View
228
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Fomit Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen
di antara kawasan pemeliharaan atau tapak pengeluaran. Objek tersebut menjadi tercemar selepas sentuhan dengan ikan yang dijangkiti atau sumber air tercemar. Contohnya termasuklah peralatan seperti jaring, baldi, hos sifon, kasut, pakaian atau kenderaan tercemar (termasuklah tayar).
Sumber Air Sumber air boleh memindahkan organisma penyebab
penyakit. Pencemaran berlaku akibat najis ikan, bendalir pembiakan dan mukus ikan yang berpenyakit. Pergerakan air tercemar semasa mengangkut ikan boleh merebakkan patogen ke lokasi baru. Beberapa patogen ikan (iaitu, Ichthyophthirius multifilis, Ich) telah diketahui boleh merebak melalui aerosol, semburan atau percikan di antara tangki, walaupun ini agak jarang berlaku dan biasanya memerlukan sumber-sumber yang terletak di dalam jarak yang berdekatan.
HOW THE DISEASE IS TRANSMITTEDCARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN
Memahami bagaimana penyakit ikan disebarkan dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah biosekuriti yang sewajarnya. Penyakit ikan boleh merebak melalui sentuhan langsung, sumber air, fomit, pengingesan (oral) dan vektor. Bukan semua patogen disebarkan melalui semua laluan; sesetengahnya mungkin disebarkan melalui berbilang laluan.
Sentuhan Sentuhan merupakan satu daripada punca
penyebaran penyakit dalam akuakultur. Ini melibatkan pemindahan agen penyebab penyakit melalui sentuhan langsung dengan ikan yang dijangkiti. Kemasukan mungkin berlaku melalui kulit, luka terbuka, membran mukus atau insang.
HOW THE DISEASE IS TRANSMITTEDCARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN
JABATAN PERIKANAN MALAYSIA Department of Fisheries MalaysiaWisma Tani, Aras 1-6, Lot 4G2, Blok Menara, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya.
Bahagian Biosekuriti PerikananTelefon : +6-03-8870 4000 Faks : +6-03-8890 3794 Email : hqhelp@dof.gov.my Website : http://www.dof.gov.my
Edisi pertama Januari 2011
Zoonotic Walaupun bukan penyebab penyebaran penyakit kepada
ikan, zoonotic adalah punca penyakit ikan yang boleh merebak kepada manusia, menyebabkan penyakit. Contohnya termasuklah sebilangan organisma bakteria seperti Mikobakterium, Erisipelotriks, Klebsiella, Edwardsiella. Langkah-langkah biosekuriti mestilah juga menangani sebarang risiko zoonotic terhadap diri anda dan para pekerja anda dan juga risiko terhadap stok ikan anda.
Vektor Vektor adalah binatang, seperti ikan dan burung
pemangsa ikan yang boleh merebakkan patogen. Haiwan ini boleh memindahkan penyakit ikan di antara lokasi dengan membawa patogen pada badan atau kaki atau dengan membuang ikan atau bahagian ikan di lokasi lain. Roden dan ikan mungkin membawa sesetengah patogen ikan di dalam najis atau air kencingnya, mencemari persekitaran atau makanan ikan. Orang juga boleh menjadi vektor, memindahkan patogen kepada ikan semasa pengendalian
(cthnya., tangan).
Oral Organisma penyakit boleh disebarkan secara oral
melalui pengambilan makanan yang tercemar, ikan hidup atau sejuk beku yang dijangkiti atau kanibalisme terhadap ikan yang sudah mati atau hampir mati dari unit yang sama. Air yang tercemar dengan produk sisa ini daripada ikan yang dijangkiti juga boleh menjadi laluan penyebaran penyakit.
Recommended