View
231
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
1
Maruwiah Ahmat
MAKLUMAT KURSUS 2
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan konsep, sumber dan objektif pengurusan
KANDUNGAN
1. Pengenalan
Pengurusan Islam
1.1 Pengertian
Pengurusan
- definisi
- teori
- ciri-ciri
1.2 Sumber Pengurusan
1.3 Objektif Pengurusan
1.4 Sejarah Pengurusan
Islam
DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan berkait rapat dengan pentadbiran.
Terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi pengurusan dan pentadbiran:
1. Pentadbiran dan pengurusan = perkara yang sama (cuma berbeza sebutan dan ejaaan)
2. Pentadbiran dan pengurusan berbeza dari semua aspek
3. Pentadbiran = sebahagian daripada pengurusan ATAU
Pengurusan = lebih umum daripada pentadbiran.
3
DEFINISI PENTADBIRAN
Muhd. A. Al-Buraey – Administration diambil dari bahasa Latin,
administrare yang bermaksud pengurus.
Gladden – Mengurus + mengawas manusia untuk menyelesaikan
masalah/pekerjaan.
Muhd. Abd. Rauf – Proses pelaksanaan untuk mencapai sesuatu
matlamat/projek.
H. G. Federickson – Pentadbiran negara secara sistematik untuk
tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan sosial.
Dimock – Melaksanakan tugas pemerintahan, menyelaraskan
tenaga kerja dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta
tanggungjawab.
4
DEFINISI PENTADBIRAN
Kesimpulan
Muhd A. Al-Buraey, Gladden dan Muhd. Abd. Rauf:
Pentadbiran = mengurus + mengawas + proses
pelaksanaan = mencapai sesuatu matlamat.
H. G. Federickson dan Dimock:
Pentadbiran = hal pemerintahan dan pentadbiran
negara/awam
5
Ahmad Ibrahim Abu Sin – suatu kajian
ilmiah/kesenian terhadap bakat kebolehan serta
kemahiran seseorang menjadi pengurus.
Taji (sarjana India) – melaksanakan perintah dan
menyelaraskan kegiatan bersama kelompok.
Muhd. A. Al-Buraey – menyelaraskan tenaga
manusia sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain.
L. D. White – menyelaraskan tenaga kerja untuk
mencapai matlamat negara.
DEFINISI PENGURUSAN 6
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 2
Dr. Mohd Yusof Noor – kebolehan menggunakan
segala sumber alam dan manusia kurniaan Allah
SWT untuk kebajikan manusia dan sistem
pelaksanaan serta penyelarasan dasar
pemerintahan.
Prof. Syed Othman Alhabshi – proses mendapat
dan mencantumkan segala sumber untuk mencapai
matlamat organisasi = barangan / perkhidmatan.
Yusof Ismail – satu proses yang dilalui untuk
mencapai matlamat tertentu.
DEFINISI PENGURUSAN 7
Ahmad Ibrahim Abu Sin: Tiga pendapat umum
tentang pengurusan:
1. Pengurusan = satu kajian ilmiah berpandukan =
prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa +
kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan
rancangan tersebut.
2. Pengurusan = sebuah bentuk kesenian berasaskan
= kemahiran + bakat
3. Pengurusan = pengkhususan berasaskan = prinsip +
peraturan tertentu
DEFINISI PENGURUSAN 8
Yusof Ismail: Teras kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam berbanding pengurusan lazim:
1. mencari keredhaan Allah = mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW
2. melaksanakan makruf dan mencegah mungkar
3. menjaga kesejahteraan masyarakat
4. membangunkan individu semaksimumkan mungkin
5. mewujudkan jamaah
6. melaksanakan syura
7. berlaku adil
8. berlaku ihsan
9. membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
DEFINISI PENGURUSAN 9 10
1. Merancang – memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan dan mencipta rancangan untuk dilaksanakan.
2. Mengatur – menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
3. Memimpin/memotivasi – menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk memastikan orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan.
4. Mengawal + mengawas – memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut berdasarkan maklum balas.
FUNGSI PENGURUSAN
11
Maka pengurusan atau pentadbiran Islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai “Suatu proses penglibatan dan mengeksploitasi sumber (tenaga manusia, benda dan perkara yang berkaitan ) supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.
TEORI PENGURUSAN ISLAM 12
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Sebagai perlaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam atau rakyat.
Sebagai penyelarasan antara agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan untuk mencapai matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.
Kesimpulan dari pendapat sarjana tentang pengurusan
boleh dikategorikan kepada tiga kesimpulan iaitu:
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 3
13
Hierarki keutamaan pengurusan pembangunan dalam Islam dibahagikan kepada tiga iaitu:
TEORI PENGURUSAN ISLAM
3. Tahsiniyyat iaitu nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa.
2. Hajiyyat iaitu segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan kemudahan dan menhindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka.
1. Dharuriyyat iaitu segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tiak dapat dipenuhi maka akan berlakunya
kepincangan dalam kehidupan.
14
Perbezaan Antara Pengurusan dan Pentadbiran
Pentadbiran ialah perlaksanaan tidak melibatkan
perubahan dasar, pengurusan sebaliknya.
Pentadbiran tidak terlibar dalam membuat
keputusan, pengurusan menentukan keputusan.
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga
manusia, sistem perlaksaan dan penyelarasan untuk
mencapai matlamat organisasi.
TEORI PENGURUSAN ISLAM
15
Keperluan Kepada Pengurusan Islam
Kebanyakan teori pengurusan memisahkan nilai masyarakat
setempat dan nilai organisasi.
Teori pengurusan semasa lebih menitikberatkan keuntungan
yang berlipat ganda tanpa mengambil kira tentang terapan
soal kerohanian dan kemanusiaan.
Pengurusan dengan acuan sendiri iaitu menerapkan nilai-nilai
islam di dalam organisasi tanpa menceduk idea dari barat.
Pembentukan identiti bangsa bermartabat.
Membawa rahmat kepada ummah, firman Allah SWT: “dan
tidak kami utuskan engkau melainkan membawa rahmat ke
seluruh alam”.
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Sarjana Islam Mutakhir
- Mu’inal al-Din
- Zahid Ali
- Jurji Zaydan
- S. Khuda Bukhsh
- S. M. Imamuddin
- Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi
- Syed Othman Alhabshi
TEORI PENGURUSAN ISLAM 16
Peraturan Mengikuti Kuliah 17
Sarjana Pengurusan Barat
- Peter Ferdinand Drucker
- Max Weber
- John C. Maxwell
- Thomas J. Peters
- Frederick Irving Herzberg
- Vytautas Andrius Graičiūnas
- Albert S. Humphrey
- Montgomery Watt
TEORI PENGURUSAN ISLAM 18
Pengurusan Barat dan Jepun
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Falsafah dan Nilai
- Keperluan manusia
- Machiavellian
Sistem dan amalan
- Budaya
- Cara hidup
Pengurus dan tenaga kerja
- Kolar biru/putih
- Kemahiran
- prestasi
MEMAKSIMUMKAN
KEUNTUNGAN
- kebendaan
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 4
19
Ciri-ciri Umum Pengurusan Islam
1. Ikatan yang erat antara pengurus dan kakitangan
serta masyarakat.
2. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang
memberikan kepuasan = fisiologi, individu,
ekonomi dan kebendaan
3. Kemanusiaan dan kerohanian.
4. Menentukan tugas dan tanggungjawab.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM 20
Ciri-ciri Khusus Pengurusan Islam
1. Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam.
2. Menyempurnakan fisiologi pekerja.
3. Syura - mengadakan mesyuarat sebelum melakukan sesuatu.
4. Kerjasama - mematuhi ketua dan pemimpin yang adil khususnya dalam hal pengurusan.
5. Kemanusiaan – mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan.
6. Kebenaran – bekerjasama memperjuangkan kebenaran dalam segala hal pengurusan.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
21
Pengurusan Islam
Falsafah dan Nilai
- al-Amanah
- al-khilafah
Sistem dan amalan
- Budaya
- Cara hidup
Pengurus dan tenaga kerja
- Kolar biru/putih
- Kemahiran
- prestasi
AL-FALAH
- Kejayaan dunia dan
akhirat
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM 22
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
SUMBER PRIMER
Al-Quran
Allah SWT menjelaskan ayat-ayat berkaitan dengan
pengurusan dalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan
As-Sunnah
Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi
Muhammad SAW yang sarat dengan panduan dalam
pengurusan
23
Sumber Sekunder
Amalan para sahabat
Rasulullah SAW
Penulisan Ulama’
Penulisan Sarjana
Semasa = Muslim/Non
Muslim
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 24
Al-Quran Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa. Membaca Al-Quran merupakan suatu ibadah. Dalam perkara-perkara yang melibatkan kontak pengurusan, berikut adalah ayat-ayat yang berkaitan dengan dasar, taktik dan asas- asas pengurusan Islam.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 5
25
Pertama: Asas Ikatan Perjanjian (Kontrak) dan Tanggungjawab Memenuhinya.
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau pun surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja. Berikut adalah ayat yang mewajibkan kita mematuhi setiap kandungan di dalam surat tersebut. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian” (Al-Maidah:1).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 26
Kedua: Asas Pemberian Ganjaran. Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai pekerjanya, diwajibkan memberi ganjaran kepada individu tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tersebut tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi undang-undang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat untuk organisasi kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya” (Al-Najm: 39).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
27
Ketiga: Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai Yang
Wajib Diikuti.
Sesebuah organisasi sewajarnya mempunya matlamat yang jelas
untuk dicapai oleh pekerjanya. Ini bertujuan supaya pekerjanya
akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat
organisasi Islam adalah kebaikan di dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan di antara mereka ada
pula yang berdoa dengan berkata: Wahai tuhan kami! Berikanlah
kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah
kami dari api neraka. (Al-Baqarah: 201).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 28
Keempat: Asas Komunikasi Dalam Organisasi. Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam organisasi. Komunikasi akan menyebabkan sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan sesebuah syarikat akan gagal dalam mencapai matlamatnya. Berikut adalah ayat yang menjelaskan kepentingan organisasi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu (Al-Nisa’: 86).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
29
Kelima: Asas Pengurusan Sumber Manusia Sumber Manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang ambilan pekerja serta bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa bermotivasi. Berikut adalah ayat yang menyatakan tentang sumber manusia. Firman Allah s.w.t: Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. (Al-Qasas: 86)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 30
Keenam: Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong Menolong Antara Satu Sama Lain. Hubungan antara jabatan-jabatan amatlah penting agar kerjasama dalam dijalinkan. Ini bertujuan supaya sesuatu matlamat itu lebih mudah hendak dicapai. Tanpa kerjasama dari semua pihak mungkin menyebabkan sesebuah ornganisasi lambat untuk mencapai matlamatnya. Firman Allah SWT: Dan hendaklah tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu tolong- menolong dalam melakukan dosa. (Al-Maidah: 2)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 6
31
Ketujuh: Asas Etika. Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik. Ia bertanggungjawab menentukan tidak seseorang itu baik ataupun tidak. Firman Allah SWT: Sesungguhnya pada Rasullulah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah. (Al-Ahzab: 21)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 32
Ayat-ayat lain
1. Keadilan dalam urusan.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku
adil dan berbuat kebajikan.” (al-Nahl: 90 )
2. Mempermudahkan urusan.
“Allah sentiasa hendak meringankan beban
hukumnya daripada kamu, kerana manusia
dijadikan dalam keadaan lemah.” (al-Nisa’: 29)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
33
3. Kecekapan dan sistematik.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4)
4. Perubahan.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (al-Ra’d : 11)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 34
5. Larangan rasuah.
“Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu
mengetahui salahnya.” (al-Baqarah: 188)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
35
6. Arahan bermesyuarat
Amalan syura tidak syak lagi merupakan petunjuk Allah SWT yang penting bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran, ayat 159, yang bermaksud:
“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah (syura) dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian sesudah engkau berazam (setelah melaksanakan syura untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 36
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
Sunnah ialah apa yang disandarkan
atau diambil daripada Rasullulah
s.a.w sama ada daripada perkataan, perbuatannya atau
taqrirnya.
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 7
37
Antara asas-asas pengurusan Islam di dalam sunnah ialah:
Pertama: Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi.
Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui
cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan
mengunakan cara yang salah untuk mencapai matlamat ini kerana agama
Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan
perkara yang haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah
yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan
perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang
melakukan syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala
ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya
memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada
sempadannya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram.
(Riwayat Al-Bukhari).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 38
Kedua: Asas Pertanggungjawaban Asas ini bermaksud dalam sesebuah organisasi terdiri dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi membantu mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasullullah SAW: “Setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaga.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
39
Ketiga: Mutu Kerja/Kualiti Kerja Menjalankan tugan merupakan tanggungjawab setiap pekerja yang wajib dilakukan. Namun begitu Islam menekankan kepada kualiti kerja tersebut. Islam tidak membenarkan umat sekadar bekerja tanpa mengambil kira kualiti yang dapat dihasilkan. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah s.wt menyukai apabila seseorang iu melakukan dengan itqan (berkualilti).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 40
Keempat: Pengurusan Masa Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh yang demikian islam amat menitik beratkan tentang pengurusan masa. Sabda Rasulullah s.a.w; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar kemudiannya berpesan: Jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah masa sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari masa hidup engkau pada masa sakit engkau.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
41
Kelima: Kewajipan Beretika: Berakhlak Baik Dan
Tinggalkan Akhlak Buruk.
Sabda Rasullullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah
SWT di mana engkau berada, apabila engkau
melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan
melakukan kebaikan, nescaya kebaikan
menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada
manusia dengan akhlak yang baik. (Riwayat Tarmizi).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 42
Keenam: Asas Pemberian Upah Dari Aspek Masa.
Sabda Rasullulah SAW: Berilah upah kepeada pekerja
sebelum kering peluhnya.
Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
pernah memberi pekerjaan kepada penduduk
Khaybar dengan upah separuh daripada hasil yang
dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 8
43
Hadis yang lain
1. Hubungan kemanusiaan
“Berbicaralah kepada manusia menurut kadar
akal mereka masing-masing.”
2. Corak kepimpinan
“Sifat lemah-lembut itu apabila berada pada
suatu perkara nescaya ia mencantikkannya dan
bila ia ditarikkan daripadanya nescaya bertukar
menjadi hodoh.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 44
3. Kepakaran
“Sesungguhnya Allah sukakan mukmin yang
pakar (al-muhtarif)
4. Amanah kepimpinan dan tugas
“Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan
ahlinya, tunggulah masanya (kehancuran)”
5. Menegakkan kebenaran
“Katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
45
SUMBER SEKUNDER Ijtihad Para Sahabat Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini harus didasarkan kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, Hadis Nabi, Ijma’ Ulama dan Qias. Dalam kontaks pengurusan Islam pula bermaksud amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin dalam era pemerintahan mereka iaitu:
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 46
Amalan pengurusan SAHABAT paling utama
(Khulafa’ Rasyidin)
- Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a
- Saidina Umar bin al-Khattab r.a
- Saidina Uthman bin Affan r.a
- Saidina Ali bin Abi Talib r.a
Amalan pengurusan sahabat-sahabat lain, tabi’, tabi’
tabiin, serta imam Mazhab seperti Imam Shafie, Imam
Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Iman Hanafi.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
47
PENULISAN PARA ULAMA’ TERDAHULU
Sarjana Pengurusan Islam terdahulu:
- Ibn Hazm – keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai dan teori pemilikan tanah.
- Nizam al-Muluk al-Tusi – kebajikan, pentabiran negara, pengurusan negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, produktiviti, kualiti, keperluan asas dan perancangan awam.
- Al-Ghazali – kebajikan, keadilan kerajaan, kemakmuran ekonomi, pembahagian buruh, pengkhususan pekerjaan, perdagangan, akauntabiliti, pengurusan kekayaan, pemilikan, kemiskinan dan etika dalam ekonomi.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 48
Al-Turtusi – kekayaan, pembangunan tanah, cukai, isu
kewangan negara, kebajikan sosial, rasuah,
penyelewengan dalam pengurusan dan pentadbiran.
Al-Shirazi – Al-Hisbah (pengawasan), konsep
pekerjaan, kesatuan sekerja dan perdagangan.
Fakhruddin al-Razi – Kekayaan, keperluan asas,
berjimat cermat, kemiskinan dan analisis belanjawan.
Al-Shatibi – Kebajikan am dan fungsinya, undang-
undang sosioekonomi, isu perjanjian perdagangan dan
pengurusan perdagangan.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 9
49
Al-Maqrizi – kewangan, kuasa membeli, pengurusan
belanjawan, cukai dan pengurusan pasar.
Ibn Tufail al-Qaizi – teori ekonomi, pembangunan
individu dan masyarakat.
Muhammad Iqbal – teori ekonomi, konsep manusia
dan tauhid, hubungan pembangunan rohani dan
kebendaan, milik awam dan peranan wanita.
Al-Muhasibi – pengawalan kepentingan diri dalam
pengurusan, konsep keseimbangan, kekayaan,
pendapatan dan berjimat cermat.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 50
Selain itu, terdapat manuskrip-manuskrip lama dan dokumen mengenai pentadbiran antaranya :
1. Surat oleh Khalifah Ali kepada gabenor Mesir, Malik bin Haris al-Ashtar al-Nukha’i
- beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika pentadbiran, cara pelantikan kakitangan, hubungan dengan rakyat, pengurusan kewangan dsb.
2. Surat dari Ketua Setiausaha dalam zaman pemerintahan Bani Umaiyyah kepada rakan sejawat mengenai etika profesion.
3. Dokumen yang ditulis oleh Tahir ibnu Husain, seorang jeneral Khalifah al-Makmun kepada anak beliau yang dilantik sebagai gabenor al-Raqqah, Mesir.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
51
PENULISAN ILMUAN KONTEMPORARI ISLAM
Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam
Muhammad al-Buraey, Administrative Developement:
An Islamic Perspective
Muhammad Yasin Mazhar, Organisation of government under the
prophet
S. A. Q Husaini, Arab Administration
Jurji Zaydan, History of Islamic Civilization - Umayyads & Abbasids
S. Khuda Bukhsh, The Arab Civilization
S. .Imanuddin, Arab Muslim Administration
Muhammad Iqbal, Ilm ul Iqtisad
Prof. Datuk Dr. Syed Othman al-Habshi, Pengurusan dan pentadbiran :
mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai dan Islamic values
and management.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 52
Melaksanakan undang-undang
Allah
Memakmurkan bumi
Melaksanakan tugas sebagai
khalifah
Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan
adil
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
53
Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara iaitu :
1. Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti
berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hukum.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang
jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan
dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj: 41)
2. Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha,
fikiran dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat
pemberian Allah dari perut bumi dan laut.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
54
3. Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi
termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan
pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka:
Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan
mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus
beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka
mereka itulah orang yang derhaka.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 10
55
4. Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan matlamat terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
56
Manakala dalam kontaks pengurusan organisasi pula, objektif utama pengurusan Islam adalah seperti berikut Objektif Umum:
1. Menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
2. Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
3. Kriteria terpenting dalam mengukur pencapaian organisasi serta melakukan pengawalan.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
57
Objektif Khas/Khusus
Objektif pentadbiran Islam secara khususnya ialah
untuk memelihara segala nilai-nilai yang diperlukan
oleh manusia iaitu yang terkandung dalam maqasid
syariah.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
X
58
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
Menjaga akidah
Melindungi nyawa
Melindungi akal
Menjaga keturunan
Menjaga harta
Maqasid
Syariah
59
PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SAW
Sebagai nabi dan Rasul
Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran al-Quran.
Baginda menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, munakahat, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
Pernah melantik 12 orang ketua yang digelar sebagai naqib untuk menjadi pemimpin dalam usaha dakwahnya.
Merancang mengadakan dakwah secara sulit, berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
60
Pemimpin masyarakat
Langkah baginda mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin sebaik tiba sahaja di Madinah.
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Mekah.
Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
Bagindan juga menganjurkan berbuat baik dengan isteri, ahli keluarga dan jiran.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 11
61
Pemimpin politik
Rasulullah SAW telah menubuhkan Majlis Syura dan telah memilih para sahabat paling terkanan untuk menganggotai majlis tersebut.
Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, syura merupakan amalan serta budaya baginda dan para sahabat. Ini dilakukan dalam perkara-perkara yang besar seperti dalam menentukan strategi peperangan ataupun dalam menangani isu-isu rumah tangga atau peribadi. Dalam kes menentukan strategi dalam Perang Badar dan Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan kedudukan yang paling baik bagi menempatkan tentera muslimin. Hasil syura dengan para sahabat dalam Perang Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk membina parit bagi menghadapi kaum musyrikin.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
62
Sambungan….
Syura ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam mentadbir negara, mengatur masyarakat serta mengurus rumah tangganya.
Rasulullah berjaya merangka Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan pertama di dunia.
Baginda melantik pegawai yang berwibawa untuk menjadi amir bagi wilayah-wilayah tertentu seperti Uthman ibn Amr al-As sebagai Amir bani Thanif dan Attab ibn Usaid sebagai amir Makkah.
Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Parsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
63
Perancang ekonomi
Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi
baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman
Jahiliah dengan bebas rasuah dan manipulasi.
Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan
bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam:
tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan
dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
Membahagikan harta rampasan perang kepada orang
Islam.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
64
Pemimpin tentera
Rasulullah sendiri memimpin semua peperangan yang berlaku pada zamannya.
Orang Islam berjaya memenangi peperangan pertama (Badar) yang disusun atur oleh baginda.
Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tentera untuk mencapai kegemilangan.
Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
65
PENGURUSAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN
Abu Bakar al-Siddik (tahun 51 Sebelum Hijrah - 13 Hijrah, 573-634 M)
Beliau ialah Abdullah bin Uthman bin Amir.
Merupakan lelaki dewasa pertama beriman dengan Rasulullah s.a.w
khalifah ar-Rasyidin yang pertama (11-13 Hijrah / 622 - 624 M).
Sentiasa mengiringi Nabi s.a.w sebelum dibangkit menjadi rasul dan selepasnya.
Beliau telah sanggup untuk menanggung penderitaan, membelanjakan seluruh hartanya dan sentiasa bersama dengan baginda Rasulullah s.a.w selama baginda berada di Makkah.
Beliau telah mengiringi Nabi s.a.w semasa hijrah, di dalam gua dan dalam seluruh peperangan.
Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, telah memerangi golongan yang murtad dan mereka yang enggan membayar zakat.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
66
Beliau mengekalkan prinsip dan sistem yang dibawa oleh
Rasullullah SAW iaitu khalifah berperanan sebagai Ketua
Ibadah dan Ketua Pentadbiran. Beliau telah menggariskan
tugas dan tanggungjawab khalifah seperti berikut:
a. Menegakkan keadilan
b. Mewujud dan mengekalkan keamanan.
c. Mempertahankan kedaulatan negara.
d. Melantik khalifah dan kerajaan iaitu gabenor dan duta.
e. Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kakitangan
kerajaan.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 12
67
Umar bin Al-khattab dilantik menjadi ketua hakim dan Pengagih Zakat.
Saidina Ali dilantik menjadi penyelia orang tebusan perang.
Abu Bakar al-Siddiq melantik gabenor, duta dan pegawai tinggi kerajaan dan mengawasinya secara langsung.
Gabenor bertanggungjawab mengurus hal ibadah, membicarakan orang yang melakukan jenayah, memunggut hasil dan melaksanakan syariah Islamiah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
68
Umar bin al-Khattab (40 Sebelum Hijrah - 23 Hijrah / 584 - 644 M).
Khalifah ar-Rasyidin yang kedua (13 Hijrah / 634 M).
Beliau memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah dan telah dilantik
menjadi khalifah selepasa kematian Abu Bakar as-Siddiq.
Beliau adalah orang yang pertama digelar dengan Amirul Mukminin.
Abu Bakar telah melantik beliau sebagai hakim pada masanya dan
beliau merupakan hakim yang pertama dalam Islam yang sentiasa
dibuat perbandingan tentang keadilannya.
Beliaulah orang yang memulakan tarikh dengan tahun hijrah Rasulullah
SAW, membuka pelbagai jabatan dan mewujudkan Baitul Mal.
Semasa pemerintahannya telah berlaku pembukaan Syam, Iraq, al-
Quds, Mesir, al-Madain, al-Ahwaz (sbhgn), Fars (sbhgn), Kirman
(sbhgn), Isfahan, Hurmuz, Khurasan (sbhgn) dan Nishapur.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
69
Pembaharuan dan inovasi yang dibawa oleh Saidina Umar Al-Khattab kepada pentadbiran dan pengurusan negara Islam banyak sekali. Muhammad A. Al-Buraey menyenaraikan seperti berikut:
1. Menubuhkan pasukan polis peninjau untuk mengawal waktu malam (assah).
2. Beliau telah menubuhkan pasukan polis (al-syurtah) rasmi dan ketuanya dikenali sebagai Sahib al-Ahdath.
3. Menubuhkan pasukan menjaga ketenteraman awam di pasar (al-Hisbah). Ketua mereka dikenali sebagai Muhtasib.
4. Menubuhkan penjara rasmi.
5. Memperkenalkan sistem buang daerah kepada penjenayah.
6. Menubuhkan biro pengaduan rakyat.
7. Mengadakan mesyuarat tahunan dengan gabenor, amil, hakim dan pegawai tinggi.
8. Mewujudkan jawatan pemeriksa tanah.
9. Menubuhkan secara rasmi Baitul Mal.
10. Mendirikan wisma pemerintah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
70
11. Memperkenalkan kalender Islam.
12. Merumus konsep pengurusan mutakhir. Contohnya memperbaiki jalan di
Iraq kerana takut keldai akan cedera. Keldai itu akan mendakwanya di
akhirat. Membangunkan pusat dan wilayah seimbang.
13. Mewujudkan jawatan setiausaha kepada gabenor (Katib).
14. Mewujudkan Katib Al-Diwan iaitu setiausaha baitul mal dan tentera.
15. Mewujudkan Sahib Bait al-Mal iaitu ketua pembendaharaan negara.
16. Menubuhkan Diwan al-Insya’ iaitu untuk menyimpan rekod negara.
17. Menubuhkan Diwan al-Jund (kewangan dan pendapatan) pada 21 H
menyimpan rekod hasil negara, pembayaran gaji semua kakitangan
dan tentera. Catatan keluar masuk wang, mencatatkan rekod jumah
penduduk dan penghijrahan.
18. Mewujudkan jabatan wakaf yang dikenali Dar al-Daqiq (Rumah
Gandum) bertujuan mengumpul sedekah dan derma selain zakat unguk
diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
71
Othman bin Affan (47 Sebelum Hijrah - 35 Hijrah / 577 - 656 M)
Merupakan khalifah ar-Rasyidin yang ketiga (23 Hijrah
bersamaan 644 Masehi) daripada kalangan Quraisy Bani
Umayyah.
Beliau telah dilahirkan di Mekah dan memeluk Islam selepas
sekejap dari kebangkitan. Beliau merupakan seorang bangsawan
yang kaya semasa Jahiliah.
Telah berkahwin dengan Rokiah dan kemudiannya dengan Ummu
Kalthum iaitu kedua-dua anak Rasulullah SAW, oleh itu beliau
digelar dengan ‘Zun-Nurain’.
Antara khidmatnya yang terbesar ialah beliau telah
memperlengkapkan tentera yang tiada kelengkapan perang
pada tahun 9 H semasa peperangan Tabuk bersama Rasulullah
SAW.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
72
Sambungan… Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas
Umar bin al-Khattab. Semasa pemerintahannya, beliau telah berjaya
membuka Armenia, Qauqaz, Khurasan, Kirman, Sajistan, Afrika dan Cyprus.
Beliau juga telah menyempurnakan pengumpulan al-Quran.
Pemerintah pertama membesarkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Beliau telah mewujudkan polis dan sistem kehakiman.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
CTU263 6/16/2013
Maruwiah Ahmat 13
73
Ali bin Abu Talib (23 Sebelum Hijrah - 40 Hijrah / 600 - 661 M)
Khalifah ar-Rasyidin yang keempat (35-40 H / 656-661 M), sebagai anak
asuhan Rasulullah SAW, sepupu dan menantu kepada baginda. Beliau
merupakan jaguh Perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan Hunain.
Beliau telah dibai'ahkan menjadi khalifah selepas terbunuhnya Uthman.
Beliau adalah merupakan antara kalangan orang yang terkemuka sebagai
khatib dan ulama dalam perundangan.
Beliau telah memimpin tentera dalam peperangan Jamal, Siffin dan
Nahrawan.
Beliau juga mengekalkan apa yang telah dipelopori oleh khalifah
sebelumnya.
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau berbanding dengan khalifah
yang lain ialah, beliau memberi arahan, nasihat dan garis panduan tugas
dan tanggunjawab yang jelas, terperinci serta bijaksana. Contohnya ialah
beliau surat perlantikan al-Asytar al-Nakaha’I sebagai gabenor Mesir.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
74
Antara kandungan penting surat tersebut ialah
a. Berusaha mengelak dan mencegah rasuah.
b. Pegawai dan kakitangan kerajaan awam yang hendak
dilantik mestilah mempunyai kelayakan, kecekapan,
amanah dan dedikasi.
c. Mengarahkan agar mereka dibayar gaji yang mencukupi
bagi mengelakkan gejala rasuah.
d. Mengalakkan mereka hidup sederhana dan menjauhi
kemewahan dan pembaziran.
e. Berlaku adil dalam segala tindakan pentadbiran dan
pengurusan.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
75
Rujukan Nota Kuliah Bab 1
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak.
2. Slide dari http://lib.kedah.uitm.edu.my (15/6/2013)
3. Pengurusan dalam Islam dari http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-islam.html (15/6/2013)
4. http://zakwanhalim.blogspot.com/2011/04/pengurusan-dan-pengurus.html (17/6/2013)
5. http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/kepimpinan-nabi-muhammad-saw-dalam.html (17/6/2013)
6. http://www.islam.gov.my/en/rasulullah-saw-sebagai-pemimpin (17/6/2013)
RUJUKAN
Recommended