View
24
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
gud presentation
Citation preview
PEMBINAAN PERSEKITARAN
BILIK DARJAH YANG MESRA
BUDAYADisediakan oleh :
Mala a/p P.MuruganMalathi a/p P.MuruganDarshini a/p P.Krishnan
PENGENALAN
Pengurusan kelas yang mesra
Budaya penting supaya
suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid.
PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli
untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan dalam sesuatu gerakerja.
Ini termasuklah proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat
mencapai objektif ke arah pembinaan Modal
Insan yang menjurus kepada pembinaan
JERIS.
Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus,
kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan
bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan.
Marzano (2003), menyatakan tindakan
guru dalam bilik darjah mempunyai impak
dua kali ganda dalam pencapaian murid
berbanding dengan polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama
antara guru dan penglibatan masyarakat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru
untuk menyediakan persekitaran fizikal
efektif bagi membantu perkembangan
murid.
Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah
mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan
suasana bilik darjah yang kondusif bermakna
guru telah berjaya membentuk Budaya
berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap
arahan, kehidupan berkualiti yang
melambangkan sebahagian daripada
keimanan.
Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah
dirumuskan meliputi aspek keselamatan
termasuklah menyediakan peraturan dan
amalan bilik darjah.
Peraturan diwujudkan berpandukan
Pekeliling dan Peraturan Sekolah.
Antaranya mencakupi amalan menepati
masa, amanah, rasa tanggungjawab,
menjaga kebersihan, hormat-menghormati,
bertolak ansur dan bekerjasama.
Ruang dan pergerakan harus diurus
supaya lebih fleksibel.
Penyediaan ruang yang sesuai akan
memberikan keselesaan kepada murid
ketika belajar.
Aspek pencahayaan, pengudaraan dan
kedudukan murid juga akan mendorong
murid untuk memberikan tumpuan
kepada proses P&P.
PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan
menjadi perangsang dan membangkitkan minat,
sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran
mereka.
Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.
Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll.
Peneguhan Positif penting untuk menambah
kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Emosi murid yang stabil membolehkan murid
mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti.
Murid yang mempunyai emosi yang stabil
mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka,
disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara
terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik
yang berlaku dalam bilik darjah.
Emosi murid perlu diurus dengan penuh
kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada
dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.
Hubungan Positif antara guru dan murid
haruslah dibina terlebih dahulu.
Guru mestilah mengamalkan kepimpinan
Demokrasi serta mengambil berat tentang
fisiologi dan akademik murid.
Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial
sesama mereka dalam aktiviti P&P.
Dengan cara ini, mereka akan dapat
memahami emosi rakan sebaya dan mengenali
perasaan orang lain.
Perkembangan kemahiran menyelesaikan
masalah mengembangkan Nilai Kendiri
(Self-Esteem) dan perasaan hormat-
menghormati di kalangan kanak-kanak.
Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif
pergaulan diri, inisiatif persefahaman
antara mereka perlu diperkembang bila
mereka sendiri digalakkan membuat
keputusan.
Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah
segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah
masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.
Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang
dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan
mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai suatu
amalan murni bersama.
Perlembagaan Persekutuan perlu memahami
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak
setiap rakyat Malaysia.
PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK
‘Etnik’ adalah perkataan Yunani, iaitu
‘ethnos’ yang bermakna orang.
Etnik merujuk kepada kelompok manusia
yang ditentukan menerusi perbezaan ciri
Budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh
kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar
Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan
Etnik di semua pusat pengajian tinggi.
Kontrak Sosial ialah persetujuan yang
dicapai antara pemimpin kumpulan Etnik
Malaysia ketika Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan ketika merangka
dan merumuskan Perlembagaan
Persekutuan tahun 1957.
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama
mewujudkan identiti Malaysia dan
memupuk persefahaman ke arah
perpaduan kerana unsur tradisi ini
sebahagian daripada Kontrak Sosial.
Modul Hubungan Etnik menyatakan 6
perkara utama:
i. Perkara 8: Persamaan dan hak sama
rata dan pengecualian peruntukan itu
dalam soal agama, kedudukan istimewa
orang Melayu.
ii. Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan
Islam.
iii.Perkara 38: Kuasa Raja-Raja Melayu
menghalang Parlimen membuat undang-
undang yang menyentuh kedudukan
Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa
Melayu dan Islam.
iv. Perkara 150 (6a): Kedudukan agama
Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera
Sabah dan Sarawak, kewargenegaraan
meskipun dalam darurat.
v. Perkara 152: Kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak etnik lain menggunakan
bahasa mereka.
vi.Perkara 153: Kedudukan istimewa
orang Melayu tanpa menafikan kedudukan
etnik lain.
Semua murid perlu memahami kesedaran,
kefahaman, akomodasi, saling
menghormati dan perpaduan.
Usaha untuk mewujudkan kesepaduan
daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa
dilakukan dengan teliti dan mengambil kira
sensitiviti etnik lain.
Sifat Akomodasi serta kesanggupan
menerima
etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan,
adat-resam dan agama adalah penting sebagai
pembuka jalan kepada kerjasama dan
kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik
harmoni.
Interaksi lebih rapat antara kelompok dan
etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya
oleh sikap saling menghormati dan
menghindari konflik dalam segala bentuk.
Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan
‘top-down’ atau ‘bottom-up’ membabitkan
kerajaan, orang ramai, sektor swasta, dll.
Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran
berkaitan kepelbagaian Budaya masyarakat
di Malaysia.
Orientasi Sosial di dalam bilik darjah
menentukan apa yang patut diamalkan serta
perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di
dalam bilik darjah.
Setiap program serta aktiviti yang dilakukan
haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang
mampu mengguris perasaan mana-mana
pihak.
Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran.
Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah
yang berkesan supaya objektf pelajaran tercapai.
Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara,
pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,
perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan
murid.
Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan atau
maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Prinsip utama pembelajaran adalah
meningkatkan dan mengekalkan rasa
kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan,
kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan
jasmani, merangsang minat dan
menghasilkan keseronokan.
Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah,
model, teknik dengan menggunakan
kemahiran berkomunikasi, interpersonal,
bimbingan dan kaunseling dalam proses P&P.
Guru perlu berperanan sebagai penggerak
kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin
aktif, Interaktif dan Konstruktif.
Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan
lebih berkesan berasaskan penggunaan
‘Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif’.
Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid
dari pelbagai kebolehan, latar belakang Budaya,
campuran jantina dan pelbagai Etnik
bekerjasama dalam pasukan kecil untuk
mencapai matlamat yang sama.
Pelaksanaan aktiviti dapat dikawal
mengikut masa yang ditetapkan.
Guru juga boleh memberi murid ruang
untuk merehatkan minda (‘Brain
Breaks’) untuk mengelakkan murid
berasa bosan.
Pengurusan pembelajaran yang
terancang akan menjadikan murid lebih
berani, yakin dan berwibawa.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral adalah
Jabatan yang bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan menyelaraskan
instrumen yang dikehendaki oleh
Pengurusan Sekolah dan Jemaah Nazir.
Beberapa perkara penting yang
dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu
hasil pembelajaran, perkembangan P&P,
penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Pembinaan Modal Insan yang
berkualiti menjadi agenda negara
sewajarnya dipupuk dalam proses P&P.
Apabila seluruh potensi insan dimajukan
secara integrasi dan bersepadu, ia
bakal melahirkan insan berketrampilan
yang mampu menyumbang segala
kebolehan untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara.
Pedagogi yang releven menggunakan
pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi
lebih bermakna kepada murid-murid.
Menurut ahli Sosiologi, konsep
Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup
yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan
dari satu generasi ke generasi lain.
PEDAGOGI RELEVEN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK
Menurut pandangan ahli
Fungsionalisme, sekolah dilihat
berfungsi sebagai Proses Sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut
kehendak masyarakat.
Modal Budaya merujuk kepada
seseorang individu yang mewarisi dan
memperoleh keupayaan Bahasa dan
Budaya dari keluarga dan masyarakat.
Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli
sosiologi pendidikan dari Perancis,
pencapaian persekoahan seseorang individu
adalah berkait rapat dengan latar belakang
Kebudayaan ibu bapanya iaitu tahap
pendidikan ibu bapa.
Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan
teknik dalam pedagogi pendidikan.
Latihan penggunaan bahasa mampu
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di
kalangan murid bukan Melayu.
i. Kaedah Direktif- Murid belajar melalui
penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan
latihan.
ii. Kaedah Mediatif- Guru menggunakan
bahan media dalam pembelajaran.
iii. Kaedah Generatif- Guru boleh menjana
idea murid.
iv. Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan
bahan P&P kepada situasi dunia sebenar.
v. Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang
kepada murid-murid memikirkan proses
pembelajaran, rancangan pembelajaran,
pemantauan dan penilaian kendiri tentang
tugasan yang diberi.
vi. Kaedah Kajian Luar/ Konteks Luar-
Aktiviti P&Pnyang dilakukan oleh guru di luar
bilik darjah.
vii. Kajian Masa Depan- Murid-murid
mengambil bahagian dalam penciptaan masa
depan.
viii. Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan
dalam kelas yang mengandungi murid-
murid dari pelbagai Budaya supaya
mereka dapat belajar secara
berkumpulan dalam keadaad harmonis.
ix. Kaedah Kolaboratif- Kerjasama
erat di antara dua pihak atau lebih.
Murid berusaha untuk mencapai
matlamat pembelajaran.
Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan adalah
kurang daripada 15 orang.
Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil,
Kelas Bercantum masih wujud untuk menyediakan
peluang pendidikan ke seluruh negara.
Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid
tidak melebihi 145 orang.
Bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi
5 orang.
PEDAGOGI KELAS BERCANTUM
Seseorang guru akan mengajar lebih daripada
satu tahun persekolahan secara serentak dalam
kelas bercantum.
Guru menjalankan P&P secara berkumpulan.
Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan
dalam kumpulan yang dibina.
Guru juga boleh menggunakan kaedah
perbincangan.
Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan
dalam kumpulan kecil digalakkan.
Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana
terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam
diri murid.
Sosiolinguistik berasal daripada
gabungan sosio dan linguistik.
Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi
dengan Linguistik.
Sosiolinguistik adalah ilmu inter-
disiplin yang membincangkan dan
menyusun teori-teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa
yang dituturkan dalam komunikasi
seharian.
SOSIOLINGUISTIK
Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.
Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll.
Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan
yang mutlak dan abstrak.
Bidang ini memberi pengertian umum,
rasional dan empirikel serta bersifat
umum (Soekanto, 1982).
Linguistik memiliki rumus-rumus yang
menjelaskan sistem, rasional, empirikel,
kenyataan struktur, penggolongan dan
rumus bahasa.
Kita menilai orang bukan hanya dengan
apa yang dituturkan oleh seseorang
tetapi juga bagaimana kedengarannya
bahasa yang diucapkan.
Timbulnya kesedaran baru dalam
kalangan ilmuan Amerika akan
hubungan yang tidak boleh
dipisahkan antara Perilaku Bahasa
dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).
Ahli linguistik Antropologi berpendapat
bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai
keseluruhan yang bersifat Monolitik
(Satu) (Fishman, 1968).
Bahasa itu hanya akan bermakna dan
berfungsi sekiranya digunakan dalam
kehidupan seharian.
Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor
sosial seperti bahasa dialek, bahasa
pembakuan, perancangan bahasa, dll.
Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan
Bahasa terhadap masyarakatnya.
Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan
nilai masyarakat, harapan masyarakat,
suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.
Dell Hymes (1962), bahasa yang
digunakan seharian dalam perbicaraan
melalui telefon, bergurau, berbual kosong,
dll dikenali sebagai ‘Etngrafi’ pertuturan
(The Ethnography of Speaking).
Kesemua yang dibincangkan tadi dapat
disimpulkan dalam 4 perkara:-
i. Ahli Sosiolinguistik percaya
kenyataan sosial tidaklah boleh
diselesaikan melalui jadual ataupun
statistik tetapi pada kenyataannya
dibangunkan dalam Proses Interaksi.
Ahli Antropologi menganalisis cerita
dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan
upacara keagamaan yang terdapat dalam
sesuatu masyarakat lama.
ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-
norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi
perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang
dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan
gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan
Kelas Atasan masyarakat Inggeris.
iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan
maklumat sosial bermula daripada bahasa
loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa.
Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan
sosial orang Inggeris yang berasal dari
Norway.
iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa
dalam politik juga menjadi sasaran
kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti
‘Academie Francaise’ secara rasmi
menentukan apa yang boleh diterima
atau tidak dalam bahasa Peranchis.
Pemurnian bahasa Jerman sewaktu
pemerintahan Nazi pernah diakukan
sebagai satu eksploitasi bahasa.
Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit
putih di New Zealand.
Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.
Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa
pribumi ke dalam kurikulum sekolah di
negara-negara Afrika.
Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai
bahasa Nasional Indonesia seperti yang
dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini
bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa
atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang
jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.
Aspek-Aspek Sosial dalam
Bilingualisme dan Multilingualisme
adalah juga penting dalam kajian
sosiolinguistik.
Kebanyakan kajian memberi tumpuan
kepada kelompok-kelompok minoriti di
pelbagai negara.
Kajian lain juga melihat motivasi sosial
dalam amalan meminjam perkataan
asing.
Konferens pertama Sosiolinguistik
berlangsung di University of California
di Los Angeles pada tahun 1964.
Salah satu hasil daripada konferens
dirumuskan oleh Dittmar (1976).
i. Identiti Sosial Penutur
ii. Identiti Sosial Pendengar dalam
komunikasi
iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa
perbicaraan berlaku.
iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.
v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.
vi. Tingkatan ragam linguistik.
vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan
sosiolinguistik.
Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris digunakan dengan meluasnya.
Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan
kedua-dua bahasa tersebut sebagai alat
komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai
situasi secara rasmi dan tidak rasmi.
SEKIAN, TERIMA KASIH…
Recommended