View
55
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
Matematik
Citation preview
1.0 Pengenalan kepada Strategi Pembelajaran Konstrukvisme
Sesungguhnya, Abruscato, J. (2000) telah menerangkan strategi pembelajaran
konstruktivisme merupakan suatu strategi pembelajaran yang mana mementingkan
perlibatan pelajar secara langsung dalam usaha untuk menimba ilmu pengetahuan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dianjurkan di dalam kelas.
Pelajar sendiri akan berinisiatif untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara
aktif untuk mencari pelbagai jenis maklumat dan informasi yang mana relevan dengan
pembelajaran mereka. Di dalam strategi pengajaran ini, pelajar tidak boleh bergantung
kepada guru sahaja tetapi guru hanya akan memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja.
Seperti yang diterangkan oleh Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001), secara realitinya,
proses pemindahan ilmu pengetahuan seperti berkaitan dengan konsep pantulan,
pembesaran dan juga pemutaran dalam topik transformasi tidak mungkin dapat dilakukan
dengan sempurna dan baik. Maka, keberkesanan seluruh proses pemindahan ilmu
pengetahuan dan kemahiran ini adalah sangat bergantung kepada tahap inisiatif dan
perlibatan pelajar dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut.
Seperti yang ditekankan dalam konsep konstruktivisme, struktur kognitif merupakan
salah satu elemen yang sangat penting dan ditekankan dalam proses pembinaan konsep
baru untuk seseorang murid di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam kelas. Di dalam strategi pengajaran ini, guru seharusnya memainkan peranan untuk
membantu semua pelajar yang terlibat dalam usaha untuk membina kerangka baru dalam
usaha untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) tersebut.
Secara lazimnya, terdapat beberapa langkah yang mestilah dipatuhi oleh seseorang guru
semasa mereka rancangan pengajaran harian (RPH) dan juga aktiviti kelas yang mana
berdasarkan konsep konstruktivisme ini. Semua langkah yang dimaksudkan adalah
seperti yang disenaraikan dibawah:
Membina ilmu pengetahuan sertaq konteks seseorang pelajar dalam pembelajaran
topik transformasi
Memastikan pelajar akan mengambil inisiatif untuk membina ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan konsep pantulan, putaran dan pembesaran di dalam kelas
dengan mengaitkan konsep baru ini dengan pengalaman yang lepas dalam
pembelajaran di Tingkatan 2 dan 3.
Membandingkan informasi yang baru diajar ini dengan pengalaman mereka yang
sedia ada dalam pembelajaran sebelum untuk membentuk konsep yang baru
mengenai tajuk pembelajaran transformasi.
Memotivasikan pelajar melalui unsur ketidakseimbangan yang wujud di
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas .
Menggunakan alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam seluurh proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mempertingkatkan tahap penguasaan
konsep seseorang pelajar di dalam kelas.
2.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran
Transformasi
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa strategi pengajaran yang berasaskan
konsruktivisme ini telah membawa pelbagai jenis kebaikan dalam usaha untuk
mempertingkatkan keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam sekolah khasnya untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan 5 seperti
Transformasi. Seperti yang diterangkan oleh Cooper, J., Prescott, S., Cook, L. Smith, L.,
Mueck, R., & Cuseo, J. (1985), pelajar dalam pengajaran secara konstruktivisme ini akan
melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif di mana mereka sendiri akan membina
ilmu pengetahuan dengan aktif. Pelajar – pelajar Tingkatan 5 ini akan menyerapkan ilmu
pengetahuan yang baru ini dan dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan
yang sedia ada untuk membentukkan konsep yang baru dalam tajuk pembelajaran yang
berkenaan. Oleh itu, ia telah mempertingkatkan keberkesanan seluruh proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas tersebut. Pelajar yang aktif dalam pembinaan
ilmu pengetahuan ini akan dapat mengaplikasikan ilmu pengetuan yang dipelajari dalam
kehidupan harian mereka. Oleh itu, ia akan mempertingkatkan keberkesanan seluruh
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti pengajaran akan dijalankan dengan menggunakan
alat bantuan pengajaran yang sesuai seperti bahan visual (powerpoint dan video). Dengan
itu, seluruh konsep yang bakal diajar dalam tajuk transformasi ini akan lebih difahami
oleh Pelajar. Ini adalah kerana masih terhadap banyak pelajar yang tidak boleh
melakukan imaginasi terhadap sesuatu konsep yang dipelajari seperti konsep pemutaran
dan konsep pantulan dengan menggunakan minda masing – masing. Oleh itu,
penggunaan alat pandang dengar merupakan suatu strategi yang berkesan di bawah teori
pembelajaran konstruktivisme untuk memberikan suatu gambaran yang jelas kepada
pelajar tentang konsep pantulan dan putaran yang ingin diajar oleh guru di dalam kelas.
Ini telah mendapatkan persetujuan daripada Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed
Idros (2006) di mana beliau juga berpendapat bahawa kebanyakan pelajar akan
menghadapi masalah dalam mengimaginasikan seluruh konsep yang berkaitan dengan
pantulan dan pemutaran dalma topik transformasi tersebut. Oleh itu, beliau juga
mengatakan bahawa alat visual seperti Powerpoint adalah penting dalam pengajaran
konsep yang memerlukan daya imaginasi seeorang pelajar tersebut.
Akhir sekali, guru Matematik Tingkatan 5 juga menjelaskan bahawa pelajar tidak akan
berasa bosan sekiranya mereka menggunakan corak pengajaran yang berdasarkan teori
pembelajaran konstrukvisme. Ini adalah kerana pelajar – pelajar ini akan melibatkan diri
secara langsung dalam pelbagai jenis aktiviti kelas yang telah dianjurkan. Guru – guru
yang ditemuramah ini telah berpendapat bahawa corak pembelajaran secara aktif
merupakan suatu cara yang baik untuk mengelakkan pelajar ini berasa bosan dengan
pembelajaran di mana mereka hanya mendengar penerangan daripada guru dan selepas
itu melakukan latihan pengayaan. Bagi mereka, corak pengajaran yang berdasarkan
konvensional ini adalah sesuatu yang sangat membosankan. Lama – kelamaan, pelajar ini
akan menjadi hilang minat dan hilang tumpuan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ini. Ini merupakan kelebihan corak pengajaran berasaskan
konstruktivisme berbanding dengan corak pengajaran konvensional
3.0 Kelemahan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran
Transformasi
Walaupun, semua guru Matematik yang mana menjalankan sesi temuramah ini telah
menerangkan pelbagai kebaikan dan kelebihan dalam menggunakan corak pembelajaran
secara konstrukvisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik
transformasi di dalam kelas, akan tetapi masih wujud pelbagai jenis kelemahan dalam
proses pengajaran tersebut. Semua kelemahan yang dikemukakan oleh guru yang
menjalankan temuduga ini akan diterangkan dengan jelas di dalam bahagian kertas ini.
Seperti yang diterangkan oleh guru – guru Matematik yang ditemu ramah tersebut, masa
yang terlalu panjang diperlukan untuk mereka dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang mana berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme. Ini
adalah kerana mereka perlulah memastikan semua pelajar di dalam kelas akan berpeluang
untuk menyertai aktiviti kelas yang telah dirancangkan untuk mereka. Contohnya, pelajar
akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan tugasan yang berkaitan
dengan topik dengan menggunakan masa yang lebih panjang di dalam kelas. Oleh itu,
kebanyakan guru akan menghadapi masalah masa untuk memberikan latihan pengayaan
kepada pelajar – pelajar di dalam kelas. Dalam perkataan lain, guru akan kekurangan
masa untuk menjalankan aktiviti pengayaan di dalam kelas.
Di samping itu, ia sangat menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan. Kaedah
pengajaran ini hanya dapat berjalan dengan sempurna sekiranya pelajar mempunyai
pemikiran kognitif yang baik kerana memerlukan penjanaan idea yang melibatkan
kognitif yang cemerlang. Pembelajaran konstruktivisme amat menfokus kepada
pemahaman pelajar dan prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001), ia mempunyai
asas dalam kognitif dalam situasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu. Akan
tetapi, kebanyakan guru yang ditemuramah berpendapat bahawa masih terdapat segelintir
pelajar yang tidak matang pemikiran mereka di mana proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) langsung tidak berkesan atau tidak dapat mempertingkatkan
penguasaan mereka dalam topik transformasi ini.
Salah seorang guru yang ditemurah, Encik Ali telah berpendapat bahawa pelajar yang
lebih lemah dalam bidang akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik ini
atau bersikap pendiam akan mengalami masalah ketinggalan berbanding dengan pelajar
yang aktif terutamanya dalam aktiviti perbincangan kumpulan. Pada masa yang sama,
pembelajaran secara konstruktivisme ini sangat mementingkan pengetahuan yang sedia
ada bagi seseorang pelajar yang mana berkaitan dengan topik pembelajaran transformasi
tersebut. Walaubagaimanapun, bukan semua pelajar yang berada dalam kelas akan
mempunyai tahap penguasaan yang baik terutamanya dalam konsep yang berkaitan
dengan pantulan, pemutaran dan juga pembesaran. Ini juga telah menyebabkan seluruh
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini menjadi tidak berkesan.
Akhirnya, Pn Noriala iaitu salah seorang responden telah memberikan pendapat bahawa
strategi pengajaran berasaskan teori pembelajaran konstrukvisme adalah sudah
diaplikasikan dan digunakan dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang banyak
seperti di dalam lingkungan empat puluh orang. Ini akan menambahkan beban guru
dalam perlaksanaan pemantauan dan pengawalan disiplin kelas. Dengan ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme adalah kurang sesuai bagi kelas yang
mempunyai bilangan pelajar yang ramai.
4.0 Cadangan Rancangan Pengajaran untuk Topik Transformasi
Untuk perbincangan dalam bahagian kertas ini, suatu aktiviti pengajaran yang mana
berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme untuk mengajar topic transformasi dalam
Matematik Tingkatan 5 akan diterangkan dan dijelaskan dengan jelas seperti di bawah:
Tajuk : Transformasi
Tingkatan : 5A
Masa : 7.45am – 8.45am (60 minit)
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang : Pantulan
Objektif :
BBM : LCD projector, cermin, kertas grid, Powerpoint
Nilai murni : Berdikari dan bekerjasama
Pengetahuan yang sedia ada:
Murid mengetahui maksud pantulan
Langkah /
Masa
Pengajaran Pembelajaran Catatan /
Bahan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada tajuk
pembelajaran iaitu pantulan
melalui cermin
Guru akan
mengeluarkan seunit
cermin dan tunjukkan
kepada pelajar – pelajar
di dalam kelas.
Guru akan menerangkan
bahawa fungsi yang
utama cermin adalah
melakukan pantulan
supaya pelajar dapat
melihat mimic muka
Cermin
sendiri dalam cermin.
Prinsip pantulan yang
digunakan dalam cermin
ialah kedudukan imej
dan cermin adalah
terbalik.
Pelajar akan
memberikan perhatian
dalam proses
penerangan guru
terhadap konsep
pantulan dalam cermin.
Langkah 1
(10 minit)
Konsep dalam Pantulan Selepas itu, guru akan
melukiskan suatu bentuk
poligon (segitiga) di atas
kertas grid yang
digantungkan di papan
hitam.
Berdasarkan segitiga
yang dilukiskan ini, guru
akan menerangkan cara
– cara bagaimana
melakukan pantulan di
bawah satah paksi X, Y
dan juga sebarang garis
lulus. (Lampiran 1.0)
Selepas itu, guru akan
bertanya kepada pelajar
Kertas grid.
sama ada mereka
memahami konsep
tersebut atau tidak.
Langkah 2
(20 minit)
Aktiviti kumpulan Guru akan
membahagikan semua
pelajar kepada
kumpulan masing –
masing di mana 5 orang
pelajar dalam satu
kumpulan.
Setiap kumpulan akan
lembaran kerja 2.0 dan
mereka dikehendaki
untuk berbincang di
antara satu sama lain
untuk mencari jawapan
untuk imej pantulan
dalam lembaran kerja
tersebut.
ABM:
Lembaran kerja
1.0
Langkah 3
(17 minit)
Persembahan hasil
perbincangan kumpulan
Selepas itu, guru akan
menggunakan LCD
Projektor dan
powerpoint untuk
memaparkan soalan di
atas papan hitam secara
besar dan setiap pelajar
dalam kumpulan
perlulah datang ke
hadapan untuk
melukiskan imej
ABM:
Lembaran kerja
1.0
BBM: LCD
Projektor dan
Powerpoint
pantulan yang di atas
papan hitam tersebut.
Guru akan menyemak
pantulan yang mana
dilakukan oleh setiap
kumpulan dan jawapan
yang betul akan
dipaparkan kepada
pelajar.
Penutup
(13 minit)
Refleksi dan kesimpulan Guru akan melakukan
kesimpulan dan juga
rumusan berkaitan
dengan konsep yang
dipelajari pada hari ini
dan pelajar akan
memberikan tumpuan
kepada penerangan guru
di dalam kelas.
LAMPIRAN 1
Satah pantulan 4
Satah pantulan 3
Satah pantulan 2
Satah pantulan 1
LEMBARAN KERJA 1
5.0 Alat Bantuan Pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran
Alat bantuan pengajaran merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam menjaya
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik transformasi. Di antara
alat bantuan pengajaran yang akan digunakan adalah termasuklah cermin, lembaran kerja,
dan Powerpoint. Cermin merupakan alat bantuan pengajaran yang pertama digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas ini. Ia merupakan suatu
alat bantuan yang berguna untuk menerangkan konsep pantulan secara berkesan kepada
pelajar – pelajar di dalam kelas. Seperti yang diterangkan oleh guru yang menjalankan
temuramah ini, kebanyakan murid dalam kelas masih gagal untuk menguasai kemahiran
untuk mengimaginasi sesuatu konsep seperti konsep pantulan dalam minda mereka. Oleh
itu, cermin merupakan suatu peralatan yang sesuai untuk mempersembahkan konsep
yang dimaksudkan ini kepada pelajar untuk memudahkan pemahaman mereka dalam
kelas.
Pada masa yang sama, Powerpoint dan juga LCD projector juga digunakan untuk
memaparkan lembaran kerja yang perlu dilukiskan oleh pelajar di hadapan kelas selepas
mereka melakukan perbincangan dengan rakan – rakan sekumpulan. Pemaparan ini
dengan menggunakan powerpoint juga penting supaya seseorang pelajar ini dapat
melukiskan imej pantulan untuk soalan yang disediakan di atas papan hitam. Dalam
proses melukiskan imej pantulan ini, guru dalam kelas boleh mengalisiskan tahap
penguasan seseorang pelajar berkaitan dengan konsep pantulan tersebut. Pada masa yang
sama, ia juga merupakan aktiviti yang baik untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam
seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas tersebut. Ia merupakan
suatu prinsip yang mana ditekankan dalam teori pembelajaran konstruktivisme ini.
Akhirnya, guru juga akan menggunakan lembaran kerja yang berkaitan untuk
mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep pantulan yang diajarkan di dalam
kelas. Sesungguhnya, latihan yang disediakan dalam lembaran kerja ini telah memberikan
peluang kepada semua pelajar di dalam kelas untuk melakukan perbincangan kumpulan
dengan rakan – rakan masing – masing. Di dalam perbincangan kumpulan ini, pelajar –
pelajar akan berusaha untuk membina ilmu pengetahuan masing – masing dengan
bantuan rakan – rakan dan bimbingan guru di dalam kelas. Ia juga merupakan salah satu
prinsip yang penting di mana ditekankan dalam teori pembelajaran Konstrukvisme. Pada
masa yang sama, latihan yang disediakan dalam lembaran kerja kumpulan juga
merupakan suatu latihan pengayaan yang berguna untuk mempertingkatkan kefahamam
murid dalam konsep pantulan yang diajarkan di dalam kelas.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, strategi yang mana digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah sesuatu yang cukup penting dalam menentukan keberkesanan
seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Menurut pandangan yang
diberikan oleh responden iaitu guru Matematik sekolah ini, mereka lebih cenderung
untuk menggunakan cara pengajaran yang berasaskan teori pembelajaran
konstrukstivisme yang mana ia dilihatkan sebagai suatu strategi yang penting dalam
mempertingkatkan keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
untuk topik Matematik Tingkatan 5 seperti Transformasi. Antara kelebihan yang utama
dalam penggunaan strategi konstruktivisme ialah ia dapat melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses menimba ilmu pengetahuan di dalam kelas. Maka, pelajar akan digalakkan
untuk melibatkan diri dalam pembelajaran aktif dan guru hanya memainkan peranan
sebagai fasilitator di dalam kelas. Pelajar akan menimbakan ilmu pengetahuan yang baru
ini dan bandingkan dengan pengalaman yang sedia ada untuk membantu kerangka ilmu
pengetahuan yang baru ini. Pada masa yang sama, penggunaan strategi pengajaran yang
berdasarkan konstruktivisme akan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar akan
terlibat secara langsung dalam aktiviti kelas yang disediakan untuk mereka.
Walaubagaimanapun, guru yang ditemuramah tersebut berpendapat bahawa masih wujud
kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berdasarkan teori
pembelajaran konstruktivisme. Antaranya ialah ia akan memakankan masa yang terlalu
panjang untuk menjalankan aktiviti kelas. Kadang – kala, guru terpaksa menghabiskan
masa yang panjang untuk memboleh pelajar – pelajar melakukan perbincangan terhadap
tugasan yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mungkin akan
menghadapi kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti kelas yang lain seperti
memberikan latihan pengayaan kepada pelajar di dalam kelas. Selain daripada itu, guru
akan menjalankan temuramah ini juga berpendapat bahawa strategi pengajaran yang
berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme ini juga mungkin tidak berkesan kepada
mereka yang lebih lemah dalam bidang akademik ataupun bersikap pendiam di dalam
kelas. Ini adalah kerana mereka mungkin tidak akan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti kelas yang dianjurkan tersebut. Akhirnya, semua guru disarankan untuk
menggunakan alat bantuan pengajaran seperti powerpoint dan LCD Projektor
terutamanya dalam usaha untuk menerangkan konsep – konsep pembelajaran yang mana
berkaitan dengan topik dalam Matematik seperti transformasi. Ini adalah kerana alat
bantuan pengajaran ini akan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyalurkan
informasi dan ilmu pengetahuan dengan berkesan kepada pelajar – pelajar di dalam kelas.
Selain daripada itu, bahan – bahan yang konkrit seperti cermin juga merupakan alat
bantuan pengajaran yang penting untuk guru di dalam kelas terutamanya menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berasaskan teori pembelajaran
konstruktivisme.
7.0 Rujukan
Abruscato, J. (2000). Teaching Mathematic. A Discovery Approach. (5th Edition) USA,
Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Mathematic (8th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A New
Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And Development, 39 (3), 5-
14.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Matematik.
Kuala Lumpur: PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd
Recommended