View
71
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:
Menolong orang - Bertanggungjawab Menghulurkan bantuan - Prihatin Menderma, menyumbang - Toleransi Memberi hadiah - Penyayang Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang Memberi hadiah - Pemurah Membantu - Baik hati Berkongsi - Berhemah tinggi Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin Membuat jadual belajar - Gigih Mengulang kali - Keazaman Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh Mengembalikan - Jujur Memulangkan - Tulus Menyerahkan - Amanah Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas Meminjamkan - Rela hati Tidak berkira - Bertolak-ansur Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat Mengagihkan tugasan - Adil/saksama Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana Bertindak - Bestari Mencari penyelesaian - Rasional Menjadi rujukan - Matang Bertindak demi kebaikan - Berani Basuh baju/ kasut - Berdikari Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
Membantu orang lain - Bekerjasama Mengikut arahan guru - Taat Mematuhi peraturan - Akur Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal Tidak mudah kecewa - Tabah Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan ikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran Pengiktirafan - Penghargaan Berterima kasih - Menghargai Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan
Contoh Ulasan
Sebagai murid sekolah, kita seharusnya mempunyai nilai murni
dalam kehidupan. Antaranya, kita ............................ . Selain itu,
................................. Di samping itu, kita hendaklah
………………..Seterusnya, kita haruslah………………………………..
Akhir sekali, kita sepatutnya ………………
SOALAN 1: Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.
Ibu menyuruh Aminah ke kedai Pak Mat untuk membeli tepung.
Tanpa bantah, Aminah segera ke kedai Pak Mat dengan
menggunakan basikal. Dia menunggang basikal dengan berhati-hati
kerana jalan ke kedai itu kurang baik. Lagipun ramai anak muda di
kampung itu membawa motosikal dengan laju. Setibanya di kedai,
dia pun membeli tepung . Dia terus balik, tanpa singgah di mana-
mana. Sampai di rumah dia menyerahkan tepung dan wang baki itu
kepada ibunya. Ibu Aminah memuji Aminah kerana cepat pulang
bersama-sama barang yang dipesan. Ibunya juga memulangkan
wang baki itu kepada Aminah. Aminah mengucapkan terima kasih
kepada ibunya lalu menyimpan wang di dalam tabung. Aminah
tersenyum keriangan kerana tidak lama lagi dia dapat membeli
Kamus Dewan.
Recommended