View
238
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
sivik tingkatan 2
Citation preview
PENILAIAN PRESTASI AKHIR TAHUN 2014
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 2(1 JAM)
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi bahagian A, B, C, dan D.2. Jawab soalan A pada kertas jawapan yang telah disediakan.3. Jawab soalan B, C, dan D pada ruangan jawapan yang disediakan.4. Jawab semua soalan.
Disediakan oleh:
……………………(Rossalina Salih)
Guru Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Disahkan oleh:
NAMA:……………………………………………………………..
TINGKATAN: ……………………………………………………
1
SV1 JAM
SULIT
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANANG JAYA,
JALAN TANJUNG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR
Bahagian A (60 markah)
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Seni muzik ghazal dan gamelan merupakan seni muzik kaum A Melayu C Cina
B India D Kadazan
2 Berikut merupakan warisan kraf tangan, kecuali A Phua Kumbo B tudung saji C rantai manik D dabus
3 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang kebaikan mengekalkan permainan tradisional? A Dapat dijadikan daya tarikan dalam sektor pelancongan. B Dapat dijadikan hiburan pada waktu lapang. C Dapat menunjuk-menunjuk bakat yang ada pada diri. D Dapat dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian.
4 Apakah keunikan bangunan di atas? A Arcanya dibina oleh seni bina sepanyol. B Dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman dan Perancis. C Dibina dengan tidak menggunakan paku. D Dipengaruhi ciri seni bina kuil di India.
5 Tarian Bharatanatyam ialah tarian tradisional bagi kaumA Melayu C CinaB India D Kadazan
2
6 Songket dihasilkan daripada? I Kain II Manik III Benang emas IV Benang perak
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
7 Antara berikut, manakah kesenian masyarakat Malaysia? I Alat muzik tradisional II Tarian tradisional III Seni bina IV Model kereta tempatan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
8 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan permainan warisan? A Gasing, bola tampar, congkak. B Bola sepak, bola tampar, bola jaring. C Congkak, sepak takraw, bola sepak. D Batu seremban, konda-kondi, gasing
9 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nama tarian tersebut?A Tarian Kenyah
B Tarian Sumazau C Tarian Asyik D Tarian Ngajat.
10 Alat muzik berikut dimainkan dengan cara dipetik kecuali? A Gambus B Sitar C Sape D Rebab
11 Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan di Malaysia?A Sistem AutokrasiB Sistem MonarkiC Sistem RepublikD Sistem Demokrasi Berparlimen
3
- Tarian suku kaum Kadazandusun- Dipersembahkan sempena
upacara mengelak bencana dan memuja semangat padi
- Penari memakai pakaian serba hitam
12 Bagaimanakah rakyat memilih pemimpin dalam sistem pemerintahan di Malaysia?A Pengaruh luarB Undian minoritiC Proses pilihan rayaD Keputusan Majlis Raja-raja
13 Apakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? I Menjalankan pendaftaran pemilih II Membubarkan parlimen III Membantu parti-parti politik berkempen sebelum pilihan raya IV Mengendalikan pilihan raya A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
14 Apakah langkah-langkah untuk menjadi pengundi semasa pilihan raya? I Berkahwin II Berumur 18 tahun ke atas III Membuat pendaftaran sebagai pengundi IV Mengundi di tempat yang telah didaftarkan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
15 Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong? I Ketua Negara II Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Negara III Mempunyai kuasa budi bicara melantik peguam negara IV Berkuasa menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah jenayah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
16 Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab setiap warganegara, kecuali?A MengundiB Melibatkan diri dalam rancangan kerajaanC Memberi pendapat dengan membangkitkan sentimen perkaumanD Menjaga keamanan dan nama baik negara
17 Terdapat _________________ orang raja Melayu yang terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong secara bergilir-gilir.A lapan C sepuluhB sembilan D sebelas
4
18 Antara berikut yang manakah merupakan komponen Parlimen? I Yang di-Pertuan Agong II Yang Dipertua Negeri III Dewan Rakyat IV Dewan Negara A I , II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
19 Pergolakan dalam Negara akan mengakibatkan ______________ ? I huru-hara II kemelesetan ekonomi III martabat Negara meningkat IV kestabilan Negara terjejas A I , II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
20 Mengapakah kita perlu menyalurkan pendapat melalui saluran yang betul? I Supaya suara kita dapat diketahui II Mengurangkan gejala hasutan III Pandangan dapat ditujukan kepada pihak yang betul IV Mengelakkan berlaku huru-hara A I , II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
21 Setiap warganegara perlulah bertindak mengikut ___________________ bukannya mengikut perasaanA budaya C emosiB fikiran D kata hati
22 Apakah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi oleh kerajaan untuk kestabilan politik dan ekonomi Negara?
A kekurangan wangB pengaruh parti pembangkangC penyeludupan beras dan gula D mengekalkan pembangunan dan keamanan negara
23 Apakah cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam kepesatan dunia siber?A Penyakit berjangkit B Maklumat di hujung jari C Harga komputer semakin murahD Fitnah berleluasa di internet
5
24 Siapakah tokoh yang merancang Malaysia menjadi negara maju dalam Wawasan 2020?A Tunku Abdul RahmanB Tun Dr. Mahathir MohamadC Datuk Seri Najib Tun RazakD Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
25 Apakah proses pertama yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya untuk membentuk kerajaan?A KempenB PengundianC Penamaan calonD Pembubaran Parlimen
26 Rajah di atas menunjukkan kerjasama dalam pelbagai sektor antara negara-negara ASEAN. Apakah X?
A Pertahanan B Sosial. C Masakan. D Penerbitan filem.
27 PBB merupakan singkatan kepada A Persatuan Bangsa-bangsa Barat. B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. C Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. D Pertubuhan Bangsa-bangsa Barat.
28 Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan? A Pertubuhan yang dibentuk oleh negara-negara bekas jajahan British B Pertubuhan yang disertai oleh negara-negara yang sedang membangun C Pertubuhan yang disertai oleh negara-negara Barat D Pertubuhan yang disertai oleh negara-negara maju
29 Antara yang berikut, negara manakah bukan anggota ASEAN? A Laos B Myanmar C Sri Lanka D Kampuchea
30 Ahli Dewan Negara digelar sebagai A Menteri B Senator C Ahli Parlimen D Setiausaha Parlimen
6
- Pendidikan
ASEAN - Budaya
- X
BAHAGIAN B (14 markah)
Arahan: Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
1) Tarian Bhangra merupakan tarian etnik ________________________.
2) Tarian ini dipersembahkan sempena perayaan __________________________.
3) ____________________ merupakan tarian berkumpulan yang dipersembahkan oleh penari
wanita.
4) Alat muzik tradisional yang digunakan ialah _____________________, ____________________,
dan __________________________.
5) Di Malaysia, tarian ini dipersembahkan ketika sambutan ______________________, majlis
perkahwinan, ______________________ atau keraian yang lain.
BAHAGIAN C: (10 markah)
Arahan : Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
1) Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ialah mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya
umum atau pilihan raya kecil.
2) Mengadakan piket atau mogok merupakan salah satu cara rasional untuk mengeluarkan
pendapat.
3) Perdana Menteri adalah merupakan Ketua Negara bagi Malaysia.
4) Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
5) Negara-negara bekas jajahan Jepun menubuhkan pertubuhan Komanwel.
7
Tarian Bhangra
Tarian Bhangra merupakan tarian rakyat kaum India bagi etnik Sikh yang diiringi oleh muzik yang kuat dan gerak tari yang lincah. Tarian ini berasal dari daerah Punjab, India dan dipersembahkan sempena meraikan pesta menuai yang dikenali sebagai baisakhi. Penari wanitanya menari secara berkumpulan dan dikenali sebagai giddha, manakala penari lelaki memukul gendang besar serta dhol dengan iringan alat muzik tradisional seperti harmonica, tamborin dan klaper
Mereka akan berpakaian tradisi berwarna-warni dan penari lelaki memakai serban. Di Malaysia, tarian ini dipersembahkan semasa perayaan Vasakhi, iaitu menandakan hari kelahiran fahaman Vasakhi dan pada majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, hari jadi, dan keraian yang lain. Tarian ini penting kerana ia merupakan warisan budaya kau m Sikh di Malaysia.
Bahagian D ( 10 markah)
Arahan: Padankan maklumat di Ruangan A dengan maklumat di Ruangan B.
Bahagian E ( 6 markah)
Arahan: Jawab soalan-soalan yang berikut.
1) Apakah yang dapat digambarkan melalui keratan-keratan akhbar diatas?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2) Nyatakan peranan Malaysia sebagai pengaman dunia.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
3) Nyatakan kepentingan memberi kerjasama dalam mengekalkan keamanan dunia?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
-SOALAN TAMAT-
8
Malaysia bantah Amerika serang Iraq
Malaysia desak PBB selesaikan isu Palestin
Mengundi
Memberi pendapat melalui saluran yang betul
Menjaga nama baik dan imej negara
Menjaga keamanan negara
Bersyukur dan berterima kasih
Berumur 21 tahun dan wajib mendaftar untuk mengundi
Tidak merosakkan harta benda awam yang disediakan.
Sentiasa berbudi bahasa
Memberi pendapat tentang cara mengatasi masalah sosial di akhbar tempatan
Tidak menghebahkan maklumat berunsur fitnah yang boleh membangkitkan sentiment perkauman
Ruangan A Ruangan B
RUANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. (A) (B) (C) (D)
2. (A) (B) (C) (D)
3. (A) (B) (C) (D)
4. (A) (B) (C) (D)
5. (A) (B) (C) (D)
6. (A) (B) (C) (D)
7. (A) (B) (C) (D)
8. (A) (B) (C) (D)
9. (A) (B) (C) (D)
10. (A) (B) (C) (D)
11. (A) (B) (C) (D)
12. (A) (B) (C) (D)
13. (A) (B) (C) (D)
14. (A) (B) (C) (D)
15. (A) (B) (C) (D)
9
Skema JawapanPeperiksaan Akhir Tahun 2014
Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan 2
Bahagian ABahagian E
1. A 11. D 21. B2. D 12. C 22. D3. C 13. B 23. D4. C 14. D 24. B5. B 15. A 25. D6. C 16. C 26. B7. A 17. B 27. B8. D 18. C 28. A9. B 19. B 29. C10. A 20. D 30. B
Bahagian B1. 2.3.4.5.
Bahagian C
1.2.3.4.5.
Bahagian E
1.2.3.4.5.
10
Recommended