View
19
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PruBSN UmmahLinkDALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL
DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL
Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan tetapi terus menggunakannya apabila berhadapan dengan krisis kewangan yang tidak diduga? Bertahun lamanya kita membuat perancangan untuk menikmati masa hadapan yang selesa tetapi ada kalanya masih tidak mencukupi untuk menguruskan perkara yang penting dalam kehidupan kita. Sama ada anda merancang untuk menunaikan Haji atau Umrah, membina dana pendidikan atau persaraan ataupun mempunyai wang belanja untuk pergi melancong bersama keluarga, anda memerlukan pelan yang kukuh untuk memenuhi setiap impian hidup anda.
PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda. Dengan PruBSN UmmahLink, anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan serta mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda.
DaLam USaha memeNUhi imPiaN hiDUP aNDa, raNcaNgLah LeBih awaL
Memberi panduan kepada anda untuk perjalanan rohaniah dengan maklumat di hujung jari.
Simpanan dan Bayaran
Tunai
Perlindungan
Potensi Pulangan Pelaburan Optimum
PruBSN Insan
Kumpul simpanan anda melalui CashBuilder dengan bayaran tunai setiap dua tahun.
Kelayakan untuk siri cabutan bertuah melalui simpanan anda.
Mengoptimumkan pelaburan anda melalui pelaburan di dalam Dana-dana Takafulink.
Ringankan beban kewangan melalui manfaat Kehilangan Nyawa dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh, Manfaat Takaful Berganda, Manfaat Badal Haji dan Manfaat Khairat Kematian.
Tambah perlindungan anda dalam perubatan, penyakit kritikal dan lain-lain manfaat perlindungan kehidupan untuk mendapat ketenangan minda sepenuhnya.
Bina dan Lindungi Impian Anda
Di bawah adalah ilustrasi bagaimana PruBSN UmmahLink dengan CashBuilder
memberi anda ganjaran untuk jangka masa
panjang.
PruBSNUmmahLinkSU
MB
AN
GA
N BULANA N C ASHBUI LDER =
RM
10
0
SUMBANGAN BULANAN ASAS = RM200
Akau
n Un
it Tu
nai (C
UA)
RM60
Akaun Unit Pelaburan (IUA)
RM40
Akaun Unit Perlindungan (PUA)RM200
Potensi pulangan pelaburan
Jumlah nilai tunai unjuran (kecuali jumlah bayaran tunai dan amaun kematangan daripada CUA) pada tahun ke-30:Senario 1 = RM137,098 Senario 2 = RM55,629
Bayaran tunai RM1,000 setiap dua tahun (pindah secara automatik ke akaun Tabung Haji* / simpanan)
Jumlah bayaran tunai sepanjang30 tahun = RM15,000Amaun kematangan daripada CUA pada tahun ke-30 = RM6,600
* Pilihan ini hanya berkenaan untuk para pelanggan beragama Islam sahaja.
Rancang Awal untuk Ganjaran Berterusan
CashBuilder ialah instrumen simpanan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan untuk membantu anda dalam usaha memenuhi impian hidup di mana ianya dilaburkan di dalam Akaun Unit Tunai (CUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA). Sebahagian daripada CashBuilder memberikan bayaran tunai setiap dua tahun untuk pengurusan kewangan yang lebih baik dengan amaun yang anda tetapkan. Anda boleh menetapkan sama ada untuk mengumpulkan bayaran tunai tersebut di dalam Akaun Unit Tunai (CUA) untuk nilai tunai lebih tinggi atau dipindahkan secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji atau akaun simpanan peribadi anda jika anda merancang untuk menunaikan Haji atau Umrah, atau memenuhi impian anda yang lain. Untuk mengoptimumkan peningkatan pelaburan anda, bahagian yang lain pula memberikan potensi pulangan melalui pelaburan di dalam Takafulink Dana Ekuiti.
Diagram di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja berdasarkan lelaki, berumur 30 tahun, dan tidak merokok dengan jumlah perlindungan RM200,000 serta bayaran tunai RM1,000 setiap dua tahun. Jumlah nilai tunai unjuran daripada bahagian pelaburan anda adalah berdasarkan pelaburan dalam Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Simpanan dan tidak dijamin. Senario 1 dan 2 adalah berdasarkan pertumbuhan kasar dengan kadar 9% dan 2% untuk Takafulink Dana Ekuiti masing-masing, serta 2.42% dan tiada untuk Takafulink Dana Simpanan masing-masing. Bukan itu sahaja. Simpanan anda melalui CashBuilder melayakkan anda untuk siri cabutan bertuah yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP)**, seterusnya memberi anda peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!
** SSP (termasuk cabutan bertuah) ialah produk yang mematuhi syariah yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Syariah Bank Simpanan Nasional. Tertakluk kepada terma dan syarat.
PERLINDUNGANASAS
Jumlah perlindungan jika berlaku
kehilangan nyawa atau Hilang Upaya Kekal
dan Menyeluruh (TPD).
MANFAATKHAIRAT
KEMATIAN
Pilihan untukmeningkatkan
perlindungan anda yangmelengkapi gaya hidup dan
keperluan anda denganperlindungan tambahan
untuk perubatan, penyakitkritikal, kemalangan atau hilang upaya. MANFAAT-
MANFAATTAMBAHAN
MANFAATTAKAFUL
BERGANDA
BADALHAJI
Amaun jumlah perlindungan asas berganda
jika berlaku kehilangan nyawa atau TPD
setiap kali menunaikan Haji atau Umrah.
Jika anda tidak berupaya untuk menunaikan Haji
disebabkan kehilangan nyawa atau TPD, manfaat Badal Haji membolehkan penama anda
untuk menunaikan Haji bagi pihak anda dengan
amaun dibayar sebanyak RM3,000.
Menyediakan RM2,000 untuk perbelanjaan pengkebumian jikaberlaku kematian.
Bagi pelanggan yang bukan beragama Islam,
manfaat ini dibayar sebagai tambahan kepada
manfaat khairat kematian.
Lindungi Apa yang Paling Penting
MUAT TURUN
SEKARANG!
Boleh didapati dalam
Google Play & Apple App Store.
Menghubungkan Anda dengan TeknologiPruBSN Insan adalah aplikasi telefon pintar yang direka untuk memberi anda panduan kepada perjalanan rohaniah yang unggul:
PruBSN UmmahLink ialah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan berkala yang menyediakan anda perlindungan, pelaburan dan simpanan.
Berapa sumbangan yang perlu dibuat?Sumbangan minimum ialah RM150 sebulan termasuk sumbangan CashBuilder. Sumbangan CashBuilder adalah berdasarkan amaun bayaran tunai.
Siapakah yang layak menyertai pelan ini?Pelan ini ditawarkan kepada individu di antara 19 dan 70 tahun. Umur tamat tempoh untuk pelan ini ialah 80 tahun. Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang.
Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan?Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di muka surat sebelah. Semua caj adalah tidak dijamin. PruBSN berhak untuk mengenakan kadar caj dengan memberi notis terdahulu kepada pelanggan.
Mengenai PruBSN UmmahLink
Jenis Caj dan Potongan
Butiran
CAJ wAKALAH PeNDAHULUAN
Caj ini membenarkan kami untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Pelan Ilustrasi.
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & above
Caj wakalah pendahuluan
60% 60% 50% 30% 20% 0%
Untuk CashBuilder, caj wakalah pendahuluan adalah 5% sepanjang tempoh sijil untuk sumbangan yang diperuntukkan di dalam IUA sahaja. Caj wakalah tidak dikenakan untuk sumbangan yang diperuntukkan di dalam CUA.
CAJ PeNGURUSAN ASeT
Caj ini dikenakan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
Takafulink Dana Bon 0.5% p.a.
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% p.a.
Takafulink Dana Urus 1.3% p.a.
Takafulink Dana Simpanan Tiada berkenaan
CAJ PeRKHIDMATAN
Caj ini dikenakan untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
Cara pembayaran Caj
Tunai / Cek RM6 sebulan
Lain-lain RM5 sebulan
CAJ PeNAMBAHAN
Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
CAJ MeNUKAR GANTI DANA
Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
TABARRU’
Kami menolak suatu amaun setiap bulan daripada akaun perlindungan anda berdasarkan umur, jantina, jumlah perlindungan, kelas pekerjaan dan status merokok.
Tabarru’ bermakna derma sebahagian nilai tertentu daripada sumbangan ke dalam Dana Tabarru’ bagi tujuan saling membantu dan membantu di antara peserta mengikut manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah pelan tersebut.
1 Ini adalah produk takaful yang terikat pada prestasi aset-aset pendasar, dan ia bukan suatu produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
2 Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Sila rujuk kepada Pelan Ilustrasi, Lampiran Keterangan Produk dan Profil Dana sebelum menyertai pelan ini.
3 Amaun sumbangan untuk CashBuilder akan diletakkan mengikut amaun yang terlebih dahulu ditetapkan di antara IUA dan CUA. Bayaran tunai dijamin adalah dibayar daripada CUA yang dilaburkan dalam Takafulink Dana Simpanan dan kami berhak untuk mengubah pelaburan dasar Takafulink Dana Simpanan pada bila-bila masa.
4 Dana-dana yang dipilih untuk CashBuilder adalah tetap dan tidak boleh diubah. Tetapi, penukaran dana dibenarkan untuk IUA Takafulink Dana Ekuiti.
5 Bayaran tunai adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada kadar setara untuk sumbangan yang tidak dibayar.6 Cabutan SSP adalah tertakluk kepada ketersediaan seperti yang ditawarkan oleh BSN.7 Keuntungan pelaburan hanya akan diisytiharkan pada hujung setiap 12 bulan bagi setiap sumbangan
dibayar ke CUA, hanya jika setiap sumbangan dibayar tidak dikeluarkan oleh anda atau dijadikan sebagai bayaran tunai oleh kami.
8 Pulangan pelaburan daripada PUA, IUA dan kadar untung daripada CUA anda akan didasarkan kepada prestasi sebenar dana tersebut dan tidak dijamin.
9 Risiko pelaburan dana anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin lebih kurang daripada jumlah sumbangan anda yang dibayar.
10 Jika anda berhenti membayar sumbangan, perlindungan anda mungkin ditamatkan sebelum masanya.11 Kadar sumbangan dan Tabarru’ adalah tidak dijamin. PruBSN berhak menilai semula kadar sumbangan
dan/atau Tabarru’ dengan memberi notis bertulis 90 hari. Untuk manfaat perubatan (jika disertakan), notis bertulis 30 hari akan diberikan.
12 Untuk PruBSN UmmahLink, anda berhak menerima pelepasan cukai berkaitan sumbangan anda sehingga RM6,000. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
13 PruBSN UmmahLink tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
14 PruBSN UmmahLink adalah berdasarkan model wakalah Bil Ajr iaitu persetujuan untuk PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA, IUA dan CUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran untuk perkhidmatan pengurusan menyeluruh yang diberikan. Perlindungan takaful adalah daripada Dana Tabarru’.
15 Anda berhak menerima sebarang agihan lebihan termasuk keuntungan (jika ada) yang didapati daripada Tabarru’ pada setiap akhir tahun kewangan. Bersama peserta-peserta yang lain, anda berhak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki selebihnya sehingga 50% sebagai insentif menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun agihan lebihan sebenar akan ditetapkan setiap tahun dan tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
PruBSN UmmahLink tidak melindungi sebarang situasi yang berikut:1 Kematian yang disebabkan bunuh diri dalam tempoh satu tahun daripada tarikh sijil.2 TPD yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan percubaan bunuh diri atau
mencederakan diri sendiri dalam keadaan waras atau tidak waras.3 TPD yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan penglibatan di dalam
penerbangan udara (termasuk paying terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang berbayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa ditetapkan.
Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Pengecualian
Nota-nota penting
Pengecualian
Nota-nota penting
PruBSN UmmahLink adalah produk yang berasaskan Syariah.
Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:
PRUDeNTIAL BSN TAKAFUL BeRHAD (740651-H)
Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.Tel: 03 2053 7188 Faks: 03 2072 6188
Emel: customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantarkan kepada 33080
www.prubsn.com.my
Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak 25 April 2016
Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampun memenuhi keperluan andadan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
Recommended