View
20
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Bina Negara Bangsa Malaysia/
Pekan, 19 Disember- Nasionalisme atau semangat Kebangsaan merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa. Dengan
mengambil satu faktor yang selalu digunakan untuk mengkategorikan sesebuah negara dan bangsa, iaitu Bahasa dilihat bukan sahaja
merupakan identiti kepada negara dan jati diri kepada sesuatu bangsa, ianya juga mempunyai kuasa untuk menyatupadukan rakyat
dalam negara. Ianya juga merujuk kepada pengidenti�kasian rakyat dengan negara mereka sama ada penerimaan terhadap
kepentingan negara dan aspirasi nasional.
Menurut Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong, Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) & Institut Alam dan tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kuasa bahasa ini terbukti pada sepanjang sejarah manusia di dunia. Misalannya, pada zaman
purba, Maharaja Shih Huang Ti, telah berjaya menggunakan bahasa, dalam bentuk sistem ejaan dan tulisan yang dikongsi bersama,
untuk menyatupadukan rakyat China yang bertutur pelbagai bahasa yang tidak sama. Begitu juga pada zaman moden, bahasa,
khususnya bahasa negara, digunakan sebagai alat perpaduan. Ianya terbukti berjaya di Barat seperti Bahasa Itali dan Jerman adalah
dua contoh di Eropah yang sering disebut-sebut.
GENERAL (/INDEX.PHP/GENERAL)
26 December 2019 0 Comments (/index.php/general/bina-negara-bangsa-malaysia/#comments)
(http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)
“Di rantau ini, Indonesia dilihat berjaya menyatupadukan rakyat peribumi yang dikatakan terdiri daripada sekitar 1500 suku yang
menuturkan ribuan bahasa yang berlainan. Bukan itu sahaja, iaitu rakyat Indonesia didapati fasih berbahasa negara mereka, bangga,
sayang serta setia kepada bahasa Indonesia,” katanya yang hadir menjayakan Program Bicara Cendekiawan Mulia Siri 5 anjuran
Pejabat Naib Canselor dan Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Dewan Bankuet UMP Pekan.
Menurutnya, negara kita juga berhasrat menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa negara kita, untuk tujuan penyatupaduan rakyat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ianya termaktub dalam Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan diangkat menjadi dasar
pada Ordinans Pendidikan 1957, yang kemudiannya menjadi Akta Pendidikan 1961 dan 1996.
Dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah menggantikan Akta 1961 itu, pada Bahagian 17, melalui judul “Bahasa Kebangsaan sebagai
Bahasa Pengantar Utama”, ditegaskan bahawa “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan”. Setelah sekian lama semenjak 1957 lagi, bahasa Melayu diberikan peranan sebagai
bahasa perpaduan, dalam konteksnya sebagai bahasa kebangsaan.
Berkongsi pendapatnya, sejauh mana negara berdaulat ini mendukung bahasa Melayu sehingga ianya terserlah sekali sebagai identiti
nasional dan bahasa Melayu berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini, jawapannya “Tidak”.
Menurut Prof Dato’ Dr Teo, bahasa negara yang mampu digunakan di serata tempat di dunia, untuk melahirkan bangsa yang bersatu
padu dan identiti linguistik negara sebagai identiti negara dalam konteks bahasa Melayu dilihat gagal di Malaysia.
“Sudah tiba masanya, kita meneliti dengan hemat tentang sebab-musabab kegagalan ini. Pada saya, sebab utamanya ialah tiadanya
kefasihan dalam sesetengah kalangan rakyat dalam bertutur dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa negara ini. Sepatutnya, ada (fatwa
bahasa) bahawa setiap warganegara wajib mengetahui bahasa negaranya dengan baik dan juga mempunyai penguasaan yang tinggi
terhadapnya. Bukan sahaja faktor tidak fasih ini menjadi masalah, ada semacam usaha penolakan terhadap bahasa Melayu, iaitu
adanya ketidakmahuan dalam kalangan kaum Cina misalnya, untuk tidak mengidenti�asikan diri mereka dengan bahasa Melayu, “
ujarnya.
Namun sebenarnya, masalah tiada kefahaman dalam bahasa Melayu telah lama cuba diatasi oleh pihak kerajaan. Ianya dapat dilihat
pada usaha kerajaan untuk meningkat kemahiran berbahasa Melayu, iaitu cadangan untuk menambah waktu pendidikan mata
pelajaran bahasa Melayu di sekolah vernakular, pada tahap dua, iaitu Tahun 4,5 dan 6, dari 180 minit kepada 270 minit seminggu.
Selain itu, satu lagi usaha ialah untuk menyelaraskan sukatan pelajaran mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan
di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil). Kedua-dua usaha ini ditolak dengan kerasnya oleh kaum Cina melalui aktivitis
pendidikan aliran Cina. Penolakan ini juga dapat dilihat dengan jelas dalam isu pengajaran tulisan Jawi melalui seni khat pada bahan
bahasa simpulan bahasa, tidak berapa lama dahulu (pada awal Ogos 2019) dan kini wujud kembali pada pertengahan Disember 2019).
Walaupun setelah kerajaan dilihat “beralah” kepada tekanan aktivis pendidikan vernakular, iaitu dengan mengurangkan bahan
pengajaran daripada 6 kepada 3 halaman daripada jumlah bahan mata pelajaran bahasa Melayu sebanyak 164 halaman di Tahun 4,
dan dengan menjadikannya bahan pilihan untuk diajar dan dipelajari, pertubuhan aktivitis pendidikan aliran Cina, iaitu Dong Jiao Zong,
terus mendesak pihak Kementerian Pendidikan untuk melantik mereka menerusi Lembaga Sekolah menjadi penentu kepada pilihan
yang bakal dibuat oleh ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa Guru dalam soal anak-anak Cina belajar tulisan Jawi secara pilihan itu.
Sikap ini sebenarnya adalah anti nasional sifatnya yang mana mereka menentang kepentingan negara iaitu bahasa Melayu ialah
bahasa negara dan aspirasi nasional, bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan. Lebih-lebih lagi yang dipersetuju bersama dalam
Perjanjian Kemerdekaan atau apa yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.
Dengan contoh-contoh ini, ternyata kita tidak bersatu padu, iaitu tidak sekata sehati sejiwa dalam soal bahasa Melayu sebagai bahasa
negara. Dengan perkataan lain, tiada sokongan padu oleh sekelompok rakyat, untuk menerima, apatah lagi menjayakan kepentingan
negara dan aspirasi nasional ini, iaitu bahasa Melayu selaku bahasa negara dan bahasa selaku alat perpaduan.
Dalam pada itu ujarnya, negara bangsa rata-ratanya merujuk kepada negara yang berdaulat setelah merdeka dan rakyatnya hidup
bersatu padu. Bersatu padunya rakyat--sama ada yang homogenous, iaitu terdiri daripada satu kaum seperti Jepun misalnya, atau
sebaliknya, iaitu heterogenous, iaitu terdiri daripada pelbagai kaum seperti di Malaysia yang wujud kerana beberapa faktor yang
dijadikan dasar negara, antaranya termasuklah bahasa, sejarah, budaya dan nilai yang sama.
Siri Bicara Cendekiawan Mulia UMP merupakan medan wacana bulanan yang menampilkan tokoh-tokoh berwibawa dari dalam dan
luar Malaysia. Tokoh-tokoh ini berperanan untuk mengupas isu-isu semasa yang merentasi pelbagai dimensi dari aneka sudut
pandang ilmiah bagi manfaat warga UMP dan masyarakat secara keseluruhannya. Antara yang pernah menjayakan program
termasuklah Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Sa�ah Karim untuk membicarakan tajuk "Bahasa Melayu dan
Cabaran Pemerkasaan Identiti Nasional Dalam Era Malaysia Baharu".
Turut hadir dalam program Naib Canselor UMP, Prof Dr Wan Azhar Wan Yuso�, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Prof Ts Dr Mohd. Rosli Hainin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dato Dr Yuserrie Zainuddin.
Recommended