View
2.040
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
ALT 3032KERJA KAYU, LOGAM DAN PAIPCara menyambung kayu
PENSYARAH: PROF MADYA DR. NUR TJAHJADI
Rio Raydy Anak UjangD20091034835
Fhatin Amira Bt MusaD20091034856
Nurul Farihin Bt Mohd Radzi
D20091034866
Ezza Liyana Bt Badrul HishamD20091034875
KUMPULAN 4:
PENGENALAN Dalam pembinaan perabot, penggunaan
tanggam adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan
Tanggam merupakan satu kaedah mempertemu dan mencantumkan dua
bahagian kayu untuk membentuk suatu objek baru.
Lazimnya penggunaan tanggam ini begitu meluas kerana hasilnya adalah baik dan
menarik. Tanggam dicantum menggunakan pengikat:
PENGIKATPENGIKAT
PakuPaku
SkruSkruGluGlu
1. Digunakan untuk mencantumkan kayu atau kepingan logam pada kayu.
2. Diperbuat daripada keluli lembut yang disadurkan zink.
3. Paku khas diperbuat daripada tembaga, loyang dan aluminium.
4. Saiz ditentukan oleh panjang batangnya.
5. 2 jenis:A) Paku Kepala RataB) Paku Kepala Panel
PAKU
PAKU
Paku Kepala Rata Paku Kepala Panel
CARA MEMAKU DENGAN BETUL
a) Memaku tegak, cengkaman kurang kuat.
b) Memaku serong, cengkamannya lebih kuat.
1. Digunakan untuk mengikat bahan kayu dan logam serta memasang engsel.
2. Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang.
3. Jenis ditentukan oleh bentuk kepalanya.4. Cengkamannya lebih kuat berbanding
paku.
SKRU
5. 3 jenis skru:a. Skru kepala bulat
b. Skru kepala timbulc. Skru kepala rata (kepala benam)
aaaa bbbb cccc
PEMUTAR SKRU
1. Bahan pengikat untuk melekatkan dua bahan supaya kukuh.
2. Dua jenis :1. Glu PVA
2. Glu Sentuh3. Glu PVA untuk melekatkan kepingan kayu.
4. Glu Sentuh untuk melekatkan bahan berlainan jenis seperti plastik dengan kayu atau logam.
GLU
4 JENIS TANGGAM UTAMA:
A)TANGGAM MELEBAR
menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan
papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,
dinding, lantai dan sebagainya. Penyambungan ini dilakukan secara
tepi ke tepi dengan cara salah satu tanggam-tanggam yang berikut.
Tanggam Tetingkat
JENIS-JENIS TANGGAM MELEBAR:
TANGGAM GLU GESEL
Sediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan.
proses ini dilakukan dengan bantuan apit panjang.
Semua papan yang hendak disambung itu disediakan dan disapu dengan glu
disebelah tepinya, kemudian semuanya diapitkan sekaligus.
Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan.
dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan
yang lebar digunakan untuk membuat permukaan meja,
tempat duduk, pintu, panel kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira
kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki supaya membeli elaun
untuk diketam (diratakan).
TANGGAM PENETAP sama dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk
menambahkan kekuatan pegangan. Penetap-penatap ini dipasangkan dengan menggerudi
lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu dan diapit.
Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya supaya
dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan. Papan yang sesuai untuk tanggam ini tidak kurang
daripada 12 mm tebalnya.
TANGGAM LIDAH DAN LURAH• tanggam lebar yang lazim digunakan dalam
pembinaan lantai papan, lapisan dinding kayu dan panelan.
• Tanggam ini boleh dibuat samada dengan alat-alat tangan ataupun mesin. Pada tiap-tiap keping papan,
dibuatkan lidah disatu tepi dan lurah ditepi yang lain. • dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan
lantai dan pelapisan dinding. • Bagi kerja-kerja perabot, tanggam ini boleh digunakan
supaya ia boleh tetap dan teguh.
TANGGAM TETINGKAT Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan
dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.
B)TANGGAM SIKU
• dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat samada pada
penjuru ataupun pada pertengahannya• Contohnya dalam pembinaan kotak dan laci
JENIS-JENIS TANGGAM SIKU:
TANGGAM TEMU
dikenali sebagai tanggam sudut tepi hujung papan kayu diluruskan dan
bertemu secara bersudut tepat boleh diglukan dan dipakukan atau
diskrukan. digunakan pada binaan kotak atau peti
biasa yang dibuat secara tapat
TANGGAM TEMU TETINGKAT sebagai tanggam penjuru hujung litup
Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang
dikeping kayu kedua Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu
yang diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila dipakukan
digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang murah buatannya.
TANGGAM TETINGKAP LIDAH BERPARIT
dihujung kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu berikutnya pula dibuatkan
parit untuk menerima lidah tersebut. tanggam ini adalah lebih kuat daripada tanggam
temu tetingkat. digunakan untuk membuat kotak, perabot dan
laci.
TANGGAM RENCONG BIASA cara yang paling senang untuk menghasilkan
sudut kotak yang tidak menunjukkan keratan hujung kayu
Kedua keping kayu sama tebal Sambungannya dilekatkan dengan glu
dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan kedalam lurah yang digergajikan
dipenjurunya secara melintang.
TANGGAM BAJANG TUNGGAL
mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang
kedua tanggam sikut yang paling kuat
Pin ini dibuat mengikut ekor punai digunakan untuk pembinaan rangka kayu
dan juga bagi tanggam pemidang.
TANGGAM BAJANG BIASA
mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai.
Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam
tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang
dulang
TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali
soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin
Litup dihujung soket biasanya satu per tiga hujung kayu
Tanggam ini digunakan untuk menyambung antara papan tepi dengan hadapan laci
C)TANGGAM PEMIDANG
Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang.
Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya daripada tepi ketepi. Contohnya
ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja kerusi dan sebagainya.
JENIS-JENIS TANGGAM PEMIDANG:
TANGGAM LEKAP
Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua
bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila
dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :
a)Tanggam Lekap Siku (atau berpenjuru) - ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil
b)Tanggam Lekap Penjuru Rencong ia digunakan untuk membuat kumai seperti
pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.
c)Tanggam Lekap T digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu dengan pemidang tegak secara
bersilang dan jauh dari hujungnya
d)Tanggam Lekap Bajang T ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih
kuat menahan tarikan dari sebelah luar.
E)Tanggam Lekap Palang ia digunakan pada dua permuakaan kayu yang
bersilang.
TANGGAM KEKANG
Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan putting.
Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian, pin dan cabang, pin dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu. Ada 3 bentuk tanggam
kekang yang digunakan iaitu :
A)Tanggam Kekang T ia digunakan untuk menggantikan tanggam
lubang dan putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya
B)Tanggam Kekang Penjuru nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang
dan putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.
C)Tanggam Kekang Penjuru Rencong cabang tanggam ini direncongkan pada pkedua-
dua belah atau sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada
tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.
TANGGAM PENETAP Ia adalah sejenis tanggam temu yang
dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan
kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.
Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan
sendiri.
TANGGAM MEMANJANG
Menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang.
Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.
Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan
JENIS-JENIS TANGGAM MEMANJANG:
TANGGAM SKAF Memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan
juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali
ukuran lebarnya. Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk
menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasangkan 2 atau 4 bolt bersama nat.
TANGGAM SAMBUNG JARI
Tanggam ini biasanya digunkan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan
mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar
kayu. Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu.
Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.
TANGGAM SAMBUNG LEKAP Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh
tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua kali lebar kayu.
Ia digunakan dalam pembinaan perabot. Yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang
berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.
TANGGAM PLAT SAMBUNG
Sebagai ganti kepada tanggam skaf Kedua-dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya dan
disambungkan bersama dua keping logam (plat kayu juga boleh digunakan) di kedua-dua belahnya dengan bolt dan
nat. Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang
berkenaan
SEKIANTerima kasih®
Recommended