View
49
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kematangan berfikir seseorang sangat penting bagi yang menggunakan laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin dikongsikan dan disebarkan agar ia tidak membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain.
Citation preview
FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT
Oleh :
Ahmad Shawal Bin Ali
Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran
Kolej Komuniti Temerloh
Sejarah facebook diasaskan oleh Mark
Zuckerberg bersama teman-teman
sebiliknya dan rakan-rakan sekursus
sains komputer pada 4 Februari 20041.
Matlamat facebook juga adalah unutk
memberi kuasa kepada pengguna untuk
berkongsi dan membuatkan dunia lebih
terbuka dan dapat dihunbungkan2.
Pengguna facebook sehingga Februari
2012 berjumlah 833.9 juta orang di
seluruh dunia. Bagi negara Malaysia pula,
hari ini sudah ramai mempunyai akaun
facebook di laman sosial. Pengguna
facebook di Malaysia kini telah mencecah
hampir 12.37juta3 orang sehingga 7 Mac
2012 iaitu dengan peningkatan sebanyak
809 ribu orang sejak 6 bulan yang lalu.
Laman SocialBakers.com melaporkan,
1 http://www.facebook.com/zuck
2 http://www.facebook.com/facebook
3 http://www.socialbakers.com/facebook-
statistics/malaysia
Malaysia kini berada di tangga ke-17
pengguna facebook paling ramai di dunia
dan sekaligus menjadi negara Asia
Tenggara ke-4 paling ramai, di belakang
Indonesia, Thailand dan Filipina.
Kumpulan umur terbesar adalah di antara
18-24 tahun iaitu seramai 4.17 juta
pengguna. Dari sudut jantina pula, 53%
adalah lelaki manakala 47% peratus
adalah perempuan.
Dengan tercipta dan lahirnya
laman sosial ini, pernahkah kita
memikirkan apa kegunaan
sebenarnya?adakah ia memberi banyak
manfaat kepada kita? wujudkah kebaikan
untuk diri sendiri, masyarakat dan negara
atau sebaliknya. Saya salah seorang
daripada tenaga pengajar dari kolej
komuniti dan sepanjang pemerhatian dan
temulbual yang dijalankan, boleh
dikatakan hampir semua tenaga pengajar
dan pelajar kolej mempunyai akaun
facebook.
Apa yang saya lihat, majoriti
pengguna facebook adalah di kalangan
remaja dan belia. Sedikit kajian dan
pemerhatian yang dilakukan, di sana
terdapat banyak keburukan-keburukan
facebook kepada golongan ini iaitu dari
sudut ketagihan melayarinya. Apabila
terlalu asyik dan seronok dengan
facebook, ia boleh menyebabkan
ketagihan seperti ketagihan dadah atau
menghisap rokok. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya
diganggu ketika bersosial di laman
tersebut.Adalah tidak mustahil ada yang
menjadi gila disebabkan obses terhadap
laman social tersebut. Ada yang
mengurung diri dalam bilik berhadapan
dengan komputer buat beberapa hari
berterusan kerana melayarinya. Mereka
juga sanggup menghabiskan banyak wang
dan masa berharga mereka semata-mata
untuk melayari facebook di internet. Islam
melarang kita membazirkan masa dan
wang dengan perkara yang tidak
berfaedah hingga lupa Pencipta. Seperti
mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Sesungguhnya membazir itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu
adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra’ : 27 )
Tambahan pula apabila
berkenalan dengan kawan-kawan yang
menjadi tempat yang boleh meluahkan
perasaan kepada yang ‘handsome’ dan
cantik, mereka akan sentiasa ‘chatting’,
‘update status’, ‘upload’ gambar supaya
menarik minat pembaca terutama orang
yang mereka sukai.
Di samping itu, facebook boleh
menggangu kesihatan manusia. Sudah
pasti akan memberi kesan kepada
kesihatan samada fizikal ataupun mental.
Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap
komputer mampu memberikan impak
yang buruk terhadap tubuh badan. Sakit
sendi, pening kepala, terjejasnya
penglihatan, obesiti, penghadaman
(duduk terlalu lama), penyakit mata
(terlalu lama memandang komputer) atau
penyakit saraf dan sakit belakang. Jika
tidak menjaga kesihatan, ini boleh
menjejaskan seseorang itu untuk
melaksanakan ibadah kepada Allah
seperti solat fardu, puasa dan sebagainya.
Kadangkala facebook juga boleh
mencetuskan kemarahan, dendam dan
perselisihan faham yang boleh
mengakibatkan pergaduhan antara
manusia. Misalnya status yang di 'update'
boleh mengudang kemarahan orang lain.
Gambar-gambar yang memalukan yang
ditayangkan kepada umum. Komen-
komen yang boleh menyakitkan hati dan
menguris perasaan seseorang. Ini
menambahkan lagi sifat mengumpat
dalam diri seseorang untuk memberi
komen terhadap gambar, video, artikel
dan maklumat yang di letakkan di dalam
facebook. Apabila pembaca lain membaca
komen-komen di dalam facebook, timbul
pelbagai sangkaan yang tidak baik. Islam
sangat melarang kita untuk buruk sangka,
mengumpat atau menghina seseorang
terutama sesama islam sehingga
menjatuhkan maruah seseorang seperti
mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah sesuatu kaum menghina kepada
kaum yang lain, karena barangkali yang
dihinakan itu bahkan lebih baik dari yang
menghinakan. Jangan pula golongan
wanita menghina kepada golongan wanita
yang lain, karena barangkali yang
dihinakan itu bahkan lebih baik dari yang
menghinakan.”
(Surah Al-Hujurat ayat 11).
“ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah
kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan),
Karana sebahagian dari buruk-sangka itu
dosa. dan janganlah mencari-cari
keburukan orang dan janganlah
mengumpat satu sama lain. Adakah
seorang diantara kamu yang suka
memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya. dan bertakwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang”.
(Surah al-Hujarat :12)
Di dalam hadis 40 (Nawawi )yang mana
nabi bersabda berkenaan dengan
ukhuwah dan hak-hak seorang muslim :
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah
bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah
kamu berdengki-dengkian, dan jangan
kamu tipu-menipu, dan jangan benci-
membenci, dan jangan m memusuhi, dan
jangan kamu berjual beli atas jual beli
setengah yang lain, dan jadilah kamu
sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Seorang Muslim adalah
bersaudara sesama Muslim, tidak boleh
menganiayanya, tidak boleh
membiarkannya tertindas, tidak boleh
mendustainya dan tidak boleh
menghinainya. Taqwa itu berpunca dari
sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke
dadanya tiga kali. Sudah memadailah
kejahatan seorang itu jika ia menghina
saudaranya yang Islam. Seorang Muslim
ke atas seorang Muslim yang lain
diharamkan darahnya, harta bendanya
dan kehormatannya.
(Riwayat Muslim )
Keburukannya lagi ialah mudah
terdedah dengan jenayah siber. Remaja
yang ketagih facebook akan mudah
terjerat dengan jenayah siber seperti
penipuan, pornografi, buli siber dan lain-
lain. Kes melibatkan jenayah siber sudah
banyak kali didedahkan di dalam media
cetak atau media elektronik, namun ia
tidak diambil serius oleh ibu bapa dalam
mengawal akses internet anak mereka.
Banyak juga kes buli yang diambil melalui
telefon yang dimuatnaik dan dikongsi di
dalam facebook. Ini bukan sahaja
mengaibkan mangsa, malah ia turut
memalukan pelaku dan keluarga.
Akibatnya, hukuman akan menanti si
pembuli. Ada sebahagian yang berlaku di
dalam facebook menggunakan profile
yang menipu, bukan orang yang sebenar
dan menyebabkan mereka mudah untuk
menyebarkan maklumat, berlakon dan
mudah untuk menipu orang lain. Ada juga
lelaki yang menyamar sebagai perempuan
untuk menjadi friend atau sebaliknya.
Rasulullah sangat melarang kita untuk
menipu seperti mana hadis nabi:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah
bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan
dengan selonggok makanan lalu baginda
memasukkan tangannya ke dalam
longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda
terkena sesuatu yang basah. Baginda
bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan
punya makanan. Orang itu menjawab:
“Terkena hujan, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu
letakkan di atas supaya orang ramai dapat
melihatnya. Sesiapa yang menipu maka
dia bukan dari kalanganku”.
(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Disamping itu juga, facebook
mudahnya tersebar sesuatu maklumat ke
seluruh dunia tetapi sesuatu maklumat
yang diperolehi hendaklah ditapis dan
disiasat dahulu. Ini kerana banyak
maklumat yang tersebar di facebook
berbentuk penipuan, provokasi dan
sebagainya. Islam mengajar kepada kita
supaya menyiasat dahulu sesuatu berita
yang diperolehi dan jangan cepat-cepat
mempercayai berita tersebut seperti
mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika
datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka periksalah dengan teliti
agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatanmu itu.
(Surah al-hujarat :6)
Trend sekarang ini ialah tagging
gambar tanpa izin dan gambar silam yang
membuka aurat. Ini boleh menambahkan
dosa kepada seseorang. Tagging atau
menandakan sesuatu gambar yang disiar
merupakan satu fungsi mudah untuk
menyebarluaskan gambar seseorang
termasuk diri sendiri kepada kenalan dan
rakan-rakan yang lain. Kita haruslah
sedar bahawa setiap gambar yang di’tag’,
akan muncul dan boleh dilihat oleh semua
friend, dan rakan kepada friend tersebut
juga boleh menontonnya. Ini boleh
menjadi dosa, kerana sebahagian individu
di dalam gambar terbabit mungkin
dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini
telah menutup aurat. Justeru penyebaran
gambarnya yang tidak menutup aurat
adalah haram di sisi agama. Sebagai
contoh yang lain, seorang individu
terbabit berada di dalam rumah, bersama
keluarga, justeru penutupan auratnya
tidak begitu sempurna kerana di dalam
rumah sendiri atau di dalam keadaan
‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan
sebahagian ahli keluarga terhadap hal
aurat menyebabkan gambarnya yang
sedemikian tersebar. Terdapat juga
gambar yang mengaibkan orang lain
disiarkan walaupun menutup aurat, tetapi
dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia
tidak mengaibkan individu yang
menyiarkannya kerana dia dalam
keadaan baik dan bagus. Namun rakannya
yang berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan
‘seseorang’ yang terhormat, punyai
kedudukan baik di mata masyarakat dan
apabila gambar sedemikian disiarkan, ia
mencemar nama baiknya. Keizinan
daripada pihak lain perlu diperolehi
terlebih dahulu sebelum disiarkan di
dalam facebook.Islam sangat melarang
kita membuka aib seseorang, jika kita
mengetahui seseorang itu pernah
melakukan dosa, jangan disebar luaskan
dosanya kepada orang lain. Di sana
terdapat adab-adab dalam bermasyarakat
(Sulaiman Endut m/s 317). Menutup aib
seseorang sangat dituntut oleh agama
sepertimana sabda nabi:
“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW,
dari Nabi SAW, yang bersabda :
“Barangsiapa yang melapangkan seorang
mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-
kesusahan dunia, nescaya Allah akan
melepaskan dirinya dari suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan
penderitaan seorang yang susah, nescaya
Allah akan meringankan penderitaan
dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban
seorang Muslim, nescaya Allah akan
menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah
selalu menolong hambaNya, selagi
hambaNya berusaha menolong
saudaranya. Barangsiapa yang menuju
satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya
Allah akan memudahkan suatu jalan
baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun
suatu kelompok manusia dalam suatu
rumah dari rumah-rumah Allah, mereka
membaca Kitabullah dan
mempelajarainya antara sesama mereka,
melainkan diturunkan ke atas
perhimpunan mereka ketenteraman,
diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para
Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa
yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan
oleh amalannya maka tidak akan
dipercepatkan oleh keturunannya.“
(Riwayat Muslim)
Sekiranya semua yang disebut tadi
dikongsi di facebook, kita bimbang
individu terbabit tergolong di dalam
kategori penyebar dosa dan aib. Nabi
s.a.w memberi peringatan :-
“Setiap umatku (boleh) diampunkan
kecuali mereka yang mendedahkan
(dosanya),ada di kalangan yang
mendedahkan ini , melakukan suatu dosa
di waktu malam, berpagi-pagi sedang
Allah menutup keaiban dosa itu, namun
tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata
:" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu
dan ini" maka terhapuslah tutupan
Tuhannya dan jadilah ia membuka
(rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup
keaibannya”.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Selain itu juga, mereka yang selalu
melayari facebook kebanyakannya akan
mengurangkan sosialisasi. Masa yang
dihabiskan untuk facebook adalah sangat
banyak. Apatah lagi, di dalam facebook
terdapat pelbagai jenis "games" yang
mampu melekakan mereka terutama
remaja. Apabila ini berlaku, remaja mula
kurang melakukan aktiviti sosial bersama
rakan-rakan sebaya, tidak berminat untuk
menghadiri kenduri, solat di masjid atau
majlis-majlis lain. Tambahan pula, ia juga
akan mengurangkan masa remaja
bersama keluarga. Para remaja lebih
cenderung duduk di rumah sambil
melayari facebook berbanding
mempunyai masa berkualiti bersama ahli
keluarga. Islam sangat mementingkan
penjagaan masa dalam kehidupan tetapi
ramai orang suka membuang masa
seperti mana firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala:-
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nashat menasihati supaya menetapi
kesabaran”.
(Surah Al-Asr :1-3)
Dan Rasulullah s.a.w sejak awal
lagi telah memberikan amaran kepada
kita mengenai pengabaian masa. Seperti
mana sabda Nabi:
“Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu
masa sihat dan masa lapang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Di samping itu, Islam sangat
menggalakkan kita berkenal-kenalan
sesama manusia dengan menjaga batas-
batas pergaulan seperti mana firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-
suku supaya kamu saling kenal-mengenal”.
(Surah Al-Hujarat :13 )
Setelah di perjelaskan tentang
keburukan facebook, di sana terdapat
peranan yang bermanfaat daripada
facebook yang boleh digunakan untuk
kebaikan umat Islam. Islam
menggalakkan kita berkenalan dan
berkomunikasi sesama manusia tetapi
dengan syarat perlu menjaga adab
pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Kelebihan facebook boleh menghubungi
teman lama yang terpisah.
Mempertemukan sahabat lama yang
terpisah. Kita boleh mencari kembali
rakan-rakan sekolah melalui jaringan
antara satu sama lain sambil berhubung
boleh mengenang kembali kisah lama.
Kisah manis, masin, pahit, tawar dan
sebagainya.Ini dapat mengeratkan lagi
silatulrahim dan tali persaudaraan
sesama Islam, mengikuti perkembangan
aktiviti kawan-kawan, masyarakat dan
pemimpin.Ini bertepatan dengan hadis
nabi:
“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a,
khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda
Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang
kamu, sehinggalah ia mencintai
saudaranya sama seperti ia menyintai
dirinya sendiri”.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sekiranya sahabat bermesej,
jawablah pesan dari teman anda jika
mereka menanyakan sesuatu. Abaikan
saja jika ada yang mengirimkan pesanan
negatif dan jangan membuang waktu
anda dengan melayani orang tersebut.
Sama sahaja di dunia nyata mahupun
dunia maya juga dalam bersilaturahim
untuk teman atau saudara, walau sekadar
bercakap-cakap, Islam sebagai agama
yang sempurna mengajarkan adab
bertemu iaitu “mengucapkan salam”.
Adab memberi salam dan bertanya
khabar (Ismail Kamus). Dengan
mengucapkan salam bererti anda
mendoakan semoga sahabat atau tuan
rumah memperolehi keberkatan dan
keselamatan, sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kalian memasuki rumah yang
bukan rumah kalian sebelum meminta izin
dan memberi salam kepada penghuninya”.
(Surat An-Nur ayat 27)
Di samping itu juga boleh
membantu untuk mempromosikan
sesuatu. Melalui laman sosial, entri
terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-
rakan di laman sosial. Barangan,
perkhidmatan, ceramah, seminar, majlis-
majlis ilmu, kempen-kempen yang baik
dapat disebarkan. Misalnya kempen
jalanraya, ceramah maulidurasul dan
sebagainya. Jelas di situ bahawa facebook
mudah menyebarkan maklumat. Sebagai
contoh, di waktu dulu ketika ingin
melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-
masing. Tapi kini dengan kecanggihan
laman sosial, kad kahwin boleh di
letakkan di sana dan dimaklumkan
kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah
juga dapat disebarkan dalam usaha
membanteras jenayah. Kalau kita bijak
mencari kawan facebook yang sesuai, kita
akan mendapat maklumat terkini dengan
cepat. Ada rakan-rakan yang rajin
berkongsi berita dan maklumat untuk
dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman
sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui berita terkini. Peristiwa
terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu
dalam bidang perubatan, teknologi,
agama dan sebagainya juga dapat
disebarkan. Seseorang itu boleh
memanupulasi akaun facebook untuk
manfaat umat Islam melebihi kepentingan
peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar
digunakan untuk mempromosi
kefahaman dan dakwah Islam melalui
tulisan, video, audio dan
sebagainya.Seperti mana hadis nabi :-
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu
ayat”
(HR. Bukhari)
Sebagai pengguna facebook, kita
hendaklah menghargai tulisan ilmiah,
audio dan video yang bermanfaat yang
dikongsikan bersama. Mungkin dengan
membaca atau mendengar video yang
dikongsikan ini menambahkan lagi iman
dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita
kepada Allah. Selain itu ia boleh berubah
seseorang daripada kurang baik kepada
lebih baik dengan membaca tulisan
tersebut. Sepertimana firman Allah :
“Kami (Allah) mencatat apa-apa yang
telah mereka lakukan dahulu-dahulu dan
apa-apa yang merupakan bekas dari
amalan-amalannya itu”
(Yaa Siin Ayat 12)
“Akan diberitahukanlah kepada manusia
pada hari kiamat itu apa-apa saja amalan
yang dilakukannya dahulu atau
belakangan”
(Al-Qiyamah Ayat 13)
Setiap amalan berbentuk kata-kata
yang baik, percakapan yang elok,
penulisan yang bermanfaat dianggap
sedaqah di dalam Islam. Sepertimana
hadis nabi :
"Setiap anggota manusia harus membuat
sedekah setiap hari apabila matahari
terbit. Engkau mendamaikan antara dua
orang adalah sedekah. Dan engkau
menolong sesaorang menaiki
tunggangannya atau pun engkau
menolong mengangkat baginya barang-
barang ke atas tunggangnya adalah
sedekah, dan perkataan yang baik itu
sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah
menuju ke tempat sembahyang adalah
sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya
dari jalan laluan juga menjadi sedekah”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Pengguna facebook dinasihatkan
agar mengurangkan perkara-perkara
yang remeh temeh berkaitan peribadi
yang membuang masa diri dan orang lain.
Tidak memasukkan perincian peribadi
yang sensitif khususnya seperti akaun
bank, taraf kesihatan dan sebagainya.
Cukuplah dengan sekadar menyatakan
nama, tarikh lahir dan pendidikan. Di
samping itu juga,pengguna tidak terlibat
dengan permainan-permainan dan
aplikasi yang bercanggah dengan Islam
seperti kuiz ramalan nasib,judi dan
sebagainya. Diingatkan juga supaya
berhati-hati dan menyedari bahawa
maklumat kita di facebook boleh menjadi
database pihak asing atau musuh kita
untuk memantau kehidupan dan
informasi peribadi kita jika tidak dikawal.
Database sebegini sebenarnya amat
bernilai bagi musuh Islam untuk
menjatuhkan umat islam. Justeru,
maklumat sebegini amat banyak
digunakan untuk sebarang tujuan
kejahatan dan kemaksiatan.
Pada kesimpulannya, facebook
sebenarnya dapat memberikan banyak
kebaikan kepada setiap individu
sekiranya digunakan dengan betul akan
tetapi kebanyakannya tidak
memanfaatkan kemudahan seperti ini
dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada
di antara mereka yang salah guna
sehingga mencetuskan kontroversi dan
perbalahan sesame sendiri. Oleh itu,
penggunaan facebook ini adalah
berdasarkan kepada niat seseorang. Jika
niat seseorang perbuatan itu baik maka
baiklah atau sebaliknya. Sepertimana
hadis nabi :-
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab
r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda : - ' Sesungguhnya amalan-
amalan itu adalah (bergantung) kepada
niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia
itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka
barangsiapa yang berhijrah kepada Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah
kepada Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa yang berhijrah kerana dunia
yang ingin ia memperolehinya atau kerana
seorang perempuan yang ingin ia
menikahinya, maka hijrahnya itu adalah
atas apa yang ia berhijrah kerananya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Justeru itu, kematangan berfikir
seseorang sangat penting bagi yang
menggunakan laman web sosial untuk
menilai kebaikan dan keburukan setiap
aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa
yang penting ialah semua pihak perlu
berhati-hati, cermat dan
bertanggungjawab ke atas segala
maklumat yang ingin dikongsikan dan
disebarkan agar ia tidak membawa padah
kepada diri SENDIRI dan orang lain.
Recommended