View
224
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAMPUAN USAHAWAN
BUMIPUTERA MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN DI BAGAN SERAI,
PERAK
BASARUDIN BIN AZIZ
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w.b.t
Di ruangan ini, Ku tujukan khas buat……………
Ayahanda dan Bonda
Terima kasih atas doa dan sokongan
Isteri dan Anakku
Faridah Binti Mohammad Amin
Muhammad Muaz
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada kalian di masa hadapan
Sesungguhnya Kejayaanku Bukan Untukku Sahaja…….
Untuk Kita Kongsi Bersama……….
Terima kasih…….
“Semoga ALLAH memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
dan syukur kupanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Agung, yang telah memberiku
kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan ribuan terima kasih kepada Profesor Dr. Muhammad Rashid bin Haji Rajudin
selaku penyelia projek di atas usahanya memberi bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat
dan idea yang membina sepanjang menyiapkan projek ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Tuan Haji Kandar bin
Selamat selaku pensyarah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM yang
telah memberi idea dan pandangan yang berguna dalam kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pegawai Majlis Daerah Kerian dan para
usahawan di atas kerjasama yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada
kakitangan Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru.
Penghargaan istimewa buat keluarga khasnya isteriku di atas kesabaran,
pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan dan
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Yang benar,
Basarudin bin Aziz
v
ABSTRAK
Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi
sesebuah masyarakat dan negara. Tujuan kajian ini dijalankan adalah mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan usahawan bumiputera mengembangkan
perniagaan di Bagan Serai, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor ilmu
pengetahuan, sikap, etika perniagaan, persaingan dan modal dalam mempengaruhi
usahawan bumiputera untuk mengembangkan perniagaan di sekitar kawasan bandar.
Kajian ini ke atas 40 orang. responden. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan
adalah soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A adalah latar
belakang responden dan bahagian B adalah menjawab persoalan kajian. Hasil soal
selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.0. Hasil
kajian mendapati faktor sikap dan etika perniagaan berada di tahap yang tinggi dalam
mempengaruhi usahawan bumiputera mengembangkan perniagaan diikuti dengan
faktor ilmu pengetahuan, persaingan dan modal. Walau bagaimanapun sikap
merupakan faktor yang paling mempengaruhi dengan min 4.098. Didapati usahawan
ini mempunyai ciri-ciri keusahawanan namun mereka masih mempunyai kelemahan
dalam perniagaan dan perlu membuat penambahbaikan agar mencapai ke peringkat
kelas menengah.
vi
ABSTRACT
Entreprenuers are identified as the promoter to the development of the
economy in a society or country. The objective of this research was to identify the
factors that motivates local entrepreneurs to expend their bussinesses in Bagan Serai.
The factors taken into cosideration were knowledge, attitudes, business ethics,
competitions and business capital used entreprenuers to expand their business Forty
respondents were involved in this study. The instruments used were questionnaires
which were divided in two sections. Section A comprised of demographic items and
section B comprised of items related to the five strenghts identified above. The
Statistical Package For Social Science (SPSS) ver.11.0 was used to analyse the data.
The result of the study showed that the attitude and business ethic were the highest
level, followed by knowledge, competitions, and business capital which were in the
medium level. Attitude, however was the most influenced factor to the entreprenuers
to expand their business, with mean score 4.098. Finding showed that the
correspondence had the entrepreneurs characteristic, but at the same time they also had
a few weaknesses, which they had to improve in order to be at the medium level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 10
1.8.1 Keusahawanan 10
1.8.2 Usahawan Bumiputera 10
1.8.3 Peniaga Kecil Bumiputera 11
1.8.4 Kemampuan 11
1.8.5 Mengembangkan 11
1.8.6 Gerai 12
1.8.7 Pengetahuan 12
1.8.8 Sikap 12
1.8.9 Persaingan 12
1.8.10 Etika 13
1.8.11 Modal 13
BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Usahawan dan Keusahawanan 15
2.3 Pengetahuan Keusahawanan 18
2.4 Sikap 21
2.5 Etika Pengurusan Perniagaan 26
2.6 Persaingan 28
2.7 Modal 30
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Kandungan soal selidik 34
3.4.1.1 Bahagian A 34
3.4.1.1 Bahagian B 35
3.4.2 Kesahan Kandungan Soal Selidik 36
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Kerangka Kerja Operasi 39
3.7 Analisis Data 41
3.8 Andaian 44
3.9 Batasan Kajian 44
BAB IV ANALISIS DATA 45
4.1 Pengenalan 45
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 46
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut 46
Jantina
4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut 47
Umur
4.2.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut 48
Status Perkahwinan
4.2.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut 48
Taraf Pendidikan
x
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut 49
Pengalaman Berniaga
4.2.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut 50
Jenis Hak Milik Perniagaan
4.2.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut 50
Jenis Perniagaan Gerai
4.2.8 Taburan Peratusan Responden Mengikut 51
Modal Memulakan Perniagaan
4.2.9 Taburan Peratusan Responden Mengikut 52
Modal Pusingan Perniagaan Sekarang
4.2.10 Taburan Peratusan Responden Mengikut 53
Keuntungan Awal Memulakan
Perniagaan
4.2.11 Taburan Peratusan Responden Keuntungan 54
Perniagaan Sekarang
4.2.12 Taburan Peratusan Responden Mengikut 55
Bilangan Pekerja Semasa Memulakan
Perniagaan
4.2.13 Taburan Peratusan Responden Mengikut 55
Bilangan Pekerja Sekarang
4.2.14 Taburan Peratusan Responden Mengikut 56
Bilangan Cawangan Perniagaan
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 57
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 57
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 60
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 62
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 64
4.3.5 Persoalan Kajian Kelima 67
4.4 Keputusan Dan Analisis Keseluruhan 70
xi
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 71
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan Kajian 72
5.2.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 72
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 73
5.3 Perbincangan 75
5.3.1 Perbincangan Faktor Demografi 76
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 78
5.3.2.1 Faktor Ilmu Pengetahuan 78
5.3.2.2 Faktor Sikap 82
5.3.2.3 Faktor Etika Perniagaan 85
5.3.2.4 Faktor Persaingan 86
5.3.2.4 Faktor Modal 88
5.4 Kesimpulan 91
5.5 Cadangan 92
i. Usahawan Bumiputera 92
ii. Majlis Daerah Kerian (MDK) 93
iii. Institusi Kewangan 93
iv. Peranan Agensi Kerajaan 93
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.7 Penutup 95
BIBLIOGRAFI 96
LAMPIRAN 104
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pengisian Perniagaan Gerai Mengikut 6
Etnik Di Bagan Serai
3.1 Taburan Populasi Mengikut Kawasan 33
Di Kawasan Bagan Serai
3.2 Skala 5 Pemeringkatan 35
3.3 Bilangan Item Persoalan Mengikut Persoalan 36
Kajian
3.4 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Setiap 38
Persoalan Kajian
3.5 Penggunaan Statistik Bagi Setiap Persoalan 41
Kajian
3.6 Perubahan Skala 5 Pemeringkatan 42
3.7 Tahap Penilaian Min 42
3.8 Perubahan Markat dan Skala 43
4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut 46
Jantina
4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 47
4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Status 48
Perkahwinan
4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Taraf 48
Pendidikan
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut 49
Pengalaman Berniaga
4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis 50
Hak Milik Perniagaan
4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis 50
xiii
Perniagaan Gerai
4.8 Taburan Peratusan Responden Mengikut Modal 51
Memulakan Perniagaan
4.9 Taburan Peratusan Responden Mengikut Modal 52
Pusingan Perniagaan Sekarang
4.10 Taburan Peratusan Reponden Mengikut Keuntungan 53
Awal Memulakan Perniagaan
4.11 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keuntungan 54
Perniagaan Sekarang
4.12 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bilangan 55
Pekerja Semasa Memulakan Perniagaan
4.13 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bilangan 55
Pekerja Sekarang
4.14 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bilangan 56
Cawangan Perniagaan
4.15 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden 59
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Ilmu Pengetahuan
4.16 Analisis Kekerapan, Peratusan, dan Min Responden 61
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Sikap
4.17 Analisis Kekerapan, Peratusan, dan Min Responden 63
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Etika Perniagaan
4.18 Analisis Kekerapan, Peratusan, dan Min Responden 66
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Persaingan
4.19 Analisis Kekerapan, Peratusan, dan Min Responden 69
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Modal
4.20 Analisis Keseluruhan Min Responden Yang 70
Menjawab Persoalan Kajian
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kerangka Kerja Operasi 40
3.2 Bagaimana Usahawan Boleh Dibangunkan 81
SENARAI SINGKATAN
BBMP - Bank Pembangunan Malaysia Berhad
ICT - Majlis Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IKN - Institut Keusahawanan Negara
INMIND - Institut Perkembangan Minda
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
MDK - Majlis Daerah Kerian
SPSS - Statistical Package For Social Science
UBKM - Usahawan Bumiputera Kelas Menengah
UPTM - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga
Manusia
WTC - World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia)
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 105
B Surat Pengesahan Soal Selidik 112
C Kajian Rintis (nilai Alpha Cronbach) 114
D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 116
E Populasi Dan Pelan Lokasi Kawasan Kajian 118
F Surat Kepada Peniaga 121
G Jadual Krejcie R.V & Morgan D.W. 123
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan harus bermula daripada diri kita sendiri. Stephen Covey, seorang
pakar pengurusan, berkata “the change must come from within.” Oleh itu dalam
menuju kecemerlangan perubahan harus dibuat dan dimulai dengan diri sendiri dan
bukan melalui orang lain atau dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sebagai
escapism terhadap segala kelemahan dan kegagalan kita (Mohamad Basri, 1996). Ini
bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka
mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
(Surah Al-Ra’ad 13:11)
Serangan spekulator mata wang 1997 dan serangan ke atas Pusat Dagangan
Dunia (WTC) di New York dan Pentagon, Washington pada 11 September telah
menyebabkan ekonomi negara terjejas. Serangan nekad Amerika Syarikat ke atas Iraq
telah mengheret ekonomi global ke arah kegawatan yang berpanjangan.
17
Menurut Drucker (1985), pengurusan ekonomi di Amerika Syarikat adalah
berbeza dengan negara-negara lain kerana ia ke arah ekonomi keusahawanan. Berlaku
perubahan di mana syarikat-syarikat besar telah tidak dapat menyediakan peluang-
peluang pekerjaan sebaliknya syarikat-syarikat yang bersaiz kecil dan sederhana pula
memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan.
Sehubungan dengan ini budaya berniaga dianggap penting dalam pertumbuhan
ekonomi di Malaysia. Berlandaskan kepada wawasan negara untuk mencapai negara
maju pelbagai golongan usahawan berebut untuk menceburi sektor perniagaan. Ini
jelas menunjukkan bidang keusahawanan di anggap sebagai pemangkin pembangunan
ekonomi negara masa kini. Ianya semakin mendapat perhatian kepada semua lapisan
masyarakat. Peluang menjadi usahawan yang berjaya terbuka kepada semua kaum di
seluruh pelosok negara. Menurut Yep Putih (1985), usahawan tidak terkecuali
daripada melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Setiap usahawan berkaitan dengan
perniagaan dan “hampir semua kegiatan perniagaan mempunyai maksud dan ciri-ciri
yang serupa dengan keusahawanan.”
Menurut Mohamad (1996), Agama Islam amat menitikberatkan kegiatan
perniagaan. Beliau menegaskan perniagaan dalam Islam, “Adalah dikehendaki ke atas
kamu perniagaan kerana padanya sembilan persepuluh rezeki.” Melalui perniagaan
seseorang peniaga itu akan terdidik dengan sifat-sifat terpuji, yang sangat dituntut oleh
agama. Pernyataan ini juga disokong oleh Norbayah (1997), menyatakan bidang
perniagaan adalah satu bidang yang mulia. Usahawan bertanggungjawab menukar cara
hidup masyarakat dunia. Mereka membawa perubahan dari segi pertumbuhan
ekonomi, kemantapan sumber pekerjaan serta segala teknologi baru yang melibatkan
kualiti kehidupan.
Keusahawanan di Malaysia belum mencapai tahap yang sepatutnya (Razali,
2002). Sehubungan dengan ini Bank Pembangunan Berhad memainkan peranan
penting dalam menentukan pembangunan usahawan selari dengan pembangunan
18
negara ke era globalisasi. Walaupun ia telah menukar entiti kepada Bank
Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMP), namun fungsinya tetap
sama iaitu memberi kemudahan dan perkhidmatan pinjaman kewangan kepada
usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berminat untuk harga tetap, modal
kerja dan pembelian saham. Bagi tahun 1999 sahaja BPIMB telah mengeluarkan
pinjaman bernilai RM163 juta lebih sehingga bulan Mei (Usahawan Sukses, 1999).
Matlamat melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) adalah cabaran menjelang tahun 2020. Persoalan yang ditekankan dalam
usaha melahirkan Usahawan Bumiputera Kelas Menengah (UBKM) ialah asas dan
budaya keusahawanan yang menjadi teras ke arah memantapkan UBKM. Oleh kerana
persekitaran budaya ekonomi dan iklim perniagaan sentiasa berubah-ubah maka kita
memerlukan usahawan bumiputera yang berbudayakan profesional, berilmu, lasak dan
bermoral dalam menerajui kepemimpinan usahawan serta mampu menjana
perkembangan ekonomi bumiputera dan negara (Tengku Khairi A Rahman, 2000).
Menurut Mustaza dalam Abdul Aziz (2001), melalui aktiviti perniagaan
pelbagai barang dan perkhidmatan dapat disalurkan ke pasaran untuk memenuhi
permintaan pasaran. Sebenarnya keperluan dan kehendak manusia yang tidak terbatas
adalah faktor utama yang mendorong perkembangan aktiviti perniagaan dan atas
sebab inilah maka setiap peniaga sentiasa berusaha untuk menjual apa sahaja yang
dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia bagi memperolehi keuntungan.
Semakin ramai yang bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan. Ini
merujuk kepada sambutan baik yang diberikan kepada program dan latihan
keusahawan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia di dalam melahirkan usahawan-
usahawan baru. Nor Aishah (2002), menyatakan bahawa usahawan perlulah bijak
memilih lokasi perniagaan yang sesuai seterusnya kawasan yang dipilih bagi
menjalankan sesebuah perniagaan perlulah strategik kedudukannya dan pada masa
yang sama mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh pelanggan seperti
kemudahan pengangkutan awam dan kepelbagaian jenis perniagaan di tempat tersebut.
19
Salah satu lokasi strategik untuk menjalankan perniagaan ialah kawasan sekitar
Bagan Serai. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong usahawan memilih kawasan
sekitar pekan terutamanya kerana di sini menjanjikan pelbagai kemudahan dan yang
menjadi daya tarikan adalah peluang perniagaan yang terbentang luas untuk diterokai
oleh sesiapa sahaja yang berani dan bersedia untuk menceburi bidang perniagaan ini.
Terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang wujud di sekitar kawasan Bagan
Serai ini. Ianya bermula dari penjaja di tepi jalan, peniaga gerai, kedai runcit, kedai
makanan dan minuman, butik pakaian, pasaraya, syarikat dan sebagainya. Peluang
perniagaan adalah sangat menggalakkan di sini.
Walau apa pun bentuk perniagaan yang wujud di sini, apa yang penting adalah
kehadirannya menghidupkan lagi suasana di sekitar kawasan di Bagan Serai.
Perniagaan di sekitar pekan ini diceburi oleh pelbagai kaum. Walaupun para usahawan
ini boleh menjalankan perniagaan mereka di mana sahaja dengan kebenaran Majlis
Daerah Kerian (MDK) namun terdapat beberapa lokasi yang dikenalpasti wujud
usahawan bumiputera menjalankan perniagaan mereka sama ada secara kongsi atau
persendirian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kejayaan atau kegagalan seseorang usahawan bergantung kepada sikap dan
kecekapan diri. Sikap yang positif dan adanya kecekapan atau kemahiran diri akan
menentukan kejayaan. Sebaliknya sikap yang negatif dan kekurangan kecekapan diri
akan mengakibatkan kegagalan (Teo, 1991). Pernyataan ini juga dipersetujui oleh
Moha Asri, et al ( 2000), menyatakan usahawan bumiputera dalam perniagaan kecil
sering dihubungkaitkan dengan masalah mendapatkan modal luar, kebolehan
20
pengurusan, persaingan yang tinggi, kakitangan yang kerap berhenti dan ketiadaan
rekod perniagaan yang sempurna. Pernyataan ini juga dipersetujui oleh Chamhuri
Siwar, et al (1992), usahawan bumiputera masih mengalami masalah modal,
kelemahan pengurusan dan pemasaran, kekurangan pengalaman dan latihan
pendidikan. Menurut Tengku Khairi A. Rahman (2002), kejayaan dalam menghadapi
risiko perniagaan akan membawa kepada perolehan keuntungan dalam perniagaan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan
bahawa dilema orang Melayu adalah mereka masih lagi memandang persaingan
dengan bukan Melayu sebagai ukuran pencapaian mereka dalam bidang ekonomi di
negara ini tanpa menoleh kepada cabaran yang lebih hebat lagi iaitu globalisasi.
Perkara ini adalah lanjutan dari teguran bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir
Mohamad kira-kira 30 tahun lalu dalam bukunya bertajuk “The Malay Dilemma” yang
menegur kelemahan kaum bumiputera dalam perniagaan pada tahun 1960-an
(Nazaruddin, 2000).
Menurut Moha Asri (1999), peluang yang banyak terdapat dalam bidang
ekonomi menjadi dorongan yang tinggi kepada imigran Cina ke Asia Tenggara. Di
Malaysia orang Cina merupakan golongan majoriti mengusahakan IKS. Selari dengan
ini menurut Chong Pei Yee (2000), kejayaan etnik Cina di Malaysia tidak boleh dilihat
dan dianggap oleh sesetengah kaum bahawa kaum Cina dilahirkan kaya dan berjaya
tanpa merujuk kepada sejarah kehidupan mereka dalam usaha gigihnya untuk
mencapai kejayaan. Etnik Cina menjalani kehidupan berbekalkan sikap kerajinan dan
berjimat cermat dalam mencapai kejayaan perniagaan walaupun tanpa bantuan
kerajaan.
Menurut Chamhuri Siwar et al (1992), bilangan penyertaan bumiputera dalam
sektor perniagaan adalah rendah. Bilangan lesen yang dimiliki tidak sejajar dengan
penyertaan demografi di bandar. Kegiatan ekonomi di bandar dikuasai oleh kaum
bukan bumiputera. Pertumbuhan penduduk bumiputera di bandar yang pesat tidak
disertai dengan pembangunan ekonomi bumiputera yang mantap di bandar. Prestasi
21
ekonomi bumiputera di sektor bandar masih kurang membangun (underdevelop).
Sebaliknya penguasaan bukan bumiputera di bandar-bandar utama dan kecil kian
bertambah.
Perniagaan merupakan aktiviti yang penting di kawasan pekan. Oleh itu
kawasan pusat bandar merupakan kawasan penumpuan aktiviti perniagaan. Walau
bagaimanapun tahap penyertaan kaum bumiputera di dalam sektor perniagaan adalah
sangat rendah dan lebih tertumpu kepada perniagaan gerai dan pasar malam. Ini
antaranya disebabkan ketidakmampuan kaum bumiputera di dalam aktiviti perniagaan
yang mempunyai persaingan (Kajian Rancangan Struktur, MDK 2000).
Berdasarkan jadual 1 di bawah menunjukkan pengisian gerai mengikut etnik
(MDK, 2005) yang disediakan oleh MDK di Bagan Serai. Hasil daripada data yang
diperolehi didapati bahawa kaum Cina merupakan pemilik yang tertinggi bagi
perniagaan gerai (68.4%), diikuti kaum Bumiputera (23.9%) dan kaum India (7.7%).
Perniagaan gerai yang dijalankan merangkumi penjualan makanan dan minuman,
buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.
Jadual 1: Pengisian Perniagaan Gerai Mengikut Etnik Di Bagan Serai
MELAYU CINA INDIA JUMLAH BIL KAWASAN
BIL. % BIL. % BIL. % BIL. %
1. Hadapan Plaza Arisun 27 26.5 70 68.6 5 4.9 102 100
2. Jalan Pasar 12 13.5 67 76.1 9 10.2 88 100
3. Jalan Mahkamah 2 67 1 33 0 0 3 100
4. Jalan Syed Tauphy 4 100 0 0 0 0 4 100
5. Jalan Matang Buluh 3 100 0 0 0 0 3 100
6. Jalan Siakap 2 1 12.5 5 62.5 2 25 8 100
7. Jalan Parit Buntar 3 1 100 0 0 0 0 1 100
JUMLAH 50 23.9 143 68.4 16 7.7 209 100
Sumber : Majlis Daerah Kerian, 2005
22
Justeru itu penglibatan yang rendah etnik bumiputera dalam perniagaan gerai
ini memberi kesan kepada penyelidik untuk mengkaji kemampuan mereka dalam
mengembangkan perniagaan di samping etnik-etnik lain.
1.3 Pernyataan Masalah
Persoalan yang wujud ialah apakah perkara yang mempengaruhi kemampuan
usahawan bumiputera dalam mengembangkan perniagaan. Pengembangan perniagaan
dapat menggambarkan keuntungan. Kegagalan sesebuah perniagaan pula
menunjukkan kerugian telah berlaku dan perniagaan tersebut sukar untuk berkembang.
Oleh yang demikian penyelidik berminat untuk mengenalpasti kemampuan usahawan
bumiputera dalam mengembangkan perniagaan dari aspek ilmu pengetahuan, sikap,
etika, persaingan serta modal dalam mengembangkan perniagaan yang dijalankan di
sekitar kawasan Bagan Serai dalam Negeri Perak.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan bumiputera
mempengaruhi mereka dalam mengembangkan perniagaan?
2. Apakah sikap usahawan bumiputera mempengaruhi dalam mengembangkan
perniagaan yang dijalankan?
3. Apakah etika perniagaan mempengaruhi usahawan bumiputera dalam
mengembangkan perniagaan?
4. Adakah persaingan perniagaan dengan kaum bukan bumiputera mempengaruhi
mereka dalam mengembangkan perniagaan?
23
5. Adakah sumber modal mempengaruhi usahawan bumiputera dalam
mengembangkan perniagaaan yang diceburi?
1.5 Objektif
1. Mengenalpasti pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan bumiputera terhadap
perniagaan yang dijalankan.
2. Mengenalpasti sikap mereka dalam mengembangkan perniagaan yang
dijalankan.
3. Mengenalpasti etika perniagaan yang digunakan dalam mengembangkan
perniagaan yang dijalankan.
4. Mengenalpasti persaingan yang dihadapi oleh mereka dalam mengembangkan
perniagaan yang dijalankan.
5. Mengenalpasti sumber modal yang diperlukan dalam perniagaan yang
dijalankan.
1.6 Kepentingan Kajian
1. Sebagai garis panduan dan informasi terkini kepada semua usahawan yang
melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
2. Menimbulkan keinginan dan minat kepada individu dan ahli masyarakat
terhadap bidang keusahawanan.
3. Menjadi sumber rujukan kepada kerajaan Negeri Perak terhadap
pengembangan perniagaan usahawan bumiputera di Bagan Serai dan
24
mengetahui keperluan usahawan supaya dapat membekalkan kemudahan-
kemudahan yang sewajarnya kepada mereka.
4. Memberi maklumat kepada pihak swasta khususnya institusi kewangan atau
agensi yang bertindak sebagai peminjam atau sumber pinjaman bagi para
usahawan yang memerlukan bantuan dari segi modal dan khidmat nasihat.
Recommended