View
312
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KOPERASIKU VOL - 20 Koperasi Terunggul
Penggerak Sosio-Ekonomi Anggota
UNTUK EDARAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN SAWIT KINABALU SABAH BERHAD SAHAJA
LIPUTAN MAT 24 FOKUS & HALATUJU
1
MUKA DEPAN
3 Mesyuarat Agung
Tahunan ke 24
PAPARAN
1 Perutusan
Pengerusi
3 Laporan MAT 24
5 Laporan Khas –
Stesen minyak
baru
7 Liputan lain
9 Iklaneka
SUDUT ANGGOTA
Karya & Informasi
Isi Kandungan Perutusan
Pengerusi KKSKSB
Dari Ketua Editor…
Maklum Balas Anda Untuk tujuan penambah baikan &
kualiti buletin, kami mengalu-alukan
komen dan cadangan anda. Komen
dan cadangan boleh di hantar ke:
Tel: 089-778323
Faks:089-750708
Email: kksksbtawau@gmail.com
Facebook: Koperasi Kakitangan Sawit
Kinabalu Sabah Berhad
1
Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan salam 1 Koperasi kepada warga Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KKSKSB) yang saya hormati dan kasihi. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, buletin KOPERASIku edisi ke-20 pada tahun 2014 sekali lagi dapat diterbitkan. Adalah dimaklumkan, bahawa Biro Komunikasi dan Informasi telah berjaya menerbitkan buletin ini walaupun berhadapan dengan komitmen dan kerjaya seharian. Syabas saya ucapkan kepada semua kru-kru biro yang sentiasa berkerja keras dengan mencetuskan idea-idea baru demi mewujudkan suasana lingkungan penerbitan yang berlainan dan bersifat “real time” supaya buletin ini lebih releven dan kontemporari. Tuan-tuan yang dikasihi, saya bagi pihak ketua editor mengajak dan mengalu-alukan agar warga KKSKSB bersama-sama kami untuk memuatkan karya-karya serta idea-idea baru untuk menambahbaik buletin ini. Kami juga turut mewujudkan ruangan iklan yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan, pengenalan, rekreasi atau seumpamanya dengan kos yang berpatutan. Akhir kata, sempena sambutan Tahun Hijrah yang lepas dan Tahun Baru Masihi yang akan menjelang, saya mengucapkan selamat maju jaya dan sukses sentiasa, Insya-Allah. Sekali lagi saya sudahi dengan wassalam dan terima kasih. Ketua Editor, Hj Amirsah Bin Hj Tiksun Biro Komunikasi & Informasi (sesi 2014/2015)
Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua anggota Koperasi yang dihormati. Syabas dan tahniah kepada kru – kru Biro Komunikasi & Informasi yang telah Berjaya menerbitkan buletin Koperasiku yang ke-20 dengan jayanya. Selaku wakil peneraju KKSKSB, saya dan ALK yang lain berazam untuk bersama-sama mengembling tenaga dan berusaha untuk memajukan koperasi kita ke tahap yang paling tinggi agar terus dapat berdaya saing dan menjana keuntungan yang maksimum. Sehubungan dengan itu, beberapa kaedah telah dirancang dengan teliti dan selaras dengan undang-undang Koperasi akta-akta yang berkaitan. Antara kaedah yang dirancangkan ialah kaedah perkongsian keuntungan, yang mana anggota terlibat secara terus di dalam projek pelaburan yang berstatus pulangan tinggi dan berskala besar. Kaedah ini secara langsung memberikan peluang kepada anggota untuk melibatkan diri di dalam perniagaan yang memberikan keuntungan dan meningkatkan taraf hidup. Pelaburan terbuka kepada anggota untuk projek stesen minyak Smart Stream Resources S/B yang terletak di Taman Sawit adalah salah satu langkah serius yang telah diambil oleh Koperasi selaras dengan moto “Koperasi Terunggul Penggerak Sosio-Ekonomi Anggota”. Sambutan yang menggalakkan dan luar biasa, memberikan keterujaan kepada kami ALK dan pihak Koperasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pelbagai rancangan perniagaan yang lebih maju pada masa akan datang. Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga Ko-op Sawit agar terus memberikan sokongan ke atas apa juga agenda yang dirancang dan memberikan maklum balas yang positif agar projek yang dilaksanakan akan berjalan lancar. Saya bersama barisan kepimpinan yang telah diamanahkan akan terus berusaha untuk meletakkan KKSKSB ke tahap yang tertinggi di Negara ini, Insya-Allah. Selamat tahun baru dan selamat maju jaya. Wassalam dan terima kasih. Tuan Bacho Haji Janse. Pengerusi Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.
2
Wahai
KOPERASIKU…
BIRO KOMUNIKASI
& INFORMASI
SESI 2014/2015
Sidang Editorial Buletin ke-20
ANGGOTA LEMBAGA KKSKSB SESI 2014/2015
Dari kiri (Berdiri): En Abdul Halim Alimuddin, Hj Jus Mapela,
En Masdar Mahmud, Hj Amirsah Tiksun & Hj Ismail Mildad
Dari kiri (Duduk): Pn Siti Dagar, Hj Awang @ Ekah Jalani,
Tn Hj Bidin Hassan, Tn Bacho Jansie(Pengerusi),
En Sufri Hajar(Setiausaha),
Hj Jumrah Jakaria(Bendahari) & Cik Suria Muhara Salim
Pengerusi/Ketua Editor
Hj Amirsah Tiksun
Setiausaha/Media Maya
Puttrini Puasa
Media Cetak (Koperasiku)
Sinar Kulau
Media Cetak (Utusan Berita)
Supardi Syamsuddin
Data & Kewangan
Herdawaty Mohd Tamrin
JAWATANKUASA BIRO & SUBSIDIARI KKSKSB SESI 2014/2015
PENGERUSI
KSKSB Sawit Holdings
(Sabah) S/B
Moreasiatravel S/B
Biro
Perkhidmatan
Keanggotaan
Biro
Komunikasi & Informasi
Biro
Pematuhan & Audit
Biro
Projek Pembangunan
Hartanah
Biro
Projek Perladangan
Koop Sawit
Angkut Enterprise
Biro Projek
Pembangunan Perniagaan
Biro Exco Pengurusan
JKAD
PENGURUSAN KKSKSB SESI 2014/2015
KKSKSB
BELUM MENJADI FANPAGE FACEBOOK KKSKSB?
Daftarlah sekarang di www.facebook.com dan klik butang like Pada fanpage KKSKSB
Dari kiri (Berdiri) : Marsiah
Mulawarman, Sinar Kulau, Sarah Ali &
Noor Fazielah Syazwanie
Dari Kiri (Duduk): Puttrini Puasa,
Herdawaty Mohd Tamrin & Sofiah Rajuli
Pejabat KKSKSB St Minyak Balung Dari kiri (Berdiri) : Shaka Subuh,
Asiah Laru & Fadjliaton Ahmad
Dari Kiri (Duduk): Fadjliaton Ahmad,
Asiah Laru & Shaka Subuh
3
Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta keizinanNya, sekali lagi
anggota KKSKSB dapat berkumpul di Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 yang telah diadakan di
Promenade Hotel, Tawau pada 21hb Jun 2014. Suasana majlis dimeriahkan dengan kehadiran
anggota seramai 364 orang. Dan buat pertama kalinya di MAT ke-24, KKSKSB menerima
kedatangan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sabah iaitu Tuan Umar
Sarim Bin Saidin.
Perasmian MAT dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan alu-
aluan daripada Pengerusi KKSKSB, Tuan Haji Bidin Hassan , seterusnya ucapan daripada Tuan
Umar Sarim Bin Saidin sebagai jemputan khas dan akhir sekali ucapan dan perasmian majlis
daripada tetamu terhormat Datuk Othman Walat, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu.
Setelah menikmati jamuan pagi dan mendapat pengesahan korum daripada wakil dari Pendaftar
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Encik Ghazali Shafie, Mesyurat Agung Tahunan ke-24
dijalankan dengan rasminya.
Antara intipati utama MAT ke 24 antaranya pembentangan prestasi kewangan
bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 yang dibentangkan oleh Pengerusi KKSKSB, Tn.Hj.Bidin
Hassan. Pengerusi memaklumkan bahawa KKSKSB telah menduduki tempat ke 14 di antara 100
buah koperasi terbaik di seluruh Malaysia. Keuntungan Bersih sebelum cukai (Kumpulan) telah
menurun sebanyak 25% kepada RM167,278 daripada RM208,788 yang diperolehi tahun 2012.
KSKSB-Sawit Holdings (Sabah) Sdn Bhd telah mencatat kerugian sebanyak RM327,035 manakala
Moreasia Travel Sdn Bhd telah mencatat keuntungan sebanyak RM74,028. Bagi Koop Sawit Angkut
Enterprise telah mencatat kerugian sebanyak RM6,016. Perbelanjaan Koperasi pula merekodkan
penjimatan sebanyak 13% berbanding bajet.
Setelah dipersetujui, cadangan pembayaran dividen atas saham adalah sebanyak
10% berjumlah RM70,000 kepada anggota koperasi. Dari aspek anggaran belanjawan 2014 pula,
jumlah pendapatan koperasi yang dianggarkan adalah sebanyak RM2,078,820 manakala jumlah
perbelanjaan pentadbiran dianggarkan sebanyak RM1,100,900. Sejumlah RM 6,230,696 had
maksima pinjaman luar atas pelaburan telah diluluskan. Untuk maklumat lanjut berkenaan butiran
belanjawan bagi tahun 2015, sila rujuk kepada Bahagian Akaun, Ibu Pejabat KKSKSB, Tawau.
Bagi MAT kali terdapat 4 orang ALK yang akan gugur mengikut giliran. Seramai
5 calon yang bertanding tetapi seorang calon telah menarik diri atas sebab tidak dapat menghadirkan
diri. Walaubagaimanapun, proses pengundian tetap dijalankan seperti yang dirancang dan barisan
ALK yang baru adalah terdiri daripada Cik Suria Muhara Salim, Encik Abd.Halim Alimuddin,
Encik Bacho Jansie dan Tuan Haji Jumrah Haji Jakaria. Tahniah diucapkan kepada barisan ALK
yang baru dilantik.
Antara lain cadangan yang dipersetujui dalam mesyuarat kali ini seperti berikut :
Cadangan pembahagian syer pelaburan antara KKSKSB dan anggota dengan nisbah 60:40 dan
anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM2.723 juta.
•Anggaran 60% pelaburan Koperasi – RM1,633,800
•Anggaran 40% pelaburan Anggota – RM1,089,200
•Nilai 1 syer RM500(Jumlah Syer ialah 2,179 syer)
•Maksima setiap anggota ialah 10 syer atau RM5,000
Dengan cara pembahagian syer dibuat berdasarkan untung bersih kemudian
dibahagikan 60% dan 40%, kemudian 40% ini dibahagikan dikalangan pemegang saham yang
melabur. MAT ke 24 melabuhkan tirainya pada jam 1.00 petang dan semua anggota dijemput untuk
menjamu selera dengan hidingan tengahari yang disediakan. Syabas dan tahniah kepada semua AJK
MAT ke-24 yang telah berjaya menganjurkan mesyuarat kali ini. Diharapkan mesyuarat akan
datang akan menarik lebih ramai anggota.
Jumpa lagi di MAT ke 25!
Sepanjang MAT 24
Grand Ballroom, Promenade Hotel
Tawau
4
Sehingga
bertemu lagi
di
MAT 25…..
6
Gambar di ambil semasa Mesyuarat Pertama Kick Off Stesen Minyak KO-SAWIT
yang berlangsung di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu pada 11hb November 2014 Telah dihadiri oleh wakil daripada,Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Smart Stream
Resources Sdn Bhd, Petron, Perunding CWE, Lee Kat Architect, EG Engineering, JUBM Sdn Bhd, dan Perunding Eureka.
Projek Stesen Minyak KO-SAWIT yang baru ini adalah
salah satu mercu tanda kejayaan dan pembangunan Koperasi
Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.
Menggunakan jenama SMART yang dikelolakan oleh Smart
Stream Resources Sdn Bhd sememangnya adalah satu langkah
yang proaktif untuk memperkenalkan jenama baru di Tawau
secara khasnya dan di Sabah secara amnya.
Selain membekalkan bahan petroleum seperti minyak
pelincir kereta dan motosikal, stesen minyak baru KO-SAWIT
juga turut dilengkapi kedai serbaneka yang dikenali sebagai
‘S’Mart’ dan kemudahan bayaran bil setempat.
Stesen minyak KO-SAWIT ini akan mempunyai wajah yang
baru seperti yang dapat dilihat melalui gambaran persektif yang
ceria dan menarik. Jualan bahan bakar petroleum juga dijangka
akan meningkat antara 20 hingga 50 peratus, sekaligus akan
menaikkan pendapatan Koperasi secara amnya.
Bukan itu sahaja, dengan pelaburan secara langsung daripada
anggota Koperasi (Nisbah: 60:40) di dalam pembinaan stesen
ini, maka pendapatan anggota juga dapat ditingkatkan.
Kontraktor yang telah dilantik untuk pembinaan stesen ini
ialah:
EG Engineering Service
No 19-3, Lot 26, Blok D, Tgkt 3
Inanam Business Centre
88450, Kota Kinabalu
Stesen ini dijangka akan siap pada 13hb Mei 2015.
Diharapkan dengan terlaksananya projek yang memberikan
pulangan yang tinggi ini, pada masa akan datang, akan menyusul
lagi projek – projek pembangunan yang menguntungkan dan
mengukuhkan lagi kedudukan Koperasi Kakitangan Sawit
Kinabalu Sabah Berhad sebagai koperasi terbaik di Sabah dan
salah satu koperasi yang terbaik di Malaysia.
6
7
Lawatan dari Koperasi
Peneroka Felda Umas 2
Jasamu dikenang…
Pada 27hb September 2014, Koperasi Peneroka Felda Umas 2 telah
mengadakan lawatan ke stesen minyak Sg Balung Koperasi.
Lawatan ini disertai oleh 12 wakil daripada Koperasi Felda dan 1
wakil daripada pihak SKM Tawau. Manakala, pihak Koperasi sendiri
pula terdiri daripada para ALK dan kakitangan.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai
aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara koperasi.
Bagaimanapun, fokus utama adalah berkaitan dengan pembukaan
stesen minyak baru Smart Stream Resouces Sdn Bhd.
Didalam lawatan ini, wakil daripada kedua-dua koperasi masing –
masing memberikan ucapan mengenai aktiviti perniagaan yang
dijalankan. Ucapan KKSKSB di sampaikan oleh Tn Bacho Jansie dan
Koperasi Felda disampaikan oleh En Mohamad Bin Bohari.
Semasa lawatan ini berlangsung, dijalankan juga sesi taklimat
mengenai stesen minyak baru Smart Stream Resources S/B yang
disampaikan oleh En Sufri Hajar.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan
makan tengahari. Di harapkan pada masa akan datang, lawatan yang
sebegini akan lebih kerap lagi agar koperasi yang berada sekitar
Tawau akan sama-sama membangun dan berdaya saing.
Beliau merupakan salah satu daripada pengasas Koperasi yang ditubuhkan pada 19hb September 1989. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung, Pengurus, Pengurus Umum dan
Pengurus Besar, beliau telah mentadbir Koperasi selama lebih kurang 25 tahun.
Sepanjang berkhidmat di Koperasi beliau telah berjaya membawa banyak perubahan positif dari segi jumlah
keanggotaan, jumlah modal saham, aktiviti perniagaan yang pelbagai dan banyak lagi.
Kejayaannya terbukti dengan penerimaan beberapa anugerah pencapaian yang berprestij yang diperolehi oleh Koperasi
samada peringkat negeri Sabah mahupun diperingkat nasional. Atas usaha beliau yang gigih, Koperasi dapat bekerjasama
dengan baik dengan semua pihak dan saling bantu membantu untuk mencapai visi dan misi yang disasarkan.
Semoga pada masa akan datang , beliau akan berjaya di dalam apa juga lapangan yang diceburi
Beliau ialah Noor Salleh Hj Tamanong. -Thank you for everything-
9
Info terkini….
Assalammualaikum dan salam
sejahtera..
Pihak Koperasi telah mewujudkan satu
mekanisma perhubungan yang baru
untuk anggota dan rakan niaganya.
Mekanisma ini di kenali sebagai
Infoblast.
Infoblast adalah satu perkhidmatan
online yang membolehkan pihak
Koperasi menghantar mesej melalui
komputer ke telefon mudah alih anda.
Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi
mengalu-alukan kerjasama anda untuk
memberikan nombor perhubungan
mudah alih yang terkini untuk
mendapatkan informasi dan maklumat
pada masa akan datang.
Save Money
on your Car
Petrol Costs
by up to 20%
Step 1 – Make your car / vehicle more efficient -Remove unwanted items from the boot / car -Don’t fill your petrol tank to full -Keep your tyres inflated -Keep your engine tuned and serviced -Use the correct engine oil -Choose the appropriate fuel, only use better fuel if your car is a performance vehicle. Step 2 – Drive more efficiently -Keep your rev counter (the one other than the speedometer) below 2500rpm. -Drive in a high gear -Slow down gradually -Being aware of your surroundings while driving Turn off your engine while waiting at a red signal at a traffic light -Air-conditioning On vs. Window Down Step 3 – Park more efficiently Step 4 – Grab some cashback for your petrol purchases Step 5 – Old-fashioned ways to Save Money -Carpool -Drive during non-peak hours, outside of 7am-9am and 5.30pm-7.30pm on Weekdays
Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and
services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa
Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai
penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang
telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding
dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap
bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir
manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap
peringkat .
Sudahkah anda mendaftar?
Nombor cukai barangan & perkhidmatan
Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad ialah:
001717284864
Saving vs Paying off Your Loan - Which is Better?
PETRONAS AUTHORISED DISTRIBUTOR:-
TAWAU AREA:-
INLAND BEST SDN BHD (CO. 726177-A)
LOT C48, MEGAH INDUSTRIAL PARK,
KM 6, JALAN TIKU, 91000 TAWAU.
P.O.BOX 60971,
91019 TAWAU, SABAH.
TEL: 089-926028 / 013-8836025
FAX: 089-926025
LAHAD DATU AREA:-
INLAND BEST (LD) SDN BHD
(CO. 901638-D)
MILE 3.5, JALAN SEGAMA,
91120 LAHAD DATU, SABAH.
P.O.BOX 62488,
91128 LAHAD DATU, SABAH.
TEL: 089-888602 / 010-9318379
FAX: 089-886602
Kami di KKSKSB mengalu alukan penglibatan anggota dan rakan niaga untuk
mengiklankan perniagaan, pengenalan , aktiviti rekriasi dan sebagainya.
Harga adalah berpatutan..
1 muka surat - RM1,500.00
½ muka surat - RM1,000.00
¼ muka surat - RM 600.00
12cm x 6 cm - RM 200.00
6cm x 6cm - RM 100.00
Sila berhubung dengan pihak
KKSKB untuk tempahan ruangan
iklan
TEL: 089-778323/773632
FAX:089750708
Email: kksksbtawau@gmail.com
PERHATIAN!
Kepada anggota yang berminat memberikan sumbangan
penulisan dan karya, sila hantarkan kepada kami.
Sekiranya karya anda terpilih bayaran akan akan
diberikan. Bayaran adalah seperti berikut:
¼ muka surat = RM30
½ muka surat = RM50
1 muka surat = RM100
Hantarkan karya anda sekarang!!!
Seluruh Ahli Lembaga dan Pengurusan Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu
Sabah Berhad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015.
Semoga tahun baru ini memberikan lebih banyak pencapaian, kejayaan dan
kesejahteraan kepada semua.
11
2015 Calendar
January February March April Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4
4 5 6 7 8 9 10 8 9 10 11 12 13 14 8 9 10 11 12 13 14 5 6 7 8 9 10 11
11 12 13 14 15 16 17 15 16 17 18 19 20 21 15 16 17 18 19 20 21 12 13 14 15 16 17 18
18 19 20 21 22 23 24 22 23 24 25 26 27 28 22 23 24 25 26 27 28 19 20 21 22 23 24 25
25 26 27 28 29 30 31 29 30 31 26 27 28 29 30
May June July August Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 1
3 4 5 6 7 8 9 7 8 9 10 11 12 13 5 6 7 8 9 10 11 2 3 4 5 6 7 8
10 11 12 13 14 15 16 14 15 16 17 18 19 20 12 13 14 15 16 17 18 9 10 11 12 13 14 15
17 18 19 20 21 22 23 21 22 23 24 25 26 27 19 20 21 22 23 24 25 16 17 18 19 20 21 22
24 25 26 27 28 29 30 28 29 30 26 27 28 29 30 31 23 24 25 26 27 28 29
31 30 31
September October November December Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4 5 1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12 4 5 6 7 8 9 10 8 9 10 11 12 13 14 6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19 11 12 13 14 15 16 17 15 16 17 18 19 20 21 13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26 18 19 20 21 22 23 24 22 23 24 25 26 27 28 20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 25 26 27 28 29 30 31 29 30 27 28 29 30 31
Recommended