View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
II
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Mulia di atas Limpah dan Kurnianya dalam
memberi kekuatan dan ketabahan serta kesihatan yang baik ke atas insan yang lemah ini
sehingga dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Buat Ayahanda dan Bonda serta ahli keluarga terima kasih atas segala dorongan,
sokongan dan doa kalian.
Kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih di atas segala pertolongan yang
diberikan.
“Sesungguhnya Ilmu Itu Satu Pencarian Kepada Pertanyaan Apa Atau Bagaimana
Bukannya Untuk Mencari sebuah Jawapan Dari Mana Hendak Ke Mana.” (HAMKA).
III
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah, rahmat dan
keizinannya maka dapatkan saya menyiapkan kajian ini.
Di sini saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada Cik Narina Binti Abu Samah, selaku penyelia yang telah banyak
mengorbankan masa untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan galakan
kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.
Tidak lupa juga kepada Cikgu Zamri Bin Osman, guru Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal Sekolah Menengah Teknik Kulim yang sudi meluangkan masa bersama saya
berbincang mengenai masalah yang berlaku sepanjang pengajarannya di sekolah.
Melaluinya saya mendapat sedikit pendedahan yang berguna untuk saya menjalankan
kajian ini. Selain itu pertolongan yang beliau berikan dengan mengedarkan borang soal
selidik kepada pelajar-pelajarnya amat saya hargai. Tidak lupa juga buat guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I dan Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya
Sultan Abdul Halim dengan kerjasama yang diberikan.
Kepada rakan-rakan serumah juga saya ucapkan ribuan terima kasih di atas
pertolongan dan sumbangan yang diberikan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa
pengorbanan dan bantuan daripada mereka mungkin agak sukar saya menyiapkan kajian
ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Akhir sekali jutaan ucapan terima kasih saya kepada semua ahli keluarga
terutamanya kepada Ayahanda dan Bonda, Sabu Bin Maidin dan Hauzizah Bt. Ahmad
yang sentiasa memberikan galakan dan mendoakan kejayaan saya serta bantuan
kewangan yang diberikan. Anakanda akan mengenang jasa kalian berdua. Segala
pengorbanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat amat saya hargai.
IV
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
(PKM). Faktor- faktor tersebut adalah kaedah pengajaran guru, persekitaran, Bahan Bantu
Mengajar (BBM), rakan sebaya, kaedah pembelajaran dan kemudahan peralatan dan
bengkel. Sampel kajian ini terdiri daripada 149 orang responden iaitu pelajar tingkatan
empat yang mengambil subjek Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Kajian ini
dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah Teknik yang terdapat di Negeri Kedah.
Instrumen kajian yang dijalankan melibatkan satu set borang soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar-pelajar terbabit. Data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan
‘Perisian SPSS Window Version 11.0”. Hasil daripada analisis yang diperolehi didapati
kaedah pengajaran guru dan kaedah pembelajaran membantu dalam meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Manakala faktor persekitaran, rakan sebaya, Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dan kemudahan peralatan dan bengkel tidak membantu dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar
perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.
V
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify factors that influence student
academic achievement in Mechanical Engineering subject. Factors that have been
identified in this study were teachers teaching method, classroom, Bahan Bantu Mengajar
(BBM), relationship, learning methods and facilities in workshop. Samples used in this
research were one hundred and forty nine (149) form four students from three Secondary
Schools in Negeri Kedah. The students involved were those who have chosen Mechanical
Engineering as an elective subject. The instruments in this study were a set questionnaire
that were administered to the student. The analyzed data showed that teachers’ teaching
methods and students ways of learning were found to be the factors that influence
students’ academic achievement. Other factors such as classroom surrounding, peers,
Bahan Bantu Mengajar (BBM) and facilities in workshop were not considered as factors
that contributed to academics achievement. The findings suggested that school
administration, teachers, parents and students must take the initiative on how to increase
students’ achievements for this elective subject.
VI
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul
Pengakuan I
Dedikasi II
Penghargaan III
Abstrak IV
Abstract V
Kandungan VI
Senarai Jadual X
VII
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Penyelidikan
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Guru 10
1.6.3 Ibu Bapa 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi
1.8.1 Faktor 11
1.8.2 Prestasi Rendah 11
1.8.3 Persepsi 12
1.8.4 Sekolah Menengah Teknik 12
1.8.5 Kejuruteraan Jentera 12
1.8.6 Pelajar 13
1.8.7 Kemudahan 13
1.8.8 Peralatan 14
1.8.9 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 14
1.9 Kesimpulan 15
VIII
BAB II SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pengajaran Guru 17
2.3 Persekitaran 18
2.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 19
2.5 Rakan Sebaya 20
2.6 Kaedah Pembelajaran 21
2.7 Kemudahan Peralatan Dan Bengkel 23
2.8 Kesimpulan 24
BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A 26
3.5.2 Bahagian B 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Kesimpulan 30
IX
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 32
4.2 Kajian Rintis 33
4.3 Latar Belakang Responden
4.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 33
Mengikut Sekolah
4.3.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 34
Berdasarkan kepada Jantina
4.3.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 34
Mengikut Keturunan / Bangsa
4.3.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 35
Mengikut Skor A Bagi Keputusan PMR
4.3.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36
Mengikut Keputusan Percubaan Pertengahan
Tahun
4.4 Analisis faktor-faktor mengikut persoalan kajian
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 37
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 40
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 42
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44
4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 46
4.4.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 49
4.5 Rumusan 51
X
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN MUKA SURAT
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan kajian 54
5.4.1 Kaedah pengajaran guru 54
5.4.2 Persekitaran 56
5.4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 57
5.4.4 Rakan Sebaya 58
5.4.5 Kaedah Pembelajaran 59
5.4.6 Kemudahan Peralatan Dan Bengkel 60
5.3 Rumusan 62
1. Cadangan kajian
2. Cadangan kepada pelajar 63
3. Cadangan kepada guru 64
4. Cadangan kepada ibu bapa 65
5. Cadangan kepada pihak sekolah 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.5 Kesimpulan 67
XI
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jadual analisis pencapaian SPM tahun 1999, 2001 5
dan 2002
1.2 Jadual analisis gred Mata Pelajaran Pengajian 7
Kejuruteraan Mekanikal tahun 1997 hingga 1999
3.1 Jadual item-item soal selidik berdasarkan Persoalan 28
Kajian
3.2 Jadual tahap penilaian responden berdasarkan min 30
4.1 Jadual taburan responden mengikut sekolah 33
4.2 Jadual taburan responden mengikut jantina 34
4.3 Jadual taburan bilangan dan peratusan responden 34
mengikut keturunan/ bangsa
4.4 Jadual taburan bilangan dan peratusan responden 35
mengikut bilangan skor A
4.5 Jadual tabuarn bilangan dan peratusan responden 36
mengikut keputusan percubaan pertengahan tahun
4.6 Jadual kaedah pengajaran guru 37
4.7 Jadual faktor persekitaran 40
4.8 Jadual Bahan Bantu Mengajar (BBM) 42
4.9 Jadual faktor rakan sebaya 44
4.10 Jadual kaedah pembelajaran 46
4.11 Jadual kemudahan peralatan dan bengkel 49
4.12 Jadual skor dapatan persoalan-persoalan kajian 52
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam rancangan Malaysia ke-7, di antara kompenan tenaga mahir yang
menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara adalah para jurutera. Dalam rancangan
tersebut telah dinyatakan bahawa peningkatan teknologi pengeluaran ke arah proses
berautomasi dan lebih canggih telah menghasilkan permintaan kira-kira 36,350 orang
jurutera dan 484,800 pembantu jurutera. Menurut Mohd. Nazly (2001), permintaan
tertinggi adalah dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan elektronik serta
kejuruteraan mekanikal.
Di Malaysia, latihan dan pendidikan kejuruteraan pertama bermula dengan
penubuhan Sekolah Teknik Treacher pada 1906 bagi melatih juruteknik-juruteknik dari
Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942 Sekolah Teknik telah
dinaik taraf ke Maktab Teknik dan kemudian dinaik taraf universiti yang dikenali sebagai
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1975.
Secara umumnya latihan dan pendidikan kejuruteraan dibahagi kepada tiga
peringkat iaitu peringkat sekolah menengah, peringkat politeknik dan peringkat
2
universiti. Bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat Sekolah Teknik
adalah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan jentera. Selepas tamat
peringkat SPM, pelajar-pelajar aliran teknik yang mengambil jurusan di atas boleh
melanjutkan pelajaran sama ada ke peringkat politeknik untuk menjadi seorang pembantu
jurutera dengan kelulusan diploma atau ke peringkat universiti untuk menjadi seorang
jurutera dengan kelulusan ijazah pertama.
Kejuruteraan Jentera merupakan salah satu bidang yang penting kepada
pembangunan sesebuah negara. Menurut Beakly dan Leach (1967), Kejuruteraan Jentera
adalah bidang yang berkaitan dengan kuasa (power) dan mesin yang digunakan untuk
menghasilkan kuasa bagi menggerakkan proses-proses tertentu. Secara umumnya bidang
ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bidang kerja yang bertanggungjawab terhadap
penjanaan mesin janakuasa dan bidang kerja yang bertanggungjawab terhadap penukaran
serta penggunaan kuasa dari mesin janakuasa kepada kegunaan-kegunaan tertentu.
Mereka berpendapat, seseorang graduan bidang kejuruteraan jentera sangat diperlukan
hampir setiap jenis perindustrian. Industri pembuatan (manufacturing), stesyen
janakuasa, syarikat Public Utility, syarikat pengangkutan, syarikat penerbangan dan
kilang-kilang antara industri yang memerlukan khidmat seorang jurutera jentera.
Oleh itu bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan
(1995) telah menggariskan satu ketetapan bagi membantu Malaysia melahirkan lebih
ramai golongan jurutera. Dengan ini bahagian Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
terus diperkembangkan bidang tugas bagi memenuhi matlamat berikut seperti:-
i. Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui
pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang menyediakan
tenaga manusia terlatih serta mempunyai pengetahuan teknikal.
3
ii. Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan
pelajaran dalam bidang teknologi.
iii. Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
iv. Memperkembang sikap pelajar yang positif, bertanggungjawab dan
berdisiplin.
Selaras dengan matlamat tersebut, penerapan nilai-nilai perlu dimulakan dari
peringkat paling bawah terutamanya sekolah-sekolah aliran teknik dan vokasional. Ini
kerana mata pelajaran yang ditawarkan menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan
sains dan teknologi. Pelajar yang mengambil mata pelajaran kejuruteraan boleh dianggap
sebagai ahli teknologi pada peringkat awal. Kelemahan dalam menguasai bidang
teknologi akan memberikan implikasi yang amat besar kerana akan menjejaskan hasrat
negara. Melaluinya para guru harus memainkan peranan yang amat penting untuk
menyampaikan mengenai teknologi kepada anak-anak didik mereka. Ini kerana
pencapaian akadenik yang baik akan mempengaruhi reputasi pelajar itu sendiri.
Selain itu terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian diri pelajar
itu sendiri. Faktor- faktor tersebut adalah kemudahan peralatan dan bengkel yang
disediakan di sekolah, faktor persekitaran, bahan bantu mengajar, faktor rakan sebaya dan
kaedah pembelajaran yang dilaksanakan. Bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran di
sekolah Menengah Teknik dan Vokasional setiap daripada mereka diajar dengan
pengajaran teori teknologi asas bagi setiap kursus yang diambil. Mereka diharap akan
dapat menceburkan diri di alam pekerjaan dengan pengetahuan teknologi yang mereka
perolehi. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran pula mereka boleh meneruskan
pelajaran dalam bidang teknologi ke peringkat yang lebih tinggi seperti politeknik dan
universiti untuk memperolehi diploma dan ijazah ( Sayuti,1994).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Di peringkat Sekolah Teknik mata pelajaran ini adalah mata pelajaran elektif
kepada pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil jurusan Kejuruteraan Jentera
( sekarang ini mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal). Mengikut laporan
Jawatan kuasa penerbitan buku Pengajian Kejuruteraan Jentera (1995), sukatan mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera direka bentuk supaya mencapai matlamat iaitu
melengkapkan pelajar dengan maklumat, prinsip asas dan kemahiran amali dalam
kejuruteraan Jentera. Tumpuan utamanya ialah memberi pemahaman konsep, prinsip asas
dan teori kejuruteraan jentera melalui pelbagai aktiviti makmal, kelas dan amali yang
terancang serta projek panduan yang menggunakan alatan asas, radas, makmal dan
komputer.
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah persediaan asas untuk
pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiary dalam bidang Kejuruteran Mekanikal.
Pelajar yang dapat menguasai mata pelajaran ini dengan baik akan memudahkan mereka
untuk menguasai prinsip-prinsip dan teori Kejuruteraan Mekanikal yang lebih kompleks
semasa di peringkat Politeknik atau Universiti. Kelemahan dalam menguasai konsep dan
prinsip dalam pembelajaran akan memberi kesan kepada prestasi dalam peperiksaan. Jika
prestasi rendah terhadap mata pelajaran berlarutan akan memberi impak yang besar
kepada proses perindustrian dan seterusnya meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan
ekonomi negara. Ini kerana jurutera jentera dan pembantu jurutera jentera mempunyai
tanggungjawab yang besar terhadap proses perindustrian kerana mempunyai pengetahuan
asas kejuruteraan yang rendah dan lemah.
5
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal merupakan salah satu mata pelajaran yang
penting bagi pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di Sekolah-Sekolah Teknik.
Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif baru dalam kumpulan II
(Vokasional dan Teknik) yang mana khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan
lima dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran
ini dianggap mata pelajaran yang paling sukar antara mata pelajaran elektif yang lain
seperti Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam
dan Pengajian Kejuruteran Elektrik.
Jadual 1.1: Analisis pencapaian SPM tahun 1999, 2001 dan 2002 bagi subjek
Pengajian Kejuruteraan Awam, pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik,
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
BIL
MATA PELAJARAN
TAHUN
1999
TAHUN
2001
TAHUN
2002
1. Pengajian Kejuruteraan Awam 98.3% 96.2% 96.3%
2. Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik
96.6% 98.5% 97.2%
3. Pengajian Kejuruteraan Jentera
(Mekanikal)
93.3% 93.0% 88.8%
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Jika dibuat perbandingan antara ketiga-tiga mata pelajaran didapati bahawa
peratusan jumlah pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteran
Mekanikal menunjukkan angka yang terendah. Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
ini dapat dikesan apabila peratus pelajar yang memperolehi keputusan yang sangat baik
6
A1 dan A2 terlalu rendah manakala lebih daripada separuh bilangan pelajar berjaya
mendapat P7 dan P8.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menjurus kepada kelemahan pelajar dalam
menguasai mata pelajaran ini. Menurut kajian yang dijalankan Han (1998), beliau
menjelaskan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah guru, bahan
rujukan, Bahan Bantu Mengajar dan faktor persekitaran. Kekangan pembelajaran bukan
sekadar wujud daripada faktor luaran individu sahaja tetapi faktor dalaman pelajar juga.
Antara faktor-faktor tersebut ialah latar belakang keluarga, beban kerja, sikap pelajar dan
kemahiran belajar (Kaharudin, 1998). Bagi menghindari masalah daripada terus
berleluasa maka penting kajian dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal.
1.3 Pernyataan Masalah
Keupayaan seseorang pelajar menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian mereka
dalam subjek ini.Walaubagaimanapun pencapaian pelajar-pelajar dalam pelajaran
Pengajian Kejuruteran Mekanikal beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan prestasi
yang lemah. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada jadual di bawah yang menunjukkan
bahawa lebih daripada separuh pelajar memperolehi gred lulus dan gagal. Peratus pelajar
yang memperolehi gred cemerlang tidak sampai tiga peratus. Ini menunjukkan sistem
pembelajaran yang diamalkan sekarang perlu diubah ataupun semua pihak yang terlibat
mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini daripada berterusan
samada daripada ibu bapa, guru, pengetua sekolah ataupun dari pihak kementerian itu
sendiri.
7
Jadual 1.2: Analisis gred mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1997 hingga 1999 peringkat Malaysia
TAHUN % CEMERLANG
(A1-A2 )
% KEPUJIAN
(B3- C6)
% LULUS
( D7- E8 )
% GAGAL
(G9)
1997 2.8 45.3 47.4 4.5
1998 2.0 39.8 55.9 2.3
1999 1.5 33.0 58.8 6.7
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran boleh dikaitkan dengan pelbagai
faktor luaran dan dalaman. Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat faktor-faktor
pengajaran guru, kemudahan peralatan dan bengkel, faktor persekitaran, Bahan Bantu
Mengajar (BBM), faktor rakan sebaya, kaedah pembelajaran serta faktor bangsa dan
jantina sama ada mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteran Mekanikal.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
iaitu :
1.4.1. Samada kaedah pengajaran guru merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.
8
1.4.2. Samada persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
1.4.3. Samada penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
1.4.4 Samada rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
1.4.5. Samada kaedah pembelajaran merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.
1.4.6. Samada kemudahan peralatan dan bengkel merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar .
1.5 Persoalan Kajian
Melalui objektif kajian tersebut akan dijelaskan melalui persoalan-persoalan di
bawah iaitu:
1.5.1 Adakah kaedah pengajaran guru merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar?
1.5.2. Adakah persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar?
1.5.3. Adakah Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar?
1.5.4. Adakah rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar?
1.5.5. Adakah kaedah pembelajaran merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar?
9
1.5.6. Adakah kemudahan peralatan dan bengkel merupakan faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini diharap dapat menerima maklumbalas daripada pihak-pihak
yang terlibat terutamanya para pelajar Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, guru-guru dan
ibu bapa kerana kesemua kompenan ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat antara
satu sama lain. Dengan adanya kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini diharap ianya dapat
mengatasi masalah kajian ini
1.6.1 Pelajar
Melalui kajian ini diharap pelajar dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan
mereka tidak dapat menguasai subjek ini dengan baik. Pelajar perlu berusaha untuk
meningkatkan kejayaan dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan seterusnya
dapat menjamin mereka melangkah ke menara gading. Penguasaan pelajar dalam subjek
ini penting kerana untuk masa depan mereka yang ingin mengikuti kursus yang berkaitan
dengan mekanikal di universiti.
Recommended