View
322
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
CONTOH KERJA KURSUS SEJ
Citation preview
Tugasan 1 :
Kegiatan ekonomi tradisional
yang dijalankan oleh
masyarakat di Malaysia.
Perusahaan Sawah padi
Bil Sub Topik Muka Surat
iii. Penghargaan 6 - 7
iv. Objektif Kajian
8 - 9
v. Kaedah Kajian
10 - 11
vi. Hasil Kajian 12 - 19
vii. Rumusan
20
viii.
Lampiran 21 – 30
ix. Rujukan
31-32
6
PENGHARGAAN : —
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
Pengetua SMA Shamsul Maarif Al Wataniah Tg Piandang , Perak iaitu Tuan Haji
Asmuni bin Awang kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kerja
kursus sejarah untuk tahun 2009.
Kepada ibu bapa saya iaitu Saloma binti Rashid , dan Saifullah bin Hj
Yahya yang banyak memberi sokongan moral dan galakan serta bantuan kewangan untuk
keperluan saya menyiapkan tugasan ini amatlah di kenang.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
guru sejarah saya iaitu , Cikgu Johari bin Ishak yang tanpa jemu membimbing dan
memberi panduan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini . Tunjuk ajar yang di
berikan kepada kami amatlah berguna untuk menyempurnakan tugasan ini dengan lebih
baik lagi .
Buat rakan sekelas seperti Mohd Syafiq bin Zulkifli dan Nor Oja bin
Ismail dan yang lain – lain yang sama – sama bertukar pendapat dan mencambahkan ide
– ide untuk memperbaiki hasil tugasan supaya lebih sempurna lagi … Jasa kamu tidak
akan dapat di lupakan .
Akhir sekali saya sudahi dengan ucapan terima kasih daun keladi ,
insyaallah ada umur yang panjang kita berjumpa lagi .
7
8
OBJEKTIF KAJIAN
1 ) Menyatakan tentang sejarah kegiatan perusahaan penanaman padi
- Di dalam kerja kursus ini saya dapat menyatakan asal – usul penanaman
padi dan sumbangan ekonomi kegiatan tersebut kepada masyarakat.
2 ) Mencari dan Mengumpul maklumat tentang tanaman padi
- Saya dapat mengumpul maklumat yang di perolehi dari sumber rujukan
atau internet dan menganalisis data – data tersebut ke dalam folio .
3 ) Menghuraikan tentang proses penanaman padi
- Saya dapat menghuraikan tentang proses penanaman padi dari mula
sampai akhir.
4 ) Memerihalkan tentang iktibar yang dapat di perolehi seandainya kita menghargai
dan menghayati warisan kegiatan tanaman padi dari turun temurun.
- Dapat memerihalkan unsur – unsur patriotisme yang wujud seandainya
kita menghargai warisan tersebut .
9
10
Kaedah Kajian :
1 ) Temuramah :
- Dengan menemuramah Encik Abd Razar bin Nayan yang mempunyai
maklumat tentang kegiatan sawah padi .
2 ) Melawat tempat kajian :
- Saya berpeluang melawat sawah padi sekitar kampong Tanjung Piandang.Di situ saya dapat menghayati dan melihat sendiri keunikkan pemandangan tersebut .
3 ) Menganalisis maklumat melalui internet :
- Saya mencari dan mengumpul maklumat dengan melayari Internet dengan melayari laman web http//mnidotcom.blogspot.com .
4 ) Penyelidikan perpustakaan :
- Mencari maklumat di dalam perpustakaan melalui buku ilmiah yang bertajuk seni bina dan seni lukis yang banyak mempunyai maklumat tentang kegiatan sawah padi itu .
11
12
Hasil kajian ;
1. Maklumat Asas
a) Perusahaan sawah padi merupakan kegiatan ekonomi masyarakat melayu
yang diwarisi turun temurun. Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada
tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia
termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang
ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali
sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi
bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat
mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan
baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.
Asal –usul
b) Tidak diketahui secara jelas asal usul kejadian padi tetapi tapi tanaman ini
sudah mula ditanam di tanah melayu sejak sebelum keadatangan Parameswara
ke Melaka lagi. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama.
Terdapat dua jenis padi utama. padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai
atau tanah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau
padi bukit ditanam dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak
memerlukan air yang banyak. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di
Kedah, Negeri Sembilan , Pahang dan Kelantan.
Tempat Kajian
c) Tempat yang menjadi pilihan kajian saya ialah kawasan Tanjung
Piandang,Perak. Tanjung Piandang merupakan sebuah mukim yang terletak di
bahagian utara negeri Perak, Malaysia. Tanjung Piandang termasuk di dalam
pentadbiran daerah Kerian dan merupakan salah satu mukim di daerah Kerian,
Kawasan yang menarik di Tanjung Piandang ialah Pantai Ban Pecah. Mukim
Tanjung Piandang merupakan salah satu mukim di daerah Kerian yang
merupakan "Jelapang Padi Negeri Perak" kerana bentuk muka buminya yang rata
menjadi pertanian utama penduduk mengusahakan sawah yang merupakan
jelapang padi terbesar di negeri Perak ini. Walaupun Tanjung Piandang tidak
terkenal dengan pelancongan atau lain-lain namun ekonomi negeri Perak juga
bergantung kepada pertanian tersebut, Kerana pertanian sawah ini merupakan
pendapatan kepada penduduk Tanjung Piandang.
Peta Lokasi Tanjung Piandang,Perak.
Pihak Yang Mengusahakan.
d) Daerah Kerian dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak. Tanaman padi di
sini menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat. Majoriti penduduk di
sekitar Tanjung Piandang, misalnya mengusahakan sawah padi secara sara diri
dan juga komersial. Penanaman padi di sini dilakukan dua kali setahun.Rata –
rata penduduk di Tanjung Piandang,Perak terdiri daripada pelbagai kaum iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Majoriti kaum yang menetap di sini
ialah Melayu diikuti dengan kaum Cina dan juga India. Penduduk melayu
lebih banyak mengusahakan tanaman padi kerana ia merupakan tanaman sara
diri yang diwarisi dari turun temurun lagi.
2.Latar belakang
e) Tanaman padi merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang diwarisi oleh
generasi yang terdahulu lagi bersesuaian dengan beras adalah makanan utama
penduduk di Malaysia. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama dan
penyumbang ekonomi utama Negara. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis
padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu
ditanam dengan cara yang teratur.
f) Proses Penanaman Padi adalah seperti berikut :
1. Musim Bersawah
Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan.
Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan
dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka ditakungi air
hujan secukupnya.
Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala,
penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.
2. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian
Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun
beramai-ramai ke sawah masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti
menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan
tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih
padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah / ditanam di dalam
petak-petak sawah yang disediakan).
Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya
mestilah betul-betul lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air
di dalamnya. Bagi merata dan melicinkan permukaan tanahnya, sejenis alat
yang dinamakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah
sebatang pokok pisang yang di potong mengikut keperluan dan di buang
kulitnya dan kemudian di tarik dengan penyisir kecil (sisir kapar). Dengan
keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja mencabut semai.
3. Penyediaan Benih Padi
Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam
ke dalam air selama 3 hari 3 malam. Selepas di rendam benih padi tersebut
diangkat dan disejat dalam bakul yang jarang yang disebut sebagai "bakul lau",
kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk proses
percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus
ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh
menjadi semai (anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk
tempoh cukup matangnya. Kebiasaannya 44 hari.
4. Pembajaan
Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman
padi ialah kadar dan masa pembajaan dilakukan iaitu sebanyak 45-50 g/meter
persegi 15 hari selepas benih ditabur. Baja yang digunakan di dalam skim baja
subsidi ialah baja campuran dan baja urea.
Pengambilan baja oleh tanaman juga bergantung kepada tahap kesuburan tanah
termasuk faktor fizikal dan kimia tanah bagi sesuatu kawasan. Masa membaja
bergantung kepada jenis padi, cara menanam dan musim penanaman. Pada
kebiasaannya, pembajaan tanaman padi dilakukan secara menabur secara manual
dan jarak taburan setiap lemparan ialah tiga meter. Pembajaan di sawah dilakukan
sebanyak 3 kali untuk cara mengubah dan tabur terus.
5. Mengerjakan Sawah
Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani
akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak
sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah
Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya
tenggala ini di buat daripada kayu-kayu terpilih yang senang di bentuk iaitu
lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga
kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-
kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana
tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk
membalik-balikkan tanah sawah.
6. Padi mesti dituai seelok padi masak. Kelewatan menuai boleh menyebabkan
kekurangan hasil kerana pokok-pokok padi akan rebah, biji-biji padi lerai dan
juga kerosakan oleh musuh-musuh dan penyakit-penyakit. Biasanya padi elok
dituai dalam masa 35 hari selepas 50% dari pokok-pokok mengeluarkan tangkai-
tangkai padi.
Biasanya padi dituai dengan jentuai (combine harvester). Kemudian biji-biji padi
dileraikan dengan cara membanting tangkai-tangkainya ke dalam tong
pembanting. Hanya di kawasan yang menanam padi secara kecil-kecilan padi
dituai dengan 'ketam' padi. Terdapat juga mesin-mesin penuai lengkap yang kecil
dan ringan iaitu 'mini combine' yang juga boleh menuai, membanting dan
membersihkan hasil padi sekaligus, tetapi ia hanya boleh menuai seluas 0.1 ha
(1/3 ekar) sejam.
Biasanya padi dituai dengan jentuai (combine harvester). Kemudian biji-biji padi
dileraikan dengan cara membanting tangkai-tangkainya ke dalam tong
pembanting.Biji – biji padi akan dikumpulkan dengan di isi kedalam guni dan
dibawa ke kilang- kilang beras berdekatan.Padi yang dah dihantar ke
kilang ,kemudiannya akan diproses untuk menjadi beras padi akan dimasukkan ke
dalam mesin penguraian beras
17. Setelah beras tu digredkan dan dimasukkan ke dalam bungkusan mengikut
timbangan untuk dipasarkan.
g) Peralatan – peralatan yang digunakan dalam penanaman padi moden ialah
e) Melalui tanaman padi dapat menghasilkan beras yang menjadi makanan
utama seluruh penduduk di Negara ini.Beras yang dihasilkan akan dijadikan
nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia.Selain daripada itu
beras juga boleh dijadikan emping.Emping padi merupakan sejenis makanan
ringan yang diperbuat daripada padi. Padi pulut yang lewat ditanam, khas
sebagai penutup musim menanam padi, biasanya lebih lambat masak dan akan
dituai semasa masih hijau dan sesuai untuk dijadikan sebagai emping.
Padi tersebut akan di tuai dan digemal dan dilerai. Padi yang lerai tersebut
akan ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu. Gula dan kelapa parut akan
dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang
menjadi tradisi dikalangan pesawah.
19
RUMUSAN :Kegiatan ekonomi tradisional ialah kegiatan sara diri dan merupakan
warisan turun-temurun sejak zaman dulu lagi. Ia merupakan salah satu kebanggaan bagi
masyarakat negara kita sebagai rakyat Malaysia.
Ini kerana,pengusaha-pengusaha kecil seperti pengusaha tanaman padi dapat
membantu diri mereka hasil usaha mereka.Dengan menggunakan modal
sendiri,pendapatan ini mungkin dapat menjana kehidupan sekaligus menyumbang kepada
ekonomi Negara.
Oleh itu, kita haruslah bertindak wajar dengan menyokong kegiatan ekonomi
tersebut.Kegiatan ini sangat popular di semua lapisan masyarakat dan digemari oleh
pelbagai kaum.
Akhir sekali,marilah kita sama-sama menyokong dan bersatu padu serta
berharmoni demi menghargai warisan zaman. Ini bermakna kita cinta akan bangsa dan
Negara
20
21
WawancarA »
Wawancara bersama Encik Abd Razar Bin Nizar yang mengusahakan kegiatan tanaman
padi di Batu 11 Tanjung Piandang ,Perak.
Soalan : Assalammualaikum…….Saya berasa amat berbesar hati di atas kesudian
Tuan bersetuju memberikan kerjasama kepada kami untuk menjalankan
Projek kerja kursus sejarah bagi tahun 2012 .
Jawapan : Mualaikummusalam…….Ini perkara biasa saja…lagi pun adalah
kewajipan saya untuk membantu setakat yang saya mampu kerana
maklumat ini penting bagi menjaga warisan budaya kita .
Soalan : Berapa lamakah encik Abd Razar telah mengusahakan tanaman padi ini.
Jawapan : saya telah mengusahakan tanaman padi ini hamper 15 tahun .
Soalan : Berapa banyakkah modal yang diperlukan untuk tanaman padi?
Jawapan : Bagi keluasan dua ekar saya menghabiskan modal sebanyak hampir RM
700.
Soalan : Bagaimanakah pemilihan benih padi dibuat?
Jawapan : pemilihan biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk
memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahap matang kelak.
Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.Hanya biji padi yang
bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu
tangkai sahaja dipilih.
22
Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya pemilihan ini dilakukan oleh
mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama pesawah yang
berpengalaman.Bagi pesawah yang telah mendapat khidmat jabatan
pertanian, bekalan biji benih yang lebih terjamin telah diperkenalkan.
Pemilihan biji benih ini adalah hasil kajian yang dijalankan secara
berterusan untuk menghasilkan biji benih yang baik.
Soalan : Proses seterusnya?
Jawapan : Pemilihan Tapak perladangan dan Proses membajak mengikut sistem
tradisional adalah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau pada
musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif. Oleh itu
jentera pembajak atau traktor digunakan.Terdapat dua jenis traktor yang
digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi
traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi
untuk menggemburkan tanah sawah.
Soalan : Saya rasa setakat ini saja yang dapat Tanya kepada pakcik.Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa bagi membantu kajian kami.
Jawapan : Sama – sama.
23
Peta negeri Perak
RUJUKAN :
Buku Ilmiah
Intitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, 2002 ,Manual Pengendalian
Lepas Tuai dan Pengilangan Padi Dan Beras Berkualiti .Shah Alam,Selangor : MARDI
Malaysia.
Orang Sumber
Encik Usman bin Hassan , 39 tahun , F323 Jalan Terusan Titi Serong 34200 Parit
Buntar,Perak Darul Ridzuan Perak .
Melawat tempat kajian
F-124,Batu 10 ¼, Jalan Pantai ,34250 Tanjung Piandang,Perak.
Sumber Internet
http://mnidotcom.blogspot.com.
32
Recommended