View
299
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
GARIS PANDUAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
PENDAHULUAN
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperkenalkan Skim Pembiayaan
Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Skim ini terbuka kepada semua huffaz
al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan
memohon untuk tujuan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam atau
luar negara.
2. Jakim berharap skim ini dapat membantu para huffaz al-Quran yang akan atau
sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
LATAR BELAKANG
3. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-49
yang bersidang pada 19 Jun 2009 dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd
Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju mewujudkan
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta
untuk membiayai pelajar-pelajar Hafiz yang telah menghafaz al-Quran 30 juzuk
melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
OBJEKTIF
4. Objektif pengwujudan SPH adalah bertujuan untuk-
(a) Memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian
al-Quran.
(b) Membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran.
(c) Membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
BIDANG PENGAJIAN
Bidang pengajian
5. Bidang pengajian yang ditaja oleh SPH ialah Pengajian Islam dan bidang yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan SPH.
INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA
Institusi pengajian
6. Institusi pengajian yang diterima untuk Skim ini ialah Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat-syarat permohonan dan kelayakan akademik
7. Pemohon yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan seperti yang berikut:
(a) Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda :
(i) warganegara Malaysia;
(ii) memiliki Sijil Tahfiz al-Quran Jakim, Diploma Tahfiz al-Quran
Jakim, Sijil Tahfiz Malaysia;
(iii) berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 25 tahun;
(iv) telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama
pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang
mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan
mempunyai kelayakan akademik seperti Jadual 1:
Jadual 1: Kelayakan Akademik
Bil. Program
Pengajian Syarat Minimum Akademik
1. Ijazah Sarjana
Muda
Diploma Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 2.75 ke
atas
ATAU
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan
Bahasa Arab) /
STAM Pangkat Jayyid Jiddan
+
Sijil Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 3.0 ke atas
ATAU
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan
Bahasa Arab) /
STAM Pangkat Jayyid Jiddan
+
STM Pangkat Mumtaz
Pelajar yang tidak layak memohon
8. Pelajar yang tidak layak memohon SPH adalah seperti yang berikut:
(a) calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa / pinjaman daripada
mana-mana penaja;
(b) pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi
Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat
Bahasa;
(c) penjawat awam; dan
(d) pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
KADAR BANTUAN, KAEDAH PEMBAYARAN, TEMPOH PENAJAAN DAN
PERJANJIAN
Kadar bantuan
9. Kadar bantuan yang diberikan kepada pemegang SPH adalah berdasarkan
kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. (LAMPIRAN I)
Kaedah pembayaran
10. (1) Pembayaran elaun sara hidup dan elaun-elaun lain akan dibayar kepada
pemegang SPH setelah keputusan peperiksaan diperolehi daripada Institusi.
(2) Pembayaran yuran pengajian akan dibayar terus kepada Institusi setelah
mendapat pengesahan jumlah yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan.
(3) Pembayaran pembiayaan akan dibuat sebanyak 2 kali setahun.
Tempoh penajaan
11. Tempoh penajaan adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran atau
sesuatu masa seperti mana yang diluluskan oleh Jakim.
Perjanjian
12. (1) Pemohon yang menerima pembiayaan di bawah SPH dikehendaki
menandatangani satu perjanjian dengan Jakim.
(2) Pemegang SPH yang melanggar mana-mana peruntukan yang
dinyatakan dalam Perjanjian Skim Pembiayaan Hafiz boleh menyebabkan pembiayaan
ditamatkan.
TATACARA PERMOHONAN DAN TEMU DUGA
Tatacara permohonan
13. Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:
(a) Permohonan hanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian secara
percuma dengan melayari portal Jakim di http://www.islam.gov.my atau
sph.islam.gov.my
(b) Pemohon dibenarkan mengemas kini maklumat yang telah diisi pada bila-
bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Hanya maklumat yang
terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
(c) Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak, dan dihantar
melalui pos tidak akan diproses;
(d) Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan
sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam ruangan cetak slip.
(e) Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna
dengan mencetak dan menyemak maklumat yang terkandung di dalam
”slip pengesahan permohonan SPH 2015” sebagai bukti bahawa
permohonan telah dibuat.
(f) Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi
Bahagian Pembangunan Insan Jakim di talian 03-83182218 / 1597 atau
emel di alamat sph@islam.gov.my.
Status permohonan
14. Pemohon boleh mengetahui status permohonan selepas dua minggu dari
tarikh tutup permohonan dengan melayari portal Jakim di http://www.islam.gov.my atau
sph.islam.gov.my.
Temu Duga
15. Urusan temu duga adalah seperti langkah-langkah yang berikut:
(a) Pemohon yang layak untuk ditemu duga hendaklah mencetak surat
panggilan temu duga dan perlu membawa dokumen asal berserta satu
salinan seperti yang berikut:
(i) Satu keping gambar berukuran pasport;
(ii) Kad Pengenalan / Mykad;
(iii) Sijil Kelahiran / Sijil Akuan Anak Angkat;
(iv) Sijil-sijil akademik;
(v) Sijil Ko-kurikulum;
(vi) Surat Tawaran Pengajian (bagi pelajar tahun pertama sahaja);
(vii) Surat Akuan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan (bagi
permohonan di tahun dua dan ke atas);
(viii) Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa / penjaga; dan
(ix) Slip Gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan
Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri, Salinan Borang J
Cukai Pendapatan dan lain-lain hendaklah disahkan).
Recommended