View
228
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN
BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN
MAGNET TERHADAP KONDUKTOR PEMBAWA ARUS
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya SHAFIYAH BINTI MOHAMED
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
_________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 1399 KG DARAT SUNGAI ULAR,
26080 KUANTAN,
PAHANG
DR NORAFFANDY BIN YAHAYA
Nama Penyelia
Tarikh: 13 APRIL 2010 Tarikh: 13 APRIL 2010
“Saya aku
ini adalah
S
Tan
Nam
Tari
ui bahawa sa
memadai da
Sarjana Mud
datangan
ma Penyelia
ikh
aya telah me
ari segi skop
da Sains dan
: ........
:
:
mbaca karya
dan kualiti u
Komputer S
....................
DR. NORA
13 APRIL
a ini dan pad
untuk tujuan
Serta Pendid
....................
AFFANDY
L 2010
da pandanga
n penganuge
dikan (Fizik)
....................
BIN YAHA
an saya karya
rahan Ijazah
”
..........
AYA
ii
a
h
iii
achine.com http://www.broadgun.com
PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN OBJEK PEMBELAJARAN BAGI
SUBJEK FIZIK TINGKATAN 5: MENGANALISIS KESAN MAGNET
TERHADAP KONDUKTOR PEMBAWA ARUS
SHAFIYAH BINTI MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
“
r
“Saya aku
ringkasan y
Tan
Nam
Tari
i karya ini a
yang tiap-ti
datangan
ma Penulis
ikh
adalah hasi
iap satunya
: ........
:
:
l kerja saya
telah dinya
....................
SHAFIYA
13 APRIL
a sendiri kec
atakan sumb
....................
AH BINTI M
L 2010
cuali nukila
bernya”
...................
MOHAMED
an dan
iv
vi
Dedikasi
Buat ibu bapaku…
Buat keluargaku…
Buat keretaku…
Buat teman teristimewaku...
Buat teman-teman baikku…
Buat kawan-kawanku…
Terima kasih semua...
Tanpa kalian siapalah aku…
vii
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah. Dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada waktunya. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia saya iaitu Dr. Noraffandy Bin Yahaya di atas dorongan
dan kerjasama yang baik darinya. Jasa Dr. amatlah besar pada saya dan saya
bersyukur berada di bawah seliaan Dr.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi semangat
kepada anaknya yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Insyaallah anakmu ini akan
terus berjuang sehingga ke akhir hayat. Jutaan terima kasih juga kepada kawan-
kawan baik yang sentiasa ada dikala memerlukan, Jumayah diatas kritikan yang
membina dan ramai lagi. Jasa kalian akan ku kenang selamanya.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Moga kalian semua sentiasa berada di bawah
keredaanNya. Semoga kita semua terus berjaya dengan cemerlang pada masa akan
datang. Sesungguhnya kejayaan boleh dicapai oleh orang biasa dengan cara yang
luar biasa.
viii
ABSTRAK
Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran
menggunakan objek pembelajaran bagi topik kecil, menganalisis kesan magnet
terhadap konduktor pembawa arus. Kumpulan sasaran bagi pembangunan ini ialah
pelajar sekolah menengah tingkatan 5 khususnya yang mengambil subjek fizik.
Pembangunan perisian ini berlandaskan model rekabentuk ADDIE. Aplikasi ini
telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash 8 dan perisian
sokongan seperti Adobe Photoshop CS3 dan Sony Sound Forge. Perisian ini juga
dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi untuk menarik perhatian dan meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran menjadi suatu pembelajaran yang interaktif. Adalah diharapkan
perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk mengukuhkan
kefahaman tentang konsep elektromagnet dan sekaligus menarik minat untuk belajar.
Selain itu, pembangunan ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah pelajar yang
menganggap topik ini sukar untuk difahami.
ix
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a courseware for the subtopic
analyzing magnetic effect of a current carrying conductor. The target group for this
software is Form 5 science stream students. The courseware is developed based on
ADDIE instructional design model, and is built by using Macromedia Flash 8 and
other supporting applications such as Adobe Photoshop CS3 and Sony Sound Forge.
The courseware incorporated various elements such as texts, graphics, audio and
animation to attract students’ attention and create a more interactive learning
environment. It is hoped that this courseware would help student in understanding
electromagnetic concepts better, hence provide a better learning environment to
them, besides overcoming student’s perception on the topic as difficult to understand.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN x
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 4
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.5.1 Guru 6
1.5.2 Pelajar 6
1.5.3 Ibu Bapa Dan Masyarakat 7
1.5.4 Sekolah 7
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Skop Dan Batasan 8
1.8 Definisi Istilah 9
xi
1.8.1 Multimedia 9
1.8.2 Perisian Pengajaran Berbantukan
Komputer
9
1.8.3 Objek Pembelajaran 9
1.8.4 Pembelajaran 10
1.8.5 Elektromagnet 10
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Masalah Pembelajaran 12
2.2.1 Masalah Subjek Fizik 12
2.2.2 Konsep Elektromagnet 13
2.3 Objek Pembelajaran 14
2.4 Perkembangan PBK dalam P&P 17
2.5 Kepentingan PBK Dalam P&P 19
2.6 Teori Pembelajaran 20
2.6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme
(Tingkah laku)
21
2.6.2 Teori Pembelajaran Kognitif
(Kognitivisme)
23
2.6.3 Teori Pembelajaran Konstruktif
(Konstruktivisme)
24
2.7 Model Rekabentuk Pengajaran 25
2.7.1 Model ASSURE 26
2.7.2 Model Air Terjun (Waterfall) 27
2.7.3 Model ADDIE 28
2.8 Penutup 29
xii
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 30
3.2 Teori yang dipilih 31
3.3 Strategi Yang Dipilih 31
3.4 Model Yang Dipilih 31
3.5 Rasional Pemilihan Model ADDIE 32
3.6 Model Rekabentuk Pengajaran ADDIE 32
3.6.1 Analisis 33
3.6.2 Fasa Reka Bentuk 33
3.6.2.1 Reka Bentuk Informasi 34
3.6.2.2 Reka Bentuk Interaksi 34
3.6.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 34
3.6.3 Fasa Pembangunan 35
3.6.4 Fasa Perlaksanaan 35
3.6.5 Fasa Penilaian 35
3.7 Carta Aliran Aplikasi Multimedia 36
3.8 Pemilihan Perisian Dan Perkakasan Bagi
Membangunkan Aplikasi Multimedia
37
3.9 Penyebaran Aplikasi Multimedia 39
3.10 Elemen-Elemen Multimedia 40
3.10.1 Teks 41
3.10.2 Grafik 41
3.10.3 Audio 41
3.11 Penutup 42
4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Aturan Aliran Perisian 44
4.3 Ciri-Ciri Aplikasi Multimedia 45
4.3.1 Reka Bentuk Informasi 47
xiii
4.3.1.1 Objektif Pembelajaran
Yang Jelas
48
4.3.1.2 Kandungan Yang
Menyokong Matlamat
Pendidikan
48
4.3.1.3 Sistem penyampaian yang
sesuai
49
4.3.1.4 Struktur Aktiviti Yang
Sesuai
50
4.3.1.5 Memberi Pilihan Kepada
Pelajar Dalam Objek
Pembelajaran
50
4.3.1.6 Memberi Pelbagai Ruang
Aktiviti Yang Boleh
Menangani Pelbagai Mod
Pembelajaran
51
4.3.2 Reka Bentuk Interaksi
52
4.3.3 Rekabentuk Antaramuka
54
4.4 Penutup
56
5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Refleksi 58
5.3 Perbincangan 58
5.4 Masalah Dan Kekangan Yang Dihadapi 59
5.4.1 Kekangan Kemahiran Dan
Kepakaran
59
5.4.2. Pengurusan Masa 60
xiv
5.5 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 60
5.5.1 Kekuatan Perisian 60
61 5.5.2 Kelemahan Perisian 5.6 Cadangan 62
5.6.1 Penguasaan Kemahiran Dalam Perisian
62
5.6.2 Menambah Elemen Soalan 62
5.6.3 Meningkatkan Prestasi Komputer 63
5.6.4 Menjalankan Pengujian Dan
Penilaian Formal Terhadap Perisian
63
5.6.5 Memperluas Penyebaran Perisian 63
5.6.6 Varifikasi Pembangunan 64
5.7 Penutup 64
RUJUKAN 65
xv
SENARAI RAJAH
BIL. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model Teori Tingkah Laku 22
2.2 Model Air Terjun 27
3.1 Model Addie 32
3.2 Carta Aliran Aplikasi Multimedia 36
4.1 Skrin Montaj 46
4.2 Paparan Pertama Faktor Mempengaruhi
Kekuatan Magnet
46
4.3 Paparan Pertama Aplikasi 47
4.4 Objektif 48
4.5 Isi Kandungan Pelajaran 49
4.6 Format Exe 49
4.7 Aktiviti Dalam Aplikasi 50
4.8 Pilihan Pelajar 51
4.9 Ruang Aktiviti Pelbagai Mod Pembelajaran 52
4.10 Kebebasan Memilih 52
4.11 Kebebasan Memilih Menu 53
4.12 Kepelbagaian Warna 54
4.13 Kepelbagaian Warna 54
4.14 Tulisan Bell Gothic Std Light 55
4.15 Kepelbagaian Tulisan 55
xvi
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantu Mengajar
CD-ROM Compact Disk Read Only Memory
CPU Unit Pemprosesan Pusat
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah
KPM Kementerian Pengajian Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
PPBK Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer
RAM Ingatan Capaian Rawak
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Dunia dilanda gelombang arus perdana yang kian hebat dari semasa ke
semasa. Setiap sektor terkena bahang dari kemajuan dan kecanggihan teknologi
yang berkembang. Ini termasuklah sektor pendidikan yang kian berkembang.
Manusia semakin bijak menguruskan masalah yang melanda. Ini telah membawa
perubahan yang besar dalam sektor pendidikan dari segi pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Hjetland(1995 dalam Rozinah, 2003), menyatakan bahawa teknologi
dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan
teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Ini
tidak dapat disangkal lagi,memandangkan mahu atau tidak kita tidak boleh lari dari
kemajaun. Jika kita lari, kita akan ketinggalan tetapi orang lain terus maju ke depan.
Justeru itu, teknologi telah meresap masuk dalam dunia pendidikan, subjek yang
diperkenalkan dalam dunia pendidikan semakin bertambah. Oleh itu, diharapkan
teknologi yang dihasilkan akan memberi impak yang positif terutama dalam bidang
pendidikan bagi melahirkan generasi yang mantap dan berjiwa kental selari dengan
aspek rohani.
Di dalam kehidupan kita seharian, banyak aktiviti yang berlaku. Sedar atau
tidak, ini semua melibatkan fizik. Fizik adalah satu cabang sains yang menghuraikan
2
fenomena semulajadi merangkumi sifat bahan dan tenaga. Ianya perlu diterokai
kerana fizik adalah suatu bidang yang luas. Atas alasan inilah, pihak kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan fizik sebagai satu
subjek yang perlu diambil bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5 di peringkat sains tulen.
Bagi mengelakkan kekeliruan silibus, KPM turut menyediakan sukatan pelajaran
yang dijadikan garis panduan dalam pengajaran.
Walau bagaimanapun, fizik bukanlah suatu cabang yang mudah untuk
dikuasai. Malah para saintis dan para cendekiawan masih lagi mencari jawapan bagi
setiap perkara yang melibatkan persoalan di dalam hidup kita. Berdasarkan
pengalaman pembangun dan rakan-rakan sebagai guru pelatih, ramai pelajar
menyatakan bahawa subjek fizik merupakan satu subjek yang paling susah untuk
mereka kuasai berbanding subjek biologi dan kimia. Oleh itu, pelajar yang dapat
menguasai subjek ini dikatakan pelajar yang paling hebat di dalam sekolah.
Disebabkan kesukaran untuk menguasai subjek fizik ini, kebanyakan pelajar tidak
berminat dan hanya segelintir sahaja yang mengambil subjek ini.
Setiap individu adalah unik. Mereka mempunyai stail pembelajaran yang
tersendiri yang memudahkan mereka untuk mengingat. Menurut Howard
Garner(1983), manusia mempunyai 8 aras kecerdikan yang berbeza. Menurutnya,
aras kecerdikan ini terbahagi kepada 8 aras iaitu:
i. Perkataan (linguistic intelligence)
ii. Nombor atau logik (logical-mathematical intelligence)
iii. Gambar (spatial intelligence)
iv. Muzik (musical intelligence)
v. Refleksi kendiri (intrapersonal intelligence)
vi. Pengalaman fizikal (bodily-kinesthetic intelligence)
vii. Pengalaman sosial (interpersonal intelligence)
viii. Pengalaman dengan alam semulajadi (naturalist intelligence)
3
Oleh itu, guru sebagai medium pengajaran yang utama perlulah mengambil
inisiatif dalam pengajarannya. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza serta stail pembelajaran yang berbeza. Dengan reka bentuk
dan stail pengajaran yang berbeza, ini sekaligus akan menarik minat pelajar dan lebih
bermotivasi. Memandangkan zaman teknologi telah melanda, penggunaan teknologi
dalam pembelajaran dan pengajaran perlulah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai suatu
usaha bagi menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ini diharapkan dapat memupuk dan
meningkatkan semangat pelajar untuk terus meneroka sesuatu yang baru dan persepsi
mereka tentang fizik dapat diubah kepada yang lebih baik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengikut pengalaman pembangun dan rakan- rakan semasa menjalani latihan
mengajar, kebanyakan pelajar tidak menunjukkan pencapaian akademik yang
memuaskan. Pelajar tidak menguasai subjek berkenaan kerana mereka tidak faham
bagaimana sesuatu proses sains itu berlaku. Mereka juga mengalami masalah
kesukaran dalam menghubungkaitkan konsep fizik dalam kehidupan seharian. Ini
menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara diantara pelajar yang cemerlang dan
pelajar yang lemah dalam subjek ini. Ini sekaligus akan menyebabkan minat mereka
merosot dan kurang motivasi untuk belajar fizik.
Suatu proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan berkesan apabila
penerima memahami apa yang diajarkan oleh penyampai. Secara tidak langsung,
guru perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aras pembelajaran
mereka. Terdapat juga segelintir pelajar yang mengambil subjek fizik hanya kerana
ingin memenuhi tuntutan pekerjaan yang diingininya tanpa memikirkan minat
mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan dalam mengesan
pelajar ini supaya tidak megganggu pelajar lain sekaligus menimbulkan minat
mereka terhadap subjek ini. Oleh itu, pembelajaran secara tradisional tidak lagi
boleh digunapakai dalam pengajaran guru.
4
Dewasa ini, KPM telah membekalkan ABM dalam bentuk CD kepada guru-
guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Ini diharapkan dapat menerapkan
elemen teknologi dalam sistem pendidikan. Oleh yang demikian, pendidikan yang
diintegrasikan dengan teknologi amat digalakkan penggunaannya. Oleh itu, satu
aplikasi yang interaktif diperlukan bagi menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan
kepada pelajar. Maka pembangunan perisian berasaskan objek pembelajaram
merupakan satu alternatif kepada guru dan pelajar untuk belajar.
Objek pembelajaran bukan sesuatu yang baru pada dunia sekarang. Tetapi
objek pembelajaran masih kurang pendedahan yang diberikan di negara kita. Objek
pembelajaran adalah satu sumber, biasanya digital dan berbentuk web ynag boleh
digunakan dan boleh digunapakai untuk menyokong pembelajaran yang berlaku
(Metros,2002). Justeru itu, objek pembelajaran menawarkan konsep terbaru,
berbanding konsep tradisional yang lebih kecil, kendiri dan satu unit yang boleh
diguna semula. Objek pembelajaran ini adalah merupakan satu teknologi yang akan
berkembang luas dalam bidang sistem pengurusan pembelajaran. Pembelajaran yang
berinteraktif dapat membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah kesukaran dalam pembelajaran fizik di kalangan pelajar bagi tajuk
elektromagnet telah menyebabkan pelajar tidak mendapat pencapaian yang baik
dalam akademik mereka. Hal ini kerana timbulnya salah faham konsep bagi topik
elektromagnet. Menurut Hapkiewicz (1992), pelajar beranggapan semua besi akan
tertarik pada magnet. Selain itu, pelajar beranggapan hanya magnet yang dapat
menghasilkan medan magnet. Tambahan lagi, penggunaan aplikasi dalam topik
elektromagnet juga kurang memandangkan aplikasi ini kurang terdapat di pasaran.
Oleh itu, satu aplikasi perisian berasaskan objek pembelajaran dibangunkan.
Tujuannya adalah supaya pelajar dapat mengatasi salah faham konsep fizik dan
menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran fizik. Selain itu, perisian ini
5
juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar dan tidak mudah berputus
asa.
Dengan mengaplikasikan perisian yang interaktif, pelajar akan lebih berminat
untuk belajar. Tambahan lagi, pelajar akan dapat membina konsep yang betul dalam
diri mereka. Konsep objek pembelajaran ini diaplikasikan bagi memberi peluang
kepada pelajar menjadi peserta dalam perisian dan bukan sekadar pemerhati semata-
mata. Ini sekaligus dapat membina hubungan dua hala pelajar dan bukan berteraskan
sistem tradisional. Dengan itu, pembelajaran yang dialami oleh pelajar lebih tenang
dan gembira.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama pembangunan perisian berasaskan objek pembelajaran adalah
untuk menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran fizik dan memberi
motivasi untuk belajar fizik. Aplikasi ini dibangunkan bagi:
i. merekabentuk aktiviti pembelajaran mengunakan pendekatan objek
pembelajaran bagi tajuk elektromagnet dalam subjek fizik tingkatan 5.
ii. membangunkan perisian objek pembelajaran bagi tajuk elektromagnet dalam
subjek fizik tingkatan 5.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting dan boleh memberi manfaat kepada banyak pihak dalam
pelbagai bidang khususnya pendidikan. Secara umumnya, kajian ini memberi
manfaat kepada guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat serta sekolah.
Recommended