi Uni-
versitas Gadjah Mada (UGM) Ke UTHM.
23 - Persembahan Angklung & Senitari Dari
Universitas Gadjah Mada (UGM) Sempena
Majlis Konvokesyen UTHM Ke 14.
24 - Majlis Makan Malam Dan Majlis Penye-
rahan Angklung Daripada Universitas Gad-
jah Mada (UGM) Kepada UTHM.
25 - Lawatan Kerja Pusat Kokurikulum
UTHM Ke UNIMAP & UUM.
26-31 - Program-Program Kokurikulum
Sepanjang Semester I Sesi 2014/2015.
32 - Bengkel Pemurnian Fail Meja Pusat Ko-
kurikulum UTHM.
33 - Bengkel Penulisan Buku & Panduan
Akademik Pusat Kokurikulum UTHM.
34 - Bengkel Penerapan Nilai-Nilai Hot’s
Dan Training Of Trainers (TOT) Pengajar
Kokurikulum UTHM Semester I Sesi
2014/2015.
35 - Majlis Perpisahan Staf Sambilan Hari-
an.
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Prof. Madya. Dr.Ahmad bin Esa
KETUA EDITOR
Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman
EDITOR
Dr. Mohd. Khir bin Mohd. Nor
Pn. Zalinah binti Salehon
Pn. Nor Azwa binti Mohammad
PENASIHAT
Prof. Madya Nawawi bin Jusoh
FOTOGRAFI & GRAFIK
En. Mohd Suffian bin Md Nor
PENGARANG
Pn. Hjh. Sarebah binti Warman
En. Zamhairuddin bin Ahmad Izomi
Pn. Nor Azila binti Kelewon
Cik Nur Afifah binti Shahidan
EDARAN
Pn. Siti Khadijah binti Hj.Md Som
3
BINGKISAN BICARA TAHUN BARU (2015)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Se-jahtera dan Salam 1Malaysia dan Salam 1 Pusat Kokuriku-
lum UTHM
Marilah kita, keluarga Pusat Kokurikulum UTHM (PK) me-
manjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahim dan rahmat-Nya kita bertemu dengan tahun
2015. Semoga kita semua dilanjutkan usia, dimurahkan
rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan sentiasa be-
rada dalam perlindungan-Nya. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita semua sentiasa memperoleh syafaat daripada Baginda.
Saya ingin memulakan bingkisan bicara bagi tahun 2015 ini
dengan berpesan kepada diri saya dan ahli keluarga PK sen-
tiasa istiqamah dalam beribadat terutamanya dalam
mengerjakan Solat wajib 5 waktu. Sebaiknya juga kita mem-
perbanyakkan membaca Al-Quran dan melakukan ibadat sunat seperti solat Tahajud dan Duha. Selain biasakan lidah
mengucap ‘Astaghfirullah…’ dan berselawat seperti,
‘Allahumma salli `ala Muhammad wa'ali Muhammad.’
Insya-Allah dengan sentiasa mengingati Allah dan Nabi Mu-
hammad SAW, dan menuntaskan tanggungjawab mengikut amalan agama masing-masing, keperibadian kita akan
cemerlang. Apabila diri kita cemerlang, PK akan gemilang
dan UTHM, Malaysia dan dunia akan terbilang.
Pada ruang dan kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan rasa kagum saya terhadap kapasiti, ini-
siatif, kreativiti dan inovasi, kelembutan budi dan keikhlasan hati semua sahabat PK dan jurulatih/
pengajar sehingga membolehkan kita mampu menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh negara, masyarakat, UTHM dan PK. Paling penting kita berjaya mendidik insan pelajar dalam pen-
guasaan kemahiran insaniah, kemahiran dan ilmu berkaitan kursus kokurikulum yang mereka ikuti.
TAHNIAH SEMUA.
Antara kejayaan 2014 ialah PK berjaya daripada segi pengantarabangsaan dengan menghantar pelajar
mengikuti kursus kokurikulum berkredit di Universitas Gadjah Mada. Di peringkat Universiti pula, ber-laku pertambahan jumlah kursus kokurikulum yang melaksanakan University Community Engagement (UCE). Di samping PK berjaya meneruskan tradisi penglibatan pelajar dalam Hari Kokurikulum meneru-
si FIESKOM 2014 dan mengeratkan silaturahim dengan Universiti MTUN menerusi Pertandingan Koku-
rikulum Sukan MTUN. Pastinya yang paling manis, PK berjaya menepati dan melepasi keperluan audit
surveillance tanpa OFI dan NCR. SYABAS SEMUA
Bagi menjamin kelestarian dan meningkatkan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kendiri dan PK, marilah kita bersama-sama menjana idea, mengatur bicara, mencurah tenaga pada tahun 2015
dan seterusnya dalam merancang dan melaksanakan program PK, Universiti dan Negara. Semoga
pelanggan kita menjadi modal insan berdaya saing di pasaran glokal.
Akhir kata, siapalah saya tanpa tuan-tuan? Manalah arah PK tanpa tuan-tuan? Apalah status UTHM
tanpa tuan-tuan? Bagaimanalah situasi Negara tanpa tuan-tuan? Bilalah negara berjaya tanpa tuan-
tuan? Tuan-tuanlah jawapan kepada semua persoalan tadi. Kerana apa? Kerana tuan-tuan insan yang ditakdirkan bersama PK dan tuan-tuan sebenarnya HEBAT!!! Terima kasih Semua. SELAMAT MENYAM-
BUT TAHUN 2015
KOMITED, KOMPETEN, BERDIKARI
Major Kehormat (RELA) Profesor Madya Dr Hj. Ahmad Bin Esa
Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM
4
DARI MEJA PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM
Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Ko-
kurikulum.
Marilah kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya,
tercernanya minda kita, sasanya tubuh kita dan optimumnya masa
kita, sehingga beranjak usia Buliten PK kepada keluaran yang ke-3.
Penerbitan kali ini pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai khalayak
pembaca. Ini kerana, selain Laman Web PK, Newsletter, Facebook,
WhatsApp dan media perdana, Buletin Pk juga merupakan saluran
rasmi PK UTHM berkongsi rasa dan minda jaya bersama masyarakat
kampus, warganegara dan penduduk dunia.
Setiap butir peristiwa yang dicoret, setiap gambar yang dipaparkan
dan setiap wahana yang dilontarkan adalah cerminan kejayaan PK
UTHM dalam memantapkan kemahiran insaniah pelajar. Rentetan pelaporan di Buletin PK adalah se-
lari dengan Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia untuk melahirkan graduan seimbang, holistik dan
berminda keusahawanan.
Dengan hati terbuka dan berlapang dada, kami keluarga PK UTHM bersedia menerima kritikan mem-
bina dan cadangan penambahbaikan untuk keluaran akan datang. Sekalung budi kepada yang sudi
meluangkan masa menelusuri bait-bait bahasa kami.
Terima kasih tiada bertepi, tanpa limitasi
Wassalammualaikum...
Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa
DARI KACA MATA KETUA EDITOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah buletin Pusat
Kokorikulum edisi Bil 1. 2015 telah berjaya diterbitkan sebagai satu
medium untuk pusat kokurikulum berkongsi dengan warga UTHM
aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pelajar-
pelajar kursus-kursus kokurikulum dan warga Pusat Kokurikulum
sepanjang bulan Jun 2014 sehingga Disember 2015.
Program yang dijalankan adalah bertujuan mendidik pelajar-pelajar
supaya bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang dalam
akademik malah cemerlang dalam bidang sahsiah, rohani dan
jasmani. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian pendidikan
tinggi untuk melahirkan pelajar siswazah yang mempunyai
kemahiran insaniah yang tinggi. Terima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam menjayakan visi dan misi Pusat kokurikulum seterusnya visi dan misi universiti.
Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman
5
CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Nama Jawatan No. Telefon Email.uthm
.edu.my
Prof. Madya Dr. Hj Ahmad Bin Esa Pengarah (DS54) 07-4537480 ahmad
Nor Azwa Binti Mohammad Setiausaha Pejabat (N27) 07-4537481 azwa
Hjh. Sarebah Binti Warman Timbalan Pengarah Dan Ketua Jabatan
Kepimpinan, Khidmat Masyarakat Dan Pen-
gucapan Awam (DS52)
07-4537011 sarebah
Zalinah Binti Salehon Pengawai Tadbir Kanan (N44) 07-4537483 zalinah
Mohd. Suffian Bin Md. Nor Penolong Jurutera (JA29) 07/4537484 msuffian
Zamhairuddin Bin Ahmad Izomi Pembamtu Tadbir (P/O) Kanan (N22) 07-4537484 zam
Siti Khadijah Binti Hj. Md. Som Pembantu Operasi (N11) 07-4537484 skhadija
Nama Jawatan No. Telefon Email.uthm
.edu.my
Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha
Dan Inovasi (DS54)
07-4537781 nawawi
Dr. Mohd Khir Bin Mohd Nor Ketua Jabatan Kesukarelawanan (DS51) 07-4537785 khir
Dr. Morashidah Binti Abdul Rah-
man
Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan Dan
Sastera Liberal (DS52)
07-4537485 nrashida
Nor Azila Binti Kelewon Pembantu Tadbir (P/O) (N17) 07-4537759 norazila
Nur Afifah Binti Shahidan Pembantu Tadbir (P/O) (N17) 07-4537759 nurafifah
Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran & Kewangan)
Bahagian Pentadbiran (Akademik)
6
Pelajar Kokurikulum Semester 1 Sesi 2014/2015
*Peratusan pengajar kursus Kesukarelawanan tidak termasuk pengajar bagi kursus SISPA, RELASIS dan SUKSIS
8
LATAR BELAKANG KEJOHANAN SUKAN MTUN
Kejohanan Bola Tampar Dan Bola Jaring Jemputan MTUN Kokurikulum UTHM
2014
Kejohanan jemputan MTUN Kokurikulum UTHM kali ke-2 telah diadakan pada 17-18 Disember 2014 di Kompleks Sukan Kluang. Dua jenis sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar (L) Dan Bola Jaring. Kejohanan ini adalah ber-tujuan untuk mengeratkan jalinan antara pelajar dari universiti MTUN yang terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hus-sein Onn Malaysia (UTHM) serta mendedahkan pelajar yang mengikuti kursus Bola Tampar dan Bola Jaring men-gaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang semester.
OBJEKTIF
1. Mengukuhkan hubungan serta kerjasama di antara universiti MTUN sekaligus menonjolkan UTHM selaku
penggerak utama.
2. Mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dalam kalangan warga universiti bagi menjamin tahap
kesihatan yang lebih baik dari aspek fisikal dan mental.
3. Memartabakkan Universiti Teknikal (MTUN) selari dengan IPTA yang lain melalui akriviti sukan dan per-
mainan dalam bidang sukan dan permainan yang dianjurkan.
MATLAMAT
1. Sebagai medium untuk melahirkan modal insan melalui sukan.
2. Melahirkan pelajar yang berketerampilan selaras dasar pengajian tinggi.
3. Mewujudkan budaya sukan dalam kalangan warga universiti.
MT
UN
20
14
9
BE
RIT
A P
US
AT
KO
KU
RIK
UL
UM
10 PELAJAR UTHM SERTAI PROGRAM MOBILITI
DI UNIVERSITAS GADJAH MADA
10 pelajar dan dua pensyarah
pengiring akan mewakili Uni-
versiti Tun Hussein Onn Ma-
laysia (UTHM) ke program
Mobiliti Berkredit Kokuriku-
lum di Universitas Gadjah
Mada, Yogjakarta, Indonesia
bermula pada 14 hingga 31
Ogos.
Berikutan itu, satu majlis
amanat telah diadakan pada
12 Ogos baru-baru ini ber-
tujuan menemukan kumpulan
pelajar tersebut dengan Tim-
balan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabang-
sa), Profesor Dr. Hashim
Saim. Beliau dalam ama-
natnya mengucapkan syabas
kepada semua yang terpilih
dan mengingatkan mereka
supaya menjaga akhlak dan
tingkah laku sepanjang program ini diadakan. Beliau menegaskan adalah penting untuk
semua peserta menjaga imej dan perwatakkan diri memandangkan mereka membawa nama
UTHM dan negara ke sana
Saya amat berharap semua peserta dapat mengunakan peluang ini sebaiknya dengan men-
imba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran semasa mengikuti Kursus Kerja Nyata (KKN) di
sana. Jangan lupa berkongsi pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan yang lain,”
katanya.
Majlis yang berlangsung di Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah ini turut dihadiri Timba-
lan Pengarah Pusat Kokukrikulum, Puan Hajah Sarebah Warman dan Pensyarah Pengiring,
Encik Mohd Safiee Idris dari Pusat Pengajian Diploma serta Dr. Khairunesa Isa dari Fakulti
Sains Teknologi dan Pembangunan Insan.
Program mobiliti berkredit yang diadakan selama 18 hari ini memberi peluang kepada para
pelajar mendalami konsep KKN dan kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan perintis.
Pertemuan tersebut diakhiri dengan upacara simbolik penyerahan bendera Malaysia kepada
ketua kontingen Mobiliti Berkredit Kokurikulum ini iaitu saudara Mohamad Hamizan Mazlan.
10
B
ER
ITA
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
UTHM PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MALAYSIA - INDONESIA MELALUI KEBUDAYAAN
Ketua Delegasi Universitas Gadjah Mada (UGM) Indonesia, Profesor Dr. Suratman menyerahkan alat muzik ‘Angklung’ kepada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin ketika mengadakan lawatan selama empat hari ke kampus ini pada 10 hingga 13 Oktober lalu.
Penyerahan alat muzik tersebut adalah sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang se-dia terjalin antara kedua-dua institusi ini terutama dalam bidang kebudayaan. Kunjungan delegasi yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai UGM atau lebih dikenali sebagai kumpulan DERMA-WAN ini mencatat sejarah tersendiri apabila mereka mengadakan persembahan tarian dan persembahan angklung pada Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM kali ke-14 (FESKON2014).
Kunjungan pertama delegasi DERMAWAN ini telah memberi ruang kepada pelajar-pelajar UTHM mempelajari budaya masyarakat di Indonesia sekaligus mengeratkan lagi hubungan dua buah negara ini melalui bidang kebudayaan. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang lawatan tersebut antaranya Bengkel Tarian, Bengkel Alat Muzik Angklung serta Bengkel Kursus Kerja Nyata (KKN). Bengkel-bengkel ini mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar kokurikulum kursus Senitari Tradisi dan Kreatif, Muzik Moden dan Khidmat Komuniti.
Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh melahirkan rasa terima kasihnya kepada delegasi UGM kerana memilih UTHM sebagai destinasi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan. Beliau dalam uca-pannya berharap kunjungan ini akan disusuli dengan pelbagai program yang dirancang secara bersama, demi mengeratkan lagi hubungan antara dua buah universiti ini.
Sumber: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1441/229/lang,en/
11
BE
RIT
A P
US
AT
KO
KU
RIK
UL
UM
Siswa UTHM Bina Rumah Produksi Baja Organik Di Yogyakarta
KERJA KEBAJIKAN: Berbekal da-
na sebanyak RM2,700 daripada Ba-
dan Amal Zakat Imdonesia. 20 peser-
ta Program Mobiliti Kokurikulum
Berkredit Kuliah Kerja Nyata (KKN)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) Batu Pahat, Johor Berjaya
membina Rumah Produksi Baja Or-
ganik bersama penduduk Kampung
Desa Dusun Bening, Yogyakarta, In-
donesia baru-baru ini.
Pengarah Pusat Kokurikulum
UTHM, Profesor Madya Dr. Ahmad
Esa berkata, pembinaan rumah terse-
but merupakan salah satu aktiviti
yang dilakukan peserta sepanjang hampir sebulan berkampung di daerah tersebut baru-baru ini.
“Program itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara universiti di Malaysia dengan In-
donesia, malah turut memberi pendedahan berguna kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
dalam kuliah” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sumber : KOSMO 09/11/2014
Batu Pahat—Asas pertolongan ce-mas perlu ada setiap individu kerana bantuan awal dapat diberi-kan jika berlakunya kecemasan bagi menyelamatkan nyawa seseorang.
Pengajar Program Asas Per-tolongan Cemas Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malay-sia (UTHM), Nur Atiqah Abd Shukur berkata, disebabkan itu, ilmu asas pertolongan cemas pent-ing bermula di alam persekolahan lagi dimana pihaknya mengadakan aktiviti luar penuntut dengan
seramai 80 orang pelajar Sekolah Sains Batu Pahat.
Katanya, melalui program tersebut, mereka diajar ilmu berkaitan pertolongan cemas antaranya me-masang anduh untuk tangan patah, membalut luka atau kecederaan dan melakukan bantuan pernafasan.
“Dengan melibatkan pelajar sekolah, mereka akan berani ke hadapan membantu apabila berlakunya kes kecemasan. Sekurang-kurangnya mereka dapat memberi bantuan awal sebelum penyelamat tiba,” katanya selepas program Bengkel Asas Pertolongan Cemas UTHM.
Katanya, program pertolongan cemas merupakan antara subjek yang perlu diambil penuntut UTHM melalui unit kokurikulum sebelum mereka menamatkan pengajian.
Menurutnya, penuntut akan belajar selama satu semester di mana mereka akan belajar dalam kelas dan latihan praktikal.Ianya turut dijalankan melalui aktiviti komuniti dan University Industrial Community Engagement, yang melibatkan komuniti setempat apabila mereka menjalankan aktiviti luar.
“Sekurang-kurangnya apabila penuntut UTHM mengetahui asas pertolongan cemas, mereka dapat menggunakan ilmu dimiliki kepada masyarakat setempat,” katanya
11
12
B
ER
ITA
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
12
PEMENTASAN MUZIKAL UJI KEBERANIAN PENUNTUT
BATU PAHAT—Seramai 63 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terdiri
daripada 33 penuntut kelas seni tari dan kreatif, 10 bekas penuntut kelas berkenaan dan 20 ahli
Kelab Warisan mengadakan pementasan muzikal.
Pementasan yang turut melibatkan tiga staf Unit Kebudayaan diadakan bagi menguji
keberanian penuntut dan mengasah kemahira insaniah mereka. Pengajar kelas terbabit, Rosdi
Abdullah berkata, kami ingin melihat sejauh mana mereka berhadapan dengan khalayak.
Katanya, ia turut mengasah kemahiran insaniah penuntut dalam aspek kemahiran
generik, yang berkait dengan kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan dan kepimpinan.
“Dengan kemahiran terbabit, ia membentuk individu bijak berkomunikasi, berdaya tahan
dan berinovatif. “ Kemahiran komunikasi penting untuk berhadapan dengan pelbagai pihak
apabila tamat pengajian selain mampu membuat keputusan dengan bijak,” katanya.
Pementasan muzikal bertajuk Muzikal Drama Tari Cinta tersebut juga turut menyelitkan
sedutan beberapa filem terkenal dari era 40-an sehingga 2000. Menurutnya, dia kagum walau-
pun penuntut terdiri daripada jurusan kejuruteraan, tetapi mereka mampu melakukannya.
Katanya, bidang seni dan juga dan juga kemahiran komunikasi tidak dipelajari didalam
kelas, namun mereka menjadikanbidang berkenan sebagai ilmu tambahan yang berguna pada
masa akan dating.
“ Sekurang-kurangnya mereka sudah ada pengalaman dan pengetahuan tambahan untuk
menempuh alam pekerjaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, iaitu Prof Madya Dr Ahmad Esa
berkata, program tersebut bagus untuk penuntut kejuruteraan kerana mempelajari cara ber-
hadapan dengan umum dan buka sahaja mengenali pembelajaran dalam kelas sahaja.
“Saya harap penuntut jurusan kejuruteraan dapat mengambil tempat, untuk menyertai
program berbentuk pementasan ini kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.
Sumber : Sinar Harian 29 November 2014
13
B
ER
ITA
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
13
MERIAHKAN FIESKOM 2014 UTHM
PERTANDINGAN debat, pertandingan kawad kaki, pertandingan bola jaring dan bola tampar, program Tangisan Al-Aqsa, klinik ping pong, karnival hoki, malam kebudayaan dan ekspo adalah antara pengisian menarik sepanjang berlangsung Fiesta Kokurikulum Mahasiswa 2014 (FIESKOM) anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang bermula semalam hingga 18 Disember ini di sekitar pusat pengajian tinggi itu. Program FIESKOM 2014 ini merupakan acara tahunan selama seminggu itu dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum UTHM adalah suatu aktiviti kokurikulum bersepadu yang menggabungkan kesemua teras yang ditawarkan institusi itu menekankan aspek pembangunan kemahiran insaniah kepada setiap mahasiswa.
Lantaran itu, program-program yang dirancang sebagai acara kemuncak bagi pelaksanaan Hari Kokurikulum setiap tahun ini telah melibatkan keseluruhan warga UTHM dengan Pusat Kokurikulum.
Penganjuran FIESKOM 2014 dirancang untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa menghayati pembangunan modal insan yang menggariskan tujuh elemen kemahiran insaniah sebagai panduan kelak bergelar siswazah.
Setiap acara yang dilaksanakan, melibatkan kesemua warga pelajar UTHM bagi melengkapkan lagi konsep 1Malay-sia, sekali gus memantapkan elemen kemahiran insaniah.
Objektif penganjuran FIESKOM 2014 ialah sebagai platform untuk semua mahasiswa UTHM mempraktikkan kema-hiran dan pengetahuan yang diperoleh.
Ia juga diharap dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat setempat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki selain pencapaian akademik yang cemerlang. Orang ramai, terutamanya penduduk sekitar Kluang dijemput bersama-sama memeriahkan FIESKOM 2014.
Sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/meriahkan-fieskom-2014-uthm-1.35587#sthash.5NciW5lj.dpuf
14
BE
NG
KE
L A
NJ
UR
AN
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
BENGKEL PENULISAN BUKU DAN PANDUAN AKADEMIK
PUSAT KOKURIKULUM
Pusat Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Penulisan Buku dan Panduan Akademik Pusat Kokurikulum pada 17
hingga 19 Oktober 2014 bertempat di Hotel Sentral, Johor Bahru. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:-
Bengkel ini diadakan bagi memastikan segala kandungan yang akan dilaksanakan setara dengan kehendak uni-
versiti serta dapat menentukan buku yang akan ditulis ini boleh digunakan sebagai panduan terbaik untuk
pengajaran kursus kokurikulum yang lebih berkesan.
Untuk mengumpulkan hasil penulisan setiap staf Pusat Kokurikulum mengikut bab-bab yang ditentukan.
Untuk membuat suntingan dan pelarasan kepada manuskrip akhir yang merangkumi isi kandungan, muka de-
pan, logo buku dan gambar-gambar hiasan.
BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA
Pusat Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja pada 20 hingga 22 November
2014 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:-
Untuk memurnikan semula tugas dan tanggungjawab setiap staf Pusat Kokurikulum.
Untuk menghasilkan dokumentasi berkaitan fail meja terkini dan lengkap yang perlu ada pada setiap staf.
Untuk memberikan penekanan dan kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab sebenar setiap di Pusat
Kokurikulum.
Untuk memberikan kefahaman yang mendalam terhadap kepentingan fail meja dalam menjayakan tugasan
yang diamanahkan.
BENGKEL PENERAPAN NILAI-NILAI HOT’S DAN PEDAGOGI SERTA
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS PENGAJAR KOKURIKULUM UTHM SE-
MESTER I SESI 2014/2015
Pusat Kokurikulum telah mengadakan ini pada 29 hingga 31 Ogos 2014 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru.
Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:-
Melatih jurulatih/pengajar agar mampu melaksanakan modul yang telah dibina dan memahami dengan jelas
penilaian kokurikulum mengikut standard Outcome Based Education (OBE) bagi setiap penilaian individu
ataupun berkumpulan.
Melatih jurulatih/pengajar membuat penilaian kursus kokurikulum berkredit berasaskan rubric dengan mem-
beri penekanan kepada penilaian Kemahiran Insaniah (KI).
Melatih jurulatih melakukan analisis pencapaian setiap pelajar yang mengikuti kursus tersebut serta
melaksanakan teknik pengajaran dan penyampaian berkesan kepada peserta.
Bengkel ini diadakan untuk mendapatkan pengiktirafan jurulatih/pengajar kursus kokurikulum berkredit dari
pihak universiti dan juga dari Majlis Kokurikulum Univeristi-Universiti Malaysia (UniCC) serta Jabatan
Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Melatih pengajar/jurulatih untuk mendidik para pelajar yang mempunyai Higher Order Thinking Skills
(HOT’s) yang membolehkan para graduan UTHM menghadapi rintangan mendatang yang lebih mencabar di
peringkat dalam Negara mahupun antarabangsa.
Platform terbaik bagi memberi kefahaman dan penerapan semula nilai Pedagogi serta latihan kepada para
jurulatih/pengajar dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang perlu mereka proses sendiri.
Perlaksanaan bengkel ini kepada setiap pensyarah adalah perlu agar peserta perlu menyusun memerlukan
kefahaman dan latihan komprehensif kepada jurulatih/pengajar kokurikulum agar proses pengajaran dan pem-
belajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah serta berkesan.
BENGKEL-BENGKEL YANG DIANJURKAN OLEH
PUSAT KOKURIKULUM UTHM
15
FIE
SK
OM
20
14
LATAR BELAKANG FIESKOM 2014
Fiesta Kokurikulum mahasiswa (FIESKOM) UTHM 2014
FIESKOM UTHM 2014, adalah merupakan
sebuah aktiviti kokurikulum secara ber-
sepadu yang menggabungkan kesemua teras
yang ditawarkan di Universiti dengan
menekankan aspek pembangunan Kema-
hiran Insaniah dalam diri setiap mahasiswa
dan mahasiswi. Oleh itu, program yang
dirancang sebagai acara kemuncak bagi
pelaksanaan hari kokurikulum setiap tahun
ini melibatkan seluruh mahasiswa dan maha-
siswi yang terlibat dengan Pusat Kokuriku-
lum. Justeru itu, program ini sebagai salah
satu usaha bagi menggalakkan pelajar meli-
batkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang di-
anjurkan supaya pelajar bukan hanya
didedahkan dengan akademik sahaja malah
dalam bidang kokurikulum juga.
OBJEKTIF
1. Memberikan platform untuk semua mahasiswa/i UTHM mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang
diperolehi sepanjang berada di UTHM.
2. Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat
menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.
3. Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/I berkenaaan kepentingan modal insan yang berkualiti selain pencapaian
akademik yang cemerlang.
4. Menjana kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk
mahasiswa/I yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
MATLAMAT
Mahasiswa/I yang bakal dilahirkan UTHM bukan setakat cemerlang dalam bidang akademik menerusi aktiviti ko-
kurikulum ini, tetapi juga seimbang dalam aspek pembinaan sahsiah diri serta penerapan modal insan dan pem-
belajaran berterusan, iaitu di luar konteks akademik. Justeru itu, melalui program seperti inilah pelajar dapat men-
imba pengalaman baru dan menambah pengetahuan mengenai bidang di luar akademik
SENARAI AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014
TANGISAN AL-AQSA—12 DISEMBER 2014
NIGHT RELAY—12 DISEMBER 2014
PERHIMPUNAN PAGI DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI—13 DISEMBER 2014
EKSPO DAN PAMERAN FIESKOM—15 HINGGA 16 DISEMBER 2014
KEMPEN DERMA DARAH—16 DISEMBER 2014
MALAM KEBUDAYAAN FIESKOM—17 DISEMBER 2014
PERTANDINGAN BOLA JARING DAN BOLA TAMPAR MTUN—17 HINGGA 18 DISEMBER
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FIESKOM 2014 DAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING
JEMPUTAN MTUN KOKURIKULUM UTHM—18 DISEMBER
18
AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014
PERHIMPUNAN PAGI DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI - 13 DISEMBER 2014
FIE
SK
OM
20
14
19
AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 EXSPO DAN PAMERAN FIESKOM - 15 HINGGA 16 DISEMBER 2014
FIE
SK
OM
20
14
20
AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 KEMPEN DERMA DARAH - 16 DISEMBER 2014
AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 MALAM KEBUDAYAAN FIESKOM - 17 DISEMBER 2014
FIE
SK
OM
20
14
21
B
EN
GK
EL
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
21
CERAMAH KULIAH KERJA NYATA 11/10/2014
BENGKEL TARIAN DAN ANGKLUNG 11/10/2014
22
LA
WA
TA
N
PROGRAM LAWATAN KERJA DELEGASI UNIVERSITAS GADJAH
MADA (UGM) KE UTHM10-13 OKTOBER 2014
23
LA
WA
TA
N
PERSEMBAHAN ANGKLUNG DAN SENITARI DARI UNIVERSITAS GADJAH
MADA (UGM) SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTHM KE 14
24
LA
WA
TA
N
MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYERAHAN ANGKLUNG DARIPADA
UNIVERSITAS GADJAH MADA (UGM) KEPADA UTHM 12/10/2014
25
LA
WA
TA
N
PROGRAM LAWATAN KERJA PUSAT KOKURIKULUM UTHM KE
PUSAT KOKURIKULUM UUM & UNIMAP
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 15/11/2014
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 15/11/2014
26
P
RO
GR
AM
-PR
OG
RA
M S
EP
AN
JA
NG
SE
M I
SE
SI
20
14
/20
15
26
“Program “Explore The Kid’s
World”
14 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Kokurikulum Pandu Puteri
(UQR 11401) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM bertempat di
Taska Hikmah UTHM. Disertai seramai
29 pelajar dan pengajar iaitu Pn. Yeoh
Seok Tee.
Bengkel Penulisan Jawi Dan Khat
& Penyerahan Sumbangan Aman
Palestin
20 November 2014 & 12 Disember 2014
– Dianjurkan oleh Kursus Tulisan Jawi
dan Khat (UQB 10901) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM di Mas-
jid UTHM dan Aman Palesti Sdn. Bhd.
(Johor). Disertai seramai 32 pelajar dan
pengajar iaitu Puan Nurulisyazila Binti
Othaman.
Program Telusuri Ilmu
14 – 15 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Pengakap Kelanasiswa II
(UQR 11301) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM. Disertai seramai
75 pelajar dan pengajar iaitu Encik
Mohd Norasri Ismail bertempat di Per-
pustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
“Tennis, Starter Kit”
14 – 15 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Tenis Seksyen 1(UQS
12201) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM. Disertai seramai 37
pelajar dan pengajar iaitu Encik Hafiz
Bin Mohd. Zaini bertempat di gelang-
gang tenis UTHM.
Program Telusuri Ilmu
14 – 15 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Pengakap Kelanasiswa I
(Seksyen 1 & 2) (UQR 10701) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM.
Disertai seramai 75 pelajar dan
pengajar iaitu Encik Abdul Hadi Bin
Mohamed Zainal bertempat di Per-
pustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
Hijrah FEST 2014
07 November 2014 – Dianjurkan oleh
gabungan Kursus-Kursus Kokurikulum
iaitu Kursus Taranum (UQD 10801),
Kursus Kemahiran Al-Quran & Qiraat
(UQD 10701), Kursus Falak (UQD
10601), Kursus Imam & Muazzin (UQL
10301) dan Kursus Fotografi (UQD
10101) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM bertempat Masjid Nu-
rul Hidayah, Kg. Parit Yob, Parit Yaani.
Disertai seramai 217 pelajar dan 6
orang pengajar.
“Eksplorasi Video”
21- 22 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Videografi (UQD 10201)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Perpustakaan
Tunku Tun Aminah & Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi. Disertai oleh
36 orang pelajar dan pengajar Encik
Mohd. Norasri Ismail.
Program Konservasi Alam
05 – 06 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Trecking Seksyen 1, 2, 3
dan 4 (UQS 12301) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat
di Gunung Berlumut, Kluang. Seramai
140 pelajar dan pengajar iaitu Encik
Ainnul Ezwan Bin Hassan, Encik
Zuraini Bin Tasri, Puan Yazilah Binti
Mohd. Yazir dan Encik Mohd. Farid Bin
Abd Shukor.
Program Pengurusan Pertand-
ingan Bola Sepak Sembilan (9)
Sebelah
12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM.
Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar
Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd.
Yusoff bertempat di Padang B UTHM.
27
P
RO
GR
AM
-PR
OG
RA
M S
EP
AN
JA
NG
SE
M I S
ES
I 20
14
/20
15
Bengkel Ping Pong
15 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Ping Pong (UQS 11601) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM
bertempat di Dewan Ping Pong UTHM.
Disertai seramai 38 pelajar dan
pengajar Encik Hasran Bin Haron.
Klinik Sepak Takraw
07-08 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Sepak Takraw (UQS 11801)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Gelanggang Sepak
Takraw UTHM. Disertai seramai 32
pelajar dan pengajar Encik Norazizi Bin
Hamisan.
“Melestari Bumi Hijau”
31 Oktober 2014 – Dianjurkan oleh Kur-
sus Khidmat Masyarakat Seksyen 2
(UQK 10101) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM bertempat di
Sekolah Kebangsaan Sri Merlong ,
Rengit, Batu Pahat. Disertai seramai 32
pelajar dan pengajar Dr. Mohd.
Haziman Bin Wan Ibrahim
Musical Performance Consert
(MECON)
12 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
gabungan Kursus Koir (UQB 10301),
Kursus Teater (UQB 11201) dan Kursus
Muzik Moden (UQB dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat
di Dewan Tunku Mahkota Ismail
UTHM. Disertai seramai 115 pelajar
dan pengajar Puan Nurzalinda Binti
Za’aba & Puan Azleen Binti Sulaiman.
Minda Kreatif Masyarakat Berpen-
didkan
21-22 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 4
(UQK 10101) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM bertempat di Ta-
man Cendana, Pasir Gudang, Johor. Dis-
ertai seramai 32 pelajar dan pengajar Dr.
Khairunesa Binti Isa.
Program Kejurulatihan
Taekwondo (Referee)
31 Oktober 2014 – Dianjurkan oleh Kur-
sus Taekwondo Seksyen1 dan 2 (UQS
12101) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM. Disertai seramai 70
pelajar dan pengajar iaitu Encik Master
Sasidharan A/L Ramsamy dan Master
Prakash Kumar A/L Chinapan ber-
tempat di Dewan ADTEC, Batu Pahat,
Johor.
Program Seminar Dasar Wanita,
Perkahwinan Dan Kekeluargaan
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Sastera Liberal Pendidikan
Wanita (UQA 10201) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai
seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu
Puan Hajah Nafisah @ Kamariah Kama-
ruddin bertempat di Dewan Tunku
Mahkota Ismail. “Flying With Tennis”
01 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Tenis Seksyen 2 (UQS 12201)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM. Disertai seramai 19 pelajar dan
pengajar iaitu Encik Hafiz Bin Mohd.
Zaini bertempat di Sekolah Menengah
Sains Batu Pahat.
Usahawan Cilik Pemangkin Pem-
bangunan Negara
08 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Keusahawanan Seksyen 8 (UQw
10101) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM. Disertai seramai 37
pelajar dan pengajar iaitu Cik Nur Na-
dia Binti Ismail bertempat di Sekolah
Kebangsaan Parit Bingan, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
28
P
RO
GR
AM
-PR
OG
RA
M S
EP
AN
JA
NG
SE
M I
SE
SI
20
14
/20
15
Program Seminar Dasar Penu-
lisan Jounalism
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Sastera Liberal Journalism
(UQA 10501) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM. Disertai seramai
39 pelajar dan pengajar iaitu Puan Suri-
ayati Binti Baharom bertempat di De-
wan 2, Dewan Tunku Mahkota Ismail.
“Amalan Undang-Undang Serta
Demokrasi Di Malaysia”
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Sastera Liberal Pendidikan Un-
dang-Undang (UQA 10101) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM.
Disertai seramai 38 pelajar dan
pengajar iaitu Ustaz Abdullah Bin
Sulaiman bertempat di Dewan Tunku
Mahkota Ismail.
“Politik Dan Mahasiswa” Apa Acu-
annya?
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Sastera Liberal Art Sains Politik
(UQA 10601) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM. Disertai seramai
39 pelajar dan pengajar iaitu Ustaz Ab-
dullah Bin Sulaiman bertempat di De-
wan 2, Dewan Tunku Mahkota Ismail.
Rakan Komuniti UTHM (Elemen
Kemahiran)
15 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Keusahawanan Seksyen 5 (UQw
10101) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM. Disertai seramai 35 pela-
jar dan pengajar iaitu Engr Muhammad
Suhaimi Hj. Sulong bertempat di
Bengkel Makmal, Fakulti Pendidikan
Teknikal Vokasional, UTHM.
Program Perintis Usahawan Muda
09 - 10 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 3
(UQw 10101) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM. Disertai seramai
35 pelajar dan pengajar iaitu Cik Nur
Nadiah Binti Ismail bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat, Jo-
hor.
Program Pengurusan Pertandingan
Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah
12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM.
Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar
Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd.
Yusoff bertempat di Padang B UTHM.
Bengkel Asas Pertolongan Cemas
01 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Pertolongan Cemas (UQR 10801)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan
pengajar iaitu Nur Atiqah Binti Abd. Shu-
kor bertempat di Sekolah Menengah
Sains Batu Pahat, Johor.
“Fiesta Muda Mudi”
27 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Senitari Tradisi dan Kreatif (UQB
11101) dengan kerjasama Pusat Kokuriku-
lum UTHM. Disertai seramai 38 pelajar
dan pengajar iaitu Encik Rosdi Bin Ab-
dullah bertempat di Dewan Tunku
Mahkota Ismail, UTHM.
29
P
RO
GR
AM
-PR
OG
RA
M S
EP
AN
JA
NG
SE
M I S
ES
I 20
14
/20
15
29
Bengkel Teater Dan Senitari
22 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Senitari Tradisi dan Kreatif
(UQB 11101) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM bertempat di
PEMADAM Kebangsaan, Kuala Lum-
pur. Disertai seramai 38 pelajar dan
pengajar iaitu Encik Rosdi Bin Abdul-
lah.
“Road To My Silat”
27 September 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Silat Cekak Hanafi (UQB 10601)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Bukit Layang-
Layang, Pasir Gudang, Johor. Disertai
seramai 33 pelajar dan pengajar iaitu
Encik Khairulakmal Bin Kamaludin.
Program Sehari Bersama Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Dato’
Sulaiman, Parit Sulaong, Batu Pa-
hat, Johor.
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Siswa Siswa Pertahanan Awam
II (SISPA) (UQR 10601) dengan ker-
jasama Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Sekolah Menengah Dato’
Sulaiman, Parit Sulaong, Batu Pahat,
Johor. Disertai seramai 26 pelajar dan
pengajar iaitu L/KPL. (PA) Rohaizam
Bin Mohd. Yatim.
“A Day With Public Speaker”
13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Pengucapan Awam Seksyen 1, 2
dan 3 (UQP 10101) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat
di Dewan Seminar Al-Farabi, Pusat Is-
lam UTHM. Disertai seramai 106 pela-
jar dan pengajar iaitu Puan Meizareena
Mizad, Cik Nurzarina Binti Abdul Sa-
mad dan Puan Hasliza Binti Kadir &
Shahar.
Pertandingan Debat Terbuka
11 – 12 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Debat (UQP 10201) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM
bertempat di Dewan 5, Dewan Tunku
Mahkota Ismail, UTHM. Disertai
seramai 334pelajar dan pengajar iaitu
Encik Yuslizar Bin Kamaruddin.
Kembara Haji 2014
Sepanjang Semester I Sesi 2014/2015 –
Dianjurkan oleh Kursus Umrah dan
Haji Seksyen 1 dan 2 (UQD 10301)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Lapangan Terbang
Senai, Johor, Pejabat Tabung Haji
Negeri Johor dan Masjid UTHM. Dis-
ertai seramai 38 pelajar dan pengajar
iaitu Puan Zanariah Bini Buang dan
Tuan Haji Khalil Bin Abd. Rahim.
Gotong Royong Lapang Sasar Golf
UTHM
29 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Golf (UQS 11001) dengan ker-
jasama Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Lapang Sasar Golf UTHM.
Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar
iaitu Encik Mohamad Bin Ismail.
Program Anak Angakt Dan Keusa-
hawanan
04 – 06 Diesember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat
Seksyen 1 (UQK 10101) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Dewan Parit Tengah, Rengit,
Kluang, Johor. Disertai seramai 34 pela-
jar dan pengajar iaitu Encik Ahmad
Khirul Nizam Bin Ali.
“Jalinan Kasih Temu Jodoh 2014”
21 – 22 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksy-
en 8 (UQK 10101) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di
Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat, Jo-
hor. Disertai seramai 38 pelajar dan
pengajar iaitu Puan Hasniza Binti haji
Mustafa.
.
30
P
RO
GR
AM
-PR
OG
RA
M S
EP
AN
JA
NG
SE
M I
I S
ES
I 2
013
/20
14
30
Program Kebudayaan Taman
Cendana
04 – 06 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat
Seksyen 6 (UQK 10101) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Taman Cendana, Pasir
Gudang, Johor. Disertai seramai 32
pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd.
Safiee Bin Idris.
A Tribute To You-One Step To A
Better Change
10 - 12 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat
Seksyen 6 (UQK 10101) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Taman Cendana, Pasir
Gudang, Johor. Disertai seramai 32
pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd.
Safiee Bin Idris.
Program Komuniti Bakti
06 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Briged RELA Siswa Siswi
(RELASIS) RELASIS 1 SEM 1 (UQR
10901) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM bertempat di Pekan
Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Disertai
seramai 73 pelajar dan pengajar iaitu
PGR Siti Fadilah Binti Mislan.
“Bakti Keringat Nelayan”
12 - 13 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat
Seksyen 7 (UQK 10101) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Kampung Nelayan Penyam-
bong, Mersing, Johor. Disertai seramai
37 pelajar dan pengajar iaitu Puan Has-
niza Binti haji Mustafa.
Program Pencetus Usahawan Mu-
da Cilik
08 - 09 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 2
(UQW 10101) dengan kerjasama Pusat
Kokurikulum UTHM bertempat di Kolej
Komuniti Batu Pahat, Johor. Disertai
seramai 36 pelajar dan pengajar iaitu Dr.
Normah Bin Zakaria.
“KHIDMAT MASYARAKAT
MENERUSI JUALAN AMAL
11 - 18 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Siswa Muamalat (UQW
10201) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM bertempat di Tapak
Jualan Dataran Anggerik UTHM. Dis-
ertai seramai 36 pelajar dan pengajar
iaitu Puan Junita Binti Abdul Rahman.
Program University Tun Hussein
Onn Student Game
12 - 13 Disember 201 – Dianjurkan oleh
Kursus Silat Olahraga (UQS 11901)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Dewan Serbaguna
UTHM. Disertai seramai 35 pelajar dan
pengajar iaitu Encik Ahmad Faizal Bin
Abu Bakar.
31
31
PR
OG
RA
M-P
RO
GR
AM
SE
PA
NJ
AN
G S
EM
I SE
SI 2
014
/20
15
Jelajah Melaka – Satu
Dokumentari Penulisan
29 November 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Asas Kewartawanan (UQP
10301) dengan kerjasama Pusat Koku-
rikulum UTHM bertempat di Banda-
raya Melaka. Disertai seramai 31 pelajar
dan pengajar iaitu Puan Suriayati Binti
Baharom.
Kursus Asas Kayak Arus Deras
Dan Menyelamat Di Air
19 -20 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Kayak (UQS 11201) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM
bertempat di Kem Rekreasi Sungai
Sedim, Kulim, Kedah. Disertai seramai
35 pelajar dan pengajar iaitu Encik
Shaid Bin Jaafar.
“Jalinan Kasih Temu Jodoh”
21 - 22 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksy-
en 8 (UQS 10101) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di
Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah,
Segamat, Johor. Disertai seramai 35
pelajar dan pengajar iaitu Puan Hasniza
Binti Mustafa.
Klinik Bola Sepak UTHM
14 – 15 November 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Bola Sepak (UQS 10601)
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum
UTHM bertempat di Padang Bola Sepak
Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Parit
Raja, Batu, Pahat, Johor. Disertai
seramai 21 pelajar dan pengajar iaitu
Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd
Yusoff.
Hidup Cergas Minda Sihat
05 - 06 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksy-
en 3 (UQK 10101) dengan kerjasama
Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di
Tasik Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai. Disertai seramai 36 pelajar dan
pengajar iaitu Dr Azita Binti Ali.
I’M4ZOO
20 - 21 Disember 2014 – Dianjurkan
oleh Kursus Khidmat Masyarakat
Seksyen 9 (UQS 10101) dengan kerjasa-
ma Pusat Kokurikulum UTHM ber-
tempat di Zoo Johor. Disertai seramai
65 pelajar dan pengajar iaitu Puan Has-
niza Binti Mustafa.
Program Pengurusan Pertand-
ingan Bola Sepak Sembilan (9)
Sebelah
12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh
Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan
kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM.
Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar
Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd.
Yusoff bertempat di Padang B UTHM.
32
BENGKEL PERMURNIAN FAIL MEJA PUSAT KOKURIKULUM UTHM
20 HINGGA 22 NOVEMBER NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU
BE
NG
EK
L P
US
AT
KO
KU
RIK
UL
UM
32
33
B
EN
GK
EL
PU
SA
T K
OK
UR
IKU
LU
M
33
BENGKEL PENULISAN BUKU DAN PANDUAN AKADEMIK
PUSAT KOKURIKULUM UTHM 17 HINGGA 19 OKTOBER 2014
HOTEL SENTRAL, JOHOR BAHRU
34
BENGKEL PENERAPAN NILAI-NILAI HOT’S DAN TRAINING OF
TRAINERS (TOT) PENGAJAR KOKURIKULUM UTHM SEMESTER 1
2014/2015 29-31 OGOS 2014
HOTEL NEW YORK, JOHOR BAHRU
BE
NG
KE
L P
US
AT
KO
KU
RIK
UL
UM
34
35
JASAMU AMAT DIKENANG
31 DISEMBER 2014 - MAJLIS PERPISAHAN STAF SAMBILAN HARIAN (PSH)
PUSAT KOKURIKULULUM
ZULFADHLEE BIN KASIM
03 OGOS 2014HINGGA 31 DISEMBER 2014
Kelahiran @ Pusat Kokurikulum UTHM
Nama anak: Nur Alysha Humayra binti Hazrul
Fadli
Tarikh lahir: 18 Ogos 2014
Anak yang: Kedua
Nama staf: Nur Azila binti Kelewon
Nama anak: Muhammad Aqil Zhafran bin Mohd
Dzulkarnaen
Tarikh lahir: 21 Ogos 2014
Anak yang: Pertama
Nama staf: Siti Khadijah binti Haji Md. Som
Recommended