View
56
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI,
JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES
TANG CHIEW HA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19;16 (Ptnd.lD?)
CATATAN: * Potongyangtidakberkenean
*' fika tesir ini SULIT atau TERHAI), sita lanpirkan surat drripadr pihak berkuese /
organisasi herken*an dengan menyrtakan sekali sebrb den tenrpoh tesis ini perlu
dilrclnskan sebegei SULIT atau TERHAD.
<) t$is dimaksudkan sebagsi t€sis ljarah Doldor Fnlsafeh dan Sarjana drn Sarjane
reura penyelidikan , atau disertasi bagi pcngaiian sec*ra kerja kurrus dan
penyelidikan, atau Laporan Sarjana Mude (PSM).
BORANG PENGESAI{AN STATI'S TEStr }
JUDUL : fAIffpR-rAI{Tp.R YANG ME$TENSSR, Uq ryESLAIilANB,rr,r,rpIs,pI{qIrAHlr{FrNqNc,asI(DBANc-.s$.+l{p4r}pAlp.I sEsrT+s, s{up"A'I. Jpqq* qAFRU. srtTu K4.JIAI!{ Kpq
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
saya TAlsc,QH"IElv HA(flURUT'�BESAR)
mengaku mernbenarkan tesis (PSM / Sarjma / Doktor Fatsafah) * ini disimpm diPerpustaham Universiti Teknologi Malaysia de,ngur syarat-syarat kegunaan s€eerti berikut:
l. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpusmkaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujum
pongajiar sahaja3. PerpusUkaar dibenakm mernbuat salinan tesis ini sebagai bahar pertukaran ailtara
instihsi pe,rgajian tinggi.4. ** Silatmdakan({ )
(Mengandrmgi maklurnat yang berdarjah keselmstm ataukepentingan Malaysia sep€rti terssktub di dalamAKTA RAITSIA RASMI 1972)
(Megandungi maklumm TtrRHaD yang telah dite,ntukanoleh organisasi I badan di mana penyelidikan dijalenkan)
TERHAD
TIDAKTERHAD
I? n t r
( W W' GAITDATANGAN PENULTS)
Alamat Tetap: P.O.BOX 462,
95108 SARIKEISARAWAK.
t , t
Tmikh: YLlct{(bb
z-\ tDisahkan {q ) ,lr^.-//(TANDAT4NGAN pENYELTA)
MOHD RTZAL BIN MOHDSAID
Naura Peuyeliat /
Tmikh: ?'4 | L+ lot
fr
o'$�sys akui bahawn saya tslah membrca karya ini dan @ pnngngan srya karys ini
adal* mmdai dari segr skop dsn kwliti rmfi* fiaiuru pengmrqsrabn ijq"ffh
$mjum Muda Tfulogi $erta Pedid*km {Kem&iran Hidup}".
Tanda&ngm
Narm Penyelia
Tsri*tu -: En. Mohd
7-{
..$**>-
jz-".r;xB.."';.-t=;1*--
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI DI SEKITAR SKUDAI,
JOHOR BAHRU. SATU KAJIAN KES
TANG CHIEW HA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ll
rri
€iSaya slsi knry$ ini adalsh he*il kerjr sflyt s€ndiri hcuali nukilen d*n
ringkaran yflng tinftiap sntunya tclah *aye jelnskan sumbernya.'
I
Tanderangan , .....,ff..%,.or...!,rair.r,i...n
Nam* Fennlis :TANG CHIIWHA
Terihh ,.fr1.0.31*,.td.r..r......,...*d.
iii
DEDIKASI
Ditujukan Khas Untuk:
1. En. Mohd Rizal Bin Mohd Said
2. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
3. 78 orang Responden Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai
Tidak Ketinggalan:
Untuk ayah dan bonda yang tercinta dan terhormat.
Untuk satu-satunya abang yang tersayang dan tercinta.
Terima Kasih Di Atas Sokongan, Galakan Dan Bantuan Yang Dicurahkan.
“Semoga Menikmati Kejayaan Bersama”
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera saya ucapkan. Adalah satu kebangggaan dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda saya bagi sesi 2005 / 2006 di Universiti Teknologi Malaysia.
Segala halangan dan cabaran yang timbul dalam proses perancangan, penyediaan,
penulisan dan penghasilan tesis telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran,
ketekunan dan keazaman yang tinggi.
Saya berasa terhutang budi sekali terutamanya kepada pensyarah bimbingan
saya, En. Mohd Rizal Bin Mohd Said dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Beliau telah bersama saya mengharungi semua
proses penyiapan projek sarjana muda dengan penuh dedikasi, sabar dan tekun. Di
atas bimbingan beliau yang penuh professional, teguran beliau yang penuh
kesabaran, bantuan yang penuh ikhlas dan curahan ilmu pengetahuan beliau telah
membantu menjayakan Projek Sarjana Muda saya yang berjudul Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai di Sekitar
Skudai, Johor Bahru. Satu kajian kes. Sehubungan ini, dengan penuh keikhlasan,
ingin saya merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ucapan terima kasih
kepada En. Mohd Rizal Bin Mohd Said.
Di samping itu juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan saya kepada kedua-dua ibu bapa yang tercinta dan abang yang
tersayang. Atas galakan, nasihat dan dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian
sarjana muda ini dengan jayanya. Sokongan moral dan bantuan kewangan yang
berterusan amatlah dihargai dan diingati buat selama-lamanya. Tanpa sokongan dari
keluarga, pastinya saya tidak dapat menyiapkan kajian dan penulisan tepat pada
masanya. Semua cabaran dan halangan diharungi dengan sabar dan cekal atas
v
sokongan moral dari keluarga. Terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa dan abang
yang tersayang.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang turut
menghulurkan bantuan baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Projek Sarjana Muda saya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang
berkaitan dalam membantu saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih sekali lagi.
vi
ABSTRAK
Masalah buli di kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh
masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Skudai, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan set soal selidik sebagai
instrumen kajian dan melibatan seramai 78 orang responden. Kajian rintis telah
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
terhadap 10 orang responden dan Nilai Alpha Cronbach adalah 0.8865. Data-data
yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
for the Social Science) Version 11.5. Kaedah persampelan yang digunakan adalah
sampel bertujuan. Hasil kajian menunjukkan faktor persekolahan merupakan faktor
pelajar membuli di sekolah. Bagi membendung masalah ini, penyelidik
mencadangkan agar semua pihak bekerjasama dalam membendung masalah
perlakuan buli ini. Diharap kajian ini dapat menjadi satu panduan dan dapat
memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti masa kelak.
vii
ABSTRACT
Bullying among secondary school students become a hot issue discussed by
society. This study is done in order to identify the factors which influence the bully
problems among the student of Skudai Secondary School, Johor Bahru. Set of
questionaires was constructed as the studying instrument for 78 respondents. The
reliability value of 0.8865 was the result for the pilot test which was conducted at
Taman Kota Jaya Secondary School at Kota Tinggi with 10 respondents. The
findings of the study was processed with SPSS (Statistical Package for the Social
Science) Version 11.5 program. Analysis shows that schools factor influence on
students bully problems. All parties are suggested to work together to overcome
further serious bully problems. Hopefully, this survey will give a guideline and
information for the school, and the Ministry of Education in producing quality
students in the future.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv-v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii-xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xi
PENDAHULUAN
BAHAGIAN SATU
BAB I PENGENALAN 1-11
1.1 Pengenalan 1-5
1.2 Latar Belakang Masalah 5-6
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7-8
1.6 Kepentingan Kajian 8-9
1.6.1 Pihak Sekolah
1.6.2 Pihak Guru
ix
1.6.3 Pelajar
1.6.4 Penyelidik
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah / Terminologi Istilah 10-11
1.8.1 Faktor
1.8.2 Mempengaruhi
1.8.3 Perlakuan
1.8.4 Buli
1.9 Kesimpulan 11
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN 12-37
2.1 Pengenalan 12-15
2.2 Faktor Diri Pelajar 15-18
2.3 Faktor Keluarga 18-23
2.4 Faktor Persekitaran 23-26
2.4.1 Masyarakat 26-29
2.4.2 Rakan Sebaya 29-31
2.5 Faktor Persekolahan 31-33
2.5.1 Guru-guru Sekolah 34-36
2.5.2 Peraturan Sekolah 36-37
2.6 Kesimpulan 37
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI 39-47
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39-40
x
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Sampel Kajian 40-41
3.5 Instrumen Kajian 41-42
3.6 Kaedah Pemarkatan 43
3.7 Kajian Rintis 43-44
3.7.1 Kebolehpercayaan 44
3.7.2 Kesahan Soal Selidik 45
3.8 Analisis Data 45
3.9 Prosedur dan Tatacara Kajian 46
3.10 Kesimpulan 47
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA 48-72
4.1 Pengenalan 48
4.2 Keputusan Analisis Data 48
4.2.1 Latar Belakang Responden 49-52
4.2.2 Pengalaman Perlakuan Membuli Atau
Dibuli Di Kalangan Pelajar 52-54
4.2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Kelakuan Membuli 54-70
4.2.3.1 Persoalan Kajian 1:
Adakah faktor diri pelajar
menjadi punca kelakuan buli
di kalangan pelajar? 55-58
4.2.3.2 Persoalan Kajian 2:
Adakah faktor keluarga
mempengaruhi pelajar terlibat
dalam kegiatan buli? 59-62
xi
4.2.3.3 Persoalan Kajian 3:
Adakah faktor persekitaran
menyumbang kepada berlakunya
gejala buli di kalangan pelajar? 63-66
4.2.3.4 Persoalan Kajian 4:
Adakah faktor persekolahan
menyebabkan pelajar terlibat
dalam perbuatan buli? 67-70
4.2.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 71-72
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 73-90
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1
Peranan Pelajar 74-75
5.3 Perbincangan Persoalan Kaiian 2
Peranan Ibu Bapa 76-77
5.4 Perbincangan Persoalan Kaiian 3
Peranan Persekitaran 78-80
5.5 Perbincangan Persoalan Kaiian 4
Peranan Persekolahan 80-82
5.6 Cadangan 82-90
5.6.1 Pelajar 83
5.6.2 Ibu Bapa 84-85
5.6.3 Masyarakat 85-86
5.6.4 Pihak Sekolah 87-89
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 89-90
5.8 Kesimpulan 90
xii
BAHAGIAN ENAM
SENARAI RUJUKAN 91
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 98
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengelasan Item 42
3.2 Skala Likert 43
4.1 Taburan Tingkatan Responden Mengikut
Frekuensi Dan Peratus 49
4.2 Taburan Umur Responden Mengikut
Frekuensi Dan Peratus 49
4.3 Taburan Jantina Responden Mengikut
Frekuensi Dan Peratus 50
4.4 Taburan Bangsa Responden Mengikut
Frekuensi Dan Peratus 50
4.5 Taburan Jumlah Adik-beradik Termasuk
Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus 50
4.6 Taburan Status Bekerja Bapa Responden
Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51
4.7 Taburan Status Bekerja Ibu Responden
Mengikut Frekuensi Dan Peratus 51
4.8 Taburan Anggaran Pendapatan Bulanan Keluarga
Mengikut Frekuensi Dan Peratus 52
4.9 Pengalaman Perlakuan Membuli Atau Dibuli 53
4.10 Peranan Diri Sendiri Di Dalam Pembentukan
Kelakuan Pelajar 55
4.11 Peranan Ibu Bapa Di Dalam Pembentukan
Kelakuan Pelajar 59
4.12 Peranan Masyarakat Dalam Pembentukan
Kelakuan Pelajar 63
xiv
4.13 Peranan Guru Di Dalam Pembentukan
Kelakuan Pelajar 67
4.14 Taburan Peratusan Responden Secara
Keseluruhan Persoalan Kajian 71
xv
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk Muka Surat
4.1 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor
Diri Pelajar Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli
Di Kalangan Pelajar 58
4.2 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor
Keluarga Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli
Di Kalangan Pelajar 62
4.3 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor
Persekitaran Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli
Di Kalangan Pelajar 66
4.4 Taburan Peratusan Responden Terhadap Faktor
Persekolahan Yang Menjadi Punca Kelakuan Buli
Di Kalangan Pelajar 70
4.5 Taburan Responden Secara Keseluruhan
Persoalan Kajian 72
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada nilai
dan warisan budaya masyarakat iaitu ia dikaitkan dengan fungsi pembudayaan atau
sosialisasi pendidikan (Robiah, 1990). Ini adalah untuk menjadikan mereka
warganegara yang baik dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.
Sistem pendidikan di Malaysia mula mengorak langkah ke arah pendidikan
yang berterusan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Usaha ini adalah bagi menanam,
melahirkan dan mempertingkatkan nilai moral individu di samping
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara
(Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2003). Pendidikan secara keseluruhanya
ialah suatu yang membentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses sosial ini
membolehkan seseorang individu memperolehi keyakinan dan pertumbuhan kendiri,
melalui satu keadaan yang terpilih dan dikawal serta diinstitusikan oleh masyarakat
atau negara. Sistem pendidikan sesebuah negara ialah kegiatan yang dijalankan
secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani dengan
tujuan untuk melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan
yang sempurna (Mohamad Najib, 2004).
2
Dalam senario pendidikan sekarang terdapat pelbagai masalah disiplin yang
tidak terkawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti masalah tingkah laku
antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di kawasan sekolah (Fortin, L.,
2003). Masalah ini semakin berleluasa dan meningkat ke tahap yang
membimbangkan berikutan dengan beberapa kes buli sejak kebelakangan ini.
Akhbar-akhbar tempatan turut memaparkan pelbagai kes mengenai kemerosotan
akhlak di kalangan pelajar.
Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, mengalami kecederaan parah
di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima seniornya di asrama
sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Kemudian pada 8 Ogos, seorang
pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Bukit Besi, Dungun,
Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya
hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita Harian, 23 Ogos 2005).
Diikuti dengan kes Shahrul Fazrmee Salleh A Suhaimi yang mengalami
kecederaan di kaki, belakang badan dan kepalanya akibat dibelasah oleh sekumpulan
pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Maahad Muar,
Johor pada 26 Julai yang lalu. Kira-kira seminggu sebelum itu, seorang pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Jalan Changkak Jong,
Perak, juga dibelasah oleh 10 pelajar senior asrama sekolah itu menyebabkan
mangsa, yang berusia 16 tahun, patah tangan kanan, lebam badan dan muka (Berita
Harian, 23 Ogos 2005).
Kemudiannya diikuti dengan kes Mohd Hafizi Jumhari yang mengalami
kecederaan parah sehingga salah satu buah pinggangnya terpaksa dibuang akibat
dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,
Johor Bahru pada Ogos 2003. Kes kematian adik Mohammad Farid Ibrahim akibat
pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul serta dipijak oleh lapan pelajar
tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor,Negeri
Sembilan telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia. Lebih setahun selepas
kematian Muhammad Farid, sekali lagi masyarakat digemparkan dengan kejadian
yang menimpa ke atas Muhammad Afiq Baharuddin yang hanya berumur tiga belas
3
tahun. Kejadian ini berlaku pada April dan Mei lalu di Sekolah Menengah Agama
Padang Tengku (SMAPT) di Kuala Lipis, Pahang. Muhammad Afiq dibelasah,
dipijak belakang badan dengan but kadet polis dan kepalanya dihentak ke almari
pada pertengahan April dan awal Mei lalu. Muhammad Farid dan Muhammad Afiq
masing-masing berkongsi nasib buruk, kedua-dua pelajar merupakan mangsa buli
pelajar senior di asrama (Berita Harian, 31 Julai 2005).
Sebelum kejadian yang membabitkan Mohd Afiq, seorang pelajar tingkatan
dua sekolah itu, Badri Zainal Ali telah ditampar oleh pelajar senior sehingga dia
hampir mengalami risiko pekak. Kes buli ini telah mendapat perhatian Duli Yang
Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri
Hishammuddin Tun Hussein turun padang untuk mengetahui situasi yang berlaku.
Jelas di sini bahawa kes buli ini amat dipandang serius dan sudah pasti mereka yang
bersalah akan dihadapkan ke muka keadilan (Berita Harian, 31 Julai 2005).
Menurut Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2000, secara
keseluruhannya kadar Jenayah Indeks yang dicatatkan adalah sebanyak 167,173 kes
berbanding 169.115 kes pada tahun 1999 (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia
2000, hlm 10-13). Ini menunjukkan Jenayah Kekerasan meningkat sebanyak 447 kes
atau 2.11% iaitu daripada 21,157 kes pada tahun 1999 kepada 21,604 kes pada tahun
2000. Seramai 5,829 orang juvana telah ditangkap kerana melakukan berbagai
kesalahan jenayah berbanding tahun 1999 seramai 6,538 orang. Bangsa Melayu
merupakan yang paling tinggi iaitu lelaki 61.8% dan perempuan 0.9% manakala
bangsa Cina, lelaki 16.1% dan perempuan 0.33%. Bagi bangsa India pula, lelaki
dengan peratusnya sebanyak 12.8% dan perempuan 0.1% (Laporan Tahunan Polis
Diraja Malaysia 2000, hlm 10-13).
Menurut Perangkaan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) pula, kes baru
juvana di Johor dengan jumlah kesnya sebanyak 558 kes iaitu kedua tertinggi selepas
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah kes juvana sebanyak 581 kes.
Kes juvana yang bersabit dengan orang mencatat jumlah kes sebanyak 532 kes.
Statistik Penjara dalam Jabatan Penjara Malaysia (1996) pula mencatatkan sebanyak
3,056 (11.04%) banduan sabitan berusia kurang daripada 21 tahun.
4
Robiah (1994) mengatakan bahawa pendidikan bermutu sudah banyak
diperkatakan oleh para pemimpin, golongan pendidikan dan rakyat umum. Laporan
Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1974, dikatakan laporan untuk memperbaiki
mutu dan kualiti pendidikan dan pengurusannya. Terdapat banyak syor-syor
ditujukan untuk memperbaiki kurikulum, disiplin, pengurusan sekolah dan lain-lain.
Sungguhpun langkah-langkah untuk memenuhi saranan laporan itu berjalan dengan
lancar, namun isu-isu berkaitan dengan mutu pendidikan masih lagi dibangkitkan
satu demi satu. Ini membayangkan bahawa aspek kualiti itu merupakan sesuatu yang
tidak tetap, relatif, dan wujud setiap masa. Fenomena ini amat bertentangan dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang
benar-benar berkualiti dan berguna untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 Julai 2005). Sikap agresif yang berterusan
boleh mendorong seseorang pelajar itu melakukan perbuatan membuli. Kebanyakan
kes buli ini dikatakan berpunca daripada sikap remaja sendiri yang terlalu mengikut
gelodak jiwa, yang seiring dianggap suka memberontak, tinggi sifat ingin tahu
sehinggakan membelakangkan peraturan.
Unit keluarga merupakan institusi utama dalam masyarakat dan ianya
memainkan peranan penting dalam menyediakan keperluan sosial, ekonomi dan
kebajikan individu. Ia juga merupakan institusi yang memberi perlindungan dari
segi ekonomi, sosial dan fizikal (Unit Perancangan Ekonomi, 1999). Olwes (1978)
dalam Besag, (1989) mengatakan bahawa antara faktor-faktor pelajar membuli,
faktor keluarga merupakan faktor yang paling signifikan. Mitcel dan O’Moore
(1988) dalam Besag, (1989) mendapati satu pertiga daripada mereka yang terlibat
dalam buli sama ada mangsa buli atau pembuli, masing-masing mempunyai latar
belakang keluarga yang bermasalah.
Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya perlakuan buli.
Kajian Dr Noran Fauziah Yaakub dalam Muhammad Hisyam (2005) yang bertajuk
“Memahami faktor-faktor tingkah laku buli di kalangan murid sekolah rendah”
mendapati ada pembuli yang tidak mempunyai prestasi akademik yang baik. Faktor
utama ialah kerana pembuli berasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara
lisan dan juga fizikal. Sesetengah pembuli menganggap perbuatan mengganggu
5
orang lain sebagai hobi di samping punca lain yang bersifat perasaan seperti benci,
marah dan mahu membalas dendam terhadap mangsa (Muhammad Hisyam, 2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Mohd Salleh (1998) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi
pendidikan yang berbentuk formal di mana ia membentuk pemikiran, tingkahlaku
dan sikap para pelajar bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental
mahupun rohani. Menurutnya lagi, semenjak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dilancarkan pada tahun 1989, beberapa unit di bawahnya termasuk sekolah telah
diarah untuk melaksanakan matlamat tertentu. Antara ciri dan matlamat yang
ditekankan oleh pihak sekolah ialah dari segi pencapaian akademik dan pembentuk
akhlak mulia.
Memandangkan pendidikan memainkan peranan yang penting, Kementerian
Pendidikan berusaha menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh,
dan mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting
adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan individu untuk
meninggikan lagi kemampuan supaya menjadi anggota masyarakat yang berkualiti.
Namun begitu, masih terdapat kalangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku
dan disiplin. Masalah salah laku dan disiplin pelajar semakin menular dan susah
untuk dikawal dan boleh dianggap serius oleh Kementerian Pendidikan. Jika ia
dibiarkan menular, ia pasti akan terus meracuni generasi muda kita. Ini akan
menyebabkan pihak sekolah gagal melaksanakan aktiviti hariannya seperti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada
masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan
sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar. Konflik jiwa, pemberontakan
batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikan
akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti
6
mencederakan rakan-rakan, membuli dan sebagainya (Utusan Malaysia, 12 Julai
2002).
Jika dilihat dari laporan dan berita yang dipaparkan, masalah buli ini
bukanlah masalah yang baru, ia telah wujud sejak beberapa abad yang lalu dan baru
saja dikenalpasti sebagai masalah oleh seluruh dunia (Camodeca & Goossens, 2005).
Walaupun program pencegahan dilakukan, namun isu ini masih menjadi masalah
yang signifikan di sekolah (Rigby, 1997).
Menurut Demko (1996), tindakan buli ini akan mengakibatkan masalah
kesihatan mental di mana ia akan mempengaruhi kehidupan mangsa buli walaupun
telah tamat persekolahannya. Keputusan akademik turut akan terjejas berikutan
dengan gangguan mental dan fizikal akibat perbuatan buli. Sekiranya masalah buli
ini tidak dibendung, pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan
negara.
Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata
sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau
pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan
bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau
kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya
menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar
untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita
adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kelakuan buli di kalangan pelajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif-objektif umum kajian ini ialah untuk:
(i) Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar menjadi punca utama
perlakuan membuli pelajar di sekolah.
(ii) Untuk mengenalpasti sama ada faktor keluarga menjadi punca utama
perlakuan membuli pelajar di sekolah.
(iii) Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekitaran menjadi punca utama
perlakuan membuli pelajar di sekolah.
(iv) Untuk mengenalpasti sama ada faktor persekolahan menjadi punca utama
perlakuan membuli pelajar di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek penyumbang ke arah
kelakuan buli di kalangan pelajar.
1.5.1 Adakah faktor diri pelajar menjadi punca kelakuan membuli di kalangan
pelajar?
1.5.2 Adakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan
membuli?
1.5.3 Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada berlakunya gejala membuli
di kalangan pelajar?
8
1.5.4 Adakah faktor persekolahan menyebabkan pelajar terlibat dalam perbuatan
membuli?
Recommended