View
321
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
7/25/2019 Fatwa Abjad
1/12
Tajuk:RISALAH GERAK KILAT (SILAT ABJAD)
Isu:Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah di atas sebuah risalah yang bernamaRisalah Gerak
Kilat Menyambar Dan Mutiara Di Tengah Mata karangan Syeikh Mahmud Nasri Usmani (Hj. Mahmud
Nasri b. Hj. Osman) Baling, Kedah.
Keputusan:
Berdasarkan kepada butir-butir di atas ini yang mana ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan
bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin
di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-
amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa bersidang pada hari ini mencadangkan
kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari
diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya.
Keterangan:
Mesyuarat Fatwa yang telah diadakan pada hari Isnin 23/8/1976, hari Isnin 25/10/1976 dan 10/11/1976
telah membuat keputusan :-
Setelah dikaji isi kandungan Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, karangan Hj.
Mahmud Nasri b. Hj. Osman (Syeikh Mahmud Nasri Usmani) dengan cermat dan telitinya khasnya
terhadap ajaran-ajaran amalan dan butir-butir ajaran itu baik pun yang menggunakan bahasa sendiri
Bahasa Malaysia atau Bahasa Arab dan juga ayat-ayat Al-Quran, pihak Jawatankuasa mendapati
banyak perkara-perkara yang tersebut di dalamnya yang bercanggah dengan ajaran Islam :-
1. Meragukan tentang ujudnya Nabi Adam dan isterinya Hawa.
2. Menganggap Adam dan Hawa ada di dalam batang tubuh seseorang lelaki / perempuan, suatu
kepercayaan Tanasoh Al-Arwah yang dilarang olehsyarak.
3. Merendahkan martabat Rasulullah s.a.w.
4. Merendahkan martabat para Malaikat besar.
5. Meletakkan Allah sama taraf dengan orang wali.
6. Mencampur acara-acara beribadat di dalam istiadat permainan.
7. Menghidupkan khayalan khurafat dan waham.
7/25/2019 Fatwa Abjad
2/12
8. Mengadakan suatu kepercayaan baru iaitu boleh menghadirkan rupa Rasulullah, menghadirkan Jibrail,
Israfil dan lain-lain malaikat besar dikiri kanan atas bawah.
9. Meletakkan kuasa Wali sama dengan kuasa Allah yang memberi bekas, perkara yang boleh membawa
kepada syirik.
10. Berpegang dengan guru sama berpegang dengan Allah dengan tiada syak, dzon dan waham, persamaan
yang membawa kepada syirik.
11. Menyekutukan kuasa Allah dengan kuasa Jibril dan Nabi Muhammad s.a.w.
12. Khurafat menyediakan semangkuk garam di dalam bilik khalwat, berjumpa dengan Syeikh Abdul
Kadir Jailani waktu lena atau waktu jaga.
13. Perkataan yang samar-samar ertinya yang menimbulkan keraguan-keraguan seperti Ah, Aku bukan
aku aku
14. Menyamakan gerak yang luar biasa dengan gerak Mukjizat / Karamah.
15. Membandingkan kuasa Allah seperti anjing Khatmir Ashabul Kahfi dan kawalan Allah terhadap
hambaNya seperti kawalan anjing itu.
16. Menafi wujud Allah dengan tiada disedari di dalam zikir
17. Membuat peraturan tidur lain dari peraturan yang mashur sabit dari Nabi s.a.w.
18. Mengadakan perkataan zikir lain daripada lafaz-lafaz zikir yang sedia maklum di dalam syariat iaituroh
19. Menyambung ayat Quran dengan ayat yang bukan Quran, mengubah-ngubah, mengurang dan
meminda ayat-ayat Quran dan mengubah baris-baris ayat Quran.
Di bawah ini diperturunkan butir-butir di dalam risalah itu yang mengelirukan dan bercanggah
dengan syariat Islam.
1. Muka surat 2
1.1 Di bawah tajuk nasihat perkataan tiap-tiap suatu itu terhenti ia di atas gerak, maka kebaikan itu di atas
gerak baik dan kejahatan di atas gerak jahat. Menurut penyusun risalah di dalam keterangannya, gerak
ialah perbuatan samada zahir atau batin.
Pendapat Jawatankuasa:
7/25/2019 Fatwa Abjad
3/12
Manusia tiada sunyi dari gerak dan diam bukan gerak sahaja, gerak / diam adalah perbuatan asas bahkan
mengesahkan perbuatan atau menyempurnakan ialah niat. Firman Allah :
1.2 Firman Allah :
yang disambungkan dengan perkataan
Pendapat Jawatankuasa :
Boleh memberi faham kepada pembaca yang tiada dapat membezakan diantara ayat-ayat Quran dengan
yang lainnya bahawa perkataan .itu juga ayat Quran padahal ia bukan ayat Quran
2. Muka surat 4
2.1 Tajuk-tajuk Pertemuan kanan kiri dinamakan pertemuan Adam dan Hawa. Menurut keterangan
penyusun Maksud Adam dan Hawa ialah manusia jadi tiap seseorang lelaki atau perempuan ia dikatakan
Adam dan Hawa.
Pendapat Jawatankuasa :
Bila disebut nama Adam difahamkan ialah Nabi Allah Adam a.s dan Hawa ialah isterinya dan sekelian
adalah anak-anak cucu keturunannya, kalau menurut maksud penyusun maka tiap-tiap seseorang lelaki /
perempuan dialah Adam dan dialah Hawa dan ini boleh menimbulkan kesamaran dan salah faham tentang
aktikad yang wajib dipercayai dan diketahui dengan tafsil rasul-rasul yang dua puluh lima yang
diantaranya Saidina Adam dan menimbulkan fahaman bahawa Adam dan Hawa berada di dalam tubuh
tiap-tiap seorang manusia lelaki / perempuan dan ini membawa kepada kepercayaan (Tanasukh Al-Arwah) yang dilarang di dalam syarak Kenali.
2.2 Silat ABJAD
Menurut penyusun Abjad ertinya gerak, silat Abjad ini namanya yang diberi oleh Tok Guru Kenali, tiap-
tiap satu huruf bagi abjad ada isyaratnya, Alif Allah, Ba Bahaullah, Jim Jalalullah dan Dal Dinnullah.
Pendapat Jawatankuasa :
7/25/2019 Fatwa Abjad
4/12
Isyarat-isyarat itu suatu perkara yang diada-adakan yang mencemar nama Allah yang suci dan kebesaran
Allah yang agong.
Gayong
Menurut penyusun anggota empat kerat (tangan kaki) ibu gayung ialah ibu jari, bila ditanya lagi ibu
gayung itu dijawabnya pula ibu gayung ialah tanah air api dan angin, dan menurutnya lagi abjad dan
gayung samada dalam atau gayung luar ada salasilahnya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
mana menurut pendapat jawatankuasa sebagai suatu pendusta terhadap Rasulullah yang merendahkan taraf
dan darjat kebesarannya.
3. Muka surat 8
3.1 Bangsa lautan bangsa daratan
Menurut penyusun kata tok gurunya baharu ini dua bahagi cair dan beku, lautan itu tiap-tiap baharu yang
cair dan daratan itu tiap baharu yang beku.
3.2 Pesanan wali dan keramat kalau dia tidak beralih dia kena hancur Menurut penyusun wali
itu Allah atau orang wali jadi pesanan wali itu ialah pesanan Allah atau Orang Wali.
Pendapat Jawatankuasa :
Fahaman yang seumpama itu membawa kepada iktikad yang salah yang dikatakan
4. Istiadat Permainan.
4.1 Cara-cara hendak mengambil istiadat permaian.
Berhadap kiblat mengucap dua kalimah syahadat, 3 kali pohonkan menerima iman. Penyusun tidak dapat
memberi penjelasan mengenai hubungan berhadap kiblat, mengucap dua kalimah syahadah dan yang
berikutnya dengan istiadat permainan ini.
Jawatankuasa berpendapat :
7/25/2019 Fatwa Abjad
5/12
Berhadap kiblat satu acara di dalam ibadat mengucap dua kalimah syahadat adalah ibadat. Pohon Iman
Islam dan ihsan adalah doa yang juga ibadat yang mana istiadat permainan itu dicampur adukkan dengan
acara-acara ibadat yang dianggap sebagai suatu penyelewengan yang sengaja diada-adakan.
4.2 Di dalam istiadat itu jugaada menghadirkan rupa guru pada hadapan atau kanan Nabi Muhammad
s.a.w. pada kanan dan hadapan dan menghadirkan Jibril di hadapan Israfil di bawah Izrail dikiri dan Adam
bersama Hawa.
Pendapat Jawatankuasa :
Semuanya itu adalah khurafat khayal dan waham yang menyentuh kehormatan Rasulullah s.a.w. dan para
malaikat yang besar dan mengada-adakan yang tiada pada syarak.
5. Muka surat 10
Cara-cara pemasuk gerak silat Abjad.
- Bismillahirrahmanirrahim - 7 kali
- Selawat atas nabi - 7 kali
- Fatihah - 1 kali
- Qulhuwallah - 3 kali
- Bismillahirrahmanirrahim - 3 kali
Penyusun tidak dapat memberi apa-apa alasan tentang hubungan gerak Silat Abjad dengan membaca
perkara-perkara yang tersebut.
Pendapat Jawatankuasa :
Bahawa di atas apa-apa alasan sekalipun tiadalah munasabah bahkan tiada harus pada syarak
menggunakan ayat-ayat Quran dan Selawat ke atas nabi untuk permainan-permainan seperti seni silat
abjad dan lain-lain kerana yang demikian itu bererti menggunakan ayat-ayat suci bukan pada tempatnya
dan tiada menurut tujuan yang diturunkan ayat itu dan lebih merupakan perbuatan memperalatkan ayat-
ayat suci bagi satu-satu tujuan duniawi semata-mata atau memperolok-lokkan kesucian dan kebesarannya.
7/25/2019 Fatwa Abjad
6/12
6. Muka surat 1213
6.1 Baca ayat Kursi 3 kali menjadi (Kota) diberi (Kota) di dalam zat
Muhammadiah. Penyusun tidak dapat memberi penjelasan tentang Kota di dalam zat Muhammadiah.
6.2 Pohon berpegang teguhdengan Allah dan dengan guru dengan tidak syak, dzon, waham lagi.
Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan itu boleh difahamkan Allah dan guru sama martabatnya untuk menjadi pegangan seseorang
suatu kepercayaan yang membawa kepada syirik.
7. Muka surat 20
Di bawah tajuk amalan bagi gerak seni silat abjad bagi peringkat kedua.
7.1 PerkataanPohonkan berpegang aku dengan guru wali.
Pendapat Jawatankuasa :
Berlawanan dengan akidah Islam yang menghendaki seseorang hamba itu berpegang atau bergantung
hanya kepada Allah.
7.2 Perkataan Pohonkanberhubung penjaga lautan dan daratan.
Pendapat Jawatankuasa :
Berhubung bersahabat dengan penjaga lautan dan daratan iaitu boleh jadi segala jin dan syaitan adalah
suatu amalan khurafat dan tahyul yang dilarang oleh syarak. Lebih-lebih lagi amalan khurafat ini
memperalatkan ayat suci iaitu Bismillahirrahmanirrahim dibaca sekian-sekian kali.
7/25/2019 Fatwa Abjad
7/12
8. Muka surat 24
8.1 Perkataan Dengan katakuat tangan aku ini dengan kuasa Allah dan Jibril dan Muhammad s.a.w
Pendapat Jawatankuasa:
Terdapat padanya persamaan kuasa bagi Allah, Jibril dan Muhammad yang termasuk di dalam syirik iaitu
menyengutukan kuasa makluk dengan kuasa Allah.
8.2dengan kata
Pendapat Jawatankuasa :
Suatu percubaan bagi kaedah penulis di dalam Al-Quran menurut Mashaf Othmani
Iaitu ditulis dengan "" bukan
9. Muka surat 25 - 26
9.1 Ya Allah ya tuhanku, aku pohonkan gerak seni silat gayong yang dalam bahagian rohani jasmani dan
zat Muhammadiah langkah bunga buah dengan mukjizat Rasulullah s.a.w.
Pendapat Jawatankuasa :
Suatu khurafat dan penyelewengan yang mana gerak silat dihubungkan dengan Mukjizat Nabi s.a.w.
9.2 Gerak bersepakai gerakAllah rasulullah gerak Syeikh Abd. Kadir Jailani.
Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan ini sangat diragu-ragukan.
7/25/2019 Fatwa Abjad
8/12
10. Muka surat 28
Assalamualaikum ya nadi sepuluh.
Penyusun tidak dapat memberi keterangan apakah dia nadi sepuluh.
11. Muka surat 29
Meminda dan mengubah ayat Quran yang betulnya
Dari surah Al Munafiqun. .. ayat Quran tiada sempurna.
12. Muka surat 31
12.1 Sediakan semangkuk garam di dalam bilik khalwat.
Pendapat Jawatankuasa :
Perbuatan ini adalah khurafat.
12.2 Sentiasa beriktikaf di dalamnya.
Pendapat Jawatankuasa :
Iktikaf pada syarak dilakukan di dalam masjid tiada sebarang tempat seperti bilik khalwat.
7/25/2019 Fatwa Abjad
9/12
12.3 Memberi salam(1) pertamanya kepada Syeikh Mahyudin 1,000 kemudian daripada sempurna
seribunya jika ia murid itu perasaan mengantuk hendaklah tidur pada majlis itu juga kerana ia Mahyuddin
hendak berjumpa dengan jalan mimpi jika tidak berasa tidur jangan ditidurnya kerana ia hendak berjumpa
dalam masa jaga.
Pendapat Jawatankuasa :
Amalan memberi salam yang sedemikian itu adalah suatu perkara yang diada- adakan dan perjumpaan
dengan Syeikh Mahyuddin itu di dalam tidur atau jaga adalah khayal dan khurafat semata-mata.
13. Muka surat 36
13.1 Aku berjalan dengan gerak Allah Malaikat dengan gerak Muhammad bukan kata aku kata Allah.
Allah Hu Ah
Perkataan-perkataan yang pada lahirnya membawa kepada syirik.
13.2 Ah Aku bukan aku aku
Penyusun tidak dapat memberi penerangan dan penjelasan tentang maksud perkataan itu dan di atas
penjelasan sekalipun perkataan itu pada pendapat jawatankuasa menimbul keraguan dan kesamaran.
14. Muka surat 37
Pohon gerak menyalahi adat menepati gerak mukjizat dan keramat.
Pendapat Jawatankuasa :
Permohonan ini adalah untuk mendapat yang mustahil kerana mukjizat perkara yang menyalahi adat yang
dikurniakan khas kepada Rasul dan nabi-nabi dan keramat. Khasnya bagi orang-orang wali, yang
menimbul kekeliruan iaitu boleh jadi berlaku satu gerak yang luar biasa yang oleh seseorang itudianggapnya sebagai gerak mukjizat atau sama taraf dengan gerak mukjizat.
7/25/2019 Fatwa Abjad
10/12
15. Muka surat 38
Hilanglah aku didalam lautan
Kata penyusun
yang sebenarnya
iaitu anjing (khitmir) ashabul kahfi yang ertinya qudran Iradah
Allah ibarat seperti anjing Ashabul Kahfi yang ertinya qudran Iradah Allah ibarat seperti anjing Ashabul
Kahfdi dan kawalan Qudrah Iradah diibarat seperti kawalan anjing itu.
16. Muka surat 39
16.1 Susun bahasa tiada jelas dan kerana itu tiada jelas maksudnya.
16.2
Ibarat yang menepikan wujudnya Allah
16.3 Ibarat-ibarat tiada menurut Bahasa Arab dari segi nahu dan penulisan.
17. Muka surat 40
17.13Tidak tahu bagaimana hendak dibaca dan apa maksudnya penyusun tidak dapat
memberi penjelasan.
17.2
7/25/2019 Fatwa Abjad
11/12
Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan itu tidak termasuk di dalam lafaz-lafaz zikir yang warid.
18. Muka surat 41
18.1 Peraturan tidur
Menurut penyusun peraturan tidur itu menurut sunah.
Pendapat Jawatankuasa :
Peraturan itu berlainan dari apa yang sabit dari Rasulullah s.a.w.
18.2 .
......
Pendapat Jawatankuasa :
Semua ayat-ayat suci itu diubah pinda.
19. Muka surat 4243
Aku pohonkan gerak hulubalang Allah hulubalang Rasul Allah dengan titah sabda Rasulullah Mikail
Israfil Abu Bakar, Omar, Othman, Ali
Penyusun tidak dapat menerangkan apa maksud dengan titah sabda Rasulullah Jibrail
itu.
7/25/2019 Fatwa Abjad
12/12
20. Muka surat 52
Sebagaimana sabda nabi s.a.w. bergerak alamat hidup diam alamat mati, nas tiada disebut demikian juga
rawinya, hadis itu diragu-ragukan.
Berdasarkan kepada butir-butir di atas ini yang mana ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan
bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin
di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-
amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa bersidang pada hari ini mencadangkan
kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari
diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya.
Recommended