View
283
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
1/7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA1104
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
SITI ROSFIZA BINTI IBRAHIM
JEA 080136
TAJUK : KARYA MELAYU KLASIK
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
2/7
HIKAYAT CAYA LANGKARA
Maka Muqaddam dan Muqddim pun tertidur ia di bawah pohon kayu beringin terlalu
besar. Maka dilihat oleh Caya Langkara Muqaddam dan Muqaddim tidur seperti orang
mati maka Caya Langkara pun naik ke atas pohon beringin itu. Maka dipatahkanya pucuk
beringin dengan takdir Allah subhanahu wa taala maka terbit air daripada pucuk beringinitu memancar-mancar seperti pancuran keluar air dari dalam pucuk beringin itu. Maka
Caya Langkara pun membangunkan saudaranya , maka ujarnya, Hai kakandaku
bangunlah minum air. Maka Muqaddam dan Muqaddim terkejut daripada tidurnya sertadilihatnya ada air, maka Muqaddam dan Maqaddim hairan melihat hikmat Caya
Langkara seraya diambilnya diminum.
(Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara,muka surat 12.
Penyelenggara Wahyunah Haji Abd. Gani:Transliterasi
teks oleh Ghazali Abdul Kadir.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka 2005)
Hikayat merupakan salah satu kumpulan sastera sejarah.Dalam karya-karya yang seperti
ini terdapat unsur mitos,lagenda dan ada juga bahan sejarah seperti nama-nama raja yangmemerintah di sesebuah negeri dan jurai keturunannya.
SINOPSIS HIKAYAT CAYA LANGKARA
Hikayat Caya Langkara mengisahkan seorang anak raja (Caya Langkara)yang telahdibuang ke dalam hutan bersama ibunya.Kejadian ini berlaku kerana perasaan hasad
dengki oleh saudara tiri Caya Langkara iaitu Muqaddam dan Muqaddim yang telah
memfitnah bahawa Caya Langkara akan membawa malapetaka kepada negeri merekasekiranya Caya Langkara tidak dibunuh atau dibuang ke tempat yang jauh dari negerimereka.Caya Langkara mempunyai kuasa yang luar biasa yang tidak terdapat oleh anak
raja lain.Caya Langkara membesar dalam hutan bersama ibunya. Tidak lama kemudian
Raja Ajam iaitu ayah kepada Caya Langkara telah jatuh sakit, tetapi hanya ubat kembangkuma-kuma putih yang dapat menyembuhkan penyakit raja.Muqaddam dan Muqaddim
terpaksa pergi mencari ubat tersebut di puncak gunung negeri mesir kerana ubat tersebut
hanya terdapat di sana. Dalam pencarian ubat tersebut Muqaddam dan Muqaddim telah berjumpa dengan Caya Langkara. Caya Langkara pun bersama-sama dengan saudara
tirinya mencari ubat tersebut. Dalam tempoh pencarian ubat tersebut Caya Langkara
terpaksa menempuhi pelbagai dugaan semata-mata untuk mendapatkan ubat tersebut.
Tidak lama kemudian Caya Langkara telah bertemu dengan anak raja negeri Madinahiaitu Tuan Puteri Rana Kaseen dan mereka berempat bersama-sama mencari ubat
tersebut. Dalam pencarian ubat tersebut Caya Langkara terpaksa berlawan dengan orang
kafir untuk mendapatkan ubat tersebut dan Caya Langkara dapat mengalahkan orangkafir tersebut dengan menggunakan ilmunya serta mengislamkan mereka. Selepas
mendapat ubat tersebut Caya Langkara telah berkahwin dengan Tuan Puteri Rana
Kaseen. Caya Langkara juga merupakan tempat rujukan semua Raja.
2
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
3/7
Falsafah yang ingin saya keluarkan daripada petikan hikayat Caya Langkara yang
telah saya temui seperti petikan di atas ialah falsafah keagamaan. Hikayat Caya
Langkara merupakan sebuah hikayat untuk menunjukkan bahawa agama Islam telah mula
berkembang pada masa tersebut. Hal ini kerana falsafah keagamaan dapat dilihat pada
nama serta perkataan yang digunakan dalam hikayat tersebut. Semuanya berunsurkan
Islam. Sebagai contoh ayat dalam petikan tersebut telah menggunakan perkataan Allah
subhanahu wa taala. Dalam ayat tersebut penulis ingin memberitahu kepada pembaca
secara tersirat bahawa semua benda yang berlaku di sekeliling kita semuanya berlaku
mengikut kehendak Allah s.w.t. Hal ini kerana hanya Allah s.w.t yang mempunyai kuasa
mutlak untuk memberi sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang tidak baik kepada
seseorang. Perkara ini bergantung kepada niat seseorang tersebut. Contohnya, dalam ayat
59 Surah Al-aRaaf membawa maksud sesungguhnya telah kami utus nabi kepada
kaumnya,lalu ia berkata: Hai kaumku sembahlah Allah,tidak ada bagimu tuhan selain
daripadanya. sesunggunhnya aku takut,jika kamu (ditimpa) azab pada hari yang besar.
Selain itu, penulis cuba mengetengahkan sikap bertanggungjawab antara manusia
dengan manusia. Sikap ini penting bagi menghindari daripada berlakunya sikap
pentingkan diri sendiri. Dalam agama Islam manusia dilarang mementingkan diri
sendiri.Hal ini, kerana semua manusia merupakan ciptaan Allah s.w.t yang dicipta
daripada tanah. Oleh hal yang demikian, teori Darwin yang menyatakan bahawa asal usul
manusia berasal daripada monyet adalah tidak tepat kerana dalam Surah Al-Mukminun
ayat 12-15 yang menyatakan bermaksud Dan sesungguhnya kami telah mencipta
manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah. Kemudiannya kami jadikan saripati itu air
3
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
4/7
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
5/7
Nabi Ismail dengan ibunya Siti Hajar yang dalam kehausan dan kepanasan di gurun pasir.
Dengan kuasa Allah s.w.t terjahan kaki Nabi Ismail telah menghasilkan air,telaga zamzam
yang terkenal sehingga sekarang. Di sebalik hikayat tersebut pula penulis telah
menggunakan nama Caya Langkara yang mempunyai kuasa luar biasa yang dapat
mengalirkan air melalui pucuk beringin. Dengan kuasa Allah dapatlah saudara tirinya
iaitu Muqaddam dan Muqaddim minum air tersebut supaya dapat menghilangkan rasa
kehausan. Dalam cerita ini penulis cuba menunjukkan bahawa agama Islam telah mula
berkembang di kalangan raja serta rakyat jelata. Pada zaman falsafah purba yang
mengalami ketidaktentuan teologi dan kosmologi merupakan salah satu sejarah falsafah
barat yang diperkenalkan oleh Betrand Russell (1933) mengikutnya mazhab falsafah di
Itali Selatan yang lebih bersifat keagamaan , dengan Pythagoras sebagai pemukanya.
Seterusnya, dalam cerita hikayat tersebut penulis juga menekankan bahawa semua
manusia haruslah hidup dalam keadaan yang aman tanpa sebarang permusuhan dan
persengketaan kerana amalan tersebut dilarang dalam agama Islam. Hal ini,kerana tidak
akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak. Dalam al-Quran surah AliImran
ayat 102 telah menyebut bahawa berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah
dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikannya)
kepada kamu ,ketika kamu telah bermusuhan. Ini boleh dikatakan hubungan Caya
Langkara dengan saudaranya, Muqaddam dan Muqaddim yang telah menfitnah Caya
Langkara kerana perasaan hasad dengki yang mempengaruhi diri mereka. Falsafah
keagamaan merupakan satu ilmu mistik yang berkaitan dengan ilmu tentang objek yang
abstrak dan atau transendental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang mistikal dan
5
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
6/7
supralogikal ,melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui
ilham,kasyaf, dan wahyu,dengan nilai berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati.
Kesimpulannya, hikayat Caya Langkara merupakan salah satu karya melayu
klasik untuk saya kaji sebagai tugasan saya pada kali ini. Oleh itu,setelah dikaji saya telah
dapat mengeluarkan satu falsafah daripada hikayat tersebut. Falsafah yang saya dapat
keluarkan ialah falsafah keagamaan. Hikayat Caya Langkara merupakan satu cerita untuk
memberitahu kepada pembaca bahawa pada masa tersebut agama Islam telah mula
tersebar secara sedikit demi sedikit namun bukan semuanya mengamalkan ajaran
islam.Menurut Prof. M.Saeed Sheikh, falsafah Islam mesti ditakrifkan sebagai upaya
menerjemaahkan dan membina semula pelbagai wawasan metefizik yang terdapat dalam
Al-Quran dengan menggunakan bahasa dan gaya falsafah yang tidak terdapat didalamnya
sebarang unsur muhibah terhadap sesuatu yang tidak Islam. Berbeza pula dengan
pendapat Prof .Mahsin yang menyatakan falsafah Islam berasal usul daripada tradisi
yunani sudah berupa suatu persoalan sampingan sahaja , pelbagai gantian telah
dikemukakan sebagai pilihan terbaik untuk mengisi falsafah Islam, iaitu teologi
Islam,perundangan undangan Islam ,tasawuf Islam dan sebagainya sehingga sekalian
mutakallimin(ahli ilmu kalam atau teologi), ahli sufi, fuqaha, muhadithun(ahli hadith)
merupakan pemikir yang sah untuk digelar sebagai ahli falsafah Islam.
BIBLIOGRAFI
6
8/14/2019 Hikayat Cara Langkara
7/7
Awang Sariyan. 2007.Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
G. M. A. Grubbe. 1970.Platos Thought
Hasbullah Bakry. 1964. Systematik Filsafat. Solo : Penerbit Ab. Sitti Sjamsijah.
Hashim Bin Haji Musa. 2001.Falsafah , Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu SuatuPengenalan, Akademi PengajianMelayu, Universiti Malaya
Seyyed Hossein Nasr.1989. Terjemahan daripadaAn Introduction To IslamicCosmological Doctrincs.
Http://www.wikipedia.org / wiki /falsafah.
7
http://www.wikipedia.org/http://www.wikipedia.org/Recommended