View
1.059
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
1
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga soalan 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Cikgu Azhar telah memberikan amaran kepada Kumar dan Ah Keong kerana ________ sering ponteng kelas.
A diaB kitaC kamiD mereka
2 Ayah menghadiahi ________ emak bunga sempena Hari Ibu.
A sekotakB sekepingC sejambakD sebungkus
3 Setelah kek masak, kakak meletakkannya di ________ meja bersama hidangan lain untuk dimakan.
A tengahB pinggirC bawahD dalam
4 Menteri Pendidikan Malaysia akan datang ke sekolah kita. ________ akan merasmikan bangunan sekolah yang baharu dibina.
A DiaB AwakC BeliauD Kalian
2
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Encik Mutusamy memandu keretanya dengan berhati-hati semasa menaiki bukit yang ________.
A tegakB curamC sengetD landai
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Setiap hari, Encik Lim ________ rumput yang tumbuh di atas batas di kebun sayurnya.
A menebasB membajaC menanamD mencabut
3
7 Nenek ________ agar pokok rambutan yang ditanamnya akan cepat membesar dan berbuah lebat suatu hari nanti.
A diharapB harapanC berharapD mengharap
8 Perlawanan bola keranjang itu terpaksa ditunda ________ sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
A sertaB tetapiC keranaD bahkan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Puan Aminah sedang ________ dulang minuman untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumahnya.
A memikulB menatangC membimbitD menjunjung
10 ________ kalian berpuas hati dengan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat kami.
A JemputB Harap
4
C MintaD Sila
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Encik Lau ________ serawan jala ke dalam laut untuk menangkap ikan.
A membalingB membuangC melontarD menebar
12 Hasil tangkapan nelayan di pantai timur semakin berkurangan. ________ , ketika musim tengkujuh melanda.
A Lantaran ituB Lebih-lebih lagiC Walau bagaimanapunD Sungguhpun begitu
13 Orang asli itu membawa beberapa ________ jagung dan beberapa ________ petai dari kebunnya.
A tongkol ... papan
5
B batang … kepingC jambak ... pucukD longgok ... berkas
14 Masyarakat Melayu di kampung akan bergotong-royong bagi menjayakan majlis ________ di tempat mereka.
A jual-beliB riuh-rendahC pindah-randahD kenduri-kendara
15 Murid-murid dikehendaki memakai ________ ketika bersenam di padang.
A pakaian adatB pakaian sukanC pakaian seragamD pakaian angkatan
16 Bapa Selvi ________ apabila mendapati beberapa ekor itiknya dicuri malam tadi.
A diam ubiB naik darahC lipas kudungD kera sumbang
17 Puan Maria menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang ________.
A bagai bulan jatuh ke ribaB seperti bulan dipagar bintangC seperti cincin dengan permataD bagai menatang minyak yang penuh
18 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang ________ masalah disiplin para pelajar.
A bagiB akanC tentangD dengan
6
19 Kakak Lilian menggunakan ________ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
A sendukB gelasC garpuD pisau
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.
20 Tangan ibu berbau ________ setelah menyiang ikan yang akan dimasak untuk makan malam.
A hanyir B busukC hamis D hapak
21 Kita mesti membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan teliti.Perkataan sama maksud bagi perkataan yang bergaris ialah ...
A lalaiB hematC cermatD saksama
22 Dia menafikan apa saja pertuduhan yang dikenakan kepadanya.Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.
A melawanB mengakuiC mengikutiD menentang
7
Soalan 23 dan soalan 24. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23 I
IIIIIIV
Seharian Pak Tam meragut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan penduduk kampung.Lelaki kurus itu cuba meragut beg tangan perempuan yang sedang menunggu bas.Lembu-lembu Encik Samy sedang meragut rumput di padang.Perbuatan meragut dan pecah rumah sering terjadi sejak kebelakangan ini.
A I dan II sahajaB II dan III sahajaC I, II dan III sahajaD II, III, dan IV sahaja
24 IIIIIIIV
Mata adik bengkak kerana digigit semut. Mata pisau yang baru diasah itu sungguh tajam. Kakak mencari mata untuk melepaskan diri daripada dikejar anjing liar itu.Mata pencarian penduduk kampung itu semakin terancam kerana masalah kemarau.
A I dan IIB I dan IVC I, II dan IVD II, III dan IV
25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Pukul berapakah bas itu dijangka sampai di bandar Seremban?
A Perjalanan bas itu di bandar Seremban mengambil masa lima jam.B Bas itu dijangka sampai di bandar Seremban pada pukul 5.00 petang.C Bas itu biasanya bertolak di bandar Seremban pada pukul 5.00 petang.D Bas itu akan sampai dan berhenti di bandar Seremban sebelum menuju ke Ipoh.
26 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Air longkang di belakang rumah Encik Jacob bertakung kerana dipenuhi sampah sarap.
A Mengapakah air longkang di belakang rumah Encik Jacob bertakung?
8
B Bilakah air longkang di belakang rumah Encik Jacob bertakung?C Bagaimanakah sampah sarap itu boleh masuk ke dalam longkang?D Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan air longkang di belakang rumah Encik
Jacob bertakung?
Soalan 27 dan soalan 28. Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27 Kerja-kerja mengecat bilik guru itu telah disiapkan oleh murid-murid Tahun Enam Seroja.
A Murid-murid itu telah mengecat bilik Tahun Enam Seroja.B Murid-murid Tahun Enam Seroja menyiapkan kerja di bilik guru itu.C Murid-murid Tahun Enam Seroja diarahkan untuk mengecat bilik guru itu.D Murid-murid Tahun Enam Seroja telah siap mengecat bilik guru itu.
28 “Wah, cantik sungguh baju kamu malam ini!” puji Anita kepada Mei Lin.
A Kata Anita, baju Mei Lin yang cantik malam ini.B Anita memuji kecantikan baju Mei Lin pada malam ini.C Mei Lin memuji baju Anita kerana cantik pada malam ini.D Anita menyatakan kecantikan bajunya pada malam ini kepada Mei Lin.
Soalan 29 dan soalan 30. Pilih ayat yang betul.
29 A Tolong jangan bermain di longkang itu.B Harap memetik bunga di taman itu.C Minta makan kuih yang dihidangkan itu.D Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil ibu di dapur.
30 IIIIIIIV
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.Burung-burung keluar mencari makanan bila hari siang.Banyak orang mengunjungi Port Dickson pada hujung minggu.Di pagi itu, jualan nasi lemak dan kuih muih Mak Nani tidak laku.
A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV
9
Soalan 31 hingga soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit berjangkit yang dibawa oleh lalat.
Penyakit taun tertumpu pada saluran penghadaman akibat jangkitan bakteria atau kuman.
Penyakit taun merebak apabila kuman daripada pesakit atau pembawa menjangkiti
seseorang melalui mulut. Kuman taun ini boleh tersebar melalui pengambilan makanan
yang kotor dan tidak terurus. Lazimnya, terdiri daripada makanan yang terdedah, tidak
dimasak dan makanan sejuk.
Lalat tidak mempunyai sistem penghadaman. Setiap kali lalat ingin makan makanan
lain, lalat terpaksa memuntahkan makanan yang dimakan sebelumnya. Melalui cara
itulah lalat membawa kuman selain makanan atau najis yang terlekat pada kakinya yang
berbulu.
Kuman taun mengambil tempoh antara lima hingga enam hari untuk merebak
di dalam badan sehingga menunjukkan tanda penyakit sebenar. Antara tanda-tanda
jangkitan serius kuman taun ialah cirit-birit yang berterusan, muntah yang teruk dan
najis cair yang berwarna. Kejadian cirit-birit ini disebabkan oleh pengeluaran racun
oleh vibro cholera semasa di dalam usus yang menyebabkan air di dalam badan keluar
memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami
kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium.
Pada peringkat kedua, penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan.
Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping
masalah cirit-birit yang menyebabkan tubuh kehilangan banyak air. Jika suhu badan
penghidap terus meningkat secara mendadak, mungkin penghidap akan koma atau mati.
10
31 Bagaimanakah cara penyakit taun dapat berjangkit?
A mulutB najisC udaraD makanan
32 Perkataan penghadaman dalam petikan bermaksud ...
A pengisaranB pencernaanC pemerosesanD pemusnahan
33 Berikut merupakan antara cara kuman taun merebak kecuali
A air yang tidak dimasak.B makanan yang sudah basi.C muntah lalat pada makanan.D kaki lalat yang mengandungi najis.
34 Pada pendapat kamu, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mencegah penyakit taun?
A Majlis Perbandaran NegeriB Kementerian PerdaganganC Kementerian KesihatanD Ketua Kampung
35 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A Kuman taun merebak melalui mulut.B Sistem penghadaman lalat dapat memproses makanan yang berkuman.C Kaki lalat yang berbulu membawa makanan dan najis yang berkuman.D Cirit-birit yang berterusan dan muntah yang teruk merupakan antara tanda-tanda jangkitan
serius kuman taun.
11
Soalan 36 hingga soalan 40Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Joseph : Eh, Nathan rupanya!
Nathan : Eh, ini abang Joseph, kan? Apa khabar, abang?
Joseph : Khabar baik. Setahu abang, kamu tinggal di kampung. Bila kamu ke sini?
Nathan : Kira-kira setahun yang lalu. Saya sudah nekad untuk terus berada di bandar ini.
Joseph : Apa maksud kamu, Nathan? Adakah sesuatu telah menimpa kamu?
Nathan : Sebenarnya, saya telah berjanji yang saya tidak akan balik selagi saya belum
berjaya. Saya berasa kesal kerana mengabaikan pelajaran. Akibat salah
langkah, saya gagal dalam peperiksaan. Semua ahli keluarga
memandang rendah terhadap saya.
Joseph : Hanya kerana hal itu kamu membawa diri ke sini?
Nathan : Ada cerita lain, abang. Sejak berhenti sekolah, saya dan kawan-kawan menjadi
kutu embun. Setiap hari, kami melepak di tepi jalan, merokok dan merosakkan
harta benda awam. Kadang-kadang, kami mencuri.
Joseph : Tidak terfikirkah kamu bahawa perbuatan itu sia-sia sahaja?
Nathan : Saya sedar lambat-laun saya akan tertangkap juga. Tetapi, saya tidak dapat
mengubah sikap dengan serta-merta kerana sudah terpengaruh dengan kawan-
kawan. Akhirnya, saya … (sedih). Keluarga turut menanggung malu
atas kesilapan saya. Ibu selalu menangis kerana saya.
Joseph : Sedih juga abang mendengar cerita kamu.
Nathan : Saya malu, abang. Saya berazam belajar bersungguh-sungguh di kelas malam.
Pada sebelah siang, saya bekerja sebagai pembantu jurujual di pasar raya.
Saya ingin menjadi orang yang baik.
Joseph : Baguslah, Nathan. Nampaknya kamu belajar daripada pengalaman silam.
Sungguhpun begitu, elok rasanya kamu kirim surat kepada keluarga untuk
bertanya khabar. Jangan biarkan mereka tertanya-tanya akan kehilangan kamu.
Nathan : Saya faham, abang. Terima kasih kerana menasihati saya.
12
36 Semasa di kampung, Nathan melakukan kesilapan yang berikut kecuali
A cuai dalam pelajaran.B merokok dan mencuri.C tidak menghormati ibu bapa.D bergaul dengan budak-budak nakal.
37 Rangkai kata memandang rendah bermaksud ...
A tidak menghormatiB memarahi dan menderaC memberikan perhatianD tidak mempedulikan
38 Apakah yang mungkin berlaku kepada Nathan apabila dia berkata, “Akhirnya saya...”
A ditangkap dan dibawa ke balai polisB dimarahi oleh kawan-kawannyaC dipukul oleh kawan-kawannyaD didenda oleh ibu bapanya
39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Nathan.
A Dia insaf akan keterlanjurannya.B Dia masih disayangi oleh ibu bapanya.C Dia berdikari dan berusaha mengubah nasibnya.D Dia berdendam terhadap semua ahli keluargnya.
40 Pada pendapat kamu, apakah hubungan antara Nathan dengan Joseph?
A adik-beradikB abang kandungC rakan sekampungD bekas rakan sekelas
13
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU SJK PEMAHAMAN SET 1
SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN
1 D 21 C
2 C 22 B
3 A 23 D
4 C 24 C
5 B 25 B
6 D 26 A
7 C 27 D
8 C 28 B
9 B 29 D
10 B 30 B
11 D 31 A
12 B 32 B
13 A 33 B
14 D 34 C
15 B 35 B
16 B 36 C
17 D 37 A
14
18 C 38 A
19 A 39 D
20 A 40 C
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU SJK PEMAHAMAN SET 1
SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN JSU
1 M 21 S Mudah = 23
2 M 22 M Sederhana = 14
3 M 23 M Tinggi = 3
4 S 24 M
5 T 25 S
6 M 26 S
7 M 27 M
8 S 28 M
9 S 29 M
10 M 30 S
11 M 31 M
12 S 32 T
13 M 33 M
14 S 34 M
15 M 35 S
16 M 36 S
15
17 M 37 T
18 S 38 S
19 M 39 S
20 M 40 M
Recommended