View
1.162
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarrakatuh,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Saya ingin mengucap terima kasih kepada Encik Naseh B. Hassan, Pengetua
SMK Padang Tembak, W.P Kuala Lumpur, kerana memberi kerjasama dan nasihat
kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini.
Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Puan Azlina Bt Ahmad, guru matapelajaran
Sejarah yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan
ini.
Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Mardiyani Bt Anan
yang banyak membantu saya.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya yang
telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di
Malaysia merangkumi objektik-objektif berikut:
a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia
c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi
muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :
a. Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan bukubuku
yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang
berbangsa India bagi mendapat maklumat tentang Deepavali
b. Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Indian. Kaedah
ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Deepavali .
c. Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat laman
web yang berkaitan Deepavali dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua
maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
HASIL KAJIAN
Perayaan Tradisi
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali
sebagai pesta cahaya.
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan
dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang
menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa
Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India
utara.
Latar Belakang
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka
yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu
bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali.
Persiapan Sambutan Perayaan
Sebelum menjelang Deepavali, masyarakat India akan membersihkan rumah dan
menyediakan kuih-muih untuk dihidangkan pada hari perayaan. Ibubapa pula sibuk
menyediakan pakaian baru untuk keluarga mereka. Kad-kad ucapan selamat Deepavali
juga dihantar kepada sahabat handai. Kaum-kaum lain juga menghantar kad-kad ini
kepada kawan-kawan mereka yang beragama Hindu. Ruang rehat rumah mereka dihiasi
dengan ‘rangoli’. Kadang-kadang rongoli dihias di muka pintu sebagai tanda mengucap
selamat.
Pada pagi hari Deepavali mereka akan membelah sebiji kelapa dan bersembahyang
dengan membakar setanggi. Ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak di atas
kepala setiap ahli keluarga. Selepas itu, mereka mandi membersihkan diri dan memakai
pakaian baru. Kemudian mereka bersembahyang di kuil. Selepas sembahyang mereka
mengunjungi sahabat handai.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan
makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada
hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Kesan Perayaan
Deepavali sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluargaberkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanakdengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. SambutanDeepavali merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.
Perayaan Deepavali juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Deepavali selalunya akan melawat ataudijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Deepavali.
Selain itu, Deepavali juga akan memberi kesan kepada industri pelancongannegara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat pelbagaiperayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Tambahan pula, perayaan Deepavali meberi peluang perniagaan kepada parapeniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Deepavali.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempohmasa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amatbersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaumyang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyakpengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
LAMPIRAN
Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.
Kuih yang ada pada hari perayaan Deepavali.
Pada hari Deepavali. Ahli keluarga memakai pakaian yang baru.
RUJUKAN
Sumber Ilmiah
Sumber Akhbar
Sumber Ilmiah
Sumber Jurnal
Sumber Majalah
Sumber Internet
SMK PADANG TEMBAK
PERAYAAN TRADISI KAUM DI MALAYSIA
Nama : Amir Hamzah Bin Khairuddin
Tingkatan : 3 Yakin
No. Kad Pengenalan : 950521- 06 - 5301
Guru Matapelajaran : Puan Azlina Bt Ahmad
Tarikh : 31 Mei 2010
Tandatangan :
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
ELEMEN 1
ELEMEN 2
ELEMEN 3
SOALAN:
BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI
KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN
PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh
kaum-kaum yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan
oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum
India, Cristmas oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan
dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana
kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan
mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing.Rumah
terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di
antara satu sama lain.Bersama-sama berkongsi kemeriahan dan
kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah
terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir
dengan sendirinya.
Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-
kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan
baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan
mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi
pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati
terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong
Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia
yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu
bersefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat
perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong-menolong sama ada
semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan
atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan
kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malaysia akan bercuti
walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.
Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada,sifat
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di
dalam sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita
perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita
perlu bersyukur sebagai warganegara Malaysia.Semua kaum diminta
menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan
cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Recommended