View
247
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
FINAL
Citation preview
1.0 Pengenalan
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik darjah, guru perlu
mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-murid. Sehubungan itu, amatlah
penting guru-guru menjalankan penilaian terutama untuk mengukur pencapaian
murid melalui penilaian dilakukan di bilik darjah.
1.1 Konsep Pentaksiran
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya melakukan pengjakiman tentang sesuatu peoduk pendidikan. Maklumat
tersebut meliputi hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,
manakala produk pula melibatkan pengetahuan kemahiran dan nilai. Proses
pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu, aspek-aspek
utamandalam pentaksiran ialah instrument, kumpulan yang ditaksir, respons,
kumpulan yang mentaksir dan skor.
Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan
penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan
pegukuran. Pengukuran yang dilakukan memerlukan pendidik dan guru
menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran tertentu.
Dari aspek bahasa pula, pentaksiran adalah unsur penting dalam pengajaran
bahasa. Istilah pentaksiran digunakan dalam menyatakan pelaksanaan pengujian
bahasa. Pelajar bahasa menguji pencapaian bahasanya pada setiap masa terutama
semasa mereka bertutur. Mereka menilai perkara yang dituturkan sama ada
menepati kehendak pendengar. Mereka mencipta hipotesis bagaimana bentuk
Bahasa distrukturkan dan bagaimana sesetengah fungsi Bahasa dinyatakan
bentuknya. Sebagai asas kepada maklum balas yang mereka peroleh, mereka
membuat penghakiman dan keputusan pada bahasa yang digunakan.
1
Guru-guru Bahasa juga mengadakan ujian sama ada secara tidak formal
ataupun secara intuitif dalam setiap hubungan yang diwujudkan dengan pelajar.
Sebagai pelajar mereka bertutur menulis mendengar ataupun membaca
pemahaman manakala guru pula membuat penilaina kecekapan pelajar berbahasa.
Ujian sebenarnya bertujuan handak mengukur. Perbezaan antara ujian formal
dan tidak formal terletak pada perbezaan semasa menilai data. Ujian tidak formal
menggunakan penilaian intuitif agak sukar hendak dinilai kerana selalu
menggunakan istilah yang bersifat global seperti pemain tenis yang ‘baik’ ataupun
pembaca yang ‘lemah’. Manakala ujian formal pula, teknik penilaian dirancang
dengan baik dan dianggap penting tertamanya di antara individu.
1.2 Konsep Pengujian
Pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukut perubahan tingkah laku
seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran. Ujian terdiri daripada astu
set soalan atau tugasan yang berkehendakan murid memberi satu set tindak balas
atau respons. Contoh ujian mengkin dikehendaki menyelesaikan siatu masalah
matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu
perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya
membenarkan kita mengukur pencapaian murid dalam bentuk markah sahaja.
Sehubungan itu, terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu mengesan
hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang diperoleh tentang
pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, ujian petempatan akan menentukan
kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan ujian
dianogsis menentukan punca masalah pembelajaran dan dnegan itu membantu guru
menentukan teknik pemulihan yang digunakan.
Pengujian juga bertujuan mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam
bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pengujian Bahasa, pelajar dan guru
2
bahsa memerlukan data yang boleh digunakan bagi merancang pengajaran dan
pemelajaran terutama setelah dikenal pasti daerah kelemahan memerlukan
perhatian.
1.3 Konsep Penilaian
Penilaian ialah pertimbangan professional ataupun satu proses sistematik yang
digunakan bagi mengumpul menganalisis dan menginterprestasikan aklumat bagi
menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran. Proses
menentukan mendapatkan dan memberikan maklumat bagi membuat pertimbangan
mengenai tindakan selajutnya. Dalam pendidikan penilaian ialah sistern atau proses
yang meliputi aktiviti yang dijalankan.
Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan,
penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.
JENIS HURAIAN
Penilaian Mengesan
Penguasaan
Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di bilik
darjah. Tujuan untuk mengesan kelemahan
penguasaan muid dalam suatu kemahiran yang
sedang diajarkan supaya kelemahan itu dapat
dibetulkan dengans serta merta.
Penilaian Mengesan
Kemajuan
Gaya penilaian ini dilakukan selepas beberapa
kemahiran dalam sesuatu topic telah selesai
diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan
kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang
memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Penilaian Mengesan
Pencapaian
Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar
beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh
satu penggal. Tujuan penilaian ini diadakan adalah
untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa
topik pembelajaran untuk menentukan kedudukan
3
murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
Terdapat juga beberapa kepentingan penilaian ujian di dalam bilik darjah, antaranya
ialah:
i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
ii. Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
1.4 Konsep Pengukuran
Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrument
sebelum ukuran itu dapat di nilai atau di interpretasi. Ianya merupakan satu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda,
perkara atau keadaan. Dalam pendidikan, pengukuran adalah satu proses untuk
menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan murid dalam pembelajaran.
Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata “pengukuran ialah suatu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda,
perkara atau keadaan.”
4
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (1996) telah dipetik berkata “ pengujian biasanya
melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang
diperoleh dalam bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik darjah,
pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang
diperoleh.”
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata “dalam
pendidikan, pengukuran merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif
untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.”
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata “pengukuran
membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran bermaksud
sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu cirri yang diukur
dengan menggunakan instrumen.”
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas,
dapat disimpulkan bahawa pengukuran merupakan suatu proses yang melibatkan
alat untuk mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam sesuatu perkara.
Pengukuran hanya berfokus kepada penentuan status atau tahap murid. Ianya tidak
melibatkan proses penilaian.pengukuran merupakan sesuatu yang tidak bersifat
mutlak kerana pengukuran lebih menumpukan kepada penentuan status atau tahap
dalam bentuk kuantitatif, berfokus kepada pengumpulan data secara numerikal dan
mengkategori. Secara kuantitatif: peratus markah seperti 90%, 30% dan 39% dan
secara kategori : murid lemah, sederhana dan pandai.
5
2.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan
ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan
di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk
penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.
6
2.1 Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah : langkah pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan
sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk
kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi
sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu
tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga
diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi
sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran
yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap
7
kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam
kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas
kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan
ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya
JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran
yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan
soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah
digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan
kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan,
kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
8
2.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah
seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan
sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU
akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan
dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun
dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya
mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka
dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.
9
2.3 Aras Taksonomi Bloom
25%
25%15%
15%
10%
10%
aras jadual Spesifikasi Ujian (jsu)
PENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN
Rajah 1 : Aras Jadual JSU
Berdasarkan carta pai di atas, terdapat enam aras yang akan di uji mengikut aras
Taksonomi Bloom. Iaitu terdiri daripada aras pengetahuan sebanyak 25%,
kefahaman 25%, aplikasi 15% , analisis 15%, sintesis 10% dan penilaian 10%. Ujian
akan di buat mengikut tajuk-tajuk yang telah di ajar. Kesemua aras tersebut di
kelaskan kepada 3 katogeri iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi.
10
2.4 Jadual Spesifikasi Ujian Tahun 4
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS 1 (TAHUN 4)UJIAN/PEPERIKSAAN : UJIAN BULANAN
Bil Topik Sub Topik
ARASRENDAH (50%)
ARAS SEDERHANA (30%)
ARAS TINGGI (20%)JumlahSoalan
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
NoSoalan
Bil Soalan
NoSoalan
Bil Soalan
NoSoalan
Bil Soalan
NoSoalan
Bil Soalan
NoSoalan
Bil Soalan
NoSoalan
Bil Soalan
1.
TATABAHASA
KATA SENDI 1 1
2. PENJODOH BILANGAN 2 1
3. KATA GANTI NAMA DIRI 4 1
4. KATA ADJEKTIF 5 1
5. IMBUHAN
6. KATA ADJEKTIF 7 19 2
7. KATA KERJA 6 1
8. KATA HUBUNG 12 1
9. KATA BANTU 13 1
10.10.
KATA BILANGAN 14 1
11. KATA PENGUAT 15 1
12. KATA PENEGAS 16 1
13. KATA ARAH
14. PENGGUNAAN PERKATAAN BETUL 18 1
15 KATA GANDA
16 PENJODOH BILANGAN 20 1
17 PERIBAHASA 11 17 2
18 PENANDA WACANA
19 SINONIM 3 1
20 ANTONIM
21 KATA TANYA
22 AYAT TANYA 9 10 2
23.24
AYAT TUNGGAL 8 1
24. KEFAHAMAN PETIKAN ARTIKEL
11
25. PETIKAN LAPORAN
JUMLAH SOALAN 5 5 3 3 2 2 20
Jadual Spesifikasi Ujian
12
Jadual di atas adalah menunjukkan kertas soalan Bahasa Melayu Tahun 4 yang
terdiri daripada 20 soalan okjektif. Semua sub topik disenaraikan di sebelah kiri
(sebelah paksi topik) manakala aras kognitif pada paksi mendatar yang
mengandungi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Kesemua aras tersebut telah di kelaskan mengikut katogeri aras rendah ,
sederhana da naras tinggi.
Dalam jadual di atas juga menunjukkan sub topik Kata sendi no soalan 1 dalam
aras pengetahuan katogeri aras rendah. Taburan item mengikut aras dalam JSU di
atas bagi item objektif seperti berikut:
25% aras Pengetahuan
25% aras Kefahaman
15% aras Aplikasi
15% aras Analisis
10% aras Sintesis
10% aras Penilaian
13
2.5 Analisis Ujian Bulanan Bahasa Melayu
ANALISIS UJIAN BULANAN (1)
ITEM
RESPONDEN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20JUMLA
H
1 0 1 0 0 1 0 0 1 1 1 0 0 1 0 1 1 0 0 0 1 9
2 1 1 1 0 1 1 0 0 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 0 1 12
3 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 1 1 1 1 0 0 0 1 14
4 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 1 1 1 1 0 0 0 1 14
5 1 0 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0 1 1 15
6 1 1 0 1 1 1 0 0 1 0 1 1 0 1 1 1 0 1 0 1 13
7 1 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 5
8 0 1 0 1 1 1 0 1 1 0 0 1 1 1 0 1 1 0 1 1 13
9 0 1 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 16
10 1 1 1 1 1 0 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 18
JB 7 8 6 5 9 5 5 7 10 5 3 7 6 8 9 9 4 3 4 9
BT 4 4 5 3 4 2 5 5 5 4 2 3 3 5 5 5 3 2 3 5
BR 3 4 1 2 5 3 0 2 5 1 1 4 3 3 4 4 1 1 1 4
IK 0.7 0.8 0.6 0.5 0.9 0.5 0.5 0.7 1 0.5 0.3 0.7 0.6 0.8 0.9 0.9 0.4 0.3 0.4 0.9
ID 0.20 0.00 0.80 0.20 -0.20 -0.20 1.00 0.60 0.00 0.60 0.20 -0.20 0.00 0.40 0.20 0.20 0.40 0.20 0.40 0.20
PETUNJUK :
14
BETUL 1SALA
H0
Bt
Jadual di atas adalah menunjukkan analisis bagi Ujian Bahasa Melayu Tahun 4.
Dalam jadual di atas juga menunjukkan bilangan responden seramai 10 orang di
paksi sebelah kiri manakala paksi mendatar seleah responden adalah jumlah item
soalan objektif iaitu sebanyak 20 soalan.
Dalam jadual tersebut, di bahagian bawah, menunjukkan jumlah
responden menjawab dengan betul, kemudian diikuti kumpulan skor tinggi
BT dan kumpulan skor rendah BR.
Di dalam jadual tersebut untuk ruang yang diwarna biru merupakan
hasil keputusan Indeks Kesukaran (IK) manakala ruang berwarna hijau ialah
Indeks Diskriinasi (ID). Tambahan lagi untuk ruang berwarna jingga adalah
bagi kumpulan skor yang tinggi.
15
Jadual 1 : Jumlah Murid Menjawab Betul
Berdasarkan rajah di atas, jumlah semua murid yang menjawab soalan objektif
seramai 20 orang. Hasil keseluruhan daripada data analisis responden dapat
menjawab soalan yang diuji. Soalan nombor 9 menunjukkan semua dapat
menjawab dengan betul berbanding soalan nombor 6 hanya 2 orang sahaja yang
dapat menjawab dengan betul. Soalan 9 ialah soalan aras analisis dari tajuk ayat
tanya. Ini menunjukkan responden dapat menguasai tajuk tersebut dengan baik.
Manakala untuk soalan 6 dari aras aplikasi , tajuk kata kerja menunjukkan
responden masih belum dapat menguasai sepenuhnya.
16
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 200
2
4
6
8
10
12
7 86 5
9
2
57
10
53
7 68 9 9
4 3 4
9
JUMLAH JAWAB BETUL
ITEM
BIL.
MU
RID
Jadual 2 : Indeks Kesukaran
Rajah di atas menunjukkan keputusan indeks kesukaran. Hasil daripada analisis
tersebut, sebanyak 13 item daripada 20 menunjukkan item tersebut sederhana dan
diterima. Manakala 6 item daripada keseluruhan terlalu mudah dan perlu di
ubahsuai. Secara keseluruhannya terdapat 2 item yang terlalu sukar dan perlu di
ubahsuai juga.
Jadual 3: Indeks Diskriminasi (ID)
Rajah di atas menunjukkan keputusan indeks diskriminasi. Hasil daripada analisis
tersebut sebanyak 7 item berada pada diskriminasi positif yang tinggi dan item
tersebut amat sesuai diterima. Item yang berada pada tahap positif yang sederhana
dan item tersebut perlu di ubahsuai sebanyak 7 item sahaja berbanding hanya 2
17
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10111213141516171819200
0.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
INDEKS KESUKARAN (IK)
ITEM
IND
EK
S
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
-0.4
-0.2
0
0.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
INDEKS DISKRIMINASI (ID)
ITEM
IND
EK
S
item pada diskriminasi poritif rendah dan perlu di tulis semula. Manakala terdapat 4
item pada tahap diskriminasi negatif dimana kumpulan rendah lebih baik daripada
kumpulan tinggi. Item tersebut buruk dan harus dibuang.
18
2.6 Kekuatan dan Kelemahan Item
Secara keseluruhan item-item yang dibina mempunyai kekuatan dan kelemahan. Di
antaranya, soalan tersebut terlalu sukar, terlalu mudah dan ada yang perlu di
ubahsuai. Ini mungkin kerana aras soalan atau bentuk soalan tidak sesuai dengn
kemampuan murid, soalan berbentuk objektif juga mempunyai kekuatan dan
kelemahan tersendiri. Kekuatan item ujian objektif di antaranya ialah dapat
merangkumi semua bidang pelajaran dan isi pelajaran secara luas. Selain itu ia juga
menjamin keadilan pemarkahan. Soalan objektif juga hanya memerlukan masa yang
pendek untuk menjawab dan memeriksa. Dalam ujian objektif ini ia dapat mengukur
proses mental yang tinggi selain itu calon dapat menjawab soalan walaupun lemah
dalam penguasaan Bahasa. Item objektif yang telah dibina juga mempunyai
dianogsis yang tinggi. Bahkan ia dapat diperiksa menggunakan komputer atau alat
scanner sahaja.
Walaubagaimanapun, item ujian objektif juga mempunyai kelemahan
tersendiri. Di antaranya, pembinaan ujian memerlukan masa, tenaga dan
perbelanjaan yang tinggi. Ujian ini juga memberi ruang kepada murid-murid
membuat tekaan jawapan tanpa membaca soalan atau memahami soalan dengan
baik. Ujian ini juga tidak dapat mengukur keaslian jawapan. Sebahagian calon tidak
membuat persediaan secukupnya kerana mereka boleh menjawab berasaskan
pilihan jawapan yang diberi. Tambahan pula, item ini sukar untuk menyediakan
soalan yang bermutu tinggi dan ia kurang sesuai untuk mengukur tahap kognitif
peringkat tinggi. Ia juga tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur,
membuat sintesis dan kekreatifan calon dalam mengeluakan idea. Ujian objektif juga
kurang sesuai untuk ujian formatif secara amnya.
19
2.7 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kita telah mempelajari secara terperinci tentang
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sebelum ke langkah menghasilkan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebagai seorang guru harus tahu tentang konsep dan
prinsip pengujian, pengukuran dan pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU
mempunyai peranan yang penting.
Oleh itu sebelum menghasilkan item ujian perlulah mengetahui langkah-
langkah untuk menghasilkan JSU. Membina item atau soalan ialah satu keadah
mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang
terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas.
Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan
penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau
murid jika ianya dibina dengan betul.
Oleh itu, berdasarkan soalan pelbagai aras ini, guru dapat menilai sejauh
mana keupayaan pelajar untuk menyimpan maklumat dalam stor ingatan jangka
panjang mereka serta dapat menguji keberkesanan fakta dan teori yang
disampaikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
20
Refleksi
Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'inu ala umuridunnya waddin, washala tu
wasala mu'ala asrafil anbiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi wamantabi'ahu
ilayaumiddin.
Salam sejahtera kepada pensyarah subjek Pengajian Melayu, Cik Caroline
Lorena. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana
dengan berkat Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak
akan berjaya menyempurnakan tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu ( E ) Sekolah
Rendah (BMM 3033E). Seperti yang di maklumkan kepada semua guru pelatih,
tugasan ini dijalankan secara individu. Jika tidak berusaha untuk membentuk
gagasan ingin berjaya, sudah tentu tugasan ini berlanngsung kelam-kabut asalkan
siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang dan
berkualiti agar matlamat dan objektif yang ingin dicapai akan terlaksana.
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang
pelajar. Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami
tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan wajar
harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan,
apa gunanya nak berjaya kalau tidak mahu berkorban, dan apa maknanya ingin
berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Jadi, saya tidak
mencampakkan diri dalam pemikiran negatif untuk melaksanakan tugasan ini.
Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah penting yang paling dominan dan
seignifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negative dan
rengekan jengkel yang berbunyi, malah menyalahkan tugasan-tugasan tertentu.
Bagaimana tugasan ini dihasilkan? Sebaik sahaja menerima soalan tugasan
ini,pensyarah, saya berusaha untuk memahami kehendak soalan. Dalam masa yang
sama, saya berkoloborasi bersama rakan sekelas dan pensyarah. Bukan begitu
sahaja, saya pun bertanya beberapa soalan mengenai pelaksanaan tugasan ini
21
daripada rakan-rakan seopsyen agar dapat memahami dengan lebih jelas lagi
mengenai kehendak soalan. Tugasan ini menugaskan guru pelatih secara individu
untuk menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), melaksanakan ujian,
menganalisis markah serta mendapatkan maklumat yang berkaitan konsep dan
prinsip, pengujian, pengukuran, pentaksiran, dan penilaian dalam Bahasa Melayu.
Sebelum memulakan tugasan ini saya mencari bahan rujukan dan pelbagai yang
berkaitan di buku-buku rujukan dan internet serta di pusat sumber. Sesungguhnya
tugasan seperti ini memperoleh ilmu pengetahuan kepada saya dalam menghasilkan
JSU. Selain dapat mendalami ilmu tentang menyediakan soalan ujian, malah saya
juga belajar untuk mencari bahan maklumat daripada pelbagai sumber untuk
menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh.
Seterusnya, saya berusaha mencari responden untuk menjawab soalan ayng
telah dibina. Pada mulanya saya berasa berat dan sukar untuk melaksanakan
tugasan ini kerana saya sendiri belum menguasai sepenuhnya semua tajuk-tajuk
yang diuji. Namun dengan kerjasama yang utuh antara rakan-rakan, dapat juga saya
menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Selebihnya saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada mereka.
Maka, saya dapat menguasai pembelajaran ini kerana saya telah membuat
perangcangan yang teliti dan terperinci. Selain itu, saya dapat mengeratkan
hubungan silaurahim antara rakan-rakan walaupun berlainan unit dan berbeza umur.
Hal ini disebabkan saya sering berjumpa dengan rakan –rakan seopsyen mahupun
tidak untuk membincangkan tugasan ini. Saya berterima kasih kepadanya kerana
mereka telah banyak memberi kerjasama dan komiten yang tinggi sepanjang proses
pelaksanaan tugasan ini. Saya sedar bahawa bukan senang untuk melakukan tugas
secara individu.
Selain itu, responden juga amat bertolak ansur dan memberikan kerjasama
yang terbaik dalam saya melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada pihak
yang terbabit kerana banyak membantu. Hal ini berjaya kerana sikap kegigihan,
22
bertanggungjwab, saling percaya dan toleransi adalah penting bagi menyiapkan
tugasan ini dan juga hendaklah mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan
faham antara rakan-rakan seopsyen.
Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang telah saya hadapi.
Di antaranya sukar memahami soalan, tidak mahir membina soalan dan soalan-
soalan yang di bina tidak mengikut aras. Bagi menyelesaikan masalah yang di
hadapi saya berjumpa dengan kawan-kawan opsyen Bahasa Melayu dan beberapa
orang pensyarah. Segala teguran, kritikan dan bimbingan saya terima dengan hati
terbuka dan positif.n
Selepas tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan
pada masa yang ditetapkan. Tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan yang
perlu dihantar sebelum cuti Raya Aidil Adha. Secara ringkasnya, hasil daripada
perlaksanaan tugasan ini memberikan saya banyak manfaat adalah seperti dapat
menambah pengetahuan yang boleh saya gunakan pada bila-bila masa selepas ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya juga belajar banyak erti kehidupan
seperti pengorbanan, kesabaran, kesungguhan, semangat tidak putus asa,
keilkhlasan, bersemangat tinggi, bijak mengurus waktu yang cepat saja berlalu dan
banyak lagi. Norma-norma ini sememangnya ditanam dan disuburkan dalam diri
saya ketika melaksanakan tugasan ini. Semoga dengan ilmu pengetahuan yang
saya perolehi menerusi tugasan ini, dapat menjadikan saya seoarang yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Di samping itu, saya dapat menerapkan sifat-sifat keguruan dalam diri saya.
Sifat-sifat yang dimaksudkan adalah seperti berdedikasi, menepati masa, berdikari
dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang baik, individu perlulah berdikari
mencari bahan rujukan dan membuat kajian mengenai tajuk yang akan disampaikan
kepada murid. Saya mencari maklumat sendiri melalui bahan rujukan di pusat
sumber, laman web dan juga hasil penukaran maklumat dengan rakan-rakan
seopsyen yang lain. Secara tidak langsung, saya dapat membimbing dan mendidik
23
diri untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan kelak. Akhir kalam terima
kasih saya ucapkan kepada Cik Caroline Lorena atas perkongsian ilmu, ajaran,
kritikan membina, bimbingan dan nasihat yang diberikan. Terima kasih juga kepada
rakan-rakan sekalian kerana sudi berkongsi idea dan membincangkan tugasan ini
dengan saya agar saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-
sungguh. Tidak dilupakan juga, mereka yang sentiasa menjadi sumber inspirasi
saya, serta kepada semua pihak yang menjayakan tugasan ini dengan sempurna,
sama ada secara langsung mahupun tidak lansung. Sekian, terima kasih.
24
Rujukan
Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). Retrieved Sep
17, 2015, from http://www.moe.gov.my
Modul_PPG_Semester_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR. (2012,
Januari). Retrieved Februari 17, 2015, from http://www.lmsipda.net.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan Cabaran
Semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Yahya Othman. 2005. Trend Bahasa Melayu. Pahang : PTS Profesional Publishing.
25
SULIT
Lampiran
Nama : ___________________________
Jawab semua soalan 1-20.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.
A di
B pada
C ke
D dari
2. “Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
A sebatang
B sebilah
C sebuah
D sekeping
3. Siti merupakan seorang gadis yang bersopan santun. Perkataan yang bergaris sesuai digantikan dengan:
A. baikB. kemasC. hormatD. lemah lembut
4. “Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah disiapkan tadi”, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A kalian
B kamu
C anda
D kita
26
SULIT
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
5. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.
A perlahan
B pantas
C cepat
D laju
6. Pilih ayat yang menggunakan kata kerja dengan betul.
i. Ibu memasak air di dapur ii. Ahmad menunggang seekor kuda yang berwarna putihiii. Hobi Asyraf adalah berenang di pusat renang yang berhampiraniv. Kamalia sedang melukis gambar pemandangan di kawasan bukit itu
A. i,ii dan iiiB. i,ii dan ivC. ii,iii, dan ivD. i,iii, dan iv
27
SULIT
7. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Musa merupakan seorang kanak-kanak yang ______ dan _______ jika hendak dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain hinggakan dia tidak menggunakan kerusi untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.
A. besar dan kecilB. tinggi dan besarC. segak dan pendekD. kurus dan pendek
8. Pilih pernyataan ayat tunggal yang tepat.
i. Kamal membeli sebuah kereta baharu ii. Adik sedang menyiapkan kerja rumahnyaiii. Ayah sedang memotong rumput di halaman rumahiv. Ali dan Abu mengail di sungai belakang rumah mereka
A. i,ii, dan iiiB. i,ii, dan ivC. i,iii dan ivD. ii,iii dan iv
9. Pilih penggunaan ayat soal yang sesuai.
Abu: Ali, _______ kamu membeli kasut sukan itu?Ali : Kasut ini saya beli di kedai Al- Ikhsan Alor Star.
A. bilakahB. siapakah C. berapakahD. dimanakah
28
SULIT
10.Pilih pernyataan soalan yang tepat.
i. “Apakah yang kamu sedang buat itu, Nani?”ii. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?iii. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kedua?iv. Apakah umur kanak-kanak mengambil peperiksaan UPSR?
A. i,ii, dan iiiB. i,ii, dan ivC. ii,iii, dan ivD. i,ii, dan iv
11.Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai.
“ Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan”
A. Anak kurang didikan yang betul B. Menunjukkan contoh yang baik kepada anakC. Ayah mengajar anak yang tidak pandai berjalanD. Mengajar anak pekara yang betul sedangkan diri sendiri tidak
melakukannya.
12.Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan keranadikejar oleh anjing.
A sambil B denganC serayaD dan
13. “Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.
A harus
B dapat
C boleh
D hendak
29
SULIT
14. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.
A setiap
B beberapa
C sebilangan
D sebahagian
15. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya.
A amat
B benar
C nian
D agak
16. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A jua
B hanya
C sahaja
D memang
17. Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.
“ Saiful dan Fazli merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Bahkan jika kemana-mana pun mereka pasti akan pergi bersama”
a) Bagaikan buku bertemu ruas b) Bagaikan aur dengan tebingc) Bagai katak dibawah tempurungd) Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan duri masing-masing
30
SULIT
18. Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga RM15,000.
A terlaris
B terbaru
C terbuang
D terpakai
19. Keadaan di dalam hutan itu _________ dan kelihatan cahaya matahari cuma memancar di celah-celah pokok.
A gelap
B nyaman
C malam
D redup
Soalan 20 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
20. Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.
A sebiji
B sebuku
C sebuah
D sebatang
KERTAS SOALAN TAMAT
31
Recommended