View
241
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
literasi sem 2
Citation preview
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan projek
bagi subjek Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104 bagi semester ini. Jutaan terima kasih
kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini Puan Mozlina binti Osman, kerana tunjur ajar
beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini
dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan
berbentuk idea kepada kami untuk penambahbaikan lagi kerja kursus ini. Segala
pendapat dan tunjur ajar rakan rakan sememangnya amat membantu kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, kami
mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara
langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang
telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnyatanpa
penglibatan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami tidak mendapat
restu dan sia-sia.Akhir kata dari kami terima kasih kepada semua yang telah membantu
untuk menjayakan kerja kursus ini.
1
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan Muka Surat
Penghargaan 1
Isi Kandungan 2
Soalan Tugasan 3
Tugasan Projek
Bahagian B : Tugasan Individu 4
Rujukan 31
2
SOALAN TUGASAN
3
Bahagian B : Individu
(i) Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka
Nama : Zahirah bt Dzanimi
No Kad Pengenalan : 920523-09-5072
Aktiviti : Hidupan Dalam Air
Objektif pengajaran :
1. Murid dapat membaca cerita dengan ayat menggunakan yang mudah.
2. Murid-murid dapat memahami cerita hidupan dalam air dan melakonkan semula
dengan menggunakan ayat sendiri yang mudah merangkumi 5 hingga 7
perkataan.
3. Murid dapat memahami cerita dan menulis isi cerita tersebut dengan ayat yang
mudah.
Bahan-bahan : Boneka-boneka,kad-kad imbasan, pentas boneka , CD-rom
muzik.
Cara pelaksanaan :Set induksi (5 minit)
Guru mempersembahkan set boneka yang berkaitan dengan hidupan dalam air. Guru
bertanya kepada murid-murid tentang jenis-jenis haiwan yang tinggal di dalam air.
4
Langkah 1
Guru melekatkan kad-kad imbasan yang memaparkan dialog cerita hidupan di
dalam air. Seterusnya guru menyediakan pentas boneka hidupan di dalam air.
Guru bersama mur id membaca d ia log- d ia log yang d i tu l is ke a tas kad
imbasan. Guru meminta beberapa mur id bag i membaca d ia log watak
mengikut nada suara yang sesua i .
Langkah 2
Guru menggerakkan boneka-boneka seperti urutan cerita dalam pentas kecil sambil
bercerita sementara murid-murid mendengar . Guru akan berinteraksi bersama murid
menggunakan soalan yang merangsangkan lagi minat murid-murid.
Langkah 3
Guru membahagikan mur id kepada 2 kumpulan kec i l dan membuat satu
aktiviti untuk menyusun ayat-ayat mengikut urutan cerit tadi hadapanpapan
hitam.
Langkah 4
Setelah murid nemahami jalan ceritanya murid- murid diminta melakonkan cerita
hidupan di air semula dengan menggunakan boneka dengan menggunakan ayat-ayat
sendiri yang berbentuk pendek dan mudah.
Langkah 5
5
Murid diminta menulis perkataan dan ayat mudah berkaitan dengan
perjalanan cerita dengan bantuan kad -kad yang dilekatkan dihadapan papan
hitam.
Penutup
Murid-murid menyanyi lagu hidupan dalam air dan membuat gerakan dengan
boneka yang disediakan oleh guru.
Contoh Dialog Lakonan
Dalam akuarium.
(Boneka ikan masuk dan menyanyi)
Ikan : Wah, birunya air. Inilah kesan baik yang dapat dilihat apabila manusia
tidak melakukan pencemaran.
Udang : Hai ikan. Apa yang kamu sedang buat?
Ikan : Hai udang. Saya hanya menikmati keindahan laut.
(Penyu masuk)
Penyu : Hai kawan-kawan. Apa yang kamu bualkan?
Udang : Hai penyu. Kami hanya berbual mengenai laut yang semakin cantik.
Penyu : Ya, inilah yang saya harapkan.
(Ketam masuk)
Ketam : Manusia sepatutnya menjaga kebersihan laut kerana ini adalah tempat
kita.
Penyu : Ya, betul tu.
6
(ii) Refleksi Individu
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak
lakonkan oleh pemain sama adas ecara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek inidapat dijadikan boneka itu
pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang
dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.
Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah
berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi
oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat
atautulangbinatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah.
Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai mainan kanak-kanak tetapi
banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.Tidak
ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain
dengan boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat
pada masa kini. Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan
dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut
sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang
dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahun sebelum Masihi.
Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk upacara ritual
dan keagamaan.Boneka Barat bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg
dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak.
Boneka tersebut telah diperbuat daripada tanah liat, kayu,dan lilin serta diberi pakaian
yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik
pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, danBelanda membuatboneka yang sama
dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak
dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16,Belanda telah mencipta mata
boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih
hidup.Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga
bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Pada tahun
7
1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat
menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalanpada tahun 1735.Di akhir Perang
Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara
sentuhanatauarahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa
sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu
menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka
tanpa sebarang dialog.Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan
cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayatisesebuah cerita dengan penuh
tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Kesannya cukup baikke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif
dalam penciptaancerita,dan merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan
boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.
Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi
pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.
Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah
penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung
melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan
murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan boneka
juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran
lisan, kefahaman dan membina sebuahkarangan. Guru perlu lebih kreatif terutama
dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan
komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga
pengalaman. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang
pengalaman adalah sebagaikaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan
8
dengan keseronokan,meningkatkan perhatiankanak-kanak dan meredakan tekanan,
meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-
kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat bonekamerupakan
satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-
wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan
mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangiciri-ciri reka bentuk di sampin
kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan
boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak
yang bersesuaian dengan jalan cerita. Oleh sebab itu, guru perlu bijak dalam memilih
cerita yang akan digunakan dalam sesi P&P. Misalnya, guru menggunakan cerita
dongeng rakyat seperti Si Kancil yang sememangnya sinonim dengan ilmu sedia ada
para murid.
Penggunaan boneka dalam P&P memberi banyak faedah antaranya memenuhi
fitrah naluri kanak-kanak yang suka bermain. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak
lebih tertarik untuk bermain meskipun mereka berada di sekolah. Oleh itu, guru yang
menggunakan boneka dalam pembelajaran menepati konsep pembelajaran adalah
belajar sambil bermain. Selain itu, kanak-kanak tidak berasa bosan kerana aksi-aksi
boneka tersebut dapat menceriakan suasana P&P.
Di samping menarik minat murid-murid pada sesi P&P pada hari itu, guru juga
membantu menimbulkan rasa seronok dan teruja melihat aksi boneka yang
dipersembahkan. Secara tidak langsung, ini dapat menghilangkan rasa bosan dan
menceriakan sesi P & P dan menggalakkan murid-murid untuk berasa teruja dating ke
sekolah. Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.
Dengan ini,murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian
itu dengan khusus untuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan bonekaakan mendedahkan murid
untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam
9
penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan boneka
juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.
Kesimpulannya, penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
banyakmemberikan pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid yang
terlibat. Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil
berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan
dalam proses pembelajaran murid-murid terlibat. Penggunaan boneka berjaya
meningkatkan minat danmotivasimurid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalambilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada peringkat set
induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan. Penggunaan
boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak
memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid.
10
Nama : Nabilah binti Mansor
No Kad Pengenalan : 920122-04-5138
(i) Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka
PROSEDUR PELAKSANAAN BONEKA
1. Murid-murid akan dikumpulkan di dalam darjah dan rapat ke hadapan kelas
bertentangan dengan kotak wayang boneka .
2. Guru akan berada di belakang kotak wayang boneka dan mengambil alih watak
boneka dan beberapa watak lain.
3. Pengkisahan bermula dengan muzik kedengaran dan pengenalan watak utama
boneka.
4. Pengkisahan seterusnya dimulakan dengan babak pertama.
5. Watak boneka utama akan dibantu oleh beberapa watak lain yang akan
dimunculkan disepanjang pengkisahan.
6. Pengkisahan turut akan diselang-seli dengan nyanyian. Kesemua ini akan
diadakan dengan penglibatan murid-murid / penonton.
7. Pengkisahan perjalanan boneka utama akan berakhir .
8. Seterusnya guru akan merumuskan apa yang dipelajari dan melakukan refleksi
secara kolektif dengan murid / penonton dan refleksi secara individu (guru) untuk
direkodkan dan dijadikan panduan penambahbaikan di masa hadapan.
11
(ii) Refleksi Individu
Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya
orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan
padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya.
Hasil pembelajaran menggunakan boneka ini membolehkan pelajar untuk mentakrifkan
definisi boneka, menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa
yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-
olah “hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan
watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang
digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie
Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan
mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih
menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka
tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan
objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka
dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun
sekumpulan pelajar.
Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa boneka (puppet show) boleh
digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan,
mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasi-
situasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Boneka akan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga
memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif. Zaharatullaili (2006) telah
menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan prasekolah.
12
Boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat
dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi
kanak-kanak itu yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi
peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi
masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian
beliau mendapati teknik penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu
kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal
dan pengetahuan kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan boneka di dalam sesi P&P
literasi di dalam kelas dirasakan sangat sesuai bagi menceriakan dan
membuatkan suasana kelas lebih menarik untuk para pelajar belajar.
13
Nama : Ain Farhana binti Zainal
No Kad Pengenalan : 920731-04-5352
(i) Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka
Aktiviti : Mengenali Hidupan Akuatik
Objektif pengajaran :
1. Murid dapat mengenali haiwan yang hidup di dalam air.
2. Murid dapat membaca cerita dengan menggunakan ayat yang mudah.
3. Murid-murid dapat melakonkan semula dialog dengan menggunakan boneka.
4. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi.
Bahan-bahan : Boneka-boneka, pentas boneka , LCD, salinan-salinan dialog,
gunting, kadbod, gam dan lidi.
Cara pelaksanaan :Set induksi (5 minit)
Guru memperkenalkan set boneka yang berkaitan dengan hidupan dalam air. Guru
menerangkan bagaimana boneka tersebut dibuat. Guru bertanya kepada murid-murid
tentang jenis-jenis haiwan akuatik melalui penggunaan boneka. Guru meminta murid-
murid mengeluarkan bahan-bahan yang telah diberitahu untuk dibawa bagi aktiviti ini.
Langkah 1
Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara untuk
menghasilkan boneka. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima
contoh boneka yang telah disediakan oleh guru. Guru menyediakan set boneka kepada
murid. Guru meminta murid mengenal pasti jenis-jenis haiwan akuatik melalui boneka
dengan bimbingan guru.
14
Langkah 2
Guru memaparkan dialog yang telah disediakan menggunakan LCD. Guru meminta
murid untuk fokus terhadap pancaran LCD yang memaparkan dialog tersebut. Guru
melakonkan dialog tersebut bersama intonasi yang betul dengan menggerakkan-
gerakkan boneka hidupan akuatik mengikut dialog. Guru meminta murid menggunakan
kemahiran mendengar dan seterusnya memerhatikan cara yang betul untuk membaca
dialog dan menggunakan boneka. Guru meminta seorang murid untuk melakonkan
semula bagaimana cara yang betul menggunakan boneka di hadapan kelas. Cara ini
dapat memberi idea kepada murid-murid bagaimana boneka berfungsi.
Langkah 3
Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan kecil.Guru menyediakan bahan-
bahan asas seperti gunting dan gam kepada murid. Setiap kumpulan akan mencipta
dialog menggunakan ayat yang mudah. Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan
untuk mencipta boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing yang sesuai dengan
karakter di dalam dialog. Ini untuk memastikan bahawa murid-murid memahami
karakter hidupan akuatik yang terdapat di dalam dialog.
Langkah 4
Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan untuk melakonkan dialog di hadapan kelas
menggunakan boneka yang telah disiapkan oleh murid. Dengan cara ini, guru dapat
memastikan semua murid terlibat dalam proses pembelajaran secara keseluruhan dan
dapat berkomunikasi dengan yakin menggunakan cara sebutan yang betul dan jelas.
15
Penutup
Guru menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat pada dialog yang telah
disediakan murid. Murid-murid dapat mengetahui cara yang betul
menggunakan teknik boneka.
Contoh Dialog Lakonan
Di dalam sebuah kolam, terdapat banyak ikan. Mereka sangat sombong dan tidak
pernah mendengar cakap sesiapa. Namun begitu, di dalam kolam ini, terdapat seekor
anjing laut yang baik hati. Suatu hari, si anjing laut berkata kepada ikan yang sombong.
Anjing Laut : Tidak baik sombong dan terlampau yakin. Nanti suatu hari, boleh
memakan diri.
Ikan : Cis! Lihatlah si tua anjing laut itu. Asyik menasihati sahaja!
Pada satu tengahari, si anjing laut sedang berehat di atas batu. Tiba-tiba, datang
seekor jerung dengan muka bengisnya.
Ikan jerung : Wah! Banyaknya ikan di kawasan ini. Nasib baik aku sudah kenyang.
Tidak mengapa. Esok aku akan datang semula ke sini untuk makan
tengahari.
Anjing Laut : Wahai ikan-ikan sekalian. Lebih baik kamu semua tinggalkan kolam
ini. Nanti ada si jerung mahu mencari makan di sini.
Ikan : Ha. Ha. (ketawa). Apalah kau ni anjing laut. Sibuk sahaja. Tepi lah
kau!
Pada keesokan hari, si jerung yang kelaparan datang semula untuk mencari makanan.
Si jerung pun terus mengejar dan menangkap ikan-ikan termasuk ikan yang sombong
tersebut.
16
Ikan : Tolong! Tolong!
Anjing laut : Aku sudah beritahu kepada kau tetapi sikap degil kau telah
membinasakan diri kau sendiri.
ii) Refleksi Individu
17
Boneka berasal dari istilah Portugis “boneca”. Namun begitu, kewujudan boneka
telah dicatatkan kira-kira 3.000 tahun sebelum masihi. Ketika itu, orang-orang Mesir dan
Cina telah membut boneka pelbagai bentuk dan saiz. Bahan yang digunakan adalah
kayu, tanah liat, atau tulang binatang.Pada waktu itu, bentuk boneka adalah tidak
menarik dan boleh dikatakan menyeramkan. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak
digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan dibuat
pertama kalinya pada 600 tahun sebelum masihi namun masih tetap digunakan untuk
keperluan ritual dan keagamaan.
Boneka sebagai mainan kanak-kanak dibuat secara besar-besaran pada abad
15 di Kota Nuremberg, Augsburg, and Sonneberg, Jerman. Boneka tersebut dibuat dari
tanah liat, kayu, dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman saat
itu. Di akhir Perang Dunia I, Amerika tercatat sebagai negara penghasil boneka
terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia II, bahan pembuatan boneka
membuat boneka menjadi lebih menarik.
Secara konsepnya, boneka adalah objek yang terdiri daripada alat sebenar atau
bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digerakkan oleh
pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak atau cerita. Ini adalah
bagi memastikan jalan cerita dapat lebih difahami dan jelas jika dibandingkan dengan
penceritaan tanpa penggunaan alatan.
Namun begitu, pengggunaan boneka tidak semestinya berkait dengan
penceritaan dan dialog sahaja. Ia juga boleh digunakan mengikut konsep yang kedua
iaitu boneka adalah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Ini bermaksud boneka dapat digunakan
dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar dalam subjek yang sedang diajar.
18
Terdapat banyak tujuan menggunakan boneka dalam pengajaran. Salah satu
daripadanya adalah mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.
Penggunaan cara yang biasa digunakan oleh guru di dalam kelas boleh menjadi sangat
rutin dan membosankan. Dengan penggunaann boneka ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan cara yang paling kreatif dan menarik.
Selain itu, penggunaan boneka dapat digunakan untuk memperkukuh kemahiran
bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Pengalaman
sebenar adalah apabila murid melihat sendiri bagaimana sesuatu kemahiran bahasa itu
dapat digunakan tetapi melalui cara yang seronok dan menggembirakan seperti
persembahan boneka di hadapan kelas menggunakan cerita yang menarik dan mudah
difahami oleh murid.
Guru sedia maklum bahawasanya murid lebih mudah menghadam dan
menghafal sesuatu yang diajar itu jika kefahaman dapat disemai. Penggunaan boneka
dapat mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita,
peristiwa atau isi pelajaran. Ini sekaligus dapat membantu meringankan beban
pendididik untuk tidak mengambil lebih masa dalam mendidik murid dalam sesuatu
kemahiran bahasa itu dan sekaligus menggunakan masa lebihan yang ada untuk murid
mengaplikasikan ilmu yang diajar dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, penggunaan boneka dalam pengajaran dan pelajaran dapat
memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni bagi kedua-dua
pihak samada guru yang mengajar dan juga murid yang belajar. Kreativiti murid harus
dicungkil dan dipupuk dari umur yang muda agar mereka tidak mempersiakan bakat
yang terpendam.
Pelajar juga akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P kerana mereka
berminat dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Mereka akan lebih fokus dan teruja
sekaligus mengakibatkan aktiviti mampu berjalan dengan lancar dan cemerlang. Oleh
itu, guru perlulah bijak menggunakan boneka untuk menarik minat murid dalam
pembelajaran.
19
Penggunaan boneka dapat membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi
dengan berkesan. Mereka boleh menggunakan boneka sebagai medium komunikasi
dengan orang lain sebelum bertindak dengan lebih berani dengan cara membuang
sepenuhnya boneka dan berkomunikasi secara berhadapan. Murid yang kurang
keyakinan diri harus bermula secara berperingkat sebelum mereka dapat
berkomunikasi dengan lebih baik.
Tambahan pula, proses pembuatan boneka itu sendiri dapat memupuk semangat
bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Murid yang lebih kretif dan berpengalaman
dapat membimbing rakan-rakan mereka dalam menyiapkan boneka dan membantu
mana-mana rakan yang dalam kesusahan. Ini adalah penting kerana mereka masih
muda dan mentah dan tidak semua mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sebuah
boneka.
Terdapat pelbagai jenis boneka yang dapat dihasilkan dan digunakan seperti
boneka Sarung Tangan, boneka daripada alat sebenar, boneka lidi, wayang kulit,
boneka bertali, boneka jari, boneka tongkat dan boneka penuh. Kaedah bagi
menggunakan teknik ini yang pertama adalah pemilihan cerita. Pemilihan cerita adalah
bahagian yang paling penting kerana hanya cerita yang tidak seronok tidak akan dapat
menarik perhatian murid. Di samping itu, faktor isu yang dibincangkan didalam buku itu
juga haruslah mengikut peringkat umur.
Cerita bagi kanak-kanak yang berada di darjah 6 tidak mungkin akan tertarik
dengan cerita bagi murid darjah 1. Selain itu, elemen yang terkandung dalam sesebuah
cerita itu haruslah mempunyai perkaitan dengan pelajar supaya mereka dapat lebih
menghayati sesebuah cerita. Contoh cerita yang menarik adalah berkenaan haiwan,
kehidupan dan keadaan semasa.
Guru juga mempunyai dua pilihan samada untuk memilih cerita, kemudian
membuat skrip dan seterusnya membuat boneka berdasarkan watak dalam cerita. Cara
ini lebih mudah kerana guru tidak perlu pening memikirkan kesesuaian boneka dengan
watak kerana boneka dibuat selepas pemilihan cerita.
20
Cara yang kedua adalah menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan
watak dalam cerita. Cerita ini selalunya tidak mempunyai tema yang khusus dan
bersifat lebih terbuka dimana apa jua watak masih dapat menjalankan cerita ini tanpa
sebarang masalah. Sesuai untuk guru yang sudah mempunyai banyak boneka lain dan
inginkan variasi dalam pengajarannya.
Seterusnya adalah skrip bagi sesebuah cerita. Skrip tidak perlu menggunakan
ayat yang terlampau panjang dan meleret. Ianya harus sesuai dengan peringkat umur
kanak-kanak dan kosa kata yang digunakan adalah mmengiut umur. Perkataan yang
terlampau tinggi tarafnya walaupun tidak digalakkan namun boleh digunakan sedikit
bagi menambah kosa kata pelajar.
Namun begitu, skrip hanyalah garis panduan dalam sesebuah penyampaian
cerita dan boleh diubahsuai mengikut kreativiti dan situasi. Dialog yang digunakan
boleh diubah supaya lebih menyerupai perbualan yang biasa dari perbualan yang
skema. Unsur humor juga dapat diselitkan bagi menarik minat pelajar dan menjadikan
cerita lain dari yang biasa mereka dengar disamping menyuntik elemen yang segar ke
dalam cerita yang sudah lama.
Pencerita juga memainkan peranan penting dalam penyampaian cerita dimana
beberapa teknik harus diamalkan supaya penceritaan akan menjadi lebih menarik.
Pencerita boleh menggunakan teknik menggerakkan boneka bagi meghidupkan lagi
cerita dan menjadikan cerita seolah hidup dngan kehadiran watak-watak boneka ini.
Selain itu, dialog yang diungkapkan oleh watak boneka haruslah selaras dengan
tingkah laku bagi mennunjukkan apa yang sedang dilakukaan oleh watak itu didalam
cerita. Guru boleh cuba untuk memvariasikan suara bagi watak yang berlainan. Ini
dapat menunjukkan dengan lebih jelas perbezaan antara watak. Jika pencerita
merasakan terlalu sukar untuk menggerakkan boneka sambil bercerita, dia boleh
menggunakan khidmat pembantu dengan syarat pembantu mampu menggerakkan
boneka mengikut pencerita.
21
Kesimpulannya, penggunaan boneka di dalam pengajaran dan pembelajaran
banyak memberi faedah dan kebaikan tidak kira kepada guru atau pun murid-murid.
22
Nama : Siti Nurhuda binti Sarman
No Kad Pengenalan : 920513-01-6510
(i) Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka
Boneka tongkat dan pentas lipat telah disediakan untuk pembelajaran. Boneka
dibuat dalam pelbagai bentuk bagi menarik minat murid-murid terhadap pembelajaran.
Boneka akan digunakan sebagai simulasi untuk membaca dan menulis.
Pertama sekali, boneka akan muncul dalam pentas dengan mengucapkan selamat
pagi sambil menyanyi.
Lirik lagu : Selamat pagi, selamat pagi, selamat pagi semua.
Apa khabar, apa khabar, khabar baik, la…la…la…
Boneka A menunjukkan kad suku kata sambil menyebutnya. Boneka B mengajuk
suku kata yang disebut oleh Boneka A dan diikuti oleh murid-murid.
bo to ku pi
bu ta li la
Kemudian, Boneka A menunjukkan kad suku kata sambil mengeja dan meminta
Boneka B serta murid-murid mengikutinya.
bo to ku pi
bu ta li la
Boneka A menunjukkan beberapa gambar atau benda maujud. Boneka B dan
murid-murid menyebut nama benda-benda tersebut.
23
Setelah itu, Boneka A mencantum kad suku kata untuk membentuk perkataan.
Boneka B menyebut dan membaca perkataan diikuti oleh murid-murid.
Murid-murid akan memadankan suku kata yang diberi untuk membentuk perkataan
pada lembaran kerja. Latihan ini sekali gus melatih murid-murid menulis mengikut kad
suku kata yang ditunjukkan oleh boneka.
Selepas aktiviti ini, murid-murid digalakkan mencuba sendiri boneka tersebut dan
belajar menggunakan kad suku kata yang baharu. Murid-murid juga boleh mencipta
boneka mereka sendiri dan melakukan simulasi yang berbeza seperti menyanyi atau
bercerita berdasarkan cerita yang ringkas. Aktiviti ini mestilah berdasarkan kreativiti
masing-masing dan menggunakan pengetahuan yang sedia ada atau melatih
pengajaran baharu.
Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti
susulan:
a) Menggerak lakonkan semula cerita
b) Membina boneka
24
bo la
to pi
ta li
bu ku
Bola
Topi
Tali
Buku
c) Menyanyi menggunakan boneka
d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka
(ii) Refleksi Individu
Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang
perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah
“hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-
watak riang, sedih, marah dan lain-lain.
Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca
ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie McCaslin (1984), menyatakan bahawa boneka
dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar,
menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan
pelajar.
Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi
boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita
yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun
bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh
dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.
Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah
antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan
dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak
berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya
menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka
untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis
boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan
sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna
kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran, guru hendaklah memberi peluang
muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.
25
Berdasarkan Kamaruddin Hussin & Siti Hajar (1998), penggunaan boneka dalam
pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari
bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Penggunaan boneka juga
mmemberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh
mereka.
Kaedah ini juga akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid
terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan. Boneka dapat
mengguna dan mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis murid-murid melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang
menggembirakan.
Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna boleh menarik minat murid-
murid secara tekal dan kekal. Boneka juga mampu meningkatkan daya kreativiti murid-
murid. Aspek ini dapat diaplikasikan menerusi aktiviti melukis, membuat dan mereka
cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakkan boneka. Persembahan
boneka melibatkan penggabungjalinan mata pelajaran seni visual semasa penciptaan
boneka. Jika melibatkan penggunaan lagu semasa simulasi, mata pelajaran muzik juga
mampu diserapkan.
Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan
boneka sama ada pada peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk
tujuan pengukuhan. Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan
murid-murid.
26
Nama : Anis Suzanna binti Mat Rejab
No Kad Pengenalan : 920704-07-5100
(i) Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka
AKTIVITI MEMBACA DAN MENULIS
1.0 Aktiviti Mengeja Suku Kata.
Pertama sekali, guru akan membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri
daripada empat orang murid.
Guru kemudiannya mengendalikan sesi pembelajaran dengan menggunakan
boneka tongkat. Guru memberikan arahan menggunakan boneka tersebut dan
seolah-olah boneka tersebut yang berinteraksi dengan murid.
Guru memberi arahan supaya murid bersedia dengan kertas kosong dan
sebatang pensil.
Guru menerangkan peraturan dan arahan dalam aktiviti mengeja suku kata.
Antara peraturannya ialah:
1.1 Semua murid perlu mendengar dengan teliti perbualan yang dilakukan oleh
boneka tersebut.
1.2 Boneka tersebut akan memulakan aktiviti dengan menyebut dua suku kata.
Sebagai contoh, boneka akan mengeja ‘ma’ + ‘ta’.
1.3 Kumpulan pertama diberi peluang untuk mengeja dua suku kata yang
digabungkan itu dan memberi jawapan yang tepat. Sebagai contoh,
kumpulan pertama akan mengeja perkataan ‘mata’ dengan betul.
1.4 Mereka perlu memberitahu boneka apakah itu ‘mata’. Jika mereka dapat
menjawab dengan betul sebagai contoh,”Ini mata saya cikgu”(menunjukkan
jarinya pada mata), satu markah akan diberikan kepada mereka.
27
1.5 Rasional di sebalik pertanyaan apakah itu mata ialah supaya murid-murid
tahu apa yang dieja oleh mereka dan bukannya sekadar menghafal.
1.6 Seterusnya, dalam kumpulan yang sama, wakil dari kumpulan tersebut
dikehendaki menulis dengan betul perkataan yang dilaungkan oleh boneka
tersebut di atas kertas. Guru akan menyemak sama ada betul ejaannya
atau tidak. Jika mereka menulis ‘mate’, mereka tidak akan beroleh markah.
1.7 Jika mereka dapat menulis jawapan dengan tepat, satu markah akan
diberikan menjadikan dua markah kesemuanya jika mereka dapat
menjawab soalan pertama.
1.8 Setelah selesai kumpulan pertama, guru akan melakonkan boneka tersebut
dan menyebut pula suku kata yang lain.
1.9 Boneka mengeja ‘ka’ + ‘ca’. Seperti kumpulan pertama, mereka diberi
peluang untuk mengeja dua suku kata yang digabungkan itu dan memberi
jawapan yang tepat. Sebagai contoh, kumpulan pertama akan mengeja
perkataan ‘kaca’ dengan betul. Seterusnya, mereka perlu memberitahu
guru apakah itu kaca.
1.10 Markah akan diberi sekiranya mereka dapat menjelaskan dengan baik
apakah itu kaca.
1.11 Seterusnya, dalam kumpulan yang sama, wakil dari kumpulan tersebut
dikehendaki menulis dengan betul perkataan yang dilaungkan oleh boneka
tersebut di atas kertas. Guru akan menyemak sama ada betul ejaannya
atau tidak. Jika mereka menulis ‘kacha’, mereka tidak akan beroleh markah.
1.12 Begitulah seterusnya untuk kumpulan-kumpulan yang lain. Permainan ini
boleh diadakan dalam beberapa pusingan.
Setelah permainan tamat, guru akan mengira jumlah markah yang diperoleh
murid-murid.
Guru akan mengisytiharkan pemenang.
Guru dikehendaki untuk memperbetulkan kesalahan murid. Sebagai contoh, guru
perlu menulis ejaan yang sebenar jika murid tersalah mengeja perkataan
tersebut.
28
Guru perlu memberikan motivasi atau semangat kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak membaca dan
menulis.
(ii) Refleksi Individu
Berdasarkan tugasan projek Literasi Bahasa Melayu pada kali ini, saya
mempelajari pelbagai ilmu yang bermanfaat yang dapat saya digunakan pada waktu
pembelajaran dan pengajaran. Tugasan kali ini memerlukan kami untuk membina
boneka yang akan digunakan dalam satu sesi simulasi pengajaran pemulihan
membaca dan menulis.
Antara kelebihannya ialah, penglibatan boneka akan meransang interaksi verbal
murid. Dalam pembelajaran, murid-murid akan diminta untuk bersama-sama
menyuarakan pandangan dan memberi respon terhadap boneka tersebut. Dalam aktiviti
tersebut, mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu kerana pada bila-bila masa
sahaja mereka akan dipanggil secara rawak untuk mengutarakan pandangan atau pun
memberi jawapan kepada soalan yang ditanyakan. Tiada seorang pun daripada mereka
dibiarkan sendiri atau terkecuali daripada pembelajaran ini.
Selain itu, penglibatan boneka akan menjadi satu alat penting untuk mengikis
rasa bosan dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak statik. Lazimnya,
murid-murid akan berasa bosan atau mengantuk apabila sesi pembelajaran dijalankan
pada waktu tengah hari. Maka dengan itu, boneka inilah yang akan menimbulkan
suasana santai dan ceria lalu mencetuskan minat para pelajar untuk menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran. Jika guru gagal menceriakan suasana dan hanya
menggunakan papan hitam sebagai alat untuk mengajar, sudah pasti murid-murid akan
cepat hilang tumpuan dan fokus terhadap pembelajaran. Guru perlu bijak menggunakan
segala kaedah atau teknik yang ada dalam mengajar. Boneka pula mempunyai
pelbagai jenis. Antaranya ialah, boneka daripada peralatan sebenar, boneka sarung
tangan, boneka penuh, boneka kosong di tengah, boneka jari, boneka wayang kulit,
boneka tongkat, boneka tali dan topeng muka. Boneka yang menarik seperti ini sudah
pasti mampu untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran.
29
Tambahan pula, pendekatan menggunakan boneka dalam sesi pembelajaran
mampu menjadi alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Dalam pembelajaran
bahasa, sesi pembelajaran boleh dilakukan secara fleksibel menggunakan apa sahaja
bahan yang ada di sekeliling kita, seperti boneka. Justeru, permainan yang melibatkan
peralatan atau boneka merupakan aktiviti yang sangat bermakna dan penting dalam
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Secara keseluruhannya, pembelajaran yang melibatkan boneka atau peralatan
lain mampu mewujudkan suasana kelas yang ceria kerana pelajar akan menyukai
aktiviti tersebut. Pelajar akan berasa lebih santai untuk mempelajari bahasa.
30
RUJUKAN
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn
Bhd.
PISMP KS. (13 Oktober 2011). Literasi BM : Penggunaan Boneka dalam P&P. Diakses
pada 8 September 2012 di http://notapismpks.blogspot.com/2011/10/literasi-bm-
penggunaan-boneka-dalam-p.html.
Zaman Haq. (13 September 2009). Boneka. Diakses pada 8 September 2012 di
http://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/boneka.html.
31
Recommended