View
242
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
2
Dari Meja Pengarang
Sidang PengarangKetua Pengarang
Ramli bin Napiah
Pengarang
Muhamad Azmi bin Muhamad Nor
Penolong Pengarang
Mohamed Diah bin Baharun
Sidang Pengarang
Rosyatimi binti AbdullahRosli bin Ishak
Mohd. Fadli bin Che MeNizaiham binti Mohd. Nor
Mat Ali bin MohamedKhyrun Anuar bin Zainol
Mohd. Azhar bin TaibAhmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)
Abdul Aziz bin Mohd. Yunus (ICB)Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)
Charan Hamdanee (IAV)
Jurufoto dan Edaran
Mohd. Fadli bin Che Me
Penerbit
Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor,
No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4252 9696Faks: 03-4252 9393
Laman Web: www.ingresscorp.com.my
Rekabentuk dan Urus Cetak
Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70A,
Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas,50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2300 1051 / 1052Faks: 03-2300 1062
E-mail: triknight@maxis.net.my
Isi Kandungan
Dari Meja Pengarang
Dari Meja Pengarang 2
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 3 - 5
Berita Korporat 5-6 Ingress Labur RM 6 Juta Tingkatkan R&D Ingress Ramal Potensi Tinggi di Indonesia
Berita HR 6 - 9 Majlis Keraian AJK Mukhayyam 2004 Sumbangan untuk keluarga Allahyarham
Mohd. Nazim bin Ibrahim Selamat Hari Lahir Latihan untuk Pengurusan Sumber Manusia
IAV dan PT IMV Perasa Fundamental of HRM
Fokus 10 Mesyuarat Agong Tahunan Kali Kelima
Berita Keselamatan & Kesihatan 11 Latihan Khas Pencegahan Kebakaran Pemantauan Kesihatan Kakitangan Ingress
Operasi Nilai
Kelab Kakitangan Ingress 12 Seminar Keluarga Bahagia Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
Tertutup ITSB
Berita Subsidiaries 13-15 Majlis Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif
ICB di ITSB Program Lawatan oleh Persatuan Usahawan
Singapura Lawatan oleh NPC & Majlis Perbandaran
Seberang Prai
Projek Pembinaan Kilang Kedua ITSB Pelancaran Program TPS di ITSB
Jendela Oversea 16 Sukan IAV 04 Family Day 04
Nostalgia 17-18 Selamat Pengantin Baru Cahaya Mata
Karya 18
Candid Camera 19
Sudut Agama 20 Marhaban Ya Ramadha Khutbah Nabi Menyambut Ramadhan
Salam sejahtera kepada seluruh warga Ingress,
Bermula dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjunganbesar kita, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Baginda, para sahabat dan seluruh umatIslam yang berjuang menegakkan syariat Allah di muka bumi-Nya ini.
Kami bersyukur kerana dapat bertemu sekali lagi dengan seluruh warga Ingress di dalamedisi ketujuh Majalah Nadi Ingress. Kami mendoakan semoga seluruh warga Ingressberada di dalam perlindungan Allah s.w.t dan sentiasa dikurniakan kesabaran dan keimananyang tinggi di dalam menghadapi segala cabaran kehidupan ini.
Tragedi Gunung Rajah pada 2 Mei 2004 yang lalu telah mengejutkan seluruh warga Ingressdan masih segar dalam ingatan. Kembalinya Allayarham Mohd Nazim Ibrahim ke sisiAllah s.w.t dalam tragedi tersebut adalah merupakan satu kehilangan yang amat besarbagi Ingress dan turut dirasakan oleh seluruh warga Ingress. Marilah kita sama-samamendoakan semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan para solihin. Marilah kita juga sama-sama berdoa agar ahli keluarga Allahyarhamdiberi rahmat, kesabaran dan perlindungan oleh Allah s.w.t khususnya kepada anakAllahyarham yang baru lahir pada 3 Ogos 2004, Aminah binti Mohd Nazim.
Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Ingress Corporation Berhad kali kelima telahberlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2004. Sebelum itu, Skim Saham Pilihan Pekerja(Employee Share Option Scheme ~ ESOS) telah dilancarkan pada 9 April 2004 dan tawaranrasmi kepada semua warga Ingress yang layak telah dibuat sehari sebelum AGM denganharga RM1.27 sesaham. Ini menggambarkan komitmen pihak pengurusan Ingress dalamusaha untuk memajukan Syarikat di samping memberi peluang kepada warga Ingressuntuk turut serta memiliki pegangan ekuiti Syarikat. Kami mengambil kesempatan inimenyeru warga Ingress sekalian supaya mengambil peluang ini dan mendapatkanmanfaat darinya.
Mukhayyam Kumpulan Syarikat Ingress dengan tema Tajdid Ke Arah Kecemerlangantelah kita jalankan dengan jayanya. Alunan lagu Jalinan oleh Kumpulan Nasyid UNIC,menjadi lagu tema Mukhayyam sentiasa segar di ingatan. Kami mengharapkan seluruhwarga Ingress benar-benar dapat menghayati inti pati program Mukhayyam yangdiadakan itu. Ilmu yang dicurahkan, panduan dan tunjuk ajar yang diberi, pengalamanyang dikongsi bersama, teguran yang membina, kasih sayang yang disemai diharap dapatmembantu warga Ingress melakukan Tajdid untuk terus mencapai kecemerlangan.
Akhirnya, Sidang Pengarang Nadi Ingress mendoakan semoga seluruh warga Ingressmendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Kami juga mendoakan agar kitasemua dilindungi Allah s.w.t dari segala bentuk fitnah dan kejahatan yang dilakukan olehmereka yang suka berbuat kejahatan. Amin.
3
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Pertama-tama kali marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi nikmat keimanan dandiberi nyawa untuk meneruskan kehidupan.Marilah kita panjatkan kesyukuran kepadaAllah s.w.t kerana Kumpulan Syarikat Ingresstelah dilimpahi rezeki dan projek yang banyak.Kalau dibandingkan dengan syarikat-syarikatlain di persekitaran kita, banyakpemberhentian kakitangan berlaku samadamelalui Volunteer Separation Scheme (VSS)ataupun retrenchment. Tetapi di Ingress, al-Hamdulillah, kita diberi banyak kontraksehingga pada bulan-bulan akan datang ini,kebanyakan kakitangan kita sentiasa disibukkan untuk menyiapkanprojek-projek baru.
Bangunan kilang kedua ITSB telahpun siap didirikan. Insya-Allah,bangunan surau dan kantin yang baru akan siap juga dibina samadasebelum ataupun selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Kita akanberhadapan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak pada bulanOktober ini dan tentunya pada pertengahan atau akhir November,kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Seperti kebiasaan,kita akan menghantar beberapa orang kakitangan yang telah lamaberkhidmat dengan Ingress dan kakitangan yang terpilih sebagaiPekerja Terbaik untuk menunaikan Umrah pada kali ini. Kitabersyukur kerana kita telah meningkatkan sekali ganda daripada12 orang pada tahun-tahun sebelum ini kepada 30 orang padatahun ini. Insya-Allah, jika dimurahkan rezeki, kita akan tingkatkanlagi kouta Umrah mengikut kemampuan kita.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Pekerja kita di Indonesia kini telahpun mencecah kepada 66 orangdan Insya-Allah, pada akhir tahun ini ia akan meningkat kepada100 orang. Operasi perkilangan pula telahpun bermula untuk projekMitsubishi dan Suzuki. Insya-Allah, semuanya berjalan denganlancar dan saya nampak semangat pekerja kita di sana begitu kuatsekali dan nampaknya mereka lebih cepat belajar berbandingdengan rakan-rakan kita di Thailand. Mungkin disebabkan olehproses pemilihan kakitangan yang dibuat itu begitu rapi ataupunmungkin disebabkan oleh semangat mereka yang begitu tinggikerana mereka sudah lama tidak mendapat pekerjaan. Saya yakin,syarikat kita di Indonesia akan menjadi syarikat yang besar padamasa-masa akan datang seperti juga syarikat kita di Malaysiamahupun Thailand, Insya-Allah.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB),Bukit Beruntung pula, kita baru sahajamengambil 20 orang pekerja baru dan kitaakan terus mengambil pekerja baru sehinggaakhir tahun ini. Kemungkinan kita akanmengambil lebih kurang 65 orang kakitanganbaru lagi. Hingga kini, kita ada 322 orangkakitangan dan Insya-Allah kita akan adahampir dua kali ganda lebih kakitangan. Olehitu, saya perlu mengingatkan saudara dansaudari sekalian tentang matlamat kita iaituuntuk mendapatkan rezeki yang halal sertakeredhaan daripada Allah s.w.t kerana setiapkerja dan tingkah laku kita akan dihitungkanoleh Allah s.w.t samada kita akan diganjari
pahala atau sebaliknya.
Selain itu, kita juga ingin bermuamalah untuk bekerja di syarikatini supaya dikira sebagai pahala yang besar di akhirat nanti, Insya-Allah. Setelah beberapa lama merancang, saya rasa mulai Oktoberdan bulan-bulan yang akan datang ini, kita akan disibukkan untukmenyiapkan beberapa projek terutamanya projek D690 yang telahdipasang di bahagian assembly. Selain itu, kita juga disibukkandengan projek D73A untuk model PERODUA yang baru.
Syarikat kita di Nilai pula sibuk membuat sash bagi projek D690dan beberapa projek yang baru. Buat pertama kalinya setelah kitabertungkus-lumus selama dua tahun, kita berjaya mendapatHeat Shield untuk WAJA dan Gen 2. Kini, kita sedangberusaha untuk mendapatkan Heat Shield untuk model TiaraReplacement Model (TRM) pula.
Perkembangan di Thailand juga amat memberansangkan. Olehkerana kita berjaya mendapat projek Honda Civic, maka kitaterpaksa membuat satu lagi kilang baru di Ayuthiya, Thailand dankita merancang untuk membuka tender dalam jangka masa terdekatini. Insya-Allah, kita menjangkakan bangunan ini akan disiapkansepenuhnya sebelum Mei atau Jun tahun hadapan. Pembeliantanah bangunan sahaja bernilai RM 10 juta dan kita akan membuatpelaburan untuk Honda Civic ini sebanyak RM 10 juta lagi.
Ini menunjukkan perkembangan yang positif bagi Ingress baik diThailand mahupun di Malaysia. Mungkin prestasi untuk suku tahunkedua bagi Tahun Kewangan 2004/05 tidak begitu baikberbanding dengan suku tahun pertama. Kita mengharapkan agarsuku tahun ketiga menjadi suku tahun yang paling baik bagi tahunini dan saya yakin pada akhir tahun ini kita akan mencapai
Bersambung di muka surat 4
Fahamilah Prinsip-Prinsip Agama
4
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
keuntungan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Itu adalahbeberapa perancangan kita.
Di bahagian Power Engineering pula, kita juga sedangmendapatkan beberapa projek dan Insya-Allah, kita juga akanmendapat keuntungan pada akhir tahun ini. Di samping itu juga,kita sedang berusaha untuk mendapatkan projek yang besardaripada JIMAH Power. Itulah harapan kami. Di samping kitaberusaha, janganlah kita lupa untuk berdoa dan terus memintadaripada Allah s.w.t.
Selain itu, kita juga sedang berusaha untuk melibatkan diri di dalamkegiatan-kegiatan perniagaan yang lain seperti Hydropower yangsedang dirunding dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kitajuga akan turut berunding dengan satu kumpulan BumiputeraEntrepreneur yang baru untuk memulakan kerja-kerja yangmelibatkan minyak dan gas. Kita juga turut berunding denganbeberapa pihak di Indonesia dan Sudan untuk mendapatkanbeberapa projek. Sekiranya kita berjaya mendapatkan satu projek,kita akan mulakan usaha sama ini dengan kumpulan bumiputerayang lain pula. Ini adalah di antara projek-projek yang sedang kitarancang dan Insya-Allah dengan berkat doa dan kegigihan parapimpinan Ingress, saya yakin kita akan mendapat kejayaan.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Oleh kerana bertambahnya pengambilan beberapa orangkakitangan yang menyertai Kumpulan Syarikat Ingress, sayaberminat untuk mengulangi beberapa prinsip supaya kita bukansahaja jelas mengenai pekerjaan di dalam Ingress sahaja, tetapijuga di dalam kehidupan kita. Sebagaimana yang kita ketahui, didalam ajaran agama Islam, ada yang wajib kita laksanakan, adayang haram kita lakukan dan ada yang sunat, makruh dan haruskita lakukan. Begitulah juga dengan pekerjaan kita. Ada beberapaperkara yang wajib kita lakukan mengikut sistem yang ada dantidak boleh diubah, ada yang tidak boleh dilakukan supaya kerjaitu tidak menjadi sulit, ada juga yang sunat dan diberi ganjaranseperti aktiviti KAIZEN. Kalau kita membuat KAIZEN, kita akanmendapat imbuhan dan ini memerlukan inovasi daripada saudaradan saudari sekalian. Ada perkara yang saudara dan saudaribuatpun kita tidak marah malahan tidak buatpun kita tidak marah.Begitulah juga dengan hukum-hakam di dalam agama kita.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Saya juga ingin mengingatkan saudara dan saudari mengenaipembahagian ilmu yang ada di dalam dunia ini iaitu ilmu akal, ilmusyariah dan ilmu adat. Ilmu akal merupakan penggunaan akalsepenuhnya untuk meyakinkan diri kita kerana tanpa penggunaanakal yang sempurna, maka tidak sahlah hukum itu. Ini termasuklahakidah, kepercayaan kepada benda-benda yang ghaib (syurga,neraka, alam barzakh dan lain-lain) dan kepercayaan kepadaRukun Iman. Keyakinan kepada diri kita sendiri tidak memadaidengan sekadar mengikut Ustaz ataupun ibu bapa kita. Kita mesti
percaya dengan diri kita kerana segala-galanya jelas terkandungdi dalam al-Quran mengenai gambaran-gambaran bagaimana kitaperlu bertafakkur di dalam melihat kejadian alam dan melihatkejadian universal supaya kita yakin adanya Pencipta alam ini.
Kedua ialah hukum syarak iaitu hukum-hukum yang diturunkanoleh Allah s.w.t melalui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Hukum-hukum ini ada yang wajib kita ikut dan ada yang tidaksepatutnya kita soal. Keadaan kita sekarang ini terbalik keranahukum syarak terlalu banyak yang kita persoalkan manakala hukumakal tidak pula kita soal. Jadi, kalau hukum syarak kita tidak lagiwajib bertanya apa sebabnya dan kita ikut sahaja, maka tidak salahkalau kita ingin mengetahui hikmahnya untuk menguatkan lagikeimanan kita. Tetapi kalau kita soal semata-mata untuk mencaridalih supaya kita tidak perlu melakukannya, maka ia adalahdiharamkan oleh agama kita.
Ketiga ialah hukum adat. Hukum ini termasuklah ilmu sains danilmu-ilmu lain selain Islam. Di dalam hukum adat ini, kita digalakkanuntuk memperbanyakkan kajian-kajian dan bukan sekadarmengikut apa yang orang lain kata atau buat. Jikalau kita tidakberkeupayaan untuk membuat kajian, maka kita bolehlah mengikutpakar-pakar yang membuat kajian. Kalau kita tidak percaya denganpakar-pakar itu, maka cukuplah kita mengikut aspek kepakaran itusendiri. Di sinipun ada pembahagian-pembahagian hukum itukerana kita mengikut spesifikasi PROTON atau PERODUA.Spesifikasi seperti kualiti, dimension dan sebagainya kita tidakboleh ubah kerana kalau kita ubah, ia tidak akan dapat diterima.Jadi, inilah yang tidak sepatutnya kita ubah kerana kita bekerjauntuk mengeluarkan produk-produk mengikut spesifikasipelanggan. Apa yang boleh kita ubah hanyalah produktiviti,penjimatan penggunaan material, penjimatan masa dansebagainya. Itulah yang sepatutnya kita pelajari. Apa yangdipelajari samada daripada Penyelia mahupun Pengurus masing-masing juga perlu kita ketahui yang mana wajib kita ikuti dan yangmana sekadar harus sahaja kita ikuti.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Saya juga ingin menyentuh sepintas lalu mengenai Islam. Islamterbahagi kepada tiga cabang yang utama iaitu iman, syariah danakhlak. Kita perlu tahu dan faham ketiga-tiga cabang ini untukmenjadi seorang Muslim yang berguna. Kita jangan ingat hanyadengan solat dan puasa sahaja sudah cukup untuk menyatakanbahawa kita adalah penganut agama Islam.
Sesungguhnya Islam itu syumul dan merangkumi semua aspekkehidupan supaya kita jelas dengan panduan yang diberi oleh Allahs.w.t. Oleh kerana Allah adalah Pencipta kita, maka panduan yangdiberikan adalah sebaik-baik panduan dan ajaran yang diberikanadalah sebaik-baik ajaran untuk menjadikan diri kita sebagai insankamil. Kalau kita tidak mengikut panduan ini dengan sebaik-baiknya, maka sesatlah kita di dalam kehidupan kita. Kalau kita
Bersambung di muka surat 5
Dari muka surat 3
5
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Berita Korporat
Ingress Labur RM 6 JutaTingkatkan R & D
syarikat secara konsisten telah membolehkan mereka menerimasijil ISO TS 16949 : 2002 pada bulan Mac yang lalu.
Sambil menyatakan kurang daripada 20 buah syarikat tempatanmemiliki sijil itu, Rameli berkata, Ingress memberikan penekananserius kepada usaha R&D di dalam syarikat itu dan iadimaksimumkan sepenuhnya dengan penggunaan sistem robotterkini yang dihasilkan oleh syarikat itu sendiri.
Kami bertegas dalam memastikan kakitangan kami pakar dalamhal-hal ini, tambah beliau.
Rameli berkata, penglibatan kakitangan Ingress di dalam kerja-kerja R&D turut melibatkan proses mereka bentuk bingkai pintupada peringkat awal reka cipta kereta itu sendiri yang selalunyaberlaku dua tahun sebelum itu.
Ini termasuk kereta-kereta daripada jenama Honda, Ford danMazda, katanya.
Rameli menambah, mereka sedang berunding denganKumpulan Naza untuk membekal komponen kepada syarikatberkenaan samada melalui pembinaan kilang di Gurun, Kedahatau di sini. Perbincangan ini masih pada tahap permulaandan keputusannya akan bergantung kepada polisi kerajaanberkenaan perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA), ujarnya.
menjadi seorang musafir dan pergi ke sebuah tempat, maka kitamestilah merancang terlebih dahulu. Kita mesti tahu jalan manayang hendak kita ikut atau bawa panduan, peta mahupun kompassupaya kita dapat menuju jalan itu secepat mungkin dan denganseberapa selamat yang mungkin. Tetapi kalau kita tidak tahu, tiadapetua atau kompas di tangan kita, maka apabila kita tiba dipersimpangan jalan, kita tidak tahu samada hendak terus ataumembelok ke kanan atau kiri. Kalau kita tersesat di pertengahanjalan, maka kita terpaksa bertanya kepada ramai orang.
Setiap kali kita sampai di persimpangan jalan dan kita tanya orang,maka berlakulah pembaziran tenaga dan waktu. Jadi, kita tiadamasa untuk setiap kali kita berhadapan dengan situasi bermasalah,kita cari Ustaz atau pakar-pakar agama untuk memberi hukumatau fatwa. Tetapi kalau kita sendiri cuba mempelajari asas-asasagama ini, maka kita tidak perlu banyak membuang masa keranasegala-gala yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah
telahpun diterjemahkan oleh Ulamak. Jadi, kita tidak perlu untukmereka-reka lagi apa yang telah diijmakkan oleh Ulamak. Kita ikutsahaja apa kata Ulamak kerana inilah sebahagian daripada prinsipagama Islam kita.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dari muka surat 4
Sumber: Utusan Malaysia - 23 Ogos 2004 (Isnin)
Kuala Lumpur 22 Ogos - Ingress Corporation Berhad (Ingress),pengeluar komponen kenderaan bagi kegunaan kereta tempatandan rantau ASEAN, akan membelanjakan kira-kira RM6 juta bagimemperbesarkan prasarana penyelidikan dan pembangunannya(R&D) tahun depan.
Naib Pengerusi Eksekutifnya, Rameli Musa berkata, langkah itubertujuan memastikan syarikatnya sentiasa berada di hadapandari segi inovasi dan kualiti selain mengekalkan kelebihan dayasaingnya di arena antarabangsa.
Sebuah pusat Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) akandibuka di kilang ketiga kami di Ayyuthaya, Thailand menggantikanpusat yang lebih kecil di Rayong yang juga terletak di negaraberkenaan.
Sementara itu, pusat R&D tempatan di Bangi, Selangor akandiperbesarkan, kata beliau kepada Utusan Malaysia ketikaditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Menurut Rameli, pusat R&D Ingress yang mempunyai 25 orangkakitangan di Bangi dan lima orang di Rayong, akan ditambahdua kali ganda dalam usaha peluasan itu.
Beliau menambah, pencapaian kualiti dan inovasi tertinggi
6
Berita Korporat
Berita HR
Majlis Keraian AJKMukhayyam 2004
6
Ingress Ramal Potensi Tinggi di Indonesiapengeluaran secara besar-besaran bagi produk Suzuki barusahaja bermula.
Kami membekalkan lebih 4,000 buah bingkai sebulan kepadaSuzuki dan kami akan terus membekalkan peracuan bagiMitsubishi sehingga tahun 2007 dan jumlah jualan kepada kedua-dua syarikat ini akan bergantung kepada tempahan, tetapi yangpasti ia akan berkembang, tegasnya.
Ingress sedang mempertingkatkan usaha pemasarannyabersama dengan rakan kongsinya dari Jepun untukmendapatkan kontrak daripada pembuat kereta lain di Indonesiaserta menyasarkan kontrak bagi model-model kereta akandatang daripada pelanggannya sekarang.
Kami bukan sahaja memasarkan kepada pembuat kereta, kamijuga menyasarkan vendor sedia ada dengan harapan untukmembentuk perikatan atau bertindak sebagai vendor Tier-2kepada syarikat-syarikat ini, katanya.
Ditanya mengenai prospek di Indonesia tahun ini, beliau berkata,bagi tahun 2004, jumlah keseluruhan industri bagi sektorautomotif di Indonesia dijangka mencecah 400,000 buah, danini merupakan peningkatan sebanyak 12.7 peratus daripada354,789 dalam tahun 2003.
Berdasarkan jualan agregat automotif sebanyak 143,396 buahbagi tempoh bulan Januari hingga April, ia menjangka sekurang-kurangnya dapat mencapai anggarannya.
Sumber: Utusan Malaysia - 28 Julai 2004 (Rabu)
Bangi 27 Julai - Ingress Corporation Berhad meramalkanpertumbuhan tinggi bagi usaha niaganya di Indonesia kerananegara itu berkemungkinan menjadi pusat eksport bagi pembuatkereta antarabangsa dalam jangka masa terdekat ini, kata NaibPengerusinya, Rameli Musa, hari ini.
Syarikat pengeluar bahagian kereta itu memulakan operasinyadi Indonesia pada Mac tahun ini, dan menurut Rameli usahaniaga itu akan menyumbang hanya dua peratus kepadapendapatan tahun ini.
Namun demikian, Ingress berharap untuk melihat usaha niagaitu berkembang pesat dalam dua hingga tiga tahun akan datang.
Kami juga sedang berusaha untuk mengadakan janji niagadengan Isuzu untuk membekalkan bahagian kereta bagioperasinya di Indonesia, katanya kepada pemberita selepasMesyuarat Agong Tahunan syarikat itu di sini, hari ini.
Kami berharap Indonesia akan menjadi pusat eksport bagikebanyakan pembuat kereta dan kami nampak potensipertumbuhan yang tinggi di sini, katanya.
Kemasukan awal syarikat itu dalam pasaran Indonesia berbaloidengan pemberian kontrak bagi membekalkan peracuan kepadaMitsubishi dan bingkai kepada Suzuki.
Pembekalan telahpun bermula bagi projek Mitsubishi dan
Jamuan Makan.
Majlis Keraian Ahli Jawatankuasa (AJK) Mukhayyam 2004 telahdiadakan pada 20 Julai 2004 (Selasa) bertempat di ChineseRestaurant, Allson Klana Bandar Baru Nilai. Majlis yang bermulapada jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ini menjadi lebihmeriah dengan kehadiran Pengarah-pengarah Eksekutif KumpulanSyarikat Ingress.
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis dandisusuli dengan ucapan Pengerusi Mukhayyam 2004, Tn. Hj.Ramlee bin Ismail. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan NaibPengerusi Eksekutif ICB, Tn. Hj. Rameli Musa dan sejurus selepasitu, acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua AJK puladiadakan.
Selepas bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rusdi binIbrahim, semua jemputan dan tetamu yang hadir menikmati juadahyang dihidangkan.
Bersambung di muka surat 7
7
Berita HR
Sumbangan untuk KeluargaAllahyarham Mohd. Nazim binIbrahim.Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah ketentuanIlahi sejak azali lagi dan tiada seorangpun insan yang dapatmenyangkal ketetapan ini.
Begitulah takdir yang perlu dihadapi oleh keluarga AllahyarhamMohd. Nazim bin Ibrahim, bekas Pengurus Jabatan Kewangandan Perakaunan, Ingress Operasi Nilai, rentetan dari tragedi yangmenimpa pendaki-pendaki Gunung Rajah pada 2 Mei 2004 yanglalu.
Justeru itu, sebagai tanda prihatinnya Ingress kepada keluargaAllahyarham yang telah meninggalkan banyak bakti kepadaSyarikat, satu kunjungan rasmi telah diadakan pada 28 Mei 2004(Jumaat) yang diketuai oleh Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain, PengarahEksekutif Kumpulan. Kunjungan tersebut bertujuan untukmenziarahi keluarga Allahyarham di samping memberikan sedikitsumbangan Syarikat kepada mereka.
Pada hari yang lain pula iaitu pada 1 Julai 2004, Pengurus Besar,Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan pula mewakiliKumpulan Syarikat Ingress ke Majlis Penyampaian Cek di bawahtuntutan Pelan Takaful Keluarga Berkelopok (PTKB) anjuranSyarikat Takaful Malaysia Berhad untuk disampaikan kepada ahlikeluarga Allahyarham.
Semoga mereka lebih tabah untuk menghadapi hari-hari yangmendatang. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allahyarhamdigolongkan bersama-sama dengan para sholihin.
Penyampaian cek daripada Takaful.
Sumbangan kepada isteriAllahyarham.
Pihak Pengurusan yangmewakili Ingress.
Keberangkatan pulang.
Penyampaian Sijil Penghargaan.
AJK Mukhayyam 2004.
7
8
Berita HR
8
Latihan untuk Pengurusan SumberManusia IAV dan PT IMVSatu sessi latihan selama seminggu telah dikendalikan oleh pihak Pembangunan SumberManusia Kumpulan (GHRD) bersama-sama dengan pihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) dari Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) dan PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV)pada 14 hingga 17 Jun 2004. Latihan ini dihadiri oleh Khun Adul Suden, Khun Syed IshaqSyed Ibrahim, Bapak Le Mujitahid Amien dan Bapak Gunawan Setiyadi.
Program latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka mengenaikonsep-konsep dan teori-teori HR di samping menceritakan pengalaman-pengalamanmengenai isu-isu HR itu sendiri yang merangkumi Perjawatan, Perhubungan Perindustrian,Pentadbiran Pampasan, fungsi-fungsi teras HR, Latihan dan Pembangunan, Pentadbirandan Kebajikan Kakitangan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu, programlawatan ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Ingress Operasi Nilai juga turutdiadakan.
Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan pendedahan dan menambahkanilmu pengetahuan yang sedia ada mengenai istilah, teori dan konsep HR itu sendiri sebagaiaset yang amat berharga kepada Syarikat.
Selamat Hari LahirSelamat Hari Lahir diucapkan kepada Tn. Hj.Rameli bin Musa dan dan Ungku Farid binUngku Abdul Rahman yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka baru-baru ini.
Majlis sambutan ulang tahun kelahiran UngkuFarid bin Ungku Abdul Rahman, PengarahEksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Korporatyang ke-50 telah diadakan sehari lebih awaliaitu pada 27 Mei 2004 (Khamis) yang lalu.Manakala majlis sambutan ulang tahunkelahiran Tn. Hj. Rameli bin Musa, NaibPengerusi Eksekutif, ICB pula diadakan limahari lebih awal iaitu pada 26 Julai 2004 (Isnin)sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-58. Semoga Allah merahmati kedua-duapimpinan Ingress ini.
Jamuan sempena majlis Hj. Rameli Musa.
Tuan Hj. Rameli bin Musa.
Ungku Farid bin Ungku AbdulRahman.
Hadiah untuk UngkuFarid Rahman.
Jamuan sempena majlis Ungku Farid Rahman.
Kakitangan menikmati juadah yang disediakan.
Kakitangan menikmati juadah yang disediakan.
Dari kiri: Pak Muji, Khun Adul,Bpk Gunawan dan Khun Syed.
GM GHRD memberikan taklimat.
9
Berita HR
Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan (GHRD)
telah mengendalikan satu kursus yang bertajuk
Fundamental of Human Resource Management (HRM).
Kursus ini melibatkan enam modul untuk kakitangan
peringkat Penyelia ke atas di semua Jabatan Sumber
Manusia, bagi semua anak syarikat yang beroperasi di
Malaysia.
Modul yang pertama telahpun diadakan dengan jayanya
pada 4 September 2004 (Sabtu) yang lalu di Intekma
Resort and Convention Centre, Shah Alam, Selangor
bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Modul yang kedua pula diadakan pada 25 September
2004 di Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN). Manakala modul-modul seterusnya pula
dijadualkan pada 9 Oktober 2004, 27 November 2004,
18 Disember 2004 dan 8 Januari 2005.
Tujuan utama kursus ini diadakan ialah untuk
menyediakan kefahaman asas mengenai fungsi-fungsi
HRM dan peranannya di dalam organisasi serta peranan
pengamal HR di dalam menyokong kejayaan organisasi.
Semoga kursus ini dapat menambahkan ilmu dan
kemahiran para peserta mengenai aspek-aspek yang
ditekankan untuk menjadi pengamal HR yang efektif di
dalam memastikan kejayaan syarikat.
Fundamentalof HRM
PERASA
Program Latihan Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang pada 18 hingga 20Ogos 2004 oleh Akademi Pembangunan Diri (APD) al-Falah dengan jumlah peserta seramai 21 orang.
Program ini adalah sebahagian daripada aspek pemantapan sahsiah diri untuk Leader dan Penyelia. Beberapa teknik soft skillseperti kaunseling, pemahaman masalah, teknik bimbingan dan juga teknik penyeliaan secara berhemah telah ditunjuk ajar di dalamprogram latihan ini.
Perbincangan sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti berbentuk Teamwork. Raja Ismail dan APD al - Falah.
Bergambar kenangan.
Pembentangan kerjaberkumpulan.
Perbincangan kumpulan. Memahami kajian kes.
10
MesyuaratAgong
TahunanKali
Kelima
Fokus
Mesyuarat Agong Tahunan (AGM)Kali Kelima Ingress CorporationBerhad (ICB) telah diadakan padahari Selasa, 27 Julai 2004 pada jam10.30 pagi bertempat di Hotel Equa-torial, Bandar Baru Bangi.
AGM pada kali ini dihadiri oleh 150orang tetamu yang terdiri daripadaBarisan Ahli Lembaga Pengarah ICB,para pemegang saham dalaman danluaran, jemputan-jemputan khas dansebahagian daripada kakitangan ICBdan anak-anak Syarikat yang lain.Pihak penganjur yang diketuai olehJabatan Komunikasi Korporat jugaturut mengundang pihak mediasamada cetak mahupun elektronikuntuk merakamkan detik-detikbersejarah ini.
Mesyuarat berakhir pada jam 12.30tengahari dan semua hadirindisajikan dengan juadah makantengahari. Kesempatan inidigunakan oleh semua pihak untukberamah-mesra dan bertukar-tukarpandangan.
Tn. Hj.Ramli Napiah dan En. Vaseehar Hassan Sessi press conference. Sessi pendaftaran.
Tn. Hj. Rameli Musa.
Pengelola AGM.
Bacaan doa bagi memohon keberkatan.
Ungku Fand Ungku Abdul Rahman danDato Nasir Yusoff.
Sessi perbincangan.
Menikmati jamuan makan tengahari.
Antara pemegang saham yang hadir.
12
Unit Kebajikan, Kelab Kakitangan IngressOperasi Nilai yang diketuai oleh Tn. Hj.Mat Ali bin Mohamed telah menganjurkanSeminar Keluarga Bahagia pada 22 Mei2004 yang lalu bertempat di Dewan Kuliah3B-301, Fakulti Sains Kemasyarakatan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Majlis yang disertai oleh 31 orangkakitangan dan pasangan ini telahdirasmikan oleh Tn. Hj. Ramli bin Napiah,Pengarah Eksekutif Kumpulan.
Antara objektif utama seminar inidiadakan adalah untuk memberikefahaman kepada peserta mengenaipembinaan keluarga yang bahagia disamping menyemai perasaan mahabbahdan taawun sesama pekerja.
Dua orang pembentang kertas kerja telahdijemput untuk mengupas topik AsasPembinaan dan Tanggungjawab Suamidan Isteri Menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta Faktor dan GejalaKeruntuhan Rumahtangga. Merekaadalah Ybhg Ustaz Mohd. Nazri binAhmad, Pensyarah dari Jabatan Al-Qurandan As-Sunnah, UKM dan Ybhg Ustaz MdRozali bin Hassan, Pegawai Agama IslamDaerah Kajang. Pembentangan menjadilebih menarik apabila pembentangmengenengahkan pengalaman, kisah danjuga contoh-contoh yang boleh dijadikaniktibar oleh para peserta.
Adalah diharapkan agar seminar ini dapatmemberi faedah kepada peserta dalammemahami kaedah untuk mengeratkanhubungan rumah tangga danmewujudkan keharmonian keluarga.
Seminar Keluarga Bahagia
Kelab Kakitangan Ingress
PertandinganBola Sepak 9
SebelahTertutup ITSB
Pada 15 Ogos 2004 yang lalu, Unit Sukan,Kelab Kebajikan Ingress Technologies Sdn.Bhd. (ITSB) telah menganjurkan satupertandingan Bola Sepak 9 SebelahTertutup ITSB.
Dalam pertandingan ini, sebanyak tujuhpasukan telah mendaftar untuk menyertaipertandingan ini. Keputusan pertandinganialah pasukan dari QA/QC telah menjadijohan, diikuti dengan Sumber Manusia dantempat ketiga Production Stamping.
Perasmian oleh Tn. Hj. Ramli bin Napiah. Penyampaian cenderamata untuk penceramah.
Yang BerbahagiaUstaz Mohd. Nazribin Ahmad.
Yang BerbahagiaUstaz Md Rozali binHassan.
Sessi menjamu selera.
Antara peserta yang hadir.
Johan Pertandingan.
Tempat Kedua.
Tempat Ketiga.
13
Berita Subsidiaries
Pada 26 Ogos 2004 yang lalu, satu majlis Taklimat NaibPengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad (ICB) telahdiadakan di ITSB.
Taklimat pada kali ini banyak menyentuh mengenaiperkembangan Syarikat samada di Malaysia mahupun di Thai-land dan juga Indonesia. Tn. Hj. Rameli bin Musa juga turutmembicarakan mengenai ilmu dan pembahagiannya iaitu ilmuakal, ilmu syariah dan ilmu adat.
Pada majlis ini juga, ITSB turut mengambil kesempatanmengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Tn. Hj.Rameli bin Musa yang ke-58.
MajlisTaklimat Naib
Pengerusi EksekutifICB di ITSB
Tn. Hj. Ramli menyampaikan taklimat.
Tn. Hj. Ramli meneliti kad ucapan yang diterima.
Program Lawatanoleh Persatuan
Usahawan SingapuraPada 25 Ogos 2004 yang lalu, satu rombongan dari PersatuanUsahawan Singapura telah berkunjung ke Ingress TechnologiesSdn. Bhd. (ITSB) sebagai salah satu agenda di dalam programBenchmarking Visit yang dijayakan bersama oleh BahagianPemasaran, Ingress Corporation Berhad (ICB) yang diterajui olehEn. Mohamad Sorihan bin Mohamad.
Rombongan seramai 48 orang ini telah diberikan peneranganmengenai struktur perniagaan Ingress dan juga dibawa melawatke kawasan perkilangan. Pada penghujung program, sessi soaljawab dijalankan dan diakhiri dengan jamuan ringan.
Program Lawatan oleh Persatuan Usahawan Singapura
13
14
Berita Subsidiaries
Pihak Perbadanan Produktiviti
Kebangsaan (NPC) dan Majlis
Perbandaran Seberang Prai (MPSP),
Pulau Pinang telah berkunjung ke Ingress
Technologies Sdn Bhd. (ITSB) dalam satu
program pembelajaran mengenai 5S
pada 11 Ogos 2004 yang lalu.
ITSB telah dipilih oleh pihak NPC sebagai
salah satu daripada model syarikat yang
mengamalkan 5S dengan baik dan boleh
dijadikan sebagai Benchmark. Pihak
Jawatankuasa 5S ITSB telah bersetuju
untuk memberikan kerjasama di dalam
membantu MPSP untuk melaksanakan
dan menjadikan 5S sebagai budaya di
MPSP.
Lawatan oleh NPC & MajlisPerbandaran Seberang Prai
Ucapan daripada wakil pelawat.Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
Kesempatan digunakan untuk beramah mesra.
Projek Pembinaan Kilang Kedua ITSB
Pandangan dari hadapan bangunan.
Bermula pada suku keempat tahun kewangan 2003/04, projekpembinaan bangunan kilang baru Ingress Technologies Sdn. Bhd.(ITSB) kini telahpun sampai ke tahap akhir. Kilang baru ini secarakeseluruhannya telah siap pada awal Ogos 2004 dan kini hanyatinggal aktiviti pemasangan mesin-mesin untuk projek baru ITSBiaitu Projek D690 atau Kelisa.
Sehingga kini, satu lagi projek pembinaan sedang dijalankan bagimembina kantin dan surau yang baru untuk menggantikanbangunan surau dan kantin yang lama. Status bagi pembinaanini di dalam lingkungan 20%.
Bangunan baru ini dijangka akan memulakan operasipengeluaran produk sepenuhnya pada awal November 2004nanti.
Projek Pembinaan Kilang Kedua ITSB
Pandangan dari dalam bangunan.
Antara peralatan baru yang akan dipasang.
Juga pandangan dari dalam bangunan.
14
15
Berita Subsidiaries
Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dengankerjasama PERODUA telah merancang dancuba menjalankan Program SistemPerkilangan berasaskan kepada ToyotaProduction System (TPS). ITSB telah dipilihsebagai Syarikat contoh untuk melaksanakansistem TPS ini kepada semua pembekalPERODUA.
Upacara pelancaran ini telah disempurnakanoleh Tuan Syed Zainal Abidin bin SyedMohamed Tahir, Pengarah EksekutifPERODUA pada 18 Jun 2004 yang lalu
Bergambar kenangan.Ikrar program oleh kakitangan ITSB dan Fujiseats.
Tuan Syed Zainal menyampai ucapan perasmian.Pameran maklumat mengenai TPS.
Belon perasmian.
Pelancaran Program TPS di ITSBbertempat di ITSB. Program pelancaran inidibuat secara berkembar dengan SyarikatFujiseats. ITSB dipilih untuk menjalankanprogram TPS manakala Fujiseats pula akanmenjalankan program TPM di syarikatnya.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagimenjalankan program ini seperti LatihanKesedaran TPS, Pameran Maklumat TPS, ikraroleh pihak pengurusan ITSB dan jugapenerangan ringkas mengenai TPS untukkakitangan ITSB yang dijalankan di dalamkumpulan-kumpulan kecil.
Jamuan BarbekuPada 13 Ogos 2004, satu jamuan barbekutelah diadakan di hadapan bangunan MultiDiscovery Sdn. Bhd. (MDSB). Majlis bermulapada jam 8.30 malam dengan dihadiri olehsemua kakitangan MDSB dan ahli keluarga.Menu yang dihidangkan adalah ayam, ikandan sotong bakar, roti john serta nasiberiyani yang telah disediakan olehkakitangan MDSB itu sendiri. Majlis berakhirpada jam 11.00 pagi.
16
Jendela Oversea
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesihatan perlu
diutamakan. Justeru itu, bersukan juga merupakan sebahagian
daripada aspek yang penting di dalam kehidupan walaupun
berada di kilang.
Oleh sebab itulah, IAV telah mengadakan Minggu Sukan04 pada
30 Jun 2004 yang lalu dengan membahagikan kakitangan
kepada enam kumpulan iaitu Hijau, Biru, Merah, Kuning, Jingga
dan Ungu. Sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak,
bola tampar, sepak takraw, badminton dan ping pong.
Program ini amat bermanfaat kerana ia dapat menambahkan
kasih sayang sesama kakitangan. Juara keseluruhan pada kali
ini disandang oleh Kumpulan Hijau.
Pada kali ini, saya merasa sangat gembira kerana sukan ini
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan
di bahagian perkhidmatan dan dan saya berharap agar kita akan
berjumpa lagi pada tahun akan datang ujar Khun Udorn, salah
seorang pemain yang mewakili Kumpulan Hijau.
Saya juga menyeru kawan-kawan yang agak berisi untuk turut
bermain dan bersenam bagi menjamin kesihatan badan ujar
beliau sambil berseloroh.
Sukan IAV 04
Hari Keluarga 04 (Family Day) yang kelima telah diadakan di SuanBuak Haad Hotel, Daerah Cha-am Wilayah Pechr-Buri, salah satupantai teluk siam. Program yang turut dihadiri oleh Tn. Hj. Ramli binNapiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan ini diadakan untukmengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pekerja dankeluarga khususnya suami isteri dan anak-anak setelah bertungkus-lumus bekerja.
Aktiviti yang diadakan adalah Walk Really, Seniman Tradisional,Persembahan Kumpulan, Ceramah dan Tazkirah ringkas dansebagainya.
Semoga program sebegini mendatangkan manfaat kepada semuakakitangan yang terlibat.
Family Day 04
Perlawanan Table Tennis di antara pasukan hijau dan violet.
Perlawanan Valleyball di antara pasukan merah dan kuning.
Penyerahan bendera mengikut warna pasukan.
Majlis pembukaan minggu sukan di IAV oleh En. Zainah Osman.
17
fxttcxzt|
Ut1. Nama : Rosyatimi binti Abdullah
Jawatan : Eksekutif Group HRDIngress Engineering Sdn. Bhd.
Nama Suami : Muhammd Najhan Shahir bin HalimTarikh Perkahwinan : 14 Mac 2004
2. Nama : Siti Nurbaya binti SharirJawatan : Eksekutif Perakaunan
Ingress Corporation BerhadNama Suami : Rizal bin Mohammad SohaimiTarikh Perkahwinan : 8 Mei 2004
3. Nama : Wanchai Tehdoloh (Abdul Karim)Jawatan : Operator Line F1
Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Rungpeth Kesra (Aisah)Tarikh Perkahwinan : 31 Julai 2004
4. Nama : Arun Boonteang (Abdurrahim Poad)Jawatan : Operator Line F2
Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Chulawan Sobak (Mariah Imran)Tarikh Perkahwinan : 29 Ogos 2004
1
2
3
4
Nostalgia
17
18
Nostalgia
Nama : Naufal Salaeh
Tarikh Lahir : 17 Januari 2004
Nama Bapa : Anwa Salaeh
Jawatan : Eksekutif PEIngress AutoventuresCo., Ltd.
Nama Ibu : Suraiya Salaeh
Jawatan : Jabatan HR (Payroll),Ingress Autoventures Co., Ltd.
Nama : Nuraisyah Najihan bintiRohaizad
Tarikh Lahir : 25 Februari 2004
Nama Bapa : Rohaizad bin Mat Rasid
Jawatan : PemanduIngress Precision Sdn. Bhd.
Nama Ibu : Siti Hajar binti Md Nasir
^|tt\t{|
(ditujukan khas buat Tn. Hj. Rameli bin Musa)
Kurniaan Ilahi
Hadirmu ke dunia ini
Berjalan, berlari, menyusuri
Lorong-lorong liku hidup
Ranjau berduri
Jatuh bangun...jatuh dan berdiri kembali
Namun...hadirmu....tetap setia di sini
Kurniaan Ilahi
Hadirmu memimpin, mengetuai , menerajui
Jasamu kami hargai
Ketabahanmu kekal sebati....ingin dicontohi
Membangun, membina semangat murni
Riak wajahmu tenang...setenang lautan di waktu pagi
Sesekali ombak menyapa...kau tetap tegap berdiri
Kau cekal...kau tahu menyelami dasar penguji diri
Memanjat doa , restu dan takdir Ilahi
Rahsia kekuatan peribadi
Kurniaan Ilahi
Hadirmu seikhlas sanubari dan hati
Kilauan bintang berkedipan ...di langit tinggi
Ujian datang
Kepahitan..penguji diri
Memberi makna, rahmat tersembunyi
Kesabaranmu rahsia kekuatan hati
Bukan emas...bukan permata bernilai tinggi
Sekadar ingatan dari kami
Buat insan yang kami hormati
Kehidupanmu
Kehidupan kami...
Adalah kurniaan Ilahi
Seribu penghargaan ingin diberi
Seindah hari ini
SELAMAT HARI JADI
Naufal Salaeh
Azhad bin ZahariNama : Azhad bin Zahari
Tarikh Lahir : 13 Januari 2004
Nama Bapa : Zahari bin Sabudin
Jawatan : EksekutifTalent Synergy Sdn. Bhd.
Nama Ibu : Rozana binti Hud
Jawatan : Stenographer,Jabatan Audit DalamanIngress Corporation Berhad
Nuraisyah Najihanbinti Rohaizad
18
Karya
19
Inilah jejaka yan
gSatu-sa
tunya calon lelak
i untukControl
handsome nam
pak...Alamak
! Lipas!.......
paling berdedik
asimodel ik
lan gigi kuat be
rsama
di Ingress.
Colgate.
Dah lama aku ta
k cukurApo kon
o eh jang
Aduh! sakitnya
gigi aku.
Cantik tak gigi `
Mana order
jambang ni...
termenung aje..
.
palsu saya?
aku tak sampai-
sampai lagi ni?
Apa pegang-peg
ang ni! Gelinya
...Dia ni n
ak dengar ceram
ahInilah pa
dahnya tengok
Wahai isteriku,
atau nak melaw
a?
bola sampai pag
i.karanga
n berjela ini
khas buatmu se
bagai
luahan isi hatik
u.
Candid Cam
era
Candid Cam
era
Candid Cam
era
Candid CameraCandid Camera
20
Sudut Agama
Marhaban YaRamadhan
Wahai manusia, sesungguhnya kamu akandinaungi oleh bulan yang sentiasa penuhdengan keberkatan iaitu bulan yang didalamnya terdapat suatu malam yang lebihbaik dari 1000 bulan, bulan yang Allahmenjadikan puasa sebagai suatu fardhu,dan qiyam di malam harinya sebagai suatutuntutan.
Barangsiapa mendekatkan diri kepada Al-lah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya, samalah dia dengan orang yang
Khutbah NabiMenyambutRamadhan
menunaikan suatu fardhu di dalam bulanyang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar,sedangkan sabar itu pahalanya syurga.Ramadhan itu adalah bulan memberipertolongan (syahrul muwasah) dan bulanAllah memberi rezeki kepada mukmin didalamnya.
Barangsiapa memberikan makananberbuka kepada seseorang yang berpuasa,itu merupakan pengampunan bagi dosanyadan kemerdekaan dirinya dari neraka.Orang yang memberi makanan itumemperoleh pahala seperti orang yangberpuasa tanpa sedikitpun berkurang.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah,tidaklah semua kami mempunyai makananberbuka puasa untuk orang lain yangberpuasa. Maka bersabdalah Rasulullahs.a.w: Allah memberi pahala kepada orangyang memberi sebutir kurma, seteguk airatau sehirup susu.
Dialah bulan yang pada permulaannyarahmat, pertengahannya keampunan danakhirnya pembebasan dari api neraka.Barangsiapa meringankan beban darisahaya (termasuk pembantu rumah),nescaya Allah mengampuni dosanya danmembebaskan dari api neraka.
Oleh kerana itu, perbanyakkanlah empatperkara di bulan Ramadhan: dua perkarauntuk mendatangkan keredhaan Tuhanmudan dua perkara lagi kamu sangatmenghajatinya. Dua perkara yang pertamaialah mengakui dengan sesungguhnyabahawa tiada Tuhan selain Allah danmemohon keampunan daripada-Nya. Duaperkara yang kamu sangat memerlukannyaialah memohon syurga dan perlindungandari api neraka.
Barangsiapa yang memberi minum kepadaorang yang berbuka puasa, nescaya Allahmemberi minum kepadanya air dari kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidakmerasakan haus lagi sesudahnya, sehinggadia masuk ke dalam syurga.
(Hadits Riwayat Ibnu Humaizah)
Marhaban berasal dari perkataan rahbyang bererti luas atau lapang. Marhabanmenggambarkan suasana penerimaantetamu yang disambut dan diterima denganlapang dada dan penuh kegembiraan.Marhaban ya Ramadhan (Selamat DatangRamadhan) bererti kita mestilah menyambutRamadhan dengan lapang dada dan penuhkegembiraan dan bukannya dengankeluhan.
Rasulullah sentiasa gembira menyambutkedatangan Ramadhan. Berita gembira initelah disampaikan pula kepada parasahabat dengan sabda Baginda:
Sesungguhnya telah datang kepadamubulan Ramadhan, bulan yang penuhkeberkatan. Allah telah memfardhukan keatas kamu puasanya. Di dalam bulanRamadhan dibuka segala pintu syurga dandikunci segala pintu neraka dan dibelengguseluruh syaitan. Padanya ada suatu malamyang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya malam itu,maka sesungguhnya dia telah dijauhkan darikebajikan.
(Hadits Riwayat Ahmad)
Marhaban ya Ramadhan kita ucapkan untukbulan suci ini kerana kita mengharapkanagar jiwa raga kita diasah dan diasuh untukmeneruskan perjalanan menuju Allah s.w.t.Perjalanan menuju Allah yang dilukiskanoleh para ulamak salaf sebagai perjalananyang banyak ujian dan tentangan. Adagunung yang harus didaki iaitu nafsu. Digunung pula terdapat lereng yang curamdan belukar yang hebat yang menjadikanperjalanan sukar untuk diteruskan.Bertambah tinggi gunung yang hendakdidaki, maka bertambah hebatlah ancamandan semakin curamlah perjalanannya.Namun, sekiranya kita tabah, cekal dantekad berusaha, maka kita akan bertemudengan cahaya yang jelas menerangiperjalanan.
Untuk sampai ke penghujung destinasi,bekalan yang mencukupi diperlukan.Bekalan itu adalah benih-benih kebajikanyang harus ditabur di dalam jiwa kita. Kita
juga harus bertekad untuk memerangi nafsuagar kita mampu menghidupkan malamRamadhan dengan solat dan tadarrus dansiangnya dengan ibadah serta pengabdiankepada Allah s.w.t.
Recommended