View
320
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
1/8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TAJUK : HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG
NAMA : NUR FARHANA BINTI AHMAD KHAIRI
NO. MATRIK : JEA 080096
SEMESTER/SESI : 1 (2008/2009)
NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN B. MUHAMMAD
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG
1
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
2/8
Hatta berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu punmangkat; maka Sultan Mahmud pun sangat bercinta. Maka baginda memberi titah pada
Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, Apa bicara Orang Kaya sekalian,kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja perempuan?
Maka sembah Bendahara dengan segala Orang Besar-besar, Anak raja mana yang hendak tuanku pinang? Supaya patik sekalian kerjakan. Maka titah SultanMahmud, Jikalau kita hendak beristerikan sama anak raja, raja yang lain adalah; yang
kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang kita hendak peristeri. Akan sekarang kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;
Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan.
Maka Tun Mamad dititahkan berjalan dahulu membawa orang Inderagiri akanmenebas jalan, kerana Tun Mamad penghulu orang Inderagiri. Beberapa hari lamanya di
jalan, sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka orang sertanya itupun naiklah ke GunungLedang, Dendang Anak namanya Benua membawa jalan, itupun terlalu sukar; angin pun
bertiup terlalu keras; baharu kira-kira bertengah gunung itu, maka tiadalah ternaik lagi
oleh mereka itu.Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya,
naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dandua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat keras angin
bartiup, dan bunyi buluh perindu itu terlalu indah perbuatannya, burung terbang dengan
suatu taman. Maka Tun Mamad pun masuklah ke taman itu, maka dilihatnya serba bungayang ada di dalamnya pelbagai jenis. Setelah segala mergastua melihat Tun Mamad
datang, maka segala burung itu pun berbunyi seperti orang bergurindam.Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai itu ada seorang perempuan
tua, baik rupanya. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, Orang mana kamu ini,
dan hendak ke mana kamu? Maka kata Tun Mamad, Kami ini orang Melaka, namahamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung
Ledang. Maka sahut perempuan itu, Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetuaPuteri Gunung Ledang. Nantilah hamba persembahkan segala kata tuan hamba pada tuan
puteri. Setelah lenyap, maka kelihatan pula seorang perempuan tua, bongkok belakangnya
lipat tiga. Maka ia berkata kepada Tun Mamad, Adapun segala kata tuan hamba itusudah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Tuan Puteri Gunung Ledang; Akan
titah tuan puteri, Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah jambatan emassatu, dari Melaka ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang;
hati kuman tujuh dulang; air mata setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak
raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Setelah itu lenyaplah ia.
Setelah itu maka Tun Mamad turunlah dari sana kembali pada Laksamana danSang Setia. Setelah sekaliannya pun turunlah dari Gunung Ledang, berjalan kembali keistana. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka Laksamana dan Sang
Setia dan Tun Mamad pun masuklah menghadap Sultan Mahmud Syah; maka segala kata
daripada Puteri Gunung Ledang dipersembahkan pada Sultan Mahmud. Maka titahbaginda, Semua kehendaknya itu dapat kita adakan, mengeluarkan darah anak kita itu
juga apatah daya; kerana tiada sampai hati kita.(Petikan daripada Sejarah Melayu,
Sulalatus Salatin; m/s: 212-
215)
2
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
3/8
Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang ini mengisahkan tentang Sultan Mahmud
Syah, iaitu Sultan Melaka yang telah kematian isterinya ingin berkahwin dengan Puteri
Gunung Ledang. Baginda memerintahkan sekalian pembesarnya yang setia untuk
meminangkan Puteri Gunung Ledang. Lalu di akhir cerita ini, Puteri Gunung Ledang telah
menetapkan beberapa syarat kepada Sultan Melaka dan antara salah satu syarat yang mesti
dipatuhi baginda ialah Puteri Gunung Ledang menginginkan semangkuk darah anak Sultan
Mahmud Syah iaitu Raja Ahmad sebagai hantaran.
Daripada cerita yang terdapat dalam peminangan Puteri Gunung Ledang ini, banyak
falsafah yang boleh kita kupas. Antaranya, kepatuhan kepada arahan sultan sebagai ketua
negeri Melaka. Sebagai contoh, pengikut-pengikut sultan seperti Laksamana, Sang Setia dan
Tun Mamad sangat patuh kepada arahan Sultan Mahmud Syah yang menginginkan
pembesarnya supaya meminangkan untuknya Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan
permaisuri negeri Melaka. Hal ini menunjukkan pengikut-pengikut sultan telah
menunjukkan ketaatan setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Mahmud Syah.
Laksamana, Sang Setia dan Tun Mamad telah menempuh pelbagai halangan dan rintangan
untuk sampai ke Gunung Ledang supaya dapat menyampaikan hajat Sultan Mahmud Syah
untuk menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisuri negeri Melaka. Pada ketika itu
angin bertiup kencang dan ramai pengikut-pengikut yang lain tidak dapat meneruskan
perjalanan untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Tetapi Tun Mamad serta dua
orang pengikut yang larat untuk meneruskan perjalanan terus mendaki Gunung Ledang. Ini
juga menunjukkan bahawa sultan sebagai pemerintah tertinggi negeri Melaka mempunyai
kuasa mutlak dalam memberikan arahan kepada rakyatnya. Sebagai rakyat, hendaklah
mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh raja/sultan dengan penuh taat setia.
Raja/sultan juga mempunyai kedaulatan dan sesiapa pun tidak boleh membangkang setiap
arahan yang telah dikeluarkan oleh sultan kerana sultan mempunyai kuasa yang mutlak.
3
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
4/8
Bagi rakyat yang mengingkari setiap arahan yang dikeluarkan akan menerima tulah. Tulah
itu merupakan balasan dan akibat mengingkari arahan raja/sultan. Raja/sultan juga berkuasa
menjatuhi hukuman kepada sesiapa yang baginda kehendaki terutama yang mengingkari
setiap arahannya. Ini menunjukkan sultan mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhi
hukuman kapada setiap rakyatnya yang melakukan kesalahan. Sebagai rakyat yang hidup di
bawah pemerintahan beraja, perlulah menunjukkan taat setia kerana rakyat tidak mempunyai
kuasa melainkan perlu patuh kepada arahan raja/sultan. Ini menunjukkan kedudukan sultan
begitu tinggi dalam sebuah hierarki pemerintahan.
Selain itu, terdapat falsafah lain yang boleh diketengahkan melalui cerita
peminangan Puteri Gunung Ledang ini. Antara falsafah yang terdapat dalam cerita ini
ialah, kesopanan yang ditonjolkan oleh Dang Raya Rani iaitu, pengetua Puteri Gunung
Ledang. Sebagai contoh, Dang Raya Rani bertanya kepada Tun Mamad tentang dari mana
asal-usul Tun Mamad dan apakah hajat beliau datang ke Gunung Ledang dengan bahasa
yang lembut dan elok budi pekertinya. Bahasa yang digunakan oleh Dang Raya Rani tidak
sedikit pun menyakitkan hati orang yang dilawan bercakap iaitu, Tun Mamad. Masyarakat
pada waktu sangat itu mementingkan budi pekerti yang tinggi. Apabila bercakap dengan
seseorang yang tidak dikenali hendaklah menunjukkan sikap sopan santun dan budi bicara
yang elok. Bahasa yang digunakan melambangkan ketinggian budi pekerti sesuatu bangsa
itu. Kesopanan menjadi nilai utama dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
bersopan akan dipandang tinggi oleh masyarakat lain. Sebaliknya, masyarakat yang biadap
akan dihina oleh masyarakat lain. Ini kerana, bahasa yang merupakan jiwa bangsa. Nilai
kesopanan yang ditonjolkan oleh Dang Raya Rani sudah menunjukkan masyarakat pada
waktu itu mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi dan elok tutur katanya ketika
bercakap. Apa yang ingin ditonjolkan di sini adalah setiap individu masyarakat haruslah
mempunyai sifat sopan santun. Begitu juga masyarakat pada hari ini, nilai dan sifat sopan
4
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
5/8
santun perlu diterapkan dalam diri generasi-generasi muda agar nilai ini tidak lapuk ditelan
dek arus permodenan. Contohnya, apabila bercakap dengan orang yang lebih tua
hendaklah dengan nada yang lembut. Ini sudah memberikan gambaran yang cukup jelas
bahawa nilai kesopanan perlu ada dalam diri setiap individu yang bertamadun dan perlu
diterapkan sejak dari kecil lagi agar dapat melahirkan masyarakat yang memiliki nilai
kesopanan yang tinggi pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, falsafah lain yang terdapat dalam cerita peminangan Puteri
Gunung Ledang ini adalah menunaikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sebagai contoh, dalam cerita peminangan Puteri Gunung Ledang ini terdapat seorang
perempuan tua yang bongkok dan belakangnya lipat tiga. Perempuan tua itu telah
ditugaskan oleh Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan pesanan kepada Tun Mamad
tentang syarat yang harus ditunaikan oleh Sultan Mahmud Syah jika hendak beristerikan
Puteri Gunung Ledang. Segala amanat yang disampaikan oleh Puteri Gunung Ledang
telah disampaikan oleh Dang Raya Rani kepada Tun Mamad tanpa sedikitpun melakukan
pengubahsuaian terhadap amanah yang diberi. Ini menunjukkan Dang Raya Rani seorang
yang jujur dan amanah. Contoh lain seperti Tun Mamad serta pembesar lain iaitu
Laksamana dan Sang Setia sanggup pergi ke Gunung Ledang untuk berjumpa dengan
Puteri Gunung Ledang semata-mata untuk menyampaikan lamaran dan hasrat Sultan
Melaka. Ini menunjukkan setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan hendaklah
ditunaikan dengan sebaiknya. Tun Mamad juga telah menunaikan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sebaiknya tanpa bantahan. Beliau menurut
perintah Sultan Mahmud Syah dan segala arahan yang telah dititahkan, dilakukan dengan
penuh rasa tanggungjawab. Ini menunjukkan setiap amanah yang telah
dipertanggungjawabkan hendaklah dilaksanakan sehingga sampai kepada tujuannya. Ini
membuktikan masyarakat pada masa dahulu sangat berpegang teguh dengan amanah yang
5
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
6/8
telah dipertanggungjawabkan kepadanya dan mereka sanggup berdepan dengan cabaran
semata-mata untuk menyampaikan amanah.
Selain itu, falsafah lain yang boleh dikupas dalam cerita peminangan Puteri Gunung
Ledang ini ialah, tahan menghadapi cabaran. Sebagai contoh, apa yang kita boleh lihat
dalam karya ini ialah ketika Tun Mamad serta dua orang pengikut yang lain menaiki
puncak Gunung Ledang. Pada ketika itu, angin bertiup sangat kencang sehingga
menyukarkan Tun Mamad serta rombongan yang lain untuk menaiki puncak Gunung
Ledang sedangkan ramai pengikut yang lain terpaksa menangguhkan perjalanan kerana
tidak larat disebabkan angin terlalu kencang. Tetapi dengan berbekalkan semangat yang
kuat untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang semata-mata untuk menyampaikan
hasrat Sultan Mahmud Syah, Tun Mamad serta dua orang pengikut lain yang larat untuk
mendaki Gunung Ledang meneruskan juga perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang
hendak dituju. Ini menunjukkan Tun Mamad merupakan seorang pembesar yang tabah
menghadapi cabaran dan tidak hirau angin bertiup kencang sekalipun. Apa yang penting,
segala amanah yang diberi olehnya disiapkan dengan cepat dan tepat pada masa yang
ditetapkan. Kita juga harus mempunyai semangat yang kuat dan tidak boleh putus asa
dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap putus asa harus dikikis dalam diri kita agar
setiap pekerjaan yang kita kerjakan dapat dilakukan dengan baik. Semangat Tun Mamad
yang kental harus dicontohi oleh masyarakat pada hari ini. Apa sahaja dugaan yang
berlaku, hendaklah bersabar dan jangan sekali-kali cepat berputus asa. Semangat yang
kuat bukan sahaja ditonjolkan dalam diri Tun Mamad tetapi juga dua orang pengikut yang
lain yang larat meneruskan perjalanan. Mereka bersama-sama dengan Tun Mamad
mendaki puncak Gunung Ledang untuk berjumpa dengan tuan puteri. Oleh yang demikian,
setiap pekerjaan yang dilakukan bersama, akan menjadi mudah seperti yang dilakukan oleh
Tun Mamad serta dua orang pengikut yang lain ketika menaiki puncak Gunung Ledang.
6
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
7/8
Dalam karya ini juga, kita boleh membuat kupasan tentang sifat kasih sayang.
Falsafah yang ditonjolkan di sini merupakan falsafah terakhir yang akan saya kupas iaitu
sifat kasih sayang. Sebagai contoh, sifat kasih sayang ini ditonjolkan dalam diri Sultan
Mahmud Syah iaitu Sultan Melaka yang sangat kasih akan anaknya iaitu Raja Ahmad. Ini
boleh dilihat ketika Tun Mamad serta pembesar dan pengikut sultan pulang selepas
menyampaikan hasrat sultan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Selepas
dipersembahakan segala kata-kata Puteri Gunung Ledang akan syarat-syarat yang mesti
dipatuhi oleh Sultan Mahmud Syah, baginda setuju akan syarat-syarat yang dikenakan
tetapi hanya satu sahaja yang baginda tidak sampai hati untuk penuhi iaitu, tuan puteri
menginginkan semangkuk darah anak Sultan Mahmud Syah sebagai hantaran. Ini
menunjukkan bahawa Sultan Melaka sangat sayang kepada anaknya dan tidak sampai hati
untuk membunuh anak sendiri semata-mata untuk memenuhi hasrat Puteri Gunung
Ledang. Sebagai seorang bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan
dan melindungi anak sendiri walaupun pada ketika itu kehilangan isteri yang dikasihi.
Segala amanah dan tugas yang dilakukan oleh isteri sebelumnya hendaklah diambil alih
oleh seorang bapa. Bapa juga perlu melindungi anak-anak kerana mereka merupakan dari
darah daging sendiri dan wajarlah bagi seorang bapa menjaga anak-anak dari sebarang
bahaya. Dalam cerita ini, Sultan Melaka tidak sampai hati melihat anak sendiri mati
ditangannya. Sifat tanggungjawab dan kasih sayang Sultan Mahmud Syah ini wajar
diambil contoh dan diteladani.
Kesimpulannya, falsafah yang dikupas dalam karya ini wajar diambil iktibar. Ini
karana semua falsafah yang dikupas mengandungi nilai-nilai murni seperti patuh kepada
arahan ketua, kesopanan ketika bercakap, menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan, tahan menghadapi cabaran dan nilai kasih sayang. Oleh yang
demikian, falsafah yang dikupas ini boleh dijadikan panduan dalam hidup kita.
7
8/14/2019 hikayat puteri gunung ledang
8/8
BIBLIOGRAFI :
Awang Sariyan (2007).Falsafah dan Logika Melayu.Selangor : Synergy Sdn Bhd
A,Samad Ahmad (1997).Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka
Hashim Musa (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur:Akedemi Pengajian Melayu
8
Recommended