View
260
Download
10
Category
Preview:
Citation preview
E-PEMBELAJARAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
Tetty Henney Zulkifli
Noma SWO Consult
E-mel: tettyhenney@yahoo.com
Abstrak
E-pembelajaran dan transformasi pendidikan sepanjang hayat kini menitikberatkan penggunaan
digital dalam kaedah mentranformasi kaedah konvensional pembelajaran dan pengajaran kepada
kaedah digital. Justeru, setiap pihak yang terlibat sedang berusaha membangunkan kaedah
pendekatan. Media sosial merupakan elemen penting sebagai platform menyampaikan mesej dan
maklumat. Integrasi antara pelajar, ibu bapa, pendidik, pembuat dasar, pemimpin dan penggubal
undang-undang sangat penting. Sebuah platform sesawang boleh diubahsuai untuk dijadikan
medan diskusi. Pelajar misalnya boleh melibatkan diri menghasilkan sebarang penulisan, karya,
artikel, lakaran dan video untuk dipaparkan secara maya. Secara tidak langsung, setiap bahan
mencetuskan idea para guru, mentor, pelajar dan penerbit juga pengarang. Lantaran, tercapailah
teori pedagogi dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran, kreatif, kritikal, bijak menyelesaikan
masalah, kesedaran digital dan global, semangat keusahawanan dan kemasyarakatan. Penilaian
inovasi, kini format bagi sesuatu konteks dan karya berkembang, sejajar dengan perkembangan
zaman. Justeru, kaedah penilaian juga perlu dipertingkatkan. Persekitaran yang terbuka dan telus
dengan menyediakan aplikasi secara maya dapat mencapai penilaian yang berinformasi. Di sini,
aras pencapaian dalam pembelajaran dapat diukur berbanding dengan hanya mengukur aras hasil
sebelumnya. Mempelajari maklumat dan kajian, untuk menghasilkan sesuatu projek kajian, usaha
yang tepat, berasas, sahih dan bermaklumat diperlukan. Kini dengan dunia tanpa sempadan dan
maklumat di hujung jari, pelajar dan guru dibantu oleh pelbagai bentuk aplikasi pembelajaran.
Pelajar dapat menganalisis dan memahami pelbagai persembahan multimedia daripada pelbagai
industri dan media. Mereka didedahkan dengan maklumat berbentuk teks, data dan foto. Hakmilik
dan Berdayacipta, pengajaran yang berkesan pada setiap individu haruslah membabitkan pelajar
“mengaplikasikan” bukan semata-mata mempelajari sesuatu aspek. Dengan konsep belajar
berterusan, tercetus daya berfikir. Kini terdapat ribuan aplikasi maya secara percuma di internet
yang menggalakkan pelajar mengaplikasikan perisian pembelajaran. Pelajar akan mencipta artifak
dan karya sendiri menerusi teknologi digital. Dengan ini individu akan mempunyai aset untuk
sebarang inovasi dan hak cipta untuk pasaran.
Kata Kunci: Media sosial, inovasi, maklumat dan kajian, hakmilik, berdayacipta
E Pembelajaran dan Transformasi Pendidikan Sepanjang Hayat
Sejarah Pendidikan Konvensional
Setiap fakulti akan mengalami kesukaran sekiranya terus mengadaptasi pengajaran secara
tradisional. Pada fasa permulaan ia akan menimbulkan pelbagai perubahan melibatkan minda,
persekitaran, sistem, masa, kos dan dana.
Peringkat Persekolahan Pra Sekolah, Rendah & Menengah
Umumnya pada sekitar tahun 60an, apabila Sistem Pembelajaran diperkenalkan di Malaysia di
peringkat persekolahan, pelajar dan guru terpaksa belajar dan mengajar dengan nisbah kuantiti
sebanyak 1:40. Pelajar terpaksa berdepan dengan situasi seperti persaingan, kekurangan
infrastruktur dan perkakasan pembelajaran, persekitaran yang tidak kondusif dan selesa, jadual
belajar yang terhad untuk memahami konteks dan konsep mata pelajaran serta kelemahan sistem
komunikasi antara ibu bapa, pelajar dan guru.
Pengenalan ke arah dunia digital belum menapak. Penggunaan teknologi di semua sekolah, pusat
latihan dan institusi pengajian tinggi masih dalam kajian. Sebuah sekolah hanya melihat sebuah
mesin faksimil dan telefon di pejabat sebagai. Guru hanya dibekalkan dengan papan hijau dan
kapur.
Sistem Pendidikan seperti Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn Wu (1951) dan Penyata Razak
(1957) hanya berteraskan konsep kebangsaan dan toleransi dalam pendidikan. Pelajar diasuh agar
mengamalkan nilai-nilai murni di dalam pendidikan. Amalan 3M telah diadaptasi dalam sistem
pendidikan. Namun setelah Laporan Rahman Talib (1960) diterbitkan, misi sistem pendidikan
dilihat berteraskan sistem pendidikan teknik dan vokasional. Pelajar dan guru telah dibawa ke
satu dimensi baru iaitu mengamalkan kemahiran di dalam pembelajaran dan pengajaran.
Teknologi pembelajaran dan pengajaran dapat dilihat menerusi teori dan pedagogi. Laporan
Rahman Talib (1960) lebih menitikberatkan nilai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.
Kemasukan peluang perniagaan dan perdagangan yang berunsur sains dan teknologi untuk sektor
pendidikan dan latihan sangat terhad.
3
Peluang pendidikan berterusan dapat dilihat pada sekitar tahun 1979 di mana kerajaan telah cuba
menambahbaik sistem pelajaran. Akta Pelajaran 1961 telah digubal dan dipinda bagi memberi
peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Peringkat Pengajian Tinggi
Beberapa buah pusat pengajian tinggi seperti Tingkatan 6, Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta,
Politeknik, Matrikulasi dan Asasi telah mula melakukan penjenamaan semula sistem pendidikan.
Sebagai salah satu daripada inisiatif Kementerian Pelajaran di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025, para pelajar Tingkatan 6 telah diangkat menjadi setaraf dengan
pelajar-pelajar Matriks dan Pusat Asasi. Pelajar Tingkatan 6 didedahkan dengan Mod Pengajaran
dan Pembelajaran (P & P), peperiksaan, kerja kursus dan kegiatan Ko Kurikulum di dalam dan di
luar sekolah. Pelajar-pelajar ini mempunyai pilihan untuk memilih mata pelajaran untuk
memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Justeru, dengan mempunyai satu modul dan sistem pendidikan yang diiktiraf oleh Badan
Pensijilan dalam dan luar negara seperti JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Cambridge
Assessment England, atau MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) pelajar-pelajar ini akan melalui
proses yang sama dengan pelajar-pelajar Matriks dan Asasi. Inisiatif untuk mengangkat status
pelajar Tingkatan 6 ini adalah bertepatan dengan era globalisasi dan peredaran dunia digital di
dalam sistem pembelajaran masa kini. Pelajar dilihat mempunyai keinginan untuk meneruskan
pembelajaran hingga ke peringkat universiti.
Kini permintaan dan kehendak golongan pelajar semakin meningkat. Pembelajaran secara maya
kini menjadi kehendak semua generasi termasuk kanak-kanak, orang dewasa, warga emas dan
golongan kurang upaya. Kebanyakan pelajar tidak gemar menumpukan sepenuh masa di depan
buku teks atau suratkhabar. Apabila perkembangan dunia digital berkembang sejajar dengan
kepesatan pembangunan aplikasi dan perisian pembelajaran, pelajar kini banyak terdedah dengan
alat komunikasi, teknologi dan digital sepanjang proses pembelajaran. Beberapa buah universiti
& institusi awam telah menubuhkan pusat pembelajaran berterusan. Sebagai contoh:
I. Universiti Malaya Centre of Continuing Studies (UMCCED), Universiti Malaya
II. Continuing Medical Education dan Continuing Proffesional Development oleh Hospital
Besar Kuala Lumpur
4
III. Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Tun Hussein Onn
IV. Pusat Khidmat Masyarakat dan Pendidikan Berterusan (CENSERVE), Universiti Islam
Antarabangsa
V. Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Malaysia Pahang
1. MEDIA SOSIAL
Kini kita berada di dalam sistem pelajaran era globalisasi. Sebagai menyahut Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025), beberapa
elemen penting perlu lebih digarap bagi menyempurnakan peluang sedia ada kepada pelajar.
Beberapa aspek perlu dikenalpasti agar pelajar, guru & masyarakat bergerak seiring dengan
perubahan sistem pembelajaran. Platform media sosial yang dibangunkan begitu pantas. Dunia
menyaksikan kemunculan pelbagai aplikasi pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa buah organisasi dan institusi kerajaan ditubuhkan bagi membangun, menyediakan dan
menyalurkan maklumat dan aplikasi seiringan dengan dunia digital. Antaranya:
1. MDEC atau Malaysia Digital Economy Corporation ditubuhkan bagi mewujudkan
persefahaman dan kerjasama antara syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia dengan
syarikat berlatarbelakang ICT tempatan.
2. MSC atau Multimedia Super Corridor ialah kawasan khas zon ekonomi dan landasan
perniagaan berteknologi tinggi di Malaysia.
3. ISIS atau Institute of Strategic & International Studies Malaysia ialah organisasi
penyelidikan yang menfokuskan isu ekonomi, polisi luar negara, keselamatan,
pembangunan negara, polisi sosial, inovasi, teknologi dan alam sekitar.
4. PPK atau Pusat Perkembangan Kurikulum merupakan satu bahagian di bawah sektor
Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia
bertanggungjawab memperbaiki mutu dan taraf pendidikan melalui penggubalan dan
pembangunan kurikulum semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat
prasekolah, rendah dan menengah serta peringkat pengajian tinggi.
5
Berikut adalah senarai beberapa buah syarikat ICT dan multimedia produktif dalam dan luar
negara yang diwujudkan untuk menyokong sistem pembelajaran dan pendidikan secara berterusan
bagi keperluan semua pengguna di seluruh dunia.
6
Rajah 1
Digi Telekomunikasi Sdn Bhd,
sebuah syarikat tempatan yang
menawarkan perkhidmatan
mudah alih menerusi televisyen
dan kabel.
Rajah 2
Nokia berpengkalan di Finland,
kini beroperasi di Malaysia.
Sebuah syarikat telekomunikasi,
internet dan perisian komputer
Rajah 3
Google.com syarikat Amerika yang
menyalurkan perisisan dan aplikasi
pencarian data, iklan, pemetaan, emel,
internet, media sosial dan maklumat.
Rajah 4
Unesco satu badan antarabangsa yang
beribu pejabat di Paris, Perancis
ditubuhkan bagi menangani isu
pendidikan, sains dan kebudayaan.
Rajah 5
Facebook.com sebuah syarikat media
sosial Amerika yang memiliki jutaan
pengguna di seluruh dunia.
Yahoo.com sebuah syarikat dari
Amerika yang memberi
perkhidmatan pencarian bagi
pengguna mendapatkan maklumat
semasa.
Rajah 6
7
Rajah 7
Lazada Malaysia sebuah platform
dalam talian yang membekalkan
pelbagai jenis produk kegunaan
seharian kepada pengguna.
Rajah 8
IBM atau International Business Machines
ialah sebuah syarikat Amerika. Mempunyai
cawangan di Malaysia, IBM menawarkan
perkakasan komputer, perisian komputer
dan khidmat rundingan.
Rajah 9 Rajah 10
Youtube. Com berasal dari Amerika
Syarikat. Ia ialah sebuah aplikasi
video yang boleh dimuat turun atau
dimuat naik oleh pengguna. Aplikasi
ini mempunyai 1 juta lebih pengguna
bertujuan mengiklankan produk dan
perkhidmatan.
MSC atau Multimedia Super Corridor
berpengkalan di Cyberjaya dan Putrajaya.
Sebuah projek yang mengumpulkan pakar IT
dan komputer tempatan dan luar negara.
Perbadanan Pembangunan Ekonomi dan
Multimedia (MDEC) ditubuhkan bagi menyelia
projek dan perkembangan MSC.
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA DAN EKOSISTEM PEMBELAJARAN
DIGITAL
Umumnya, teknik pengajaran secara maya melalui pendekatan 3 Dimensi atau lebih dapat
menjadikan suasana dan ekosistem pembelajaran dan pengajaran konsisten, ceria dan
bermaklumat.
Kini beberapa buah sekolah seperti Sekolah Bestari dan Sekolah Berprestasi Tinggi telah
menggunakan kaedah pembelajaran secara maya. Guru dan pelajar dibekalkan dengan alat
bantuan mengajar dan belajar seperti komputer, tablet, modem, projektor, pot wifi, kabel, 3 pin
plug dan suis di dalam sebuah makmal komputer.
Beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menggunakan teknologi dalam
pembelajaran, antaranya:
Pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Pasir sewaktu sesi belajar komputer anjuran 1BestariNet
Pelajar Tadika Taman Bahau di bawah projek kelas ICT P1
8
Rajah 1
Rajah 2
Pelajar Institut Latihan Perindustrian Ipoh mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Teknologi
Komputer(Sistem)
Rajah di atas menunjukkan Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan yang mengendalikan kursus
Kulinari. Kini pelajar Kulinari, Hotel dan Katering didedahkan dengan dunia digital cetakan di
dalam bidang seni dan rekaan masakan. Mesin ini telah dijual di dalam pasaran dalam dan luar
negara.
9
Rajah 3
Rajah 4
CIRI-CIRI PRODUK YANG MEMBANTU PEMBELAJARAN SECARA MAYA
Beberapa buah syarikat telekomunikasi memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru, ia dilihat
sejajar dengan keperluan individu masakini. Beberapa buah syarikat seperti Digi Sdn Bhd
contohnya telah memperkenalkan beberapa perisian baru seperti:
1. HD Video Streaming atau persembahan video secara live dengan kuasa definasi tinggi
(HD)
2. Smoother Music Streaming atau persembahan muzik secara live
3. Faster Web Surfing atau melayari laman-laman sesawang dengan lebih cepat
4. 4G LTE Network atau pelayaran dengan kuasa 4G kelajuan Jalur Lebar
5. Menawarkan kos perkhidmatan serendah RM8 untuk 1 GB
Beberapa buah syarikat telekomunikasi lain turut menawarkan keistimewaan masing-masing. Digi
Sdn Bhd, Maxis Berhad dan Celcom Axiata Berhad contohnya telah membantu beberapa buah
sekolah menubuhkan makmal komputer. Syarikat ini telah melancarkan jaringan jalur lebar bagi
menyalurkan maklumat dan membangunkan sistem komunikasi di semua sekolah termasuk di
kawasan pedalaman di seluruh negara dan institusi-institusi pengajian tinggi di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.
Atas insentif kerajaan, perlaksanaan pembangunan ICT di semua sekolah dan institusi pengajian
tinggi diusahakan. Melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan di Luar Bandar dan
peruntukan tambahan dikeluarkan di beberapa buah sekolah di Sabah pada tahun 2000, banyak
sekolah merasai manfaatnya. Kini, semua sekolah dan sekolah asrama di Sabah dan Sarawak
mempunyai makmal komputer, makmal sains dan tidak perlu menumpang di sekolah lain.
Beberapa jenis perkakasan komputer menjadi kegemaran pelajar sewaktu sesi pembelajaran.
Komputer jenis riba, Laptop dan perisian E Learning atau Online Learning menjadi pilihan guru
dan pelajar. Ciri-ciri yang ada pada perkakasan dan perisian yang interaktif dengan hubungan
spontan antara faktor mengapa pelajar lebih memilih kaedah ini daripada membaca buku teks.
Kajian mendapati bahawa, pengajaran guru akan lebih efisyen dengan bantuan pembelajaran yang
lebih berinformasi, maklumat disertai contoh pelbagai jenis laman web, guru yang berkongsi
pengalaman dan pengetahuan di dalam internet, realiti semasa seperti berita daripada media sosial,
menghantar emel, menyertai forum secara online, menonton video secara online serta dibekalkan
dengan bank soalan berbentuk aplikasi dan set oleh beberapa perisian pembelajaran yang
menawarkan perkhidmatan secara open source.
10
Rajah menunjukkan rangkaian perhubungan komputer, perkakasan dan perisian di dalam internet
yang membolehkan aplikasi pembelajaran dibangunkan melalui dunia digital. Ia dijangka dapat
membangunkan sistem yang lebih pragmatik di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
11
Rajah 1
Rajah di atas adalah di antara beberapa buah syarikat telekomunikasi di Malaysia yang
menyediakan platform multimedia kepada sistem dan aplikasi pembelajaran berterusan. Gabungan
di antara teknologi komunikasi, internet dan multimedia syarikat ini dengan sistem pembelajaran
yang ada boleh menghasilkan kurikulum digital, aplikasi, peranti, masa berbual dan teknologi
untuk kegunaan sebuah bilik darjah berteknologi tinggi.
12
Rajah 2
2. PENILAIAN INOVASI
Inovasi mula mengorak langkah. Seiring dengan perkembangan digital, pelajar-pelajar lemah
pembelajaran atau Learning Disabilitiy dapat dibantu. Pembelajaran dan pengajaran akan lebih
efektif apabila pendekatan diterapkan mengambilkira elemen-elemen seperti:
a. Mengenalpasti keupayaan fizikal dan mental pelajar atau individu – pelajar perlu
diukur tahap mental dan fizikal serta sahsiah. Untuk menjamin keseragaman hasil dan
keputusan sepanjang proses pembelajaran, guru, ibu bapa, masyarakat, pembuat dasar dan
pembina kurikulum, pemimpin pihak berkepentingan perlu merangka strategi dan tindakan
agar pelajar tidak menghadapi masalah. Setiap individu memiliki tahap IQ (Intelligent
Quotion) dan EQ(Emotion Quoation) yang berbeza-beza. Justeru, aplikasi dan produk
pembelajaran perlu mempunyai ciri-ciri khas dan tambahan. Ianya penting sekiranya
sepanjang proses pembelajaran, guru bakal berhadapan dengan pelajar yang lemah di
dalam pembelajaran dan pengajaran yang lebih dikenali sebagai disability learners.
Terdapat beberapa kategori pelajar yang lemah pembelajaran yang boleh mendapat
manfaat daripada transformasi pendidikan dan pembelajaran, antaranya:
I. Attentive Deficit Hyperactive Disorder – pelajar yang mempunyai tahap keaktifan luar
biasa seringkala gagal memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara
II. Attention Deficit Disorder – pelajar yang aktif namun ianya tidak membantu di dalam
penfokusan dan perhatian
III. Dyslexia – pelajar yang mengalami masalah di dalam 3M, iaitu keupayaan mengira,
menulis dan membaca
IV. Autism - pelajar yang mengalami masalah mental dan gangguan pada saraf otak,
walaupun cukup sifat dan anggota, pelajar ini dikesan kurang berkomunikasi, bertutur dan
berinteraksi dengan persekitaran
V. Dysgraphia – pelajar yang mengalami gangguan di dalam memproses rajah, animasi dan
lukisan abstrak
VI. Dyscalculia – pelajar ini dikenalpasti tidak berupaya mengira, mengenali dan mentafsir
nombor dan digit
VII. Dyspraxia - pelajar yang mengidap kecelaruan di dalam menjana sistem dan koordinasi
motor hingga boleh menjejaskan pertuturan.
13
Antara contoh seorang Dyslexia atau pengidap Dileksia yang terkenal ialah seorang
penulis terkenal, Agatha Christie yang dilahirkan pada 15 September 1890 dan meninggal
pada 12 Januari 1976. Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, namun ini
tidak menghalang beliau untuk menjadi kreatif dan belajar untuk menulis. Hasilnya, beliau
telah berjaya menulis pelbagai buku misteri yang terjual sehingga 4 billion naskah di
seluruh dunia. Malah tulisan-tulisan beliau itu telah menjadi sumber ilham ramai penulis
muda di seluruh dunia. Kini ianya juga boleh diakses secara digital melalui perpustakaan
digital di beberapa platform media, penerbitan dan perpustakaan elektronik dan digital.
Dunia digital kini dikenalpasti mampu membentuk masa depan yang cerah bagi seorang
pelajar yang lemah di dalam pembelajaran seperti Agatha Christie.
Australia juga telah memperkenalkan kurikulum baru di dalam sistem pembelajaran bagi
mata pelajaran Matematik di sekolah-sekolah. Pelajar dan guru telah dibekalkan dengan
laman sesawang yang dikenali sebagai Maths Online. Di laman ini, pelajar dan guru akan
dapat belajar matematik secara maya dengan bantuan animasi, soalan interaktif, bank
soalan dan mendapat akses kepada laporan prestasi pelajar secara maya.
Di Malaysia, sebuah syarikat E Learning tempatan iaitu Creative Dreams International
telah juga mengorak langkah membantu sekolah-sekolah dan pra sekolah. Mereka telah
membangunkan aplikasi pembelajaran secara maya dan kini telah mempunyai cawangan
di India dan Indonesia. Creative Dreams telah memperkenalkan dua produk dan aplikasi
pembelajaran iaitu Focus A khusus untuk pelajar-pelajar daripada Tahun 1 hingga
Tingkatan 5 manakala Roony and Pals bagi pelajar-pelajar Prasekolah.
b. Mengenalpasti rekaan pembelajaran secara maya – Setelah kelemahan pelajar
dikesan, pereka bentuk dengan gabungan pendidik, penyelidik, perekacipta, jurutera,
jurubina, kontraktor, jurutera runding, dan juruaudit perlu menyediakan beberapa langkah
bagi menghasilkan produk dan aplikasi pembelajaran. Teknologi kini dapat membantu
ramai pelajar lemah pembelajaran untuk melanjutkan pelajaran. Sebuah produk yang
dikenali sebagai Speech Recognition telah direka oleh sekumpulan saintis dan jurutera di
Amerika untuk mengatasi masalah pelajar orang kurang upaya, lemah pembelajaran, dan
warga emas serta pesakit yang tidak boleh menulis dan membaca namun dapat mendengar.
Melalui produk ini, pelajar Autisma contohnya berupaya berhubung dengan guru, doktor
dan ahli keluarga dengan selesa dan mudah daripada rumah.
14
c. Alat Bantu Mengajar – kini pelajar dan guru tidak mempunyai alasan untuk mewujudkan
suasana belajar yang kondusif, ceria dan berkesan. Bagi mendapatkan input yang lebih
baik, pelajar Autisma dan Dileksia boleh meneruskan pembelajaran dengan menggunakan
Tablet di dalam kelas atau di rumah.
Tablet jenama SmartTech keluaran teknologi saintis Amerika telah direka khas dengan
ciri-ciri aplikasi seperti menyimpan data penilaian dan hasil kerja pelajar, berkongsi pelan
mengajar dan silibus dengan guru-guru lain, mengesan aktiviti pelajar khas, menaik dan
memuat turun data, animasi dan grafik serta meningkatkan kemahiran aplikasi.
d. Platform Media – Organisasi seperti Google.Com, Facebook.Com dan Yahoo.Com
manakala Geocities yang wujud berdekad lalu, telah menyediakan perkhidmatan
pencarian, pengiklanan, perisian teknologi serta pengkomputeran awan. Syarikat-syarikat
ini berpengkalan di Amerika dan kini mempunyai cawangan di Malaysia dan beberapa
buah negara di Asia. Sumber yang terkandung di dalam perkhidmatan syarikat ini telah
digunapakai oleh jutaan pengguna internet. Tanpa platform daripada syarikat-syarikat ini,
kita tidak mungkin akan mengenali dunia digital dan internet.
e. Mengenalpasti falsafah dan hala tujuan pendidikan – Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah maju setapak seiring dengan dasar pendidikan negara-negara maju. Ini dapat dilihat
apabila kanak-kanak istimewa dan lemah pembelajaran diberi peluang untuk melanjutkan
pelajaran.
Pada 2001 mantan Presiden Amerika, George Bush telah meluluskan undang-
undang dan akta pelajaran khusus bagi pelajar-pelajar istimewa mendapat
pendidikan seperti mana pelajar normal. Beliau telah menggesa rakan-rakan
kongres di dalam kerajaan beliau untuk melibatkan masyarakat, ibu bapa,
usahawan, ahli akademik, teknokrat dan profesional untuk membangunkan sistem
pembelajaran berterusan. Kerajaan di bawah pimpinan Bush telah mewujudkan
satu jabatan dan kementerian baru iaitu Special Needs Children Department.
Jumlah pelajar lemah pembelajaran atau Disability Learners semakin meningkat.
Sejajar dengan dasar globalisasi, anjakan paradigma negara-negara maju menjadi
perangsang dan pencetus. 10 buah negara yang tersenarai di dalam negara
memiliki sistem pendidikan terbaik dunia seperti, Jepun, Singapura, Korea Selatan,
Ireland, Finland, Estonia, Switzerland, Poland, Belanda dan Kanada telah memberi
inspirasi kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menggubal sistem
pendidikan berterusan kepada kanak-kanak istimewa.
15
Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Akta Pendidikan 1996 telah digubal
bagi membantu pelajar-pelajar istimewa. Satu program pemulihan khas iaitu
Program Linus dibentuk bagi mensasarkan 100% menguasai kemahiran literasi dan
numerasi kepada pelajar Tahun 3 meneruskan pembelajaran ke Tahun 4.
Sepanjang proses pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar istimewa dan lemah
pembelajaran atau disability learners turut dibantu. Sebuah Jabatan iaitu Jabatan
Pendidikan Khas ditubuhkan untuk memberi pelajar-pelajar istimewa, kurang
upaya, kecacatan mental dan fizikal, lemah pembelajaran, gangguan emosi dan
tingkah laku, gangguan komunikasi, hilang pendengaran dan penglihatan serta
golongan pintar cerdas. Pada 1999 dan 2000, Sekolah Teknik dan Vokasional
ditubuhkan bagi memberi peluang pembelajaran berterusan kepada golongan ini.
Melalui Akta 1996, guru dan pengubahsuaian kurikulum mencipta kaedah dan
teknik pengajaran atau P&P agar bersesuaian dengan kehendak pelajar.
f. Mengenalpasti garis panduan & amalan baik pembelajaran berterusan – Melalui
sokongan Kementerian Sumber Manusia, pelajar akan dapat merancang dan mencari
haluan serta membina masa depan. Peluang pekerjaan dapat dikenalpasti melalui beberapa
kempen kerjaya dijalankan. Kini bakal pekerja bukan sahaja berdepan dengan isu teknikal
malah akan menempuh dunia revolusi dan anjakan paradigma di dalam sektor komunikasi
dan hubungan sosial.
Kini syarikat-syarikat abad 21 berlumba-lumba mengejar keuntungan dan mengadaptasi
peluang yang ditawarkan oleh dunia digital. Antara elemen yang dapat membantu pelajar
menyesuaikan diri apabila bekerja ialah dengan memiliki kemahiran di dalam :
I. Saluran komunikasi yang boleh digunakan secara selaras
II. Fleksibiliti di dalam setiap aktiviti dijalankan
III. Pengurusan diri, masa, sumber dan peralatan
IV. Mengaitkan kehidupan peribadi dan profesional
V. Teknologi yang boleh digunapakai secara informal
16
VI. Pekerja gemar menggunakan maklumat yang menarik dan berdaya saing
VII. Keupayaan berhijrah dan melakukan perubahan dari masa ke semasa
Justeru, dengan aspek-aspek di atas, pelajar akan lebih tahu dan bijak di dalam
menggunakan ICT dan dunia digital sebagai landasan dan persediaan untuk belajar dan
meningkatkan kemahiran secara berterusan.
PEMBELAJARAN MIKRO
Antara salah satu strategi daripada gabungan sistem pembelajaran di dalam dunia digital ialah
wujudnya permintaan maklumat yang tepat, padat dan pada masanya serta pembelajaran
berkapasiti mengikut jumlah Bite. Dengan gabungan ini dijangka dapat memenuhi keperluan
pengguna yang mahukan ruang belajar yang lebih fleksible, dengan maklumat padat dan pukal
serta kaedah latihan yang telus. Contoh yang paling dekat ialah aplikasi Twitter atau YouTube,
dua platform yang perkhidmatannya di hujung jari, pantas dalam memberi jawapan kepada
persoalan, minat dan sifat ingin tahu penggunanya.
Di dalam internet, terdapat ribuan aplikasi yang menyediakan perkhidmatan secara online. Antara
jenama perisian yang popular tahun 2016 adalah seperti:
I. Grovo sebuah produk video yang direka khusus untuk latihan pembelajaran secara mikro
II. Duolingo sebuah ciptaan yang membantu penggunanya mempelajari bahasa baru, menguji
tahap kemampuan bahasa, aplikasi dalam bentuk permainan mengikut tahap.
III. Snackson direkacipta menggabungkan unsur formal dan tidak formal khusus untuk
pengguna korporat. Ia mengandungi pelbagai format bagi memenuhi keperluan dan
kehendak organisasi.
IV. join.me sebuah aplikasi dan perisian webinar direka khas untuk pengguna berhubung,
berseminar dan berkomunikasi secara maya. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan secara
percuma.
17
3. MEMPELAJARI MAKLUMAT DAN KAJIAN
Dalam usaha mentransformasi sistem pembelajaran, sekolah dan universiti perlu memiliki
insfrastruktur digital seperti:
Keseragaman Akademik dan Kelayakan Kakitangan dan Pembelajaran Yang
Bersepadu
Bagi mencapai tahap serta standard antarabangsa, semua kakitangan sekolah dan universiti
daripada bawah hingga ke pengurusan atasan diupah berdasarkan kelayakan akademik atau
pengalaman. Kakitangan pengurusan dan pentadbiran didedahkan dengan kemahiran
menggunakan aplikasi pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, membuat laporan dan
pengedaran maklumat secara eletronik, teknologi dan digital.
Penggunaan komputer dapat dilakukan secara Web Based dan Computer Based Training
oleh kakitangan dan pelajar. Pelajar akan menggunakan komputer di laman-laman
sesawang secara individu dengan mendaftar, mengisi maklumat dan menerima
maklumbalas dengan sendiri. Kakitangan pengurusan dan pentadbiran pula akan
menyemak, mengesan, berkongsi maklumat dan melaporkan pendaftaran baru dan
pengulangan pendaftaran dengan setiap jabatan melalui sistem pengkomputeran atau
Collaborative Training
Kakitangan yang mahir dengan digital akan menilai kemahiran, pengetahuan, gred dan
kebolehan semulajadi melalui Competency Training. Pelajar perlu diberi pendedahan
pembelajaran secara Virtual Learning Environment. Sekolah dan universiti perlu
membekalkan sebuah komputer setiap seorang dan bahan kursus secara maya. Guru atau
pensyarah perlu menyiapkan bahan pengajaran dengan sistem mengesan keupayaan dan
hasil pelajar, menyimpan kemasukan data dan maklumat peribadi pelajar, serta menjadi
medium di antara pelajar dan jurulatih bagi setiap mata pelajaran atau kursus.
Menyelaras Kaedah Pembelajaran dan Menilai Serta Menguji Sistem
Kebanyakan transformasi pembelajaran menggunakan aplikasi Web Based Training.
Platform yang terdapat dalam komputer dan perisian menggunakan program J2EE/ Java,
Microsoft, NET dan PHP. Pengkalan data seperti Oracle, MySQL dan Microsoft SQL
Server menawarkan pelajar dan guru serta pensyarah pelbagai data. Kini terdapat puluhan
pengkalan data yang menawarkan maklumat secara percuma.
18
Pengurusan Bilik Darjah
Beberapa buah syarikat ICT dalam dan luar negara yang melakukan kajian dan
penyelidikan bagi meningkatkan keceriaan dan keberkesan proses pembelajaran dan
pengajaran. Di Malaysia, syarikat Celcom Berhad dapat dilihat membantu pelajar dan
pengguna menggunakan produk mereka seperti Aplikasi Xpax. Dengan aplikasi ini pelajar
dapat menyemak baki, menambah nilai dan melanggan pelbagai pelan internet. Bantuan
kewangan perlu bagi membiayai guru dan pelajar untuk menyelenggara perkakasan
komputer, internet dan multimedia di dalam bilik darjah.
Kebanyakan negara maju telah lama mengorak langkah menjadi perintis kepada aplikasi
Virtual Classroom dan Virtual Campuses. Pelajar diberi peluang untuk mengikuti kelas
yang diajar oleh pensyarah secara maya. Pelajar akan melihat guru mereka di dalam skrin,
mendengar dan merekodkan syarahan. Dengan ini, pelajar dapat membawa pulang bahan
pengajaran dan mendengar bahan pengajaran berulang kali.
Berbanding dengan kelas konvensional, Virtual Classroom juga menawarkan kaedah
pembelajaran secara rakaman Video Conferencing. Pelajar-pelajar Sains Hayat boleh
melihat pensyarah mereka melakukan aksi membedah mayat yang telah dirakam di dalam
sebelumnya. Rakaman ini boleh disimpan, dimuat turun dan dimuat naik di dalam stor
rakaman. Rakaman video ini juga boleh ditonton beberapa kali.
Di sesetengah sekolah dan universiti di negara maju, contohnya Amerika dan Kanada,
peperiksaan secara visual telah diamalkan. Sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar
istimewa dan lemah pembelajaran telah membangunkan jabatan Virtual Technology.
Pelajar telah diberi kelonggaran untuk menduduki ujian di rumah atau hospital. Dengan
ini pelajar-pelajar istimewa berpeluang melihat suasana bilik darjah daripada rumah. Pada
ketika ini, pelajar dan guru boleh berinteraksi dan mengajukan soalan dan jawapan.
E Perdagangan dan Latihan Pekerjaan
Sesebuah sekolah dan universiti yang menyahut cabaran globalisasi harus menitikberatkan
pencapaian pelajar sebagai hasil input dan output. Pelajar harus diberi latihan melihat misi
dan visi. Mereka perlu dilatih untuk bekerja dan berdikari setelah tamat belajar. Sebuah
universiti boleh menubuhkan E Commerce Department. Melalui jabatan ini, pelajar dapat
membina dan membangunkan idea dan melaksanakan teori. Seterusnya mereka diberi
peluang untuk menjana idea dan teori hingga menjadi satu produk yang boleh dipasarkan.
19
Terdapat pelbagai ciptaan e perdagangan yang boleh digarap oleh pensyarah atau
jurulatih. Pelajar boleh merekacipta E Book, Artikel, Kertas Kerja, Objek Artifak, Bahan
Pembelajaran dan Pengajaran Maya, Aplikasi Kajian, Soalan dan Latihan dan Permainan
Maya.
Di sini pelajar akan diberi latihan komunikasi, persembahan dan cara meningkatkan
pasaran dan ekonomi. Pada masa yang sama pelajar juga akan melihat suasana sebenar
alam pekerjaan dan mengenali pelbagai sektor dan industri pekerjaan secara virtual
learning. Sebagai contoh, pelajar jurusan kejuruteraan yang melawat tapak pembinaan
bahan kimia dapat membina sendiri objek 3D dengan Autocad, slide projector dan video
ketika menamatkan semester akhir dan menyertai latihan industri.
Pendidikan Jarak Jauh
Penilaian ke atas proses pembelajaran berterusan rumit dan kompleks. Pelbagai bentuk
penilaian oleh sebuah sekolah, universiti dan organisasi dapat dilihat. Dengan adanya
perkhidmatan pembelajaran jarak jauh, pelajar diberi peluang untuk meneruskan pelajaran.
Pelbagai jenis perisian dan aplikasi telah direka dan dibangun khas bagi pelajar-pelajar
yang tinggal jauh dari pusat pembelajaran. Jenama seperti HitLab telah dibangunkan oleh
Washington University. Hitlab mengandungi himpunan kertas kerja yang ditulis oleh para
akademik bagi rujukan pelajar dan guru serta orang awam.
Di Malaysia iaitu di era 70an terdapat sebuah syarikat penerbitan dan pembelajaran yang
menawarkan pendidikan jarak jauh iaitu Maktab Adabi Gaya Pos. Pusat ini popular dan
telah menawarkan program pembelajaran secara pos. Bahan pembelajaran, soalan ramalan
dan contoh soalan peperiksaan telah ditulis serta contoh jawapan dan komentar guru-guru
diterbitkan dan dipos kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SRP (Sijil
Rendah Pelajaran), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia).
Kini dunia digital memberi ruang untuk pelajar dan guru berdepan dan berinteraksi secara
maya. Penyampaian disertakan dengan sokongan audio dan visual. Guru dan pelajar
dapat mendengar dan bercakap melalui kaedah Webinar, sebuah aplikasi yang direka khas
untuk berhubung dan berkomunikasi secara maya. Contoh aplikasi yang digemari oleh
guru-guru di Kanada ialah Webinar Bahasa Perancis bagi pelajar-pelajar Gred 9 dan 10 .
Pelajar-pelajar ini mengikuti kelas Bercakap dan Mendengar Bahasa Perancis bersama
guru-guru. Sewaktu proses pembelajaran menerusi kaedah ini, pelajar:
20
I. Berbincang aspek bahasa
II. Berkongsi dan berbincang kaedah berinteraksi secara lisan di dalam kelas
III. Mempelajari strategi dan pelan pembelajaran
IV. Pelajar diminta berkongsi idea, pendapat dan soalan berkenaan bahasa Perancis.
Sumber Kewangan dan Pentaksiran
Bagi merealisasikan sesebuah impian dan wawasan, sumber kewangan adalah komponen
utama. Malaysia telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Kewangan untuk
menjayakan Pelan Reformasi Pendidikan Malaysia 2015 -2025. Pelbagai pelan dan rangka
kerja dibangunkan untuk mendapat pembiayaan.
Kini beberapa buah sekolah dan universiti seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Bestari,
Sekolah Wawasan, Sekolah Teknik dan Vokasional, Prasekolah, Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti telah mengorak langkah untuk
membangunkan sistem pengurusan dan kewangan. Beberapa buah sekolah dan asrama di
Malaysia telah dipilih untuk melaksanakan sistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih
dinamik dan sistematik. Sekolah-sekolah ini dipanggil Sekolah Bestari. Dengan sokongan
dunia digital dan teknologi sekolah ini dibangunkan di bawah payung MSC atau Koridor
Raya Multimedia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kerajaan, organisasi pendidikan dalam dan luar negara dan pihak berkepentingan telah
menyedari akan pentingnya menilai dan memantau pelajar. Peningkatan mutu
pembelajaran pelajar boleh dikesan. Justeru, semua sekolah dan universiti diarahkan untuk
membangunkan satu sistem yang padu untuk pelajar.
Amalan pendidikan mengambilkira aspek polisi, amalan, pentaksiran, alat bantu mengajar,
sumber, struktur dan proses. Ia akan membabitkan keseluruhan proses pembelajaran.
Sistem konvensional akan mengesan dan merekod pelajar. Pelajar dipilih mengikut
keupayaan akademik dan kebolehan. Nama-nama yang dipilih akan dimasukkan ke dalam
sistem penilaian dan pemantauan pelajar. Di Malaysia, sistem penilaian dan pemantauan
mendapat kerjasama beberapa institusi dan organisasi antaranya :
I. PTPTN atau Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional
21
II. Kementerian Sumber Manusia
III. Jabatan Perkhidmatan Awam
IV. Sistem e-Prestasi, Kementerian Pelajaran Malaysia
V. Penilaian MyRa, Jabatan Pendidikan Tinggi
VI. Lembaga Zakat Negeri
VII. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Kementerian Pelajaran
Malaysia
VIII. Syarikat-syarikat penaja pelajar Swasta dan Korporat
IX. Syarikat GLC atau Government Linked Companies
X. Institusi Kewangan serta NGO, Organisasi Bukan Kerajaan
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Unit Pusat Universiti (UPU) mempunyai
peranan besar di dalam proses awal menentukan hala tuju dan masa depan seseorang pelajar.
Dengan adanya PBS, keupayaan dan tahap intelektual pelajar dapat dikesan dan dipantau di
peringkat awal. Penyusunan dan penyelarasan semula pada fasa pertama proses pembelajaran
sangat penting dan UPU khususnya telah menyahut saranan. Kini semua universiti dan kolej
awam dan swasta serta politeknik telah menjadi salah satu komponen di dalam rangkaian digital
UPU. Keseragaman di dalam penyusunan data dan maklumat, pendaftaran, dan latar belakang
pelajar dicatat, direkodkan dan disimpan di dalam pengkalan data UPU.
Sejak hampir 20 tahun lalu, negara-negara maju di bawah Unesco atau Pertubuhan Pendidikan,
Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu telah membangunkan Sistem Penilaian dan
Pemantauan Antarabangsa. Beberapa negara telah menunjukkan minat untuk berganding bahu.
Dengan adanya sistem antarabangsa ini, pelajar yang kurang upaya, miskin tegar dan lemah
pembelajaran akan dikenalpasti dan diberi peluang meneruskan pembelajaran.
Terdapat dua buah sistem yang telah dikenalpasti dapat membantu para pelajar dan guru di dalam
meningkatkan inovasi dan mutu sistem pembelajaran. Sistem ini sedang giat digunapakai oleh
Malaysia. Mengambil contoh negara China yang telah mengatasi semua negara di dunia di dalam
pencapaian penggunaan sistem antarabangsa, menawarkan sekolah satu sesi serta mengurangkan
kerja sekolah di rumah.
22
Malaysia berharap matlamat untuk menjadikan satu sekolah satu sesi akan tercapai. Kedua-dua
sistem yang dijangka dapat membantu sistem pembelajaran negara menjadi lebih efektif, kreatif
dan fleksible adalah:
I. Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) – satu sistem yang
dibangunkan sebagai standard atau piawai. Ianya menjadi garis panduan dan manual
kepada setiap sekolah dan institusi pengajian di seluruh dunia.
II. Programme For International Student Assessment (PISA) – sebuah badan penilai yang
dibentuk bagi menilai dan mentaksir prestasi pembelajaran pelajar-pelajar antarabangsa.
4. HAK MILIK DAN BERDAYA CIPTA
Peringkat seterusnya iaitu fasa implementasi atau fasa perlaksanaan sesebuah kajian. Di
peringkat ini, pelajar perlu digalakkan menghasilkan perisian dan aplikasi sesebuah artifak
dan karya sendiri menggunakan teknologi digital. Mereka perlu menfokuskan kajian dan
visi dengan mengambilkira isu ekonomi semasa, keperluan pengguna, hakcipta produk
terpelihara, polisi kerajaan, akta dan undang-undang dan aset berdaya saing.
Pengukuran ke atas pendigitalan, invosi dan hakcipta perlu dilakukan oleh pelajar dan guru.
Ia memastikan agar tidak berlaku sebarang tindanan data menerusi sumber-sumber lain
semasa proses pengubahsuaian kajian dan penyelidikan. Pelbagai platform pendigitalan
boleh diakses di internet. Terdapat ratusan jumlah perpustakaan digital boleh diperolehi.
Sebagai contoh, pelajar jurusan Seni Halus boleh mendalami hasil kajian mengenai kaedah
bertukang, bahan pertukangan dan potensi pasaran produk pertukangan menerusi
perpustakaan digital di dalam internet. Antara sumber digital yang ditemui ialah
ResearchGate. Ia adalah sebuah pengkalan data dan kajian yang menawarkan pengguna
rangkaian informasi mengenai Pendigitalan Bahan Warisan Seni Ukir Kayu.
Agensi Inovasi Malaysia juga ditubuhkan bagi membantu pelajar dan penyelidik
meneruskan kajian dan penyelidikan. Pada masa yang sama setiap kajian yang dihasilkan
perlu dipantau dan dinilai oleh sebuah akta iaitu Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010.
23
Melalui akta ini, penyelidik akan mendapat panduan dan garis kerja bagi menyusun strategi
penyelidikan. Di bawah akta dan undang-undang, kepentingan dan perlindungan ke atas sesebuah
hak, aset, khazanah dan ciptaan itu akan dijaga.
Di samping itu setiap produk yang dihasilkan dijamin mendapat sokongan, dana dan
promosi daripada pihak berkepentingan. Kini para pelajar bertuah kerana mempunyai
platform untuk mengembangkan bakat, kreativiti dan kemahiran. Dengan daya cipta yang
inovatif dan kemahiran semulajadi, sesebuah hasil ciptaan dapat memberi pulangan dan
pendapatan kepada mereka. Justeru, dengan adanya pelbagai produk bernilai komersial,
negara akan menjana ekonomi masyarakat.
Dalam memastikan produk dan khazanah digital mendapat perlindungan dan hak
penggunanya, Amerika Syarikat juga telah menubuhkan Digital Millennium Copyright Act
(DMCA). Beberapa teknologi terkini di Amerika dikenalpasti telah dipelihara hakcipta
produknya iaitu teknologi encryption, sebuah hasil ciptaan Macrovision. Teknologi ini
bertujuan untuk mengelakkan penyalinan dan plagiat data menerusi kabel video dan kabel
rakaman yang dipasang pada peralatan teknologi.
Bagi memastikan pelajar-pelajar di Malaysia tidak terjebak kepada isu akta dan undang-
undang semasa menggunakan internet dan multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia(SKMK) ditubuhkan. Ia bertujuan bagi memantau peraturan industri di
bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1988) dan Akta
Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan kehendak sistem pembelajaran, akta
ini membantu setiap aset dan khazanah yang dicipta menepati kehendak dan objektif dasar
kerajaan khususnya bagi melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran tinggi.
Pelajar dan penyelidik harus menyemai konsep Belajar Untuk Mempelajari. Dunia digital
adalah pintu gerbang bagi pendidikan alaf baru. Akan datang, pelajar akan ditemukan
dengan penemuan baru ketika belajar iaitu Holografik. Aplikasi ini boleh disampaikan
secara imej untuk dipancarkan di sesuatu tempat. Pengguna akan dapat melihat objek secara
maya di depan mata. Teknologi ini telah lama dibangunkan oleh pengarah-pengarah filem
di Amerika seperti di dalam filem Star Wars dan sekumpulan paramedik di Medicine
Foundation. Ahli saintisnya telah mengenalpasti teknik ini dalam mencipta perisian amalan-
amalan paramedik dan pakar perubatan, produk kesihatan serta menerbitkan sistem
komunikasi.
24
RUMUSAN DAN PENUTUP
Beberapa tahun kebelakangan, Malaysia menyaksikan usahasama syarikat-syarikat swasta di
dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Beberapa syarikat tempatan telah melabur dan
membangunkan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Usahasama ini telah
mendapatkan sokongan kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
E Pembelajaran dan transformasi pendidikan adalah satu platform bagi mencapai hasrat dan
halatuju. Ia bergerak seiring dengan pembangunan fizikal, mental dan sahsiah seseorang individu.
Bagi sesebuah negara, perubahan dan ekosistem pendidikan digital ini bakal merangsang ekonomi
dan pertumbuhan per kapita, membangun teknologi, kemakmuran negara, polisi sesebuah
pengurusan yang lebih sistematik, pelaburan, daya saing dengan negara-negara rantau Asia dan
Eropah serta menggalakkan penyertaan pelbagai sektor industri kerajaan dan swasta.
25
0
20,000
40,000
60,000
80,000
100,000
120,000
140,000
160,000
IPTS IPTA
Rajah 1
Rajah menunjukkan bilangan pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA iaitu sebanyak 150,000
pelajar dan IPTS sebanyak 100,000 pelajar pada tahun 2007. Jumlah ini diperolehi setelah
Kementerian Pendidikan Tinggi mula mengiktiraf pendidikan swasta. Dijangka jumlah pelajar IPTS
akan menandingi jumlah pelajar IPTA beberapa tahun akan datang.
Kesimpulannya, proses e pembelajaran dan transformasi pendidikan sepanjang hayat berkembang.
Perkembangannya boleh dipertingkatkan selagi mendapat permintaan dan sokongan semua pihak.
Sikap dan minda terbuka untuk menerima perubahan itu penting di dalam menerima kemasukan
teknologi baru tanpa sempadan. Dengan mengasuh diri melalui nilai-nilai murni dapat mengawal
diri ketika berhadapan dengan impak negatifnya.
26
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%
Pelajar Vokasional
Pelajar OKU
Pelajar Lemah Pembelajaran
Warga Emas
2015
1970
Rajah 2
Rajah di atas menunjukkan peningkatan jumlah kumpulan pelajar yang mendaftar untuk mengikuti
pengajian di universiti awam dan swasta di Malaysia. Kajian di atas adalah kajian rambang yang
diambil daripada segelintir bahan rujukan seperti:
Peningkatan dapat dilihat daripada jumlah penyertaan mereka yang diambil bekerja bertambah
pada tahun 2015 di dalam sektor pekerjaan di dalam syarikat swasta dan kerajaan.
Program Sepanjang Hayat bagi Warga Emas, Universiti Sains Malaysia (USM). Warga emas
yang berumur sekurang-kurangnya 50 tahun dan ke atas dan mempunyai pengalaman 10 tahun
di dalam bidang berkaitan akan ditawarkan yuran pengajian sebanyak 50%.
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menawarkan kemasukan pelajar OKU ke dalam sesi
2016/2017. Kenaikan jumlah pendaftaran yang besar dikenalpasti pada tahun 2016.
MARA telah menawarkan 4,624 tempat kepada lulusan SPM dan Sijil Vokasional di Institut
Kemahiran Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara pada 2007.
Rujukan
1. Manroy, (2014). Dasar Pendidikan Malaysia, Scribd.com
2. Wikipedia Melayu, (2015). Dasar Ekonomi Baru.
3. Blueprint, (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
4. Google.com
5. Dragon For Mac Medica, (2013). Speech Recognition.
6. American Foundation New York for innovation and Technology. (2007). Smart Tech
7. Learning Disability Association. (2008). Learning Disability Tools. LDA
8. Australia Maths Online. (2013). Maths Online Learning. Mathsoline.com.au
9. Azrina bt Sobian. (2014). Agatha Christie, Dileksia. Berita Harian
10. Creative Dreams International, (2010). Focus A & Roony and Pals. creativedreams.net
11. Multimedia Super Corridor, (2010). MSC Status. Wikipedia Melayu
12. Edudemic, (2015). Senarai 10 buah negara memiliki sistem pendidikan terbaik dunia.
Edudemic.com
13. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2010). Akta Pendidikan dan Pendidikan Khas,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Unit Pusat Universiti
14. Inform Education. (2007). Virtual Classroom dan Virtual Campuses, informED.
15. Maktab Adabi Gaya Pos, (2012). Pembelajaran Jarak Jauh. utusanoline.
16. Ontario School, (2010). Webinar. Ontario School
17. Nik Zafri & Tetty Henney, (2000). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia. http://www.geocities.ws/nikzafri/pedagogi.html dan Tetty Henney Zulkifli,
Pembelajaran E Learning. e-brainfund.webs.com
18. Unesco, (2007). Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) &
Programme For International Student Assessment (PISA)
19. Research Gate, (2010). Pendigitalan Bahan Warisan Seni Ukir Kayu. ResearchGate.
20. Akta Agensi Inovasi, (2010). Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia & Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
21. Digital Millennium Copyright Act (2010). DCMA
22. Agensi Kelayakan Malaysia, (2010). MQA Standard.
23. Berita Harian, ( 26 Mac 2007). Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di
Sabah & Sarawak
24. Malaysian Digest, (2015). China Negara Mendahului Penggunaan PISA.
Malaysiandigest.com
25. Foundation Medicine (2016). Holography. FoundationMedicine.com
________________________________________
Nota: Penulis juga turut menggunakan artikel sendiri dan pengalaman bekerja di sektor industri
dan ICT untuk mendapatkan rujukan bagi menyiapkan kertas kerja.
Recommended