View
155
Download
19
Category
Preview:
DESCRIPTION
Budaya Pembelajaran
Citation preview
3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
3.1 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan
pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan
keunikan negara kita berbanding negara lain. Kewujudan pelbagai kaum
di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio
budaya dalam masyarakat kita.
Malaysia juga sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi
konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial
masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial
dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat
bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah
dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik
mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka
dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor
personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan
etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara
iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik
mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.
3.2 Kelas sosialKelas sosial ialah salah satu
elemen penting dalam implikasi
kepelbagaian sosiobudaya dalam
kalangan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kelas sosial atau golongan sosial
merujuk kepada perbezaan hierarki
kelompok manusia dalam
masyarakat atau budaya. Kelas sosial wujud apabila segolongan individu
tidak mempunyai kedudukan yang sama daei segi kuasa, politik,
kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan
punca-punca pengeluaran. Status sosial merujuk kepada sekumpulan
hak dan kewajian yang dimiliki seseorang dalam masyarakatnya. Orang
yang mempunyai status sosial yang tinggi akan ditempatkan lebih tinggi
dalam struktur masyarakat berbanding dengan orang yang status
sosialnya rendah. Di sekolah pula, terdapat murid-murid yang berbeza
dari segi taraf kehidupannya iaitu kaya dan miskin. Murid-murid yang
taraf kehidupannya kaya pula memenuhi semua kemudahan dan
peralatan yang diperlukan untuk belajar seperti buku rujukan,alat
menulis,pakaian dan sebagainya manakala murid-murid yang tergolong
dalam keluarga yang miskin pula menghadapi banyak dugaan dan
cabaran semasa di sekolah. Kemiskinan adalah satu konsep yang
berkaitan dengan ketidakupayaan untuk mendapatkan keperluan minima
untuk mengekalkan kecekapan fizikal untuk memenuhi keperluan asas
manusia. Oleh itu, murid-murid yang tergolong dalam keluarga miskin
ini, menghadapi masalah kekurangan dalam pelbagai perkara seperti
yuran sekolah tidak dapat dibayar,tidak mempunyai peralatan seperti alat
tulis dan sebagainya. Dengan ini,mereka akan berasa rendah diri.
Akibatnya ialah pencapaian akademik pelajar tersebut akan merosot.
3.3 PetempatanSeterusnya,
petempatan juga
sering menjadi salah
satu implikasi kepada
kepelbagaian
sosiobudaya dalam
kalangan pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Petempatan
boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu Bandar serta pinggir Bandar
dan luar Bandar/pedalaman. Pelajar yang menduduki di kawasan Bandar
dan pinggir Bandar akan mengamalkan kepelbagaian budaya kesan
persekitaran dalam kehidupan seharian. Terdapat pelajar-pelajar yang
boleh diklasifikasikan daripada golongan miskin, juga kelas sederhana
dan kaya. Budaya yang diamalkan oleh pelajar yang mendiami di
kawasan Bandar/pinggir Bandar lebih memberi perhatian kepada
pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan sahsiah, serta cara
melaksanakan tugasan dan kewajipan. Di sini jelaslah bahawa, ia
berbeza bergantung pada aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa,
serta pandangan terhadap pendidikan. Maka, pelajar yang menduduki di
kawasan Bandar ini, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kukuh
kerana mereka mempunyai kewangan yang cukup.
Tambahan pula,pelajar yang menduduki di kawasan luar Bandar dan
pedalaman iaitu kampung, ladang, dan setinggan selalunya menghadapi
taraf hidup atau budaya yang agak sinonim. Oleh itu,setiap langkah yang
diambil oleh pelajar ini, agak berbeza dengan pelajar yang berada di
kawasan Bandar. Pelajar yang di sekolah di luar Bandar ini juga amat
kurang melakukan perbuatan-perbuatan yang negatif kerana mereka
tidak mempunyai kekuatan dan keberanian sebagaimana mereka yang
tinggal di Bandar. Pelajar yang menduduki di kawasan seperti ini juga
mendiami di rumah yang kecil, maka kemudahan untuk meneruskan
pembelajarannya tidak mencukupi. Ia dianggap sebagai gangguan
kerana tempat tinggalnya tidak selesa dan kondusif. Ini merupakan salah
satu implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
3.4 Kemahiran dan Penguasaan BahasaKemahiran dan penguasaan
bahasa juga turut menjadi
implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan
pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Kebanyakkan pelajar yang menduduki di kawasan
Bandar berkeupayaan menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Melayu,
bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semasa bertutur dengan seseorang.
Oleh itu, mereka tidak berasa sukar sewaktu bertutur dengan guru
ataupun mana-mana pihak. Bagi pelajar yang mendiami di kawasan
pedalaman mereka lebih menggunakan bahasa ibunda berbanding
dengan bahasa lain. Sebagai contohnya, jika pelajar India mereka lebih
menggunakan bahasa Tamil semasa bertutur. Oleh itu, mereka
menguasai bahasa tamil sahaja dan tidak dapat peluang untuk
berkomunikasi dalam bahasa lain. Apabila pelajar seperti ini, bergaul
dengan pelajar-pelajar kaum lain, mereka merasa sukar untuk
berkomunikasi kerana mereka kurang faham dengan bahasa yang
digunakan oleh pelajar atau guru lain. Dengan keadaan sedemikian
mereka akan ketinggalan dalam pelajaran serta masa hadapan mereka
akan terjejas.
Maka, bagi mengelakkan berlakunya keciciran dalam kalangan pelajar
guru harus menggalakkan pelajar menggunakan bahasa standard ketika
di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Bukan itu
sahaja, guru seharusnya membantah amalan murid yang digunakan
bahasa ibunda ataupun dialek ketika di kelas dan berada di kawasan
sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Guru juga seharusnya memastikan bahawa setiap pelajar
dalam kelas menggunakan laras bahasa yang betul di kalangan
rakannya bagi mengelakkan pergaduhan dan perselisihan antara satu
sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu
murid mencapai kematangan sosial.
3.5 Kaum etnik Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat
hidup dengan harmoni. Antara tiga
kaum utama di Malaysia Cina,
Melayu dan India telah pun menetap
di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air
kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia
Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun dan
Iban. Kaum etnik ini merujuk kepada murid yang tinggal di dalam satu
tempat yang terdiri dari satu kaum atau etnik sahaja. Oleh itu, pelajar
yang tinggal dalam kelompok satu kaum atau etnik menghadapi tiga
masalah yang umum. Antaranya ialah pelajar tersebut hanya
mengamalkan budaya dan cara fikir yang sama, kurang mendapat
pendedahan akan budaya kaum lain, sukar menyesuaikan diri dengan
kaum atau etnik lain. Pelajar yang tinggal dikelompok etnik yang sama
selalunya terdedah kepada budaya, cara berfikir, dan pandangan yang
sama. Sebagai contohnya, pelajar india yang tinggal di kawasan ladang
akan lebih mengamalkan budaya tersendiri kerana mereka hanya
mendiami dikelompok orang India sahaja. Jadi,kebanyakkan pelajar yang
datang dari kawasan perladangan ini mengamalkan budaya dan cara fikir
yang sama sahaja.
Seterusnya, terdapat juga pelajar yang kurang mendapat pendedahan
akan budaya kaum lain. Malah, mereka kurang terdedah kepada budaya
lain kerana mereka tinggal di satu kawasan yang penuh dengan etnik
yang sama. Misalnya, pelajar dari kaum india yang tinggal di Ladang
ataupun estet lebih terdedah kepada budaya orang India sahaja. Apabila
mereka dihantar ke sekolah mereka sukar menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang meliputi dengan pelbagai etnik. Natijahnya ialah
mereka tidak dapat berinteraksi atau bergaul mesra dengan pelajar etnik
lain. Keadaan ini menimbulkan pelajar berasa tercicir dalam menuntut
ilmu bersama etnik atau kaum lain.
3.6 GenderJantina turut menjadi
implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan
pelajar terhadap proses
pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kadangkala pelajar perempuan yang tinggal di kawasan
pedalaman berasa segan berkomunikasi dengan pelajar lelaki yang
tinggal di Bandar. Pelajar perempuan juga berasa rendah diri bergaul
dengan pelajar lain di kelas kerana takut dibuli oleh rakan-rakannya.
Oleh itu, tidak dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar dengan baik.
Jadi, guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian untuk pelajar
bagi menggelakkan masalah kepelbagaian budaya ini. Murid juga perlu
mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas
untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran
antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat
seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada
murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang
sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar
tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
4.0 Cadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya. Pihak
yang amat terdekat dengan pelajar ialah guru sekolah. Seorang guru harus
mengetahui bahawa setiap individu pelajar mempunyai budaya, latarbelakang
keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap
pelajar berbeza dari segi berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai
sosial, intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta
pendapat mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Di
sini guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu
kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar pelbagai etnik dan
budaya di bilik darjah.
4.1 Guru harus memberi pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan Bahasa.
Antara langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa
dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah ialah guru harus memberi
pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan bahasa kepada pelajar. Guru
haruslah sentiasa memberi pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan
bahasa kepada setiap satu pelajar semasa berada di bilik darjah. Guru
hendaklah menyelitkan elemen-elemen kepelbagaian budaya dan bahasa
ketika mengajar sesuatu konsep pengajaranya. Jika guru berbuat demikian,
maka pelajar akan memahami dan mengetahui tentang budaya lain serta isi
pengajaran yang disampaikan oleh guru tentang sesuatu topik boleh difahami
oleh pelajar secara dalam. Sebagai contohnya, guru boleh menyelitkan
elemen kepelbagaian budaya dan bahasa dalam matapelajaran Pendidikan
Moral. Jadi, pelajar-pelajar bukan muslim iaitu pelajar cina dan pelajar india
boleh memahami tentang budaya orang Melayu. Ini menyebabkan semua
pelajar bergaul bersama secara mesra tanpa mengira budaya dan bahasa.
4.2 Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik
Selain itu, guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam
kelas. Kelas yang mempunyai pelajar berlainan budaya haruslah
dilaksanakan dengan konsep demokratik. Pembelajaran demokratik ialah
pembelajaran yang dirancang dengan konsep yang membolehkan amalan
daripada proses pembelajaran seperti memberikan peluang kepada pelajar
seluas-luasnya untuk belajar, berfikir, dan membiarkan mereka bergerak
membina ilmunya, sehingga pelajar mempunyai peluang yang besar untuk
belajar memberanikan diri menuntut ilmu bersama rakan-rakan sekelas yang
berlainan budaya. Melalui ini pelajar akan berkomunikasi secara bebas antara
satu sama lain di bilik darjah. Ini akan membentuk pelajar yang boleh
menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan bahasa dalam kalangan
pelajar. Seumpamanya, dengan adanya pembelajaran demokratik ini pelajar
India boleh berkomunikasi dengan pelajar Melayu dan pelajar Cina dan
sebaliknya. Begitu juga dengan bahasa. Semasa pelajar berkomunikasi
antara satu sama lain, mereka berpeluang untuk meningkatkan kemahiran
bahasa mereka. Maka, guru boleh menangani masalah kepelbagaian budaya
dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
4.3 Guru harus menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid di bilik darjah.
Tambahan pula, guru harus menggalakkan aktiviti yang melibatkan
penglibatan semua murid di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru boleh merancang pengajaranya berdasarkan kaedah
pengajaran seperti kaedah koperatif. Kaedah koperatif ini kaedah yang paling
sesuai untuk melibatkan penglibatan semua murid. Apabila guru menyelitkan
kaedah koperatif dalam pengajaran maka pelajar dapat peluang untuk
berkomunikasi antara rakan sekelas yang beretnik lain. Sebagai contohnya,
guru boleh mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan yang meliputi
ketiga-tiga etnik atau lebih daripada tiga etnik. Dalam kumpulan koperatif,
pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang dikongsi
bersama. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara
aktif dan positif dalam kumpulan. Oleh itu, mereka terpaksa berinteraksi
antara satu sama lain. Dengan berbuat demikian, guru dapat menangani
masalah kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam
bilik darjah.
4.4 Guru haruslah memberi layanan yang adil kepada semua pelajar.
Seterusnya, langkah yang menangani kepelbagaian budaya dan
bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah ialah guru haruslah
memberi layanan yang adil kepada semua pelajar tanpa mengira kaum,
budaya dan etnik. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu
kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik
tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu
memberi layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar. Guru
hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid
dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang
tercicir tidak merasa tersisih. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat
berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah
diri. Layanan yang adil tanpa mengira kaum, budaya dan etnik akan
mewujudkan hubungan yang mesra antara pelajar kepelbagaian budaya dan
bahasa. Misalnya, guru Melayu memberi layanan yang lebih kepada pelajar
Melayu, pelajar lain akan berasa tercicir di biik darjah. Ini akan menimbulkan
masalah yang konflik antara guru dengan pelajar. Dengan berbuat demikian,
guru boleh mengelakkan berlakunya masalah kepelbagaian budaya dan
bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
4.5 Guru seharusnya memilih bahan sumber yang sesuai dengan kepelbagaian budaya pelajar.
Guru perlu sentiasa memilih dan menggunakan bahan sumber
mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran
bagi setiap rancangan pengajarannya. Pemilihan bahan sumber bukan sahaja
dipilih berdasarkan tajuk, objektif, dan isi pelajaran malah ia juga dipilh
berdasarkan pengetahuan dan budaya pelajar. Selain itu, guru juga harus
mengambilkira aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar
kerana bagi memastikan bahan sumber yang dipilh adalah sesuai bagi tahap
pelajar dan budaya pelajar. Penghasilan bahan sumber yang meliputi unsur-
unsur budaya yang berbeza dapat menarik minat dan perhatian pelajar
terhadap isi pelajarannya. Ia juga menjadi salah satu strategi yang dapat
merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian
kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses
pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Lebih-lebih lagi, guru juga
harus mengelakkan unsur-unsur negative dan sensitif bagi mana-mana etnik
supaya ia boleh mengganggu emosi dan tumpuan pelajar terhadap
pelajarannya. Dengan keadaan sedemikian, pemilihan bahan sumber yang
sesuai dengan budaya pelajar akan menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran guru.
Sebagai kesimpulannya, konsep kepelbagaian budaya di Malaysia
perlu difahami dengan lebih mendalam. Perpaduan dalam masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian budaya merupakan elemen yang penting dalam
kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sebagainya. Kerjasama,
persefahaman dan komitmen antara kaum perlu diwujudkan antara kaum
setiap masa bagi memupuk perpaduan antara kaum.
Recommended