View
182
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
dad
Citation preview
PERBEZAAN PERSONALTI ANTARA KAUM MELAYU DAN CINA DALAM
KALANGAN MAHASISWA/MAHASISWI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAB 1 : PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan beberapa perkara mengenai kajian
yang dijalankan. Pengkaji akan menerangkan mengenai pengenalan, permasalahan,
objektif, dan kepentingan kajian yang dijalankan. Selain itu, pengkaji akan
memasukkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh ahli pengkaji yang lain
mengenai tajuk kajian ini, pendekatan teori, kerangka teoritikal dan definisi konsep
dan juga operasi kajian. Dalam akhir bab ini, pengkaji akan mengemukakan
hipotesis berdasarkan tajuk dan objektif kajian.
1.1 PENGENALAN
Perkataan personality merupakan perkataan yang diadaptasi daripada
perkataan Latin iaitu ‘persona atau personalitas’ yang merujuk kepada sifat
seseorang (Nordin Tahir, 2003). Menurut Matsumoto dan Juang (2004),
personaliti boleh didefinisikan sebagai satu set tingkah laku dan ciri-ciri
kognitif, tret atau predisposition yang berada di dalam individu pada situasi
yang berbeza, konteks, dan interaksi dengan orang lain. Keadaan ini
seterusnya menyumbang kepada perbezaan dalam kalangan individu. Dalam
psikologi Amerika Utara, personaliti adalah secara umum berdasarkan
kestabilan dan konsistensi konteks silang, situasi dan juga interaksi.
Goldenberg (1993) mengatakan bahawa di dalam kajian ini, personality
didefinisikan berdasarkan konsep personality “ Big Five”, iaitu Neurocitism
(N), Extraversion (E), Openness (O), Agreeableness (A), dan
Conscientiousness (C) (Blackburn, Renwick, Donnelly and Logan, 2003). Di
samping itu, Nordin Harun (2012) mengetengahkan konsep personality
sebagai sahsiah atau perwatakan atau keperibadian. Gatchel dan Mears
(1992) pula mengatakan bahawa personality merupakan corak respon
dalaman, mental dan emosi terhadap persekitaran (Nordin Harun, 2003).
Manakala, budaya pula didefinisikan sebagai pengaruh yang dikongsi
dan disebarkan secara sosial dan merupakan perkara yang penting untuk
1
mengkategorikan orang yang mempunyai kedudukan geografi, politik dan
bahasa yang berbeza daripada orang lain (Draguns, 1997). Barnouw (1985)
pula menjelaskan budaya sebagai suatu keadaan di mana sekumpulan
manusia berkongsi atau mengamalkan sikap, nilai, kepercayaan dan tingkah
laku yang mana telah diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang
seterusnya samada melalui bahasa atau bentuk komunikasi atau
perhubungan yang lain (Matsumoto, 1994). Budaya wujud dalam setiap diri
individu apabaila individu tersebut bertindak berdasarkan nilai dan tingkah
laku yang dikongsi. Selain itu, budaya tidak semestinya mematuhi atau
menerima apa yang diterima umum dalam budaya atau stereotaip dalam
sesuatu budaya. Budaya juga dikatakan tidak semestinya mematuhi atau
menerima apa yang dianggap umum kepada warganegara atau kerakyatan.
Apabila menerangkan mengenai budaya, maka harus diingat bahawa budaya
itu dicerminkan oleh sesuatu kaum.
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, cetakan kesembilan (1993)
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), kaum membawa maksud sekumpulan
orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar, suku
bangsa. Selain itu juga, kaum boleh merujuk kepada sesuatu kelompok
masyarakat yang mempunyai persamaan dari segi budaya,kepercayaan dan
rupa fizikal. Manakala, menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kaum merupakan
salah satu ciri yang termasuk di dalam istilah keturunan (Azizi Haji Yahaya,
Yusof Boon, Shahrin Hashim, 2008). Ianya termasuklah perbezaan
kebudayaan, yang diwarisi oleh setiap sekumpulan manusia di mana
kebudayaan itu merujuk kepada pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan
juga negara asal.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Hasil kajian yang dibuat oleh Khairul A. Mastor Firdaus M. Hamzah, Nik R.
Yaakob dan Khamsiah Jaafar pada tahun 2007, yang dijalankan terhadap
pelajar kaum Melayu dan pelajar kaum Cina dalam bidang kejuruteraan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pelajar Cina dalam bidang kejuruteraan
mempunyai tret personality Openness yang lebih tinggi berbanding pelajar
kaum Melayu. Tret personality Openness sangat penting di dalam bidang
2
kejuruteraan kerana bersikap terbuka kepada idea akan membekalkan
kecenderungan untuk mengenalpasti beberapa pendekatan yang berbeza
untuk menyelesaikan masalah dan ini terpulang kepada individu untuk
menunjukkan kepada semua orang bagaimana penyelesaian tersebut
memenuhi reka bentuk. Manakala hasil kajian Khairul A. Mastor Firdaus M.
Hamzah, Nik R. Yaakob dan Khamsiah Jaafar (2007) mendapati orang Melayu
memiliki Neuroticism dan Agreeableness, yang lebih tinggi berbanding
dengan orang Cina.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, orang Cina memiliki dimensi
personaliti Openness yang tinggi berbanding dengan orang Melayu. Dalam
kajian Surammah Ramanaidoo dan Balan Rathakrishnan (2009) mendapati
etnik Melayu bersikap lebih konservatif terhadap hubungan seks sebelum
kahwin berbanding dengan etnik Cina dan juga etnik-etnik lain. Daripada itu,
dapat dilihat bahawa orang Melayu adalah kurang memiliki pemikiran yang
terbuka dalam hal-hal tertentu contohnya hubungan seks. Perbezaan dari
segi aspek Openness dapat dikaitkan dengan perbezaan agama, norma,
budaya, cara hidup, kepercayaan, dan juga latar belakang yang menjadi
penentu kepada personaliti seseorang.
Menurut Kinsey (1953), agama merupakan faktor utama yang
mempengaruhi personaliti orang-orang Melayu kerana aktiviti-aktiviti seksual
di luar tabii adalah larangan dalam agama Islam (Ramanaidoo & Balan
Rathakrishnan, 2009) jika dibandingkan dengan budaya Cina yang bersifat
lebih terbuka dan kurang sekatan dari segi pergaulan. Khairul A. Mastor
Firdaus M. Hamzah, Nik R. Yaakob dan Khamsiah Jaafar (2007) mendapati
orang Melayu memiliki Neuroticism dan Agreeableness yang lebih tinggi
berbanding dengan orang Cina disebabkan orang Melayu kekurangan
keyakinan diri.
Dengan menjadikan kajian di atas sebagai rujukan, maka wujudlah
persoalan kajian iaitu apakah ciri-ciri personality istimewa yang dimiliki oleh
pelajar kaum Melayu dan Cina dan adakah terdapat perbezaan personaliti
antara kaum Melayu dan Cina dari aspek Neuroticism, Extraversion,
Openness, Agreeableness, dan Conscientiousness? Justeru itu, kajian ini akan
3
mengkaji apakah perbezaan personality antara mahasiswa/mahasiswi kaum
Melayu dan mahasiswa/mahasisiwi kaum Cina.
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah sangat penting dalam mengkaji perbezaan
personality di antara bangsa Melayu dan juga bangsa Cina, dari dimensi Big
Five iaitu Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan
Conscientiousness. Oleh yang demikian, menurut Coasta dan McCrae (2992)
di dalam Tiliopoulos, Pallier dan Coxon (2010), dalam usaha untuk mengkaji
personality adalah dengan menggunakan Intervensi Personaliti NEO (NEO PI-
R). Skala ini akan mengukur tret yang dalam anggaran normal, pengagihan
‘bell-curved’. Setiap lima dimensi NEO PI-R diwakili oleh enam atau lebih
skala yang spesifik bagi mengukur aspek-aspek yang terdapat di dalam
kelima-lima dimensi personaliti. Terdapat beberapa kepentingan yang boleh
didapati daripada hasil kajian perbezaan personality di antara kaum Melayu
dan juga kaum Cina.
Seperti yang diterangkan dalam bahagian permasalahan kajian, kaum
Cina memiliki aspek Openness yang lebih tinggi daripada kaum Melayu
manakala dari aspek Neuroticism, Extraversion, Agreeableness, dan
Conscientiousness kedua-dua kaum ini adalah hampir sama. Maka, kajian ini
amat penting untuk menerokai dan mengetahui personaliti yang dimiliki oleh
kedua-dua kaum ini, mengetahui persamaan atau perbezaan personaliti
kaum Melayu dan Cina, dan adakah hasil dapatan kajian ini adalah sama atau
perbeza dengan hasil-hasil kajian lepas.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji :
Perbezaan personaliti (Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness,
dan Conscientiouness) antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
1.5 SOROTAN KAJIAN LEPAS
4
Pelbagai kajian lepas berkenaan personaliti orang Malaysia telah dijalankan
oleh penyelidik tempatan dan juga penyelidik luar negara. Kebanyakan
penyelidikan mengaitkan personaliti dengan faktor-faktor yang berkenaan.
Antara kajian-kajian tersebut, personaliti selalunya digunakan sebagai
peramal kepada personaliti seseoramg individu. McCrae, Terracciano, dan 79
ahli daripada Profil Personaliti (2005) menjalankan kajian terhadap personaliti
agregat. Kajian tersebut menghasilkan satu data purata personaliti budaya
menggunakan skor responden yang diperoleh dari NEO Personality Inventory
(NEO PI-R). Alat kajian ini juga digunakan dalam kajian yang pengkaji
jalankan. Kajian McCrea dan rakan-rakannya yang melibatkan 51 budaya
yang berlainan, salah satu daripadanya merupakan budaya Melayu,
mendapati bahawa orang Melayu mempunyai kesedaran diri yang tinggi iaitu
dalam aspek Conscientiousness berbanding kebanyakan masyarakat di dunia
ini. Selain itu, kerajinan juga merupakan salah satu personaliti orang Malaysia
di mana Malaysia merupakan salah satu negara yang mendapat skor
tertinggi dalam kajian tersebut.
Kajian lepas juga telah dijalankan dalam kalangan pelajar universiti di
Malaysia yang telah membincangkan personaliti dalam kalangan pelajar
universiti yang tergolong daripada etnik Cina, Melayu, India, dan minoriti. Nor
Akmar Nordin, Siti Aisyah Panatik, dan Norashikin Mahmud (2008)
menyatakan bahawa pelajar etnik Cina dan Melayu mempunyai ciri keinginan
kesempurnaan yang tergolong dalam aspek Conscientiousness yang lebih
tinggi berbanding kaum India dan lain-lain. Dengan kata lain, pelajar kaum
Cina dan Melayu ialah pelajar yang lebih mengutamakan kesempurnaan
menyiapkan kerja-kerja mereka berbanding dengan pelajar kaum India dan
lain-lain kaum.
Aspek Conscientiousness bukan sahaja dikesan dalam kalangan pelajar
etnik Cina dan Melayu, tetapi juga ditunjukkan oleh usahawan Bumiputera di
Malaysia. Ishak Mad Shah dan Rabiatul Adawiah Hj. Mohamed (2008) telah
mengkaji personaliti usahawan yang berasal daripada golongan Bumiputera
di Negeri Johor Darul Takzim menggunakan Myers Briggs Type Indicator
(MBTI). Keputusan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar personaliti
5
usahawan Bumiputera di Malaysia cenderung kepada sifat penyempurnaan
tugas. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan sampel usahawan
Bumiputera akan bertingkah laku berhati-hati dan mematuhi undang-undang
serta adat. Mereka akan memilih untuk mengikut prosedur dan pelan yang
telah dirancang dalam pelbagai tugas terutamanya tugas yang berkenaan
kerjaya mereka. Sebagai contoh, memohon lesen perniagaan sebelum buka
kedai, merujuk kepada harga jualan yang ditetapkan oleh jabatan kerajaan
sebelum tandakan harga pada barang-barang yang hendak dijual, dan
sebagainya.
Khairul A. Mastor, Firdaus M. Hamzah, Nik R. Yaacob, dan Khamisah
Jafar (2007) juga telah menjalankan kajian di university tempatan.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji profil personaliti dalam kalangan
pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal
daripada etnik Cina dan Melayu. Kajian ini fokus kepada pelajar kejuruteraan.
Alat kajian NEO PI-R digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan
bahawa pelajar kaum Melayu dalam kajian ini mempunyai tahap Neuroticism
dan Agreeableness yang lebih tinggi berbanding pelajar kaum Cina. Pada
masa yang sama, kajian ini juga mendapati bahawa pelajar kejuruteraan
yang berbangsa Cina mempunyai personaliti Openness daripada pelajar yang
berbangsa Melayu.
Kajian personaliti silang budaya juga dijalankan terhadap pelbagai
kumpulan etnik di Sarawak. Salmah Mohamad Yusoff (2006) telah mengkaji
personaliti etnik-etnik di Sarawak menggunakan Myers-Briggs Type Indicator
(MBTI) sebagai alat pengukuran personaliti. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa profil personaliti yang paling menonjol dalam kalangan etnik Melayu,
Iban, Bidayuh, dan Cina di Sarawak ialah Extrovert-Sensing-Thinking-Judging
(ESTJ). Ini menunjukkan bahawa kaum Melayu, Iban, Bidayuh, dan Cina di
Sarawak lebih cenderung untuk menggunakan fakta dalam kehidupan
mereka. Golongan yang memiliki personaliti ESTJ akan mengawasi
persekitaran untuk memastikan segala berjalan dengan lancar dan
sistematik. Tradisi dan undang-undang, piawai dan kepercayaan ialah
6
perkara yang selalu dipegang oleh etnik Melayu, Cina, Iban, dan Bidayuh di
Sarawak.
Wan Su Hj Haron (2008) telah menjalankan kajian mengenai
personaliti dalam kalangan pelajar universiti. Dalam kajian ini, personaliti
diukur menggunakan set soal selidik yang dibina oleh Borgatta (1961) yang
pada salnya mengandungi 20 item telah dimodifikasi menjadi mengandungi
24 item bagi mengukur enam dimensi tret personaliti menggunakan lapan
skala. Enam dimensi personaliti yang diukur ialah asertif, peramah, cerdas,
emosi, bertanggungjawab, dan agama. Selepas semua skor dijumlahkan,
pengkaji mendapati bahawa pelajar laian-lain bangsa mendapat skor yangi
paling tinggi dalam semua trait personaliti yang dikaji manakala kedua
tertinggi ialah pelajar Cina diikuti oleh pelajar India dan pelajar Melayu
mempunyai personaliti yang terendah. Ini menunjukkan bahawa personaliti
setiap laum adalah perbeza.
Kajian personaliti juga dijalankan terhadap pelajar lelaki lembut yang
berasal daripada bangsa Cina, Melayu, dan India (Fadilah binti Zaini et al.,
2004). Kajian menggunakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) untuk
mengukur personaliti pelajar lelaki lembut. Majoriti lelaki lembut yang
berbangsa Melayu, diikuti oleh pelajar berbangsa India, dan paling sedikit
ialah pelajar berbangsa Cina. Majoriti personaliti yang dimiliki oleh golongan
lelaki lembut ialah ESFJ iaitu pemberi perlindungan. Kemudian, diikuti oleh
personaliti ESFP iaitu pelaksana. ENFP merupakan personaliti yang paling
sedikit dimiliki oleh pelajar lelaki lembut yang berbangsa Melayu, Cina, dan
India.
Kajian personaliti telah dijalankan terhadap penduduk Sandakan,
Sabah, berbangsa Cina, dan telah berkahwin dan mempunyai keluarga yang
lengkap oleh Rumaya Juhari, Irese Tsen, dan Siti Nor Yaacob (2007). Alat
kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik yang
mengukur lima dimensi personaliti yang ada pada responden. Lima dimensi
personaliti termasuk openness to Experience, Neurocitism,
Conscientiousness, Extraversion, dan Agreeableness. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kaum Cina yang telah berkahwin yang berasal
7
daripada Sandakan mempunyai tahap Neurocitism yang rendah.
Walaubagaimanapun, bangsa Cina tersebut mempunyai tahap yang tinggi
dalam personaliti Extraversion, Openness, Conscientiousness, dan
Agreeableness. Kesimpulannya, majority responden berada pada tahap
sederhana dalam kelima-lima personaliti tersebut. Dengan kata lain, sebagai
contoh, mereka tidak terlalu neurotik atau sebaliknya. Mereka yang menonjol
dalam sesuatu personaliti dikatakan menunjukkan personaliti yang terlalu
ekstrim. Personaliti yang ekstrim hanya dimiliki oleh segolongan kecil
responden dalam kajian ini.
Personaliti juga dikaji dalam konteks agama dalam kalangan belia di
Malaysia. Personaliti keagamaan merujuk kepada adaptasi tret seseorang
terhadap pelbagai situasi yang dialami berdasarkan pengajaran agama Islam.
Melalui alat kajian Muslim Religiosity Personality Inventory (MRPI), pekerja
kilang merupakan golongan yang mendapat skor tinggi dalam personaliti
keagamaan (Steven Eric Krauss, Azimi Hj. Hamzah, Rumaya Juhari, dan
Jamaliah Abd. Hamid, 2005). Ini menandakan bahawa golongan belia yang
bekerja sebagai pekerja kilang di Malaysia akan berpegang kepada agama
apabila mereka berdepan dengan godaan seperti dadah, arak, dan perjudian.
Dengan kata lain, mereka cenderung untuk mempunyai personaliti yang baik
seperti jujur, rajin, dan baik hati.
Narsistik merupakan salah satu ciri personality yang merujuk kepada
orang yang sangat sayang kepada diri sendiri dan lupakan perasaan orang
lain. Toh dan Anita (2012) telah menjalankan kajian untuk mengkaji
personaliti narsistik dalam kalangan pelajar kolej atau university daripada
dua negara iaitu antara Malaysia dan Amerika, dan dikaji dalam negara kita.
Kajian tempatan fokus kepada budaya etnik iaitu Cina, Melayu, dan India.
Kajian ini dijalankan menggunakan Narcissistic Personality Inventory (NPI-40).
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap narsistik antara pelajar Amerika dan
pelajar Malaysia mempunyai perbezaan. Walaubagaimanapun, pelajar
daripada etnik Cina, Melayu, dan India tidak menunjukkan tahap narsistik
yang berbeza.
8
Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan dalam usaha
mengkaji hubungan di antara budaya dan personaliti. Antaranya adalah
kajian yang telah dijalankan oleh Salva, Davey, Costa dan Whitfield pada
tahun 2012, yang mengkaji personality bangsa African-American di Amerika
Syarikat. Hail kajian mendapati bahawa personality iaitu orang African-
American lewat dewasa, yang mana merupakan kumpulan minoriti adalah
berbeza daripada bangsa European–American, yang merupakan kumpulan
majority di Amerika Syarikat. Hal ini mungkin disebabkan oleh bangsa
African-American lewat dewasa merupakan kumpulan yang mana moyang
mereka menderita didiskriminasikan sebagai hamba. Selain itu juga, mereka
secara sejarahnya dinafikan hak kesamaan mereka oleh masyarakat
Amerika.
Di samping itu , kajian personality juga digunakan untuk
mengenalpasti tingkah laku agresif dalam diri individu. Keadaan ini disokong
oleh kajian yang dibuat oleh Sharpe dan Desai pada tahun 2001. Hasil kajian
menunjukkan agresif dipilih sebagai kriteria disebabkan oleh perkaitan
klinikalnya yang jelas, menurut Kernberg (1992) di dalam Sharpe dan Desai
(2001). Terdapat juga sesetengah pengkaji mencadangkan bahawa tret asas
personality seperti Neurocitism (N) dan Aggreeble (A) sebagai pencetus
kepada tingkah laku agresif, iaitu menurut Caprara, Babbaranelli, Patorelli
dan Perugini (1994) di dalam Sharpe dan Desai (2001).
1.6 PENDEKATAN TEORI
Big five personaliti tret ialah teori yang digunakan dalam alat kajian
penyelidikan ini, iaitu NEO PR-I. Menurut Premuzic (2007), teori ini
menerangkan bahawa terdapat lima faktor yang utama iaitu, Neurocitism,
Extraversion, Openness, Agreeableness, dan Conscientiousness. Teori ini
mengandaikan bahawa dimensi utama setiap individu yang berbeza-beza
boleh dibina daripada jumlah deskripsi dalam setiap bahasa.
Neurocitism ialah kecenderungan seseorang dalam mengalami emosi
yang negatif seperti marah, cemas, murung. Extraversion ialah seseorang
yang aktif, berada dalam emosi yang positif, tegas, dan suka terlibat dalam
9
aktiviti sosial. Orang yang Extraversiono suka berkawan dan kebanyakan
masa berasa gembira. Openness ialah mereka yang suka terlibat dengan
aktiviti intelektual. Selain itu, orang yang bersikap terbuka akan suka idea,
pengalaman yang baru. Mereka akan selalu dikategorikan sebagai orang
yang kreatif. Agreeableness merupakan orang yang peramah, bertimbang
rasa, dan sopan. Mereka selalunya pihak yang bertolak ansur dan
bertoleransi apabila mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain.
Conscientiousness dapat dikesan melalui ciri-ciri seseorang seperti proaktif,
bertanggungjawab dalam melakukan tugas, dan tegas dalam menjaga
disiplin diri.
Teori personaliti yang kedua ialah Cattell’s 16PF. 16 merupakan jumlah
faktor personaliti dalam teori ini. Faktor personaliti termasuk warmth,
reasoning, emotional stability, dominance, liveliness, rule-consciousness,
social boldness, sensitivity, vigilance, abstractedness, privateness,
apprehension, openness to change, self-reliance, perfectionism, dan tension.
Setiap faktor mengandaikan dua keadaan bagi personaliti. Sebagai contoh,
faktor pertama ialah warmth, andaikan yang diberikan ialah sama ada
seseorang itu bersifat mengambil berat kepada orang lain ataupun kedekut
untuk memberi prihatin kepada orang di sekelilingnya.
Teori personaliti Gray merupakan model personaliti yang
berorientasikan tingkah laku. Konsep yang berkaitan dengan teori ini ialah
seperti ganjaran dan hukuman akan memberikan pengaruh jangka panjang
terhadap otak manusia. Teori Gray menggalakkan ahli psikologi untuk
mengkaji personaliti melalui menggabungkan corak reka bentuk psikometrik
atau korelasi dengan kognitif atau eksperimental semasa meneroka
perbezaan tret personaliti secara mendalam.
Teori yang seterusnya ialah teori Eysenck yang terkenal iaitu
Eysenck’s Gigantic Three. Tiga dimensi personaliti dalam teori ini ialah
Neurocitism, Extraversion, dan Psychoticism. Psychoticism merupakan ciri
individu yang berkaitan dengan pematuhan terhadap peraturan dan undang-
undang, agresif, dan perasaan terhadap orang lain. Orang yang tinggi dalam
psychoticism merupakan orang yang sociopathic. Orang yang berpersonaliti
10
ini selalunya melanggar peraturan, selalu bertingkah laku lain daripada orang
lain.
1.7 KERANGKA TEORITIKAL
Kerangka teoritikal ialah satu model yang digunakan untuk menjelaskan
faktor atau isu dalam kajian ini yang boleh mempengaruhi personaliti pelajar
UMS, iaitu Kaum.
Big Five Personaliti Tret:
- Neurocitism
- Extraversion
- Openness
- Agreeableness
- Conscientiouness
-
Rajah 1.1: Kerangka Teoritikal Kajian
Rajah 1.1 di atas menujukkan rangka kajian yang mengkaji perbezaan
personaliti berdasarkan kaum Cina dan Melayu dalam kalangan
mahasisiwa/mahasiswi UMS yang dikaji dan mengkaji hubungan antara setiap
personaliti dengan kaum Cina dan Melayu dalam kalangan
mahasisiwa/mahasiswi UMS yang dikaji.
Berdasarkan teori Big Five personaliti tret, terdapat lima dimensi yang
dikaji iaitu Neurocitism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan
Conscientiousness. Terdapat dua kaum utama di Malaysia dipilih sebagai
responden dalam kajian ini iaitu Kaum Cina dan Melayu dalam kalangan
mahasisiwa/mahasiswi UMS.
11
Kaum :
- Cina
- Melayu
1.8 DEFINISI KONSEP
1.8.1 Personaliti
Merujuk kepada model Five Factor yang dicadangkan oleh Costa dan McCrea
pada tahun 1985 menyatakan personality merupakan komponen yang
merangkumi lima personaliti utama dan universal iaitu Neurocitism,
Extraversion, Openness, Agreeableness dan Conscientiouness (Premuzic,
2007). Manakala berdasarka teori Eyesenck, personaliti boleh diperihalkan
dalam istilah tret yang mewakili faktor utama secara statistik dan dikenali
sebagai pembentukan secara teori berdasarkan interkolerasi yang
diperhatikan antara sebilangan tindak balas secara lazim yang berbeza (Chin
Harn Chin, ).
Menurut Ishak Mad Shah, Jamalia Mamat Jakis @ Mohd Jais, Mahani
Mohamed Tamjid, dan Thinarangini Nair Morgan (2008), personaliti
melibatkan semua aspek yang menunjukkan ciri-ciri seseorang. Ciri-ciri yang
membezakan pendapat Ishak Mad Shah dan rakan-rakannya dengan Model
Lima Faktor ialah personaliti sepatutnya dibahagikan kepada dua kategori
iaitu kemahiran sosial dan tindak balas. Dalam situasi yang berlainan,
keupayaan seseorang dalam memperoleh respon yang positif daripada orang
sekeliling merupakan personaliti kemahiran sosial. Tindak balas yang
diberikan kepada orang lain ialah personaliti tindak balas. Ini merangkumi
personaliti marah, periang, pemalu, penakut dan respon lain.
Menurut Premuzic (2007), kebanyakan ahli psikologi menghadapi
kesusahan dalam mendefinisikan personaliti secara teoritikal. Personaliti
dalam Latin merupakan satu perkataan asal yang membawa maksud topeng.
Dalam bahasa English, Spanish, dan German, personaliti merujuk kepada
individu. Daripada pelbagai definisi personaliti, kita dapat menyimpulkan
bahawa personaliti ialah ciri-ciri yang menonjol dan berkait rapat dengan
orang tersebut. Perbezaan antara setiap definisi ialah aspek yang diambil kira
sebagai personaliti seseorang.
12
Premuzic (2007) juga menerangkan apa itu tret personaliti. Tret ialah
kualiti yang sebagaimana seseorang dilahirkan. Ciri-ciri kualiti tersebut akan
mempengaruhi gaya pemikiran, tingkah laku, dan emosi orang tersebut.
Pada zaman dahulu, semasa personaliti mula-mula diperkenalkan,
Extraversion dikenali sebagai sanguine dan neurositisma dikenali sebagai
melancholic. Seseorang akan dikategorikan dalam tret personaliti melalui
tingkah laku mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berfikiran positif,
periang, dan selalu puas hati akan dikategori sebagai seorang yang
mempunyai tret personaliti Extraversionon.
1.8.2 Kaum
Menurut Rushton (1995) kaum merupakan kombinasai empat element iaitu
tret yang diwarisi, marfologi, tingkah laku dan ciri-ciri fisiologikal. Chin Harn
Chin () menyatakan kaum adalah lebih spesifik dalm kontek sosial jika
dibandingkan dengan budaya di mana ia merupakan satu kumpulan manusia
yang membentuk satu bangsa. Contohnya, kaum Cina dan kaum Melayu
merupakan bangsa Malaysia.
Hall dan Barongan (2002) menyatakan etnik merupakan konsep
biologikal yang merujuk kepada kekerapan gene dalam sesuatu poupulasi
dan adalah dibezakan dengan ciri-ciri yang diwarisi dari generasi kepada
generasi dan biasanya adalah berdasarkan pernampilan fizikal (Chin Harn
Chin, ). Contohnya, warna kulit merupakan salah satu ciri-ciri yang dikatakan
dapat membezakan antara kaum Cina dan kaum Melayu di Malaysia.
1.9 DEFINISI OPERASI
1.9.1 Personaliti
Dalam kajian ini, personaliti mahaisiwa/mahasisiwi kaum Cina dan Melayu
diukur dengan alat NEO PR-I. Terdapat lima aspek yang diukur iaitu
Neurocitism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan Conscientiousness.
Aspek Neurocitism melihat kepada emosi yang negatif yang
merangkumi kebimbangan, kemarahan, depresi, kesedaran diri, impulsif, dan
13
kelemahan. Aspek Extraversion pula mengukur emosi yang positif iaitu
ketegasan, bersosial, kecenderungan suka kerja kumpulan, dan
memperlihatkan keseronokan. Manakala aspek Openness pula mengukur
demensi seperti fantasi, kesenian, perasaan, aksi, idea, dan nilai ada pada
diri sesrorang. Aspek Agreeableness pula mengrangkumi kebolehpercayaan,
terus terang, murah hati, kesopanan, lemah lembut, dan pematuhan.
Kecekapan, memerintah, mentaati, berusaha dalam pencapaian, disiplin diri,
dan proaktif merupakan dmensi yang diukur dalam skala Conscientiouness.
1.9.2 Kaum
Pengkaji akan meminta responden menulis kaum mereka dalam inventory
yang diedarkan. Kaum Cina dan Melayu merupakan antara dua kaum utama
di Malaysia. Kedua-dua Kaum ini melambangkan dua budaya yang berlainan
kerana masing-masing berpegang kepada prinsip kehidupan berdasarkan
adat resam kaum sendiri. Responden akan mengisikan kaum mereka dalam
inventory yang diedarkan. Oleh itu, kajian ini merupakan satu penyelidikan
silang budaya dalam Malaysia.
1.10 HIPOTESIS
Berdasarkan kepada model kajian yang telah dijelaskan, terdapat lima
hipotesisi telah dibina untuk memastikan kajian ini berupaya mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Justeru, hipotesis yang dibina berdasarkan
objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengkaji perbezaan personaliti
Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan Conscientiouness
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Lima hipotesis nol yang dibina adalah seperti berikut :
Hipotesis 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Neuroticism antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Extraversion antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
14
Hipotesis 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Openness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Agreeableness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis5:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Conscientiouness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
BAB 2 :METODOLOGI
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan reka bentuk kajian, subjek kajian,
tempat kajian dan juga alat kajian yang digunakan dalam kajian ini. Cara pengkaji
menjalankan kajian iaitu tatacara kajian dan analisis data juga akan diterangkan
dengan terperinci dalam bab ini.
2.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kuantitatif atau tinjauan
yang menggunakan borang soal selidik iaitu NEO personality Inventory (NEO
PI-R) bertujuan untuk mengkaji perbezaan persenoliti antara kaum Melayu
dan kaum Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS di Kota Kinabalu,
Sabah. Untuk mengkaji perbezaan personality antara kaum Melayu dan Cina,
terdapat dua pembolehubah yang terlibat iaitu pembolehubah bebas dan
juga pembolehubah terikat. Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah
kaum manakal skor personality merupakan pembolehubah terikat.
2.2 SUBJEK KAJIAN
Sampel kajian ini merangkumi semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah
menuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Induk Kota Kinabalu iaitu
seramai 30 orang. Sampel kajian ini dipilih secara lawak oleh pengkaji agar
hasil kajian dapat digenelisasikan dan dalam kajian ini juga pengkaji akan
15
menggunakan teknik persampelan bertujuan di mana pengkaji telah
menetapkan beberapa kriteria yang harus dipatuhi seperti responden
mestilah terdiri daripada kaum Melayu dan Cina dan sedang menuntut di
Universiti Malaysia Sabah.
Dalam kajian ini, seramai 14 respoden merupakan responden lelaki
manakala 16 responden merupakan responden perempuan iaitu mewakili
53.3% daripda jumlah keseluruhan. Daripada 30 responden, 15 responden
adalah responden kaum Melayu manakala selebihnya merupakan responden
kaum Cina di mana masing-masing mewakili 50% daripada jumah
keseluruhan subjek kajian.
2.3 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada satu tempat sahaja iaitu di kampus induk
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu Sabah yang melibatkan
responden dari sekolah dan kolej kediaman yang berlainan. Pemilihan tempat
ini adalah berdasarkan kepada pemilihan responden yang mudah kerana
ramai di antara mereka merupakan kaum Melayu dan Cina yang diperlukan
oleh penyelidik untuk mengkaji perbezaan personality antara dua kaum
utama di UMS.
2.4 ALATAN KAJIAN
Alat kajian yag digunakan dalam kajian ini adalah inventory Revised NEO
Personality Inventory (NEO PI-R) yang mengandungi dua bahagian iaitu
bahagian maklumat diri responden dan juga skor personality yang diukur.
NEO PI-R telah digunakan untuk mengukur lima dimensi utama personality
iaitu Neuroticism, Extraversion, Agreeableness, dan Conscientiousness. Alat
ini dicipta oleh Paul T. Costa dan Robert R. McCrea pada tahun 1985.
Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah setinggi .90 manakala nilai kesahan
alat ini pula adalah .89.
16
Kajian yang dijalankan melibatkan skor personality respoden. Dalam
inventory ini, terdapat 240 item yang digunakan untuk mengukur lima
dimensi utama personality di mana setiap personality diukur dengan 48 item.
Daripada 240 item, terdapat 106 item negatif. Dalam kajian ini, skor
personality responden diukur dengan menggunakan Likert Scale yang
diperkenalkan oleh Rennid Likert pada awal 1900s (Evens & Rooney, 2008).
Likert Scale merupakan satu skala respon yang tersusun dari sangat tidak
setuju sehingga sangat setuju yang selalu digunakan dalam tinjauan tingkah
laku. Dalam kajian ini, skor 1 mewakili sangat tidak setuju, skor 2 mewakili
tidak setuju, skor 3 mewakili neutral, skor 4 mewakili sedikit setuju, dan skor
5 mewakili setuju. Skala ini digunakan kerana senang dikendalikan dan
digunakan serta mudah difahami oleh responden. Skor tinggi dalam sesuatu
dimensi personlaiti yang diukur mengambarkan seseorang itu memiliki
personality yang tinggi dalam dimensi tersebut.
Kajian ini mempunyai 106 item negatif daripada 240 item manakala
selebihnya adalah item positif. Jadual 1 menunjukkan skala pengukuran item dan
pemarkatan.
Jadual 1: Skala Pengukuran Item dan Pemarkatan.
2.4 TATACARA KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah mencari maklumat-maklumat
atau kajian lepas mengenai budaya dan personality dengan merujuk kepada
17
Skala Permakatan item positif
Permakatan item negatif
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju
Neutral
Setuju
Sangat setuju
1
2
3
4
5
5
4
3
2
1
hasil kajian daripada pakar-pakar psikologi melalui jurnal- jurnal, artikel,
internet dan sebagainya. Daripada itu, pengkaji mengumpul maklumat
mengenai perbezaan personaliti antara budaya di lakukan dengan
mengambil NEO personality Inventory (NEO PI-R) sebagai alat utama kajian.
Borang soal selidik sebanyak 30 telah diedarkan kepada responden
kajian ini di kolej kediaman UMS iaitu responden dari sekolah dan tahun
pengajian yang berlainan. Pengkaji menerangkan kepada responden
mengenai tujuan kajian ini dijalankan dan menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai borang soal selidik yang diedarkan di mana terdapat dua bahagian
yang perlu dijawab oleh responden. Responden diminta membaca arahan
terlebih dahulu sebelum menjawab soalan dan responden dibagi masa 45
minit untuk menjawab soalan-soalan dalam borang tersebut. Setelah selesai
menjawab dua bahagian tersebut, responden dikehendaki mengembalikan
borang soal kepada pengkaji dan pengkaji akan memasukkan data yang
diperolehi menggunakan SPPS versi 17.0. pemgkaji akan menggunakan SPPS
versi 17.0 untuk mengkaji hipotesis yang bersifat perbezaan iaitu Ujian-t
sampel bebas. Selepas pengkaji menggunakan program SPSS untuk
menganalisis data mentah yang diperolehi dan mengtafsir keputusan yang
dipaparkan dalam output SPSS dan melihat samada keputusan yang
diperolehi menyokong hipotesisi yang dibina atau tidak.
BAB 3 : KEPUTUSAN
Bab ini akan membincangkan keputusan hasil daripada analisis data. Seperti yang
dinyatakan, pengkaji telah menggunakan perisian SPSS versi 17 dalam
menganalisikan data yang diperolehi untuk tujuan menguji hipotesis yang dibina.
Keputusan yang diperolehi akan membuktikan andaian hipotesis yang dibina dan
akan menentukan samada objektif kajian tercapai atau tidak.
3.2 PFORIL DEMOGRAFI SUBJEK
Jadual 2 di bawah menunjukkan frequensi jantina bagi kajian ini. Seramai 30
mahasiswa/mahasiswi UMS telah menjadi responden dalam kajian ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 14 (46.7%) adalah lelaki manakala 16
18
(53.3%) adalah perempuan. Jadual 3 di bawah pula menunjukkan frequensi
etnik dalam kajian ini. Daripada 30 responden, 15 responden iaitu sebanyak
50% adalah responden kaum Melayu manakala 50% lagi adalah responden
kaum Cina yang juga terdiri daripada 30 orang.
Jadual 2 : Jadual Frequensi Jantina Kajian.
J Jadual 3 : Jadual Frequensi Etnik Kajian.
3.3HASIL ANALISIS SECARA INFERENSI
Perbezaan personaliti Neuroticism antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Neuroticism
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam Jadual 4 di bawah, personaliti
Neuroticism antara kaum Melayu (M= 154.93, SP = 20.21, n= 15) dan kaum
19
Jantina Frequensi Percent
Lelaki
Perempuan
Jumlah
14
16
30
46.7
53.3
100.00
Kaum Frequensi Percent
Melayu
Cina
Jumlah
15
15
30
50.0
50.0
100.0
Cina (M= 154.93, SP= 12.23, n= 15) adalah tidak berbeza secara signifikan [t
(28) = 0.40, k>.05]. Justeru, hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan personaliti Neuroticism antara kaum Melayu dan
Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS adalah diterima.
Jadual 4: Analisis Ujian-t sampel bebas bagi perbezaan personaliti
Neuroticism berdasarkan kaum.
t df Sig. (2-tailed)
Neuroticism
Equal variances assumed
.863 28 .395
Equal variances not assumed
.863 23.047
.397
Perbezaan personaliti Extraversion antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Extraversion antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
Merujuk kepada hasil analisis menggunkan SPSS yang terdapat dalam Jadual 5
di bawah, terdapat perbezaan yang tidak signifikan iaitu kaum Melayu (M=
153.20, SD= 11.24, n= 15) dan Cina (M=154.33, SD=10.10, n= 15); [t (28)= -
0.29, k>.05]. Jadual menunjukkan nilai t (28) = -0.29, dan aras kesignifikanan
menunjukkan tidak signifikan iaitu 0.77 , k > .05. Justeru, hipotesis yang
menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Extraversion
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS
adalah diterima.
Jadual 5: Analisis Ujian-t sampel bebas bagi perbezaan personaliti
Extraversion berdasarkan kaum.
20
t df Sig. (2-tailed)
Extreversion
Equal variances assumed
-.291 28 .773
Equal variances not assumed
-.291 27.681
.773
Perbezaan personaliti Openness antara kaum Melayu dan Cina dalam
kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Openness
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hasil kajian berdasarkan Jadual 6 di bawah menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan personaliti Openness antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS. Hasil analisis menunjukkan kaum
Melayu (M= 150.33, SD= 14.28, n= 15) dan Cina (M=150.20, SD=9.00, n=
15); [t (28)= 0.03, k>.05]. Jadual menunjukkan nilai t (28) = 0.03, dan aras
kesignifikanan menunjukkan tidak signifikan iaitu 0.98 , k > .05. Oleh itu,
hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Openness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS adalah diterima.
Jadual 6: Analisis Ujian-t sampel bebas bagi perbezaan personaliti
Openness berdasarkan kaum.
21
t df Sig. (2-tailed)
Openness Equal variances assumed
.031 28 .976
Equal variances not assumed
.031 23.578
.976
Perbezaan personaliti Agreeableness antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Agreeableness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS.
Merujuk kepada Jadual 7 di bawah , tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Agreeableness antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasiswi UMS iaitu kaum Melayu (M= 12.68, SD= 12.68, n= 15)
dan Cina (M=160.93, SD=12.95, n= 15); [t (28)= -1.51, k>.05]. Jadual juga
menunjukkan nilai t (28) = -1.51, dan aras kesignifikanan menunjukkan tidak
signifikan iaitu 0.14 , k > .05. Oleh itu, hipotesis nol yang menyatakan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Agreeableness antara kaum
Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS adalah diterima.
Jadual 7: Analisis Ujian-t sampel bebas bagi perbezaan personaliti
Agreeableness berdasarkan kaum.
Perbezaan personaliti Conscientiouness antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Hipotesis 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Conscientiouness
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
22
t df Sig. (2-tailed)
Agreeableness Equal variances assumed
-1.510 28 .142
Equal variances not assumed
-1.510
27.988
.142
Hasil analisis menggunakan SPSS telah ditujukkan dalam jadual 8 di bawah.
Daripada Jadual 8, didapati hipotesis yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan personaliti Conscientiouness antara kaum Melayu
(M= 158.33, SD= 15.78, n= 15) dan Cina (M= 157.33, SD= 12.44, n= 15); [t
(28)= 0.19, k>.05]. Jadual menunjukkan nilai t (28) = 0.19, dan aras
kesignifikanan menunjukkan tidak signifikan iaitu 0.85 , k > .05.
Jadual 7: Analisis Ujian-t sampel bebas bagi perbezaan personaliti
Conscientiouness berdasarkan kaum.
BAB 4: KESIMPULAN
Dalam bab ini, pengkaji akan merumuskan kajian yang telah dijalankan. Selain itu,
pengkaji juga akan membincangkan dapatan kajian dan limitasi yang terdapat
dalam kajian yang telah dijalankan dan memberi cadangan kajian. Pada akhir kertas
kerja ini juga, pengkaji juga akan menyimpulkan secara menyeluruh berkenaan
dengan kajian berkaitan dengan perbezaan personalti antara kaum Melayu dan Cina
dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
4.1 PERBINCANGAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan personaliti Neuroticism,
Extraversion, Openness, Agreeableness, dan Conscientiouness antara kaum
Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS. Hasil dapatan
kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti
Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan Conscientiouness
antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UMS.
Maka, semua hipotesis yang dibina oleh pengkaji adalah diterima.
23
t df Sig. (2-tailed)
Conscientiouness Equal variances assumed
.193 28 .849
Equal variances not assumed
.193 26.551 .849
Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan
Conscientiouness antara kaum Melayu dan Cina. Hasil kajian ini disokong
oleh kajian yang telah dijalankan oleh Nor Akmar Nordin, Siti Aisyah Panatik,
dan Norashikin Mahmud (2008) yang menyatakan bahawa pelajar etnik Cina
dan Melayu mempunyai ciri keinginan kesempurnaan yang tergolong dalam
aspek Conscientiousness yang lebih tinggi berbanding kaum India dan lain-
lain. Namun, terdapat hasil kajian lepas yang bertentangan dengan dapatan
kajian ini adalah kajian yang dijalankan oleh Khairul A. Mastor, Firdaus M.
Hamzah, Nik R. Yaacob, dan Khamisah Jafar (2007) di university tempatan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar kaum Melayu dan kaum Cina
mempunyai personaliti yang berbeza iaitu kaum Melayu mempunyai tahap
Neuroticism dan Agreeableness yang lebih tinggi berbanding pelajar kaum
Cina. Pada masa yang sama, kajian ini juga mendapati bahawa pelajar
kejuruteraan yang berbangsa Cina mempunyai personaliti openness daripada
pelajar yang berbangsa Melayu.
Di sini, pengkaji ingin mengutarakan beberapa faktor yang
menyumbang kepada ketidaksignifikanan hasil kajian ini. Caspi dan Shinner
(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri personaliti boleh dipengaruhi oleh
tingkah laku dan juga gaya keibubapaan atau “perenting style” seseorang
sepanjang proses pembesaran (Prinzie, Stams, Dekovic, Reijntjes, & Belsky,
2009). Kebanyakkan responden dalam kajian ini mendapat skor tinggi dalam
Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness dan juga Openness dan skor
rendah dalam personaliti Neuroticism. Kajian yang dijalankan oleh Prinzie,
Stams, Dekovic, Reijntjes, dan Belsky (2009) mengenai hubungan gaya
keibubapaan dengan personaliti anak-anak berdasarkan Big Five Personaliti
Factor telah menjadi bahan sokongan kepada hasil dapatan ini. Hasil kajian
tersebut mendapati gaya keibubapaan jenis “warmth” akan mempengaruhi
personaliti anak-anak mereka di mana anak-anak mereka akan tinggi dalam
personaliti Extraversion, Agreeableness, Conscintiousness dan juga
Openness. Anak-anak mereka juga akan rendah dalam personaliti
Neuroticism. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaum
24
Melayu dan Cina dalam personaliti Extraversion, Agreeableness,
Conscintiousness, Openness, dan Neuroticism.
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji tidak menemui perbezaan
personaliti antara kaum Melayu dan kaum Cina dalam kalangan mahasiswa
dan mahasisiwi UMS. Ini menandakan andaian hipotesis pengkaji adalah
betul. Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Cina di Malaysia
pada masa kini mempunyai persamaan dan turut mempengarui personaliti
responden dalam kajian ini. Sememangnya kajian-kajian lepas telah
membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti kaum
Melayu dan Cina tetapi pengaruhi budaya Barat merupakan menjelasan yang
paling kukuh bagi dapatan kajian ini. Kaum Melayu selalu dicirikan sebagai
kaum yang mempunyai pemikiran yang tidak terbuka atau “open minded ”
jika dibandingkan dengan kaum Cina. Namun, pengaruh budaya Barat telah
mengubah sedikit demi sedikit budaya pemikiran yang diamalkan oleh kaum
Melayu dahulu (Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed
Fauzi Othman, dan Othman A. Kassi, 2008). Tambahan lagi, mahasisiwa dan
mahasisiwi berinteraksi dengan kawan dari pelbagai bangsa dan negara. Jadi,
tidak hairanlah personaliti dan pemikiran responden tidak akan berubah dan
memandangkan semua responden tinggal di persekitaran yang hampir sama,
maka personaliti responden juga akan berubah mengikut persekitran.
Sejarah pernah menunjukkan bahawa kurangnya interaksi sesama
kaum di Malaysia disebabkan dasar pecahan penempatan kaum Melayu,
Cina, dan India. Semua masyarakat ketika itu hanya mempunyai tahap yang
sederhana dalam semua personaliti yang terdapat dalam Model Big Five.
Disebabkan tiadanya Openness dan Extraversion yang tinggi, maka interaksi
antara kaum adalah kurang. Namun, pada zaman globalisasi ini, penerimaan
budaya yang berlainan telah berlaku secara luas malah terdapat sesetengah
kaum Cina ingin mempelajari budaya Melayu dan juga sebaliknya kerana
keunikan dan keistimewaan budaya yang diamalkan oleh semua kaum. Maka,
personaliti turut berubah mengikut zaman dan pengadaptasian budaya lain
juga akan membawa kepada persamaan personaliti dalam kalangan pelbagai
kaum di Malaysia.
25
Kajian yang dijalankan oleh Jang, Livesley, Angleitner, Riemann, dan
Vernon (2002) mengenai fakor genetik dan persekitaran mempengaruhi lima
personaliti berdasarkan model lima faktor mendapati persekitaran
mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas personaliti seseorang. Persekitaran
samada persekitran fizikal atau sosial juga akan membawa perubahan
kepada personaliti. Semua responden dalam kajian ini merupakan mahasiswa
dan mahasiswi UMS, walaupun semua responden berasal daripada latar
belakang yang berbeza tetapi mereka telah menuntut pengajian di UMS
selama 3 tahun. Menurut Azizi Hj. Yahaya (2008) pergaulan antara seseorang
individu dengan rakan, keluarga, guru dan juga orang disekeliling mampu
membentuk personaliti orang tersebut. Di UMS, responden bergaul dengan
rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan dari kawasan yang
berlainan. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi personaliti
mereka termasuklah pemikiran, tingkah laku dan emosi kerana masih kekal
dalam persekitran yang sama (Loehlin, 2010). Secara ringkasnya, mahasiswa
dan mahasiswi UMS mempunyai dan berkongsi satu budaya yang hampir
sama di mana turut membentuk personaliti yang sama walaupun terdiri
daripada kaum yang berlainan.
4.2 LIMITASI KAJIAN
Limitasi yang paling utama dalam kajian ini adalah hasil dapatan kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada limitasi ini, salah satunya adalah bilangan soalan borang soal selidik
dalam kajian ini iaitu NEO Personality Inventory (NEO PI- R) terlalu banyak.
Dalam inventori kajian ini, terdapat 240 soalan yang mengukur lima
personaliti iaitu Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness, dan
Conscientiousness. Bilangan soalan yang terlalu banyak dan mengelirukan
akan menyebabkan responden berasa bosan untuk menjawab soalan yang
ditanyakan dalam borang soal selidik maka kemungkinan kebanyakkan
responden akan membulatkan jawapan mereka sesuka hati tanpa mengikut
tingkah laku dan perasaan mereka yang sebenar. Keadaan ini boleh
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hasil keputusan kajian.
26
Bilangan soalan yang terlalu banyak dan ditambahkan lagi kesemua
soalan adalah dalam bahasa Inggris boleh menberi kesan yang besar kepada
keputusan kajian. Dalam manual inventori dan juga borang soalan ujian
personaliti ini telah menyatakan dengan jelas bahawa jika responden tidak
memahami dan keliru dengan soalan yang ditanya, responden adalah
dikehendaki membulatkan ‘N’ iaitu mewakili ‘Neutral ‘ dalam borang
jawapan. Keadaan ini sekali lagi turut memberi kesan yang sangat besar
kepada keputusan kajian. Hal ini kerana, keputusan hasil daripada analisi
pengkaji tidak dapat mewakil sepenuhnya personaliti sebenar responden.
Keadaan ini seolah-olah menentukan personaliti responden berdasarkan
tahap kefahaman responden terhadap soalan yang ditanyakan dalam borang
soal selidik.
Selain itu, responden kajian yang terhad juga merupakan faktor yang
menyumbang kepada limitasi kajian yang telah dijalankan. Sampel yang
terlalu sedikit sebenarnya tidak mencukupi untuk mengenelisasikan
keputusan kajian. Disebabkan bilangan soalan yang banyak, kebanyakkan
mahasiswa/mahaisiwi yang pengkaji pilih secara rawak telah menolak
menjadi responden dalam kajian ini. Jadi, pengkaji hanya mampu
mendapatkan 30 responden untuk kajian ini yang masing-masing mewakili
15 responden bagi kaum Melayu dan Cina. Jika sampel yang besar digunakan
dalam kajian ini, mungkin hasil keputusan ini akan lain dan dapat
digenelisasikan kepada populasi di UMS. Tambahan pula, sampel kajian ini
hanya terhad kepada pelajar UMS sahaja, maka hasil kajian ini tidak dapat
digenerisasikan dengan orang-orang awam.
Ciri-ciri demografi responden kajian yang berbeza juga merupakan
limitasi dalam kajian ini. Ciri-ciri demografi seperti jantina, latar belakang
responden, asal usul, cara responden dibesarkan dan sebagainya sebenarnya
mempunyai pengaruh yang terus kepada personaliti seseorang individu.
Dalam kajian ini, pengkaji tidak cukup teliti dalam proses pemilihan
responden. Pengkaji seharusnya menitikberatkan ciri-ciri demografi
responden samada responden yang mempunyai ciri-ciri demografi yang
sama bagi kedua-dua kaum dipilih sebagai responden atau semua responden
27
kaum Cina adalah sama manakala semua responden kaum Melayu adalah
mempunyai ciri-ciri demografi yang bertentangan dengan responden kaum
Cina.
4.3 IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengkaji perbezaan personaliti antara kaum Melayu dan
Cina dengan menggunakan NEO PI-R. Hasil menunjukkan tiada perbezaan
yang signifikan personality antara kaum Melayu dan Cina di UMS. Justeru,
melalui kajian ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat yang berguna
kepada pihak-pihak tertentu. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat
menjadi rujukkan kepada para penyelidik yang bakal menjalani kajian yang
hampir serupa dan maklumat-maklumat yang terdapat dalam kajian ini boleh
dijadikan sebagai sumber-sumber utama bukan sahaja kepada para
penyelidik tetapi juga kepada pelajar atau pensyarah. Secara umumnya,
personaliti dilihat sebagai aspek yang agak penting dalam penentukan
sebarang keputusan dalam kehidupan kita kerana setiap pilihan adalah
berkaitrapat dengan sifat diri kita sendiri.
Kajian ini hanya menumpu kepada pelajar UMS sahaja dan tidak dapat
dinafikan keputusan kajian sudah semestinya hanya merangkumi pelajar-
pelajar di UMS. Keadaan ini telah menghadkan hasil keputusan dan
diharapkan kajian pada masa akan datang akan dijalankan secara meluas
seperti orang-orang awam dan responden yang terdiri daripada pelbagai
etnik serta mempunyai sampel size yang lebih besar. Dengan ini, hasil kajian
bukan sahaja tertumpu kepada pelajar institusi pengajian tinggi sahaja tetapi
lebih kepada masyarakat umum. Selain itu, personaliti juga boleh dikaji
berdasarkan kategori jantina, umur, agama dan kawasan. Dengan ini, kajian
bukan sahaja terhad kepada etnik dan pada masa yang sama pengkaji dapat
mengetahui samada terdapat perbezaan antara pembolehubah-
pembolehubah yang dinyatakan di atas.
Di samping itu, kajian sebegini harus banyak dijalankan di Malaysia.
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang pengkaji temui, kebanyakannya terdiri
daripada kajian-kajian yang dijalankan di luar negara dan kajian mengenai
28
sampel di Malaysia agak kurang. Oleh itu, diharapkan ada masa akan datang,
pengkaji-pengkaji perlu giat menjalankan kajian-kajian yang serupa dengan
kajian ini. Kajian-kajian yang dilakukan ke atas sampel Malaysia dapat
dijadikan sumber rujukan bukan sahaja kepada penyelidik di Malaysia tetapi
juga penyelidik luar negara di samping dapat menjana pendapatan negara
dengan jualan jurnal-jurnal yang telah diterbitkan oleh penyelidik kepada
pihak yang memerlukannya.
4.4 PENUTUP
Tuntasnya, tidak terdapat perbezaan personaliti dari aspek Neuroticism,
Extraversion, Openness, Agreeableness, dan, Conscientiousness yang
signifikan antara kaum Melayu dan Cina dalam kalangan
mahasiswa/mahasisiwi UMS. Dapatan kajian ini diharapkan dapat
memberikan gambaran yang jelas kepada trait-trait personaliti antara kaum
Melayu dan Cina.
Secara keseluruhannya, kelemahan kajian ini adalah hasil kajian ini
tidak dapar mewakili dan di genelisasikan dalam populasi Malaysia
disebabkan beberapa faktor yang dibincangkan dalam limitasi kajian. Jadi,
kajian-kajian masa yang akan datang harus lebih berfokus kepada reka
bentuk kajian yang membolehkan hasil dapatan kajian tersebut mewakili
populasi Malaysia. Akhirnya, haruslah diketahui bahawa personaliti setiap
individu adalah unik dan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor samada
faktor dalaman atau luaran.
29
Recommended